pusat pengajian biosains dan bioteknologi

95
Fakulti Sains dan Teknologi 79 PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI Pengenalan Ilmu biosains dan bioteknologi merupakan satu bidang biologi yang penting untuk mengkaji organisma hidup. Pemahaman di peringkat molekul, sel dan proses akan menjadikan bidang ilmu ini sebagai sumber utama pengetahuan bagi peningkatan tahap kesihatan manusia, peningkatan kualiti tanaman dan haiwan, pembangunan industri dan pemuliharaan alam sekitar. Program prasiswazah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi menawarkan ijazah yang distrukturkan kepada tujuh program; Bioinformatik, Biokimia, Genetik, Mikrobiologi, Bioteknologi Tumbuhan, Zoologi dan Bioteknologi dengan Pengurusan, yang bertujuan untuk membangunkan pemahaman yang kukuh tentang kejuruteraan gen, DNA, protein, metabolisme dan proses-proses sel, penjanaan organisma transgenik dan genomik. Penstrukturan kepada tujuh pengkhususan bertujuan untuk membekalkan graduan yang mempunyai kepakaran yang relevan dalam sub-bidang biologi yang terpilih. Set kepakaran terfokus ini akan membenarkan graduan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi berfungsi sebagai komponen kompeten dan penyumbang kepada pembangunan pengajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bioteknologi. Graduan yang lulus dari Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan memenuhi keperluan sumber daya manusia tahap dunia yang dapat menyokong akta biokeselamatan dan polisi bioteknologi kebangsaan. Objektif Objektif program prasiswazah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi ialah untuk melahirkan graduan yang: mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang biosains dan bioteknologi. memahami dan mampu menggunakan kaedah dan pendekatan sains. mampu mengintegrasi bidang pilihan ke dalam bidang sains yang luas. menguasai dan mampu menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam biosains dan bioteknologi bagi menerokai perbatasan sains dan teknologi. mahir berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif. cekap berkomunikasi, mahir menulis dan celik komputer. mampu memahami isu semasa masyarakat dan alam sekitar. Program Pengajian Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi menawarkan tujuh (7) program pengajian seperti tersenarai dibawah: Bioinformatik Biokimia Bioteknologi Tumbuhan

Upload: truongque

Post on 23-Dec-2016

266 views

Category:

Documents

3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 79

PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI Pengenalan Ilmu biosains dan bioteknologi merupakan satu bidang biologi yang penting untuk

mengkaji organisma hidup. Pemahaman di peringkat molekul, sel dan proses akan

menjadikan bidang ilmu ini sebagai sumber utama pengetahuan bagi peningkatan

tahap kesihatan manusia, peningkatan kualiti tanaman dan haiwan, pembangunan

industri dan pemuliharaan alam sekitar.

Program prasiswazah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi

menawarkan ijazah yang distrukturkan kepada tujuh program; Bioinformatik,

Biokimia, Genetik, Mikrobiologi, Bioteknologi Tumbuhan, Zoologi dan

Bioteknologi dengan Pengurusan, yang bertujuan untuk membangunkan

pemahaman yang kukuh tentang kejuruteraan gen, DNA, protein, metabolisme dan

proses-proses sel, penjanaan organisma transgenik dan genomik. Penstrukturan

kepada tujuh pengkhususan bertujuan untuk membekalkan graduan yang

mempunyai kepakaran yang relevan dalam sub-bidang biologi yang terpilih. Set

kepakaran terfokus ini akan membenarkan graduan Pusat Pengajian Biosains dan

Bioteknologi berfungsi sebagai komponen kompeten dan penyumbang kepada

pembangunan pengajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bioteknologi. Graduan

yang lulus dari Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan memenuhi

keperluan sumber daya manusia tahap dunia yang dapat menyokong akta

biokeselamatan dan polisi bioteknologi kebangsaan.

Objektif Objektif program prasiswazah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi ialah

untuk melahirkan graduan yang:

• mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang biosains dan

bioteknologi.

• memahami dan mampu menggunakan kaedah dan pendekatan sains.

• mampu mengintegrasi bidang pilihan ke dalam bidang sains yang luas.

• menguasai dan mampu menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam

biosains dan bioteknologi bagi menerokai perbatasan sains dan teknologi.

• mahir berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif.

• cekap berkomunikasi, mahir menulis dan celik komputer.

• mampu memahami isu semasa masyarakat dan alam sekitar.

Program Pengajian Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi menawarkan tujuh (7) program

pengajian seperti tersenarai dibawah:

• Bioinformatik

• Biokimia

• Bioteknologi Tumbuhan

Page 2: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

80 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

• Bioteknologi dengan Pengurusan

• Genetik

• Mikrobiologi

• Zoologi

PROGRAM BIOINFORMATIK

Pengenalan Bioinformatik iaitu satu disiplin yang menggabungkan bidang sains

pengkomputeran dan teknologi maklumat kepada permasalahan pengkomputeran

dalam bidang biosains dan bioteknologi. Ilmu bioinformatik membolehkan

pembangunan algoritma atau kejuruteran perisian dan seterusnya analisis serta

interpretasi data skala besar (big data) dalam biologi molekul. Data skala besar

yang diberi tumpuan oleh bidang bioinformatik adalah di dalam bidang biologi

molekul, khususnya analisis jujukan dan struktur makromolekul bagi pelbagai

tujuan termasuk penerokaan ilmu dalam era pasca-genomik dan juga penyelidikan

dan pembangunan dalam bidang genetik, vaksin, teknologi enzim dan ubatan baru

yang boleh mengarah kepada peningkatan mutu kesihatan dan kemakmuran

ekonomi.

Objektif Program Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan yang mantap

dalam bidang bioinformatik, kompeten dalam biologi pengkomputeran,

mempunyai kemahiran insaniah dan kesedaran terhadap kemajuan bidang

bioinformatik semasa, serta mampu mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai

disiplin berkaitan bagi pembangunan bioteknologi.

Hasil Pembelajaran Program HPP1 Mempunyai pengetahuan dan pemahaman konsep-konsep asas dalam

bidang bioinformatik.

HPP2 Mempunyai kemahiran bagi menganalisis data dan maklumat dan mampu

mengenalpasti serta menyelesaikan masalah bioinformatik serta

menyumbang kepada bidang-bidang sains berkaitan.

HPP3 Mampu mempraktik dan menyebarkan pengetahuan bidang bioinformatik

secara berkesan dan menjalankan penyelidikan secara berdikari, menguji

hipotesis serta mempunyai kemahiran analitikal dan berkreativiti.

HPP4 Mempunyai kemampuan bekerja secara berkumpulan dan mampu

berkomunikasi dengan berkesan.

HPP5 Bersedia untuk meneroka, mengurus maklumat dan menambah ilmu secara

berterusan.

HPP6 Bermoral, beretika dan bersikap professional.

HPP7 Memelihara dan menghormati kerahsiaan data dan hakcipta

HPP8 Memperolehi pendedahan kepada konsep keusahawanan dan kepimpinan.

Page 3: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 81

Struktur Program Bioinformatik

PERINGKAT KURSUS WAJIB KEPERLUAN TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK

1000 I ZE(2) STBP1013 STBP1033

STKK1233

STQM1713 STQP1013

ZT1052

HC 9118

19*

II ZE(2) STBP1023 STBP1043

STKK1243 TTTK1933

CMIE 1012

ZT1062

18*

2000 I

STBP2013 STBP2023 STBP2033 TTTR2943 TTTR2543

STAB2004 ZT2163

22*

II

STBP2022 STBP2032 STBC2023 TTTS2263 TTTS2023

STPD1113/ STPD2113

ZT2173

19*

3000 I STBC3023 TTTK2013 TTTR3923 STBC3992

STBC3442

3

16*

II

STBP3012 STBC3022 STBC3996

STPD(3)

13*

III STBC3886 6

Jumlah 4 12 58 18 6 3 12 8 121

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 4: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

82 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM BIOKIMIA Pengenalan Pengajian dalam biokimia membawa kepada pemahaman tentang molekul, tindak

balas dan interaksi yang terlibat dalam proses biologi pada peringkat sel dan

organisma. Program Biokimia memberi penekanan kepada analisis proses ini

dengan pendekatan molekul. Kursus disajikan dengan sebegitu rupa supaya pelajar

dapat menghayati kecanggihan misteri alam hidupan di peringkat molekul.

Objektif Program Untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

bidang biokimia diseimbangi aptitud intelek dan kesedaran etika untuk

menyumbang terhadap kemajuan bidang berkaitan dan berkhidmat kepada

masyarakat amnya.

Hasil Pembelajaran Program HPP1 Berkeupayaan memahami konsep utama biokimia, biologi molekul dan

bidang biosains molekul berkaitan

HPP 2 Mempunyai keupayaan memperolehi dan menggunakan kemahiran amali

dan kaedah biokimia, biologi molekul dan bidang biosains molekul

berkaitan

HPP3 Berkemampuan merekabentuk eksperimen, menganalisis dan interpretasi

data secara kritis

HPP4 Mempunyai kemahiran berkomunikasi secara saintifik dan berkebolehan

untuk berkerja secara berpasukan

HPP5 Berupaya mencari, memperolehi dan menggunakan maklumat kepustakaan

saintifik biokimia, biologi molekul dan bidang biosains molekul berkaitan

serta mempunyai kemahiran untuk pembelajaran berterusan

HPP6 Mempunyai kesedaran mengenai isu etika dan isu semasa dalam bidang

biokimia, biologi molekul dan bidang biosains molekul berkaitan

HPP7 Berkemampuan mewujudkan kesedaran isu keselamatan produk dan

prosidur yang berisiko terhadap kesihatan awam dan persekitaran

HPP 8 Mempunyai pendedahan kepada kemahiran keusahawanan dan pengurusan

HPP 9 Mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan

Page 5: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 83

Struktur Program Biokimia

PERINGKAT KURSUS WAJIB KEPERLUAN TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000 I ZE(2) STBP1013 STBP1033

STKK1503 2 ZT1052

HC9118

15

II ZE(2) STBP1043 STBP1023

STKK1702 STKK1103 STBP1902

STPD1113 CMIE 1012

ZT1062

22

2000 I

STBP2013 STBP2032 STBP2203 STBP2023 STBP2033

STAB2004 STPD2213/ STPD2023

ZT2163

24

II STBK2013 STBK2023 STBM2013 STBP2022 STBK2213

STKK2723 ZT2173

20

3000 I

STBK3013 STBK3992

STBK3442 STKK3713 3 13

II

STBP3012 STBK3322 STBK3996

3 13

III STBK3886 6

Jumlah 4 12 53 18 6 8 12 8 121

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 6: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

84 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM GENETIK

Genetik ialah bidang ilmu dan kajian mengenai gen dan peranannya dalam

menentukan fungsi, perkembangan, kewarisan dan evolusi di peringkat sel,

organisma dan populasi. Program genetik menggunakan pendekatan ilmu genetik

klasik dan molekul dengan memberi penekanan kepada kegunaannya dalam

perubatan, pertanian dan bioteknologi.

Objektif Program (OP) Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan asas yang

kukuh dan terkini dalam bidang genetik dan bioteknologi, kompeten dalam

kemahiran insaniah, prihatin terhadap persekitaran serta mampu menyumbang

kepada pembangunan negara dan dunia sejagat dengan menggunakan pendekatan

pelbagai disiplin.

Hasil Pembelajaran Program (HPP) HPP1 Menguasai bidang asas genetik serta disiplin yang berkaitan untuk

kemajuan diri dan masyarakat.

HPP2 Berkeupayaan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan asas

dalam bidang genetik sama ada secara individu atau berpasukan.

HPP3 Mempunyai pemahaman dalam bidang genetik untuk mengenalpasti serta

menyelesaikan masalah manusia dan persekitaran

HPP4 Berupaya berkomunikasi secara berkesan, berkepimpinan dan boleh

bekerjasama secara berkumpulan.

HPP5 Berupaya mengurus dan menyebarkan maklumat berkaitan genetik serta

meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan.

HPP6 Berupaya untuk mengamalkan ilmu genetik dengan beretika untuk

kesejahteraan masyarakat.

HPP7 Memahami kepentingan keseimbangan, pembangunan dan kelestarian

alam sekitar.

HPP8 Berupaya menggunakan teknologi saintifik, peralatan makmal, perkakasan

dan perisian komputer untuk penyelidikan dan pembelajaran

HPP9 Berupaya menceburi bidang keusahawanan menggunakan pengetahuan dan

latihan dalam bidang genetik.

Page 7: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 85

Struktur Program Genetik

PERINGKAT

KURSUS WAJIB

KURSUS TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000 I ZE(2) STPD2113

STBP1013 STBP1033

STKK1233 ZT1052

HC9118

16*

II STBP1043 STBP1023

STKK1243 STKK1032 STBP1902

3

CMIE 1012

ZT1062

20*

2000 I ZE(2) STBP2013 STBP2203 STBP2032 STBP2023 STBP2033

ZT2163 19*

II

STPD2213

STBP2022 STAB2303 STBG2012 STBG2022

STBP2113 ZT2173

18*

3000 I STAB3303 STBG3992 STAB3043

STBG3442 3 3 16*

II

STBP3012 STBG3013 STBT3103

/ STBZ3903 STBG3996

STAB3023 14*

III STBG3886 6*

Jumlah 10 12 55 11 6 6 12 8 120

ZE: Bahasa Inggeris; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 8: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

86 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM MIKROBIOLOGI

Pengenalan Mikrobiologi adalah cabang biologi yang memperihalkan kewujudan, peranan dan

kegunaan organisma mikroskopik seperti bakteria, kulat, virus, alga dan arkae.

Program mikrobiologi melengkapkan pemahaman pelajar mengenai kepelbagaian

mikroorganisma (bakteriologi, mikologi, virologi), pengendaliannya, aktiviti

mikrob di peringkat sel dan molekul serta hubungkait/saling tindak di antara

organisma. Kepentingan mikrob dalam bidang industri, persekitaran, perubatan,

ekologi, pertanian dan makanan dihuraikan. Mikrobiologi melibatkan dan

menyatukan bidang-bidang lain dalam biosains dan menjadi teras kepada

bioteknologi. Program ini berusaha untuk menghasilkan prasiswazah yang berilmu

dan berkeupayaan mengembangkan ilmu mikrobiologi untuk kesejahteraan

masyarakat.

Objektif Program Selain daripada yang disenaraikan di bawah objektif umum program Biosains dan

Bioteknologi, siswazah program Mikrobiologi akan mempunyai:

• Pengetahuan terkini dalam prinsip dan konsep mikrobiologi.

• Kemahiran dalam mengendalikan mikroorganisma.

• Kemahiran dalam kaedah mendapatkan maklumat dan pengetahuan

mikrobiologi daripada berbagai sumber termasuk penyelidikan di makmal dan

lapangan.

• Keupayaan dalam kemahiran insaniah.

• Keupayaan mengembangkan ilmu mikrobiologi untuk kesejahteraan

masyarakat.

• Keupayaan menceburi bidang penyelidikan dan alam pekerjaan dalam bidang

mikrobiologi dan bidang berkaitan.

Hasil Pembelajaran Program HPP1 Berupaya menggunakan ilmu dan prinsip asas biosains, bioteknologi serta

bidang yang berkaitan

HPP2 Berupaya menjalankan amali dan penyelidikan asas dalam bidang biosains

dan bioteknologi.

HPP3 Berupaya menggunakan ilmu mikrobiologi untuk mengenalpasti,

menganalisis dan menyelesaikan masalah.

HPP4 Berupaya berkomunikasi secara berkesan, berkepimpinan dan boleh

bekerjasama secara berkumpulan.

HPP5 Berupaya mengurus dan menyebarkan maklumat berkaitan mikrobiologi

serta meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan.

HPP6 Berupaya untuk mengamalkan ilmu mikrobiologi dengan beretika untuk

kesejahteraan masyarakat.

HPP7 Memahami kepentingan keseimbangan, pembangunan dan kelestarian

alam sekitar.

HPP8 Berupaya menggunakan teknologi saintifik, peralatan makmal, perkakasan

Page 9: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 87

dan perisisan computer untuk penyelidikan dan pembelajaran.

HPP9 Berupaya menceburi bidang keusahawanan menggunakan pengetahuan dan

latihan dalam bidang mikrobiologi.

Page 10: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

88 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Struktur Program Mikrobiologi

PERINGKAT KURSUS WAJIB KEPERLUAN TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000 I ZE(2) STBP1023 STBP1043

STBP1902 STKK1233

ZT1052

HC9118

15*

II ZE(2) STBP1013 STBP1033

STKK1243 STKK1032

CMIE 1012

ZT1062

17*

2000 I

STBP2022 STBM2013 STBM2023 STBM2012

STAB2004

ZT2163 17*

II STBP2013 STBP2203 STBP2023 STBP2033 STBP2032

STPD2113

ZT2173

20*

3000 I STBP3012 STBM3013 STBM3033 STBM3212 STBM3992

STBM3442 3 3 20*

II

STBM3012 STBM3223 STBM3023 STBM3996

STPD(3)

17*

III STBM3886 6*

Jumlah 4 12 60 18 3 3 12 8 120

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 11: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 89

PROGRAM BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN

Pengenalan Bidang bioteknologi tumbuhan menjurus kepada pembangunan kaedah untuk

penambahbaikan produk hasil tumbuhan bagi memenuhi keperluan dunia untuk

makanan, bahan mentah dan bahan api. Di samping sebagai sumber makanan,

tumbuhan juga membekalkan manusia dengan pelbagai bahan farmaseutikal dan

industri. Peningkatan populasi dunia membawa kepada peningkatan dalam

keperluan seharian. Melalui bidang bioteknologi tumbuhan, peningkatan kuantiti

penghasilan tanaman dan penghasilan ciri spesifik tumbuhan boleh di perolehi.

Dalam program ini, pelajar akan di dedahkan kepada ilmu dan teknik bioteknologi

tumbuhan dengan menekan aspek kultur tisu dan biologi molekul tumbuhan.

Objektif Program Untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam

bidang bioteknologi tumbuhan, mempunyai kesedaran terhadap peluang dan

kemajuan bidang bioteknologi tumbuhan serta mampu mengintegrasikan

pengetahuan dalam pelbagai disiplin berkaitan, kompeten dalam kemahiran

insaniah dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kemanusiaan.

Page 12: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

90 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Hasil Pembelajaran Program HPP1 Berkeupayaan memahami ilmu dan prinsip asas biosains, bioteknologi dan

bidang-bidang yang berkaitan.

HPP2 Berkeupayaan melakukan amali dan penyelidikan dalam bidang biosains

dan bioteknologi.

HPP3 Mampu menjalankan penyelidikan secara berdikari dan berinovatif,

menguji hipotesis, mengumpul dan merekod data serta menganalisis hasil

kajian.

HPP4 Mampu menyebarkan pengetahuan dengan tepat, padat, jelas, dengan

penuh keyakinan kepada masyarakat dalam bentuk penulisan atau visual.

HPP5 Bersedia untuk meneroka dan menimba ilmu secara berterusan.

HPP6 Menghayati nilai-nilai moral, sosial, etika profesional dan prihatin terhadap

persekitaran.

HPP7 Prihatin terhadap isu-isu kesihatan dan alam sekitar.

HPP8 Menguasai ilmu asas keusahawanan dan kepimpinan yang berkesan.

Page 13: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 91

Struktur Program Bioteknologi Tumbuhan

PERINGKAT KURSUS WAJIB KEPERLUAN TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000 I ZE(2) STBP1023 STBP1043

STBP1902 STKK1233

ZT1052

HC9118

15*

II ZE(2) STBP1013 STBP1033

STKK1243 STKK1032

CMIE 1012

ZT1062

17*

2000 I STBP2022 STBP2032 STBT2014 STAB2153

STPD1113/

STPD2113 STAB2004

ZT2163 21*

II STBP2023 STBP2033 STBP2013 STBP2203 STBT2012 STBT2023

STBC2023 ZT2173

23*

3000 I STBT3013 STBT3903 STBT3992

STBT3442 STAB2043

3 16*

II

STBM3223 STBT3996

STPD(3)

STAB3043 15*

III STBT3886 6*

Jumlah 4 12 55 21 6 3 12 8 121

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 14: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

92 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM BIOTEKNOLOGI DENGAN PENGURUSAN Pengenalan Bioteknologi ialah penggunaan kefahaman yang berteraskan biologi molekul

tentang sel, bagi penghasilan bahan tertentu dan proses untuk manfaat manusia dan

alam sekitar. Pengetahuan dan kemahiran bioteknologi dengan komponen asas

pengurusan akan memberi perspektif pengurusan dan pembangunan industri

bioteknologi. Dalam program ini, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu

teras bioteknologi, tetapi juga aspek asas pengurusan dan pemasaran. Dengan cara

ini, pelajar bioteknologi dengan pengurusan dibekalkan dengan ilmu dan

kemahiran yang memberikan mereka kemampuan untuk meneroka bidang

bioteknologi dan menembusi aspek perdagangan teknologi amnya, dan

perdagangan bioteknologi khususnya.

Objektif Program Untuk melahirkan siswazah yang berpengetahuan dalam bioteknologi dengan

pengurusan yang mantap, menyeluruh dan terkini, kompeten dalam kemahiran

insaniah, kesedaran terhadap persekitaran semulajadi serta boleh menyumbang

kepada pelbagai disiplin dalam memacu pembangunan negara dan sejagat.

Hasil Pembelajaran Program HPP1 Berkeupayaan memahami ilmu dan prinsip asas biosains, bioteknologi dan

pengurusan.

HPP2 Berkeupayaan melakukan amali dan penyelidikan dalam bidang biosains

dan bioteknologi.

HPP3 Mampu menjalankan penyelidikan secara berdikari dan berinovatif,

menguji hipotesis, mengumpul dan merekod data serta menganalisis hasil

kajian.

HPP4 Mampu menyebarkan pengetahuan dengan tepat, jelas dangan penuh

keyakinan kepada pelbagai pihak sama ada dalam bentuk penulisan dan

visual.

HPP5 Bersedia untuk meneroka dan menimba ilmu secara berterusan

HPP6 Menghayati nila-nilai moral, sosial, etika profesional dan prihatin terhadap

persekitaran.

HPP7 Prihatin terhadap isu-isu kesihatan dan alam sekitar.

HPP8 Menguasai ilmu asas keusahawanan dan kepimpinan yang berkesan.

Page 15: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 93

Struktur Program Bioteknologi dengan Pengurusan

PERINGKAT KURSUS WAJIB KEPERLUAN TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000 I ZE(2) STBP1013 STBP1033

EPPA2913 EPPM2903

STKK1233 ZT1052

HC9118

19*

II ZE(2) STBP1023 STBP1043

STKK1032 EPPM2913 EPPM2953

STKK1243 CMIE 1012

ZT1062

23*

2000 I STBP2013 STBP2203 STBP2023 STBP2033 EPPM2933 EPPM2943

STAB2004 ZT2163 25*

II STBP2113 STBP2022 EPPA2923 EPPM3323

STPD1113/ STPD2113

ZT2173

17*

3000 I EPPM2063 STBT3992

STBT3442 3 10*

II

STBM3023 STBT3103/ STBZ3903 STBT3996

STPD(3)

15*

III STBT3886 6*

Jumlah 4 12 60 18 6 3 12 8 123

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 16: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

94 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM ZOOLOGI

Zoologi adalah bidang ilmu dan kajian haiwan yang mencakupi aspek

kepelbagaian, fisiologi, perkembangan, biologi dan imunologi parasit, genetik

pemuliharaan dan bioteknologi. Program ini menggunakan pendekatan sel dan

molekul dan memberi penekanan kepada aspek zoologi gunaan.

Objektif Program (OP) Untuk melahirkan siswazah yang:

• Mahir dan mempunyai pengetahuan yang mantap serta terkini dalam bidang

zoologi. • Kompeten dalam kemahiran insaniah dan prihatin terhadap persekitaran. • Mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia sejagat

menggunakan pendekatan pelbagai disiplin.

Hasil Pembelajaran Program (HPP) HPP1 Berupaya menggunakan ilmu dan prinsip asas biosains, bioteknologi serta

bidang yang berkaitan.

HPP2 Berkeupayaan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan asas

dalam bidang zoologi sama ada secara individu atau berpasukan.

HPP3 Mempunyai pemahaman dalam bidang zoologi untuk mengenalpasti serta

menyelesaikan masalah manusia dan persekitaran pada pelbagai peringkat

dan budaya.

HPP4 Berupaya berkomunikasi secara berkesan, berkepimpinan dan boleh

bekerjasama secara berkumpulan.

HPP5 Berupaya mengurus dan menyebarkan maklumat berkaitan zoologi serta

meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan.

HPP6 Berupaya untuk mengamalkan ilmu zoologi dengan beretika untuk

kesejahteraan masyarakat.

HPP7 Memahami kepentingan keseimbangan, pembangunan dan kelestarian

alam sekitar.

HPP8 Berupaya menggunakan teknologi saintifik, peralatan makmal, perkakasan

dan perisian komputer untuk penyelidikan dan pembelajaran.

HPP9 Berupaya menceburi bidang keusahawanan menggunakan pengetahuan dan

latihan dalam bidang zoologi.

Page 17: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 95

Struktur Program Zoologi

PERINGKAT

KURSUS WAJIB

KURSUS TEKNIKAL DAN PILIHAN

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti (WF)

Wajib Pusat (WP)

Wajib Major (WM)

Wajib Teknikal

(WT)

Luar Pusat (LP)

Pilihan Bebas (PB)

Kursus Umum

KoK (UC)

1000

I ZE(2) STBP1023 STBP1043

STBP1902 STKK1233

ZT1052

HC9118

15*

II STPD2113 STBP1013 STBP1033

STKK1243 STKK1032

CMIE 1012

ZT1062

(2)

20*

2000 I ZE(2) STBP2022 STBZ2013 STBZ2023 STBM2013

STAB2004 STAB2214 ZT2163 20*

II STPD2213 STBP2013 STBP2203 STBP2032 STBP2023 STBP2033

3

ZT2173

23*

3000 I STBZ3013 STBZ3992 STAB2043

STBZ3442

14*

II

STBZ3023 STBZ3903 STBZ3996 STAB2223

STAB3222 17*

III STBZ3886 6*

Jumlah 10 12 58 12 6 3 12 8 121

ZE: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; KOK: Ko-Kurikulum

* bilangan unit tidak termasuk unit KoK

Page 18: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

96 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

LIPUTAN KURSUS

Program Pusat Pengajian

STBP1013 Asas Biologi Molekul

STBP1023 Biologi Sel

STBP1033 Genetik Am

STBP1043 Mikrobiologi Asas

STBP1902 Kepelbagaian Haiwan dan Tumbuhan

STBP2013 Biokimia

STBP2022 Pengekspresan Gen

STBP2023 Teknologi DNA Rekombinan I

STBP2032 Genetik Mikrob

STBP2033 Teknologi DNA Rekombinan II

STBP2113 Kultur Sel dan Tisu

STBP2203 Amali Biokimia I

STBP3012 Biologi Molekul

Program Bioinformatik STBC2023 Pengenalan Bioinformatik

STBC3023 Alatan Bioinformatik

STBC3442 Komunikasi Saintifik

STBC3022 Genomik

STBC3886 Latihan Industri

STBC3992 Latihan Ilmiah I

STBC3996 Latihan Ilmiah II

Program Biokimia STBK2013 Biokimia Klinik

STBK2023 Biokimia Lanjutan

STBK2213 Amali Biokimia II

STBK3013 Teknologi Enzim

STBK3322 Biopengisyaratan

STBK3442 Komunikasi Saintifik

STBK3886 Latihan Industri

STBK3992 Latihan Ilmiah I

STBK3996 Latihan Ilmiah II

Program Genetik STBG2012 Genetik Perkembangan

STBG2022 Genetik Kulat

STBG3013 Genetik Manusia dan Perubatan

STBG3442 Komunikasi Saintifik

STBG3886 Latihan Industri

STBG3992 Latihan Ilmiah I

STBG3996 Latihan Ilmiah II

Page 19: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 97

Program Mikrobiologi STBM2012 Bakteriologi

STBM2013 Imunologi

STBM2023 Mikrobiologi Patogen dan Diagnosis

STBM3012 Metabolisme Mikrob

STBM3013 Virologi

STBM3023 Fermentasi Industri

STBM3033 Mikrobiologi Persekitaran

STBM3212 Mikologi

STBM3223 Interaksi MikrobTumbuhan

STBM3442 Komunikasi Saintifik

STBM3886 Latihan Industri

STBM3992 Latihan Ilmiah I

STBM3996 Latihan Ilmiah II

Program Bioteknologi Tumbuhan STBT2012 Perkembangan Tumbuhan

STBT2014 Fisiologi Tumbuhan

STBT2023 Teknologi in vitro Tumbuhan

STBT3013 Biologi Molekul Tumbuhan

STBT3103 Bioteknologi Tumbuhan

STBT3903 Sumber Genetik Tumbuhan

STBT3442 Komunikasi Saintifik

STBT3886 Latihan Industri

STBT3992 Latihan Ilmiah I

STBT3996 Latihan Ilmiah II

Program Bioteknologi Dengan Pengurusan STBZ3903 Bioteknologi Haiwan

Program Zoologi

STBZ 2013 Fisiologi Haiwan

STBZ 2023 Biologi Perkembangan

STBZ 3013 Parasitologi

STBZ 3023 Endokrinologi

STBZ 3903 Bioteknologi Haiwan

STBZ 3442 Komunikasi Saintifik

STBZ 3886 Latihan Industri

STBZ 3992 Latihan Ilmiah I

STBZ 3996 Latihan Ilmiah II

Page 20: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

98 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Kursus yang ditawarkan untuk Pelajar Luar Pusat Pengajian dalam FST

STBP1013 Asas Biologi Molekul

STBP1023 Biologi Sel

STBP1033 Genetik Am

STBP1043 Mikrobiologi Asas

STBP1902 Kepelbagaian Haiwan dan Tumbuhan

STBP2013 Biokimia

STBP2032 Genetik Mikrob

STBG2022 Genetik Kulat

STBT2013 Fisiologi Tumbuhan

STBZ2013 Fisiologi Haiwan

• Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus wajib di Pusat

Pengajian(WP) lain yang bersesuaian sebagai LP.

• Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing

untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus LP.

Kursus Fakulti Ekonomi dan Perniagaan EPPA2913 Prinsip Perakaunan Perniagaan

EPPA2923 Analisis Penyata Kewangan

EPPM2063 Etika dan Tanggungjawab Sosial Korporat

EPPE2623 Ekonomi dan Pengurusan Alam Sekitar

EPPM2903 Prinsip Pengurusan Perniagaan

EPPM2913 Prinsip Pengurusan Organisasi

EPPM2923 Prinsip Pengurusan Sumber Manusia

EPPM2933 Asas Pengurusan Kewangan

EPPM2943 Pengurusan Pemasaran

EPPM2953 Prinsip Pemasaran

EPPM2963 Asas Insurans

EPPM3323 Penyelidikan Pemasaran

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

TTTK1933 Pengaturcaraan C++

TTTS2263 Sistem Pangkalan Data Biologi

TTTP3643 Visualisasi Maklumat

TTTR2943 Pengaturcaraan Permodelan Grafik Biologi

TTTR3923 Reka Bentuk Atur Cara dalam Penyelesaian Masalah Biologi

Page 21: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 99

SINOPSIS KURSUS DAN BACAAN ASAS PUSAT PENGAJIAN

STBP1013 Asas Biologi Molekul Kepelbagaian sel dalam suatu organisma ditentukan oleh kod am yang terkandung

dalam molekul DNA. Kod ini dibaca, diukur dan ditafsirkan melalui sumbangan

saintis dari pelbagai bidang termasuk kimia, biologi sel dan molekul. Kursus ini

memberi penekanan terhadap struktur dan sifat-sifat biologi makromolekul dengan

tumpuan kepada asid nukleik dan protein. Sebahagian besar kursus ini akan

membincangkan proses sel seperti replikasi, transkripsi dan biosintesis protein.

Bagaimana inovasi teknologi dalam bidang biologi sel dan molekul seperti

mikroskopi, kaedah pemisahan dan penjujukan menyumbang terhadap pemahaman

lebih mendalam mengenai struktur dan fungsi makromolekul diketengahkan.

Kursus ini memperkenalkan topik terpilih mengenai DNA rekombinan dan aplikasi

dalam biosains dan bioteknologi. Sesi tutoran dijalankan untuk membantu

pemahaman bahan kuliah.

Bacaan Asas Ausubel, F.M. 1987. Current protocols in molecular biology. New York: John

Wiley & Sons.

Hacket, P.B., Fuchs, J.A. & Messing, J.W. 1984. An introduction to recombinant

DNA techniques. Redwood City, California: Benjamin/Cummings Publ., Co.

Ltd.

Karp, G. 1996. Cell and molecular biology: concepts and experiments. Singapore:

John Wiley & Sons, Inc.

Lodish, H., Baltimore, D., Berk, A., Zipursky, S.L., Matsudaira, P. & Darnell, J.

1995. Molecular cell biology. Scientific American Books. San Francisco: W.

H. Freeman.

Snustad, D. P. & Simmons, M. J. 1999. Principles of genetics. New York: John

Wiley & Sons.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami struktur, organisasi dan ciri-ciri bahan genetik di dalam sel

HPK2 Memahami faktor mempengaruhi struktur dan kaedah pemisahan

makromolekul

HPK3 Memahami prinsip dan mekanisme proses replikasi DNA di dalam

HPK4 Memahami konsep dan proses rekombinasi DNA di dalam

HPK5 Memahami proses transkripsi dan pasca-transkripsi dalam prokariot

HPK6 Memahami proses biosintesis protein dalam prokariot.

HPK7 Memahami konsep asas teknologi DNA rekombinan dan aplikasinya

STBP1023 Biologi Sel Kepelbagaian sel dalam suatu organisma ditentukan oleh kod am yang terkandung

dalam molekul DNA. Kod ini dibaca, diukur dan ditafsirkan melalui sumbangan

Page 22: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

100 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

saintis dari pelbagai bidang termasuk kimia, biologi sel dan molekul. Kursus ini

memberi penekanan terhadap struktur dan sifat-sifat biologi makromolekul dengan

tumpuan kepada asid nukleik dan protein. Sebahagian besar kursus ini akan

membincangkan proses sel seperti replikasi, transkripsi dan biosintesis protein.

Bagaimana inovasi teknologi dalam bidang biologi sel dan molekul seperti

mikroskopi, kaedah pemisahan dan penjujukan menyumbang terhadap pemahaman

lebih mendalam mengenai struktur dan fungsi makromolekul diketengahkan.

Kursus ini memperkenalkan topik terpilih mengenai DNA rekombinan dan aplikasi

dalam biosains dan bioteknologi. Sesi tutoran dijalankan untuk membantu

pemahaman bahan kuliah.

Bacaan Asas Alberts, B., Johnson, A., Lewis, J., Raff, M., Roberts, K. & Walter, P. 2002.

Molecular biology of the cell. 4th Edition. New York: Garland Science.

Boyer, R.F. 1999. Concepts in biochemistry. Pacific Grove, California:

Brooks/Cole Publishing Company.

Karp, G. 2002. Cell and molecular biology: Concepts and experiments. 3rd

Edition. New York: John Wiley & Sons Inc.

Nelson, D.L. & Cox, M.M. 2006. Lehninger principles of biochemistry. 4th

Edition. New York: W.H. Freeman.

S. Voet, D., Voet, J.G. & Pratt, P.W. 1999. Fundamentals of biochemistry. New

York: John Wiley & Sons Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami hubungan struktur dan fungsi pelbagai organel

dan komponen subsel lain

HPK2 Berkebolehan memahami prinsip dan mekanisme penimbalan dan

peranannya dengan proses fisiologi penting termasuk pengangkutan

merentasi membrane dan homeostasis asid-bes

HPK3 Berkebolehan menghayati asas kimia kehidupan berdasarkan korelasi

antara struktur biomolekul seperti protein, polisakarida dan lipid dengan

sifat fizik kimia dan fungsi biologi masing-masing

HPK4 Berkebolehan untuk memahami ciri-ciri pemangkinan dan kinetik enzim

tindak balas unisubstrat serta kepentingan isoenzim dan koenzim dalam

tindak balas

HPK5 Berupaya menghayati dan memahami bagaimana metabolisme karbohidrat

dan lipid digunakan untuk menjanakan ATP dalam sistem haiwan

STBP1033 Genetik Am Kursus ini membincangkan struktur dan kelakuan kromosom sebagai bahan

pewarisan serta aberasi kromosom; prinsip pewarisan Mendel dan kaitannya

dengan meiosis; salingtindak gen yang mengubah corak pewarisan Mendel;

penentuan seks dan corak pewarisan berkaitan dengan seks. Kursus ini juga

membincangkan tentang corak pewarisan sitoplasma, poligen dan kuantitatif,

biakbaka dalam dan heterosis serta genetik populasi dan evolusi.

Page 23: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 101

Bacaan Asas Brooker, R.J. 2005. Genetics Analysis & Principles .2

nd Edition. New York :

McGraw Hill. Russell, P.J. 1999. Fundamentals Of Genetics. New York: Harper Collins.

Russell, P.J. 2006. iGenetics.2nd

Edition .New York.Pearson. Snustad, D.P.and M.J. Simmons 2010. Principles of Genetics . 5

th Edition.

Spencer, C.A. 2007. Essentials of Genetics. 6th Edition. New York: Pearson

Education.

Suzuki, D.T., Griffiths, A.J.F., Miller, H.H. & Lewontin, R.C. 2005. An

Introduction To Genetic Analysis. 8th Edition. New York: Freeman & Co.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami dan mengguna pengetahuan mengenai prinsip

pewarisan Mendel

HPK2 Berkebolehan menggunapakai rumus genetik asas dan analisis statistik

yang berkaitan.

HPK3 Berkebolehan memahami aplikasi teknik-teknik yang berkaitan pewarisan

dalam organisma model

HPK4 Berkebolehan untuk memahami dan menggunapakai pengetahuan

berkaitan pewarisan nukleus dan luar nucleus

HPK5 Berupaya memahami dan menggunapakai pengetahuan genetik pada tahap

populasi

HPK6 Berkebolehan menggunapakai ilmu pengetahuan asas genetik dalam

penyelesaian masalah yang berkaitan

STBP1043 Mikrobiologi Asas Kursus ini akan memberikan pemahaman yang meluas kepada pelajar mengenai

alam mikrob. Pelajar akan diberi penerangan tentang sejarah ringkas era emas

mikrobiologi. Kursus ini juga mencakupi ciri-ciri sel prokariot dan eukariot, proses

pertumbuhan dan pengkulturan bakteria. Kursus ini membolehkan pelajar

mempelajari pengkelasan dan pencirian pelbagai kumpulan mikrob seperti

bakteria, virus, dan kulat. Aspek-aspek pensterilan, terapi antimikrob, proses

penyakit, dan epidemiologi juga akan dibincangkan. Sistem pertahanan spesifik

dan tidak spesifik tubuh manusia terhadap serangan mikrob turut dibincangkan.

Aspek persekitaran akan meliputi fungsi mikrob di dalam alam sekitar. Para pelajar

juga akan melalui latihan amali yang menekankan teknik aseptik, pemencilan

kultur tulen, dan juga pengenalpastian mikrob.

Bacaan Asas

Tortora, G.J., Funke, B.R. & Case, C.L. 2007. Microbiology: An introduction. 9th

Edition. San Franscisco, California: The Benjamin Cummings.

Black, J.G. 2005. Microbiology: Principles and explorations, 6th

Edition. John

Wiley & Sons, Inc.

Ingraham, J.L. & Ingraham, C.A. 2004. An introduction to microbiology: A case

Page 24: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

102 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

history approach. 3rd

Edition. Brooks/Cole-Thompson Learning. California:

Pacific Grove.

Brock, T.D., Madigan, M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 2003. Biology of

microorganisms. 10th

Edition. New Jersey: Prentice Hall Englewood Cliffs.

Pollack, R.A., Findlay, L., Mondschein, W. & Modesto, R.R. 2002. Laboratory

exercises in microbiology. John Wiley & Sons, Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami dan boleh membezakan ciri-ciri bakteria, kulat

dan virus

HPK2 Berkebolehan memahami konsep asas mikrobiologi

HPK3 Berkemahiran dalam teknik mikrobiologi asas

HPK4 Berkebolehan memahami mekanisme pertahanan tak spesifik dan spesifik

perumah

HPK5 Berkebolehan memahami beberapa penyakit manusia

HPK6 Berkebolehan memahami peranan mikroorganisma dalam persekitaran dan

penggunaannya dalam industri

STBP1092 Kepelbagaian Haiwan dan Tumbuhan Kursus ini membincang kepelbagaian hidupan dengan memberi penekanan kepada

haiwan dan tumbuhan. Bagi haiwan perbincangan akan menitikberatkan aspek

kepelbagaian morfologi, fungsi ekologi dan taksonomi hidupan haiwan termasuk

invetebrat dan vetebrat terrestrial dan akuatik. Bagi tumbuhan pula penekanan yang

lebih akan diberikan kepada ciri-ciri morfologi dan pembiakan sesuatu kumpulan

tumbuhan serta ke atas evolusi di antara kumpulan–kumpulan tersebut.

Bacaan Asas Barnes, R.D. & Ruppert, E.E. 1994. Invertebrate Zoology. New York: Saunders

College Publishing.

Berg, L.R. 1997. Introductory Botany: Plants, People And The Environment. New

York: Saunders College Publishing.

Page 25: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 103

Hickman, C.P., Roberts, L.S. & Larson, A. 1993. Integrated Principles Of Zoology.

Boston: C.V. Mosby Co.

Moore, R., Clark, W.D. & Stern, K.K.R. 1995. Botany. Boston: Wm.C. Brown

Publishers.

Tobin, A.J. & Dushek, J. 1998. Asking About Life. New York: Saunders College

Publishing.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami konsep asas dalam kepelbagaian haiwan dan

tumbuhan.

HPK2 Berkebolehan memahami proses-proses terlibat dalam kepelbagaian

haiwan dan tumbuhan.

HPK3 Berkebolehan memahami tentang pendekatan eksperimen yang

digunapakai bagi menyelesaikan permasalahan dalam kepelbagaian haiwan

dan tumbuhan.

HPK4 Berupaya menjalankan dan mengintrepretasi hasil eksperimen dalam

kepelbagaian haiwan dan tumbuhan.

HPK5 Berkebolehan mengaplikasikan ilmu kepelbagaian haiwan dan tumbuhan

untuk perkembangan bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu zoologi

dan botani.

STBP2203 Amali Biokimia I

Eksperimen yang dilakukan di dalam kursus ini merangkumi kaedah asas yang

penting dalam teknik-teknik biokimia seperti pengemparan biomolekul,

pengukuran pH, penyediaan penimbal serta pengukuran kuantitatif sebatian

biokimia menggunakan kaedah spektrofotometri. Prinsip biokimia dalam kaedah

pengasingan makromolekul seperti kromatografi dan elektroforesis juga

dibincangkan. Kuliah dan tutorial post-mortem diberikan untuk memantap prinsip

teori amali yang dijalankan.

Bacaan Asas Boyer, R.F. 1993. Modern experimental biochemistry. New York: Addison-

Wesley.

Farell, S.O. & Taylor, L.E. 2006. Experiment in biochemistry: a hands-on

approach. 2nd Edition. Belmont, CA USA:Thomas Brooks/Cole.

Campbell, M.K. 1995. Biochemistry. 2nd Edition. USA: Saunders College

Publication.

Plummer, D.T. 1987. Terjemahan Halimah A. Sani. Pengenalan biokimia amali.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boyer, R.F. 2006. Biochemistry laboratory: modern theories and techniques. San

Francisco, CA, USA: Benjamin Cummings.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami prinsip pH dan penimbalan, spektrofotometri,

Page 26: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

104 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

kromatografi, pengasaian dan kinetik enzim.

HPK2 Berkebolehan memperolehi kemahiran untuk analisis pH dan penimbal,

pengasaian enzim, penentuan dan pemfraksian protein serta bekerja secara

berkumpulan.

HPK3 Berkebolehan melakukan hitungan biokimia asas untuk pH dan penimbal,

pemfraksian protein, pengasaian dan kinetik enzim.

HPK4 Berupaya untuk menganalisis and menginterpretasikan data eksperimen

HPK5 Berupaya menyampai dan menerangkan hasil eksperimen secara tepat

dalam bentuk laporan amali

STBP2013 Biokimia (PRASYARAT: STBP1023 Biologi Sel)

Objektif utama kursus ini ialah untuk memberikan pemahaman mengenai proses-

proses biokimia dalm sel sebagai komponen penting hidupan. Metabolisme

karbohidrat, lipid, dan protein akan dibincangkan secara mendalam dengan

penekanan terhadap peranan hormon serta mekanisme pengaturan berkaitan dalam

proses-proses tersebut. Teori dan mekanisme penjanaan ATP melalui pemfosfatan

oksidatif dan fotopemfosfatan, yang berperanan utama dalam metabolisme tenaga,

akan dibincangkan secara terperinci. Mekanisme dan kinetik pemangkinan enzim

yang merupakan asas untuk pemahaman fenomena biologi juga akan dibincang.

Bacaan Asas

Campbell, M.K., & Farrell S.O. 2006. Biochemistry. 5th

Edition. Belmont:

Thomson Brooks/Cole

Garret,R. & Grisham, C. 2004. Biochemistry. 3rd

Edition. Belmont: Thomson

Brooks/Cole

Karp, G. 2002. Cell and molecular biology: concepts and experiment. 3rd

Edition.

New York: John Wiley & Sons Inc.

Nelson, D.L. & Cox, M.M. 2006. Lehninger principles of biochemistry. 4th

Edition.

New York: Worth Publishers.

Voet, D. & Voet, J.G. 2004. Biochemistry. 3rd

Edition. New York: John Wiley &

Sons Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami jenis tindak balas kimia yang terlibat dalam

pemangkinan enzim dan kinetik perencatan enzim

HPK2 Berkebolehan memahami prinsip pengaturan metabolisme dan biosintesis

glukosa dan glikogen serta kawalan metabolisme karbohidrat

HPK3 Berupaya memahami metabolisme lipid termasuk penghadaman dan

penyerapan lipid serta pengaturan biosintesis asid lemak, triasilgliserol dan

kolesterol

HPK4 Berupaya memahami metabolisme nitrogen dan asid amino termasuk

Page 27: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 105

pengikatan nitrogen dan asimilasi nitrat serta biosintesis dan degradasi asid

amino

HPK5 Berupaya memahami integrasi metabolisme tenaga dan pengkhususan

organ

HPK6 Berupaya memahami fotosintesis termasuk tindak balas cahaya, pengikatan

karbon dioksida dan sintesis kanji dan sukrosa – Topik 5

STBP2022 Pengekspresan Gen (PRASYARAT: STBP1013 Fundamentals in Molecular Biology)

Kursus ini membincangkan proses molekul yang berkaitan dengan pengekspresan

gen dan pengaturannya dalam organisma khususnya eukariot. Kesamaan dan

perbezaan dalam organisasi gen dan pengaturan pengekspresan gen di antara

kedua-dua organisma prokariot dan eukariot turut disampaikan. Perbincangan juga

akan tertumpu pada faktor pengawalatur yang terlibat dalam pengekspresan gen

serta mekanisma-mekanisma pengawalaturan masing-masing. Para pelajar akan

meneliti pengekspresan gen dengan lebih terperinci menerusi topik proses

transkripsi, modifikasi pasca-transkripsi dan translasi. Kursus ini akan

membincangkan pelbagai faktor luaran (seperti pH, suhu, tekanan garam, tahap O2

dan HPK2) dan dalaman (seperti hormone dan perubahan pH dan suhu dalaman)

yang mengawalatur proses pengekspresan gen. Konsep operon, mekanisme

pengawalaturan positif dan negative, perencatan katabolit, serta peranan yang

dimainkan oleh faktor-faktor transkripsi, faktor pengawalatur (perencat dan

pengaktif ), dan faktor-faktor sampingan akan dibincang dengan lebih mendalam

dalam kursus ini dengan menggunakan organisma eukariot sebagai model.

Bacaan Asas Lewin, B. 2004. Genes VIII. International Edition. Pearson Prentice Hall.

Weaver, R.F. 2008. Molecular Biology. 5th

Edition. McGraw Hill.

Watson, J.D., Baker, T.A., Bell, S.P., Gann, A., Levine, M. & Losick, R. 2008.

Molecular biology of the gene. 7th

Edition. Pearson Benjamin Cummings.

Snustad & Simmons. 2003. Principles of Genetics. New York: John Wiley &

Sons.

Sambrook, J., Fritsch, E. E. & Maniatis, T. 1989. Molecular cloning: a laboratory

manual. New York: Cold Spring Harbour.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami konsep dan organisasi gen dalam prokariot dan eukariot

HPK2 Berkeupayaan memahami proses transkripsi, modifikasi pasca-transkripsi

dan translasi dalam eukariot serta perbezaannya dengan prokariot

HPK3 Berkeupayaan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi

pengekspresan dan pengawalaturan gen dalam eukariot

HPK4 Berkeupayaan memahami mekanisme pengawalaturan pengekspresan gen

dalam eukariot

HPK5 Mampu memahami perbezaan dalam pengawalaturan dan pengekspresan

gen bagi prokariot dan eukariot

Page 28: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

106 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

STBP2023 Teknologi DNA Rekombinan I Kursus ini merupakan kursus amali biologi molekul. Penekanan adalah terhadap

kaedah umum dalam biologi molekul seperti analisis peta penyekatan dan

penghibridan Southern. Kursus ini mengandungi komponen amali dan kuliah di

mana amali dilakukan secara projek mini dan meliputi aspek-aspek berikut:

pemencilan plasmid, penyediaan peta penyekatan dan analisis Southern.

Bacaan Asas Hacket, P.B., Fuchs, J.A. & Messing, J.W. 1984. An introduction to recombinant

DNA techniques. Redwood City, California: Benjamin/Cummings Publ., Co.

Ltd.

Karp, G. 1996. Cell and molecular biology: Concepts and experiments. Singapore:

John Wiley & Sons, Inc.

Lodish, H., Baltimore, D., Berk, A., Zipursky, S.L., Matsudaira, P. & Darnell, J.

1995. Molecular cell biology. Scientific American Books. San Francisco: W.H.

Freeman.

Sambrook, J., Fritsch, E.E. & Maniatis, T. 1989. Molecular cloning: a laboratory

manual. New York: Cold Spring Harbour.

Snudstand, D.P. & Simmons, M.J. 1999. Principles of genetics. New York: John

Wiley & Sons.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami prinsip dalam pemencilan plasmid

HPK2 Berkebolehan untuk melakukan pemencilan plasmid daripada bakteria

rekombinan

HPK3 Memahami prinsip dan penggunaan enzim

HPK4 Berkebolehan menggunakan enzim penyekat untuk membina peta

penyekat

HPK5 Memahami prinsip penglabelan prob dan pemblotan Southern

HPK6 Berkebolehan untuk melakukan pemblotan Southern dan analisis berkaitan

HPK7 Berkebolehan menggunakan peralatan asas dalam TDR.

STBP2033 Teknologi DNA Rekombinan II Kursus ini adalah lanjutan kursus Teknologi DNA Rekombinan I. Dalam kursus

ini, penekanan diberikan kepada aspek pengklonan dan penyaringan. Komponen

amali dalam kursus ini akan dilakukan sebagai suatu projek berterusan sepanjang

kursus yang mencakupi kaedah penyediaan DNA selitan serta vektor pengklonan,

ligasi DNA selitan dan vektor pengklonan, penyediaan sel kompeten, transformasi

dan penyaringan klon rekombinan. Kuliah bagi topik-topik yang berkaitan akan

turut diberikan bagi membantu pemahaman pelajar dalam kerja-kerja makmal.

Page 29: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 107

Bacaan Asas Ausubel, F.M. 1987. Current protocols in molecular biology. New York: John

Wiley & Sons.

Glover, D.M.1983. Gene cloning: Mechanisms of DNA manipulation. London:

Chapman & Hall Ltd

Old, R.W. & Primrose, S.B. 1989. Principles of gene manipulation. Oxford:

Blackwell.

Sambrook, J., Fritsch, E.E. & Maniatis, T. 1989. Molecular cloning: a laboratory

manual. New York: Cold Spring Harbour.

Watson, J.D., Gilman, M., Witkowski, J. & Zoller, M. 1972. Recombinant DNA.

New York: W.H. Freeman.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami prinsip dalam pengklonan DNA

HPK2 Berkeupayaan melakukan pengklonan DNA

HPK3 Berkebolehan melakukan penyaringan sel rekombinan

HPK4 Memahami prinsip penjujukan DNA dan analisis jujukan DNA

HPK5 Berkebolehan menggunakan peralatan dalam penyelidikan biologi molekul

STBP2032 Genetik Mikrob (PRASYARAT: STBP1013 Fundamentals of Molecular Biology,

STBP1043 Fundamentals of Microbiology)

Kursus ini membincangkan ciri-ciri asas bahan-bahan genetik dalam organisma

mikrob, proses pemencilan mutan dan mutagenesis, jenis-jenis bakteriofaj dan

plasmid, pemindahan plasmid dan DNA bakteria, dan pemetaan gen dan

kromosom. Pelajar juga akan didedahkan kepada amali-amali yang berkaitan

dengan mutasi, pemindahan plasmid melalui konjugasi dan pencirian sifat

kerintangan bakteria kepada antibiotik. Pemahaman konsep genetik bakteria, faj

dan plasmid akan menyokong kandungan kursus seperti Teknologi DNA

Rekombinan dan Biologi Molekul.

Page 30: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Bacaan Asas Krebs J. E., Goldstein E. S. & Kilpatrick S. T. 2011. Lewin’s Genes X. London,

UK: Jones and Bartlett International.

Madigan, M.T., Martinko, J.M., Stahl D. & Clark D. P. 2006. Brock’s Biology of

Microorganisms. 13th

Edition. Singapore: Simon and Schuster Asia Pte Ltd.

Snyder, L. & Champness, W. 2007. Molecular Genetics of Bacteria. Washington:

American Society for Microbiology.

Streips, U. N. & Yasbin, R. E. 2002. Modern Microbial Genetics 2nd

Edition. New

York: John Wiley & Sons, Inc.

Trun, N. & Trempy, J. 2004. Fundamental Bacterial Genetics. Oxford, UK:

Blackwell Science.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan menjelaskan asas dan mekanisme tindakan bakteriofaj dan

plasmid.

HPK2 Berkebolehan menggunapakai ilmu pengetahuan dan teknik-teknik untuk

memerhatikan fenomena yang berkait dengan bakteriofaj dan plasmid.

HPK3 Berkebolehan membincangkan proses pemindahan bahan genetik daripada

satu bakterium ke bakterium lain.

HPK4 Berkebolehan memetakan kedudukan gen-gen dalam genom bakteria.

HPK5 Berkebolehan menghayati perkaitan di antara proses mutagenesis dan agen

penyebab (mutagen) serta proses pembaikpulihan.

STBP2113 Kultur Sel dan Tisu Dalam kursus ini dibincangkan tentang prinsip-prinsip pengkulturan sel dan tisu

yang diambil daripada tumbuhan dan haiwan secara in vitro. Kursus ini meliputi

pengenalan kepada jenis-jenis kultur sel dan tisu serta kaedah-kaedah penyediaan

(termasuk protoplas tumbuhan) dan pemeliharaannya. Di samping itu keperluan

fizikal, bahan dan medium pertumbuhan, pengasaian pengawalan mutu,

penyelesaian masalah yang timbul semasa pengkulturan dan aspek-aspek gunaan

terutama kegunaan kultur sel dalam bidang bioteknologi juga dibincangkan. Amali

pula meliputi teknik-teknik penyediaan medium, pengkulturan sel dan tisu haiwan

serta tumbuhan, penjanaan plantlet untuk tumbuhan, serta penggunaan kultur sel

dan tisu dalam penyelidikan.

Bacaan Asas Pierik, R.L.M. 1987. In Vitro Culture Of Higher Plants. Boston: Martinus Nijhoff

Publisher.

Gamborg, O.L. & Phillips, G.C. 1995. Plant Cell, Tissue And Organ Culture-

Fundamental Methods. Berlin: Springer Verlag.

Freshney, R.I. 1987. Culture Of Animal Cell. A Manual Of Basic Technique. New

York: A.R. Liss.

Bhojwani, S.S.& Razdan, M.K. 1983. Plant Tissue Culture-Theory And Practice.

Amsterdam: Elsevier Sci. Publication.

Adams, R.L.P., Work, T.S. & Burdon, R.H. (eds.) 1980. Laboratory Techniques In

Page 31: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Biochemistry And Molecular Biology: Cell Cultures For Biochemists.

Amsterdam: Elsevier Sci. Publication.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan menggunakan peralatan dalam pengkulturan sel dan tisu

haiwan dan tumbuhan

HPK2 Memahami kegunaan kultur sel dan tisu haiwan dan tumbuhan.

HPK3 Memahami jenis-jenis kultur tisu tumbuhan.

HPK4 Memahami prinsip sel primitif haiwan.

HPK5 Memahami prinsip asas kultur sel dan tisu bagi haiwan dan tumbuhan.

STBP3012 Biologi Molekul (PRASYARAT: STBP1013 Fundamentals of Molecular Biology)

Kursus ini membincangkan beberapa aspek terkini dan lanjutan dalam biologi

molekul prokariot dan eukariot. Antara aspek yang dibincangkan adalah organisasi

DNA dan genom, pembaikpulihan DNA, biologi molekul penyakit, biologi

molekul perkembangan, biologi molekul kitaran sel, terapi gen dan penghasilan

organisma transgen serta beberapa topik yang meliputi bidang genomik,

bioteknologi perubatan dan bioteknologi industri. Disamping peperiksaan

pertengahan semester dan peperiksaan akhir, pelajar akan diberi tugasan dan

tutorial. Tugasan/tutorial ini merupakan latihan bagi pelajar yang bertujuan untuk

meningkatkan pemahaman.

Bacaan Asas Watson, J.D., Baker, T.A., Bell, S.P., Gann, A., Levine, M. & Losick, R. 2007.

Molecular Biology of the Gene. Sixth edition. Cold Spring Harbor Laboratory

Press.

Krebs J. E., Goldstein E. S. & Kilpatrick S. T. 2011. Lewin’s Genes X. London,

UK: Jones and Bartlett International.

Primrose, S.B. 2003. Principles of genome analysis and genomics. 3rd edition.

London, UK: Blackwell Science.

Alberts, B., Johnson, A., Lewis, J., Raff, M., Roberts, K. & Walter, P. 2008.

Molecular Biology of the Cell 5th

Edition. New York: Garland Publishing.

Klug, W. S., Cummings, M. R., Spencer, C., Palladino, M. A. 2009. Concepts of

Genetics. 9th edition. Pearson Education.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan membincangkan organisasi genom dan fungsi histon serta

nukleosom dalam eukariot

HPK2 Berkebolehan untuk mengulaskan tentang asas molekul pembezaan sel

eukariot dan proses perkembangan sel

HPK3 Berupaya memahami asas molekul penyakit berjangkit, kanser, kitaran sel

dan mekanisme pembaikpulihan DNA

HPK4 Berkebolehan untuk membincangkan perkembangan terkini di dalam

Page 32: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

bioteknologi dan aplikasi biologi molekul di dalam perubatan, pertanian

dan industry

HPK5 Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan biologi molekul dalam

penyelesaian masalah

Page 33: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

PROGRAM BIOINFORMATIK STBC2023 Pengenalan Bioinformatik Kursus ini memperkenalkan kebanyakan aspek penting dalam bioinformatik dan

memfokus kepada prinsip-prinsip yang menjadi asas dalam kajian bioinformatik.

Kursus ini menekankan kepada konsep, penerangan algoritma dan kaedah-kaedah

yang digunakan dalam analisis jujukan dan struktur DNA dan protein. Kursus ini

turut membincangkan isu-isu yang wujud dalam pengumpulan data-data biologi

dan isu-isu berkaitan algoritma yang digunakan dalam merekacipta teknik analisis

– untuk membantu pelajar memahami parameter dan kompleksiti yang terlibat

dalam kedua-dua aspek utama bionformatik. Pelajar juga diperkenalkan dengan

pangkalan data biologi yang sedia ada dan digalakkan untuk menggunakan data-

data ini untuk menguji kemahiran mereka.

Bacaan Asas Baxevanis, A.D. & Oullette, B.F.F. 2005. Bioinformatics: a practical guide to the

analysis of genes and proteins. 3rd Edition. Wiley-Liss. New Jersey: A John

Wiley & Sons. Inc., Publication.

Krane, D.E. & Raymer, M.L. 2003. Fundamental concepts of bioinformatics.

Pearson Education.

Lesk, A.M. 2006. Introduction to Bioinformatics. 2nd Edition. Oxford University

Press.

Orengo, C.A., Jones, D.T. & Thornton, J.M. 2003. Bioinformatics: Genes, Proteins

& Computers. BIOS Scientific Publishers Ltd.

Pevsner, J. 2003. Bioinformatics & functional genomics. Wiley-Liss. New Jersey:

A John Wiley & Sons. Inc., Publication.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berupaya untuk memahami prinsip asas algoritma perisian bioinformatik

HPK2 Berupaya untuk memahami kepelbagaian data yang terdapat di dalam

pangkalan data biologi berbeza

HPK3 Berupaya untuk memahami asas untuk teknik-teknik analisis jujukan

HPK4 Berupaya untuk memahami asas untuk teknik-teknik analisis struktur

protein

HPK5 Berupaya menggunapakai ilmu pengetahuan dan teknik-teknik analisis

jujukan dan struktur protein

Page 34: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

STBC3023 Alatan Bioinformatik (PRASYARAT: Lulus STBC 2023 Introduction to Bioinformatics)

Analisis data biologi adalah kegiatan penting dalam bioinformatik. Kursus ini

bertujuan bukan sahaja untuk memperkenalkan pelajar kepada alatan atau perisian

yang digunakan dalam bidang bioinformatik, tetapi juga untuk melazimkan cara

penggunaannya dalam kajian bioinformatik. Alatan atau perisian yang digunakan

termasuk Clustal, T-Coffee, Jalview, Rasmol, Protein Explorer, Chimera dan juga

alatan atas talian seperti BLAST, PSI-BLAST, dan penggunaan pangkalan data

jujukan dan struktur 3D seperti Interpro, Prosite, SMART, Pfam dan PDB. Pelajar

juga akan dilatih cara muat-turun data skala besar, seperti jujukan nukleotida dan

protein, dan juga cara-cara penggunaan pangkalan data genom dan kaedah

peramalan struktur protein. Pada akhir kursus, pelajar dijangkakan bukan sahaja

dapat menggunakan alatan dan perisian yang telah dipelajari, tetapi juga dapat

memahami makna hasil analisis tersebut, dan menghubung-kaitkan hasil tersebut

dengan teori biologi dan perkembangan dalam kajian saintifik terkini.

Bacaan Asas Baxevanis, A.D. & Ouelette, B.F.F. 2005. Bioinformatics: A Practical Guide to the

Analysis of Genes and Proteins, 3rd Edition. New Jersey: John Wiley & Sons,

Inc.

Bourne, P.E. & Weissig, H. 2003. Structural Bioinformatics. Wiley-Liss. Inc.

Gibas, C. & Jambeck, P. 2001. Developing Bioinformatics Computer Skills.

O’Reilly.

Orengo, C.A., Jones, D.T.& Thornton, J.M. 2003. Bioinformatics: Genes, Proteins

& Computers. BIOS Scientific Publishers Ltd.

Pevsner, J. 2003. Bioinformatics and Functional Genomics. New Jersey: John

Wiley & Sons, Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berupaya menggunakan pangkalan data biologi dalam proses

perlombongan data dan maklumat

HPK2 Berupaya menggunapakai ilmu pengetahuan dan teknik-teknik analisis

jujukan

HPK3 Berupaya menggunapakai ilmu pengetahuan dan teknik-teknik analisis

struktur protein

HPK4 Berupaya memahami dan menafsir hasil analisis untuk menjawab

permasalahan biologi yang dikemukakan

STBC3442 Komunikasi Saintifik

Page 35: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini membincangkan

prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat analisis secara kritikal

dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (cadangan

penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan dan poster.

Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan

berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk

dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to write and illustrate a scientific paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan menulis tesis gaya UKM 2006. Edisi Semak. Bangi: Pusat Pengajian

Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and publish a scientific paper. Sixth

Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to write a scientific paper without neglecting

your patients. Radcliffe Publishing

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat bagi pembentangan poister

dan lisan

STBC3022 Genomik Kursus ini akan memperkenalkan genomik sebagai satu bidang sains yang baru dan

juga sebagai satu pelantar bagi bioteknologi. Tajuk yang akan diliputi termasuk

Page 36: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

anatomi dan kandungan genom, strategi analisis genom, analisis jujukan genom,

serta tujuan, kaedah dan penemuan projek penjujukan genom utama dalam

bakteria, tumbuhan, haiwan dan manusia. Di samping itu, kursus ini juga akan

membincangkan kajian pengekspresan genom yang meliputi transkriptomik dan

kaedah mikroatur, serta memperkenalkan bidang baru seperti proteomik,

metabolomik dan biologi sistem. Tajuk lain yang akan dibincangkan termasuk

genomik perbandingan serta aplikasi genomik dalam perubatan dan pertanian.

Bacaan Asas Dunn, M.J., Jorde, L.B., Little, P.F.R., & Subramaniam, S. (Editors). 2005.

Encyclopedia of Genetics, Genomics, Proteomics, and Bioinformatics. USA :

John Wiley & Sons, Inc.

Lesk, A.M., 2007. Introduction to Genomics. Oxford University Press

Mount, D.W. 2004. Bioinformatics: sequence and genome analysis. 2nd edition.

USA : Cold Spring Harbor Laboratory Press.

Pevsner, J. 2003. Bioinformatics and functional genomics. New York: John Wiley

& Sons, Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami konsep-konsep asas genomik

HPK2 Berupaya untuk memahami cara penghasilan dan analisis data berkaitan

bidang-bidang genomic

HPK3 Berupaya memperolehi dan menyampaikan maklumat berkaitan

HPK4 Berkebolehan menghayati penggunaan teknik-teknik yang digunakan

dalam kajian genomik

STBC3886 Latihan Industri Setiap pelajar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan ditempatkan di

makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, dan industri yang

berkaitan untuk selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan

kerjaya bidang masing-masing. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara

langsung oleh pegawai berkenaan di tempat latihan masing-masing. Antara lain,

pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang-bidang

yang berkaitan dan mempertingkatkan kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan

penyesuaian diri untuk persediaan kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap

pelajar perlu menyediakan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan

memberi pembentangan secara lisan pada pusat pengajian.

Bacaan Asas Tiada

Page 37: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar

dalam bidang-bidang yang berkaitan.

HPK2 Berkebolehan berinteraksi dan berkerjasama antara pekerja untuk

mencapai matlamat atau untuk menyiapkan kerja.

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam hubungan awam.

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan ,menjana

maklumat daripada hasil kerja untuk penulisan laporan dan pembentangan

lisan

STBC3992 Latihan Ilmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penulisan cadangan penyelidikan yang melibatkan

pengenalpastian permasalahan, rasional kajian, reka bentuk eksperimen,

perancangan kerja dan perlombongan maklumat. Latihan ini juga mendedahkan

pelajar–pelajar untuk menjalankan penyelidikan, menguruskan diri untuk suasana

penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan pengumpulan data untuk dianalisis.

Pelajar juga dilibatkan mengenal pasti keperluan bahan dan peralatan yang

diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan untuk latihan ilminah I dan II.

Di akhir semester setiap pelajar perlu mengemukakan satu laporan lengkap

mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM

b) Permasalahan dan objektif

c) Hasil preliminari

Page 38: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan.

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta penggumpulan

data

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan.

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

STBC3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

dilakukan.

HPK2 Kebolehan bekerja secara individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

penyelidikan.

Page 39: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK3 Berkebolehan menjalankan eksperimeni serta menganalisis data

HPK4 Berkebolehan menulis laporan dan mempersembahkan data dalam bentuk

tesis untuk penilaian.

HPK5 Berkebolehan membentangkan dan mempertahankan hasil kajian yang

diperolehi

Page 40: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM BIOKIMIA

STBK2013 Biokimia Klinik Kursus ini meliputi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan biokimia manusia dan

perubatan. Pada amnya, punca dan akibat daripada perubahan-perubahan yang

berlaku terhadap kandungan kimia dan mekanisme biokimia tubuh serta kaitannya

dengan penyakit akan dibincangkan. Ini termasuklah perubahan-perubahan yang

berlaku dalam metabolisme karbohidrat, lipid, kalsium dan fosfat. Kegunaan enzim

dalam diagnosis, homeostasis pH dan fungsi renal dan fungsi endokrin turut

dibincangkan. Kemajuan diagnosis terkini dalam penyakit kewarisan juga

disampaikan.

Bacaan Asas Devlin, T.M. 2002. Textbook of biochemistry with clinical correlation. 5th

Edition. New York: A Wiley Medical Publication.

Latner, 1984. Clinical biochemistry. New York: W.B. Saunders Company.

Montgomery, R., Dryer, R.L., Conway, T.W. & Spector, A. 1990. Biokimia: satu

pendekatan kes. (Terjemahan). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Stanbury, S., Wyngarden, C. & Friedriekson, M. 1978. The metabolic basis of

inherited disease. London: Mac Graw-Hill Book Company.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami asidosis dan alkalosis akibat gangguan status

asid-bes

HPK2 Berkebolehan memahami peranan enzim plasma dalam diagnosis dan

ketaknormalan protein dalam plasma

HPK3 Berupaya memahami etiologi dan kesan klinikal akibat gangguan fungsi

hepar dan renal

Page 41: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK4 Berupaya memahami gangguan metabolisme karbohidrat, lipid dan

lipoprotein, kalsium, magnesium dan fosfat; serta purin

HPK5 Berupaya memahami manifestasi klinikal akibat keralatan biosintesis

hormon

HPK6 Berupaya memahami etiologi dan kesan klinikal penyakit warisan

(termasuk fenilketonuria dan hemoglobinopati)

STBK2023 Biokimia Lanjutan Kursus ini membincangkan mekanisme molekul bagi beberapa fungsi fisiologi

seperti fungsi respirasi dan penggumpalan darah, biokimia neuropemancaran,

penglihatan dan daya ingatan di sistem saraf pusat; fungsi biologi dan mekanisme

tindakan hormon tempatan, metabolisme xenobiotik di hepar serta biokimia proses

pengecutan otot. Impak gangguan homeostasis tubuh ke atas fungsi fisiologi ini

akan diberi penerangan yang wajar. Di samping itu, aspek biokimia tumbuhan

seperti biokimia fitohormon, pemasakan buah dan respirasi rintang sianida juga

dibincangkan.

Bacaan Asas Buchanan, B.B., Gruissem, W. & Jones, R.L. 2000. Biochemistry and molecular

biology of plants. American Soc. Plant Physiologists. USA: Rockville, MD.

Campbell, M.K. & Farrel, S.O. 2006. Biochemistry. 5th Edition. Belmont:

Thomson Brooks/Cole.

Nelson, D.L. & Cox, M.M. 2000. Lehninger Principles of biochemistry. 3rd

edition. New York: Worth Publishers.

Voet, D. & Voet, J.G. 2004. Biochemistry. 3rd Edition. John Wiley & Sons.

Zubay, G.L. 1998. 2004. Biochemistry. 4th Edition. Brown Publishers, Dubuque,

IA, USA.

Page 42: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami asas kimia fungsi biologi sistem respirasi tubuh:

pengangkutan oksigen oleh hemoglobin dan homeostasis penggumpalan

darah

HPK2 Berkebolehan memahami perubahan kimia dan elektrofisiologi yang

berlaku semasa neuropemancaran dalam sel saraf serta asas kimia fungsi

kognitif bagi memori dan penglihatan

HPK3 Berkebolehan memahami peranan hepar dalam metabolisme xenobiotik

melalui fungsi serta tindakbalas pemangkinan pelbagai enzim yang

terlibat

HPK4 Berkebolehan memahami kesan fisiologi dan mekanisme tindakan pelbagai

hormon lokal dan autakoid dalam tubuh: prostaglandin, tromboksan dan

leukotrien

HPK5 Berkebolehan memahami struktur, mekanisme tindakan dan aspek

energetik pengecutan otot

HPK6 Berkebolehan memahami peranan kitar glioksilat dan respirasi rintang

sianida dalam tumbuhan

HPK7 Berkebolehan memahami mekanisme tindakan fitohormon serta biokimia

dan pengaturan pemasakan buah

STBK2213 Amali Biokimia II (PRASYARAT: STBP2203 Amali Biokimia I) Kursus ini memperkenalkan

pelajar kepada prinsip dan kaedah pemfraksian, pengekstrakan dan penulenan

enzim daripada sampel biologi, pengasaian enzim dan seterusnya pembentukan

jadual penulenan. Pelajar juga diperkenalkan kepada prinsip dan kaedah

polarografi oksigen dan kolorimetri dalam pencirian dan pemfosfatan oksidatif

mitokondria. Kaedah pemprofilan isoenzim khusus tisu akan dilakukan ke atas

enzim laktat dehidrogenase dari berbagai tisu dengan elektroforesis gel

poliakrilamida dan analisis densitometer. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan

kaedah analisis kimia darah manusia untuk diagnosis seperti penentuan aras

kolesterol, glukosa, trigliserida serta penentuan aktiviti enzim glukosa-6-fosfat

dehidrogenase.

Page 43: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Bacaan Asas Boyer, R.F. 1993. Modern experimental biochemistry. California:

Benjamin/Cummings Publishing Co., Inc.

Darley-Usmar, V.M., Rickward, D. & Wilson, M.T. 1987. Mitochondria: a

practical approach. Oxford: IRL Press.

Deutscher, M.P ed. 1990. Guide to Protein Purification Vol 182. Methods in

Enzymology. San Diego: Academic Press

Farrel, S.O & Ranallo, R. 2000. Experiments in Biochemistry. A Hands-on

Approach. Philadelphia: Saunders College Publishing.

Plummer, D.T. 1987. Pengenalan biokimia amali. (Terjemahan oleh Halimah

Abdullah Sani). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Seelter, C.H. 1985. A practical guide to enzymology. New York: John Wiley &

Sons

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami prinsip dan kaedah pengekstrakan dan penulenan

enzim daripada sampel biologi, pemprofilan isoenzim tisu, polarografi

oksigen dan kolorimetri dalam pencirian respirasi dan pemfosfatan

oksidatif mitokondria serta kajian biometri dan kimia darah sampel

manusia.

HPK2 Berkebolehan memperolehi kemahiran untuk mengendalikan sampel

biologi untuk analisis kimia , teknik pemfraksian sel dan kajian

metabolisme serta kajian kimia klinik ke atas sampel fisiologi; dan bekerja

secara berkumpulan.

HPK3 Berkebolehan melakukan hitungan asas berkaitan energetik metabolisme,

pemfraksian dan penulenan enzim serta data kimia darah dan

penggunaannya dalam diagnosis.

Page 44: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK4 Berupaya untuk menganalisis dan menginterpretasikan data eksperimen.

HPK5 Berupaya dan menerangkan hasil eksperimen secara tepat dalam bentuk

laporan amali.

STBK3013 Teknologi Enzim (PRASYARAT: STBP2013 Biokimia) Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada

prinsip dan kaedah pengekstrakan dan penulenan enzim. Kaedah pengendalian

dan pengasaian enzim serta faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan enzim

juga akan dibincangkan. Kinetik enzim dwisubstrat akan diperkenalkan dengan

pengolahan kinetik Alberty dan Dalziel dan beberapa jenis mekanisme tindakan.

Kursus ini juga memperkenalkan pelajar kepada proses fermentasi industri dan

reka bentuk unit fermentor. Prinsip serta kaedah pemegunan enzim untuk

meningkatkan kestabilan dan penggunaan enzim juga akan dibincangkan serta

kepelbagaian jenis enzim yang digunakan dalam industri, analisis dan kejuruteraan

genetik.

Bacaan Asas Bommarius A.S. & Riebel, B. 2005. Biocatalysis. Fundamental and Application.

New York : Wiley-VCH Publishers. Boyer, R.F. 1993. Modern Experimental

Biochemistry 2nd Edition.

Benjamin/Cummings Publishing Co. Inc Chaplin, M. & Bucke, C. 2002. Enzyme

Technology. UK : Cambridge Univ. Press.

Gerhertz, W (ed) 1990. Enzymes in Industry. New York : VCH Publishers. Palmer,

1991. Understanding Enzymes, 3rd Edition. New York : Ellis Horwood.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami prinsip dan kaedah pengekstrakan dan penulenan

enzim/protein

Page 45: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK2 Berkebolehan memahami faktor penting dalam kaedah pengendalian dan

pengasaian enzim

HPK3 Berkebolehan menghayati kinetik enzim dwisubstrat

HPK4 Berkebolehan untuk memahami faktor kestabilan enzim

HPK5 Berupaya memahami proses fermentasi industri

HPK6 Berkebolehan memahami prinsip dan kaedah pemegunan enzim

HPK7 Berupaya memahami kegunaan enzim dalam industri, analisis dan

kejuruteraan genetik

STBK3322 Biopengisyaratan Proses pengisyaratan dan pengaturan mempengaruhi setiap aspek fungsi sel. Dalam

organisma tinggi, prinsip asas pengisyaratan dan pengaturan adalah serupa. Kursus

ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri struktur dan biokimia molekul

pengisyaratan dan pengaturan, interaksi antara protein pengisyaratan di pelbagai

tahap transduksi isyarat serta prinsip asas komunikasi sel. Penjelasan mengenai

hubungkaitan antara pelbagai tapak jalan pengisyaratan dalam proses utama sel

seperti pengaturan kitar sel dan apoptosis akan diketengahkan. Gangguan kawalan

pengisyaratan semasa infeksi, inflamasi dan gangguan metabolisme serta peranan

protein kinase dalam kesihatan dan penyakit juga dibincangkan.

Bacaan Asas Buchanan, B.B., Gruissem, W., Jones, R.L. (eds). 2000. Biochemistry and

molecular biology of plants. Rockville; American Society of Plant

Physiologists.

Page 46: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Krauss, G. 2001. Biochemistry of signal transduction and regulation. 2nd edition.

Weinheim: Wiley-VCH Verlag GmbH.

Marks, F. (ed.) 1996. Protein phosphorylation. New York: VCH Publishers.

Martinez, A., Castro, A. & Medina, M. (eds) 2006. Glycogen synthase kinase 3

(GSK-3) and its inhibitors: drug discovery and development. Hoboken: John Wiley

& Sons Inc.

Nelson, D.L. & Cox, M.M. 2006. Lehninger principles of biochemistry. 4th edition.

New York: W.H. Freeman.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami konsep utama biopengisyaratan dan peranan

komponen molekul pengisyaratan yang terlibat

HPK2 Berkebolehan memahami mekanisme molekul pengisyaratan perantaraan

reseptor berkait-protein G, tirosin kinase reseptor dan pengisyaratan

melalui protein Ras

HPK3 Berupaya memahami asas molekul penyakit berkaitan gangguan terhadap

proses pengisyaratan

HPK4 Berupaya memahami peranan protein kinase dalam kawalan kitar sel dan

apoptosis; dan kepentingan kinase seperti GSK3 dan MAPK sebagai

sasaran dadah penyakit tertentu

HPK5 Berupaya memahami perbezaan utama di antara sistem pengisyaratan

eukariot rendah dengan tumbuhan

STBK3442 Komunikasi Saintifik Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini membincangkan

prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat analisis secara kritikal

dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (cadangan

penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan dan poster.

Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan

berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk

dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to write and illustrate a scientific paper. Second Edition.

Cambridge University Press. Panduan menulis tesis gaya UKM 2006. Edisi

Semak. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and publish a scientific paper. Sixth

Page 47: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to write a scientific paper without neglecting

your patients. Radcliffe Publishing Ismail Ahmad, 1996. Penulisan saintifik.

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat bagi pembentangan poster

dan lisan

Page 48: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

STBK3886 Latihan Industri Setiap pelajar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan ditempatkan di

makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, dan industri yang

berkaitan untuk selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan

kerjaya bidang masing-masing. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara

langsung oleh pegawai berkenaan di tempat latihan masing-masing. Antara lain,

pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang-bidang

yang berkaitan dan mempertingkatkan kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan

penyesuaian diri untuk persediaan kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap

pelajar perlu menyediakan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan

memberi pembentangan secara lisan pada pusat pengajian.

Bacaan Asas

Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar

dalam bidang-bidang yang berkaitan. HPK2 Berkebolehan berinteraksi

dan berkerjasama antara pekerja untuk mencapai matlamat atau untuk

menyiapkan kerja. HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan

dalam hubungan awam. HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis,

mengintrepretasi dan ,menjana maklumat daripada hasil kerja untuk

penulisan laporan dan pembentangan lisan

STBK3992 Latihan Ilmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penulisan cadangan penyelidikan yang melibatkan

pengenalpastian permasalahan, rasional kajian, reka bentuk eksperimen,

perancangan kerja dan perlombongan maklumat. Latihan ini juga mendedahkan

pelajar–pelajar untuk menjalankan penyelidikan, menguruskan diri untuk suasana

penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan pengumpulan data untuk dianalisis.

Pelajar juga dilibatkan mengenal pasti keperluan bahan dan peralatan yang

diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan untuk latihan ilminah I dan II.

Di akhir semester setiap pelajar perlu mengemukakan satu laporan lengkap

mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM

b) Permasalahan dan objektif

c) Hasil preliminari

Bacaan Asas Tiada

Page 49: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan.

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta penggumpulan

data

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan.

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

Page 50: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

STBK3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

dilakukan.

HPK2 Kebolehan bekerja secara individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

penyelidikan.

HPK3 Berkebolehan menjalankan eksperimeni serta menganalisis data

HPK4 Berkebolehan menulis laporan dan mempersembahkan data dalam bentuk

tesis untuk penilaian.

HPK5 Berkebolehan membentangkan dan mempertahankan hasil kajian yang

diperolehi

Page 51: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

PROGRAM GENETIK

STBG2012 Genetik Perkembangan Kursus ini membincangkan kaitan antara pengekspresan gen dalam perkembangan

dan pembezaan sel, dengan perubahan morfologi yang berlaku pada embrio yang

sedang berkembang. Kursus ini menekankan mekanisme molekul semasa

perkembangan embrio prokariot dan eukariot. Transkripsi pembezaan dalam

perkembangan prokariot seperti nematod C.elegans akan dibincangkan. Penekanan

akan juga diberikan kepada perkembangan Drosophila yang melibatkan gen-gen

seperti kumpulan gen maternal, gen segmentasi-polariti dan gen homeotik. Peranan

gen dalam perkembangan embrio haiwan seperti Mus musculus juga turut

dibincangkan.

Bacaan Asas Alberts, B. et al. 2002. Molecular Biology Of The Cell. 4th Edition. New York:

Garland Science, Taylor & Francis Group. Audesirk, T. & Audesirk, G. 1999.

Biology Life On Earth. 5th Edition. USA: Prentice

Hall International Inc. Carlson, B.M. 1996. Patten’s Foundation of Embryology.

New York: McGraw-Hill. Lewin, B. 1995. Genes. Oxford: Oxford University

Press.

Muller, W.A. 1997. Developmental Biology. New York: Springer Verlag Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami pengetahuan mengenai proses perkembangan

haiwan.

HPK2 Berkebolehan membanding dan membezakan proses genetic

perkembangan dalam haiwan-haiwan model.

HPK3 Berkebolehan memahami teknik-teknik bagi menghasilkan mutan.

Page 52: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK4 Berkebolehan untuk menggunakan pengetahuan bagi analisis

perkembangan mutan.

HPK5 Berupaya memahami fungsi dan interaksi gen dalam pembentukan corak

perkembangan embrio.

HPK6 Berkebolehan mencari, memahami dan membentang maklumat genetik

perkembangan.

STBG2022 Genetik Kulat (PRASYARAT: STBP1033 Genetik Am) Kursus ini membincangkan ciri-ciri

genetik dan beberapa fenomena yang berkaitan dalam kulat. Topik-topik meliputi

kepelbagaian kulat, analisis spora rawak dan tetrad menggunakan rekombinasi

meiosis, kitaran paraseks dan penggunaannya dalam pemetaan kromosom, genetik

jenis pengawanan , manipulasi genetik molekul kulat, pengekspresan gen kulat,

fungsi genom yis serta kulat berfilamen dan genetik pembiakbakaan cendawan.

Bacaan Asas Alexopoulos, C.J., Mims, C.W. & Blackwell, M. 1996. Introductory Mycology, 4

th

edition. USA: John Wiley & Sons.

Amberg, D. C., Burke, D. J. & Strathern, J. N. 2005. Methods In Yeast Genetics -

A Cold Spring Harbor Laboratory Course Manual, 2005 Edition. New York:

Cold Spring Harbor Press.

Kavanagh, K. 2005. Fungi: Biology and Applications. John Wiley, England.

Moore, D.& Novak Fraser, L.A. 2010. Essential Fungal Genetics. New York:

Springer-Verlag.

Ulrich Kuck. 2004. The Mycota II: Genetics and Biotechnology. London: Springer

Verlag.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami kepelbagaian kulat berdasarkan kitaran hidup

dan morfologi.

Page 53: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK2 Berkebolehan menganalisis genetik kulat berdasarkan meiosis dan

segregasi mitosis.

HPK3 Berkebolehan memahami sistem persenyawaan kulat dan aplikasinya di

dalam pembiakan.

HPK4 Berkebolehan memahami aplikasi teknik molekular berdasarkan pemetaan

genom kulat dan analisis fungsi.

HPK5 Berkebolehan memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam

pengekspresan gen kulat.

HPK6 Berkebolehan menggunakan pengetahuan genetik kulat dalam

menyelesaikan masalah.

STBG3013 Genetik Manusia dan Perubatan Kursus ini membincangkan banyak aspek genetik yang diintegrasikan ke dalam

bidang penyakit dan perubatan manusia. Bermula dengan perwarisan Mendel dan

fenomena warisan selain Mendel sehingga lah kepada bidang-bidang perubatan

yang berkait dengan genetik seperti keabnormalan kongenital, diagnosis prenatal

dan kaunseling. Kuliah yang disandarkan kepada pengetahuan, kemajuan dan

kehendak terkini perubatan dimana genetik merupakan cabangan penting diberi

dalam bentuk applikasi bagi disamping membincangkan isu sebenar yang dihadapi

masakini. Kursus ini adalah kursus asas yang dapat membantu pelajar yang ingin

meneruskan kerjaya genetik ke dalam bidang perubatan.

Bacaan Asas

Cummings, M.R. 2003. Human Heredity: Principles and Issues. 6th Edition.

Canada: Thomson.

Davies, K.E. 1986. Human Genetic Diseases: A Practical Approach. Oxford: IRL

Press Limited.

Page 54: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Rooney, D.E. & Czepulkowski, B.H. 1986. Human Cytogenetics: A Practical

Approach. Oxford: IRL Press Limited.

Thurman, E. & Susman, M. 1993. Human Chromosomes. Berlin: Springer Verlag.

Vogel, R. & Motulsky, A.G. 1986. Human Genetics: Problems & Approaches.

Berlin: Springer-Verlag.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan menghurai dan membezakan pelbagai jenis corak perwarisan

Mendel dalam manusia

HPK2 Mahir mengungkapkan secara diagramatik mekanisma keabnormalan

kromosom dan DNA manusia

HPK3 Memahami bagaimana patologi perwarisan penyakit dan keabnormalan

genetik manusia dikelaskan mengikut genom dan mekanisma epigenetik

yang lain

HPK4 Berkebolehan memahami dan menganalisa penyakit dan keabnormalan

genetik dari sudut populasi dan kegunaannya di bidang kaunseling genetik,

terapi gen dan diagnosis prenatal

STBG3442 Komunikasi Saintifik Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini membincangkan

prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat analisis secara kritikal

dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (cadangan

penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan dan poster.

Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan

berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk

dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Albert, T. & Smith, R. 2000. How To Write A Scientific Paper Without Neglecting

Your Patients. Radcliffe Publishing

Bjorn, G. 2008. How To Write And Illustrate A Scientific Paper. 2nd Edition.

Cambridge University Press.

Ismail Ahmad. 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka. Panduan menulis tesis gaya UKM 2006. Edisi Semak. Bangi: Pusat

Pengajian Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How To Write And Publish A Scientific Paper.

6th Edition. Cambridge University Press.

Page 55: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat bagi pembentangan poister

dan lisan

STBG3886 Latihan Industri

Setiap pelajar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan ditempatkan di

makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, dan industri yang

berkaitan untuk selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan

kerjaya bidang masing-masing. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara

langsung oleh pegawai berkenaan di tempat latihan masing-masing. Antara lain,

pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang-bidang

yang berkaitan dan mempertingkatkan kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan

penyesuaian diri untuk persediaan kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap

pelajar perlu menyediakan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan

memberi pembentangan secara lisan pada pusat pengajian.

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar

dalam bidang-bidang yang berkaitan.

HPK2 Berkebolehan berinteraksi dan berkerjasama antara pekerja untuk

mencapai matlamat atau untuk menyiapkan kerja.

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam hubungan awam.

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan menjana

maklumat daripada hasil kerja untuk penulisan laporan dan pembentangan

Page 56: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

lisan.

STBG3992 Latihan Ilmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penulisan cadangan penyelidikan yang melibatkan

pengenalpastian permasalahan, rasional kajian, reka bentuk eksperimen,

perancangan kerja dan perlombongan maklumat. Latihan ini juga mendedahkan

pelajar–pelajar untuk menjalankan penyelidikan, menguruskan diri untuk suasana

penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan pengumpulan data untuk dianalisis.

Pelajar juga dilibatkan mengenal pasti keperluan bahan dan peralatan yang

diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan untuk latihan ilminah I dan II.

Di akhir semester setiap pelajar perlu mengemukakan satu laporan lengkap

mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM

b) Permasalahan dan objektif

c) Hasil preliminari

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan.

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta penggumpulan

data

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan.

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

STBG3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

Page 57: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

dilakukan.

HPK2 Kebolehan bekerja secara individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

penyelidikan.

HPK3 Berkebolehan menjalankan eksperimeni serta menganalisis data

HPK4 Berkebolehan menulis laporan dan mempersembahkan data dalam bentuk

tesis untuk penilaian.

HPK5 Berkebolehan membentangkan dan mempertahankan hasil kajian yang

diperolehi

Page 58: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM MIKROBIOLOGI

STBM2012 Bakteriologi Kursus bakteriologi membincangkan kepelbagaian bakteria berasaskan fisiologi,

metabolisme dan habitat. Kaedah-kaedah memencil, mengenalpasti serta

menyimpan kultur akan dihuraikan. Konsep-konsep pengenalpastian, pengelasan

dan nomenklatur bakteria akan diperjelaskan secara teori dan amali. Kebaikan dan

kelemahan berbagai skema taksonomi dalam pengkelasan seperti pendekatan

morfologi dan biokimia, homologi DNA, pencirian filogeni dan kemotaksonomi

akan dibincangkan. Beberapa kumpulan bakteria terpilih dan arkaea akan

dibincang bagi meningkatkan pemahaman kepelbagaian dan kepentingan untuk

kesejahteraan manusia. Pelajar akan melakukan pengenalpastian pencilan bakteria

daripada sumber semulajadi, menyediakan laporan dan memberi seminar. Diakhir

kursus ini pelajar akan berpengalaman menggunakan Bergey’s Manual of

Systematic Bacteriology.

Bacaan Asas Blum, P. 2008. Archaea: New models for Prokaryotic Biology. Beadle Center for

Genetics, University of Nebraska, Lincoln, USA: Caister Academic Press.

Gerday & Glansdorff, N. 2007. Physiology and Biochemistry of Extremophiles.

American Society for Microbiology.

Brock, T.D., Madigan M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 2005. Biology of

Microorganisms. 11th Edition. Prentice Hall International.

Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology:

a. Garrity, G.M. 2001. Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology: Vol 1. The

Archaea and the Deeply Brancing and Phototrophic Bacteria. New York:

Springer.

b. Garrity, G.M. 2005. Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology: Vol 2. The

Proteobacteria. New York: Springer.

c. Garrity, G.M. 2008. Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology: Vol 3. The

low G + C Gram-positive Bacteria. New York: Springer.

Page 59: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

d. Garrity, G.M. 2008. Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology: Vol 4. The

Planctomycetes, Spriochaetes, Fibrobacteres, Bacteriodetes and Fusobacteria.

New York: Springer.

e. Garrity, G.M. 2009. Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology: Vol 5. The

high G + C Gram-positive Bacteria. New York: Springer.

Holt, J.G. 1994. Bergey’s Manual of Determinative Bacteriology. 9th edition.

Baltimore: John Williams & Wilkins.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Mengetahui kepelbagaian jenis bakteria dari segi fisiologi, metabolisme

dan habitat

HPK2 Berkebolehan memahami pelbagai medium pertumbuhan dan keadaan

pertumbuhan yang berbeza bagi kumpulan bakteria yang berbeza

HPK3 Berkeupayaan untuk memencil, mengenalpasti, mengelaskan bakteria serta

menyediakan kultur stok

HPK4 Berkebolehan untuk memahami konsep asas taksonomi dan pengkelasan

dalam bakteriologi

HPK5 Berkebolehan menerangkan dan memahami kepentingan kumpulan

bakteria terpilih.

STBM2013 Imunologi Kursus ini membincangkan asas dan mekanisme penjanaan gerak balas keimunan.

Perkembangan sistem imun, mekanisme keimunan semulajadi dan perolehan,

struktur dan fungsi antibodi, kaedah-kaedah dalam imunologi, keimunan

perantaraan sel, sitokin dan sistem pelengkap akan diterangkan. Peranan sistem

imun dalam pertahanan terhadap jangkitan mikrob serta penghasilan penyakit yang

disebabkan kecelaruan imunologi akan dibincangkan. Dalam amali pula, pelajar

akan didedahkan dengan organ-organ yang terlibat dalam sistem keimunan, kaedah

pengimunan serta beberapa kaedah penting dalam imunologi yang membabitkan

tindak balas antigen dan antibodi. Di akhir kursus ini diharapkan pelajar dapat

menghargai kepentingan imunologi sebagai satu aspek penting dalam sains biologi.

Bacaan Asas/References Coico, R. Sunshine, G. & Benjamin, E. 2009. Immunology – A Short Course. Ed.

ke-6. New Jersey: John Wiley & Sons

Eales, L.J. 2003. Immunology for Life Scientists. Ed. Ke-2. West Sussex: John

Wiley & Sons.

Stanley, J. 2002. Essentials of Immunology and Serology. Albany: Delmar

Thomson Learning.

Page 60: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Woods, P. 2001. Understanding Immunology. Essex: Pearson Prentice Hall.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami asas dan mekanisme gerak balas keimunan

HPK2 Berkebolehan mengenalpasti organ dan sel yang terlibat dalam sistem

keimunan

HPK3 Berkebolehan menggunakan ilmu dan teknik pengimunan haiwan untuk

menganalisa interaksi antigen-antibodi

HPK4 Menghayati perkaitan di antara penindasan sistem keimunan dan fenotip

penyakit berkait imun

HPK5 Berkebolehan membincangkan peranan sistem imun dalam kes berlainan

seperti jangkitan mikrob, perkembangan serta penyingkiran tumor dan

penolakan cedung

STBM2023 Mikrobiologi Patogen dan Diagnosis Kursus ini memperkenalkan prinsip dan isu penyakit-penyakit berjangkit yang

disebabkan oleh bakteria dan kulat. Pelajar akan diperkenalkan dengan jenis-jenis

mikroorgansima patogen yang penting terhadap manusia. Penekanan diberikan

terhadap ciri-ciri kepatogenan, jenis-jenis penyakit, kaedah/cara mikroorganisma

ini berfungsi di dalam menyebabkan jangkitan, saling tindak patogen dengan

perumah, kaedah-kaedah terkini dalam diagnosis patogen di dalam makmal serta

penyebaran, kawalan, rawatan dan pencegahan. Peranan bakteria dan kulat

patogen dalam penyakit berjangkit serta tindak balas perumah terhadap patogen

juga akan ditekankan. Pelajar digalakkan berfikir secara kritis mengenai

mikrobiologi penyakit berjangkit dari segi pengawalan dan pencegahan penyebaran

patogen terutamanya yang melibatkan patogen rintang antibiotik.

Bacaan Asas Tortora, G. J., Funke, B.R. & Case, C.L. 2006. Microbiology: An introduction. 9th

edition. Pearson International Edition.

Murray, P.R., Rosenthal, K.S. & Pfaller, M.A. 2005. Medical Microbiology. 5th Edition. Elsevier.

Black, J. 2005. Microbiology: Principles and Explorations. 6th Edition. Wiley Int.

Nester, E.W., Anderson, D.G., Roberts Jr, C.E. & Nester, M.T. 2005.

Microbiology: A human perspective. 5th Edition. McGraw-Hill Int.

Esteridge, B.H. & Reynolds, A.P. 2000. Basic Medical Laboratory Techniques.

4th edition. Delmar Publishers, Inc.

Page 61: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berpengetahuan dalam kepelbagaian bakteria dan kulat patogen

HPK2 Berkebolehan untuk memahami mekanisme jangkitan patogen

HPK3 Berkebolehan memahami kesan jangkitan bakteria dan kulat terhadap

perumah

Page 62: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK4 Berkebolehan untuk mengenal pasti bakteria dan kulat utama pencilan

klinikal

HPK5 Berkebolehan menentukan bahan antibakteria dan antikulat untuk

mengawal jangkitan

STBM3012 Metabolisme Mikrob Kursus ini membincangkan konsep asas metabolisme bermula daripada

pengambilan bahan nutrien sehinggalah kepada pengawalaturan dan integrasi

pelbagai tapak jalan di dalam sel mikrob. Penekanan diberikan terhadap

kepelbagaian tapak jalan dalam konteks bagaimana mikrob memberikan respons

terhadap sekitaran nutrien yang berbeza dan berubah-ubah dengan menggunakan

dan mengawal atur tapak jalan yang wujud untuk kemandiriannya. Metabolisme

karbohidrat, penjanaan tenaga dan tapak jalan metabolisme kumpulan mikrob

tertentu akan juga dibincangkan. Proses metabolisme juga akan dilihat dari segi

fungsinya di dalam penghasilan bahantara untuk membolehkan mikrob mencapai

tujuan utamanya iaitu penghasilan biojisim. Beberapa mekanisme kawalan

metabolisme karbohidrat juga akan dibincangkan. Di samping itu, konsep

organisasi enzim dan kompleks multienzim di dalam sel dan implikasinya terhadap

kecekapan tapak jalan serta penglibatannya di dalam mekanisme pengawalaturan

juga disentuh.

Bacaan Asas

Karp, G. 2005. Cell and Molecular Biology: Concepts and Experiments. John

Wiley and Sons Inc.

Madigan, M. T., Martinko, J. M. & Parker, J. 2003. Brock Biology of

Microorganisms. ed. Ke- 10. Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia, Pte.

Ltd.

Moat, A. G. & Foster , J. W. 1995. Microbial Physiology. Singapore: Wiley-Liss,

A John Wiley & Sons, Inc., Publication.

Page 63: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

FakultiSainsdanTeknologi 141

Ratledge, C. & Kristiansen, B. 2001. Basic Biotechnology. Cambridge University

Press.

Walker, G. M. 1998. Yeast Physiology and Biotechnology. Chichester, England:

John Wiley & Sons, Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami sintesis, mekanisme pemangkinan dan tindakan

enzim.

HPK2 Berkebolehan memahami proses pengaturan metabolik.

HPK3 Berkebolehan memahami peranan dan hubung kait tapak jalan utama

semasa katabolisme sumber nutrien yang berbeza.

HPK4 Berkeupayaan membincangkan peletakan enzim, penyepaduan fizikal

enzim-enzim dan kewujudan serta pembentukan kompleks multienzim.

HPK5 Berupaya mengaitkan peranan kompleks multienzim dengan pengaturan

tapak jalan.

STBM3013 Virologi (PRASYARAT: STBM1043 Mikrobiologi Asas, STBM2013 Imunologi) Virus dilihat sebagai satu entiti yang mempunyai struktur, komponen biokimia,

fungsi dan aktiviti biologi. Hubungan virus-perumah sangat penting dalam

menentukan virus dapat terus bermandiri sebagai satu entiti unik. Aktiviti biologi

virus dalam replikasi serta kesannya terhadap hos dibincangkan melalui contoh-

contoh virus yang mewakili kumpulannya berdasarkan kandungan asid nukleik.

Pengaturan dan pengawalan replikasi virus berDNA atau berRNA dibincangkan

dengan menggunakan model bakteriofaj, virus haiwan dan virus tumbuh-

tumbuhan. Mekanisme kepatogenan virus serta penyakit yang terhasil akibat

jangkitan virus dibincangkan melalui contoh-contoh khusus. Pemahaman terhadap

penyebaran penyakit oleh virus serta pengawalan virus melalui penggunaan terapi

kimia serta pemvaksinan turut dibincangkan.

Bacaan Asas Acheson, A.H. 2007. Fundamentals of Molecular Virology. New Jersey: John

Wiley & Sons.

Carter, J. & Saunders, V. 2007. Virology: Principles and Applications. UK: John

Wiley & Sons.

Cann. A. 2005. Principles of Molecular Virology, Ed. Ke-4. UK: Elsevier.

Dimmock, N.J., Easton, A.J. & Leppard, K. 2007. Introduction to Modern

Page 64: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

142 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Virology. Ed. ke-6. UK: Blackwell Publishing Ltd.

Fields, B.N., Knipe, D.M., Howley, P.M., Griffin, D.E., Lamb, R.A. Martin, M.A.,

Roizman, B, Straus, S.E. & 2007. Fields-Virology. Ed. Ke-7. Philadelphia:

Lippincott William & Wilkins.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami ciri-ciri biologi dan molekul virus dan agen

seperti virus

HPK2 Berkebolehan memahami kesan jangkitan virus terhadap perumah

HPK3 Berkebolehan memahami kaedah pencirian, penyebaran dan pengawalan

virus

HPK4 Berkebolehan melakukan teknik-teknik penting dalam pengenalpastian,

perambatan dan diagnosis virus

HPK5 Berkebolehan menggunapakai pengetahuan virologi untuk pengawalan

virus

STBM3023 Fermentasi Industri Kursus ini direka bentuk untuk memberi kefahaman kepada prinsip asas

fermentasi industri. Topik dalam kursus ini mencakupi, teknik-teknik yang

digunakan dalam penghasilan skala besar produk biobahan daripada mikrob,

kaedah pengawalan pengkulturan mikroorganisma dan teori kultur selanjar.

Kursus ini dirumuskan dengan menyatupadukan sains tulen dan sains gunaan

dalam memahami berbagai proses fermentasi industri, pengurusan bahan buangan

dan tindak balas mikroorganisma terhadap perubahan dalam sekitaran secara

analisis matematik. Para pelajar akan dapat merekabentuk satu sistem proses

menggunakan mikroorganisma pada peringkat skala-besar.

Bacaan Asas Baltz, R. H., Davies, J. E. & Demain, A. L. 2010. Manual of Industrial

Microbiology and Biotechnology. Washington, D.C.: American Society for

Microbiology.

Brock, T.D., Madigan, M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 2005. Biology of

Microorganisms. 11th Edition. Prentice Hall. Pearson Education, Inc.

McNeil, B. & Harvey, L.M. 1990. Fermentation: A practical approach. Oxford:

IRL. Press. Oxford University Press.

Stanbury, P.F., Whitaker, F & Hall, S. J. 1999. Principles of fermentation

technology. Butterworth- Heinemann.

Waites, M. J. 2001. Industrial Microbiology- An Introduction. John Wiley & Sons.

Page 65: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

FakultiSainsdanTeknologi 143

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami prinsip-prinsip dalam fermentasi industri

HPK2 Berkebolehan merekabentuk proses penghasilan mengikut ragam operasi

yang sesuai

HPK3 Berupaya meramalkan kadar penghasilan berdasarkan model matematik.

HPK4 Boleh melakukan pemencilan, penyimpanan dan peningkatan ciri dan

keupayaan strain.

HPK5 Berupaya memilih unit operasi sesuai untuk penghasilan di peringkat

huluan dan hiliran

STBM3033 Mikrobiologi Persekitaran Kursus ini mendedahkan pelajar kepada prinsip dan konsep asas ekologi mikrob

dan penerapan pengetahuan untuk pengurusan sumberdaya biologi dalam alam

sekitar. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi mikrob dan

perkembangan komunitinya dalam sekitaran tertentu akan dibincangkan. Interaksi

mikrob di dalam pelbagai persekitaran yang berbeza termasuk persekitaran biotik

dan abiotik akan dibincangkan. Pelajar juga akan didedahkan tentang peranan

mikrob dalam menyebabkan pencemaran persekitaran, serta cara untuk mengatasi

masalah pencemaran alam sekitar. Peranan mikrob di dalam rawatan air buangan

dan bioremediasi juga akan ditekankan.

Bacaan Asas Madson, E. L. 2008. Environmental Microbiology: From genomes to

biogeochemistry. Blackwell Publishing.

Black, J. 2005. Microbiology: Principles and Explorations. 6th Edition. Wiley Int.

Brock, T.D., Madigan, M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 2005. Biology of

Microorganisms. 11th Edition. Prentice Hall. Pearson Education, Inc.

Chapelle, F.H. 2001. Ground-water Microbiology and Geochemistry. 2nd Edition.

New York: John Wiley & Sons Inc.

Atlas, R.M. & Bartha, R. 1998. Microbial Ecology: Fundamentals and

applications. 4th Edition. MenloPark: Benjamin/Cummings Science

Publishing.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami peranan mikrob dalam persekitaran yang

Page 66: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

144 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

pelbagai

HPK2 Berkebolehan memahami kitar biogeokimia dan mengenalpasti peranan

kumpulan mikroorganisma yang khusus berhubung dengan setiap kitaran

tersebut

Page 67: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

FakultiSainsdanTeknologi 145

HPK3 Berkebolehan menerangkan interaksi intra dan inter populasi

mikroorganisma serta interaksi mikroorganisma dengan tumbuhan dan

haiwan

HPK4 Berkebolehan untuk mengambil dan menganalisis sampel mikroorganisma

tanah dan akuatik

HPK5 Mengetahui berbagai kaedah pengawalan biologi serta rawatan sekitaran

tercemar dengan menggunakan mikroorganisma

STBM3212 Mikologi Mikologi merupakan bidang yang fokus terhadap kajian kulat, iaitu suatu

kumpulan mikroorganisma yang wujud dalam bentuk unisel dan/atau multisel.

Kulat amat penting dalam ekologi kerana peranannya sebagai agen pereput bahan

organik, dan penglibatannya dalam interaksi parasitisme, simbiotik, mangsa dan

pemangsa. Kulat wujud dalam tanah, di atas permukaan bahan organik atau

memparasit organisma lain. Kewujudannya tidak disedari manusia sehingga

terhasilnya struktur-struktur reproduktif. Morfologinya yang menarik dan unik

telah mendapat perhatian manusia sejak berzaman dan telah menjadi sebahagian

daripada budaya manusia. Kursus ini akan membincangkan kewujudan kulat dari

aspek pengkelasan dan saling kaitan dengan evolusi, morfologi dan struktur,

fisiologi, pembiakan, kesannya terhadap ekologi dan kegunaan dan nilainya kepada

manusia sejagat. Perbincangan meliputi empat filum di dalam Alam kulat iaitu

Chytridiomycota, Zygomycota, Ascomycota dan Basidiomycota. Bagi setiap

filum, penumpuan akan diberikan terhadap pengkelasan dan kajian hubungan

filogeni diikuti dengan perbincangan pencirian morfologi yang unik, aspek

fisiologi dan biokimia, dengan menggunakan genus tertentu sebagai model.

Kesannya terhadap ekologi dan sekitaran juga akan dibincangkan dari segi

interaksinya dengan organisma lain seperti dalam liken, endofit dan mikoriza.

Pelajar akan didedahkan juga kepada teknik-teknik asas pemencilan, pengkulturan

dan pencerapan kulat melalui aktiviti amali dan kerja lapangan.

Bacaan Asas Sumbali, G., Johri, B.M. & Johrit, B.M. 2005. The fungi. Alpha Science

International.

Kavanagh, K. 2005. Fungi: Biology and Applications. Chichester: Wiley.

Alexopoulos, C.J., Mims, C.W. & Blackwell, M. 2001. Introductory Mycology.

6th edition.

Pointing, S. B. & Hyde, K. D. 2001. Bio-exploitation of filamentous fungi. , Hong

Kong: Fungal Diversity Press.

Pitt, J.I. & Hocking, A.D. 1999. Fungi and Food Spoilage. 2nd edition.

Gaithersburg, Maryland: Aspen.

Page 68: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

146 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan memahami kepelbagaian kulat, pengkelasan

sertahubungkait filogeni kulat dan organisme lain

HPK2 Berkeupayaan memahami asas pertumbuhan dan metabolisme kulat

HPK3 Berkebolehan mengaitkan peranan kulat dalam ekologi, kepentingan dan

kegunaannya untuk manusia

HPK4 Memahami dan dapat menggunakan teknik-teknik pemencilan,

pengkulturan dan pencerapan kulat

STBM3223 Interaksi Mikrob Tumbuhan

Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari berkenaan dengan jenis interaksi yang

wujud, jenis mikrob yang berinteraksi dengan tumbuhan dan penyakit yang

disebabkan oleh interaksi parasitik. Selain daripada itu pelajar akan didedahkan

terhadap mekanisme pada tahap molekul yang terlibat dalam kepatogenan mikrob,

kerintangan hos dan bukan hos terhadap penyakit pada tumbuhan dan faktor-faktor

yang terlibat dalam meluaskan julat perumah sesuatu patogen tumbuhan. Ini akan

melibatkan penelitian terhadap mekanisme genetik, biokimia, mikrobiologi dan

fisiologi secara molekul yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan

dengan interaksi yang wujud di persekitaran dalaman (dalam sel tumbuhan) dan

luaran (persekitara luar tumbuhan di atas dan bawah tanah) yang menghasilkan

interaksi positif dan negatif diantara mikrob-tumbuhan-persekitaran. Diantara

interaksi yang akan diliputi dalam kursus ini adalah penglibatan exudat dan bahan

volatil seperti toksin, enzim hidrolitik dan faktor kevirulenan dalam menyebabkan

penyakit. Dalam bidang sistem pertahanan tumbuhan pula, peranan yang

dimainkan oleh bahan-bahan seperti fitoaleksin, tindak balas hiperkepekaan (HR),

kerintangan sistemik perolehan (SAR) dan protein patogenesis (PR protein) dalam

pengaktifan sistem pertahanan tumbuhan akan dihuraikan. Kursus ini juga akan

menyentuh berkenaan tapak jalan transduksi isyarat yang terlibat dalam interaksi

hos-patogen yang membolehkan komunikasi di antara sel-sel dan penglibatan

molekul-molekul isyarat seperti asid salisilik dan asid jasmonik dalam

pengaktifannya. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan dibekalkan dengan ilmu

dan teknik asas dalam menghayati proses interaksi positif dan negatif yang

melibatkan mikrob dan tumbuhan.

Page 69: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Bacaan Asas

Vidhyasekaran, P. 2008. Fungal Pathogenesis in Plants and Crops: Molecular

Biology and Host Defense Mechanisms 2nd

Edition. Florida: CRC Press

Mukerji, K.G., Manoharachary, C. and Singh, J. 2006. Microbial Activity in the

Rhizosphere. Springer.

Agrios, G.N. 2005. Plant pathology. 5th Edition. Elsevier.

Biswas, B.B. & Das, H.K. 2005. Plant-microbe Interactions. Springer.

Desh Verma, P.S. & Brisson, N. 2003. Molecular Genetics of Plant-microbe.

Interactions, Springer.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami interaksi tumbuhan-mikroorganisma di kawasan filosfera dan

rizosfera

HPK2 Menguasai ilmu dan memahami proses jangkitan yang disebabkan oleh

mikroorganisma dalam hos tumbuhan

HPK3 Memahami mekanisme yang terlibat dalam kepatogenan mikroorganisma

HPK4 Memahami mekanisme kerintangan hos dan bukan hosdan prinsip genetik

yang terlibat dalam kerintangan sistem tumbuhan

HPK5 Memahami asas pembangunan transgenik dan penggunaanya dalam

penghasilan kerintangan terhadap penyakit

STBM3442 Komunikasi Saintifik Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini membincangkan

prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat analisis secara kritikal

dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (cadangan

penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan dan poster.

Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan

berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk

dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to Write and Illustrate a Scientific Paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan Menulis Tesis Gaya UKM 2009. Edisi Semak Kedua. Bangi: Pusat

Pengajian Siswazah, UKM.

Page 70: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and Publish a Scientific Paper.

Sixth Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to Write a Scientific Paper Without Neglecting

your Patients. Radcliffe Publishing.

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat menerusi pembentangan lisan

dan poster

STBM3886 Latihan Industri Setiap pelajar Program Mikrobiologi, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi

akan ditempatkan di agensi dalam bidang yang berkaitan selama 12 minggu bagi

meningkatkan pengalaman berkaitan dengan kerjaya dalam bidang mikrobiologi.

Semasa latihan, pelajar akan diselia secara langsung oleh seorang penyelia di

tempat latihan masing-masing. Antara lain, pelajar akan didedahkan kepada

suasana kerja yang sebenar dalam bidang yang berkaitan dan mempertingkatkan

kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan penyesuaian diri untuk persediaan

kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap pelajar perlu menyediakan laporan

bertulis mengenai pengalaman latihan dan memberi pembentangan atau

mengadakan perbincangan dengan pensyarah yang melawat tentang hasil

pengalaman latihan industri untuk dinilai.

Bacaan Asas Garis Panduan Latihan Amali/Industri Fakulti Sains dan Teknologi.

Hasil Pembelajaran Kursus

Page 71: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan yang

sebenar dalam bidang yang berkaitan

HPK2 Berkebolehan berinteraksi secara profesional dengan pelbagai lapisan

pekerja di agensi

HPK3 Berkeupayaan menggunakan teori dan pengalaman yang dipelajari di

Universiti secara amali di agensi

STBM3992 LatihanIlmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam tempoh dua semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada kemahiran seperti penulisan dan pembentangan

cadangan penyelidikan, pengenalpastian permasalahan dan pemilihan reka bentuk

eksperimen yang sesuai, rasional kajian, perancangan kerja dan perlombongan

maklumat. Latihan ini juga mendedahkan pelajar untuk menjalankan penyelidikan,

menguruskan diri untuk suasana penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan

pengumpulan data untuk dianalisis. Di dalam semester pertama, setiap pelajar perlu

membentang cadangan penyelidikan secara lisan dan mengemukakan satu laporan

lengkap mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM;

b) Permasalahan dan objektif; dan

c) Hasil awalan.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to Write and Illustrate a Scientific Paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan Menulis Tesis Gaya UKM 2009. Edisi Semak Kedua. Bangi: Pusat

Pengajian Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and Publish a Scientific Paper.

Sixth Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to Write a Scientific Paper Without Neglecting

your Patients. Radcliffe Publishing.

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

Page 72: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta pengumpulan

data

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

STBM3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to Write and Illustrate a Scientific Paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan Menulis Tesis Gaya UKM 2009. Edisi Semak Kedua. Bangi: Pusat

Pengajian Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and Publish a Scientific Paper.

Sixth Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to Write a Scientific Paper Without Neglecting

your Patients. Radcliffe Publishing.

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

dilakukan.

HPK2 Kebolehan bekerja secara individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

penyelidikan.

HPK3 Berkebolehan menjalankan eksperimeni serta menganalisis data

Page 73: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK4 Berkebolehan menulis laporan dan mempersembahkan data dalam bentuk

tesis untuk penilaian.

HPK5 Berkebolehan membentangkan dan mempertahankan hasil kajian yang

diperolehi

Page 74: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

PROGRAM BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN

STBT2012 Perkembangan Tumbuhan Kursus ini membincang konsep, prinsip dan mekanisme penting dalam pemahaman

kegiatan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan. Perbincangan adalah terhadap

kegiatan utama perkembangan di tahap embrio, biji benih, bahagian vegetatif dan

pembiakan. Di setiap kegiatan perkembangan peranan faktor kawalan sama ada

secara dalaman atau luaran dikaitkan. Faktor dalam lebih membincangkan

penglibatan pengawalatur pertumbuhan serta faktor biokimia dalam langkah-

langkah perkembangan yang tertentu. Peranan cahaya dan fitokrom juga

dibincangkan. Penyampaian dilakukan ke arah penghayatan permasalahan dan

penyelidikan yang sedang dijalankan. Kursus ini termasuk amali yang meliputi

aspek percubaan beberapa tajuk penting dalam penyelidikan perkembangan

tumbuhan seperti analisis pertumbuhan, analisis hormon dan perkembangan

vegetatif dan pembiakan.

Bacaan Asas Briggs, W.R., Jones, R.L. & Walbot, V.1996. Annual review of plant physiology

Vol:47. Palo Alto California: Annual Review Inc.

Hopkins, W.G. 2004. Introduction to plant physiology 3rd edition. New York:

John Wiley.

Mohr, H. & Schopfer, P. 1995. Plant physiology. Heidelberg, Berlin: Springer

Verlag.

Salisbury, F. & Ross, R. 1994. Plant physiology. New York: Wadworth

Publications.

Taiz, L. & Zieger, E. 2006. Plant physiology 4th edition. California:

Bejamin/Cummings Publishing Co., Inc.

Page 75: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami konsep perkembangan tumbuhan

HPK2 Memahami peranan hormon dalam perkembangan

HPK3 Memahami perkembangan vegetatif dan pembiakan, perkembangan buah

dan biji benih

HPK4 Memahami fisiologi percambahan

HPK5 Memahami fotomorfogenesis dan peranan fitokrom

HPK6 Memahami kedormanan dan senesens

HPK7 Berupaya menjalankan kajian penyelesaian masalah yang berkaitan dengan

perkembangan tumbuhan

STBT2014 Fisiologi Tumbuhan Kursus pengenalan fisiologi tumbuhan ini akan membincangkan konsep asas

bagaimana tumbuhan berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran. Objektif

kursus ini adalah untuk memahami konsep asas fisiologi tumbuhan dan perkaitanya

dengan tumbesaran serta perkembangan tumbuhan. Antara topik yang akan

dibahaskan ialah: fisiologi tumbuhan dalam perspektif – dari gen ke tumbuhan

keseluruhan; tumbuhan, air dan persekitaran; fluks transpirasi; kesignifikanan dan

faktor-faktor mempengaruhi; pemakanan mineral tumbuhan: kepentingan,

penyerapan dan asimilasi; stomata dan metabolisme sel kawal; fotosintesis,

fotorespirasi dan pertukargantian gas fotosintesis; mekanisme pelikatan karbon

dioksida tumbuhan dan kesignifikanan; pengangkutan melalui floem & konsep

singki-sumber – mekanisme, pengagihan asimilat dan produktiviti tumbuhan;

hormon dan pengaturan tumbesaran dan perkembangan tumbuhan: takrifan, jenis,

tapak pengeluaran dan peranan fisiologi, tumbuhan & persekitaran – faktor

payahan, kesan dan respons.

Bacaan Asas

Hopkins, W.G. 2004. Introduction to plant physiology 3rd edition. New York:

John Wiley.

Mohr, H. & Schopter, P. 1995. Plant physiology. New York: Springer-Verlag.

Ridge, I. 1991. Plant physiology. Milton Keynes: The Open University, Walton

Hall.

Page 76: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Salibury, F.B. & Ross, C.W. 1991. Plant Physiology. Belmont, California :

Wadsworth Publishing Co.

Taiz, L. & Zieger, E. 2006. Plant physiology. 4th edition. California:

Bejamin/Cummings Publishing Co., Inc.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Secara amnya pelajar berupaya memahami aspek utama ilmu fisiologi

tumbuhan

HPK2 Pelajar berupaya memahami struktur dan fungsi asas sel tumbuhan dan

kaitannya dengan proses fisiologi tumbuhan.

HPK3 Berupaya memahami sistem pengangkutan air dan mineral dalam

tumbuhan

HPK4 Pelajar berupaya untuk memahami tapakjalan fotosintesis dan

fotorespirasi serta kaitannya dengan anatomi daun

HPK5 Pelajar berupaya memahami perkembangan tumbuhan dan perkaitannya

dengan pelbagai jenis hormon.

HPK6 Pelajar berupaya memahami bagaimana tumbuhan hidup dan berkembang

serta tindakbalas fisiologinya terhadap tekanan faktor sekitaran

Page 77: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK7 Pelajar berupaya menunjukkan kefahaman tentang beberapa proses asas

fisiologi tumbuhan menerusi latihan amali

HPK8 Pelajar memperolehi pengalaman mengendalikan alat-alat yang biasa

diguna dalam kajian fisiologi tumbuhan menerusi latihan amali.

STBT2023 Teknologi in vitro Tumbuhan (PRASYARAT: STBP 1013 Asas Biologi Molekul, STBP 1023 Biologi sel) Dalam kursus ini, prinsip dan kegunaan kultur sel dan tisu tumbuhan akan di

bincangkan. Penyampaian akan memberi penekanan terhadap teknik dan faktor

faktor yang penting pada setiap kegiatan in vitro yang dibincangkan. Ini diikuti

dengan membincang kepentingan serta sejauh mana potensi dan sumbangan

teknologi in vitro telah di capai sebagai teknologi dalam penyelidikan dan industri

pertanian. Topik-topik yang diliputi termasuk mikroperambatan, embriogenesis,

kultur protoplas, penghasilan metabolit sekunder, variasi somaklon, transformasi

dan kejuruteraan genetik tumbuhan, penyimpanan germplasma, serta penghasilan

biji benih sintetik. Kursus ini memberi penekanan pada kerja-kerja amali. Amali

meliputi aspek mikroperambatan, kultur organ, teknik manipulasi genetik

tumbuhan, transformasi dan pengkrioawetan.

Bacaan Asas Bhojwani, S.S. 1990. Plant tissue culture: application and limitation.

Amsterdam:Elservier

Debergh, P.C. & Zimmerman R.H. 1991. Micropropagation, technology and

application. Dordrecht: Kluwer Academic Publisher

Gamborg, O.L. & Philips, G.C. (Ed). 1995. Plant cell, tissue and organ culture,

fundamental methods. Berlin: Springer Verlag

Halford, NG. 2006. Current and future applications genetically modified crops.

John Wiley

Lumsden, P.J., Nicholas, J.R. & Davies, W.J. 1994. Physiology, growth and

developments of plants in culture. Dordrecht: Kluwer Academics Publisher

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Memahami kepentingan teknologi in vitro dalam pemuliharaan dan

pembaikan tanaman.

HPK2 Berkeupayaan menyediakan media dan larutan serta penggunaannya.

Page 78: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK3 Kemahiran dalam pengendalian dan manipulasi kultur tumbuhan yang

berbeza.

HPK4 Menguasai teknik mikropropagasi, protoplas dan pengkrioawetan serta

fenomena variasi somaklon bagi tujuan pembaikan dan pemuliharaan.

HPK5 Memahami kepentingan metabolit sekunder dari segi penghasilan,

pengkelasan dan sumbangan kepada industri bioteknologi.

HPK6 Memahami konsep asas teknologi gen tumbuhan merangkumi pemencilan

gen dan penciriannya.

HPK7 Menguasai teknik-teknik transformasi genetik tumbuhan, analisis transgen

dan kepentingan tumbuhan transgenik.

STBT3013 Biologi Molekul Tumbuhan Kursus ini dimulakan dengan perbincangan mengenai struktur dan organisasi

genom nukleus, plastid mitokondria dan kloroplas tumbuhan. Ini diikuti dengan

perbincangan tentang bagaimana pengaturan pengekspresan gen yang berlaku

dalam sistem tumbuhan. Beberapa topik khusus yang berkaitan dengan

perkembangan tumbuhan serta bagaimana tumbuhan berinteraksi dengan faktor-

faktor sekitaran samada biotik atau abiotik akan dibincangkan. Penekanan juga

akan diberikan terhadap teknologi manipulasi genetik dalam pembaikan tumbuhan.

Bacaan Asas Buchanan, B., Gruissem, W. & Jones, R.L. 2000. Biochemistry & Molecular

Biology of Plants. John Wiley & Son Ltd.

Dennis. D.T. 1997. Plant metabolisme. London: Longman Publisher.

Grierson, D. & Covey, S.N. 1998. Plant molecular biology. London: Chapman &

Hall.

Helts, H.W. 1997. Plant biochemistry and molecular biology. Oxford: Oxford

University Press.

Trigiano, R.N. & Gray, D.J. 2005. Plant Development and Biotechnology. CRC

Press.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan memahami perkembangan tumbuhan dengan menggunakan

pendekatan biologi molekul.

Page 79: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK2 Memahami organisasi genom nuklear, mitokondria dan kloroplas serta

pengaturan pengekspresan gen di peringkat transkripsi dan pasca

transkripsi.

HPK3 Memahami stuktur plasmid Ti dan bahagian T-DNA dan peranan gen-gen

pada T-DNA yang terlibat dalam penyakit crown gall.

Page 80: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK4 Memahami mekanisme pemindahan T-DNA di peringkat molekul.

HPK5 Memahami proses pengikatan nitrogen secara simbiosis di peringkat

molekul.

HPK6 Memahami proses-proses perkembangan tumbuhan.

HPK7 Berupaya mengurus dan menyebarkan maklumat daripada jurnal saintifik.

STBT3903 Sumber Genetik Tumbuhan Kursus ini membincangkan faktor yang menyebabkan hakisan genetik serta

kepentingan pemuliharaan sumber genetik tumbuhan. Tajuk kuliah yang utama

termasuk; kepelbagaian sumber genetik tumbuhan melalui asal usul pertanian,

kesan domestik dan evolusi tumbuhan; pemungutan, pencirian dan penilaian serta

penggunaan sumber genetik tumbuhan, dan pemuliharaan germplasma. Dalam

aspek pemuliharaan kaedah ex situ dan in situ akan diterangkan. Penekanan akan

diberi terhadap prinsip penyimpanan biji benih, bank biji dan kaedah penyimpanan

in vitro termasuk pengkrioawetan. Kursus ini juga membincangkan penggunaan

prinsip genetik dalam pembaikan tanaman.

Bacaan Asas

Copeland, L.O. & McDonald, M.B. 1995. Principles of seed science and

technology. New York: Chapman & Hall.

Dhillon B.S., Saxena S., Agrawal A. & Tyagi R.K. 2005. Plant Genetic Resources:

Foodgrain Crops. Alpha Science International. Oxford, UK.

Guarino, L.V., Rao, R. & Reid, R. 1995. Collecting plant genetic diversity.

Wallingford, U.K: CAB International.

Yap, T. C., Mak, C. & Saad, M. S. 1990. Pembiakbakaan tumbuhan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakri, A.H. 1991. Sumber genetik tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 81: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan memahami kepentingan pemuliharaan sumber genetik

tumbuhan

HPK2 Memahami proses evolusi tumbuhan

HPK3 Berkeupayaan memahami penggunaan prinsip genetik dalam pembaikan

tanaman

HPK4 Berkeupayaan untuk mengaitkan penggunaan sumber genetik tumbuhan

dalam pembaikan tanaman

HPK5 Berkebolehan mengenalpasti kaedah pemungutan, pencirian dan penilaian

germplasma

HPK6 Memahami kaedah-kaedah pemuliharaan sumber genetik tumbuhan

HPK7 Berkeupayaan menggunakan sumber genetik tumbuhan untuk pembaikan

tanaman di Malaysia

STBT3442 Komunikasi Saintifik Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini

membincangkan prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat

analisis secara kritikal dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan

(cadangan penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan

dan poster. Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal,

perbincangan berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai

berbagai tajuk dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How to write and illustrate a scientific paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan menulis tesis gaya UKM 2006. Edisi Semak. Bangi: Pusat Pengajian

Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How to write and publish a scientific paper.

Sixth Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How to write a scientific paper without neglecting

your patients. Radcliffe Publishing

Page 82: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat bagi pembentangan poister

dan lisan

STBT3886 Latihan Industri Setiap pelajar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan ditempatkan di

makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, dan industri yang

berkaitan untuk selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan

kerjaya bidang masing-masing. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara

langsung oleh pegawai berkenaan di tempat latihan masing-masing. Antara lain,

pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang-bidang

yang berkaitan dan mempertingkatkan kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan

penyesuaian diri untuk persediaan kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap

pelajar perlu menyediakan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan

memberi pembentangan secara lisan pada pusat pengajian.

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar

Page 83: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

dalam bidang-bidang yang berkaitan.

HPK2 Berkebolehan berinteraksi dan berkerjasama antara pekerja untuk

mencapai matlamat atau untuk menyiapkan kerja.

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam hubungan awam.

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan ,menjana

maklumat daripada hasil kerja untuk penulisan laporan dan pembentangan

lisan.

STBM3992 Latihan Ilmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penulisan cadangan penyelidikan yang melibatkan

pengenalpastian permasalahan, rasional kajian, reka bentuk eksperimen,

perancangan kerja dan perlombongan maklumat. Latihan ini juga mendedahkan

pelajar–pelajar untuk menjalankan penyelidikan, menguruskan diri untuk suasana

penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan pengumpulan data untuk dianalisis.

Pelajar juga dilibatkan mengenal pasti keperluan bahan dan peralatan yang

diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan untuk latihan ilminah I dan II.

Di akhir semester setiap pelajar perlu mengemukakan satu laporan lengkap

mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM

b) Permasalahan dan objektif

c) Hasil preliminari

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan.

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta penggumpulan

data

Page 84: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan.

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

STBM3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas

Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

dilakukan.

HPK2 Kebolehan bekerja secara individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

penyelidikan.

Page 85: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

HPK3 Berkebolehan menjalankan eksperimeni serta menganalisis data

HPK4 Berkebolehan menulis laporan dan mempersembahkan data dalam bentuk

tesis untuk penilaian.

HPK5 Berkebolehan membentangkan dan mempertahankan hasil kajian yang

diperolehi

Page 86: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

BIOTEKNOLOGI DENGAN PENGURUSAN

STBZ3903 Bioteknologi Haiwan Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada beberapa aspek kemajuan bioteknologi

haiwan serta etika penggunaan haiwan dalam eksperimen. Perbincangan meliputi

pelbagai teknik seperti ovulasi berganda dan pemindahan embrio, pengasingan seks

pada semen dan embrio, pemecahan dan pengklonan embrio; polimorfisme

genetik, pemetaan gen, serta pemilihan berpandukan penanda; poliploidi; dan

penghasilan haiwan transgenik. Prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengkulturan sel

dan tisu haiwan akan juga diliputi.

Bacaan Asas Lutz, G. C. 2002. Practical genetics for aquaculture. Oxford: Blackwell Science.

Maclean, N. (Ed). 1994. Animal with novel genes. London: Cambridge University

Press.

National Research Council. 2002. Animal Biotechnology: Science Based Concerns.

Washington, D.C.: The National Academies Press.

Renaveille, R & Burny, A (Eds.) 2001. Biotechnology in Animal Husbandry.

Boston: Kluwer Press.

Smith, J. E. 2004. Biotechnology. Cambridge: Cambridge University Press.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami prinsip asas mengenai bioteknologi haiwan

HPK2 Berkebolehan menggunapakai ilmu pengetahuan dan teknologi-teknologi

baru dalam bioteknologi haiwan

HPK3 Berkebolehan memahami impak teknologi-teknologi baru dalam

penghasilan haiwan ternakan

HPK4 Kebolehan untuk memahami perundangan dan etika dalam bioteknologi

haiwan

Page 87: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

PROGRAM ZOOLOGI

STBZ2013 Fisiologi Haiwan (PRASYARAT: STBP 1902 Kepelbagaian Haiwan & Tumbuhan) Fungsi fisiologi haiwan mamalia dikaji mengikut sistem tubuh yang berbeza. Pada

setiap sistem tubuh, dua subtajuk utama dibincangkan iaitu daripada segi struktur

dan fungsi serta perkaitannya dengan fisiologi. Kuliah dimulakan dengan sistem

otot serta perkaitannya dalam sistem penghadaman. Dalam topik sistem

penghadaman, pelajar didedahkan dengan proses-proses penghadaman bermula

dari kaviti oral hingga ke saluran anal. Proses metabolisme turut dibincangkan

dengan menghubungkaitkan hasil proses penghadaman dengan proses penjanaan

tenaga ATP. Di samping sistem peredaran darah, cecair badan lain seperti cecair

luar dan dalam sel dibincang agar kepentingannya dalam mengekalkan kimia badan

dan fungsinya sebagai penimbal dapat ditonjolkan. Sistem saraf pusat dan

autonomik turut dikaji. Perbincangan juga diadakan bagi sistem endokrin dan

pembiakan serta kawalannya. Amali diadakan untuk memperlihatkan struktur

organ yang terlibat dalam fisiologi dengan melibatkan pembedahan haiwan serta

amali yang mengkaji fungsi sistem badan seperti kajian fungsi ginjal, paru-paru

dan jantung.

Bacaan Asas Ganong, W.F. 1995. Review Of Medical Physiology. California: Lange Medical

Publications.

Guyton, A.C. 1995. Physiology Of The Human Body. Philadelphia: Saunders

College Publishing.

McClintic, J.R. 1995. Physiology Of The Human Body. John Wiley and Sons. New

York.

Page 88: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Rizzo, D.C. 2006. Fundamentals of Anatomy & Physiology. 2nd Edition.Thomson

Delmar Learning, USA.

Eric P.Widmaier, Hershel R. & Kevin T.S. 2008. Human Physiology The

Mechanisms of Body Function. 11th Edition.The McGraw-Hill Publishing Co.

New York,USA.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami konsep asas dalam fisiologi haiwan

HPK2 Berkebolehan memahami proses-proses terlibat dalam fisiologi haiwan

HPK3 Berkebolehan memahami tentang pendekatan eksperimen yang

digunapakai bagi menyelesaikan permasalahan dalam fisiologi haiwan

HPK4 Berupaya menjalan dan menginteprasi hasil eksperimen dalam fisiologi

Haiwan

HPK5 Berkebolehan mengaplikasikan ilmu fisiologi haiwan untuk perkembangan

bidang-bidang yang berkaitan dalam bioteknologi haiwan

STBZ2023 Biologi Perkembangan Tujuan kursus ini adalah untuk memahami secara meluas fenomena biologi

perkembangan. Kuliah dimulakan dengan memperkenalkan aspek sejarah kajian

biologi perkembangan. Proses perkembangan haiwan bermula dari gametogenesis

sehingga peristiwa sebelum, semasa dan selepas persenyawaan akan dibincangkan.

Pelajar akan didedahkan kepada proses perkembangan selepas persenyawaan

dengan lebih terperinci dengan melibatkan haiwan model iaitu katak dan ayam.

Pengetahuan mengenai perkembangan embrio dalam haiwan model ini

kemudiannya dibandingkan dengan yang berlaku dalam manusia. Teknologi

pembiakan berbantu (Artificial Reproductive Technology) turut diperkenalkan bagi

membolehkan pelajar menyedari bahawa proses pembiakan dan biologi

perkembangan boleh dimanipulasi untuk kepentingan manusia disamping

menitikberatkan komponen etika dan moral dalam penyelidikan berkaitan. Kuliah

disokong dengan lima kelas amali tentang perkembangan tiga kumpulan haiwan

iaitu amfibia (katak), burung (ayam), dan mamalia (mencit).

Bacaan Asas Austin, C.R. & Short, R.V. (pynt.) 1978. Reproduction In Mammals. Vol. 1-8.

London: Cambridge: Univ. Press.

Cochard, L.R. 2002. Netter’s Atlas of Human Embryology. Icon Learning System,

USA

Carlson, B.M. 1996. Patten’s Foundation Of Embryology. 6th Edition. New York:

McGraw-Hill.

Page 89: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

Gilchrist, F.G. 1968. A Survey Of Embryology. New York: McGraw-Hill.

Wolpert,L. et al. 2007. Principles of Development. 3rd Edition.Oxford University

Press, USA

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami konsep asas dalam biologi perkembangan

HPK2 Berkebolehan memahami proses-proses terlibat dalam perkembangan

haiwan

HPK3 Berkebolehan memahami tentang pendekatan eksperimen yang

digunapakai bagi menyelesaikan permasalahan dalam biologi

perkembangan

HPK4 Berupaya menjalankan dan mengintepretasi eksperimen dalam biologi

perkembangan

HPK5 Berkebolehan mengaplikasikan ilmu berkaitan proses-proses terlibat dalam

perkembangan haiwan dalam bidang bioteknologi haiwan

STBZ3013 Parasitologi Kursus ini membincangkan parasit-parasit yang menjangkiti manusia mahupun

haiwan dengan menekankan kepada contoh-contoh parasit protozoa, helmin dan

artropod. Tajuk kuliah merangkumi aspek biologi, patogenesis, transmisi dan

kawalan parasit dan penyakit khususnya bagi parasit-parasit yang terdapat di

Malaysia. Tajuk-tajuk lain yang turut dibincangkan termasuklah epidemiologi,

imunologi dan kemoterapi jangkitan parasit. Kelas amali melibatkan teknik-teknik

asas dalam parasitologi dan menekankan kepada aspek pengecaman dan diagnosis

parasit yang diambil daripada darah, tinja dan sampel dari sekitaran.

Bacaan Asas Cox, F.E.G. 1993. Modern Parasitology: A Textbook of Parasitology. Ed. Ke-2.

Blackwell Science.

Heelan, J.S. & Ingersoll, F.W. 2002. Essentials of Human Parasitology. Delmar

Thompson Learning.

Roberts, L.S. & Janovy, Jr. J. 2005. Gerald D. Schmidt & Larry S. Roberts’

Foundations of Parasitology. Ed. Ke-7. McGraw Hill.

Cox, F.E.G., Kreir, J. P. & Wakelin, D. 1998. Parasitology in Topley & Wilson’s

microbiology and microbial infection Vol. 5. London: Arnold.

Despommier, D.D., Gwadz, R.W.&Hotez, P.J. 1995. Parasitic Disease. Berlin:

Springer-Verlag.

Hasil Pembelajaran Kursus

Page 90: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK1 Berkebolehan memberikan definisi istilah-istilah asas parasitologi.

HPK2 Berkebolehan memahami prinsip dan konsep asas parasitologi.

HPK3 Berkebolehan menghayati kepentingan parasit dan jangkitannya.

HPK4 Berkebolehan mengelas dan mencirikan jenis-jenis parasit utama yang

menjangkiti manusia dan haiwan.

HPK5 Berkebolehan menerangkan kaedah-kaedah diagnosis, rawatan dan

pencegahanjangkitan parasit.

Page 91: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi

STBZ3023 Endokrinologi Kursus ini membincangkan tentang organ atau kelenjar endokrin dan perembesan

hormon pada mamalia. Perbincangan dilakukan mengikut pendekatan kelenjar

demi kelenjar. Penekanan diberikan kepada struktur molekul, biosintesis, fungsi

dan mekanisme tindakan hormon di peringkat sel. Peranan protein pengangkut dan

reseptor serta mekanisme kawalan rembesan hormon juga dihuraikan. Di samping

itu hubungan antara hormon dan kepentingan hormon dalam beberapa sistem

fisiologi tubuh juga dibentangkan.

Bacaan Asas Greenspan, F.S. & Strewler, G.J. 2004. Basic & Clinical Endocrinology. Boston:

McGraw-Hill.

Hadley, M.E. & Levine, J.E. 2007. Endocrinology. New Jersey: Prentice Hall

Press.

Kronenberg, H.M., Melmed, S., Polonsky, K.S. & Larsen, P.R. 2007. William’s

Textbook Of Endocrinology. Philadelphia: Saunders.

Levine, J.E. 2006. Endocrinology. New Jersey: Prentice Hall.

Norris, D. O. 2006. Vertebrate Endocrinology. Florida: Academic Press.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkebolehan memahami konsep asas dalam endokrinologi.

HPK2 Berkebolehan memahami mekanisme suap balik positif dan negatif dalam

perembesan hormone

HPK3 Berupaya mengenalpasti dan membincangkan kepentingan sistem endokrin

dalam pengaturan fungsi sel, tisu, organ dan integrasi gerak balas

organisma terhadap perubahan sekitaran dalaman dan luaran tubuh.

HPK4 Berupaya menghuraikan mengenai organ endokrin utama daripada segi

anatomi, histologi serta ciri-ciri biokimia hormon yang dirembeskan.

Page 92: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

170 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

HPK5 Berkebolehan membanding dan membezakan mekanisme asas yang

terlibat dalam tindak balas berperantara reseptor pada tisu-tisu sasaran.

HPK6 Berupaya mengenalpasti kepentingan setiap hormon dalam mengekalkan

kesihatan serta kesan keabnormalan perembesan hormon.

STBZ3442 Komunikasi Saintifik Pelajar akan didedahkan kepada kaedah-kaedah komunikasi saintifik terutamanya

dalam aspek penulisan dan pembentangan lisan. Kursus ini direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menulis dan mempersembahkan bahan saintifik mengikut

format piawai bagi komunikasi saintifik yang berkesan. Kursus ini membincangkan

prinsip dan cara mengumpul maklumat saintifik, membuat analisis secara kritikal

dan menyampaikan maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (cadangan

penyelidikan, laporan teknikal dan kertas jurnal), pembentangan lisan dan poster.

Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan

berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk

dalam bidang biosains dan bioteknologi.

Bacaan Asas Bjorn, G. 2008. How To Write And Illustrate A Scientific Paper. Second Edition.

Cambridge University Press.

Panduan Menulis Tesis Gaya UKM 2006. Edisi Semak. Bangi: Pusat Pengajian

Siswazah, UKM.

Robert, A. D. & Gastel, G. 2006. How To Write And Publish A Scientific Paper.

Sixth Edition. Cambridge University Press.

Albert, T. & Smith, R. 2000. How To Write A Scientific Paper Without Neglecting

Your Patients. Radcliffe Publishing

Ismail Ahmad, 1996. Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk mencari maklumat terkini dan releven daripada

pelbagai sumber

HPK2 Berkebolehan bekerja secara berkumpulan dan menyampai maklumat

kepada ahli kumpulan

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan

lisan

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan, menjana

maklumat daripada penerbitan bagi tujuan penulisan cadangan dan

Page 93: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 171

merekabentuk penyelidikan

HPK5 Berkeupayaan mengorganisasikan maklumat bagi pembentangan poister

dan lisan

STBZ3886 Latihan Industri Setiap pelajar Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi akan ditempatkan di

makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, dan industri yang

berkaitan untuk selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan

kerjaya bidang masing-masing. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara

langsung oleh pegawai berkenaan di tempat latihan masing-masing. Antara lain,

pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang-bidang

yang berkaitan dan mempertingkatkan kebolehan berinteraksi, berkomunikasi, dan

penyesuaian diri untuk persediaan kerjaya masing-masing. Di akhir latihan, setiap

pelajar perlu menyediakan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan

memberi pembentangan secara lisan pada pusat pengajian.

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar

dalam bidang-bidang yang berkaitan.

HPK2 Berkebolehan berinteraksi dan berkerjasama antara pekerja untuk

mencapai matlamat atau untuk menyiapkan kerja.

HPK3 Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam hubungan awam.

HPK4 Berkeupayaan untuk menganalisis, mengintrepretasi dan ,menjana

maklumat daripada hasil kerja untuk penulisan laporan dan pembentangan

lisan.

STBZ3992 Latihan Ilmiah I Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penulisan cadangan penyelidikan yang melibatkan

pengenalpastian permasalahan, rasional kajian, reka bentuk eksperimen,

perancangan kerja dan perlombongan maklumat. Latihan ini juga mendedahkan

pelajar–pelajar untuk menjalankan penyelidikan, menguruskan diri untuk suasana

penyelidikan dan cara-cara pengurusan dan pengumpulan data untuk dianalisis.

Page 94: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

172 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013

Pelajar juga dilibatkan mengenal pasti keperluan bahan dan peralatan yang

diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan untuk latihan ilminah I dan II.

Di akhir semester setiap pelajar perlu mengemukakan satu laporan lengkap

mengenai perkara-perkara yang akan dinilaikan seperti berikut:

a) Persembahan laporan mengikut format Gaya UKM

b) Permasalahan dan objektif

c) Hasil preliminari

Bacaan Asas Tiada

Hasil Pembelajaran Kursus

HPK1 Kebolehan mengenalpasti objektif kajian serta rasional bidang kajian yang

akan dilakukan.

HPK2 Kebolehan meneroka maklumat dan berupaya memilih, mengintegrasi dan

mensintesis maklumat untuk kesesuaian kajian tertentu

HPK3 Berkebolehan menjalankan reka bentuk eksperimen serta penggumpulan

data

HPK4 Berkebolehan mengurus dan merancang kerja-kerja amali dalam

kesesuaian pengajian dan menjalankan penyelidikan.

HPK5 Berkebolehan menulis dan mempersembahkan satu laporan cadangan

penyelidikan untuk penilaian

STBZ3996 Latihan Ilmiah II Setiap pelajar diwajibkan menjalankan projek penyelidikan di bawah penyeliaan

pensyarah dan dilakukan dalam 1 semester. Matlamatnya adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada penggunaan peralatan, kaedah-kaedah penyelidikan

dan reka bentuk eksperimen. Latihan ini melibatkan pendekatan dan teknik yang

bersesuaian, penggumpulan data dan analisis bagi mencapai kesimpulan. Latihan

ini juga melibatkan saling tindakan dan kerjasama antara pelajar-pelajar dan

penyelia masing-masing. Hasil projek ini dipersembahkan dalam bentuk tesis

berformat Gaya UKM yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan seminar

b) Perlaksanaan kerja-kerja penyelidikan

c) Persembahan tesis

Bacaan Asas

Page 95: PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Fakulti Sains dan Teknologi 173