qur’an: analisa terhadap tafsir - um repositoryrepository.um.edu.my/26739/1/pengaruh...
TRANSCRIPT
1
PENGARUH ILMU MUNĀSABAT DALAM PENAFSIRAN AL-QUR’AN:
ANALISA TERHADAP TAFSIR FI ZILĀL AL-QUR’AN1
Oleh:
Mohd Hisyam Abdul Rahim2 & Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff
Munāsabat merupakan salah satu cabang ilmu yang menjelaskan kolerasi
antara ayat–ayat mahupun surah-surah al-Qur’an berdasarkan mushaf
‘Uthmany. Menerusinya, hikmah penyusunan al-Qur’an akan dapat
difahami sehingga tergambar al-Qur’an itu adalah sebuah kitab yang
mempunyai rangkaian utuh dan indah. Perkembangan ilmu ini dalam
bidang Pengajian al-Qur’an berlaku dari dahulu sehingga kini dan wujud
kesinambungan perbahasan mengenainya dalam kalangan ulama’. Artikel
ini ditulis bertujuan mengenalpasti dan menganalisa pengaruh ilmu ini
dalam penafsiran yang telah dibuat oleh Syed Qutb dalam tafsirnya fī Zilāl
al-Qur’ān. Ia merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan metod
analisis kandungan secara diskripktif dan induktif bagi mencapai
matlamatnya. Antara dapatan daripada analisa yang dibuat ialah; Syed
Qutb telah mengetengahkan istilah mihwar dalam tafsirnya untuk
mengupas keserasian al-Qur’an. Selain itu, frasa-frasa dan huruf-huruf
tertentu dalam pengakhiran ayat-ayat al-Qur’an dikenalpasti sebagai
medium bagi menjelmakan maksud yang ingin disampaikan berdasarkan
tema-tema yang wujud.
Pengenalan
Munasabat dalam Pengajian al-Qur’an
Munāsabat adalah perkataan bahasa Arab yang berasaskan akar kata ب) - س- ( ن
merujuk kepada maksud kedekatan, kemiripan, keserasian, kesesuaian dan juga
kesepadanan. Oleh kerana itu, ungkapan “فالن نسيب فالن” membawa erti si fulan itu
secocok/sepadan dengan si fulan merujuk kepada di antara keduanya mempunyai
pertalian.3
1 Disediakan untuk International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2012 yang akan diadakan pada 1
dan 2 Disember 2012 anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu. 2 Penulis adalah staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan merupakan pelajar pasca-siswazah dalam bidang
Pengajian Tafsir di bawah seliaan Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. 3 Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad al-Raghib al-Asfahani, Tahqiq Yusuf al-Sheikh Muhammad al-Biqai
(2009), Mu’jam Mufrodāt al-Alfāz al-Qur’ān, Beirut: Dar al-Fikr, h. 371. Lihat juga al-Imam Badr al-Dēn
Muhammad bin Abdullah bin Bahadar al-Zarkasyi, Tahqiq Muhammad Abu Fadl Ibrahim (t.t.), al-Burhān fi ‘Ulūm
al-Qur’ān, Kaherah: Dar al-Turath, h.35.
2
al-Biqāi mentakrifkan Munāsabat sebagai; ilmu yang dengannya diketahui sebab-
sebab penyusunan bahagian-bahagian (ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya dalam
susunan mushaf) dan ia adalah merupakan rahsia balaghah (ilmu retorik bahasa).4 Selain
itu, secara istilahnya ia dapat difahami sebagai suatu disiplin pengajian yang mencari
perhubungan dan keserasian antara satu ayat al-Qur’an dengan ayat yang lain, antara satu
topik al-Qur’an dengan topik yang lain dan antara satu surah dengan surah yang lain
berdasarkan kepada ayat-ayat dan surah-surah dalam Mushaf Uthmaniy.5
Hubungan ilmu Munāsabat dengan ilmu Tafsir bukanlah sesuatu yang asing,
sebagai contoh al-Razi,6 beliau telah menggunakan perkataan munāsaba, ta’alluq dan
wajh al-nazm bagi merujuk kepada keserasian dan hubungkait dalam tafsirnya Tafsīr al-
Kabīr.7 Di samping itu, kajian menunjukkan pada abad ke-20 ini Amin Ahsan Islahi
dalam tafsirnya Tadabbur-i- Qur’ān8 pula menggunakan istilah ‘amūd sebagai
kesinambungan daripada perbahasan gurunya Hamid al-Dīn ‘Abd Hamīd al-Farāhi9 yang
telah mengetengahkan prinsip nizām dalam perbahasan mengenai munasabat al-Qur’an.
Perkembangan Ilmu Munāsabat dan Hikmahnya
Para pengkaji ilmu Munāsabat cenderung berpendapat bahawa ia pertama kalinya
muncul pada abad ke-4 Hijriyyah oleh al-Imam Abu Bakr Abdullah bin Muhammad
Ziyād al-Naisābūri (w. 324H), seorang ulama di Baghdad yang pakar dalam bidang
syariat dan sastera sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Abu al-Hasan al-
Syahrābāni.10
Namun demikian, orang yang pertama menulis masalah munāsabat secara
tersendiri ialah Abu Ja’far Ahmad bin Ibrahim bin al-Zubair11
dengan judul kitabnya al-
Burhān fi Munāsabah Tartīb Suwar al-Qur’ān. Perbahasan munāsabat pula sampai
4 Ibrahim bin Umar al-Biqai (1984), Nazm al-Durar fi Tanāsub al-Ayāt wa al-Suwar, India: Mathbaah Majlis
Daerah al-Ma’arif al-Uthmaniyyah. j. 1. 5 Zulkifli Mohd Yusoff (1993), “Munasabat: Satu Bahagian daripada Pengajian al-Qur’an”, Jurnal Usuluddin, Bil.
1, 1993, h. 216. 6 Beliau adalah Abu Abdullah, Muhammad bin Umar bin al-Husain bin al-Hasan bin Ali al-Tamimi, al-Bakri al-
Tabrastani al-Razi. Digelar dengan Fakhr al-Razi dan dikenali sebagai Ibn al-Khatib al-Syafiei, dilahirkan pada
tahun 544 Hijrah dan wafat pada 606 Hijrah. Lihat Ibn Khalkan (1299H), Wafiat al-‘Ayan, al-Emiriyah. j. 2. h. 265-
268. 7 Muhammad bin Umar Fakhr al-Razi (t.t), op. cit.
8 Beliau adalah Amin Ahsan Islahi, seorang ulama’ dari benua India. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di sebuah
kampung kecil bernama Bamhur di Azamgargh, Uttar Pradesh, India dan wafat pada tahun 1997. Beliau terkenal
dengan karya tafsirnya Tadabbur-i-Qur’an, berasaskan kepada idea gurunya Hamid al-Din Farahi. Tafsir tersebut
selesai ditulis pada 2 Ogos 1980, setelah 22 tahun. Lihat Shehzad Saleem, A Brief Biographical Sketch of Islahi,
http://renaissance.com.pk/jafeliwo98.html, 9 Mei 2012. 9 Beliau ialah Hamid al-Din Farahi, ulama’ dari benua India yang terkenal dengan konsep Nazm yang menekankan
konsep keserasian dalam al-Qur’an. Menerusinya beliau membuktikan bahawa ayat-ayat al-Qur’an adalah saling
berhubungan yang mana setiap surah akan membentuk struktur kesinambungan bertunjangkan tema asas. Dilahirkan
di Farahi (yang dahulu dikenali sebagai Phreha), Azamgargh, Uttar Pradesh India pada tahun 1863 dan wafat pada
1930. Lihat Hamiduddin Farahi, http://en.wikipedia.org/index.php?title=Hamiduddin_Farahi, 9 Mei 2012. 10
Pendapat nukilan al-Zarkasyi dalam buku beliau al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an. Lihat al-Zarkasyi (t.t.), op. cit, h.
36. 11
Ibid., h. 35.
3
kepada puncaknya pada zaman Ibrahim bin Umar al-Biqai dengan judul tafsirnya Nazm
al-Durar fi Tanāsub al-Ayāt wa al-Suwar.
Jika diamati secara mendalam didapati bahawa kurun ke-4 Hijriyyah merupakan
dalam abad-abad keemasan perkembangan ilmu-ilmu Islam yang pesat. Walaupun dalam
3 abad sebelum itu ilmu ini tidak menonjol namun ia tidak bermaksud ulama’ tafsir tidak
mengetahui tentangnya. Sebagai contoh ayat di bawah ini, penafsiran Rasulullah s.a.w.
terhadap lafaz zhulm dalam;
Surah al-An‘ām (6):82
dengan perkataan al-Syirk yang terdapat dalam ayat 13 dari surah Luqmān;
Surah Luqmān (31):13
Penjelasan di atas menggambarkan selain ianya merujuk kepada tafsir al-Qur’an
bi al-Qur’an dan al-Tafsīr al-Mawdhū′ī, Ia juga memberi isyarat tentang adanya
Munāsabat (keserasian) satu ayat dengan ayat-ayat yang lainnya dalam al-Qur’an.
Namun pada waktu itu, ilmu ini belum lagi berkembang secara pesat dan tersusun secara
khusus dan sistematik.12
Rahsia dan hikmah sistem penyusunan al-Qur’ān seperti yang terdapat dalam
Mushaf Uthmaniy pada hari ini dapat dijelaskan menerusi ilmu Munāsabat ini. Selain itu,
tanggapan musuh Islam terhadap Kalam Allah yang kononnya terpotong-potong,
berpindah dari satu kaedah ayat kepada yang lain dan dari satu topik kepada topik yang
lain menyebabkan al-Qur’an itu sukar difahami dapat disanggah serta menerusinya juga,
tergambarlah al-Qur’an itu sebagai sebuah kitab yang mempunyai rangkaian utuh dan
padu.13
12
Nashruddin Baidan (2005), Wawasan Baru Ilmu Tafsir, Jakarta: Pustaka Pelajar, h. 186 -187. Lihat juga Mustafa
Muslim (2009), Mabāhith fī al-Tafsīr al-Mawdhū′ī, Damsyik: Dār al-Qalam, Cet.9, h. 17. 13
Zulkifli Mohd Yusoff (1993), op. cit, h. 217.
4
Syed Qutb dan Tafsirnya fi Zilāl al-Qur’ān
Nama sebenar beliau ialah Syed dan Qutb itu adalah nama keluarganya. Ayah beliau
bernama Haji Ibrahim Qutb manakala bondanya bernama Fatimah Hussain Othman.
Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah, Assyut, Mesir dalam
lingkungan keluarga yang kuat beragama. Beliau merupakan anak pertama daripada lima
orang adik beradik iaitu Syed Qutb, Muhammad Qutb, Hamidah Qutb dan Aminah Qutb.
Nama adik perempuan beliau yang ketiga tidak dapat dipastikan. Pemikir dan penulis
prolifik ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pendidikan) dari Dār al-
‘Ulūm yang kini dikenali sebagai Universiti Qaherah pada tahun 1933, setelah itu beliau
menjadi tenaga pengajar disana. Beliau kembali kerahmatullah pada 29 Ogos 1966.14
Tafsir fi Zilāl al-Qur’ān merupakan tafsir kontemporari, diklasifikasikan oleh
pengkaji ilmu tafsir sebagai beraliran al-Adabiy al-Ijtima′iy. Maksud Tafsir al-Adabiy al-
Ijtima′iy ialah suatu corak tafsir yang berupaya memahami nas-nas al-Qur’an berdasarkan
kecermatan redaksinya,kemudian berusaha menjelaskan makna-makna al-Qur’an tersebut
dengan bahasa yang tegas, indah dan menarik. Pada masa yang sama menghubungkan
pengertian ayat-ayat tersebut dengan masalah-masalah sosial kemasyarakatan dan sistem
budaya yang ada.15
Selain itu, pengkaji turut menyifatkan fi Zilāl al-Qur’ān adalah kesinambungan
usaha beliau dalam mengupas al-Qur’an dengan lebih mendalam. Ini kerana beliau
sebelum itu telahpun berusaha mencungkil rahsia-rahsia pengungkapan al-Qur’an
daripada struktur dan gaya bahasa penyampaiannya yang indah dalam bukunya yang
berjudul ‘التصوير الفين يف القرآن’ pada tahun 1945 manakala sebuah lagi pada tahun 1947
dengan judul ‘مشاهد القيامة يف القرآن’.16
Beliau juga diketengahkan oleh pengkaji ilmu tafsir17
-menerusi karyanya fi Zilāl
al-Qur’ān- sebagai mujaddid dalam dunia tafsir kerana beliau telah menambahkan
14
Ramai pengkaji yang telah menulis berkenaan biografi beliau. Bagi mengetahui riwayat hidup beliau secara
terperinci, dan pemikiran beliau, pembaca disyorkan untuk merujuk kepada bahan-bahan berikut: Lihat : Khalidi,
Salah Abd al-Fattah, (1994), Sayyid Qutb: Min al-Milad ila’l-Istishhad, Damsyik: Dar al-Qalam. Sohirin
Mohammad Solihin, (2012), Sayyid Qutb Fi Zilal al-Qur’an : A Study of Selected Themes, Gombak: IIUM Press.
Fadl Hassan ‘Abbas, (2007), al-Mufassirūn, Madārisuhum wa Manāhijuhum, Jordan: Dār al-Nafāis. h. 357.
15 Al-Zahabi, Muhammad Husain. (1976), al-Tafsir wa al-Mufassirun. Kaherah: Dar Ihya al-Turath al-Arabi. j. 4,
h. 301. 16
Lihat Syed Qutb (terj) Yusoff Zaky Yacob (2000), Dibawah Bayangan al-Qur’an, Kota Baharu: Pustaka Aman
Press. j. 1 .h. xvi. 17
Kajian utama berkenaan manhaj haraki dalam tafsir Syed Qutb dilakukan oleh Dr. Salah al-Khalidi dalam tesis
doktor falsafahnya, iaitu “FiZilal alQur’an: Dirasah wa Taqwim” dan diterbitkan dalam tiga jilid, Jilid kedua
mengkhususkan manhaj haraki dalam tafsir tersebut. Sila lihat al-Khalidi, Salah ‘Abd al-Fattah, (2000), al-Manhaj
al-Haraki fiZilal al-Qur’an, Amman: Dar ‘Ammar.
5
pelbagai pengertian dan fikiran haraki serta pelbagai pandangan mengenai tarbiyyah
melebihi tafsir-tafsir yang lalu. Beliau juga dianggap sebagai pelopor aliran baharu iaitu
ittijah haraki.
Pengajian tafsir menggambarkan ittijah haraki sebagai sebuah aliran tafsir yang
menfokuskan kepada aspek dakwah dan gerakan tarbiyah dan tazkiyah, jihad dan
perjuangan, seruan ke kepada orang-orang Islam supaya melaksanakan al-Qur’an, dan
melawan orang-orang kafir berasaskan ajaran al-Qur’an serta mengemukakan pengajaran
di dalam berdakwah dan berjihad.18
Permasalahan dan Objektif Kajian
Disiplin ilmu Munasabat ini telah berkembang dari zaman ke zaman, sejak dahulu hingga kini. Ia
banyak diadaptasikan oleh para Mufassir sewaktu menulis karya-karya mereka dengan tujuan
untuk memberi penjelasan kepada ayat-ayat al-Qur’an mahupun surah-surahnya. Merentasi suatu
tempoh perkembangan yang amat panjang, maka dengan itu timbul persoalan adakah masih
wujud lagi pengaruh ilmu Munasabat dalam tafsir-tafsir yang muta’akhir ini? dan sekiranya ada,
bagaimanakah bentuk perkembangannya kini? Jika kesinambungan perkembangan itu berlaku
bagaimanakah Syed Qutb –secara khususnya- mengadaptasi perkara ini dalam karya beliau fi
Zilāl al-Qur’ān? Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang
timbul di atas dan dalam masa yang sama merupakan objektif kajian.
Metodologi Kajian
Penyelidikan ini adalah salah satu daripada bentuk kajian kualitatif iaitu kajian perpustakaan
(arm chair research) yang melibatkan pengumpulan data dan maklumat daripada sumber-sumber
primer dan sekunder yang berkaitan dengan bidang kajian. Bahan-bahan rujukan penting dalam
kajian ini tertumpu kepada buku-buku dan artikel-artikel yang membahaskan ilmu Munasabat
sama ada dari bidang Pengajian al-Qur’an mahupun Balaghah dan kitab Tafsir karangan Syed
Qutb fi Zilāl al-Qur’ān .
Kaedah analisis kandungan telah dipraktikkan dalam mengkaji maklumat-maklumat yang telah
dikumpulkan.19
Ia melibatkan tiga metod berikut;
a. Metod Persejarahan
Metod ini digunakan bagi mengenalpasti masalah dan menyusun sumber
maklumat bagi membuat sesuatu kesimpulan daripada perkembangan yang
berlaku. 20
Dalam kajian ini, sejarah dan perkembangan ilmu Munasabat diselidiki
bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenainya dan memahami isu-isu yang
timbul begitu juga dengan latarbelakang tafsir karangan Syed Qutb fi Zilāl al-
Qur’ān.
18
Lihat al-Khalidi, Salah ‘Abd al-Fattah, (2002), Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, Damsyik: Dar al-
Qalam, h. 568. 19
Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Bangi: Malaysia, h. 28. 20
Ibid. h. 20-21.
6
b. Metod Induktif
Proses yang berlaku ialah dimulai dengan data-data kasar yang kemudiannya
dihubungkaitkan, dikategorikan dan dibina konsep abstrak yang seterusnya
membentuk gagasan teori. Ia menyusun maklumat untuk ditafsirkan. Proses
penafsiran ini bermula dengan menganalisis maklumat bersifat umum dan
berakhir dengan maklumat khusus dan mendalam.21
Kajian ini, memerhati dan
mengenalpasti corak pentafsiran Syed Qutb yang menonjolkan pengaruh ilmu
Munasabat dalam tafsir beliau.
c. Metod Deduktif
Kaedah diskriptif ini diimplimentasikan adalah bertujuan menjelas dan mentafsir
terhadap persoalan ‘apakah dia’?22
Ia merupakan proses pembuktian dengan
berlandaskan kepada hujah-hujah mahupun bukti-bukti umum terhadap perkara-
perkara yang khusus. Justeru, kajian ini berusaha bagi membuktikan pengaruh
ilmu tersebut dalam tafsir beliau menerusi kupasan dan huraian yang diberikan.
Analisa Dapatan dan Perbincangan
Pembahagian berikut diketengahkan untuk memudahkan kita memahami pengaruh dan
hubungan ilmu Munasabat dalam penafsiran Syed Qutb menerusi tafsirnya fi Zilāl al-Qur’ān;
Bahagian Pertama: Asas-asas yang membina pengaruh ilmu Munasabat dalam penafsiran.
1. Syed Qutb berpegang kepada terdapatnya kesepaduan dalam menerusi surah-surah al-
Qur’an. Pendapat ini bersandarkan kepada asas yang penting iaitu wujudnya keserasian
tersebut kerana susunan ayat-ayat al-Qur’an dalam setiap surah adalah bersifat Tawqifi
dan bukan di atas dasar urutan masa turunnya ataupun tempat-tempat turunnya. Ini dapat
difahami dengan pernyataan beliau seperti berikut:
"فهو توقيفي موحى به ٬وترتيب هذه اآليات ٬فأما جتميع آيات كل سورة يف السورة"23
Manakala itu, terdapat tiga (3) pendapat berkaitan susunan surah-surah al-Qur’an
dalam Mushaf. Pertama, penyusunan itu adalah tawqifi, pendapat kedua pula menyatakan
ianya adalah ijtihadi, dan yang ketiga pula menyatakan ianya adalah gabungan,
sebahagiannya tawqifi dan sebahagian yang lain pula bersifat ijtihadi. Namun begitu,
jumhur ulama’ berpendapat ianya adalah tawqifi.24
Sekiranya al-Qur’an itu bersandarkan
urutan masa, maka kita akan menemukan surah al-‘Alaq ayat satu hingga lima di
lembaran pertama mushaf dan diikuti dengan surah al-Qalam serta seterusnya al-
Muddatthir, namun ianya tidaklah begitu.
21
Rohana Yusof (2003), Penyelidikan Sains Sosial, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. h. 148. 22
Ahmad Sunawari Long (2005), op. cit. h. 22. 23
Syed Qutb (1972), fi Zilāl al-Qur’ān, Kaherah: Dar al-Syuruq. j.1.h.27. 24
al-Zarkasyi (t.t.), op. cit, h. 38.
7
2. Setiap satu daripada surah-surah al-Qur’an itu secara khususnya mempunyai personaliti
tersendiri yang membezakannya dengan personaliti-personaliti surah-surah lain. Identiti
tersebut difahami dengan kata-kata beliau seperti berikut ini:
"...شخصية هلا روح يعيش معها القلب! أن لكل سورة من سوره شخصية مميزة"25
Identiti tersebut menjadi landasan kepada kesatuan surah seperti yang difahami
oleh penulis. Ia diketengahkan menerusi ‘suasana’ surah yang mengikat seluruh tema dan
termasuk juga sub-sub topiknya. Meskipun rangkaian ayat-ayat surah itu membicarakan
topik-topik dari pelbagai sudut dan juga aspek, namun semuanya itu diselaraskan oleh
‘suasana’ yang memayungi dan mendasarinya. Kesatuan dalam setiap unit (dalam
perbincangan ini ia merujuk kepada surah-surah) menyokong antara satu sama lain dan
membawa kepada satu matlamat tunggal iaitu matlamat menegakkan konsep tawhid
dalam ertikata yang lengkap dan menyeluruh serta menegakkan sistem Rabbani yang
unggul.26
Ini didapati selaras dengan ittijah haraki sebagaimana yang diunggulinya.
Bahagian Kedua: Cara-cara Syed Qutb mengetengahkan keserasian al-Qur’an
1. Beliau mengetengahkan istilah mihwar (pokok perbahasan) dan hadaf (objektif) sebagai
asas kesepaduan dan hubungkait ayat-ayat dalam surah-surah al-Qur’an.
Pada abad ke-20 ini, penulis-penulis tafsir lebih menekankan dan mendalami akan
hubungan antara ayat-ayat al-Qur’an dalam suatu surah secara bertopik. Ianya bukan lagi
bersifat penjelasan pertautan secara linear (explanation of linear connectivity) dan
penyandaran rasional antara ayat-ayat (logical dependency between the verses) semata-
mata.27
Namun lebih dari itu, analisis kesepaduan struktur untuk surah tersebut turut
dilakukan dengan menganalisa pertautan ayat-ayat menerusi konsep tema dan juga paksi
perbincangan.28
25
Syed Qutb (1972), op. cit, h. 28. 26
Ibid. h. 13. 27
Terdapat dalam kalangan mereka membicarakan munasabat dari aspek hubungan di antara ayat-ayat al-Qur’an,
sebagai contoh Muhammad bin Umar Fakhr al-Razi dalam tafsirnya al-Tafsīr al-Kabīr. Ada juga yang menulis dari
aspek hubungan antara surah-surah al-Qur’an, contohnya Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Suyuti dalam Tanāsuq al-
Durar fi Tanāsub al-Suwar. Terdapat juga yang menggabungkan penulisan munasabat di antara ayat-ayat dan surah-
surah sekali gus misalnya Ibrahim bin Umar al-Biqai dalam tafsir beliau Nazm al-Durar fi Tanāsub al-Ayāt wa al-
Suwar. 28
Melihat kaitan antara ayat-ayat dalam surah-surah al-Qur’an dari konteks yang luas iaitu menemukan ayat-ayat al-
Qur’an terdiri daripada susunan topik-topik kecil yang menyokong tema asas dalam sesuatu surah secara
keseluruhan. Lihat Salwa M. S. El-Awa (2006), Textual Relations in the Qur’an: Relevance, Coherence dan
Structure, New York: Routledge Taylor & Francis Group. h. 24.
8
Terdapat tujuh bentuk munasabat yang dikemukakan oleh para ulama’ yang
menekuni keserasian hubungan antara bahagian-bahagian al-Qur’an. Bentuk-bentuknya
adalah seperti berikut:
a. Keserasian kata demi kata dalam satu surah.
b. Keserasian kandungan ayat dengan penutup ayat (fāsilah).
c. Keserasian hubungan ayat dengan ayat berikutnya.
d. Keserasian uraian awal (muqaddimah) sesuatu surah dengan penutupnya.
e. Keserasian penutup surah dengan huraian awal (muqaddimah) surah sesudahnya.
f. Keserasian tema surah dengan nama surah.29
g. Keserasian antara surah-surah dalam penyusunan Mushaf ‘Uthmaniy. 30
Sebelum ini, ayat-ayat al-Qur’an dilihat secara langsung perkaitannya dari ayat ke
ayat yang lain (ayat sebelum dan sesudahnya) menurut susunan dalam sesebuah surah
atau dengan kata lainnya disebut secara tahliliy. Namun pada abad ini pendekatan
tersebut bergerak setapak lagi dengan penulis-penulis tafsir cenderung melihat akan surah
itu merupakan suatu kesepaduan. Lantaran itu, ayat-ayat dalam surah-surah tersebut
dikenalpasti dan diklasifikasikan mengikut sub-sub topik yang ada serta kemudiannya
diikat keseluruhannya (topik-topik tersebut) dengan paksi yang tertentu. Perbuatan ini
menggambarkan pertautan dalaman bagi sesebuah surah yang padu. Jika diperhalusi
(pengikatan tema ini) adalah lanjutan daripada pengimplikasian jenis ketiga daripada
ilmu Munasabat iaitu keserasian hubungan ayat dengan ayat berikutnya menerusi wasilah
tema dan objektif bagi mengumpulkannya. Inilah yang dikatakan analisis kesepaduan
struktur untuk surah seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Tafsir fi Zilāl al-Qur’ān turut juga diklasifakasikan sebagai Tafsīr al-Mawdū’i bentuk
ketiga iaitu Penafsiran Berasaskan Objektif Surah.31
Bagi mencapai maksud tersebut,
penulis telah berusaha menjelujuri dan merentasi satu-persatu ayat dalam sesuatu surah
dengan menganalisa aspek isi kandungan dan gaya pembentangan. Setelah itu, intipati
maklumat yang diperolehi hasil perincian dan penelitian tersebut dijadikan sebagai
objektif utama yang menjadi pokok perbincangan.32
Bagi menghasilkan dapatan seperti di atas, penulis menggunakan ilmu-ilmu lain
dalam Pengajian al-Qur’an untuk membina kefahaman yang tepat terhadap sesebuah
surah. Ilmu-ilmu yang terlibat antaranya ialah, Asbāb al-Nuzūl, Tartīb al-Nuzūl, Khasāis
Makkiyah wa Madaniyyah dan Munāsabah al-Āyāt.
29
Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Qur’an, Jakarta: Lantera
Hati, j.2, h. 527. 30
Abd. Rahman (1991), Munāsabat dalam al-Quran, Jakarta: Fakultas Pascasarjana IAIN Syarif Hidayatullah. h.3. 31
Tafsīr al-Mawdū’I ialah suatu bentuk huraian terhadap tajuk-tajuk tertentu seperti yang dibentangkan oleh al-
Qur’an menerusi ayat-ayatnya sama ada di dalam satu surah atau dalam berbagai surah. Bentuk pertama tafsir ini
adalah penafsiran berasaskan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan manakala bentuk kedua pula ialah
penafsiran berasaskan tajuk-tajuk yang ditentukan. Lihat Zulkifli Hj. Mohd Yusoff (2003), “Tafsīr al-Mawdū’i:
Kajian Pensejarahan”, Jurnal al-Bayān, bil.1, Mei 2003, h. 29-31. 32
Mustafa Muslim (2009), op. cit, h. 17.
9
Sūrah al-Kahf misalannya, Syed Qutb menyatakan bahawa ianya didominasikan oleh
pelbagai kisah. Kisah yang terpapar di bahagian awal surah adalah kisah Ashāb al-Kahf,
kisah Pemilik Dua Ladang dan Kisah Nabi Adam dan Iblis. Manakala di bahagian tengah
surah itu pula menyentuh kisah Nabi Musa dengan Seorang Hamba Allah yang Soleh dan
diikuti pula dengan kisah Dzu al-Qarnain. Kesemuanya berjumlah 71 ayat daripada 110
jumlah keseluruhan ayat Sūrah al-Kahf. Menurut beliau lagi, baki daripada ayat-ayat
yang tinggal merupakan ulasan ataupun kesimpulan terhadap kisah pemandangan
Qiamat. Paksi yang mengikat keseluruhan kisah-kisah tersebut sebagaimana yang telah
dinyatakan oleh penulis ialah pembetulan aqidah, pembetulan metodologi berfikir dan
pembetulan nilai-nilai selaras dengan neraca aqidah Islamiyyah.33
2. Pembahagian topik-topik dalam sesebuah surah
Syed Qutb telah membahagikan sesebuah surah itu kepada beberapa bahagian mengikut
kefahaman beliau serta dipecahkan bahagian-bahagian tersebut kepada sub-sub topik
yang berkaitan. Ketika proses ini, kefahaman beliau terhadap isi kandungan ayat dalam
surah tersebut amatlah dituntut, selain daripada keperluan kepada penghayatan yang
mendalam berkaitan gaya persembahannya.
Ia amat ketara dalam surah-surah al-Qur’an yang panjang sebagai contoh Sūrah
al-Baqarah, Sūrah al-Anfāl dan Sūrah al-Kahf. Bagi surah-surah yang pendek, ia tidak
diimplimentasikan kerana kesatuan tema menerusi ayat-ayat yang ringkas dan jitu amat
jelas dan ketara. Contoh bagi penjelasan ini adalah seperti Sūrah al-Ikhlās dan Sūrah al-
Nās.
Selain itu, frasa-frasa dan huruf-huruf tertentu dalam pengakhiran ayat-ayat al-
Qur’an turut juga dikenalpasti sebagai medium bagi menjelmakan maksud yang ingin
disampaikan berkait sub-sub topik yang wujud dan ia merupakan gaya pembentangan al-
Qur’an yang indah dan hebat. Contohnya dalam surah Surah al-Qiyāmah34
beliau telah
membahagikan perbahasannya kepada lima bahagian seperti perincian berikut:
i. Ayat 1 hingga 15
Ia merupakan penegasan akan berlakunya hari kiamat dan beberapa hal
keadaan manusia di hari kiamat kelak.
ii. Ayat 16 hingga 19
Saranan kepada Nabi s.a.w agar tidak tergesa-gesa untuk menghafaz ayat-
ayat al-Qur’an sewaktu menerima wahyu.
33
Syed Qutb (1972), op. cit, j. 4. h. 2207. 34
Ibid. j. 6. h. 3765.
10
iii. Ayat 20 hingga 25
Saranan untuk mengejar akhirat dan penceritaan tentang golongan-
golongan manusia di alam akhirat sewaktu mengadap tuhan dengan
menggunakan wazan (فاعلة) dan perkataan-perkataan yang diakhiri dengan
huruf ( هـ ).
iv. Ayat 26 hingga 35
Penggunaan huruf ق dan alif maqsūrah amat memberikan kesan bagi
menyampaikan berita tentang hal keadaan manusia yang kafir menghadapi
saat kematian dan kegetirannya.
v. Ayat 36 hingga 40
Menegaskan perihal hari kebangkitan dan pendedahan bukti-bukti
bahawasanya Allah s.w.t berkuasa mengembalikan mereka semula selepas
kematian untuk pembalasan.
3. Menjelaskan beberapa bentuk –bentuk munasabat yang lain yang berkaitan
Meskipun beliau amat terkenal dengan keserasian berbentuk tematik namun begitu, hasil
penelitian terhadap tafsir beliau didapati bahawa beliau turut mengetengahkan bentuk-
bentuk keserasian lain dalam tafsirnya. Berikut adalah sebahagian daripada contohnya:
a. Keserasian uraian awal (muqaddimah) sesuatu surah dengan penutupnya.
Contohnya dalam surah al-Isra’ beliau mengaitkan antara awal dan akhir ayat
daripada surah tersebut dengan kata-katanya:
“Surah ini dimulai dengan memuji Allah dan diakhiri dengan
menjelaskan konsep wahdaniyyat Allah”35
35
Ibid. j. 4. h. 2207.
11
b. Keserasian tema surah dengan nama surah. Ini sebagaimana yang telah
beliau ketengahkan ketika mentafsirkan surah al-Nūr menerusi
penerangan beliau:
“Inilah surah al-Nūr, dimana kata al-Nūr disebut bersambung dengan zat
Allah pada ayat 35 surah ini
Dalam ayat ini disebut ‘nur’ dengan kesan-kesan dan gejala-gejalanya
dalam hati dan jiwa iaitu kesan-kesan yang tergambar dalam peradaban-
peradaban akhlak-akhlak yang menjadi asas penerangan surah ini.”36
Kesimpulan
Penulis telah berusaha gigih untuk membuktikan terdapatnya keserasian dan hubungkait yang
padu dalam sesebuah surah. Ini dapat dikenalpasti menerusi susun-atur kaedah pembentangan
tafsirnya. Penulis menggunakan tema dan objektif sebagai sarana menghubungkan bahagian-
bahagian ayat al-Qur’an dalam sesebuah surah terutama sekali dalam mentafsirkan surah yang
mempunyai bilangan ayat yang banyak. Ini mencerminkan hubungan ilmu munasabat dan
pengaruhnya dalam tafsir beliau kerana ilmu munasabat itu adalah suatu disiplin pengajian yang
mencari perhubungan dan keserasian antara satu ayat al-Qur’an dengan ayat yang lain, antara
satu topik al-Qur’an dengan topik yang lain dan antara satu surah dengan surah yang lain
berdasarkan kepada ayat-ayat dan surah-surah dalam Mushaf Uthmaniy. Meskipun jelas
kelihatan usaha beliau dalam kesatuan sesebuah surah, namun didapati beliau tidak menyentuh
hubungan dalam kalangan surah-surah al-Qur’an sebagaimana susunan mushaf. Perkara ini perlu
kepada penelitian lanjut dalam kajian yang lain bagi mencari jawapan terhadap keadaan tersebut.
Menerusi kajian ini jelaslah digambarkan bahawa tema dan objektif bagi sesebuah surah itu
merupakan wahana ilmu munasabat.
36
Ibid. j. 4. h. 2484.
12
Rujukan
Abd. Rahman (1991), Munāsabat dalam al-Quran, Jakarta: Fakultas Pascasarjana IAIN Syarif
Hidayatullah.
Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad al-Raghib al-Asfahani, Tahqiq Yusuf al-Sheikh Muhammad al-
Biqai (2009), Mu’jam Mufrodāt al-Alfāz al-Qur’ān, Beirut: Dar al-Fikr.
Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Bangi: Malaysia.
al- Biqai, Ibrahim bin Umar (1984), Nazm al-Durar fi Tanāsub al-Ayāt wa al-Suwar, India: Mathbaah
Majlis Daerah al-Ma’arif al-Uthmaniyyah.
al-Khalidi, Salah ‘Abd al-Fattah, (2000), al-Manhaj al-Haraki fiZilal al-Qur’an, Amman: Dar
‘Ammar.al-Khalidi,
_________________________, (1994), Sayyid Qutb: Min al-Milad ila’l-Istishhad, Damsyik: Dar al-
Qalam.
al-Zarkasyi, al-Imam Badr al-Dēn Muhammad bin Abdullah bin Bahadar, Tahqiq Muhammad Abu Fadl
Ibrahim (t.t.), al-Burhān fi ‘Ulūm al-Qur’ān, Kaherah: Dar al-Turath.
al-Zahabi, Muhammad Husain. (1976), al-Tafsir wa al-Mufassirun. Kaherah: Dar Ihya al-Turath al-
Arabi.
El-Awa, Salwa M. S. (2006), Textual Relations in the Qur’an: Relevance, Coherence dan Structure, New
York: Routledge Taylor & Francis Group.
Fadl Hassan ‘Abbas, (2007), al-Mufassirūn, Madārisuhum wa Manāhijuhum, Jordan: Dār al-Nafāis.
Ibn Khalkan (1299H), Wafiat al-‘Ayan, al-Emiriyah.
Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Qur’an, Jakarta:
Lantera Hati.
Mustafa Muslim (2009), Mabāhith fī al-Tafsīr al-Mawdhū′ī, Damsyik: Dār al-Qalam.
Nashruddin Baidan (2005), Wawasan Baru Ilmu Tafsir, Jakarta: Pustaka Pelajar.
Rohana Yusof (2003), Penyelidikan Sains Sosial, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Salah ‘Abd al-Fattah, (2002), Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, Damsyik: Dar al-Qalam.
Sohirin Mohammad Solihin, (2012), Sayyid Qutb Fi Zilal al-Qur’an : A Study of Selected Themes,
Gombak: IIUM Press.
Syed Qutb (1972), fi Zilāl al-Qur’ān, Kaherah: Dar al-Syuruq.
Syed Qutb (terj) Yusoff Zaky Yacob (2000), Dibawah Bayangan al-Qur’an, Kota Baharu: Pustaka Aman
Press.
Zulkifli Mohd Yusoff (1993), “Munasabat: Satu Bahagian daripada Pengajian al-Qur’an”, Jurnal
Usuluddin, Bil. 1.
________________, (2003), “Tafsīr al-Mawdū’i: Kajian Pensejarahan”, Jurnal al-Bayān, Bil.1, Mei.
Sumber Atas Talian
Shehzad Saleem, A Brief Biographical Sketch of Islahi, http://renaissance.com.pk/jafeliwo98.html, 9 Mei
2012.
Hamiduddin Farahi, http://en.wikipedia.org/index.php?title=Hamiduddin_Farahi, 9 Mei 2012.