punca kesilapan murid menyelesaikan soalan penyelesaian

16
Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian Masalah Dalam Matematik Oleh Suriati Zuraida binti Muhamad Sharif Sekolah Kebangsaan Slim River, 35800 Slim River, Perak darul Ridzuan ABSTRAK Masalah matematik berayat (word problems) merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran ini sedangkan mereka berupaya melaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atau teknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu murid menangani kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Penyelesaian masalah matematik berayat bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks.Kajian kes ini bertujuan mencari punca kesilapan murid-murid Tahun 4 Beta dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik. Seramai 20 orang murid Tahun 4 Beta daripada SK Slim River telah dipilih sebagai subjek kajian. Saya memilih kelas tersebut kerana saya mengajar kelas ini dari awal tahun 2011. Dalam kajian ini, murid-murid telah diuji secara bertulis dengan menggunakan satu set 12 soalan penyelesaian masalah matematik. Selepas ujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi secara bertulis soalan-soalan yang gagal dijawab secara individu. Peringkat seterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian kedua ditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai untuk mengenal pasti punca kesilapan oleh murid. Hasil kajian menunjukkan beberapa punca kesilapan yang ada pada murid yang lemah terutamanya kegagalan murid menukarkan cerita kepada ayat matematik yang betul dan kesilapan penggunaan strategi penyelesaian masalah. 1.0 PENDAHULUAN Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2001, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [LPKPM],2001). Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.

Upload: amriwld

Post on 03-Jan-2016

330 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

murid

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan PenyelesaianMasalahDalam MatematikOlehSuriati Zuraida binti Muhamad SharifSekolah Kebangsaan Slim River,35800 Slim River,Perak darul RidzuanABSTRAKMasalah matematik berayat (word problems) merupakankomponen penting dalam kurikulum matematik KBSR.Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupayamenguasai kemahiran ini sedangkan mereka berupayamelaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atauteknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu muridmenangani kesukaran dalam menyelesaikan masalahmatematik berayat. Penyelesaian masalah matematik berayatbukan setakat mencari jawapan akhir tetapi membabitkankefahaman dan penguasaan strategi yang lebihkompleks.Kajian kes ini bertujuan mencari punca kesilapanmurid-murid Tahun 4 Beta dalam menyelesaikan soalanpenyelesaian masalah matematik. Seramai 20 orang muridTahun 4 Beta daripada SK Slim River telah dipilih sebagaisubjek kajian. Saya memilih kelas tersebut kerana sayamengajar kelas ini dari awal tahun 2011. Dalam kajian ini,murid-murid telah diuji secara bertulis dengan menggunakansatu set 12 soalan penyelesaian masalah matematik. Selepasujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi secara bertulissoalan-soalan yang gagal dijawab secara individu. Peringkatseterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian keduaditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yangtelah diubahsuai untuk mengenal pasti punca kesilapan olehmurid. Hasil kajian menunjukkan beberapa punca kesilapanyang ada pada murid yang lemah terutamanya kegagalanmurid menukarkan cerita kepada ayat matematik yang betuldan kesilapan penggunaan strategi penyelesaian masalah.1.0 PENDAHULUANMasalah matematik berayat sememangnya merupakan komponenpenting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalamkomponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2001, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah

berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

[LPKPM],2001). Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu

dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu

pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar.

Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang

berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran

asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan

dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada

kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam

Page 2: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.

Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif

yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam

Sukatan Pelajaran Matematik.

Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan

utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu

penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu

proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada

kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi

masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya

penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah

dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya

seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan

konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia

dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum

sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk

masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).

Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan

matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami

banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian

Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah

memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk

meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik.

1.2 Masalah Kajian

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan

istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan

pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam

Page 3: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

pengajian matematik sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan

kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah,

operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan

menyemak secara logik.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan

kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal

yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal,

program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum

mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program

pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas

dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada

kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid

mengalami masalah pembelajaran dalam matematik tidak dapat dibantu

dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri

akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya,

murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan

seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan

soalan penyelesaian masalah dalam matematik. Kajian ini akan

menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu

penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain

daripada itu, kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks

soalan penyelesaian masalah iaitu item masalah tidak langsung, item

masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah yang

memerlukan dua langkah penyelesaian.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan

Page 4: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

berikut :

a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 4 Beta yang

lemah untuk menyelesaikan masalah?

b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun

4 Beta yang lemah dalam menyelesaikan masalah?

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :

a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kesilapan dalam

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam matematik di

kalangan murid-murid Tahun 4 Beta sahaja.

b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga,

persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan

dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian

masalah dalam matematik.

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki

oleh semua orang terutamanya kepada golongan guru untuk

menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Tumpuan kepada aspek

pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi psikologi

dan menambahkan motivasi belajar mereka.

Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap kelemahankelemahan

yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 terhadap soalan

penyelesaian masalah. Dengan mengenal pasti kelemahan murid-murid

pada peringkat awal akan membolehkan langkah-langkah pemulihan yang

sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid-murid terus menerus

mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untuk

terus maju dalam mata pelajaran matematik. Setelah menguasai

kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai

matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari

matematik.

Memahami dan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah

Page 5: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami

bahasa, memahami situasi yang dinyatakan, keupayaan untuk mencari

ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi.

Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan

soalan penyelesaian masalah yang mudah akan memberi sumbangan

terhadap keupayaan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang lebih kompleks.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Mengikut definisi Lester (1970-an), masalah merupakan suatu situasi

apabila seseorang individu atau kumpulan itu dikehendaki melaksanakan

kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan

kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan

kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu harus

melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberi

penyelesainnya.

Mengikut Newman (1977, 1983), apabila seseorang ingin menyelesaikan

soalan bermasalah , ia perlu mengikut hieraki berikut :

1. Membaca masalah.

2. Memahami apa yang dibaca.

3. Membuat transformasi pemikiran.

4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.

5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.

Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman

adalah setiap masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana

kegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang penyelesaian

masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara

tidak sengaja.

Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku

kerana penyelesaian masalah memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.

Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses

mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut,

Page 6: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan soalan penyelesaian

masalah disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan

data atau langkah mengira.

Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya

menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai

kemahiran menjalankan operasi secara

prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and

Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud

et al., 1997). Fenomena ini nampaknya secocok dengan kajian di luar

negara seperti Verschaffel et al. (1999), Bransford et al. (1996), dan

Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah matematik berayat

menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid

peringkat awal persekolahan.

Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik,

murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik

menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka

dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999; Hassan, 1998; dan

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP], 1993).Selain itu, murid

melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud

keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik

berayat (Bransfordet al., 1996; dan Hegarty, 1995).

3.0 METODOLOGI

3.1 Persampelan

Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang murid-murid Tahap 2 iaitu

murid-murid Tahun 4 Beta dari Sekolah Kebangsaan Slim River.

Murid-murid di dalam setiap kelas diasingkan mengikut tahap pencapaian

mereka dan tidak ditempatkan berdasarkan kepada pelbagai kebolehan.

Murid 4 Beta dikategorikan sebagai sederhana berdasarkan kepada

pengasingan kelas.

3.2 Pengumpulan Data

Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas murid. Murid-murid diuji

Page 7: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

secara kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 12 soalan.

Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 40 minit. Pengkaji

memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama ada

jawapan yang diberikan itu betul atau salah.

Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid-murid yang

melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan itu. Temu duga

ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah

diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temu duga dijalankan, terlebih dahulu

saya memberitahu murid bahawa ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji

apakah kesilapan atau masalah yang mereka hadapi dalam

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

3.3 Instrumen

Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan

a) Soalan Ujian Penyelesaian Masalah

Soalan ujian ini mengandungi 12 soalan subjektif penyelesaian masalah

yang melibatkan operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi . Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan

murid-murid yang mengandungi :

i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan

Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja.

ii) Pernyataan Tidak Langsung.

iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu.

iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian.

b) Temu Duga Individu.

Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu

Duga Newman yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga

Newman, seseorang murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis

yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula. Apabila

ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemuduga murid-murid

berdasarkan 5 soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan

kesilapan murid berdasarkan Kriteris Newman iaitu sama ada kesilapan

Page 8: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

berpunca daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan, kefahaman,

keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah kepada

ayat matematik), kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan

(menulis jawapan yang betul).

3.4 Analisis Data

Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama,

ujian diagnostik dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah.

Saya telah memeriksa jawapan daripada tugasan yang dilakukan oleh

murid.

Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi

setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada

berpunca daripada kecuaian, kurang motivasi, pemahaman, transformasi,

komputasi atau kebolehan membuat pengkodan.

3.5 Dapatan Kajian

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati 5 punca

kesilapan yang telah dilakukan oleh murid Tahun 4 Beta seperti berikut :

Punca Satu : Kegagalan Membuat Transformasi

Sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 4

Beta ialah dalam memilih operasi yang sesuai untuk membuat

penyelesaian. Murid-murid gagal menukarkan cerita kepada ayat

matematik yang tepat. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah keliru

dalam operasi tambah untuk menyelesaikan masalah operasi darab dan

menggunakan operasi tolak untuk menyelesaikan masalah bahagi.

Punca Dua : Cuai Ketika Menjawab Soalan

Dapatan kajian ini menunjukkan kecuaian merupakan faktor yang kedua

terbanyak. Biasanya kesilapan ini berlaku pada soalan yang mudah iaitu

melibatkan masalah yang memerlukan satu langkah penyelesaian dan

juga masalah yang mempunyai maklumat pengganggu. Ini jelas terbukti

apabila murid dapat menyelesaikan masalah matematik apabila diuji

secara individu berbanding dengan ujian yang diduduki secara kumpulan.

Punca Tiga : Tidak Memahami Soalan

Page 9: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh kegagalan murid untuk

memahami soalan. Ini jelas terbukti apabila murid yang lemah berbeza

dengan murid yang baik dalam menyelesaikan masalah dari segi

pemahaman bahan bacaan dan konteks ayat.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman berlaku

disebabkan oleh kegagalan murid memahami konsep-konsep asas yang

terdapat dalam soalan seperti konsep “lebih daripada”, “kurang daripada”

dan juga “lebih 2 kali”. Kelemahan murid untuk memikirkan angka yang

terdapat dalam soalan menyebabkan mereka mengabaikan frasa kata

yang terdapat pada sebelum sesuatu angka.

Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa murid kurang memahami apa

yang dibaca. Apabila ditanya, murid-murid hanya berdiam diri atau

mengatakan “tidak tahu” apa yang telah dibacanya. Maka jelaslah

bahawa murid boleh membaca dengan baik tetapi tidak memahami apa

yang telah dibaca atau kehendak soalan.

Punca Empat : Kurang Motivasi

Kekurangan motivasi juga menyebabkan murid-murid tidak dapat

menjawab soalan dengan betul. Ini jelas terbukti apabila murid-murid

yang gagal untuk menjawab soalan di dalam kedua-dua ujian bertulis

yang dijalankan tetapi berjaya menyelesaikan masalah setelah diberi

panduan melalui sesi temu duga. Dengan bantuan atau motivasi daripada

guru barulah murid berjaya menukarkan cerita kepada ayat matematik

dan akhirnya menyelesaikan masalah tersebut dengan betul.

Punca Lima : Melakukan Kesilapan Komputasi

Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 5 daripada 20 (25%) kesilapan

yang ditunjukkan oleh sampel kajian berpunca daripada kesilapan ketika

melakukan komputasi. Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan

kesilapan dalam pendaraban nombor 1 digit dengan 3 digit dan

pembahagian 3 digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan

komputasi mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan

pencapaian penyelesaian masalah murid. Dalam kajian ini, kesilapan

Page 10: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

komputasi didapati hanya berlaku dalam soalan penyelesaian masalah

yang melibatkan operasi bahagi dan operasi darab sahaja.

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

4.1 Perancangan Tindakan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, saya membuat

perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam matematik.

Oleh itu saya telah mengadakan sesi perbincangan dengan rakan yang

mengajar matematik dan berpengalaman dan menjadi pemeriksa kertas

UPSR bagi subjek ini. Saya meminta pandangan dan pendapat untuk

mengatasi masalah ini.

Beberapa aktiviti intervensi telah dicadangkan untuk membantu murid

mengatasi masalah ini seperti latih tubi berpandu membimbing murid

memahami masalah, mengecilkan skop operasi yang dipilih dan

mengukuhkan konsep tambah, tolak, darab dan bahagi.

4.2 Pelaksanaan Tindakan

Sebelum tindakan intervensi dilaksanakan, saya telah menerangkan kepada

mereka yang terlibat tentang perjalanan aktiviti-aktiviti yang akan

dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Semasa dalam proses menjalankan

kajian tindakan, saya mengambil langkah mengaplikasikan latih tubi

berpandu dalam pengajaran matematik saya ke atas murid-murid yang

terlibat. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

œ Aktiviti 1 - Penerangan menggunakan slide Powerpoint

œ Aktiviti 2 - Lembaran kerja soalan penyelesaian masalah berpandu

dalam

kumpulan.

œ Aktiviti 3 - Lembaran kerja soalan penyelesaian masalah berpandu

individu.

Page 11: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

4.3 Refleksi dan Penilaian

Berdasarkan daripada proses kajian yang telah dijalankan, terdapat

beberapa kelemahan yang dihadapi, di samping terdapat beberapa

kelebihan yang boleh ditonjolkan.

Kelebihan

Saya amat berpuas hati khususnya dari segi pencapaian murid-murid

dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) yang menunjukkan peningkatan

yang begitu positif dan memberansangkan. Daripada temubual dengan

murid-murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini, saya dapati mereka

lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan penyelesaian masalah.

Mereka telah mengaplikasikan teknik penyelesaian masalah berpandu

yang disarankan dan mendapati mereka lebih mudah memilih operasi

yang terlibat.

Saya telah membuat analisis soalan penyelesaian masalah yang terdapat

dalam soalan peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2), saya dapati murid-murid

yang terlibat dalam kajian tindakan ini telah berjaya menjawab 80% betul.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan peratus kelulusan mereka

dalam mata pelajaran matematik.

Daripada pemerhatian saya sendiri semasa sesi temu duga, semua

pelajar (termasuk yang paling lembab) telah mengambil bahagian dalam

aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tersebut dengan aktif.

Mereka perlukan perhatian daripada guru-guru yang mengajar untuk

memotivasikan mereka dalam pembelajaran. Mengenalpasti punca

masalah murid-murid dalam pembelajaran merupakan perkara yang

penting dalam usaha merangsang murid untuk belajar dan berfikir.

Kelemahan

Walaupun secara keseluruhannya analisis telah menunjukkan hasil yang

Page 12: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

baik, namun saya masih tidak berpuas hati. Ini memandangkan masih

terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah dalam

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah terutamanya bagi masalah

operasi darab dan bahagi. Maklumat ini ditunjukkan oleh beberapa orang

pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) . Faktor tidak

menguasai kemahiran ini merupakan penyebab mereka melakukan

kesilapan semasa mencari jawapan.

Kekurangan masa juga menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan

kepada murid yang lemah dalam membimbing mereka dalam

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan secara terperinci.

Faktor kehadiran murid yang terlibat dalam kajian tindakan ke sekolah

juga mengganggu proses kajian tindakan ini.

4.4 Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah

murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu

kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu,

perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Sebagai contoh, dalam

tajuk operasi darab, perlu ada pelbagai pendekatan untuk membantu

murid menghafal sifir dan melakukan operasi darab. Saya percaya,

penerapan pelbagai kaedah intervensi dalam menghafal sifir seperti kotak

sifir dan teknik mendarab seperti teknik lappace, mampu

menarik minat murid untuk menguasai kemahiran tersebut.

Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik,

murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan

teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan

angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999;

Page 13: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP],

1993).Selain itu, murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami

dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa

menyelesaikan masalah matematik berayat (Bransfordet al., 1996; dan

Hegarty, 1995).

Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat

menghasilkan

penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin. Dalam

penyelesaian masalah

matematik, murid tidak harus dikongkong oleh satu teknik penyelesaian

yang biasa

disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang sesuai perlu digalakkan,

lebih-lebih lagi

yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid,

pengalaman dan

persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid.

Guru perlu lebih prihatin terhadap masalah murid dan perlu kreatif

membuat pengubahsuaian terhadap teknik-teknik yang ada mengikut

situasi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagaikan kaedah pengajaran

dan melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap pengajaran, mampu

merubah persepsi murid-murid kita terhadap pembelajaran matematik

yang selama ini dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar sehingga

memadamkan minat mereka untuk belajar matematik.

Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam meminimumkan lagi

kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang

lebih besar. Saya percaya, perkongsian idea bersama rakan-rakan

sejawatan mampu memperbaiki kajian tindakan yang akan datang.

Page 14: Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan Penyelesaian

5.0 RUJUKAN

Atan Long, Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 1991

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Teks Mathematics

Standard 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Huraian Sukatan

Pelajaran Matematik :

Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun 4. KualaLumpur : Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1999). Buku Panduan

Guru,Matematik. Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan bahasa Dan Pustaka

Mook Soon Sang, Penyuburan dan Perkaedahan Matematik,

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1992

Mook Soon Sang, Psikologi, Strategi Pengajaran dan Penilaian

Matematik,Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1992

Noraini Idris, Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2005

Othman Lebar. Abdul Talib ,Mohamed Hashim,Omar Hisham

Mohd Baharin, Ismail Raof Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. KPD

3026, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, 2011

Soon Sang & Siew Fook Cheong, Pengajaran & pembelajaran

Matematik untuk Pengajaran Sekolah Rendah, Heinemann (Malaysia)

Sdn. Bhd., 1986

+1