ayat aktif & ayat pasif

16
LAGU: PAK LEMAN SI PENGUSAHA PERAHU Mari dengar satu cerita Kisah Pak Leman dan perahunya Rajin bekerja setiap masa Itulah pengusaha berjaya. Perahu dibuat di Terengganu Diperbuat daripada kayu Bekerja siang malam tanpa jemu Kisah Pak Leman pengusaha perahu.

Upload: hugo-torres

Post on 27-Jan-2016

505 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ap

TRANSCRIPT

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

LAGU:PAK LEMAN SI PENGUSAHA PERAHU

Mari dengar satu ceritaKisah Pak Leman dan perahunyaRajin bekerja setiap masaItulah pengusaha berjaya.

Perahu dibuat di TerengganuDiperbuat daripada kayuBekerja siang malam tanpa jemuKisah Pak Leman pengusaha perahu.

PENGUSAHA PERAHU TRADISIONAL

Encik Sulaiman bin Ismail, atau dikenali sebagai Pak Leman, ialah bapa saudara Amirul. Pak Leman mempunyai perusahaan membuat perahu di Pulau Duyong, Terengganu. Perahu itu dihasilkan oleh Pak Leman secara tradisional. Pak Leman mementingkan nilai kesenian semasa membuat perahu. Pak Leman bercerita tentang perusahaan perahunya itu kepada pelancong yang datang ke tempat kerja beliau.

Situasi 1

*Buku teks m/s 152Situasi 2Perahu itu baru sahaja Pak Leman siapkan. Seorang pembeli dari Amerika Syarikat telah menempahnya. Kehalusan kerja tangan Pak Leman disukai oleh peminat perahu tradisional tersebut.

Pak Leman membuat perahu itu bersama-sama dengan tiga orang pembantu, perahu itu dapat disiapkan mengikut jadual. Mereka mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk menyiapkannya. Mereka menunggu pembeli itu datang untuk mengambil perahu. Perkhidmatan penghantaran tidak disediakan oleh Pak Leman. Oleh itu, pembeli sendiri yang akan menentukan cara untuk membawa perahu mereka pulang.

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

AYAT AKTIF

Ayat yang mengandungi kata kerja yang menerangkan subjek ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).Contoh :Syafiq bermain bola sepak.Mimi memecahkan pasu bunga ibu.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.AYAT PASIFAyat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Contoh :Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

Lihat contoh-contoh berikut:

Puan Roslina mencantikkan kawasan koridor rumahnya.

Kawasan koridor rumah dicantikkan oleh Puan Roslina.

Ayat aktifAyat pasif

Lihat contoh-contoh berikut:

Perabot diletakkan oleh para pendudukDi tempat buangan sampah.

Para penduduk meletakkan perabot ditempat buangan sampah.

Ayat pasifAyat aktif

Ayat Aktif Ayat PasifApitan di--kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja meN--kan.

Apabila kata kerja dalam sepotong ayat menerima apitan di--kan, ayat tersebut menjadi pasif.

Mari kita cuba bersama:Adik menjatuhkan pasu bunga ibu.

Ayat AktifPasu ibu dijatuhkan oleh adik.Ayat PasifMari kita cuba bersama:Rafiq mengemaskan bilik tidur.Ayat AktifBilik tidur dikemaskan oleh Rafiq.Ayat Pasif