pusat pengurusan makmal berpusat unisza

67

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA
Page 2: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

1

ISI KANDUNGAN

Bab 1 Peraturan Umum Keselamatan Makmal 1

Bab 2 Peraturan Pengunaan Peralatan Perlindungan Diri

(Personal Protection Equipment)

2.1 Pelindung Badan

2.2 Pelindung Pernafasan

2.3 Pelindung Muka

2.4 Pelindung Pendengaran

2.5 Pelindung Mata

2.6 Pelindung Tangan

2.7 Pelindung kaki

Bab 3 Peraturan Peralatan Kecemasan dan Keselamatan Makmal

3.1 Peti Pertolongan Cemas (First Aid Box)

3.2 Cucian Mata (Eye Wash)

3.3 Penyiram Kecemasan (Emergency Shower)

3.4 Alat Pemadam Kebakaran (Fire Extinguisher)

3.5 Selimut Kalis Api (Fire Blanket)

Bab 4 Peraturan Penggunaan Radas Kaca

4.1 Penggunaan Radas Kaca Dalam Makmal

4.2 Teknik Asas Penggunaan Radas Kaca

4.2.1 Teknik Pemanasan & Penyejukan

4.2.2 Teknik Pemotongan

4.2.3 Teknik Penyambungan & Penanggalan

4.2.4 Teknik Ekstraksi/ Refluks

4.2.5 Teknik Penyulingan

Bab 5 Peraturan Keselamatan Peralatan Elektrik dan Elektronik

5.1 Peraturan Umum

5.2 Peralatan Elektrik dan Elektronik di Makmal

5.3 Peralatan Berkomputer

5.4 Kemalangan (Litar Pintas)

Bab 6 Peraturan Keselamatan Peralatan Berisiko Tinggi di Dalam

Makmal

6.1 Peralatan Suhu Tinggi

6.2 Peralatan Berhampagas (Vacuum)

6.3 Peralatan Bertekanan Tinggi

6.4 Peralatan Pemampat Gas/Udara

Page 3: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

2

Bab 7 Sistem Pengalihudaraan Ekzos Setempat/LEV

(Local Ventilation System)

7.1 Kebuk Wasap (Fume Hood)

7.2 Kabinet Keselamatan Biohazard (Biohazard Safety Cabinet)

7.3 Kabinet Aliran Laminar (Laminar Flow)

Bab 8 Peraturan Keselamatan Penggunaan Gas

8.1 Keselamatan Penggunaan dan Pengendalian Silinder Gas Termampat

8.2 Peraturan Penggunaan Gas LPG

8.3 Peraturan Penggunaan Gas Kriogenik

Bab 9 Peraturan Keselamatan Penggunaan Bahan Kimia

9.1 Peraturan Umum

9.2 Prinsip Pengurusan Bahan Kimia

9.3 Pembelian Bahan Kimia

9.4 Penerimaan Bahan Kimia

9.5 Penyimpanan Bahan Kimia

9.6 Penggunaan Bahan Kimia

9.7 Tumpahan Bahan Kimia

9.8 Pengendalian dan Penggunaan bahan Radioaktif

Bab 10 Peraturan Keselamatan Makmal Biologi

10.1 Peraturan Umum

10.2 Mikroorganisma dan Kultur

10.3 Pengendalian Etidium Bromide

10.4 Agen Biologi (Haiwan/Serangga)

Bab 11 Peraturan Pembuangan Sisa Makmal

11.1 Kategori Sisa Makmal

11.2 Peraturan Umum

11.3 Pengumpulan Sisa

11.4 Pelupusan Sisa Kimia

Bab 12 Prosedur Pertolongan Cemas

12.1 Peraturan Makmal

12.2 Kes dan Tindakan Ketika Kecemasan

12.2.1 Kes: Pitam atau Pengsan

12.2.2 Kes: Kejutan Elektrik

12.2.3 Kes: Melecur/Melepuh

12.2.4 Kes: Luka, Cedera & Patah

12.2.5 Kes: Kecederaan Mata

12.2.6 Kes: Keracunan

12.2.7 Kes: Terhidu Gas Beracun

Page 4: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

3

12.2.8 Kes: Kebakaran Pakaian

12.2.9 Kes: Letupan

12.3 Laluan Kecemasan Makmal

Bab 13 Peraturan Penggunaan Makmal di Luar Waktu Pejabat

13.1 Peraturan Umum

13.2 Masa Penggunaan Makmal

13.3 Kecemasan

13.4 Staf Makmal

Bab 14 Hal-hal lain

Rujukan

Page 5: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

4

BAB 1 PERATURAN UMUM KESELAMATAN MAKMAL

1. Pelajar diwajibkan memakai kad matrik dan mematuhi arahan.

2. Baca dan fahami peraturan makmal.

3. Mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

4. Dilarang membawa masuk barang yang tidak berkaitan ke dalam makmal. Simpan di

tempat khas yang telah disediakan.

5. Penggunaan peralatan makmal yang (berkaitan) perlu direkod di dalam fail penggunaan.

Dilarang masuk ke dalam makmal tanpa sebarang urusan.

6. Dilarang makan, minum dan merokok di dalam makmal.

7. Pengguna makmal hendaklah memakai baju makmal (lab coat) dan kasut bertutup penuh

(sebarang bentuk selipar dilarang sama sekali) semasa berada dalam makmal. Gunakan

cermin mata keselamatan apabila mengendalikan eksperimen berkaitan.

8. Dilarang bekerja bersendirian di dalam makmal tanpa pengawasan.

9. Buang sisa kerja amali di tempat khas dan berlabel. Dilarang membuang sisa tersebut ke

dalam sinki atau urinal.

10. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti

dengan segera.

11. Pengguna hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan sabun selepas menjalankan

eksperimen.

12. Kenalpasti kedudukan peralatan kecemasan seperti pemadam api, penyiram kecemasan

(emergency shower), cucian mata (eye wash) dan lain-lain.

13. Kenal pasti pelan laluan kecemasan dalam setiap makmal.

14. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan peralatan / kemalangan kepada

staf makmal bertugas dengan segera.

15. Pastikan semua peralatan yang telah digunakan dimatikan dan ruang kerja dikemas dan

dibersihkan sebelum meninggalkan makmal.

16. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau menyalin kunci makmal.

Page 6: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

5

BAB 2 PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PERSONAL

PROTECTION EQUIPMENT)

Peralatan Pelindungan Diri atau Personel Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja di dalam makmal. Ianya penting untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh dan kesihatan sewaktu bekerja. Peralatan perlindungan diri yang digunakan mestilah bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan. 2.1 Pelindung Badan

I. Kot Makmal (Labcoat)

Rajah 2.1: Kot Makmal (Labcoat)

● Kot makmal digunakan untuk melindungi pakaian dan anggota badan daripada sebarang

pencemaran dan percikan bahan kimia semasa melakukan kerja- kerja di makmal.

● Kot makmal hendaklah sentiasa dipakai dengan sempurna semasa menjalankan kerja- kerja

makmal.

Page 7: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

6

● Semasa memakai kot makmal, semua pakaian yang lain yang dipakai seperti kolar baju, tali

leher atau selendang mestilah sentiasa diselit rapi bagi melindungi nya.

● Pastikan semua butang kot makmal dipasang dengan sempurna dan mudah dibuka apabila

berlakunya kemalangan atau pencemaran bahan kimia.

2.2 Pelindung Pernafasan.

Topeng Pembedahan (Surgical Mask)

Rajah 2.2: Topeng Pembedahan (Surgical Mask)

● Untuk mencegah sebarang zarah biologi dari mulut dan hidung disebarkan oleh pemakai ke

persekitaran.

● Topeng muka berfungsi untuk melindungi hidung dan mulut dari zat berbau menyengat dan

debu.

● Topeng muka ini hanya dapat menapis zarah-zarah bersaiz besar di udara tetapi tidak dapat

memberi pelindungan terhadap wasap bahan kimia dan kebanyakan aerosol biologi seperti

virus dan bakteria.

Page 8: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

7

I. Topeng N95 (Mask N95)

Rajah 2.2.2: Topeng N95 (Mask N95)

● Topeng muka ini adalah untuk menapis zarah-zarah melebihi 5 micrometer seperti bakteria,

spora, kulat dan zat-zat pepejal dan cecair.

● ‘N’ merujuk kepada sifat penapis yang tidak tahan terhadap minyak, dan ‘95’ merujuk

kepada tahap kecekapan menapis iaitu minimum 95% cekap.

● Jenis penapis adalah bergantung terhadap ketahanan iaitu R-tahan minyak dan diyakini

tahan terhadap minyak.

● Mesti dipakai bagi melindungi sistem pernafasan dari wasap dan habuk di dalam makmal.

● Jenis pelindung pernafasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan proses kerja dan

mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP

Malaysia).

● Sekiranya keadaan pelindung pernafasan sangat kotor atau bau dapat dikesan semasa

menggunakannya, ia perlu ditukar dengan yang baru.

II. Alat pernafasan (Respirator)

Rajah 2.2.3: Alat pernafasan (Respirator)

Page 9: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

8

● Alat Pelindung pernafasan merupakan alat yang digunakan bagi melindungi sistem

pernafasan daripada bahan mudah meruap, berasap dan berhabuk di dalam makmal.

● Alat pernafasan atau respirator hanya digunakan apabila alat kawalan kejuruteraan seperti

kebuk wasap tidak dapat digunakan ketika mengendalikan bahan kimia tertentu.

● Alat pelindung pernafasan melindungi sistem pernafasan dari dedahan terhadap bahan

kimia yang hadir dalam bentuk gas atau zarah- zarah kecil dalam kadar kepekatan yang

terhad.

● Jenis respirator yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan fungsi iaitu menapis udara

dengan menyahkan gas dan wasap berbahaya atau membekalkan pengudaraan.

2.3 Pelindung Muka (Face Protection)

Rajah 2.3: Pelindung Muka (Face Protection)

● Pelindung muka atau ‘face shield’ memberikan pelindungan menyeluruh di bahagian muka

dan digunakan ketika mengendalikan bahan kimia jenis cecair.

● Pelindung muka ini tidak dapat melindungi mata dari sinaran UV. Oleh itu, alat ini hendaklah

dipakai bersama-sama ‘safety glasses’ atau ‘goggle’.

● Sebelum menggunakan pelindung muka, pastikan bahagian hadapan pelindung muka dalam

keadaan bersih dari sebarang kotoran.

Page 10: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

9

2.4 Pelindung Pendengaran (Hearing Protection)

Rajah 2.4: Pelindung Pendengaran (Hearing Protection)

● Perlindungan perdengaran ini melindungi telinga dari bunyi bising yang mungkin memberi

kesan negatif pada sistem pendengaran.

● Perlindungan pendengaran ini menutup keseluruhan telinga bagi melindungi pendengaran

dan mestilah dipakai bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.

● Pemakaian pelindung pendengaran adalah bersesuaian kepada pendedahan bunyi bising

yang melebihi 80 dB (A)

2.5 Pelindung Mata (Cermin Mata Keselamatan)

Rajah 2.5: Pelindung Mata (Cermin Mata Keselamatan)

● Pelindung mata ini melindungi mata dari segala jenis bahan kimia seperti gas, cecair dan

pepejal, benda yang berterbangan serta melindungi dari punca cahaya yang kuat seperti

laser.

● Pelindung mata hendaklah sentiasa dipakai semasa berada di dalam makmal.

● Pelindung mata juga melindungi mata dari wap yang boleh menyebabkan iritasi pada mata

seperti wap SO2, Cl2, dan NH3.

Page 11: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

10

2.6 Pelindung Tangan (Gloves)

I. Sarung Tangan Getah Pakai Buang

Kegunaan: Digunakan untuk melindungi tangan dari bakteria, kuman serta bahan kimia tertentu.

II. Sarung Tangan Kain

Kegunaan: Digunakan untuk adalah sarung tangan yang melindungi tangan dari benda tajam,

bergelombang atau kotor.

III. Sarung Tangan Neoprene

Sarung tangan ini diperbuat dari getah sintetik yang melindungi tangan dari cecair hidraulik, gasolin,

alkohol, asid organik dan alkali.

Page 12: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

11

IV. Sarung Tangan Tahan Panas

Kegunaan: Digunakan untuk melindungi tangan dari haba yang panas ataupun api Sarung tangan ini

melindungi tangan dari kepanasan semasa mengendalikan peralatan seperti oven, furnace dan alat

radas/ sampel yang panas.

V. Sarung tangan Kriogenik

Kegunaan: Digunakan Sarung tangan kriogenik ini digunakan untuk pengendalian bahan

kriogenik pada suhu sejuk lampau seperti cecair nitrogen, oksigen, argon.

Page 13: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

12

2.7 Alat Pelindung Kaki

Kasut bertutup yang menutup seluruh bahagian kaki mestilah dipakai di dalam makmal bagi

melindungi bahagian kaki dari sebarang kecederaan, tumpahan bahan kimia, alat kaca pecah dan

debu. Pemakaian selipar dan sandal adalah dilarang bagi mengelakkan sebarang kecederaan

sekiranya berlaku kemalangan.

Contoh kasut yang boleh dipakai adalah seperti berikut:

I. Kasut yang diperbuat dari ‘latex’ (getah) Melindungi kaki terhadap bahan kimia tertentu

dan permukaan licin.

II. Kasut yang diperbuat dari butil Memberi pelindungan terhadap keton, aldehid, alkohol,

asid dan bes.

III. Kasut yang diperbuat dari vinil Tahan terhadap bahan pelarut, asid, bes.

IV. Kasut yang diperbuat dari nitril Kasut jenis ini tahan terhadap lemak haiwan, oleo dan

bahan kimia.

Rajah 2.6: Kasut Keselamatan Makmal (Safety Shoes)

Page 14: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

13

BAB 3 PERATURAN PERALATAN KECEMASAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

3.1 Peti Pertolongan Cemas (First Aid Box)

Rajah 3.1: Contoh Peti Pertolongan Cemas

3.1.1 Pastikan setiap makmal mempunyai kit pertolongan cemas yang lengkap.

3.1.2 Kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa agar ianya sentiasa

lengkap.

3.1.3 Letak di tempat yang mudah dicapai dan dilihat.

3.1.4 Kegunaan untuk menyimpan ubat sapu dan kelengkapan pertolongan cemas yang

berbentuk rawatan awal sahaja. Tidak dibenarkan menyimpan ubat makan seperti

paracetamol di dalam peti pertolongan cemas.

3.1.5 Bawa mangsa segera berjumpa doktor bagi rawatan lanjut.

3.2 Cucian Mata (Emergency Eyewash)

Rajah 3.2: Contoh cucian mata (Emergency eyewash)

3.2.1 Digunakan khas untuk membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan

kimia.

3.2.2 Dilarang meneutralkan mata dengan asid atau alkali.

3.2.3 Sekiranya berlaku percikan bahan kimia ke dalam mata, pastikan mangsa dibawa ke

tempat cucian mata yang berdekatan dan bantu mangsa membuka matanya untuk

dibilas dan dicuci selama 10 hingga 20 minit. Mangsa dinasihatkan supaya tidak

menggosok matanya.

Page 15: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

14

3.2.4 Dilarang menggunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata.

Mangsa ditegah untuk cuba membuang bendasing tersebut.

3.2.5 Bawa mangsa segera berjumpa doktor.

3.2.6 Pastikan cucian mata berada dalam keadaan sedia guna dan bersih.

3.2.7 Dinasihatkan agar pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3.3 Penyiram Kecemasan (Emergency Shower)

Rajah 3.3: Contoh penyiram kecemasan (Emergency shower)

3.3.1 Dikhaskan untuk membersih dan membilas bahagian anggota badan/pakaian yang

terkena tumpahan bahan kimia dalam kuantiti yang banyak/ berkepekatan tinggi.

3.3.2 Tarik tombol pembuka ke bawah. Pastikan air yang keluar membasahi bahagian

anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia.

3.3.3 Sekiranya tumpahan bahan kimia terkena pada bahagian kulit, pastikan air mengalir

dengan banyak ke bahagian tersebut selama 10 hingga 20 minit.

3.3.4 Bawa mangsa segera berjumpa doktor.

3.3.5 Pastikan ia berada dalam keadaan sedia guna dan bersih.

3.3.6 Dinasihatkan agar pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3.4 Alat Pemadam Kebakaran (Fire Extinguisher)

Rajah 3.4: Contoh pemadam api (Fire extinguisher)

Page 16: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

15

3.4.1 Alat pemadam kebakaran dilabelkan berdasarkan simbol atau penggunaan huruf

yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadamkan.

3.4.2 Poster berkaitan cara penggunaan alat pemadam api perlu dilekatkan pada alat

pemadam api.

3.4.3 Pastikan sistem alat pemadam kebakaran dan pili bomba sentiasa boleh diguna

pakai dan berkeadaan baik.

3.4.4 Sediakan pelan keselamatan kebakaran/ laluan kecemasan.

3.4.5 Pemeriksaan rapi bagi pendawaian secara rutin di makmal sebagai langkah berjaga-

jaga.

Jadual 3.1: Kelas Api dan Jenis Pemadam Api

KELAS API

JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM

KEBAKARAN

A Pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar.

Serbuk Kering

B

Cecair seperti minyak, varnis, plastik dan lain-lain.

Serbuk Kering

C

Gas dan elektrik seperti gas butana, gas asetilena, pendawaian, kotak fius,

perkakasan elektrik dan lain-lain.

Serbuk Kering/ Karbon dioksida

D

Logam seperti kalium, logam natrium, kalsium dan magnesium.

Serbuk Kering

E

Minyak seperti minyak yang digunakan secara komersial.

Serbuk Kering

Page 17: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

16

Rajah 3.5: Cara Menggunakan Alat Pemadam Api

Page 18: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

17

3.5 Selimut Kalis Api (Fire Blanket)

Rajah 3.6: Contoh selimut kalis api (Fire Blanket)

3.5.1 Pastikan setiap makmal menyediakan selimut kalis api yang diperbuat dari jenis kain

yang diluluskan.

3.5.2 Digunakan untuk menyelubungi mangsa dan memadam kebakaran kecil pada

anggota badan, pakaian dan kebakaran pelarut di sinki.

3.5.3 Ia perlu disimpan di tempat yang mudah dicapai.

3.5.4 Tarik selimut dari sarungnya dan selubungi mangsa di bahagian yang terbakar

secepat mungkin.

3.5.5 Pastikan kebakaran pada mangsa dipadam sepenuhnya.

3.5.6 Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera untuk rawatan lanjut.

Page 19: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

18

BAB 4 PERATURAN PENGGUNAAN RADAS KACA

4.1 Penggunaan Radas Kaca Dalam Makmal

4.1.1 Pengguna makmal mestilah tahu teknik asas pengendalian radas kaca.

4.1.2 Dua jenis kaca yang biasa digunakan di makmal adalah:

No. Jenis Ciri-ciri Contoh

1. Kaca Borosilikat Lebih tebal, keras dan tidak mudah

pecah oleh haba

Bikar, kondenser,

tabung uji

2. Kaca

Kapur Soda

Ketahanan rendah terhadap haba

dan bahan kimia

Botol, bekas kaca

Jadual 4.1: Jenis kaca dan penerangan

4.1.3 Pastikan rod kaca dibawa secara menegak dan setiap radas kaca hendaklah sentiasa

diletakkan di bahagian tengah meja makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan

pecah.

4.1.4 Sebarang radas kaca yang retak, pecah atau sumbing, adalah dilarang digunakannya

dan perlu diasingkan ke dalam bekas khas. Sarung tangan yang sesuai hendaklah

dipakai semasa pengendalian radas yang pecah.

4.1.5 Pastikan radas kaca yang digunakan untuk kerja pemanasan bersesuaian pada suhu

tersebut. Pelapik kasa dawai perlu diletakkan jika menggunakan penunu Bunsen

untuk melindungi radas kaca tersebut. Jika menggunakan plat pemanas (hot plate),

pelapik kasa dawai adalah tidak perlu.

4.1.6 Semua radas kaca hendaklah dicuci dan dikeringkan di atas rak pengering sebelum

disimpan.

4.1.7 Sekiranya masih terdapat kotoran pada radas kaca, pembersihan haruslah dilakukan

menggunakan asid atau alkohol yang sesuai.

4.2 Teknik Asas Penggunaan Radas Kaca

4.2.1 Teknik Pemanas & Penyejukan

4.2.1.1 Pastikan radas kaca yang digunakan tahan haba ketika pemanasan. Dilarang

memanaskan radas kaca yang retak/calar.

4.2.1.2 Jangan panaskan radas kaca pada suhu yang maksima kerana boleh

menyebabkannya pecah.

4.2.1.3 Ketika melakukan penyejatan cecair, suhu hendaklah dibiarkan turun secara

perlahan–lahan mengikut penurunan paras cecair untuk mengelakkan retak

pada radas kaca.

Page 20: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

19

4.2.2 Teknik Pemotongan

4.2.2.1 Tandakan bahagian yang hendak dipotong dengan kikir atau pemotong kaca.

4.2.2.2 Pemakaian sarung tangan, kot makmal dan goggle adalah perlu bagi langkah

keselamatan.

4.2.2.3 Kedua-dua ibu jari diletakkan pada garisan yang telah dibuat dan sentap dengan

perlahan untuk mematahkan tiub atau batang kaca.

4.2.2.4 Bakar bahagian keratan untuk melicinkannya.

4.2.3 Teknik Penyambungan & Penanggalan

4.2.3.1 Hendaklah berhati-hati semasa melakukan penyambungan yang melibatkan

radas kaca. Gunakan gris untuk memudahkan penyambungan.

4.2.3.2 Dapatkan bantuan staf makmal jika terdapat kesukaran membuka

penyambungan tersebut.

4.2.4 Teknik Ekstraksi/ Refluks

4.2.4.1 Pastikan sambungan tiub getah dari kondenser ke punca air adalah tidak

tertanggal dan berkeadaan baik.

4.2.4.2 Mantel pemanas boleh digunakan untuk kerja ekstraksi kerana ia boleh

dipanaskan dengan haba yang seragam dan terkawal.

4.2.5 Teknik Penyulingan

4.2.5.1 Pastikan jenis kondenser yang digunakan bersesuaian dengan takat suhu didih

cecair yang digunakan.

4.2.5.2 Semasa kerja-kerja vakum, jangan guna kelalang kon berdinding nipis atau

bertapak leper. Gunakan kelalang berbentuk bulat (round bottom flask).

Page 21: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

20

BAB 5

PERATURAN KESELAMATAN & PENYELENGGARAAN PERALATAN ELEKTRIK &

ELEKTRONIK

5.1 Peraturan Umum

5.1.1 Hendaklah mematuhi peraturan keselamatan dan etika berpakaian yang ditetapkan.

5.1.2 Berpengetahuan, cekap dan cermat ketika mengendalikan peralatan elektrik

terutamanya peralatan berteknologi tinggi dan bervoltan tinggi.

5.1.3 Kakitangan makmal hendaklah memastikan setiap peralatan elektrik adalah dalam

keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dengan cara

yang betul.

5.1.4 Kapasiti voltan/kuasa hendaklah dipastikan sesuai dengan peralatan.

5.1.5 Kedudukan peralatan elektrik dipastikan bersesuaian dengan beban kerja, peredaran

udara dan ruang kerja.

5.1.6 Rujuk buku panduan atau SOP bagi pengendalian alatan dengan betul.

5.1.7 Pengguna hendaklah segera merujuk pada kakitangan makmal jika mendapati

terdapat masalah ataupun kurang mahir mengendalikan alatan makmal.

5.1.8 Pastikan penyambungan atau pemasangan peralatan elektrik dilakukan dengan

betul.

5.1.9 Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi dari sebarang pengalir elektrik seperti

sumber air/haba/larutan garam.

5.1.10 Sila pastikan tiada penghadang pada suis utama. Ini adalah untuk memudahkan suis

ditutup dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

5.2 Peralatan Elektrik dan Elektronik di Makmal

5.2.1 Tidak dibenarkan melakukan sambungan dan pengubahsuaian pada salur keluar

kuasa tanpa perakuan daripada pegawai bertanggungjawab.

5.2.2 Penggunaan adapter adalah dilarang.

5.2.3 Pastikan wayar peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan tidak

terkena air, bahan kimia dan permukaan panas serta berada jauh dari bahan mudah

terbakar.

5.2.4 Alat elektronik hendaklah dimatikan setelah digunakan.

5.2.5 Segala peralatan Elektrik tidak dibenarkan dibawa keluar daripada makmal kecuali

dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab.

5.3 Peralatan Berkomputer

5.3.1 Dilarang membuat sebarang perubahan terhadap konfigurasi sistem komputer,

proses instalasi atau menyalin perisian di dalam komputer tanpa kebenaran

kakitangan makmal atau melakukan proses muat turun bahan yang tidak

dibenarkan.

Page 22: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

21

5.3.2 Sebarang peralatan dan dokumentasi kepunyaan makmal tidak boleh dibawa keluar

dari makmal.

5.3.3 Pengguna dilarang menggunakan perisian hiburan seperti permainan komputer,

muat turun dan mendengar lagu, menonton video, berkomunikasi di atas talian dan

sebagainya ketika menggunakan komputer.

5.3.4 Pengguna dikehendaki menggunakan pemacu mudah alih yang kosong ataupun yang

telah diformatkan.

5.3.5 Proses muat turun data analisis hanya dibenarkan dengan menggunakan pemacu

mudah alih yang telah dikhaskan oleh makmal ataupun yang telah diformatkan.

5.4 Kemalangan (Litar Pintas)

5.4.1 Segera membuat laporan kepada kakitangan makmal sekiranya berlaku sebarang

kemalangan elektrik (litar pintas).

5.4.2 Pengguna dilarang mencuba untuk memulihkan kerosakan litar pintas yang berlaku

di bangunan makmal.

5.4.3 Pastikan suis elektrik ditutup sebelum menyentuh bahagian tersebut.

5.4.4 Bagi mengelakkan berlakunya litar pintas, pastikan penggunaan soket mengikut

keperluan dan berjadual.

5.4.5 Penggunaan soket berbilang (extension) pada soket elektrik di makmal adalah

dilarang bagi mengelakkan ketidakseimbangan arus elektrik dan pertambahan

bebanan pada litar elektrik.

5.5 Tindakan Ketika Terputus Bekalan Elektrik (Blackout)

5.5.1 Maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab ataupun mana-mana

kakitangan makmal yang bertugas.

5.5.2 Pastikan anda tidak membuka peti -20°c dan -80°c untuk mengekalkan suhu didalam

bagi mengelakkan sampel atau sel yang disimpan rosak.

Page 23: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

22

BAB 6 PERATURAN KESELAMATAN PERALATAN BERISIKO TINGGI DI DALAM MAKMAL

6.1 Peralatan Suhu Tinggi

6.1.1 Pemakaian perlindungan diri yang betul dalam pengendalian peralatan panas adalah

perlu dan penting bagi mengelakkan sebarang kecuaian dan kecederaan sekiranya

berlaku kemalangan.

6.1.2 Penggunaan sarung tangan yang sesuai dipakai adalah bersifat rintang haba bagi

pengendalian furnace, internal mixer, hot press moulding machine dan sebagainya.

6.1.3 Kot makmal juga perlu dipakai sempurna semasa menjalankan kerja di makmal yang

berkaitan.

6.2 Peralatan Berhampagas (Vacuum)

6.2.1 Contoh alatan adalah seperti vacuum dessicator, rotary evaporator, vacuum flask,

extraction column, vacuum oven, vacuum evaporator, ultra centrifuge dan lain-lain.

6.2.2 Pastikan ia sentiasa diperiksa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia rosak

(implode) semasa menggunakannya.

6.2.3 Pastikan ia sentiasa ditutup sempurna dengan alat pelindung khas yang diluluskan.

6.2.4 Pastikan nilai hampagas yang digunakan tidak melebihi had yang dibenarkan.

6.2.5 Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama dengan

tekanan atmosfera sebelum pelindung dibuka.

6.3 Peralatan Bertekanan Tinggi

6.3.1 Contoh alatan adalah seperti autoclave, dead end cell, marcet boiler dan sebagainya.

6.3.2 Pastikan ia sentiasa diperiksa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia meletup

(explode) semasa menggunakannya

6.3.3 Pastikan ruang kerja mencukupi bagi memastikan keselamatan semasa

pengendaliannya.

6.3.4 Pastikan nilai tekanan yang digunakan tidak melebihi had yang dibenarkan.

6.3.5 Selepas digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama dengan

tekanan atmosfera sebelum pelindung dibuka.

6.4 Peralatan Pemampat Gas/Udara

6.4.1 Pastikan ia sentiasa diperiksa sebelum digunakan bagi mengelakkan ia meletup

(explode) semasa menggunakannya.

6.4.2 Pastikan ruang kerja mencukupi bagi memastikan keselamatan semasa

pengendalian peralatan tersebut.

6.4.3 Pastikan lubang masuk penapis udara bebas daripada sebarang halangan.

6.4.4 Jangan menyentuh bahagian pemampat yang masih panas setelah penggunaannya.

Page 24: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

23

BAB 7 SISTEM PENGALIHUDARAAN EKZOS SETEMPAT/LEV (LOCAL VENTILATION SYSTEM)

7.1 Kebuk Wasap (Fume Hood)

Rajah 7.1: Kebuk wasap (Fume hood)

Penggunaan kebuk wasap merupakan salah satu langkah kawalan kejuruteraan untuk

melindungi pengguna dari terhidu bahan kimia berbahaya. Penting dalam makmal untuk

menjalankan ekperimen yang membebaskan wap yang mudah terbakar, beracun, menghakis

dan berbau. Kebuk wasap ini perlu diselenggara sebaiknya bagi memastikan sedutan dan

pengaliran gas ke luar makmal adalah baik. Fungsi kebuk wasap adalah untuk mengeluarkan

udara yang dicemari dengan wap- wap tersebut keluar dari makmal dan mengalirkan udara

bersih di dalam makmal.

Langkah keselamatan penggunaan kebuk wasap:

a. Pastikan kipas dihidupkan terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mengeluarkan

wap- wap bahan kimia yang tertinggal di dalam kebuk wasap.

b. Cermin kebuk wasap sentiasa bersih dan diangkat tidak melebihi garisan kuning

semasa digunakan dan sentiasa ditutup jika tidak digunakan.

c. Dilarang menyimpan bahan kimia atau sampel eksperimen di dalam kebuk wasap.

d. Pastikan ia bersih dari sisa pepejal yang boleh memasuki sinki kebuk wasap. Sebarang

tumpahan dan percikan bahan kimia perlu dibersihkan segera.

e. Pastikan peralatan/radas yang dipasang di dalamnya tidak mengganggu

pembukaan/penutupan cermin atau menghalang slot-slot ekzos.

f. Kuantiti bahan kimia berbahaya, peralatan dan radas yang digunakan dalam kebuk

wasap adalah minimum.

g. Dilarang memasukkan kepala ke dalam kebuk wasap semasa eksperimen dijalankan.

h. Pintu dan tingkap yang berhampirannya sentiasa ditutup semasa menggunakan kebuk

wasap.

i. Apabila eksperimen selesai, tutup cermin terlebih dahulu sebelum kipas kebuk wasap

dimatikan bagi mengelakkan wap bahan kimia yang tersimpan dalamnya tidak

terlepas keluar dan memasuki ruang udara dalam makmal.

Page 25: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

24

7.2 Kabinet Keselamatan Biohazard (Biohazard Safety Cabinet)

Rajah 7.2: Kabinet keselamatan biohazard (Biohazard safety cabinet)

Kabinet keselamatan biohazard merupakan satu peralatan primer yang efektif apabila

mengendalikan agen infeksi. Penggunaan jenis kabinet bergantung kepada tahap

keselamatan agen infeksi yang dikendalikan oleh pekerja. Terdapat 3 Kelas kabinet

keselamatan biohazard iaitu:

Kelas 1 BSC‐ memberi perlindungan kepada pekerja dan persekitaran, tetapi tidak kepada

produk. Pergerakan udara menyerupai chemical fume hood, bezanya ia mempunyai penapis

HEPA dalam sistem ekzos untuk melindungi persekitaran.

Kelas 2 BSC (Types A, Bl, B2,and B3) - memberi perlindungan kepada pekerja, persekitaran

dan juga produk.

Kelas 3 BSC – direka untuk mengendalikan agen mikrobiologi biosafety level peringkat 4.

Ianya menyediakan perlindungan yang maksimum kepada pekerja.

Langkah keselamatan penggunaan Kabinet Keselamatan Biohazard:

a. Pastikan kabinet yang digunakan bersesuaian dengan tahap bahaya sesuatu

mikroorganisma.

b. Dilarang mengendalikan bahan beracun, mudah terbakar dan mudah meletup di

dalamnya.

c. Pastikan kedudukannya adalah jauh dari laluan utama dan elakkan pergerakan yang

terlalu cepat ketika bekerja bagi memastikan aliran udara di dalam cabinet tidak

terganggu.

d. Pengguna perlu memastikan zon kerja dinyahkuman sebelum dan selepas melakukan

kerja.

e. Semua alat radas dan alatan perlu dinyahkuman sebelum dibawa masuk dan sebelum

dikeluarkan dari kabinet.

f. Pasang blower sebelum dan selepas penggunaan kabinet bagi memastikan udara

bersih dari agen pencemaran dan bahan uji kaji.

g. Pastikan cermin (sash) diangkat ke paras normal ketika bekerja.

h. Bawa peralatan dan alat radas yang diperlukan sahaja dalam kuantiti minimum bagi

memastikan keberkesanan fungsi kabinet dan tidak menghalang laluan keluar masuk

udara.

i. Amalkan teknik aseptik dalam melakukan kerja di dalam kabinet.

Page 26: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

25

7.3 Kabinet Aliran Laminar (Laminar Air Flow Cabinet)

Rajah 7.3: Kabinet aliran laminar (Laminar air flow cabinet)

Terdapat 2 jenis laminar iaitu horizontal dan vertical. Kedua‐ duanya bukan biological safety

cabinet. Horizontal laminar air flow – udara yang melalui penapis HEPA dilepaskan ke arah

pengguna. Laminar jenis ini hanya menyediakan perlindungan kepada produk sahaja.

Elakkan menggunakan laminar sekiranya mengendalikan kultur mikroorganisma yang

berbahaya.

Vertical laminar air flow – digunakan sebagai kawasan bersih (clean area) untuk apa juga

penyediaan yang tidak melibatkan mikroorganisma seperti persampelan makanan,

pengeringan plate, tisu kultur dll. Laminar jenis vertical mempunyai sash dan udara

dilepaskan ke persekitaran melalui bawah sash tersebut. Seperti laminar jenis horizontal,

elakkan menggunakannya sekiranya pekerja mengendalikan patogen atau lain‐lain kultur

mikroorganisma yang berbahaya.

Langkah keselamatan penggunaan Kabinet aliran laminar:

a. Dilarang mengendalikan bahan beracun, mudah terbakar dan mudah meletup di

dalamnya.

b. Ia hanya sesuai bagi kerja penyediaan media untuk subkultur dan kerja penyediaan

awalan bagi sesuatu kerja amali di makmal.

c. Pastikan udara dari luar tidak akan masuk ke dalamnya bagi mengelakkan kontaminasi

bagi penyediaan sampel awal.

d. Elakkan pergerakan yang terlalu cepat ketika bekerja untuk memastikan aliran udara

tidak terganggu.

e. Pastikan zon kerja dinyahkuman sebelum dan selepas melakukan kerja.

f. Semua alat radas dan alatan yang dibawa masuk perlu disterilkan sebelum dibawa

masuk dan sebelum dikeluarkan dari kabinet.

g. Blower perlu dipasang sebelum dan selepas penggunaannya bagi memastikan udara

bersih dari agen pencemaran dan bahan uji kaji.

h. Bawa peralatan dan alat radas yang diperlukan sahaja dalam kuantiti minimum bagi

memastikan keberkesanan fungsi kabinet dan tidak menghalang laluan keluar masuk

udara.

i. Amalkan teknik aseptik dalam melakukan kerja di dalam kabinet.

Page 27: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

26

BAB 8 PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN GAS

8.1 Keselamatan Penggunaan dan Pengendalian Silinder Gas Termampat

8.1.1 Antara silinder gas yang ada di makmal - helium, oksigen, nitrogen, karbon dioksida,

asetilena, argon, gas petroleum cecair, nitrus oksida dan udara tertulen (purified

air).

8.1.2 Gas termampat (Kelas 2) adalah gas yang dicairkan atau dilarutkan di bawah tekanan

tertentu.

BIL. KELAS KETERANGAN CONTOH GAS

1 2.1 Mudah Terbakar Menyala apabila bersentuh

dengan punca api

Asetelin, Propana,

Hidrogen, Oksigen,

Argon, Helium

2 2.2 Tidak Mudah Terbakar Gas yang tidak mudah

terbakar

dan tidak beracun.

Karbon Dioksida,

3 2.3 Beracun Gas yang beracun boleh

menyebabkan kematian/

kecederaan serius jika

dihidu.

Arsenik

Jadual 8.1: Klasifikasi Gas Termampat (Kelas 2)

8.1.3 Pemasangan alat atur (gas regulator) pada silinder gas:

a. Arahan putaran yang berbeza.

i. Gas mudah terbakar: Putaran ke arah kiri (left hand thread)

ii. Gas tidak mudah terbakar: Putaran ke arah kanan (right hand thread)

b. Penggunaan satu alat atur gas khas untuk satu jenis gas yang hendak digunakan.

Perkongsian alat atur gas dilarang sama sekali.

8.1.4 Peraturan berikut perlu dipatuhi semasa mengendalikan silinder gas termampat.

a. Pastikan silinder gas diikat dengan baik.

b. Kenalpasti jenis gas termampat yang akan digunakan.

c. Penyimpanan silinder gas hendaklah di tempat terbuka, peredaran udara yang

baik dan terlindung dari pancaran matahari secara langsung.

d. Guna peralatan perlindungan diri iaitu sarung tangan kain kapas, kasut

keselamatan serta pelindung pernafasan bagi gas beracun.

e. Dapatkan pertolongan daripada staf makmal sekiranya perlu.

f. Dilarang menanggalkan identifikasi atau label pada silinder gas.

Page 28: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

27

g. Dilarang menanggalkan penutup keselamatan (cap), memasang atau menyelaras

pengawal atur (regulator) dan injap paip gas yang telah disambungkan pada

silinder tanpa kebenaran pegawai bertanggungjawab.

h. Pastikan tiada sumber nyalaan dan semua jenis suis elektrik berada berhampiran

dengan silinder gas yang mudah terbakar

i. Pastikan injap silinder gas ditutup dengan sempurna sekiranya tidak

disambungkan pada peralatan tanpa menyelaraskan pengawal atur.

j. Silinder gas yang kosong dilabelkan dengan jelas dan diletakkan berasingan dari

silinder yang penuh.

k. Elakkan sebarang kebocoran gas. Kebocoran gas dapat dikesan dengan

menggunakan larutan sabun pada sambungan gas.

l. Jauhi silinder gas dari sumber-sumber haba (relau, dandang, radiator).

8.1.5 Warna silinder dicatkan berlainan warna bagi membezakan kandungan gas di

dalamnya.

Page 29: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

28

8.2 Peraturan Penggunaan Gas LPG

Rajah 8.1: Contoh Kod Warna Silinder Gas

Page 30: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

29

8.2.1 Ketahui lokasi injap dan pastikan injap utama dibuka dan sentiasa berkeadaan baik.

INJAP LOKASI INJAP LOKASI

Injap utama Stor penyimpanan silinder gas - mengawal keseluruhan saliran LPG

di bangunan makmal.

Injap kedua Berdekatan pintu masuk setiap makmal - mengawal kesemua

point yang berada di makmal.

Injap ketiga Bawah meja di makmal - mengawal setiap point gas LPG yang

terdapat di atas meja.

Jadual 8.2: Injap gas dan lokasi

8.2.2 Pastikan tiada sumber nyalaan atau bahan mudah terbakar berada berhampiran

dengan gas LPG (cecair propana) bagi mengelakkan kebakaran.

8.2.3 Jika terdapat bau gas berterusan, tutup injap gas dengan segera. Buka semua pintu

dan tingkap, padamkan semua nyalaan, matikan suis elektrik dan pastikan tiada

orang di makmal tersebut.

8.2.4 Segera dapatkan bantuan pegawai yang bertanggungjawab untuk mengesan dan

mengawal kebocoran.

8.2.5 Bagi penggunaan penunu bunsen:-

a. Pastikan tiada kebocoran pada kartrij gas (gas bocor akan mengeluarkan bau

seperti telur busuk).

b. Pastikan makmal mempunyai pengudaraan yang baik.

c. Jauhkan bahan mudah terbakar darinya.

d. Nyalakan pemetik api terlebih dulu pada penunu Bunsen sebelum membuka

injap gas.

e. Laras sehingga nyalaan biru dihasilkan. Jika tidak, tutup injap dan hentikan

penggunaan penunu Bunsen tersebut.

8.2.6 Jika berlaku kebakaran atau letupan, hubungi Unit Keselamatan UniSZA dan Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan segera.

Page 31: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

30

8.3 Peraturan Penggunaan Gas Kriogenik

8.3.1 Kriogenik ialah sesuatu bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di

bawah -150 celcius. Contoh: cecair nitrogen, oksigen & helium.

JENIS CECAIR

KRIOGENIK CIRI-CIRI

Oksigen Percampuran antara cecair oksigen dengan bahan-bahan

organik yang mudah terbakar boleh mengakibatkan letupan

yang hebat dan menyebabkan kebakaran.

Nitrogen Gas ini berupaya memenuhi ruang dengan cepat. Walaupun

gas nitrogen tidak bahaya, tetapi gas ini akan menggantikan

oksigen di dalam ruang yang tertutup. Ini akan menyebabkan

kesukaran bernafas. Peredaran udara yang baik adalah

penting semasa pengendalian cecair nitrogen.

Karbon Dioksida Karbon dioksida adalah dalam bentuk ais kering yang

berupaya membebaskan gas kabon dioksida hingga

menyebabkan kesukaran bernafas. Penggunaan ais kering

dilakukan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang

baik.

Hidrogen Cecair hidrogen yang melepaskan gas hidrogen boleh

menyebabkan kelemasan kerana ianya menggantikan oksigen

dalam udara. Gas hidrogen bersifat mudah terbakar, tidak

berbau dan tidak beracun.

Jadual 8.3: Jenis dan ciri-ciri cecair kriogenik

8.3.2 Cara pengendalian cecair kriogenik:

a. Elakkan sentuhan antara anggota badan dengan cecair atau bekas kriogenik.

b. Pemakaian peralatan perlindungan diri terutama sarung tangan, pelindung

muka, goggle, kot makmal dan kasut keselamatan.

c. Pastikan peredaran udara berkeadaan baik.

d. Guna bekas yang betul. Cecair kriogenik hendaklah digunakan di dalam bekas

yang dapat membendung perubahan suhu yang cepat.

e. Jangan campur cecair-cecair kriogenik yang berlainan kerana ia mempunyai

takat beku berbeza.

8.3.3 Ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tisu badan iaitu sama seperti

kemalangan kebakaran sejuk & rasa kebas pada anggota yang terkena cecair

kriogenik. Mangsa dinasihatkan tidak mengurut/menggosok anggota tersebut.

8.3.4 Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas, bawanya ke tempat yang mempunyai

peredaran udara yang baik dan longgarkan pakaian mangsa. Dapatkan rawatan

doktor dengan segera.

Page 32: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

31

BAB 9 PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

9.1 Peraturan Umum

9.1.1 Elakkan penggunaan api secara terbuka. Jika perlu, perhatian khas mesti diberikan

dan jangan ditinggalkan begitu sahaja. Pastikan tiada pelarut mudah terbakar di

sekitarnya.

9.1.2 Pastikan aras bahaya dan cara pengendalian sesuatu bahan kimia sebelum

memulakan kerja.

9.1.3 Elakkan sentuhan secara langsung dengan sebarang bahan kimia. Jangan merasa

atau menghidu bahan kimia melainkan bila diperlukan. Cuci anggota badan yang

terkena bahan kimia dengan sabun.

9.1.4 Semua sampel bahan kimia mestilah dilabel dengan betul. Jangan gunakan bahan

kimia tanpa label.

9.1.5 Jangan mengambil bahan kimia lebih daripada yang diperlukan dari botol dan segala

lebihan mestilah dibuang di tempat yang dikhaskan dan jangan memasukkan balik

lebihannya ke dalam botol asal.

9.1.6 Semasa menyediakan larutan, larutan pekat haruslah dituang ke dalam larutan

kurang pekat, bukan sebaliknya. Cermin mata keselamatan mesti dipakai dan kerja

pencairan mestilah dilakukan dalam almari wasap.

9.1.7 Kebanyakkan eter membentuk peroksida, iaitu suatu bahan yang berpotensi untuk

meletup apabila terdedah kepada udara dan cahaya. Jangan goncang atau panaskan

eter jika anda tidak pasti sama ada eter itu bebas daripada peroksida atau tidak.

9.1.8 Elakkan pelarut yang mudah terbakar daripada terdedah secara langsung kepada

cahaya matahari dan haba. Jangan panaskan pelarut dengan api terbuka atau plat

pemanas elektrik.

9.1.9 Jangan gunakan ketuhar elektrik tanpa ventilasi untuk menyejat pelarut organik atau

sisa pelarut dalam sampel atau penjanaan semula bahan penjerap (gel silika) yang

tidak dicemari oleh pelarut organik.

9.1.10 Semua botol Winchester yang berisi bahan kimia mestilah dibawa dalam bekas khas

dan buka dengan memegang lehernya/telinganya.

9.2 Prinsip Pengurusan Bahan Kimia

9.2.1 Beli -> Terima -> Simpan -> Guna -> Lupus

9.2.2 Penggunaan konsep ‘cradle to grave’.

9.3 Pembelian Bahan Kimia

9.3.1 Semua bahan kimia hendaklah dibeli dari pembekal yang berkelayakan (kod bidang

pembekalan bahan kimia, rekod perkhidmatan yang baik dan kaedah hantaran yang

sesuai).

Page 33: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

32

9.3.2 Kuantiti bahan kimia yang dipesan hendaklah sesuai digunakan dalam masa setahun

sahaja atau selesai sesuatu projek.

9.3.3 Dilarang membeli bahan kimia tanpa sebarang tujuan yang khusus.

9.3.4 Pastikan pakej pembungkusan bahan kimia yang dipesan perlu sesuai dengan

tempat penyimpanan atau stor sedia ada. Elakkan memesan bahan kimia dalam

pembungkusan 10L ke atas.

9.3.5 Elakkan membeli larutan (pelarut) kimia yang disimpan di dalam tin kerana mudah

berkarat dan seterusnya bocor.

9.3.6 Bagi pembelian bahan kimia (kategori bahan kawalan/larangan), hendaklah

mendapat kelulusan dari pihak bertanggungjawab terlebih dahulu sebelum urusan

jual-beli dibuat.

9.3.7 Pastikan bahan kimia yang akan dibeli boleh digunakan dengan selamat oleh

persekitaran makmal yang sedia ada.

9.3.8 Sebelum membeli bahan kimia pastikan langkah kawalan penggunaan selamat telah

diwujudkan.

9.4 Penerimaan Bahan Kimia

9.4.1 Pastikan spesifikasi bahan kimia diterima adalah sama dengan pesanan belian.

9.4.2 Dilarang menerima bahan kimia yang tidak dipesan.

9.4.3 Pembekal perlu melampirkan Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) yang lengkap

bagi setiap bahan kimia yang dihantar.

9.4.4 MSDS mestilah disediakan dalam dwibahasa dan didokumenkan serta mudah

diakses oleh semua pengguna makmal.

9.4.5 Pastikan bahan kimia yang diterima itu sempurna dari segi pembungkusan, penutup,

pelabelan dan fizikal luarnya.

9.4.6 Jika bekas/botol telah rosak, jangan sahkan penerimaan. Bahan kimia yang diterima

hendaklah disimpan di dalam stor.

9.4.7 Dilarang menerima bahan kimia milik orang lain.

9.4.8 Daftarkan dengan segera bahan kimia yang diterima dalam Rekod Inventori Bahan

Kimia.

9.4.9 Jabatan perlu menyediakan Daftar Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan.

9.4.10 Jabatan juga perlu menyediakan Senarai Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan

(Rujuk Jadual II - Buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) yang

memerlukan pengawasan perubatan.

Page 34: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

33

9.5 Penyimpanan Bahan Kimia

Rajah 9.1: Kabinet penyimpanan bahan kimia (Chemical safety cabinet)

9.5.1 Stor kimia yang lengkap dengan sistem pencegahan kebakaran dan keselamatan lain

berfungsi untuk menyimpan bahan kimia.

9.5.2 Stor bahan kimia perlu mempunyai rekod inventori bahan kimia keluar masuk.

9.5.3 Pengkelasan bahan kimia adalah berdasarkan sifat fisiokimia iaitu mudah meletup,

pengoksidaan, amat mudah terbakar, sangat mudah terbakar, mudah terbakar atau

berdasarkan kesan kesihatan iaitu sangat toksik, toksik, memudaratkan, menghakis,

merengsa.

9.5.4 Lambang bahaya atau tanda bahaya (berdasarkan sifat fisiokimia) perlu ditampal

diluar pintu stor sebagai peringatan.

Page 35: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

34

Rajah 9.2: Pengelasan Bahan Kimia Berdasarkan Sifat Fisiokimia dan Kesan Kesihatan

9.5.5 Bahan kimia cecair perlu disusun mengikut keserasian fisiokimia dan lokasi

penyimpanan kimia.

9.5.6 Keserasian fisiokimia merujuk kepada hazad serupa diletakkan bersama atau hazad

berlainan tetapi tiada tindakbalas.

9.5.7 Lokasi penyimpanan kimia yang baik adalah merujuk kepada penggunaan rak,

kabinet, peti sejuk, peti sejukbeku dan lain-ain. Lokasi penyimpanan tidak baik ialah

atas meja (bench top), kebuk wasap, dalam kabinet laminar, atas lantai, laci, bawah

sink serta tempat lebih tinggi dari aras mata.

9.5.8 Sebuah stor kimia yang baik mesti dilengkapi dengan kabinet asid, cabinet bahan

mudah terbakar, kabinet penyimpanan kimia, peti sejuk beku dan sebagainya. Suhu

dalaman stor mesti dikawal supaya tidak panas, begitu juga dengan sistem

pengudaraan.

Page 36: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

35

Rajah 9.3: Susunan Penyimpanan Bahan Kimia Berdasarkan Hazard

Page 37: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

36

Rajah 9.4: Contoh Penyimpanan Bahan Kimia dalam Kabinet

Jadual 9.1: Kategori bahan dan cadangan penyimpanan yang disyorkan

KUMPULAN BAHAN

A Compatible Organic Bases

Serasi Bes Organik

B Compatible Pyrophoric & Water Reactive Materials

Serasi Piroforik & Bahan Reaktif Terhadap Air

C Compatible Inorganic Bases

Serasi Asid Tak Organik

D Compatible Organic Acids

Serasi Asid Organik

E Compatible Oxidizers (Include Peroxide)

Serasi Pengoksida (Termasuk Peroksida)

F Compatible inorganic Acids (Exclude Oxidizers/Combustibles)

Serasi Asid Tak Organik (Tak Termasuk Pengoksida / Bahan Mudah Terbakar)

G Not intrinsically Reactive/Flammable/Combustible

Serasi Bahan Tidak Intrinsik Reaktif / Menyala / Terbakar

H Poison Compressed Gases

Serasi Gas Beracun Termampat

J Compatible Explosive / Highly Unstable Materials

Serasi Bahan Mudah Meletup /Sangat Tidak Stabil

K Non Reactive Flammables & Combustibles (Include Solvents)

Serasi Bahan Tak Reaktif Menyala & Terbakar (Termasuk Pelarut)

X Incompatible With All Other Storage Groups

Tidak Serasi dengan Semua Kumpulan Penyimpanan Lain

Page 38: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

37

KATEGORI KIMIA CADANGAN PENYIMPANAN (STORAGE)

Hazad, Toksik

Persekitaran (Pepejal/

cecair), racun makhluk

perosak

Disimpan di seksyen yang berasingan.

Cecair hazad diletakkan dalam bekas sekunder (secondary

containment) dan disimpan di rak/kabinet/peti sejuk/peti

sejuk beku.

Contoh: arsenik, merkuri, radioaktif, Gramoxone® , Harquat® , OZA

276.

Pepejal tidak teroksida,

tidak mudah terbakar

Disimpan di atas rak atau kabinet bersama kumpulannya

(mengikut abjad)

Pepejal mudah terbakar Disimpan dalam Flammable Storage Cabinet (bahan mudah terbakar

lain boleh ditempatkan bersama).

Contoh: camphor, naftalena, kalium sulfida

Cecair mudah

menyala/terbakar

Disimpan dalam ‘flammable cabinet’ (steel cabinet), jangan disimpan

dalam peti sejuk rumah.

Contoh: eter, metanol, etanol, aseton, toluene

Asid Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan asid & bes

lain) dan ditempatkan dalam Acid/Corrosive cabinet.

Contoh: asid nitrik, sulfurik, hidroklorik.

Asid Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan asid & bes

lain) dan ditempatkan dalam Acid/Corrosive cabinet.

Contoh: asid laktik, asetik, formik, oxalik, urik, benzoik.

Peroksida Organik Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan bahan

organik & inorganik).

Contoh: mempunyai nama peroksida – benzoil peroksida, hidrogen

peroksida dll.

Pyrophoric / aktif air Disimpan dibawah minyak paraffin, diasingkan dari bahan mudah

teroksida.

Contoh: logam natrium, logam alkali, ferum sulfat.

Agen Pengoksidaan

(oxidizer/oxidant)

Disimpan dalam bekas sekunder (untuk asingkan dengan bahan

organik & inorganik).

Contoh: Kalium permanganat, kalium dikromat, perklorat, ozon.

9.6 Penggunaan Bahan Kimia

9.6.1 Peraturan am pengendalian kimia:

a. Rujuk MSDS sebelum menggunakan bahan kimia

b. Baca dan fahami label amaran yang tertera pada botol tersebut sebelum

menggunakan bahan kimia.

c. Guna alat pelindung diri yang sesuai sebelum bekerja. Rujuk MSDS berkaitan

untuk maklumat lanjut.

Page 39: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

38

d. Pengguna wajib melabelkan semua bekas yang mengandungi bahan kimia (nama

bahan, kepekatan, tarikh penyediaan, disediakan oleh)

Rajah 9.5: Pelabelan Bahan Kimia

e. Jauhi bahan kimia mudah terbakar dengan sumber nyalaan api. Contoh:

asetaldehid, dimetil sulfida, dietil eter, etilena oksida, propana, pentana.

f. Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu bahan kimia secara langsung.

g. Rancang kuantiti keperluan bahan kimia bagi mengelakkan pembaziran.

h. Semasa penyediaan larutan, pastikan larutan berkepekatan tinggi dituang

kepada larutan berkepekatan rendah. Larutan asid atau alkali hendaklah

dituang ke dalam air, dilarang menuang sebaliknya.

i. Bagi penggunaan pelarut organik atau bahan mudah meruap, berbau, berasid,

beralkali pekat, ia perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.

j. Jika larutan kimia jenis mudah terbakar disediakan, pastikan ianya disimpan di

dalam botol gelap dan tempat bersuhu rendah.

k. Dilarang meletak semula lebihan bahan kimia ke dalam bekas asal bagi

mengelakkan pencemaran.

9.1.2 Peraturan Pengendalian Sianida dan Sebatiannya:

a. Sebatian sianida tidak boleh bertindakbalas dengan asid kerana ianya akan

menghasilkan gas hidrogen sianida yang beracun serta sukar dikesan. Contoh:

kalium sianida dan natrium sianida.

b. Simpton keracunan bahan sianida ialah pening, mual, muntah dan denyutan nadi

cepat pantas, masalah pernafasan, badan kejang dan boleh membawa maut.

c. Pengguna diwajibkan menjalankan sepenuhnya eksperimen menggunakan bahan

sianida di dalam kebuk wasap.

d. Kit keselamatan sianida perlu disediakan terlebih dahulu di makmal sebelum

pengguna dibenarkan bekerja dengan bahan sianida.

e. Rekod kuantiti penggunaan bahan sianida mesti disediakan di makmal berkaitan

dan lebihan bahan tersebut mesti dipulangkan segera kepada staf makmal.

f. Jika berlaku tumpahan bahan sianida, jauhi kawasan tersebut dan lakukan proses

ventilasi udara secukupnya sebelum tindakan seterusnya di ambil oleh staf makmal

terlatih.

Page 40: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

39

g. Sisa bahan sianida boleh dineutralkan dengan melakukan tindakbalas terhadap

kalium permanganat dalam media beralkali. Tindakbalas transformasi sianida

berlaku seperti berikut :

KMnO4 + H2O + CN- --------- - MnO2 + CNO + OH–

9.1.3 Peraturan Pengendalian Asid Perklorik

a. Semua gred asid perklorik perlu disimpan dalam stor asid. Garam organik asid

perklorik perlu dijaga dengan teliti, oleh sebab garam sebegini telah dibuktikan

menjadi punca letupan dalam makmal organik. Garam bukan organik asid

perklorik juga berbahaya apabila bersentuh dengan pelarut organik seperti

apabila dicuci dengan etanol atau eter. Oleh itu garam perklorat mesti

dikendalikan dalam almari wasap perklorik dan dilindungi oleh perisai

keselamatan. Pemanasan, sentuhan atau gegaran ke atas bahan ini mestilah

dielak.

b. Penggunaan bahan ini mestilah di bawah pengawasan yang rapi. Pembahagian

asid juga mestilah dilakukan di dalam almari wasap perklorik.

9.1.4 Peraturan Pengendalian Asid Hidrofluorik

a. Asid hidrofluorik mestilah dikendalikan dalam almari wasap hidrofluorik.

Pastikan anda mempunyai bengkel “paste” magnesium oksida dan kalsium

glukonat bagi rawatan segera kebakaran apabila berlaku tumpahan asid ke atas

kulit.

9.1.5 Peraturan Pengendalian Sebatian Karsinogenik

a. Sebatian ini adalah agen yang mempunyai keupayaan mengakibatkan kanser dan

dengan itu wajar dikendalikan dalam almari wasap atau bekas tertutup dengan

menggunakan sarung tengan getah. Bekas-bekas yang mengandungi bahan ini

perlulah dilabelkan dengan menuliskan tanda-tanda penyakit kanser yang boleh

terjadi. Lebihan sebatian ini mestilah disimpan segera selepas digunakan dan

semua bekas yang digunakan mestilah dibasuh oleh pengguna itu sendiri. Semasa

penggunaan sebatian karsinogenik, sarung tangan getah mestilah sentiasa berada

dalam almari wasap dan sarung getah ini mestilah dibasuh selepas digunakan.

Sebatian sebegini perlu disenaraikan.

b. Pada umumnya sebatian-sebatian ini terdiri daripada:

a. Hidrokarbon aromatik polisiklik besar dan terbitnya seperti 2,4-

benzopyrena, 1-2-benzanthrasena dan lain-lain.

b. Amina aromatik atau garamnya dan sebatian nitro.

c. Pewarna azo seperti 4-dimetil aminoazo benzene dan terbitannya.

Penggunaan sebatian ini mestilah di tempat yang sesuai (mempunyai

ventilasi yang baik) dan dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.

Page 41: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

40

9.1.6 Peraturan Pengendalian Sebatian Karbonil Logam

a. Terdapat beberapa sebatian ini dan terbitannya yang mudah mengewap dan

terlalu toksik. Pelajar perlulah berhati-hati apabila menggunakan bahan ini.

9.1.7 Peraturan Pengendalian Raksa

a. Raksa ialah bahan mudarat yang member kesan keracunan kronik. Oleh itu

penggunaannya mestilah mempunyai sistem ventilasi yang baik. Semua bekas

raksa mestilah ditutup dan jika tidak boleh ditutup maka permukaan raksa mesti

diliputi dengan lapisan air. Pemindahan raksa dari satu bekas ke bekas yang lain

dan penggunaan lain perlulah dilakukan di atas talam supaya sebarang

tumpahan dapat dibersihkan dengan sempurna.

b. Bekas kaca storan raksa mestilah kukuh, cukup besar untuk memberi ruang

apabila raksa mengembang dan perlulah dilindungi dengan baik. Tumpahan

raksa mestilah dipunggut balik dan sisanya mestilah diberi rawatan kimia iaitu

dicuci dengan emulasi yang terdiri dari campuran 1:1, kalsium hidroksida-sulfur.

Biarkan selama 24 jam dan apabila kering cuci dengan air. Jika tumpahan raksa

tidak dibersihkan segera, raksa akan memecah kepada titisan yang kecil dan

menyerap ke dalam liang-liang di dalam kayu atau simen. Dari situ raksa

membentuk wap dan menepukan udara dengan wap yang beracun.

9.1.8 Peraturan Pengendalian Dadah Berbahaya dan Racun

a. Bahan-bahan yang telah dikelaskan sebagai racun dan berbahaya perlulah diberi

perhatian yang khas. Setiap orang yang menyimpannya mestilah mengawasinya

dengan baik dan begitu juga dengan penggunaannya. Ketua Pusat Pengajian dan

pengawal keselamatan perlu diberitahu tentang kewujudan dan penggunaan

bahan-bahan tersebut di dalam makmal. Pembuangan sisa-siasa racun juga

perlu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Dilarang membuang sisa racun

ke dalam sinki.

9.1.9 Peraturan Pengendalian Bahan Hakisan dan Kaustik

a. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan luka kimia jika tertumpah ke atas kulit.

Anda perlulah berhati-hati apabila menggunakan bahan ini dan harus memakai

cermin mata keselamatan dan sarung getah.

Page 42: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

41

9.2 Tumpahan Bahan Kimia

9.2.1 Berikut langkah umum pembersihan (clean-up) tumpahan bahan kimia (cecair).

Rajah 9.6: Absorbent: sekat merebak Rajah 9.7: Chemisorb: serap cecair

a. Kawal situasi secepat mungkin. Elakkan orang yang tidak berkenaan berada di

kawasan tumpahan.

b. Rujuk MSDS untuk tindakan selanjutnya. Pakai PPE yang dicadangkan dalam MSDS.

c. Sekat cecair tumpahan daripada merebak dengan bahan absorbent.

d. Jika cecair mudah terbakar tertumpah, tutup semua sumber nyalaan dan

pemanasan.

e. Taburkan serbuk chemisorb di atas cecair kimia tertumpah. Pastikan kimia dijerap

seketika.

f. Ceduk serbuk bercampur kimia ke dalam bekas (plastik/botol), kemudian dilupuskan.

Basuh lantai dengan air dan keringkan.

Page 43: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

42

TUMPAHAN KIMIA CARA MEMBERSIH (CLEAN-UP)

Pelbagai Asid ● Pakai PPE (glove neoprene, goggle dll)

● Selimuti bahan tumpahan dengan campuran kimia natrium

karbonat, bentonite, pasir (nisbah berat 1:1:1).

● Ceduk campuran dalam baldi dan perlahan-lahan tuang air sejuk,

jika ada tindakbalas tambah lagi karbonat.

● Bila pepejal dalam baldi mendap, buang lebihan air ke saliran.

Bungkus pasir dan boleh dibuang.

Atau ● Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penjerap kimia).

Pastikan semua cecair tumpahan dijerap.

● Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, kemudian ikat dan lupus

sebagai sisa kimia

Pelbagai Alkali ● Pakai PPE (glove neoprene, goggle dll)

● Selimuti bahan tumpahan dengan 5% HCl.

● Ceduk campuran dalam baldi dan perlahan-lahan tuang air sejuk,

jika ada tindakbalas tambah lagi 5% HCl.

● Bila pepejal dalam baldi mendap, buang lebihan air ke saliran.

Bungkus pasir dan boleh dibuang.

Atau ● Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penjerap kimia).

Pastikan semua cecair tumpahan dijerap.

● Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, diikat dan dilupus sebagai sisa

kimia

Mercury ● Pakai PPE yang sesuai.

● Taburkan dengan serbuk besi atau kuprum untuk membentuk

amalgam (Sebatian merkuri yang stabil)

● Kutip amalgam dengan magnet dan letakkan dalam beg plastik sisa

kimia.

Bromine ● Pakai PPE (glove neoprene, goggle dll)

● Neutralkan bahan tumpahan dengan larutan 10% natrium

thiosulfat.

● Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penjerap kimia).

Pastikan cecair tumpahan dijerap.

● Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, diikat dan dilupus sebagai sisa

kimia

Jadual 9.2: Cara pembersihan bagi tumpahan asid, alkali, merkuri, asid perklorik dan bromin

Page 44: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

43

BAB 10 PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI

10.1 Peraturan Umum

10.1.1 Bersihkan permukaan dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan

disinfektan sebelum meninggalkan makmal.

10.1.2 Pastikan alkohol dijauhkan dari sumber api.

10.1.3 Buang jarum picagari, slaid kaca, pipet Pasteur yang patah dan lancet yang

telah digunakan ke dalam bekas khas buangan benda tajam (sharp bin

container).

Rajah 10.1: Bekas buangan bahan tajam (Sharp Bin Container)

10.1.4 Guna sarung tangan yang sesuai ketika mengendalikan spesimen biologi

seperti haiwan makmal, darah, urin, ikan, etidium bromida dan

mikroorganisma.

10.1.5 Guna sarung tangan khas kriogenik (cryogenic) ketika mengendalikan cecair

nitrogen.

10.1.6 Rekodkan semua tumpahan dan kemalangan walaupun ia tidak melibatkan

sebarang kecederaan.

10.2 Kultur mikroorganisma

10.2.1 Teknik aseptik perlu diaplikasikan sewaktu menjalankan eksperimen yang

melibatkan mikroorganisma (sesetengah bakteria dan fungi adalah

berbahaya).

10.2.2 Kerja pengkulturan mikroorganisma berbahaya dan kultur sel haiwan

hendaklah dilakukan di dalam cabinet keselamatan biohazad (biohazard

safety cabinet).

Page 45: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

44

10.2.3 Kultur mikroorganisma dan sel haiwan perlu dinyahkuman (sterilized)

terlebih dahulu sebelum dibuang.

Rajah 10.2: Pertumbuhan bakteria di atas piring Petri media selektif

10.2.4 Dilarang membuka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma

berbahaya bagi mengelak berlakunya jangkitan.

10.2.5 Peti sejuk serta alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah

dibersihkan dan dinyahjangkit selalu.

10.2.6 Dilarang menyimpan bahan makan/minum di dalam peti sejuk.

10.2.7 Cuci tangan dengan bahan pencuci selepas eksperimen yang melibatkan

mikroorganisma.

Rajah 10.3: Tatacara cucian tangan dengan sempurna

Page 46: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

45

10.2.8 Maklumkan pegawai berkaitan jika berlaku tumpahan kultur

mikroorganisma.

10.2.9 Tutup tumpahan dengan tuala kertas yang dibasahkan dengan disinfektan.

Tumpahan dengan disinfektan dibiarkan selama 15 minit sebelum dibuang.

Pastikan tuala kertas tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahagian yang tercemar mesti dinyahkuman dengan antiseptik atau alkohol.

10.2.10 Sekiranya tumpahan mikroorganisma terkena pada kulit, basuh dengan

sabun dan air dengan segera. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.

10.2.11 Pelupusan sisa kultur dilakukan menggunakan kaedah pensterilan atau

diautoklafkan sebelum dikumpul dan dibuang ke rumah sisa.

Kumpulan Risiko Penjelasan

1 Terdiri daripada mikroorganisma yang mempunyai bahaya pada paras rendah yang mana tidak menyebabkan penyakit kepada manusia.

2 Terdiri daripada mikroorganisma berisiko sederhana yang memberi kesan bahaya kepada manusia secara umumnya. Tetapi risiko jangkitan yang serius masih dapat dikawal jika dikendalikan dengan betul.

3 Terdiri daripada mikroorganisma berisiko tinggi yang memberi kesan bahaya kepada manusia tetapi tidak merebak dari individu yang mengalami jangkitan kepada yang lain. Risiko jangkitan yang serius masih dapat dikurangkan dengan rawatan yang serius.

4 Terdiri daripada mikroorganisma berisiko tinggi yang memberi kesan bahaya kepada manusia. Jangkitan dari patogen berbahaya adalah merebak dari individu yang mengalami jangkitan kepada yang lain secara langsung atau tidak langsung.

Jadual 10.1: Penjelasan mikroorganisma mengikut kumpulan risiko berdasarkan kepada bahaya

jangkitan

10.3 Pengendalian Etidium Bromida

Rajah 10.4: Etidium Bromida (EtBr)

10.3.1 Etidium bromida merupakan karsinogenik dan mutagenik yang dapat

mengubah proses biologi DNA.

Page 47: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

46

10.3.2 Asingkan ruang kerja bagi kerja yang melibatkan bahan toksik ini dengan

membalut meja dengan aluminium foil.

10.3.3 Pastikan penggunaan radas/bahan yang melibatkan etidium bromide diletak

berasingan dengan radas makmal yang lain.

10.3.4 Pastikan sisa biologi genetik dicemari etidium bromida dimasukkan ke dalam

beg plastik atau tong biohazard untuk mengelakkan pencemaran. Kumpul

sebagai bahan toksik atau karsinogenik dan lupus mengikut pelupusan sisa

bahan kimia.

10.4 Agen Biologi (Haiwan/Serangga)

10.4.1 Sekiranya melibatkan spesimen biologi (haiwan) bukan jenis perosak yang

masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.

10.4.2 Spesimen yang tidak berbahaya dan telah dibedah hendaklah dikumpulkan

di kawasan berasingan dan kemudiannya ditanam.

10.4.3 Manakala, sekiranya melibatkan spesimen haiwan yang bahaya, sisa biologi

mestilah disteril ataupun dinyahkuman menggunakan autoklaf seperti

bangkai tikus, bahagian organ haiwan.

10.4.4 Pastikan sisa biologi dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang

sebagai bahan buangan domestik ke dalam tong khas (terkawal).

Page 48: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

47

BAB 11 PERATURAN PEMBUANGAN SISA MAKMAL

11.1 Kategori Sisa Makmal

11.1.1 Kategori sisa yang mungkin dihasilkan di makmal ialah:

a) Sisa cecair b) Sisa pepejal c) Botol bahan terpakai d) Serpihan kaca e) Logam

(Sila rujuk carta pengkelasan sisa di muka surat 9)

11.1.2 Bekas sisa patut disediakan di makmal bagi memudahkan pengurusan dan pengendalian sisa kimia. Bekas yang sedia ada di makmal boleh digunakan untuk jenis sisa seperti berikut:

BEKAS JENIS SISA

Botol wincester 2.5L/4L Carbuoy 20L/25L

Cecair

Beg plastic sampah Botol bahan terpakai

Tin kosong 18L bekas plastic mulut besar

Serpihan kaca dan peralatan kaca yang pecah/rosak

Platik tebal dan pengikat Bahan pepejal yang rosak termasuk botol bahan yang pecah,luput, tercemar

Page 49: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

48

CARTA PENGKELASAN SISA MAKMAL

Rajah 11.1: Carta Pengkelasan Sisa Makmal

SISA MAKMAL

PEPEJAL CECAIR

SERPIHAN PERALATAN KACA

ORGANIK TIDAK ORGANIK

BERHALOGEN TIDAK TBERHALOGEN

ASID/ALKALI RACUN BERLOGAM LAIN-LAIN

BEKAS TERCEMAR

BAHAN KIMIA

TERPAKAI

MENGHAKIS

PLASTIK

KACA

TOKSIK

LOGAM

MELETUP

REAKTIF MENGOKSIDA MERENGSA

Page 50: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

49

11.2 Peraturan Umum

11.2.1 Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan meja kerja

masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna lain. Sisa yang memudaratkan mestilah dibotolkan dan dilabelkan dengan baik.

11.2.2 Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia yang :

a. Terhasil dari ekperimen b. Tidak diketahui komposisinya c. Berlebihan (tersilap ambil dari kuantiti sepatutnya) d. Telah luput tarikh e. Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia

11.2.3 Bahan berikut tidak boleh dibuang ke dalam sink makmal.

a. Petroleum spirit b. Kalsium karbida c. Sebatian organik dari kumpulan hidrokarbon terhalogen

11.2.4 Semua sisa makmal yang tidak sesuai untuk dibuang ke dalam sink mestilah

dikumpul dan disimpan dalam bekas yang dikhaskan. Setiap pelajar yang menjanakan sisa makmal bertanggungjawab mengumpul bahan-bahan itu dan memberi maklumat yang perlu kepada kakitangan yang dipertanggungjawabkan.

11.2.5 Jenis-jenis sisa bahan kimia yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada

label berikut yang boleh diperolehi dari pegawai makmal.

Kategori Jenis Warna Label: a. Sisa Asid- Merah b. Sisa Alkali –Biru c. Sisa pelarut organic –Hijau d. Sisa pelarut bukan organic –Putih e. Sisa-sisa racun –Kuning

11.2.6 Pelarut organik yang tidak terlarut-campur dengan air pelarut dan pelarut-

pelarut yang mudah terbakar tidak boleh dibuang ke dalam sink atau longkang.

11.2.7 Sisa pelarut dan sisa kimia lain mestilah dikumpul secara berasingan

mengikut sifat fizikal dan kimia bahan. Sisa pelarut diasingkan kepada: a. Pelarut yang mudah terbakar b. Pelarut yang tidak mudah terbakar c. Pelarut terhalogen

11.2.8 Elakkan pencampuran sisa pelarut. Rujuk jadual 11.1 (Pengelasan Sisa-sisa

bahan kimia mengikut klasifikasi kumpulan oleh Kualiti Alam).

11.2.9 Sisa kloroform tidak boleh dicampur dengan sisa pelarut lain seperti sisa aseton kerana kloroform boleh bertindakbalas dengan cergas sehingga tidak terkawal.

Page 51: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

50

11.2.10 Sisa natrium tidak boleh dibuang ke dalam sink, tetapi mesti ditindakbalaskan sedikit demi sedikit dengan alkohol kering.

11.2.11 Pastikan hanya ¾ isipadu botol dipenuhi dengan sisa kimia.

11.2.12 Botol Winchester atau bekas mengandungi sisa mestilah dibasuh sekurang-

kurangnya dua kali dengan air sebelum dibuang.

11.2.13 Botol-botol yang telah penuh hendaklah dikumpulkan di ruang bergaris merah di belakang makmal masing-masing. Sila maklumkan kepada pegawai makmal apabila sisa-sisa bahan kimia tersebut sudah mempunyai kuantiti yang mencukupi untuk dipindahkan ke dalam setor penyimpanan sisa-sisa bahan kimia.

Jadual 11.2: Pengelasan Sisa-Sisa Bahan Kimia Mengikut Klasifikasi Kumpulan oleh

Kualiti Alam

Kumpulan Klasifikasi Kumpulan

A SISA MINYAK MINERAL Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamanya.

B SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU SULFUR > 1 % Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan pengubah arus (transformer) yang mengandungi printed circuit board dan seumpamanya.

C SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 % Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi < 50 % air dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.

H SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU SULFUR < 1 % Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun, epoksi dan seumpamanya.

K SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.

T SISA PESTISID Insecticide , fungus, weed killer, racun tikus dll.

X SISA TIDAK ORGANIK Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.

Z LAIN-LAIN Sisa perubatan, lab - packs, sisa abestos, enap cemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.

Page 52: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

51

11.3 Pengumpulan Sisa

11.3.1 Staf makmal hendaklah menghantar botol/bekas sisa ke stor sisa

11.3.2 Staf makmal hendaklah merekod segala penghantaran bahan sisa ke dalam buku log

yang disediakan di tempat pengumpulan.

11.4 Pelupusan Bahan Kimia

11.4.1 Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia yang :

a. Terhasil dari ekperimen

b. Tidak diketahui komposisinya

c. Berlebihan (tersilap ambil dari kuantiti sepatutnya)

d. Telah luput tarikh

e. Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia

11.4.2 Buang sisa kimia ke dalam botol yang sesuai (Rujuk MSDS). Sisa kimia tidak

dibenarkan dibuang ke dalam sinki atau tong sampah.

11.4.3 Dilarang mencampur atau mengumpul sisa-sisa kimia yang tidak

a. Serasi di dalam satu bekas

b. Rujuk Jadual 9.4: Klasifikasi Sisa Kimia (Kualiti Alam Sdn Bhd).

11.4.4 Pastikan hanya ¾ isipadu botol dipenuhi dengan sisa kimia.

11.4.5 Labelkan setiap botol sisa dengan maklumat berikut:

a. Nama sisa kimia

b. Klasifikasi sisa kimia (rujuk Jadual 9.4: Klasifikasi Sisa Kimia)

c. Tarikh sisa kimia dibotolkan

d. Nama pengguna (penjana sisa)

11.4.6 Sisa asid hidroklorik dan sebatiannya perlu disimpan di dalam botol plastik.

11.4.7 Sisa bahan sianida dan sebatiannya hendaklah dibotolkan berasingan.

11.4.8 Dilarang menyimpan botol sisa kimia di ruang tertutup (seperti dalam rak/laci meja

makmal) atau stor bahan kimia.

11.4.9 Sisa kimia perlu dipindah segera ke tempat pengumpulan sisa kimia dan dilabelkan

jenis sisa setiapnya (Rujuk Jadual 9.4: Klasifikasi Sisa Kimia).

Page 53: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

52

11.4.10 Percampuran sisa buangan kimia terjadual berpotensi mewujudkan pelbagai akibat dan

risiko bahaya.

11.4.11 Bahan sisa kimia akan dibungkus mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kontraktor yang

dilantik, seterusnya diangkut oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.

Jadual 11.3: Klasifikasi Sisa Kimia

KUMPULAN JENIS SISA

A Sisa Minyak Mineral

Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang

tercemar dengan minyak dan seumpamanya.

B Sisa Kimia Organik Mengandungi Halogen/Sulfur > 1 %

Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan

pengubah arus (transformer) yang mengandungi printed circuit board

dan seumpamanya.

C Sisa Pelarut Mengandungi Halogen/Sulfur < 1 %

Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilena dan

seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi <50 %

air dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.

H Sisa Kimia Organik Mengandungi Halogen/Sulfur < 1 %

Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun,

epoksi dan seumpamanya.

K Sisa Mengandungi Raksa

Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan

seumpamanya.

T Sisa Racun Serangga

Racun serangga, fungus, weed killer, racun tikus dan lain-lain.

X Sisa Tidak Organik

Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar

logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya

Z Lain-Lain

Sisa perubatan, lab - packs, sisa abestos, enap cemar mineral,

isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.

Page 54: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

53

12.1 Peraturan Makmal

12.1.1 Maklumkan dengan kadar segera sekiranya terdapat sebarang kemalangan

atau kecemasan di makmal.

12.1.2 Setiap individu bertanggungjawab untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital.

12.1.3 Prosedur sekiranya berlaku kemalangan:

a. Asingkan mangsa dari tempat kejadian b. Beri rawatan kecemasan dengan kadar segera c. Hubungi pihak pengurusan jabatan/pusat, pihak keselamatan dan

pusat kesihatan organisasi d. Kuarantinkan tempat kemalangan berlaku.

12.1.4 Segera menekan loceng kecemasan jika berlaku kebakaran.

12.1.5 Pastikan semua pengguna dan kakitangan keluar dengan kadar segera ke

tempat berkumpul.

12.1.6 Pastikan semua suis elektrik dan pintu makmal ditutup selepas memastikan semua orang keluar.

12.1.7 Berikan bantuan diri kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

12.1.8 Guna sarung tangan ketika menguruskan bahan yang tercemar dengan

darah.

12.1.9 Guna bahan peluntur (1/5 bahagian air) bagi membersihkan kawasan tercemar.

12.1.10 Semua bahan yang tercemar seperti sarung tangan, pakaian dan kain lap

hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat untuk pelupusan.

12.2 Kes dan Tindakan Ketika Kecemasan

12.2.1 Kes: Pitam atau Pengsan a. Longgarkan pakaian bagi memudahkan mangsa bernafas dengan baik

dan periksa nadi mangsa. b. Jika nadi berhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan kadar

segera serta dapatkan bantuan ambulans. c. Periksa tahap kesedaran mangsa berdasarkan bukaan mata, lisan dan

pergerakan mangsa. d. Berikan rawatan diri sekiranya terdapat sebarang luka pada mangsa. e. Siasat punca yang menyebabkan mangsa pitam atau pengsan. Contoh,

terhidu gas beracun. Laporkan dengan kadar segera sekiranya terdapat kebocoran gas.

BAB 12 PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS

Page 55: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

54

f. Hidukan mangsa dengan garam ammonia. Pastikan tiada sebarang benda memasuki mulut mangsa yang tidak sedar.

g. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan dan tutup badan mangsa dengan selimut.

h. Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa keadaan mangsa. Jika perlu, bawa mangsa berjumpa doktor.

12.2.2 Kes: Kejutan Elektrik a. Pastikan keadaan sekitar mangsa selamat. Kemudian, matikan suis serta

merta dan jauhkan mangsa daripada sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa perlindungan sehingga mangsa bebas daripada kejutan elektrik.

b. Hentikan arus elektrik daripada mangsa dengan menggunakan sebarang bahan penebat.

c. Pastikan mangsa berada di atas benda yang kering seperti kayu, getah atau kertas tebal (bahan penebat).

d. Periksa badan mangsa. Beri rawatan diri dengan kadaar segera jika terdapat lecuran pada badan mangsa dengan meletakkan kain steril di tempat yang melecur dan balut luka tersebut.

e. Sekiranya pernafasan mangsa terhenti, beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta merta.

12.2.3 Kes: Melecur atau Melepuh a. Tenangkan mangsa dan berikan pertolongan kecemasan dengan kadar

segera. Basuh luka lecuran atau lepuh dengan air secukupnya. Dapatkan rawatan doktor.

b. Jangan sapu sebarang losyen, minyak angin atau sebarang bahan kimia pada bahagian yang cedera.

c. Berikut adalah rawatan bagi kes lecuran dan lepuhan ringan:

Jadual 12.1: Kaedah Rawatan Bagi Kes Lecuran dan Lepuhan Ringan

Bahan Kimia Kaedah Rawatan

Asid Basuh luka dengan air yang banyak. Kemudian bilas dengan 1% larutan natrium bikarbonat dan basuh dengan air sekali lagi.

Alkali Langkah sama seperti asid tetapi dengan menggunakan 1% asid asetik.

Bromin Basuh luka dengan air yang banyak dan ammonia cair (1/15 bahagian air)

Natrium

Kalium

Rendam luka ke dalam air selama 20 minit. Kemudian keringkan dan tutup luka dengan kain kasa yang steril.

Fosforus Basuh luka dengan air yang banyak dan larutan 3% kuprum sulfat. Kemudian tutup luka dengan kain basah.

Page 56: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

55

12.2.4 Kes: Luka, Cedera dan Patah

a. Pastikan segala kotoran atau bendasing (seperti kaca) dikeluarkan dari

tempat cedera dan basuh di bawah aliran air.

b. Lap dengan kain kasa yang steril dan dapatkan rawatan doktor jika

perlu.

c. Jika berlaku pendarahan berlebihan, segera berikan bantuan kecemasan

untuk menghentikan pendarahan.

d. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka ditinggikan. Tekap luka

dengan kuat menggunakan kain bersih.

e. Jika ada anggota badan yang patah, pastikan mangsa tidak bergerak

kecuali terdapat ancaman kebakaran atau asap.

f. Jika mangsa perlu dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan

anduh atau usungan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

12.2.5 Kes: Kecederaan Mata

a. Kecederaan mata merupakan kes serius.

b. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan cucian mata atau

basuh dengan aliran air sehingga sakit reda. Jangan meneutralkan

bahagian mata dengan asid atau alkali. Pastikan mangsa tidak

menggosok mata yang dimasuki bahan kimia.

c. Sekiranya terdapat objek asing seperti kaca, jangan basuh dengan air

atau cuba mengeluarkannya.

d. Pastikan mata mangsa ditutup dengan kain kasa yang tebal dan lembut.

e. Hantar mangsa ke pusat rawatan dengan kadar segera.

12.2.6 Kes: Keracunan

a. Sekiranya mengalami keracunan di dalam mulut, ludahkan dengan

kadar segera dan berkumur dengan air yang banyak.

b. Jika tertelan benda beracun, pastikan jenis racun yang tertelan dan

minta bantuan pegawai bertauliah.

c. Jika mangsa keracunan sedar, berikan air atau susu serta merta.

Pastikan mangsa cuba memuntahkan semula benda beracun yang

tertelan.

d. Sekiranya berlaku keracunan melalui penyerapan kulit secara sentuhan,

buka dan basuh pakaian yang tercemar dengan sabun yang banyak.

Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

e. Jangan berikan sebarang penawar seperti alkali ke atas asid atau

sebaliknya.

f. Basuh tangan sebelum meninggalkan makmal.

12.2.7 Kes: Terhidu Gas Beracun

a. Jika berlaku kebocoran gas beracun, buka pintu dan tingkap di kawasan

makmal tersebut.

Page 57: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

56

b. Alihkan mangsa ke tempat bebas dari gas beracun atau tempat yang

selamat. Periksa saluran pernafasan mangsa agar tidak tersekat.

c. Jika pernafasan mangsa terhenti, beri bantuan pernafasan dengan alat

bantuan pernafasan. Jika nadi mangsa terhenti, berikan bantuan

pernafasan CPR.

d. Pernafasan terhenti berlaku disebabkan oleh terhidu gas beracun, asap,

tertelan bendasing, kejutan elektrik atau lemas.

12.2.8 Kes: Kebakaran Pakaian

a. Jangan sekali-kali berlari sekiranya kebakaran adalah besar. Gunakan

penyiram air kecemasan (anda perlu mengetahui kedudukan penyiram

ini). Jika tiada penyiram air kecemasan atau tiada siapa yang boleh

menolong, segera baring dan berguling di atas lantai.

b. Apakah pertolongan yang perlu diberikan kepada orang yang sedang

terbakar? Berikan pertolongan dengan kadar segera. Kelambatan dalam

memberikan pertolongan akan mengakibatkan kecederaan kepada

mangsa tersebut. Jika terdapat penyiram air kecemasan berhampiran,

bawa mangsa ke bawah penyiram dan menyiramnya. Jika tiada

penyiram air kecemasan, dua perkara penting perlu dilakukan:

a. Tundukkan mangsa kebakaran supaya api tidak merebak

ke mata dan terus ke dalam pernafasan

b. Gulingkan mangsa kebakaran di atas lantai atau

menutup api dengan pakaian tebal atau selimut.

12.2.9 Kes: Letupan

a. Langkah-langkah berikut perlu diambil dalam pengendalian bahan-

bahan letupan atau yang mungkin meletup.

a. Elakkan pengendalian bahan dalam bentuk kontang.

b. Elakkan penggunaan alatan yang boleh mencetuskan penyucuh

api. Guna kayu atau logam lembut seperti aluminium atau loyang.

c. Elakkan sebarang geseran dan pukulan.

d. Jangan menyimpan bahan letupan dalam botol yang tertutup

dengan penyumbat kaca atau skru.

e. Guna bahan letupan dalam kuantiti yang kecil.

f. Elakkan daripada memanaskan bahan letupan bersama bahan

pengoksida, atau bahan yang mudah terbakar.

g. Langkah-langkah yang wajar seperti penabiran, perisai muka,

cermin mata keselamatan, balutan leher dan sarung tangan,

mestilah digunakan.

b. Terdapat sebatian yang lengai tetapi dalam keadaan tertentu ia boleh

meletup, misalnya cecair udara atau oksigen bersama bahan organik,

walaupun sedikit, seperti sisa peninggalan dari cucian boleh

menghasilkan letupan.

Page 58: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

57

c. Contoh kumpulan sebatian yang boleh menjadi peletup adalah seperti

berikut:

Asetilida (-C=C-Logam)

Azida (-N-N=N)

Diazo (-N=N-)

Diazonium (-N=X-)

Fulminat (O=N=C)

Klorat (-ClO3)

Nitrat (-O-NO)

Nitrat (-O-NO2)

Nitro (-NO2)

Nitroso (-NO)

Oksida amina (N-O)

Ozonida (-O-O-)

Perasid (-C(O)COOH)

12.3 Laluan Kecemasan Makmal

12.3.1 Semasa berlakunya kemalangan, mangsa dinasihatkan agar tidak cemas dan

segera keluar melalui laluan kecemasan.

12.3.2 Penggunaan lif adalah dilarang sama sekali dan mangsa hendaklah

menggunakan tangga.

12.4 Bantuan Pernafasan Mulut ke Mulut (CPR)

12.4.1 Langkah-langkah bantuan pernafasan kaedah mulut ke mulut adalah seperti

berikut:

a. Buka laluan udara. b. Baringkan mangsa. Pastikan pakaian mangsa longgar. c. Pastikan lidah mangsa tidak menghalang laluan udara dengan

mendongakkan kepala mangsa. d. Periksa mulut mangsa untuk memastikan tiada sebarang benda

menghalang pernafasan jika mangsa tidak sedar. e. Sekiranya tiada sebarang degupan jantung, tekan tulang dada

mangsa dengan dua tangan secara pantas dengan kiraan 30. f. Berikan pernafasan CPR. Ulang empat kali atau sehingga mangsa

sedar. g. Bawa mangsa berjumpa doktor.

Page 59: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

58

BAB 13 PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DI LUAR WAKTU PEJABAT

13.1 Peraturan Umum

13.1.1 Pensyarah, pembantu makmal dan pelajar boleh terus bekerja (atau

keluar masuk bangunan) sehingga pukul 4.45 petang pada hari Ahad

hingga Khamis tanpa memerlukan surat kebenaran dari Fakulti.

13.1.2 Setiap pengguna makmal berdaftar yang bekerja selepas waktu pejabat

diwajibkan mengisi Borang Penggunaan Makmal luar waktu pejabat.

13.1.3 Semua pengguna tidak dibenarkan bekerja bersendirian.

13.2 Masa Penggunaan Makmal di Luar Waktu Pejabat

13.2.1 Masa penggunaan makmal adalah tertakluk seperti ketetapan berikut:

Jadual 13.1: Masa penggunaan makmal

Makmal Selepas Waktu

Pejabat

Cuti Umum

Makmal Pengajaran

Makmal

Penyelidikan

4:45 pm – 6.45 pm 9:00 am – 6.00 pm

13.2.2 Pelajar hanya dibenarkan bekerja selepas pukul 4.45 petang bagi hari

Ahad hingga Khamis atau pada hari-hari cuti am/umum setelah

mendapat kebenaran dari Pengurusan Makmal FBIM dan pengesahan

dari Penyelia/Pensyarah.

13.2.3 Pengawal keselamatan akan sentiasa membuat rondaan secara berkala

di sekitar bangunan dan makmal. Pelajar dan kakitangan yang bekerja di

luar waktu pejabat perlu menunjukkan bukti kebenaran penggunaan

makmal di luar waktu pejabat sekiranya di tanya oleh pengawal

keselamatan. Pintu-pintu utama makmal akan dikunci selepas pukul

4.45 petang pada hari Ahad-Khamis dan pada hari cuti umum.

13.2.4 Semua kakitangan dan pelajar di Fakulti perlu menggunakan pintu

utama sahaja untuk keluar masuk selepas waktu pejabat.

13.2.5 Pengawal keselamatan yang bertugas boleh meminta seseorang yang

keluar masuk bangunan mengenalkan diri (dengan menunjukkan slip

kebenaran/kad matrik) sekiranya orang itu dicurigai. Pemeriksaan ini

boleh dibuat pada bila-bila masa, selepas waktu pejabat.

13.2.6 Sumber-sumber bahaya perlu diberitahu kepada pengawal yang

bertugas apabila eksperimen dibiarkan berlanjutan selepas waktu

pejabat.

13.2.7 Penyelidikan boleh diteruskan hingga selepas waktu pejabat, dengan

syarat sekurang-kurangnya terdapat seorang lagi (dalam jarak

panggilan) dalam bangunan tersebut. Elakkan eksperimen yang

berbahaya di luar waktu pejabat.

Page 60: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

59

Page 61: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

60

Page 62: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

61

Page 63: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

62

Page 64: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

63

Rajah 13.1: Contoh borang permohonan penggunaan makmal di luar waktu pejabat

Page 65: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

64

13.3 Kecemasan

13.3.1 Berikut adalah nombor telefon kecemasan untuk dihubungi:

Jadual 13.2: Nombor telefon kecemasan

Bahagian No. Telefon

Hotline Kecemasan 999

Balai Polis Besut 09-695 6222

Balai Bomba Jerteh 09-690 6444

Hospital Besut 09-697 1200

Pejabat Keselamatan UniSZA Kampus Tembila 09-6993992

Pusat Kesihatan UniSZA, Kampus Tembila 012-7199435

Pejabat Fakulti 09-699 3431

13.3.2 Berikut adalah nombor telefon staf makmal untuk dihubungi:

Jadual 13.3: Nombor telefon staf makmal

Nama Staf No. Telefon

Roslan Arshad 019 9136281

Norhaslinda Haron 012 6620692

Siti Husna Zakaria 012 9834821

Noor Muzamil Mohamad 013 4884166

Rokiah Zainuddin 013 9136281

Noor Aida Aini Nawawi 0173872413

Syaidatul Najiah Zakaria 019 9047042

Athirah Hazwani Ali 010 5701870

Mohd Haziq Abdul Hamid 014 8695660

Faris Ilyamuddin Hamzah 013 6372017

Suziani Muda 019 4722583

Nor Afiza Yusoff 017 9519005

Sharifah Amirah Husna Tuan

Mazlam

014 5112535

Wan Nor Saidatul Aida Shazwa

Wan Rosli

014 8158687

Ahmad Zamri Yusoh 012 9542963

Mohd Faiz Mohamad 019 9541066

Mohamad Hafizi Mohamad Roni 019 9350886

Page 66: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

65

BAB 14 HAL-HAL LAIN

14.1 Bilangan peralatan dan radas yang beroperasi secara berpanjangan di luar waktu

pejabat mestilah diminimumkan bagi mengelakkan kemungkinan banjir dan

kebakaran.

14.2 Pelajar bertanggungjawab membersihkan meja kerja, sinki, peralatan dan alat-alat

yang digunakan.

14.3 Kakitangan makmal bertanggungjawab membersih meja kerja, sink, unit-unit di

bawah meja kerja, almari, peti sejuk, almari kebuk wasap dan alat radas yang

berkaitan.

14.4 Jika sesuatu eksperimen itu berbahaya, maka eksperimen itu perlu dibincangkan

dengan Ketua Pusat Pengajian berkenaan dan seterusnya memberitahu pegawai

pengawal keselamatan.

14.5 Pelajar perlu berhati-hati apabila bekerja dengan sampel biologi seperti darah,

urin, mikrob dan lain-lain, disebabkan bahaya dari jangkitan kuman-kuman

berbahaya.

Page 67: PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA

PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT UniSZA Modul Keselamatan Makmal

66

RUJUKAN

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994:

a. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penyataan Dasar Am

Keselamatan dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian), 1995.

b. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan), 1996.

c. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,

Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya), 1997.

d. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan

dan Kesihatan), 1997.

e. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan

Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan), 2000.

f. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pemberitahuan

Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit

Pekerjaan), 2004.

2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974:

a. Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

3. Akta Perkhidmatan Bomba, 1988.

4. Akta Kilang dan Jentera, 1967:

a. Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan

Pemeriksaan), 1970.

b. Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajukan),

1970.

c. Peraturan-Peraturan) Kilang dan Jentera (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan

Tak Berapi), 1970.

d. Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), 1989.

5. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984:

a. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986.

b. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988.