nafi dan isbat.docx

31
NAFI DAN ISBAT BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA? APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU? Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan dengan sesuatu !. Sekecil manapun sesuatu tetap disitulah ada Allah dan sebesar manapun sesuatu wajib disitulah juga ada Allah. Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu dengan tiap sesuatu yang maujud itu. Sesungguhnya berpisah itu Allah jua dan bersatu itu juga adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu pun tidak !. Antara makhluk dan Allah pun sedemikian juga adanya ! Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khaliq !. Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!. Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!. Nafi dan isbat itu, kita contohkan seumpama kain dan warna kain yang kita pakai sekarang yang hendak kita pisahkan dengan mengoyakkannya. Adakah warna merah pada kain atau baju yang kita koyak itu, boleh dipisahkan? Sudah tentunya tidak boleh, sebab kedua-duanya sekali akan terkoyak. Adakah warna merah itu bersatu dengan kain.. apa yang mustahil ialah warna tidak mungkin menjadi kain dan kain pula tidak mungkin menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna! Bercerai tetapi tidak bertanggal dan pastinya tidak bersatu. Bila fahamlah kita akan makna nafi dan fahamlah kita akan makna isbat maka dengan sendirinya akan fahamlah kita siapa hamba dan siapa itu Allah ! Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!.. yang pastinya tanpa kain warna pun tiada. Sebenarnya kalimah LA itu ertinya tiada, tiada dimana? Maksudnya tiada yang sedang berlaku dimakhluk. Yang sedang berlaku di makhluk itu adalah :- HAK ALLAH bukan HAK MAKHLUK. TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH. LA ertinya tiada tetapi sebenarnya ada (Tidak ada hak makhluk, yang ada hanya hak Allah). Bila disebut LA, sudahpun ada Tuhan, bukanlah LAILLAHA itu tiada Tuhan dan ILLALLAH baru ada Tuhan. LA itu datang dari mana? Adakah LA itu hak makhluk? Tidak ada, yang ada HAK ALLAH. Tiada yang lain yang duduk berlaku itu, melainkan Allah. Akhir sekali tiada yang ada melainkan Allah. Jadi barulah bertepatan yang kalimah itu cukup luas. Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi terkandung didalam kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH.. Tiada HAK tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, melainkan HAK ALLAH.

Upload: zailani-osman-ayah-su

Post on 31-Jan-2016

357 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: NAFI DAN ISBAT.docx

NAFI DAN ISBAT

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?

APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU?

Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan dengan sesuatu !. Sekecil manapun sesuatu tetap disitulah ada Allah dan sebesar manapun sesuatu wajib disitulah juga ada Allah.

Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu dengan tiap sesuatu yang maujud itu. Sesungguhnya berpisah itu Allah jua dan bersatu itu juga adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu pun tidak !.

Antara makhluk dan Allah pun sedemikian juga adanya ! Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khaliq !. Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!. Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!.

Nafi dan isbat itu, kita contohkan seumpama kain dan warna kain yang kita pakai sekarang yang hendak kita pisahkan dengan mengoyakkannya.

Adakah warna merah pada kain atau baju yang kita koyak itu, boleh dipisahkan? Sudah tentunya tidak boleh, sebab kedua-duanya sekali akan terkoyak.

Adakah warna merah itu bersatu dengan kain.. apa yang mustahil ialah warna tidak mungkin menjadi kain dan kain pula tidak mungkin menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna! Bercerai tetapi tidak bertanggal dan pastinya tidak bersatu.

Bila fahamlah kita akan makna nafi dan fahamlah kita akan makna isbat maka dengan sendirinya akan fahamlah kita siapa hamba dan siapa itu Allah ! Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!.. yang pastinya tanpa kain warna pun tiada.

Sebenarnya kalimah LA itu ertinya tiada, tiada dimana? Maksudnya tiada yang sedang berlaku dimakhluk. Yang sedang berlaku di makhluk itu adalah :-HAK ALLAH bukan HAK MAKHLUK. TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH.

LA ertinya tiada tetapi sebenarnya ada (Tidak ada hak makhluk, yang ada hanya hak Allah).

Bila disebut LA, sudahpun ada Tuhan, bukanlah LAILLAHA itu tiada Tuhan dan ILLALLAH baru ada Tuhan.

LA itu datang dari mana? Adakah LA itu hak makhluk? Tidak ada, yang ada HAK ALLAH.

Tiada yang lain yang duduk berlaku itu, melainkan Allah. Akhir sekali tiada yang ada melainkan Allah.

Page 2: NAFI DAN ISBAT.docx

Jadi barulah bertepatan yang kalimah itu cukup luas.

Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi terkandung didalam kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH.. Tiada HAK tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, melainkan HAK ALLAH.

#paksyeikh

Page 3: NAFI DAN ISBAT.docx
Page 4: NAFI DAN ISBAT.docx

BAHAYA MENOLAK ILMU ROHANIAH

Kalau diterima tuduhan-tuduhan dari sebahagian orang yang menolak tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu zauk, ertinya kita telah menganggap syariat Islam itu hanya mengenai kehidupan lahir semata-mata. Seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan soal-soal batin seperti persoalan hati atau roh dan nafsu.

Ertinya sama ada sedar atau tidak, kita mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan ajaran-ajaran isme atau ajaran-ajaran ideologi ciptaan manusia. Yang mana peraturan-peraturan atau hukum-hakamnya hanya mengenai kehidupan yang lahir. Yakni apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubungkait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.

Merbahaya sungguh jika kita menolak ilmu rohaniah ini. Tentu kita langsung tidak akan mempedulikan soal hati, nafsu dan hal ehwalnya. Tentu kita tidak akan ambil perhatian tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan diri dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaiki diri agar dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) dan menumpaskan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji).

Untuk menghuraikan lebih terperinci lagi kita bawakan beberapa contoh. Umpamanya, selepas memiliki aqidah, mereka cukup hanya sekadar mempraktikkan Rukun Islam yang lima. Boleh jadi mereka suka juga menambah ibadah-ibadah sunat yang lain. Tetapi di waktu itu mereka tidak akan mempersoalkan lagi tentang soal khusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, riyak dan ujub atau tidak, megah dan sombong atau tidak. Mereka tidak akan ambil berat apakah mereka berbuat kerana nama dan kemasyhuran atau tidak.

Apakah ada udang di sebalik batu dan sebagainya dalam mereka mengajar, belajar, berdakwah, berjuang, berkorban, memimpin, menutup aurat dan lain-lain lagi. Walhal inilah perkara yang paling penting yang mesti dijaga. Begitu juga kalau dia meninggalkan yang haram, dia tidak akan ambil kira yang batin.

Apa sebab ditinggalkannya? Adakah kerana takut ditangkap atau kerana takutkan Allah? Takut susah atau takutkan Allah. Takut malu atau takutkan Allah. Takut dihina orang atau takutkan Allah. Yang penting pada mereka, cukuplah perintah buat atau perintah tinggal itu ditaati sesuai dengan syariat. Soal-soal hati di waktu itu tidak usah diambil kira sangat. Peranan hati usah diambil kira lagi. Di waktu dia bertindak itu, kerana atau mengapa hati itu mendorong bertindak begitu, tidak diambil kira.

Yang penting ianya sesuai dengan syariat lahir, itu sudah cukup baginya. Kalau diibaratkan orang membeli buah, dibelinya kerana mempertahankan keelokan kulitnya sahaja tanpa memikirkan soal isinya. Apakah begitu tindakan kita pada realitinya bila kita membeli buah? Tentu tidak! Malanglah kalau kita menerima pandangan ini. Yakni fikir kulit sahaja, tanpa memikirkan isinya.

Ini bererti kita menolak sabda Rasulullah dalam Hadisnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Page 5: NAFI DAN ISBAT.docx

Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Maka ketahuilah, itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga ia menolak sebahagian daripada ayat-ayat Al Quran.

1. Firman Allah: “Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

2. Firman-Nya lagi: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)

Seterusnya orang yang menolak ilmu rohaniah, mereka akan menafikan adanya ilmu laduni, ilham, kasyaf, firasat, kedatangan hatif dan pertolongan ghaib. Sedangkan perkara-perkara yang disebut tadi, selain daripada ada disebutkan dengan ilmiahnya di dalam Al Quran dan Hadis, ia juga telah menjadi pengalaman orang-orang soleh zaman dahulu sepertimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab muktabar.

Begitulah wahyu Allah dan sabda Rasul-Nya serta hujah sejarah yang ada disebut di dalam kitab, yang menguatkan lagi hujah saya bahawa soal-soal roh atau hati dan nafsu ini mesti diambil kira. Kesimpulannya, pendapat-pendapat ulama yang menolak ilmu rohaniah ini sudah awal-awal lagi tertolak.

#subhanallah

.

.

— with Al Imamu Abu Hanifah.

Page 6: NAFI DAN ISBAT.docx
Page 7: NAFI DAN ISBAT.docx

ILMU TAUHID

ISTILAH KHARIJ DAN ZIHIN

KHARIJ➡

✔Maksud Kharij itu ialah sifat yang memberi kesan (bekas) kepada seluruh alam ciptaan Tuhan. (Mengikut ilmu sifat 20, sifat yang memberi kesan kepada seluruh alam itu ialah sifat Ma’ani yang menggerakkan jasmani).

ZIHIN➡

✔Maksud Zihin itu ialah sifat yang maujud pada Zat Allah swt atau sifat yang beserta Zat Allah swt. (Mengikut kaedah ilmu sifat 20, sifat yang maujud pada Zat itu ialah sifat Ma’ani).

Tujuan istilah diatas diwujudkan ialah untuk tujuan memberikan kefahaman kepada manusia bagaimana perhubungan manusia dan Allah swt didalam aktiviti seharian, disamping itu ialah untuk mengelakkan manusia daripada berfahaman syirik.

Kerana itu dikatakan:

✳Nafsiah itu wujud pada Zihin, tidak wujud pada Kharij.✳Salbiah itu tidak wujud pada Zihin dan tidak wujud pada Kharij.✳Ma’ani itu wujud pada Zihin dan wujud pada Kharij.✳Ma’anawiyah itu wujud pada Zihin, tidak wujud pada Kharij.

SIFAT MA’ANI ada ia..PADA ➡↔ISTIGHNA↔ (berkehendak sekalian baharu kepadanya) DAN PADA ➡↔IFTIQAR↔ (sifat kaya Allah)

Adapun sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat itu wujud pada Iftiqar.

Adapun sifat Sama’a, Bashar dan Kalam itu wujud pada Istighna.

Di iktiqadkan bahawa:

🔘Nafsiah itu wujud pada Zihin kerana Diri Zat itu tidak boleh bercerai dengan sifat Zat Ma’anawiyah kerana Ma’anawiyah itu adalah Zat yang wujudnya bersebab sebagaimana firman Allah memerintahkan supaya memohon kepadaNya dengan menyeru namaNya,

�ه� �ل و�ل م�أ �س ال �ى ا ن حس �م�ا ف�اد عو ه ال �ذ� ب واال ن� و�ذ�ز ح�د ي ل �ه� ف�ى و ن� ي م�ائ �س ا

Maksudnya: Allah mempunyai Asmak ul-Husna yang agung yang Syumul dengan sifatNya, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.

Page 8: NAFI DAN ISBAT.docx

(Al-A’araf 180)

🔘Nafsiah tidak wujud pada Kharij kerana Kharij itu adalah Muhaddas yang terdiri dari jasmani dan jasmani bukanlah terdiri dari Ammar Rabbi, dan jasmani hanya melahirkan Af’alNya yang lahir dari Ammar Rabbi.

🔘Salbiah juga tidak wujud pada Zihin dan Kharij kerana ia hanya menyatakan keagungan Zat sahaja.

🔘Ma’ani itu wujud pada Zihin (sifat yang beserta Zat) kerana sifat Ma’ani itu wajib berdiri pada Zat (memerlukan Zat) dan dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya.

🔘Ma’ani itu juga wujud pada Kharij kerana wajib baginya melahirkan (menjalankan urusan Allah) dan mempamerkan Af’al Allah yang berasaskan wujudnya makhluk jasmani.

🔘Ma’anawiyah itu wujud pada Zihin kerana ia menjalankan perintah keEsaan Tuhan bagi melahirkan Ammar Rabbi dilaksanakan dengan sempurna (Kamal), disamping menumpukan perhatian kepada sifat Ma’ani. Jelasnya Ma’anawiyah itu lazim melazimi ia dengan sifat Ma’ani, dan tidak bercerai ia dengan keEsaan Zat yang Maha Agung itu, dengan maksud,

ل� & ك �و م ن& ف�ى هو� ي أ ش�

Maksudnya: setiap masa Zat itu didalam urusanNya (mencipta, mentadbirkan makhluk)

(Ar-Rahman 29)

🔘Sifat Ma’ani iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat itu wujud pada sifat Iftiqar kerana sifat itu bermaksud berkehendak sekalian baharu kepadanya, ertinya makhluk jasmani berkehendak kepada sifat itu bagi membolehkan rohani menjalankan urusan Allah. Tanpa jasmani sifat rohani itu tidak boleh menjalankan urusan Allah.

🔘 Sifat Ma’ani juga iaitu Sama’a, Bashar dan Kalam itu wujud pada sifat Istaghna (sifat kaya Allah) kerana fitrah Zat Allah itu memahami kehendak dan keperluan alam ciptaanNya yang bermatlamatkan melahirkan segala hukum bagi menyelamatkan sekalian makhlukNya.

Wallahua'lam #kitabtauhid#paksyeikh

Page 9: NAFI DAN ISBAT.docx

TENTANG ALLAH

WAJIBAL UJUDYANG WAJIB ADA

Page 10: NAFI DAN ISBAT.docx

Yang ada hanya Allah. Tiada yang lain. Yang lain tidak ada.

TAUHID ialah mengetahui satu, melihat satu dan menjadi satu.

Aku satu dan tiada sekutu denganKu.

Walaupun ada bertingkat-tingkat dari segi badan / akal / ruh / sirr / nur / zat, hakikat anda bukanlah salah satu dari tingkat tingkat itu tetapi adalah Zat itu sendiri.

HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua manifestasi. Meskipun Muhammad didalam badan, hakikatnya adalah hakikat seluruh alam.

Keturunannya ialah :-

- seluruh alam- wali wali- malaikat malaikat- keturunan yang lahir dari jasadnya

Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua :-

Pertama – satu yang asal yakni AllahKedua – yang dijadikan atau baharu yakni yang dijadikan Allah dari tiada

Ulama Hakikat berpendapat :-

Benda benda yang akan diwujudkan bukan dari tidak ada tetapi adalah dari A’yan Sabitah ( bentuk bentuk tetap dalam Ilmu Allah ) yaitu dari Wujud Allah

Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada. Yang tidak ada tidak dapat menerima Perintah Kun itu.

Lain lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat & Ulama Hakikat :-

Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza dengan Wujud Allah. Para Sufi mengatakan Tiada perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu Wujud Mutlak Allah.

Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari ADOM. Para Sufi mengatakan Yang DiperIntah itu mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah dan ini ialah A’yan Sabitah.

Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU ( Seperti Dia )

Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk menjadi KAANAHU ( seperti Dia ) dan bukan HU HU ( Dia Dia )

Page 11: NAFI DAN ISBAT.docx

Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebih dari SATU. Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti air menzahirkan dirinya dalam bentuk ais. Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebih dari hanya nama - nama dan benda - benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.

Semua nama - nama adalah penzahiran daripada satu hakikat. Kadang - kadang hakikat itu lautan, kadang - kadang buih, kadang - kadang ombak, kadang - kadang ais kadang - kadang salji, kadang - kadang Allah, kadang - kadang makhluk.

Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.

Bentuk - bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya dan pada hakikatnya.

Semua benda - benda wujud kerana WujudNya Allah. Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.

Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak

Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin.Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya.Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.

Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda - benda ( dunia ) adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.

Zat mengetahui DiriNya sendiri

Dari segi mengetahui :-

Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dll.

Dari segi Diketahui :-

Dia menjadi Yang Dilakukan. Yang diberi kualiti. Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.Surah Al-Hadid : 04

"Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada."

Huraian :-

Allah ialah hakikat semuanya – hakikat segala -galanya tiada yang kecuali.Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.

Selagi anda wujud dalam pandangan anda, DIA TIADA NAMPAK dan apabila anda tidak wujud dalam

Page 12: NAFI DAN ISBAT.docx

pandangan anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.

Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya. Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.

CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI ( penzahiran ). Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM ( Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.

Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud diluar dan wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni Allah.

Wallahua'lam

#paksyeikh

— with Adam Lali.

Page 13: NAFI DAN ISBAT.docx
Page 14: NAFI DAN ISBAT.docx

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

BAB TAUHID

Sifat yang wajib bagi ALLAH Taala yang kelima ialah

MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH.

Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya. Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa.

Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu.

Jom kita hurai berdasarkan bahasa pasar agar anda mudah mehaminya.

Mukhalafatuhu lil hawadith ertinya bersalahan ALLAH Ta’ala dengan segala yang baharu. Bahasa pasarnya, ALLAH Taala tak sama dari segala segi dengan makhluk. ALLAH tak sama dari segi zat, tak sama dari segi sifat, tak sama dari segi perbuatan dengan makhluk.

A. Berbeza dari segi Zat

Zat ALLAH tak sama dengan zat makhluk. Zat makhluk perlukan jirim, sedangkan zat ALLAH tidak memerlukan jirim.

Apa itu jirim ? Jirim ialah sesuatu yang mengambil ruang. Semua makhluk zatnya terdiri dari jirim. Diri kita, batu, besi, kayu, air adalah jirim. Maka sebab itu kita boleh melihat kewujudannya. Kita boleh merasa kewujudannya seperti angin.

Tetapi zat ALLAH SWT tidak demikian. Zat ALLAH SWT tidak mengambil lapang atau ruang kerana zat-NYA bukan jirim.

Zat ALLAH bukan Aradhi. Apa makna aradh ? Aradh adalah sesuatu yang datang kemudian. Maknanya, zat ALLAH adalah zat dan bukannya sifat. Sifat tidak boleh berdiri kepada sifat.

Contohnya bagi makhluk, Tongkat Ali sangat power. Tongkat Ali adalah zat yang berjirim yang memakan ruang dan boleh dilihat. Power adalah sifat kepada Tongkat Ali.

Page 15: NAFI DAN ISBAT.docx

Zat ALLAH bukan seperti makhluk, sebab ianya bukan jirim dan boleh dilihat. Tetapi ianya wujud dan mempunyai sifat. Bukannya dalam Allah ada Zat, contoh seperti makhluk dalam badan ada roh.. tetapi Allah itu Zat dan Zat itulah Allah.

Zat ALLAH tidak seperti makhluk yang ada darah, berdaging.

Zat ALLAH juga tidak berpihak atau tertaluk kepada orientasi. Seperti makhluk ada kedudukan sama ada ke kiri atau ke kanan, zat ALLAH tidak sedemikian.

Zat ALLAH tidak bertempat. Bukan di atas langit ke tujuh. Bukan di dalam Kaabah. Bukan di atas arasy. Sebab langit, Kaabah, arasy adalah makhluk ciptaan ALLAH. Mustahil satu zat yang maha berkuasa dan maha agung iaitu ALLAH perlukan makhluk sebagai sandaran.

Zat ALLAH juga tidak pula menuruti masa atau menempuh masa sebab masa itu adalah dari sifat HayatNya.

Jika begitu, bagaimana sebenarnya zat ALLAH SWT ?

Tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui hakikat Zat ALLAH SWT yang sebenarnya. Dengan itu, jangan sekali-kali kita biarkan fikiran kita mengkhayalkan zat ALLAH SWT. Dan kalau ada orang membahaskan zat Allah SWT hingga dia mengaku mengetahui hakikatnya yang sebenar, itulah yang dikatakan orang yang tidak mengetahui. Kalau dia dapat menceritakan yang ALLAH SWT itu dibahagi bahagi zat-Nya, maka dia sudah disesatkan oleh syaitan. Jadi, jangan sampai kita mempelajari ilmu tauhid hingga ALLAH SWT itu kita nampak di depan mata kita sebagai nampak yang berketul.

Sebab andainya kita boleh membayangkan zat ALLAH bagaimana, itu tanda kita mengatakan bahawa kita lebih hebat dan berkuasa dari ALLAH.

B. Berbeza dari Segi Sifat

Sifat ALLAH SWT itu tidak sama dengan segala yang baharu kerana sifat ALLAH SWT qadim lagi azali, iaitu tidak ada permulaan. Ertinya, sifat ALLAH SWT itu tidak didahului oleh tiada. Tidaklah sifat-sifat ALLAH SWT itu pada mulanya tiada dan kemudian baru ada lagi, semua sifat ALLAH SWT, sama ada sifat Wujud-Nya, sifat Baqa'-Nya, sifat Sama'-Nya, sifat Qudrat-Nya, dan sifat-sifat yang lain, tidak ada permulaan. Ini kerana, zat ALLAH SWT itu sendiri tidak ada permulaan. Ia qadim lagi azali.

Dan, sepertimana yang telah kita terangkan sebelum ini bahawa sifat berdiri di atas zat, maka kalau zat qadim lagi azali, sifat juga qadim lagi azali iaitu tidak ada permulaannya. Manakala sifat segala yang baharu atau semua makhluk ini, semuanya ada permulaan. Sebab itu ia dikatakan yang baharu kerana ia mendatang kemudian; mula-mula tiada, kemudian baharu ada.

Perkara yang baharu adalah perkara yang mengalami perubahan. Perkara yang mengalami perubahan adalah sebagai tanda ianya lemah dan bersifat makhluk.

Page 16: NAFI DAN ISBAT.docx

Contohnya : Dinosaur besar. Dinosaur adalah zat yang mempunyai jirim iaitu berdaging, berdarah dan memakan ruang. Besar adalah sifat. Dinosaur bermula dengan sebiji telur dan menetas. Kemudian dinosaur membesar, jadi tua dan mati. Dinosaur tidak bersifat qidam sebab Dinosaur ada permulaan, iaitu menetas dari telur. Dinosaur tidak bersifat baqa’ sebab dinosaur ada akhir iaitu mati. Dinosaur tidak bersifat mukhalafatuhu lil hawadith sebab Dinosaur melalui perubahan iaitu dari tiada lalu menetas kepada ada, membesar, jadi tua dan mati. SEDANGKAN … ALLAH tidak sebegitu.

Dan sifat ALLAH itu takluknya melengkapi, sedangkan sifat makhluk atau sifat segala yang baharu, takluknya tidak melengkapi.

Apa makna takluk ? Pengertian istilah "takluk" di sini secara bahasa pasarnya diertikan sebagai "yang menuntut sesuatu akan perkara yang bertambah".

Jom kita membahasa pasarkan agar kita lebih mudah faham.

Dalam hal ini, ia diertikan sebagai sifat yang menuntut perkara yang bertambah yang berdirinya pada zat. Misalnya, bagi sifat Basar (Melihat) pada zat ALLAH SWT, ada benda yang kena lihat. Inilah yang dikatakan sifat bertakluk.

Dan takluk bagi sifat ALLAH SWT adalah melengkapi dalam ertikata ia bertakluk kepada "segala yang ada", sama ada ia (segala yang ada itu) berupa perkara yang wajib ataupun perkara yang harus. Segala yang ada yang berupa perkara yang wajib ialah zat dan sifat ALLAH SWT, manakala segala yang ada yang berupa perkara yang harus ialah makhluk dan segala yang baharu ini. Jadi, takluk bagi sifat ALLAH yang demikian, dikatakan takluk yang melengkapi.

Bandingan Takluk ALLAH Dengan Takluk Makhluk

Misalnya, katalah sifat Sama' (Maha Mendengar) bagi ALLAH SWT. Sifat ini bertakluk kepada segala yang ada, sama ada yang wajib mahupun yang harus. Ertinya, ALLAH boleh mendengar semuanya melalui sifat Sama'-Nya, tidak kira takluk-Nya itu pada yang wajib seperti zat dan sifat ALLAH SWT sendiri, ataupun pada yang harus iaitu seluruh yang baharu. Dan mendengarnya ALLAH SWT pula tidak mengira sama ada takluk-Nya itu bersuara atau tidak bersuara, sama ada yang didengar itu jauh atau dekat, dan sebagainya. Hatta degupan jantung kita pun boleh didengar oleh ALLAH SWT.

Berlainan halnya dengan mendengarnya makhluk seperti kita ini. Kalau yang kita dengari itu tidak bersuara, takluk pendengaran kita juga akan terbatas; sama ada suara itu tidak kita dengari langsung atau kita dengar tetapi tidak jelas. Misalnya, kalau kita bayang-bayangkan, tentulah di Amerika sana pada ketika ini hingar-bingar dengan bermacam-macam bunyi, tetapi sedikit pun kita tidak mendengarnya. Oleh itu, takluk sifat mendengar makhluk tidak melengkapi; tidak seperti takluk yang berlaku pada sifat ALLAH SWT.

Begitu jugalah dengan sifat melihat bagi Allah SWT, takluk-Nya tidak terbatas sama ada yang dilihat itu jauh atau dekat, sama ada dalam gelap ataupun terang, sama ada yang tersembunyi atau yang terdedah, dan sebagainya. Semuanya Allah SWT boleh lihat melalui sifat Basar-Nya.. kerana meliputi Nya sifat Basar itu pada tiap tiap sesuatu yang dijadikan

Page 17: NAFI DAN ISBAT.docx

Sebaliknya, sifat melihat kita, takluknya amat terbatas kerana makhluk hanya boleh melihat bila ada cahaya, dan makhluk hanya boleh melihat yang dekat sahaja. tetapi yang jauh sudah tidak dapat dilihat; kalaupun boleh dilihat, namun tidak terang. Yang tersembunyi, makhluk tidak boleh melihatnya.

Lawan sifat mukhalafatuhu lil hawadith bagi ALLAH adalah sifat yang mustahil bagi ALLAH iaitu Mumathalatuhu lilhawadith iaitu menyamai dengan sesuatu yang baharu/makhluk.

Dalil naqli bagi sifat mukhalafatuhu lilhawadith adalah Firman ALLAH SWT :

Tiada yang menyerupai-NYA segala sesuatu (As Syura : 11)

Sementara dalil aqli telah banyak kita bahaskan disini tadi.

Jadi kesimpulannya, ALLAH SWT tidak sama dengan makhluk dalam apa jua segi.

.

— with Qalbi Ku.

Page 18: NAFI DAN ISBAT.docx
Page 19: NAFI DAN ISBAT.docx

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

BAB TAUHID

TAKLUK SIFAT QUDRAT

1)Cara ta’aluknya.

Disebut ta’aluk ta’thir yang bererti memberi bekas pada menjadikan atau mentiadakan. Ini bermakna apa sahaja yang telah berta’aluk oleh kudrat Allah pada mengadakannya pasti jadi. Begitu juga apa sahaja yang telah berta’aluk oleh kudrat Allah pada mentiadakannya maka pasti tiada menurut kudrat Allah yang tersebut: Firman Allah

فيكون كن له يقول أن أرادشيئا إذا أمره إنما

Ertinya : Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

Maksud ayat di atas ialah terlalu mudah bagi Allah di dalam menjadikan apa sahaja sehingga apabila telah berta’aluk oleh kudrat iradatNya nescaya sesuatu itu jadi menurut seperti yang dikehendakkinya.

2)Tempat ta’aluknya.

Tempat ta’aluk sifat kudrat adalah ke atas sekelian mumkin. Mumkin ertinya apa sahaja yang bersifat harus yang boleh menerima ada dan tiada. Jika banyak disebut mumkinat. Mumkin terbahagi kepada empat bahagi :-

i)Mumkin adam ba’dal maujud

Ertinya mumkin yang telah dijadikan dan pada masa sekarang telah tiada. Contohnya orang – orang zaman dahulu , makhluk – makhluk yang terdahulu , masa yang telah lalu dan sebagainya. Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk ta’thir ertinya telah memberi bekas.

ii)Mumkin maujud ba’dal adam

Ertinya mumkin yang sekarang telah wujud yang mana dahulunya tiada. Contohnya orang – orang di zaman sekarang, makhluk – makhluk yang ada sekarang, masa sekarang dan sebagainya. Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk ma’iyah ertinya ta’aluk yang menyertai. Hakikatnya ianya adalah sebahagian daripada taaluk ta’thir juga.

iii)Mumkin sayujad

Page 20: NAFI DAN ISBAT.docx

Ertinya mumkin yang belum ada tetapi lagi akan diadakan. Contohnya orang – orang di zaman akan datang, makhluk – makhluk yang akan datang, masa akan datang, hari kiamat dan sebagainya. Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk qabdhah ertinya di dalam genggaman.

iv)Mumkin alimallahu annahu lam yujad

Ertinya mumkin yang diketahui oleh Allah bahawa ia tidak akan dijadikan samasekali. Contohnya berimannya Firaun, bertaubatnya iblis, berimannya Abu Jahal, masuknya orang yang beriman ke neraka, masuknya orang kafir ke syurga dan sebagainya.

Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk bil hukmi ertinya secara hukumnya harus boleh ada atau boleh berlaku jika dikehendaki Allah. Hanya sanya telah diketahui Allah dengan ilmuNya yang azali bahawa mumkin tersebut tidak akan dijadikan sekali – kali.

Kesimpulannya tidak ada satu perkara mumkin pun yang tidak dita’aluk oleh kudrat dan iradat Allah samada mumkin yang telah dijadikan, atau yang sedang dijadikan, atau yang akan dijadikan, atau yang telah diketahui oleh Allah tidak akan dijadikan sekali – kali. Firman Allah

شيئقدير كل على هللا إن

Ertinya : Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

“Tiap – tiap sesuatu” bermaksud apa sahaja selagi perkara itu dinamakan mumkin. Telah terdahulu disebutkan bahawa mumkin itu adalah apa sahaja yang boleh menerima ada dan tiada.

Tiap – tiap yang boleh menerima ada dan tiada itu mewajibkan keadaannya itu berasal dari ‘tiada’ sejak azali. ‘Ketiadaannya’ sejak azali itu wajib tetapi harus tidak kekal kerana sebagai mumkin ia dapat menerima wujud apabila dikehendakki Allah dan apabila berta’aluk kudrat Allah pada menjadikannya.

Hendaklah juga difahami bahawa mustahil kudrat Allah itu berta’aluk kepada yang wujudnya sejak azali iaitu wujud Allah kerana tujuan kudrat itu ialah bertindak mengeluarkan sesuatu yang belum wujud kepada wujud sedangkan zat Allah itu kadim lagi azali yakni sedia wujudnya lagi wajib wujudnya (bukan harus) dan tidak berhajat lagi kepada yang menjadikan yakni yang mengeluarkannya kepada wujud.

Begitu juga mustahil kudrat Allah itu berta’aluk bagi mengubah keadaan zat Allah itu kerana sebagai zat yang wajib wujudnya, wujud zat Allah itu wujud yang meliputi lagi maha sempurna dan mustahil menerima perubahan lagi samada perubahan itu dalam bentuk penambahan atau pengurangan atau penafian ketiga– tiganya adalah mustahil dikatakan bagi zat Allah yang suci.

Jika zat Allah dapat berubah kepada yang lebih sempurna bererti wujudnya yang dahulu itu kurang sempurna. Maka yang demikian adalah mustahil. Jika zatnya berubah kepada yang kurang sempurna atau daripada wujud kepada penafian wujudnya yakni menjadi tiada maka dengan perubahan ini bererti wujudnya menyamai ketika itu dengan wujud yang harus yakni yang baharu. Ini pun mustahil

Page 21: NAFI DAN ISBAT.docx

sepertimana yang telah diketahui pada perbahasan sifat mukhlafatuhu lil hawadis yang lalu.

Rasulullah saw bersabdaعليهكان كما اآلن هللا

Ertinya : Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua.

Yakni tidak menerima sebarang perubahan sama sekali kerana wujud Allah itu telah sedia sempurna secara mutlak. Begitu juga kudrat Allah tidak berta’aluk kepada yang mustahil wujudnya seperti mengadakan tuhan – tuhan selain daripada Allah yang mempunyai ketuhanan yang sama denganNya.

Sebab, jika kudrat Allah itu berta’aluk kepada yang mustahil wujudnya untuk mengadakan yang mustahil itu, nescaya wujudnya ketika itu tidak lagi dinamakan mustahil.

Ini merupakan satu pertukaran pada hakikat mustahil kerana hakikat mustahil ialah sesuatu yang tidak boleh ada sama sekali. Jika ditakdirkan wujud juga, maka itu bererti yang dikatakan mustahil itu bukannya mustahil tetapi ialah sesuatu yang harus yang merupakan makhluk bagi Allah dan tidaklah ia bersifat ketuhanan yang menyamai Allah.

Kesimpulannya segala sesuatu itu terbahagi kepada tiga perkara sepertimana berikut :-

i)Yang wajib wujudnya iaitu zat Allah – Tidak berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah.

ii)Yang mustahil wujudnya iaitu tuhan selain Allah dan sebagainya – Ini juga tidak berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah.

iii)Yang mumkin wujudnya yakni sekelian yang bersifat baharu – Maka hanya inilah yang berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah tanpa mengira betapa pun keadaan mumkin itu dan berapa banyak sekalipun bilangannya.

Jika ditanya bolehkah Allah dengan kudratnya memasukkan dunia kita ini di dalam sebiji telur. Maka jawabnya, jika yang dimaksudkan oleh orang yang bertanya itu bahawa dibesarkan telur itu hingga terlebih besar dari dunia kita ini, atau dikecilkan dunia kita hingga menjadi lebih kecil dari telur lalu dimasukkan nescaya jawapannya boleh kerana perkara tersebut adalah mumkin yakni harus.

Tetapi jika yang dimaksudkan dengan pertanyaan tadi ialah dimasukkan dunia di dalam keadaan besarnya seperti sekarang ke dalam telur yang kecilnya seperti sekarang nescaya tidak boleh berlaku kerana adalah mustahil hukumnya suatu benda yang besar di dalam keadaan besarnya bermasuk – masukan ke dalam benda yang kecil yang di dalam keadaan kecilnya. Ini adalah termasuk di dalam cabang ‘al mumkinat al mutaqabalah’ yang bererti mumkin yang berlawanan di mana tidak harus pada akal dapat berhimpun oleh dua perkara yang berlawanan dan hukumnya mustahil.

Adalah maklum bahawa kudrat Allah tidak berta’aluk kepada perkara yang mustahil. Jika dikatakan, bolehkah disifatkan lemah kudrat Allah kerana tidak berta’aluk kepada perkara yang wajib atau

Page 22: NAFI DAN ISBAT.docx

mengadakan perkara yang mustahil.

Maka jawabnya tidak boleh disifatkan kudrat Allah itu lemah kerana yang demikian itu, sebab memang bukan jalan dan tempat ta’aluknya.

Ini samalah seperti mata tidak boleh dikatakan buta jika tidak dapat mendengar dan telinga tidak boleh dikatakan pekak jika tidak dapat melihat kerana memang bukan jalan dan tempatnya.

Hendaklah kita mengelak dari menggunakan perkataan atau ungkapan dengan menyebutkan bahawa Allah itu tidak dapat mengadakan yang mustahil atau mentiadakan yang wajib, kerana yang demikian merupakan kesalahan dari segi penggunaan bahasa dan logik sebab sesuatu yang mustahil tidak boleh dinisbatkan kepadanya dapat atau tidak.

Sebaliknya hendaklah kita katakan bahawa kudrat Allah itu tidak berta’aluk ke atas yang wajib dan yang mustahil dan ini adalah ketetapan sejak azali.

Atas isu inilah sesatnya kaum Nasrani dan yang seumpamanya apabila mereka mengiktikadkan bahawa Isa itu ialah Tuhan yang menjelma menjadi manusia dan menurut mereka Tuhan mampu berbuat demikian dengan alasan Tuhan amat berkuasa melakukan sesuatu termasuklah mengubah dirinya sendiri menjadi manusia.

Iktikad seperti ini adalah hasil daripada tidak dapat membezakan antara yang wajib sejak azali, yang harus sejak azali dan yang mustahil sejak azali dan tidak memahami bahawa ta’aluk kudrat Allah itu hanya pada yang harus dan akibat dari ketidakfahaman ini akhirnya menyebabkan mereka menyamakan zat Allah Yang wajibul wujud itu dengan sesuatu yang harus.

Jika kudrat Allah boleh berta’aluk kepada zatNya sendiri sepertimana kepercayaan yang mereka dakwakan adakah mereka boleh mempercayai bahawa Allah berkuasa untuk memusnahkan diriNya sendiri hanya dengan alasan Dia berkuasa atas tiap – tiap sesuatu.

Iktikad seperti itu juga adalah terhasil daripada kias (perbandingan) bahawa kuasa yang ada pada makhluk dapat berta’aluk atas diri mereka sendiri seperti dapat menyakiti diri sendiri dengan umpama membunuh diri. Maka kita katakan bahawa kuasa makhluk tidak dapat dibandingkan dengan kuasa Allah kerana kuasa yang ada pada makhluk itu pada hakikatnya adalah kuasa Allah juga.

Hanya disandarkan pada makhluk itu majazi (kiasan) semata – mata. Jadi apabila makhluk itu membunuh diri umpamanya pada hakikatnya kuasa Allahlah yang melakukannya. Hanya disandarkan zahirnya makhluk yang melakukan itu secara majazi jua bukan hakikat.

Firman Allahرمى هللا ولكن رميت إذا رميت وما

Ertinya : Bukan engkau yang melontar ketika engkau melontar tetapi (pada hakikatnya) Allahlah yang melontar.

Page 23: NAFI DAN ISBAT.docx

“Ungkapan ketika engkau melontar” adalah sebagai isyarat bahawa zahirnya makhluk itu ada perbuatan dan kudrat. Ungkapan “tetapi (hakikatnya) Allahlah yang melontar” adalah sebagai isyarat bahawa pada hakikatnya perbuatan dan kudrat makhluk itu adalah perbuatan dan kudrat Allah jua.

Ini bererti tidak ada satu kudrat pun yang berlaku ke atas alam ini baik yang berhubung dengan perkara yang besar atau kecil melainkan pada hakikatnya semuanya dengan kudrat dan iradat Allah. Hanya sanya disandarkan kepada makhluk yang melakukan sesuatu perbuatan dengan zahir dipandang itu, hanyalah sebagai membolehkan makhluk itu menjadi tempat pertanggungjawaban terhadap hukum syarak di mana makhluk itu mendapat pahala dan dosa daripada perbuatan tersebut.

Rasulullah saw bersabdaهللا بإذن إال ذرة تتحرك ال

Ertinya : Tidak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan izin Allah.

Ungkapan “tidak bergerak suatu zarah pun” adalah isyarat bahawa zahirnya makhluk itu ada perbuatan. Ungkapan “dengan izin Allah” adalah isyarat bahawa pada hakikatnya bahawa Allahlah yang menggerakkan perbuatan makhluk.

Maksud dari semua itu adalah untuk menerangkan bahawa makhluk hanya ada kudrat pada zahirnya sahaja adapun pada hakikatnya mereka tidak punya suatu kudrat pun dan kudrat yang zahir pada mereka itu hakikatnya adalah kudrat Allah.

Oleh itu kesimpulannya perbandingan kuasa Allah disamakan dengan kuasa makhluk adalah hasil dari idea syirik bahawa makhluk itu mempunyai kuasanya sendiri dan bukan dari kuasa Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kepercayaan yang seumpama ini. Amin ya Rabbal alamin.

3)Bahagian ta’aluk sifat kudrat

Bahagian ta’aluk sifat kudrat secara kasarnya terbahagi kepada tiga bahagian :-

i)Ta’aluk soluhi kadim.

Ertinya patut dan layak sejak azali Allah Taala mengadakan mumkin. Pada peringkat ini, mumkin belum ada. Tetapi sekelian mumkin itu tetap dalam ta’aluk kudrat sebagai ta’aluk soluhi yakni patut dan layak bagi kudrat Allah jika hendak mengadakannya nescaya boleh ada.

ii)Ta’aluk tanjizi hadith.

Ertinya ta’aluk kudrat Allah ke atas mumkin pada waktu mumkin itu diadakan. Peringkat ini ialah peringkat sampai masa dan ketikanya mumkin itu dijadikan maka berta’aluklah kudrat Allah pada menjadikannya sebagai ta’aluk tanjizi hadith.

Page 24: NAFI DAN ISBAT.docx

iii)Ta’aluk qabdhah.

Ertinya dalam genggaman. Yakni mumkin yang telah dijadikan itu sentiasa di dalam genggaman kudrat Allah samada akan dikekalkan wujudnya atau ditiadakan bergantung kepada ketetapan iradat (kehendak) dan ilmu (pengetahuan Allah).

#paksyeikh .

— with Abdel Rahem, Coc C'One Canopy, Qalbi Ku, هرالسنين الجوا , Sam Mohd, Sang Lara, الدا . الغني عبد رزقي and نجوا حوميرة

Page 25: NAFI DAN ISBAT.docx
Page 26: NAFI DAN ISBAT.docx

PAK IMAM BERIMAMKAN SIAPA ?

Sebelum menunaikan fardhu sembahyang, sama ada selaku Pak Imam atau selaku makmum atau semasa mengerjakan sembahyang bersendirian, terlebih dahulu hendaklah kita faham 3 perkara;

1) Siapakah sebahyang sebelum sembahyang?

2) Siapakah sembahyang didalam sebahyang?

3) Siapakah sembahyang sesudah sembahyang?.

Siapakah yang mendahului sembayang sebelum kita sembahyang? (solat sebelum solat).

Sebelum kita bersembahyang atau sebelum kita bersolat, tidakkah Allah telah terlebih dahulu solatkan kita di Loh Mahfuz!. Sebelum kita berdiri, sebelum kita bertakbir, sebelum kita rukuk dan sebelum kita sujud, tidakkah Allah yang terlebih dahulu dirikan, takbir, rukuk dan sujudkan kita didalam kitab Loh Mahfuz iaini dgn pengetahuan Nya!.

Bahawa sesungguhnya yang terlebih dahulu bersolat atau yang terlebih dahulu berkehendak sebelum kita bersolat itu, adalah Allah swt. Allah Taalalah yang mendahului solat kita sebelum kita bersolat.

Untuk itu, layakkah kita mengaku yang kita yang bersolat? Layakkah pekerjaan orang, kita mengaku kita punya?. Sesungguhnya Allahlah yang mengetahui, berkehendak dan berkuasa atas solat kita, sebelum kita bersolat!.

Sesungguhnya Allahlah yang mendahului kita. Allahlah imam kita dan imam kepada Pak Imam!.

Bilamana kita berimam kepada Allah, ertinya Allah mendahului kita. Mendahului Allah berbanding diri kita!. Berimam kepada Allah itu, ertinya Allah mendahului kita. Allah mengerjakan, sebelum kita mengerjakannya!. Yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu pekerjaan atau yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu perbuatan itu, adalah Allah!.Kerana dengan adanya sifat Khudrat Allah terlebih dahulu maka barulah bergerak kelakuan makhluk.

Melalui ilmu makrifat, hendaklah kita yakini, hendaklah kita mengaku dengan penuh keyakinan dan sepenuh kepercayaan bahawa yang mendahului pekerjaan atau yang mendahului perbuatan kita itu, adalah Allah swt. dengan sifat Khudrat Nya.

Sebelum kita berkehendak, sesungguhnya Allah telah terlebih dahulu berkehendak!. Sesungguhnya Allah mendahului kehendak kita!. Sebelum kita berhajat untuk melakukan sesuatu dengan sifat Iradat-Nya, sesungguhnya Allah telah mendahului apa yang kita hajati. Inilah erti, pengertian dan maksud perkataan berimam!.

Kita sembahyang berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersembahyang jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?.

Page 27: NAFI DAN ISBAT.docx

Siapa mendahului sembahyang semasa kita sedang mengerjakan bersembahyang dan siapa bersolat, semasa kita sedang mengerjakan bersolat?. (Siapa yang bersolat didalam solat)

Sebelum kita bersolat, tidakkah Allah dah solatkan kita dalam kitab Loh Hulmahfuz dengan sifat ilmu Nya dan Iradat-Nya. Setelah lahirnya kita kedunia, lalu kita pun berdiri untuk bersolat dengan ada sifat Khudrat Nya.

Semasa kita berdiri diketika bersolat itu, bukannya suatu perbuatan baru, melainkan berdirinya kita itu, telah Allah dirikan kita sebelumnya dikitab Loh Hul Mahfuz sejak azali lagi.

Oleh itu, hendaknya jangan sekali-kali kita mengaku yang kita bersolat, kita rajin, kita taat, kita patuh, kita alim atau segalanya. Yang rajin itu Allah, yang taat itu Allah, yang alim itu Allah dan yang berbuat solat itu adalah pekerjaan dari Khudrat Allah yang sudah tersedia Ketetapan Nya sedari azali!.

Solat dikala bersolat itu, sebenar-benarnya telah Allah adakan ketetapan sedari azali (perbuatan atau kelakuan solat itu, bukan perkara baharu, semak...Takluk Khudrat dan Takluk Iradat Allah)

Melainkan pekerjaan atau perbuatan yang telah sedia tercatat didalam kitab Loh Hulmahfuz.. Di panggil pengetahuan Allah (takluk ILMU Allah) iaitu sebelum, sedang dan selepas sesuatu itu berlaku.

Oleh itu, hidup kita didunia ini jangan sombong. Sombong diri dengan mengaku kelakuan taat itu kita yang punya dan perbuatan bersolat itu datangnya dari Khudrat kita!.

Pekerjaan atau pebuatan solat kita adalah suatu pebuatan serta kelakuan yang telah siap tercatat. Kita ini, tidak ubah hanya sekadar menyatakan sahaja perkara yang sudah siap dengan kekuasaan sifat Ilmu, Khudrat dan Iradat Allah.

Jadi yang sebenar-benar bersolat diketika kita sedang bersolat itu, bukan kita, melainkan pebuatan atau kelakuan dari Khudrat Allah dan telah diketahui sebelum nyata kelakuan itu.

Siapa sembahyang sesudah sembahyang atau siapa yang bersolat sesudah solat?.

Bilamana yang mendahului solat sebelum solat itu dgn ilmu Allah, yang mendahului solat diketika sedang bersolat itu dgn khudrat Allah, sudah tentu solat sesudah solat, itupun juga adalah dari Allah Taala!

Oleh itu, janganlah hendaknya mengaku yang bersolat itu kita!. Diantara sebelum dan sesudah itu, apakah adanya diri kita?. Dari awal sehingga keakhir, tidak ada kita ditengah-tengah. Dari bermula dan sehingga berakhir itu, adalah Allah, sehingga tidak ada ruang langung untuk kita mengerjakan dgn kelakuan dan Khudrat kita sendiri.

Setelah dan sesudah tidak adanya daya upaya atau usaha ikhtiar kita, barulah ibadah itu boleh dikatakan datangnya dari Allah kepada Allah!.

Page 28: NAFI DAN ISBAT.docx

Jadi marilah kita bersama-sama berimam kepada Allah iaitu dengan “mendahulukan Allah”.

1) Iman itu, kepercayaan, pegangan atau iktikad.

2) Berimam itu, mendahului Allah daripada makhluk.

3) Pak imam itu, orang yang mengepalai solat.

Firman Allah dalam Qs.Ash shoffat:96; “Allah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu perbuat.”

Amaran Terhadap Perbuatan Syirik dan Kelebihan Tauhid

1. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Allah Ta'ala berfirman kepada orang yang menerima azab yang paling ringan pada hari kiamat; 'Jika kamu mempunyai sesuatu di atas permukaan bumi sebagai tebusan, adakah kamu menebus azab ini dengannya?' Orang itu pun menjawab, 'Ya'.

Allah Ta'ala pun berfirman, 'Aku menghendaki darimu agar melakukan sesuatu yang lebih mudah dari ini sewaktu kamu berada di dalam tulang sulbi Adam (iaitu) agar kamu tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Ku, namun kamu telah ingkar (enggan) melakukannya, melainkan kamu telah mempersekutukan Daku." (Sahih, Al-Bukhari dan seumpamanya oleh Imam Ahmad) [001]

Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik.

Inilah yang sebenarnya sembahyang. Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh.

Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Zat dan yang empunya amal itu adalah Zat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik kerana megatakan kelakuan sembahyang itu hasil dari kelakuannya sendiri. Wallahualam.

#paksyeikh.

— with Sang Lara, Sam Mohd, Abe Tam Tam and 13 others.

Page 29: NAFI DAN ISBAT.docx

SIAPAKAH YANG ADA

Manusia itu sesungguhnya mati kecuali yang berilmu, yang berilmu pula tertidur, kecuali yang mengamalkan ilmunya, yang mengamalkanya pula tertipu, kecuali yang Ikhlas.

Maka, ingatlah, janganlah tertipu, walaupun penipuan yang tidak disedari, ingatlah apabila nyata

Page 30: NAFI DAN ISBAT.docx

ketiadaan dirimu itu maka nyatalah yang ADA.

Siapakah yang Ada itu..? tidak lain, KEBENARAN (Al Haq), oleh itu, “matikanlah dirimu sebelum kamu mati”, maka, siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu..? tidak lain, AKU ( Al Haq) lah yang Ada.

Setelah Dia yang ada, maka selain dariNya adalah, fatamorgana, hanya bayangan, hanya kekosongan dan sesungguhnya Dialah yang meliputi kekosongan dan ketiadaan dirimu itu.

Maka ingatlah, kekosongan dirimu itulah dan ketiadaan dirimu itulah, SINGGAHSANANYA dan disitulah Dia bersemayam, bukan pada jasadmu, bukan pada jiwamu, bukan di hatimu dan bukan juga pada ruhmu.

Betapa indanya ini, bagi yang mengerti...!

Kita itu Ilusi insan, ilusi alam Ilusi Tuhan, ilusi HambaSemuanya ilusi, semuanya sangkaan, semuanya TabirNya.

Tiada salah, tiada benar, Tiada imam, tiada makmum Tiada anak, tiada isteri, Tiada ulama, tiada jahil, Semuanya TabirNya.

Tiada zahir, tiada batin Tiada awal, tiada akhir.Tiada kufur, tiada iman Tiada Rasul, tiada umat Semuanya TabirNya.

Tiada Agama, tiada falsafah Tiada mazhab, tiada tariqat Tiada mazkur, tiada zikir, tiada madlul, tiada dalil tiada sembahan, tiada yang disembah Semuanya TabirNya.

Yang ada hanya Dia, Zat Yang Agung Hilangkan sekalian sifat, nama dan af’al, Hilangkan sekalian salah-sangka.

Hidup bukan untuk beragama, Hidup bukan untuk berselindung disebalik AlQuran dan AlHadith. Hidup bukan untuk mendabik dada. Lepaskanlah sekalian ilusi minda dan hati baru boleh merasa hidup sejati Berilah jawaban: Siapa anta..?

Jangan takut, jangan ragu Selagi anta masih menanggung beban ilusi hidup dan mati, Anta tidak bisa berani memberi jawabannya. Hidup yang sejati tidak bisa bercampur-baur dengan kenistaan insan dan dunianya, walaupun serban dan janggutnya putih lagi mulus.

Yang disangkanya musibah, sebenarnya rahmat. Yang disangkanya Tuhan, sebenarnya iblis, Yang disangkanya agama, sebenarnya hawa nafsu amarah, Yang disangkanya baik, sebenarnya buruk Yang disangkanya bersih, sebenarnya nista semata.

Begitulah sebuah ilusi kehidupan ciptaan Zat Yang Maha Agung.Tawakal adalah perbuatan hati, sedangkan TAUHID adalah ucapan hati.

Barangsiapa mengetahui HAKIKAT TAUHID pasti akan gugur darinya pertanyaan MENGAPA DAN

Page 31: NAFI DAN ISBAT.docx

BAGAIMANA. Hakikat kedekatan kepada Allah adalah hilangnya rasa pada sesuatu dari hati berganti ketundukan NURANI kepada Allah.

Apabila kamu telah mengenal diri tiada lagi persoalan, kerana kita ini adalah seorang hamba yang hina, sebab itulah kita kena buat penyerahan hamba kepada tuanNya. Di situlah permulaan bimbingan, yang DIA sendiri akan membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya.

#paksyeikh .

— with Qalbi Ku and Abdel Rahem.

Page 32: NAFI DAN ISBAT.docx