makna ayat dalam bahasa melayu

Upload: kamsiah-abdul-kadir

Post on 19-Oct-2015

160 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pengenalan Bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Bahasa merupakan satu sistem untuk menyampaikan makna melalui bunyi. kajian makna dikenali sebagai bidang semantik. Makna ada yang tersurat dan ada yang tersirat . Ahli falsafah atau ahli bahasa lebih menitik beratkan hubungan makna perkataan. Makna adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa, dunia bahasa bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan .

  • Satu unsur penting dalam ujaran atau tulisan Tanpa makna, apa saja yang diujar atau ditulis tidak memberi sebarang kefahaman. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Untuk membentuk ayat,perkataan hendaklah disusun, untuk mendapat makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat perkataan yang mengandungi dua makna dan lebih.Terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. dalam Bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagi makna KONOTATIF dan DENOTATIF .

  • Makna Ayat Bahasa MelayuMakna Denotatif Makna tersurat, Umum, Leksikal, makna kamus.Contoh:Kupu-kupu Kupu-kupu menghisap madu. Makna kupu-kupu dalam konteks ayat di atas merujuk seranggaMakna Konotatif Makna tersirat, bukan literal lebih mengutamakan nilai komunikatif.Contoh:Kupu-kupu Kupu-kupu malam berkeliaran. Kupu-kupu dalam konteks merujuk perempuan murahan.

  • Makna Ayat Bahasa MelayuMakna AfektifMakna EmotifBerkaitan dengan perasaan dan emosi. Rumusan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan. Hasil penerimaan atau pemahaman mungkin positif dan mungkin juga negatif.Contoh:Perkataan jujur, ikhlas, baik hati, menimbulkan makna positif. Rasuah, pemarah menimbulkan makna negatifMakna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Contoh:Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kojol adalah makna emotif. Kesemua contoh membawa maksud mati. Penggunaan perkataan yang berbeza boleh menimbulkan nilai yang berbeza.

  • Makna AyatLuasSempitMakna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas dari makna sebenar.Contoh;Universiti ialah institusi pengajian tinggi, tempat mempelajari pelbagai bidang ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, bilik kuliah pensyarah dan mahasiswa.Makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.Contoh;Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi.Anggota yang luka tidak melibatkan anggota badan lain tetapi hanya pada bahagian siku sahaja.

  • Makna GayaGaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa oleh pengarang ( Lim Swee Tim;2003;56) . Tambah beliau gaya bahasa menjadi pemangkin untuk memudahkan hal-hal yang sukar dan abstrak disampaikan dengan lebih mudah.Selain itu, penggunaan gaya bahasa akan menghasilkan kesan estetika iaitu kesan keindahan dalam karya.

  • Makna TekananTeori Onomatopeia (J.G.Herder) Penamaan sesuatu rujukan(benda) disesuaikan dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut. Manusia meniru bunyi haiwan atau alam, adakalanya disesuaikan untuk mudah dibunyikan. Contoh : cak-cak ditambah ci menjadi cicak sir ditambah de menjadi desir kerik-kerik ditambah ceng menjadi cengkerik

  • Makna TekananTeori Seruan Apabila seseorang kehairanan keluarlah bunyi [o], berasa sakit [uh], melihat sesuatu yg jijik [i] Bunyi seperti ini disebut seruan Contoh: Aduh, sakitnya kepalaku ini!

    Teori Ding Dong Bunyi daripada benda pengwujudan luaran, bunyi daripada manusia pengwujudan dalaman. Muller mengatakan: apabila bunyi luaran diganti oleh bunyi dalaman terbentuklah akar bahasa. Contoh: Bunyi gooong ditiru oleh manusia apabila sejenis logam diketuk dan menghasilkan bunyi tersebut alat tersebut dinamakan gong.

  • Makna TekananTeori Isyarat Gerakan mimetik gambaran wajah utk menyatakan emosi dan perasaan Gerakan pantomimik gambaran gerak tubuh untuk menyatakan sesuatu gagasan Gerakan artikulatoris gerak mulut untuk hasilkan ujaran Ketiga-tiga gerakan sering digunakan manusia Namun, gerakan artikulatoris ialah gerakan paling lengkap digunakan semasa berkomunikasi. Dalam keadaan tertentu, ketiga-tiga gerakan digunakan serentak.