polis nafi kenyataan kehilangan amr i babitkan...

3
BERITA MALAYSIAKINI Polis nafi kenyataan kehilangan Amri babitkan SB Diterbitkan 31 Mei 2018, 5:33 petang | Dikemaskini 31 Mei 2018, 6:12 petang Anggota polis yang didakwa membabitkan penglibatan polis Cawangan Khas (SB) dalam penculikan aktivis yang hilang, Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh dilaporkan menafikan berbuat demikian. Pemberitahu maklumat, Shamzaini Mohd Daud dari polis cawangan khas Perlis, dilaporkan membuat laporan polis mengakui telah bertemu dengan isteri Amri Norhayati Mohd Daud pada malam 12 Mei. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa tujuan kunjungan itu tiada kaitan dengan kehilangan Amri, tetapi hanya untuk bertanyakan mengenai menyewa sebuah unit kedai yang dimilikinya bagi menjalankan perniagaan sampingan. Anggota polis berkenaan berkata kunjungannya ke rumah isteri aktivis yang hilang itu tiada kaitan dengan kes Amri.

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Polis nafi kenyataan kehilangan Amr i babitkan SBjeraldgomez.com/wp-content/uploads/2018/05/31.5.2018-TMI-Polis-nafi... · Apabila disoal peguam keluarga Amri, Jerald Gomes, Aizat

BERITAMALAYSIAKINI

Polis nafi kenyataan kehilanganAmri babitkan SBDiterbitkan 31 Mei 2018, 5:33 petang  |  Dikemaskini 31 Mei 2018, 6:12 petang

Anggota polis yang didakwa membabitkan penglibatan polis Cawangan Khas(SB) dalam penculikan aktivis yang hilang, Amri Che Mat dan paderi RaymondKoh dilaporkan menafikan berbuat demikian.

Pemberitahu maklumat, Shamzaini Mohd Daud dari polis cawangan khasPerlis, dilaporkan membuat laporan polis mengakui telah bertemu denganisteri Amri Norhayati Mohd Daud pada malam 12 Mei.

Walau bagaimanapun, beliau mendakwa tujuan kunjungan itu tiada kaitandengan kehilangan Amri, tetapi hanya untuk bertanyakan mengenaimenyewa sebuah unit kedai yang dimilikinya bagi menjalankan perniagaansampingan.

Anggota polis berkenaan berkata kunjungannya ke rumah isteri aktivis yanghilang itu tiada kaitan dengan kes Amri.

Page 2: Polis nafi kenyataan kehilangan Amr i babitkan SBjeraldgomez.com/wp-content/uploads/2018/05/31.5.2018-TMI-Polis-nafi... · Apabila disoal peguam keluarga Amri, Jerald Gomes, Aizat

Satu salinan laporan polis Shamzaini dilaporkan diserahkan kepada Norhayatioleh ketua polis Sentul R Munusamy semasa pemeriksaan balas dalam sesisiasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Norhayati berkata, "tidak tahu apa-apa mengenai laporan (polis) ini," selepasmembacanya, lapor The Malaysian Insight yang memetiknya memberitahupanel Suhakam.

Difahamkan Norhayati juga menegaskan bahawa laporannya pada malam 12Mei adalah betul.

Semalam, Norhayati memberi keterangan berkata Shamzaini telah datang kerumahnya kira-kira jam 10.30 malam untuk memberitahunya pasukanCawangan Khas dari Bukit Aman telah menculik Amri atas dakwaan beliauterlibat ajaran Syiah dan aktiviti perdagangan forex.

Beliau berkata Shamzaini juga memberitahunya pasukan yang sama jugaterbabit dalam penculikan Koh dan melibatkan beberapa pegawai polistermasuklah ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Siasatan Suhakam hari ini juga menyaksikan keterangan diberikan rakankeluarga Amri, Aizat Zahid, yang juga anggota NGO Perlis Hope yangdiasaskan oleh Amri.

Sebelum ini, Norhayati memberi keterangan Aizat ialah antara orang yangdihubunginya segera selepas pertemuan dua setengah jam denganShamzaini berakhir dan Aizat tiba di rumahnya tidak lama kemudian.

Pertanyaan sewa kedai 

Page 3: Polis nafi kenyataan kehilangan Amr i babitkan SBjeraldgomez.com/wp-content/uploads/2018/05/31.5.2018-TMI-Polis-nafi... · Apabila disoal peguam keluarga Amri, Jerald Gomes, Aizat

Apabila disoal peguam keluarga Amri, Jerald Gomes, Aizat berkata Norhayatitidak pernah menyebut pertanyaan Shamzaini tentang kedai runcitnya danhanya bercakap mengenai apa yang dikatakannya berkenaan Amri dan Koh.

Beliau berkata "tidak masuk akal" bagi Shamzaini untuk menanyakan tentangkedai pada larut malam kerana ini boleh dilakukan pada siang hari danNorhayati hanya mempunyai satu kedai yang sudah dipajak oleh rakannya,Farid ini selama 10 tahun.

Bagaimanapun, pengerusi panel siasatan, Datuk Mah Weng Kwaimenghentikan soalan sedemikian berkata ia cuma spekulasi.

"Ia tidak semestinya tidak masuk akal. Walaupun sudah disewa, seseorangmasih boleh membuat pertanyaan.

"Marilah kita (selidik) buat rumusan . Jika tidak, ini spekulasi semata-mata,"katanya.

Pendengaran akan disambung semula pada 7 Jun. Panel siasatan Suhakamditubuhkan untuk menentukan sama ada kehilangan Amri, Koh, Joshua Hilmydan Ruth Sitepu, tertakluk di bawah takrifan Konvensyen Antarabangsa BagiPerlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).   Koh telah diculik pada 13 Februari tahun lepas, manakala Amri diculik pada24 November 2016. Joshua dan isterinya Ruth terakhir dilihat pada 30November 2016.