ragum dan meja kerja.ppt

16

Upload: fauzijmti

Post on 04-Oct-2015

327 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN KEPADA RAGUMAlat yang menggunakan skru untuk menahan ataupun mencengkam benda kerja bagi membolehkan kerja menggerudi, mengisar(mills), mengikir, skru dan sebagainya.

  • Ragum yang khas digunakan dimeja dinamakan ragum meja sementara, ragum yang digunakan untuk memegang benda kerja yang dimesin dinamakan ragum mesin. Terdapat sejenis lagi ragum yang digunakan untuk memegang benda kerja yang kecil yang hanya menggunakan tangan.

  • RAGUM MEJA

    BIASANYA DIBUAT DARI BESI TUANG.

    TERDIRI DARI JENIS BIASA DAN JENIS GERAK CEPAT

  • Rajah menunjukkan bentuk ragum meja dan bahagian-bahagian ragum meja dengan lebih jelas.

    Pengapit tetap Pengapit berkesot Skru penggerak Gelangsar Kepala skru Bilah pengapit Pengapit lembut

  • LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN RAGUM MEJA.(a) Skrunya hendaklah tidak terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan pengapit ataupun skru itu sendiri mudah rosak.(b) Benda kerja hendaklah diapit di bahagian tengah pengapit supaya ikatannya seimbang.(c) Elakkan mengetuk atau menukul ragum dengan tukul besar.(d) Elakkan mengapit benda kerja panas kerana kepanasan akan melembutkan pengapitnya.(e) Seelok-eloknya rapatkan kedua-dua pengapit (tutup) sekiranya ragum tidak digunakan.

  • RAGUM MESINBiasanya digunakan untuk kerja-kerja jitu di mesin pengisar, mesin pembentuk, mesin pencanai dan mesi gerudi. Ia dibuat daripada besi tuang dari gred yang baik Ragum mesin terdiri daripada tiga jenis, iaitu:A) Ragum biasaB) Ragum berkilasC) Ragum universal

  • RAGUM TANGANRagum tangan dibuat dari keluli berkarbon yang ditempa. Ia mempunyai dua bahagian yang disangga di satu hujung, sementara pengapitnya terdapat pada hujung yang satu lagi. Ragum tangan digunakan untuk memgang bendakerja yang kecil yang dipegang dengan tangan.

  • RAGUM PAIP Ragum paip digunakan untuk memegang sebahagian logam-logam bulat seperti tubes, paip dan sebagainya. Dalam perkara ini skrunya berdiri tegak dan kerja rahang bergerak tegak. Ianya mencengkam kerja pada empat tempat di atas permukaan.

  • RAGUM CEMAT Ragum cemat digunakan untuk memegang bahan-bahan bulat bagi lengkaran kecil seperti dawai dan cemat, semasa bekerja.

  • RAGUM KAKI Ragum kaki digunakan oleh tukang besi dan sesuai bagi paluan berat, penyerpai serpihan dan merembas serpihan dan merembas serpihan kerja. Ragum jenis ini mempunyai kaki yang memindahkan tanggungan muatan berat pada rahang kepada lantai. Skru dan hulu ragum kaki adalah lebih berat dari ragum bangku. Ragum kaki digunakan untuk membengkokkan logam berat sederhana dan untuk merembas serpihan berat. Keburukannya adalah rahang ragum selari pada sebelah sahaja.

  • RAGUM ALAT PERTUKANGANRagum alat pertukangan digunakan untuk memegang kerja-kerja kecil yang mana berkehendakkan mengikir atau menggerudi dan untuk kerja seperti membentang atau menyusun kerja kecil. Ia dibuat dari keluli lembut.

  • Pengapit Ragum (Rahang Lembut)Untuk mengelakkan kerosakan bagi kerja yang dipegang oleh ragum, pengapit logam lembut atau fibre digunakan untuk melindungi rahang ragum. Pengapit diperbuat dari loyang merah (copper), piring ayan atau timah dan dibengkok dengan penapis untuk menyesuaikan ragum. Pengapit hendaklah dipasang kemas pada rahang. Pengapit yang rosak boleh mengganggu dan bahaya kepada jurugegas.

  • MEJA KERJAMeja gegas mestilah dibuat kuat dan teguh. Meja kerja lebih kurang 1 meter atau 3 kaki 3 inci daripada lantai ddan dibuat dari kayu terbaik tebal dan kuat. Ragum dipasang di atasnya berhampiran salah satu kaki bangku supaya padu dan kukuh. Ragum hendaklah dipasang pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter atau 4.5 kaki supaya memberi kesenangan pekerja. Kandang-kandang ia dipasang dua ragum berhadapan dan dawai penghadang rapat dipasang antara kedua-dua ragum tersebut untuk melindungi pekerja terkena serpihan keluli semasa menggunakan pahat atau memahat.