masalah bahasa menggunakan ayat yang betul dan lengkap

17
Masalah bahasa ke-4 Tidak dapat menggunakan ayat yang betul dan lengkap Nama : Chai Ai Yun & Lee Pei Jun Kumpulan : 4 Pensyarah : En.

Upload: xiami-lee

Post on 02-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh masalah & Langkah-langkah menyelesaikannya

TRANSCRIPT

Contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran,

Masalah bahasa ke-4Tidak dapat menggunakan ayat yang betul dan lengkap

Nama: Chai Ai Yun & Lee Pei JunKumpulan: 4Pensyarah: En.

PengenalanKebanyakan murid menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresikan dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.Proses membina ayat ialah perkara asas dalam kemahiran penulisan pelahiran. 2Ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.Susunan unsur perkataan dalam ayat dasar yang lazim adalah subjeknya mendahului predikat.

Abdullah Hasan (2006)Dalam sesuatu binaan ayat, terkandung susunan urutan perkataan dalam binaan sintaksis yang dihuraikan antaranya melalui Rumus Struktur Frasa.3Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dalam Arpan 1998 : 34) mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan adalah jenis ayat yang tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8%), ayat yang berbelit-belit (17.3%), terpengaruh oleh struktur ayat BI (10.8%).

4Contoh masalah bahasa kanak-kanak masalah pembelajaran tidak boleh menggunakan ayat yang betul dan lengkap.Langkah-langkah pengajaran yang boleh lakukan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.

Marilah kita sama-sama terokaiAntara contoh masalah bahasa adalah:

6

Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)Contoh:

Pengaruh media massa seperti rancangan televisyen. (X)Pengaruh media massa seperti rancangan televisyen menjadi punca masalah tersebut. ()

Bola yang berwarna biru itu. (X)Bola yang berwarna itu kepunyaan adik. ()

Jika dibiarkan akan memberi impak negatif. (X)Jika dibiarkan isu ini akan memberi impak negatif. ()7Ayat pasif(ganti nama diri pertama/kedua/ketiga)Contoh:

Surat itu telah dihantar oleh kami. (X)Surat itu telah kami hantar. ()

Laporan ini perlu disiapkan oleh anda. (X)Laporan ini perlu anda siapkan. ()

Meja kerusi telah mereka susunkan. (X)Meja kerusi telah disusun oleh mereka. ()

8Struktur ayat tidak tepatContoh:

Selepas menumis bawang, masukkan ayam dan santan tukang masak itu ke dalam kuali. (X)

Selepas menumis bawang, tukang masak itu memasukkan ayam dan santan ke dalam kuali. ()9Ayat kabur / menyimpang maknaKesalahan itu kerap dilakukan ketika murid meminta izin untuk pergi ke tandas.

Contoh: Cikgu, tandas kejap10

Adakah anda telah memahami tentang masalah bahasa tersebut? Sebenarnya, guru boleh menggunakan beberapa intervensi pengajaran bahasa seperti berikut:11zAjar bahasa di dalam situasi-membantu murid memahami isi pelajaran-menambahkan pengetahuan dan pengalaman langsung.

Ikut urutan perkembangan bahasa normal-mengikut kemampuan berbahasa murid mengikut peringkat umur mereka.

zGuna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru-teknik REBUS, kaedah VKAT, kaedah fonik

z12

zBercakap tentang apa yang mereka fikir / lakukanTerangkan apa yang orang lain lakukan-Kemahiran ini dapat ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh mereka.Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khususGunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran bahasa dalam linkungan konteksnya.z13Kaedah Soalan-Respons 5W1HSiapa (who) : siapa yang terlibat dalam situasi tertentu dan meminta murid menamakan subjek tersebut.

Apa (what) : Apakah peristiwa yang berlaku?Bila (when) : Bilakah kejadian tersebut berlaku?Di mana (where) : Contoh tempat kejadian.Bagaimana (how) : Keadaan dan situasi berlaku.14Kaedah Membina Ayat Majmuk berdasarkan Gambar BersiriPemerhatian: Matlamat gambar bersiri ialah untuk memudahkan murid supaya mendapat lebih maklumat serta memperluaskan skop pemikiran murid.Manakala dengan menggunakan gambar tunggal, murid boleh dilatih menggunakan kata hubung untuk mengembangkan ayat berdasarkan gambar komposisi. Selain itu, kemahiran berfikir para murid akan menaik ke tahap yang lebih tinggi.

15KesimpulanP&P kata hubung seperti latihan tubi membina ayat berdasarkan gambar tunggal dapat meningkatkan kecekapan murid membina ayat.Mempelbagaikan teknik pembinaan ayat kepada murid.

Menurut Briner (2005), murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan kepada situasi baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.16RujukanAbdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.