@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 109
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Penggolongan Kata
1. Kata Sendi Nama
Sendi nama Tugas Contoh
di digunakan untuk:
• tempat
• arah
• di kampung
• di sebelah kanan
pada digunakan untuk:
• masa/waktu
• orang
• binatang
• benda abstrak
• pada pukul 10.00
malam
• pada cikgu
• pada kucing itu
• pada pendapat saya
ke digunakan untuk:
• tempat/arah
• perubahan masa/waktu
• ke arah barat
• ditunda ke hari esok
kepada digunakan untuk:
• benda bernyawa
• pecahan
• perubahan keadaan
• diberi kepada pengemis
itu
• dibahagikan kepada tiga
bahagian
• kepada tahap yang
membimbangkan
dari digunakan dalam hal:
• masa/waktu
• tempat
• dari abad ke-15
• dari Pulau Langkawi
daripada digunakan untuk hal yang lebih
umum:
• orang
• perbandingan
• asal kejadian
• bahagian tertentu
• diterima daripada Rani
• lebih bijak daripada
adik
• diperbuat daripada
papan
• terdiri daripada tiga
orang
bagi digunakan untuk menyatakan
hubungan yang membawa maksud
• untuk (kedua-duanya boleh
• penyata bagi bulan
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
bertukar ganti, tetapi bagi tidak
digunakan untuk kata kerja)
September
• pinjaman bagi
kakitangan kerajaan
demi digunakan untuk menyatakan:
• tujuan
• penegas
• urutan
• demi kesejahteraan
keluarga
• demi Tuhan
• satu demi satu
sejak/semenjak digunakan untuk:
• waktu/masa
• sejak pagi tadi
dalam/antara • lingkungan yang tidak beruang
dan tidak mempunyai jarak
• dalam perkara ini
• antara dia dengan saya
oleh digunakan dalam hal:
• menunjukkan perhubungan
pembuat perbuatan dalam ayat
yang menggunakan di, ter, iaitu
untuk pembuat pasif
• menunjukkan perhubungan yang
membawa maksud sebab dan
kerana
• terambil oleh Murad
• marah oleh ejekannya
akan digunakan di hadapan kata untuk
manusia dan penggunaannya
terhad kepada kata adjektif yang
bersifat emotif
• rindu akan neneknya
dengan digunakan untuk menimbulkan
maksud:
• bersama atau berserta
• perbandingan
• padanan/kesesuaian
• kesan atau cara
• alat
• berjalan dengan Rusdi
• sama cantik dengan
kakak
• baju itu sama cantik
dengan baju ibunya
• menunjukkan marahnya
dengan menumbuk meja
• memotong dengan pisau
hingga/sampai digunakan untuk menandakan hal:
• peringkat
• had masa/waktu (kedua-dua
saling bergantian)
• bekerja sampai lewat
malam
• tunggu hingga pukul
lima petang
seperti/bagai digunakan untuk menunjukkan
perbandingan • bagai anjing dengan
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
kucing
tentang digunakan untuk menandakan
perihal masa yang tertentu dan
rujukan mujarad
• bermesyuarat tentang
masalah pelajar
• tentang Perkara 3,
Ceraian 1
terhadap penyambut tertentu seperti
manusia, haiwan, dan benda • sangsi terhadap
keikhlasannya
• adil terhadap semua
orang
Soalan:
A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Serahkan buku latihan anda _________ ketua kelas pada awal-awal pagi esok.
• ke
• pada
• dengan
• kepada
2. __________ era globalisasi, negara-negara kurang maju terpaksa berhadapan
dengan pelbagai tekanan.
A. Di
B. Sejak
C. Dalam
D. Dengan
3. Hamzah bukan berasal __________ keluarga berada, tetapi dia cuma
berlagak sahaja.
A. dari
B. dalam
C. daripada
D. kepada
4. Tindakan yang tegas __________ mana-mana pelajar yang melanggar disiplin akan
tetap kami ambil.
A. pada
B. akan
C. tentang
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. terhadap
5. Rasa cinta __________ negara perlu ada pada setiap warganegara.
A. pada
B. akan
C. untuk
D. terhadap
6. __________ semalam lagi, budak itu mengadu bahawa kepalanya sakit tetapi tidak
dipedulikan.
A. Dari
B. Sebelum
C. Daripada
D. Kemudian
7. Segala aduan yang dibuat masih __________ siasatan pihak kami.
A. dalam
B. antara
C. di dalam
D. di antara
8. Perempuan muda itu berlagak __________ orang kaya.
A. bagai
B. untuk
C. dengan
D. sebagai
B. Bahgian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkn juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.
1. Datuk Mustapha menjadi pemimpin pertubuhan ini sejak daripada tahun lalu
lagi.
A. sejak tahun lalu
B. daripada tahun lain
C. sejak dari tahun lalu
D. sejak daripada tahun lain
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Razak telah memerihalkan tentang perkara itu dengan panjang lebar semalam.
A. memerihal perkara
B. memerihalkan perkara
C. memerihal tentang perkara
D. memerihalkan tentang perkara
3. Di dalam suasana pagi yang hening itu, kelihatan seorang pemuda berjalan
ke arah kebun getahnya.
A. Di suasana pagi
B. Dan suasana pagi
C. Dalam suasana pagi
D. Di dalam suasana pagi
4. Semua peralatan ini terhasil berdasarkan dengan ujian yang kami jalankan
selama 25 tahun.
A. berdasarkan ujian
B. berdasarkan pada ujian
C. berdasarkan kepada ujian
D. berdasarkan dengan ujian
5. Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah hasil kerjanya sendiri.
A. digantung di dinding
B. tergantung di dinding
C. tersergam pada dinding
D. tergantung pada dinding
6. Tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki itu amat serius sehingga boleh
dikenakan hukuman penjara.
A. dikenakan oleh lelaki
B. dikenakan di atas lelaki
C. dikenakan ke atas lelaki
D. dikenakan terhadap lelaki
7. Mereka bersetuju untuk berkunjungan ke Pasir Salak semasa lawatan itu nanti.
A. untuk berkunjung ke
B. untuk mengunjungi di
C. untuk mengunjungi ke
D. untuk berkunjungan ke
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Pak Bahar masih tegap walaupun umurnya sudah mendekati 73 tahun. II Musibah yang menimpa dirinya telah mendekati dirinya dengan masjid. III Perahu itu karam apabila dipukul ombak sebelum sempat mendekati tambatan. IV Mereka melompat-lompat keriangan apabila penjual aiskrim itu semakin
mendekati.
A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. I, III, dan IV
2. I Keadaan rumah tangga yang tempang akan merosakkan jiwa anak-anak. II Meja itu dilapikkan dengan batu kerana salah satu kakinya tempang. III Fikirannya yang tempang itu bermula sejak ibu bapanya meninggal dunia. IV Pemain bola sepak yang tercedera itu berjalan keluar dalam keadaan tempang.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II, dan IV
D. II, III dan IV
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika
tiada kesalahan.
1. Lain-lain isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuklah isu
pencerobohan Israel di Lubnan dan juga isu ujian nuklear Korea Utara. A. Lain-lain isu yang dibincangkan di dalam pertemuan itu B. Lain-lain isu yang dibincang dalam pertemuan itu C. Isu-isu lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu
D. Lain-lain isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu
2. Perdana Menteri menegur segelintir wakil rakyat yang tidak mengendahkan rakyat
di kawasan mereka.
A. menyapa segelintir wakil rakyat
B. menyeru segelintir wakil rakyat
C. menyindir segelintir wakil rakyat
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. menegur segelintir wakil rakyat
3. Sebelum menyampaikan hujahnya, pembahas itu menyampaikan kata-kata
aluannya kepada para hadirin.
A. menyampaikan kata aluannya
B. menyampaikan kata alu-aluannya
C. menyampaikan kata-kata alu-aivannya
D. menyampaikan kata-kata aluannya
D. Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I "Kedua adik-adik saya tinggal di asrama," kata Salim kepada ibu saudaranya. II "Mereka akan tiba sedikit masa lagi," kata Hasnah kepada pengetua. III "Hai nampaknya dia dah pandai berceloteh!" kata Alina, memarahi adiknya
yang asyik
bercakap dari tadi.
IV "Saya tidak mengerti mengapa saya yang dipersalahkan." Begitulah keluhan
Ahmad.
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
2. I Beberapa hari yang lalu, mereka berkunjung ke rumah guru mereka. II Kesemua pelajar diwajibkan hadir ke tempat perhimpunan. III Ketua kerajaan-ketua kerajaan di Malaysia sedang bersidang di Parlimen. IV Mereka sedang menyediakan kelengkapan masing- masing.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II, dan III
D. I, II dan IV
3. I Untuk menghapuskan nyamuk Aedes, semua pihak perlu bekerjasama. II Pada mulanya dia begitu pemalu tetapi akhirnya sikapnya mula berubah. III Kesesakan lalu lintas sering berlaku pada waktu pagi. IV Dia kebingungan apabila memikirkan peristiwa yang dialaminya semalam.
A. I dan III
B. I, II, dan III
C. I, II, dan IV
D. I, II, III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. Minat sahaja tidak cukup untuk mencapai kejayaan jika tidak disertai
kemahuan dan usaha yang gigih.
A. Minat yang tidak diiringi kemahuan dan usaha yang gigih tidak memungkinkan
seseorang mencapai kejayaan.
B. Orang yang tidak memiliki kemahuan dan usaha yang gigih tidak berminat untuk
mencapai kejayaan.
C. Minat, kemahuan yang kuat, dan usaha yang gigih belum cukup untuk membantu
seseorang mencapai kejayaan.
D. Dengan disertai kemahuan dan usaha yang kuat, seseorang akan berjaya dalam
lapangan yang diminatinya.
2. Menurut Syukur, setelah jauh menyusuri anak sungai yang berbatu-batu itu,
barulah mereka menemukan sebuah perkampungan.
A. "Perkampungan baharu itu kami temukan setelah kami menyusuri anak sungai
yang berbatu-batu itu agak jauh," kata Syukur.
B. Syukur berkata, "Baru saja kami menyusuri anak sungai berbatu-batu yang jauh itu,
kami pun menemukan sebuah perkampungan".
C. "Setelah berbatu-batu anak sungai yang jauh itu disusuri oleh mereka, barulah
mereka menemukan sebuah perkampungan," ujar Syukur.
D. "Perkampungan itu kami temukan setelah kami menyusuri anak sungai yang
berbatu-batu itu agak jauh," ucap Syukur.
3. Perbezaan pendapat yang kerap timbul antara mereka akhir-akhir ini
langsung tidak menjejaskan hubungan baik mereka selama
A. Belakangan ini pendapat mereka kerap timbul tetapi hubungan baik mereka selama
ini langsung tidak terjejas.
B. Pendapat mereka yang kerap berbeza belakangan ini belum tentu menjejaskan
hubungan baik mereka selama-lamanya.
C. Hubungan baik mereka selama ini tidak terjejas walaupun belakangan ini mereka
sering berselisih pendapat.
D. Akhir-akhir ini, peselisihan pendapat antara mereka langsung tidak menjejaskan
hubungan baik mereka selama ini.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Jais memburukkan nama persatuannya tanpa menyedari namanya sendiri juga
tercemar.
Perbuatan Jais itu diibaratkan ___________.
A. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
B. cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga
C. tepuk tangan sebelah takkan berbunyi
D. lembu punya susu, sapi dapat nama
2. Banyak penduduk tempatan yang menjadi pengintip Jepun semasa pemerintahan
Jepun di Tanah Melayu dahulu.
Tindakan mereka itu dikatakan ___________.
A. seperti gunting dalarn lipatan
B. seperti embun di hujung rumput
C. seperti anjing dengan kucing
D. seperti gergaji dua mata
3. Selepas kematian ibunya, Laila menumpang tinggal di rumah pak ciknya.
Kehidupan Laila ini umpama _____________.
A. anjing menyalak bukit
B. kerbau dicucuk hidung
C. cendawan selepas hujan
D. melukut di tepi gantang
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B:
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya,” titah
Sultan Selangor.
(ii) Terdapat pelbagai juadah-juadah yang boleh dibeli di
Bazar Ramadan untuk hidangan berbuka puasa.
(iii) Pak Cik Sam berasal daripada Sandakan, Sabah.
(iv) Pakaia yang diperagakan oleh peragawati itu teramat
cantik sekali.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
• Kata majmuk
• BA →BM
• Vokal (a e i o u)
• Tanda baca (Aa / “ ” / - )
• Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Setiap individu perlu menilai dan berfikir secara bijak
sebelum mengambel sebarang tindakan yang merugikan diri
sendiri.
(ii) Kebanyakan pelajar sekarang sudah tidak menghormati
guru dan sanggup melanggar peraturan sekolah.
(iii) Motorsikal yang ditunggang laju itu terbabas ke dalam
gaung.
( /3)
3. Buat 1 ayat untuk setiap jenis ayat berikut.
Nota :
1. Ayat Tanya
• Ayat yang menggunakan kata tanya – Apakah, Siapakah, Bilakah Mengapakah
dan sebagainya
• Ayat berakhir dengan tanda tanya (?)
• Contoh : Siapakah nama kamu ?
2. Ayat Perintah
• Ayat yang menggunakan kata perintah – Sila, Jangan, Harap, Tolong, Usah,
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Minta dan sebagainya
• Contoh : Jangan ambil barang saya.
3. Ayat Penyata
• Ayat yang menyatakakan sesuatu fakta / perkara.
• Ayat berakhir dengan noktah (.)
• Contoh : Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia.
4. Ayat Seru
• Ayat yang menggunakan kata seru – Wah, Amboi, Aduh, Eh, Wahai, dan
sebagainya.
• Ayat berakhir dengan tanda seru (!)
• Contoh : Wah, tingginya bangunan itu!
5. Ayat Nafi
• Ayat yang menggunakan kata nafi – tidak, bukan.
• Contoh : Saya tidak dapat meyiapkan kerja itu.
(i) Ayat tanya
_____________________________________________________________________
(ii) Ayat penyata
_____________________________________________________________________
(iii) Ayat perintah
_____________________________________________________________________
(iv) Ayat seru
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
(v) Ayat nafi
_____________________________________________________________________
( /10)
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Rumusan (15%)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.
Banjir kini jarang berlaku di kampung-kampung terpencil. Sebaliknya,
bencana alam itu lebih kerap melanda kawasan bandar terutama Kuala Lumpur.
Banjir kilat di Kuala Lumpur tidak bermusim. Jika semua pihak prihatin dan
mematuhi peraturan alam sekitar, Kuala Lumpur tidak akan dilanda banjir kilat
hanya kerana hujan lebat selama dua jam. Kadang kala hujan lebat tidak sampai
satu jam pun boleh menjadikan beberapa jalan utama di pusat bandar raya
terputus.
Semua pihak seolah-olah terlalu ingin cepat membangun, sehingga kita lupa
untuk memelihara dan menjaga alam sekeliling. Kita bangga menegakkan batu -
bata dan besi untuk membina bangunan tetapi kita lupa terhadap usaha-usaha
mengekalkan keindahan bumi. Malahan kegagalan pihak pemaju atau
kontraktor untuk mematuhi peraturan tentang alam sekeliling termasuk usaha
mencegah banjir dikenal pasti sebagai salah satu penyebab banjir kilat. Projek-
projek pembangunan dilaksanakan tanpa sistem perparitan yang sesuai. Sungai
dan saliran air ditimbus tanpa menyediakan laluan alternatif untuk air. Tembok
halangan banjir pula dibina tanpa menepati kesesuaian yang telah ditetapkan.
Pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan
Saliran dan Perparitan gagal memantau projek-projek pembangunan menyebabkan
pihak pemaju berani mengetepikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Bagi
pemaju yang membuat kesalahan pula, tindakan tegas tidak dikenakan.
Dalam waktu yang sama, sungai dan saliran di kawasan terlibat tidak diselia
dengan baik walaupun peruntukan berjuta-juta ringgit telah diluluskan setiap tahun
untuk kerja-kerja membersih sungai dan saliran.
Malahan masyarakat sendiri pun tidak prihatin dan terus melakukan amalan-amalan
tidak baik yang boleh menyumbang kepada masalah banjir di Kuala Lumpur. Sikap
orang ramai yang suka membuang sampah di merata-rata tempat menjadi punca banjir
kilat. Sampah sarap yang dibuang di dalam longkang pula boleh menyekat longkang
dan saliran lain menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar dan akhirnya
terjadilah banjir kilat. Sistem perparitan dan longkang akan mudah tersumbat jika
setiap hari ditimbunkan dengan segala macam sampah sarap.
Walaupun telah kerap kali, diadakan kempen menjaga kebersihan bandar raya kita,
namun orang ramai masih tidak dapat mendisiplinkan diri dan terus membuang
sampah sesuka hati. Masalah banjir kilat di Kuala Lumpur boleh diatasi sekiranya
semua pihak mematuhi peraturan-peraturan memelihara alam sekitar.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang
karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Ucapan
Petua Menulis Karangan Jenis Ucapan
1. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis-majlis yang tertentu seperti majlis
perpisahan, majlis perasmian, majlis mengalu-alukan kedatangan, dan
sebagainya.
2. Ucapanyang hendak disampaikan mestilah sesuai dengan tujuan majlis yang
diadakan. Contohnya, ucapan majlis perpisahan haruslah mengandungi kata-
kata yang menggambarkan kesedihan atau perpisahan dan doa restu semoga
berjaya.
3. Karangan jenis ucapan mempunyai format penulisan yang khusus seperti yang
berikut:
(a) Kata alu-aluan
Tulis kata alu-aluan atau kata-kata tataucapan mengikut protokol atau status orang
yang hadir.
Contoh:
Yang Dihormati ... (untuk Pengerusi. Majlis), Yarig Berbahagia, Yang Berhormat ...
(Dato', Tan Sri, dan sebagainya), Yang Mulia ... (golongan diraja), Ya Berusaha ... ,
dan sebagainya.
(b) Kata-kata penegasan
Contoh: Hadirin yang dihormati Tuan-tuan dan puan-puan Hadirin-hadirat yang
dikasihi
(c) Isi
Isi sesebuah ucapan mestilah mengandungi:
Pendahuluan isi : memperkenalkan diri / ucapan terima kasih kepada
Pengerusi Majlis
Isi-isi penting : Sekurang-kurangnya empat isi
Penutup isi : Penggulungan/penegasan tentang perkara utama majlis
(d) Penutup:
Diakhiri dengan kata-kata manis seperti memohon maaf, ucap selamat dan diikuti
dengan rangkai kata penutup iaitu: Sekian, terima kasih.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh karangan:
Anda merupakan pengerusi Persatuan Bahasa Melayu yang mengetuai lawatan
sambil belaJar ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Anda dikehendaki
menyampaikan ucapan dalam majlis menyambut rombongan di sebuah fakulti yang
dilawati. Tulis ucapan itu selengkapnya.
Yang dihormati saudara Pengerusi Majlis, Dr. Jamaludin Badusah, Dekan
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, guru-guru pengiring, ahli
jawatankuasa sambutan, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Lawatan kami ke Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini merupakan salah satu program menggapai
impian menjejakkan kaki kami ke menara gading pada suatu masa nanti. Saya selaku
ketua rombongan dari Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjung Aru, Kota Tinggi merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti
Pendidikan UKM yang sudi menerima .kehadiran kami pada hari ini.
Hadirin yang dihormati,
Sebelum saya meneruskan ucapan ini, terlebih dahulu saya ingin
memperkenalkan diri kami kepada pihak universiti. Lawatan ini sebenarnya telah
dicadangkan oleh Puan Nursidah, iaitu guru penasihat persatuan sebagai satu langkah
untuk mendekatkan kami dengan pelajaran yang disampaikan, iaitu pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Tambahan pula sekolah kami
merupakan salah sebuah sekolah bestari di negeri Johor.
Saya difahamkan bahawa UKM merupakan satu-satunya universiti di negara
kita yang mengaplikasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami amat
berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini pada suatu masa nanti memandangkan
banyak kursus menarik yang ditawarkan terutama di Fakulti Pendidikan UKM.
Selain itu, lawatan kami ini juga memberi kami peluang melihat kemudahan
penginapan yang disediakan oleh kolej-kolej kediaman. Contohnya Kolej Kediaman
Ungku Omar yang sangat menarik hati kami. Hal ini disebabkan banyak kemudahan
riadah disediakan seperti gelanggang tenis, kolam renang, dewan menari, dan lain-lain
lagi. Kami juga difahamkan hanya murid yang aktif dibenarkan menginap di kolej
tersebut. Hal ini mendorong kami untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan
berharap akan dapa tinggal di situ pada suatu masa nanti.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sebelum mengakhiri ucapan ini, dengan besar hati saya merakamkan ucapan
terima kasih sekali lagi atas kesudian pihak UKM menerima lawatan kami ini. Sekian,
terima kasih.
Latihan:
6. Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari
Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu.
7. Anda telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun
lepas. Suatu majlis kesyukuran telah diadaka nuntuk meraikan kejayaan anda.
Anda diminta untuk menyampiakan ucapan dalam majlis tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my