kata kerja.ppt

22
KATA KERJA Kata Kerja ialah kata yang menyatakan keadaan melakukan sesuatu atau menyatakan makna perbuatan.

Upload: rashidah-mahmud

Post on 07-Dec-2014

516 views

Category:

Documents


62 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kerja.ppt

KATA KERJA

Kata Kerja ialah kata yang menyatakan keadaan melakukan sesuatu atau menyatakan makna perbuatan.

Page 2: Kata Kerja.ppt

KATA KERJA

Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Terbitan

Page 3: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut

(kecuali yang berapitan beR-...-kan).

Kata Kerja Tak Transitif sudah sempurna makna maksudnya dan dapat berdiri dengan sempuna

dalam ayat. Oleh sebab itu, kata kerja tak transitif dapat menjadi frasa kerja untuk

berfungsi sebagai predikat ayat walaupun hanya sepatah kata.

Ayat contoh

1. Adiknya sedang makan.

2. Mereka masih tidur.

Page 4: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Tak Transitif bentuk asal (tanpa imbuhan)contoh

lesap, lepas, masuk, luruh, roboh, koyak, jatuh, kembali, bantut, bunting, kudung, kuncup,

kalah, kandas, mendak

Kata Kerja Tak Transitif berawalan beR...

contoh

berbual, berbuai, beralih, bergerak, berkemban, berkabung, berkumpul, berlari, berjalan

Page 5: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Tak Transitif berapitan beR-...-an

contoh

bercucuran, bercakaran, berdekatan, berjauhan, berguguran, berciciran

Kata Kerja Tak Transitif berapitan beR-...-kan

contoh

bermandikan, beristerikan, beratapkan, bersenjatakan, beralaskan, berbantalkan,

berdasarkan

Page 6: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Tak Transitif berawalan meN-

contoh

mendarat, mengalir, menjahit, memancung, menyala, menetak, memikat, mengukur,

mengukir, menganyam

Kata Kerja Tak Transitif berawalan teR-

contoh

terkandas, tertulis, terlukis, tertarik, terikat, terpadam, termenung, tertawa, tersenyum,

tersepit

Page 7: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek (frasa nama) sebagai

penyambut untuk menjadi frasa kerja yang dapat berfungsi sebagai predikat ayat.

Kata Kerja Transitif tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa objek.

Anjing itu mengonggong .objek

tulang

Kamala melukis . objek

gambar

Pak Samad menjala .objek

ikan

Dia menganyam .objek

tikar mengkuang

Page 8: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Transitif berawalan meN-

contoh

meragut, meramas memanjat, mengepam, mengecat, mengukir, mencantas, memasak,

menjemur

Kata Kerja Transitif berapitan meN-...-kan

contoh

memanaskan, menyangkutkan, mengendalikan, menyewakan, memainkan, menanamkan, membasmikan, menunaikan, melipatkan,

menjelaskan

Page 9: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Transitif berapitan meN-...i

contoh

menjauhi, mengubati, mengirimi, membului, menyirami, membolosi, mengesyaki

Kata Kerja Transitif berawalan rangkap mempeR-...

contoh

memperkecil, memperindah, memperalat, mempercepat, memperbanyak

Page 10: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada beberapa bentuk

Kata Kerja Transitif berapitan mempeR-...-kan

contoh

memperkenalkan, memperlakukan, memperjuangkan, mempersendakan.

mempersatukan

Kata Kerja Transitif berapitan mempeR-...-i

contoh

mempersenjatai, memperingati, memperbaharui

Page 11: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua bentuk

Kata Kerja transitif

Kata Kerja Transitif aktif

kata kerja yang berawalan meN,

meN...i, mempeR..i, mempeR.., meN..kan,

memper..kan

menganyam, menyemai, menabur,

memperbesar, membetulkan,

memperjuangkan, mempersenjatai

Kata Kerja Transitif Pasif

kata kerja yang berimbuhan beR-, di-..,

dan teR-.. serta kata kerja pasif tanpa awalan

berlipat, berjahit, tercabut, direndam, dilukis, kena, tahan

Page 12: Kata Kerja.ppt

Kata Kerja Terbitan

Kata Kerja Terbitan terhasil daripada kata adjektif atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang berimbuhan beR, meN-...-

i , meN-... –kan, mempeR-..., mempeR-...i, mempeR-...-kan

Jenis Kata Kata Dasar Kata Kerja Terbitan

Kata Adjektif kecil, sakit,

panas, licin

memperkecil, menyakiti,

memanaskan, melicinkanKata Nama raja, isteri,

jalan

merajakan, memperisterikan

menjalankanKata Hubung kecuali, serta mengecualikan,

menyertai

Kata Sendi Nama oleh, untuk

memperoleh, memperuntukkan

Page 13: Kata Kerja.ppt

Info

Dalam binaan ayat, kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan

objek.

ayat contoh

1.a. Salim membuang jauh-jauh lukisan itu.

b. Salim membuang lukisan itu jauh-jauh.

2.a. Amir mendalamkan lagi kolam itu.

b. Amir mendalamkan kolam itu lagi.

Page 14: Kata Kerja.ppt

Info

Dalam binaan ayat, sekiranya terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif, kata

nama tersebut mestilah diletakkan kata sendinya.

ayat contoh

1.a. Mereka bercadang hendak berjumpa guru disiplin.

b. Mereka bercadang hendak berjumpa dengan guru

disiplin2.a. Ibunya hendak pergi pasar.

b. Ibunya hendak pergi ke pasar.

Page 15: Kata Kerja.ppt

Info

Dalam binaan ayat, kata kerja pasif diri pertama, dan kata kerja pasif diri

kedua,hendaklah dibezakan penggunaannya dengan kata kerja pasif diri ketiga.

ayat contoh

1. Rumput itu saya tebas. (kata kerja pasif diri pertama)

2. Rumput itu kamu tebas? (Kata kerja pasif diri kedua)

3. Rumput itu ditebas oleh mereka. (kata kerja pasif diri

ketiga)

Page 16: Kata Kerja.ppt

Dalam kata kerja transitif, objek mesti diletakkan selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perkataan lain.

Contoh :

a.Fazila memotong halus-halus bawang itu.

b.Fazila memotong bawang itu halus-halus.

Page 17: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A memancung

1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran itu mengambil masa sehari suntuk untuk .......................... dahan-dahan pokok yang ditanam di tepi jalan raya itu.

Tugasan Praktikal

B menakuk

C mencantas

D menebang

Page 18: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A dianyam

2. Kain songket yang telah siap ................ itu dibungkus dengan plastik dan disusun ke dalam kotak khas sebelum dieksport.

B dijahit

C ditekat

D ditenun

A membelah

3. Ayah ................. buluh lemang yang telah siap dimasak itu dengan parang tapiknya.

B memangkas

C menakik

D memarang

Page 19: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A diperah

4. Kelapa yang telah siap diparut itu ..................... untuk mendapatkan santannya.

B dibilas

C diayak

D disiram

A membaiki

5. Kereta ayah yang rosak itu telah pun .................... .

B baiki

C dibaiki

D diperbaiki

Page 20: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A menakik

6. Alang Muin ..................... buluh itu untuk dibuat sumpit.

B meraut

C mencantas

D menganyam

A mengaum

7. Anak anjing yang sakit itu ..................... sepanjang malam.

B menciap

C menyalak

D mengetuk

Page 21: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A memikul

8. Mereka ..................... beg yang penuh berisi buku itu di bahu masing-masing.

B menyandar

C mendukung

D menggalas

A memutar

9. Anggota-anggota pengakap itu ................... tali pengikat khemah itu pada sepohon pokok getah.

B memegang

C menambat

D mengait

Page 22: Kata Kerja.ppt

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

A dikeringkan

10. Minyak yang melekat pada ikan yang telah digoreng itu ................. terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

B dicelurkan

C dituskan

D dianginkan