ayat aktif & ayat pasif v2
Post on 26-May-2015
5.786 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Ayat aktif dan ayat pasif menengah 2 NATRANSCRIPT
- 1. Ayat Aktif Ayat Pasif &
2.
- Di akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
- membubuhkan apitan meN-...-kan dan di-...-kan pada kata dasar yang diberikan bagi aktiviti cepat tepat.
- menyatakan perbezaan di antara ayat aktif dan ayat pasif.
- mengenal pasti sama ada contoh ayat yang diberikan adalah ayat aktif atau ayat pasif.
- mempasifkanayat aktif yang diberikan oleh guru .
Objektif 3. Ayat Aktif
- Ayat Aktif : Ayat yang mengandungikata kerja
- yang menerangkan subjek .
- Daudmengutipsampah.
- Devimemasukkanpembalut gula-gula ke dalam tong sampah.
- Fahmitinggaldi estet perumahan Sengkang.
Apakah subjeknya? Apakah kata kerja yang menerangkan subjek? Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada apitan meN--kan. 4. Ayat Pasif
- Ayat Pasif : Ayat yang mengandungikata kerja pasif di--kandanter- .
- Tembok ituterlanggaroleh lori padda bahagian bawahnya.
- Makanan segeradikatakantidak baik untuk kesihatan.
Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada kata kerja pasif di--kan. 5. Lihat contoh-contoh berikut:
- Puan Roslina mencantikkan kawasan
- koridor rumahnya.
- Kawasan koridor rumah dicantikkan oleh
- Puan Roslina.
Yang mana satukah ayat aktif?Yang mana pula ayat pasif? Ayat aktif Ayat pasif 6. Lihat contoh-contoh berikut:
- Perabot diletakkan oleh para penduduk
- Di tempat buangan sampah.
- Para penduduk meletakkan perabot di
- tempat buangan sampah.
Yang mana satukah ayat aktif?Yang mana pula ayat pasif? Ayat pasif Ayat aktif 7. Ayat Aktif Ayat Pasif
- Apitandi--kan ialahbentuk pasif bagi kata kerjameN--kan .
- Apabila kata kerja dalam sepotong ayat menerima apitandi--kan , ayat tersebut menjadipasif .
8. Mari kita cuba bersama: Tetamu saya menjatuhkan pasu bunga ibu. Ayat Aktif Pasu ibudijatuhkanoleh tetamu saya. Ayat Pasif 9. Mari kita cuba bersama: Syahril mengangakan tingkap bilik tidur. Ayat Aktif Tingkap bilik tidurdingangakanoleh Syahril. Ayat Pasif 10. Kita hebat! Soalan 1: Abang membelikan ibu sebuah rumah. KUIZ Sebuah rumahdibelikanuntuk ibu oleh abang. Sebuah rumahdibelikanoleh abang untuk ibu. 11. Kita hebat! Soalan 2: Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju. KUIZ Sehelai bajudijahitkanoleh gadis itu untuk adiknya. 12. Kita hebat! Soalan 3: Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu. KUIZ Bintang kehormatandianugerahkankepada pahlawan itu oleh baginda. Bintang kehormatandianugerahkanoleh baginda kepada pahlawan itu. 13. Kita hebat! Soalan 4: Amran memasukkan buku catatannya ke dalam beg yang berwarna jingga. KUIZ Buku catatan Armandimasukkannyake dalam beg yang berwarna jingga. 14. Kita hebat! Soalan 5: Cikgu Masyitah membahagikan nota kepada para peserta program pertukaran pelajar. KUIZ Notadiberikanoleh Cikgu Masyitah kepada para peserta program pertukaran pelajar. 15. Kita hebat! Soalan 6: Ramu telah mendapatkan butiran mengenai negara yang bakal dilawatinya KUIZ Butiran mengenai negara yang bakal dilawati Ramu telahdidapatkanolehnya. 16. Kita hebat! Soalan 7: Ramai pelajar mengutarakan pelbagai soalan tentang perkhemahan pada bulan Disember. KUIZ Pelbagai soalan tentang perkhemahan pada bulan Disemberdiutarakanoleh ramai pelajar. 17. Kita hebat! Soalan 8: Para peserta darmawisata telah mengesyorkan lawatan serupa pada tahun hadapan. KUIZ Lawatan serupa pada tahun hadapandisyorkanoleh para peserta darmawisata. 18.
- Kita Hebat!
ULASAN KUIZ 19. Apakah yang telah dipelajari hari ini? Terima kasih atas perhatian anda.Semoga meraih manfaat daripada pelajaran ini.