punca hubungan etnik d china

Upload: nabilah-ahmad

Post on 04-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Punca Hubungan Etnik d China

    1/5

    Punca- punca

    Konflik di negara-negara China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata

    yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis. Di

    sebalik imej negara China yang menonjolkan rakyatnya bersatu-padu di bawah pemerintahan

    komunis namun sebenarnya negara besar ini masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah

    terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan etnik sehingga berlaku kekecohan

    pada 5 Julai lalu.

    Ia bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri.

    Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung

    kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.

    Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama

    Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han.

    Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media

    antarabangsa. Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat

    Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan. Kota yang terletak di wilayah

    Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi

    pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik.

    Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh

    masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung

    menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini. Lontaran batu berterbangan memecahkan

    tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus

    mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989

    yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk

    menyuraikan para penunjuk perasaan.

  • 7/30/2019 Punca Hubungan Etnik d China

    2/5

    "Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan

    aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!'

    Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk

    Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang

    diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang

    negara. Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain.

    Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak

    berdekad lalu.

    Selepas insiden rusuhan di Tibet sebelum ini yang jelas menunjukkan penggunaan

    kekerasan oleh Beijing dalam menangani masalah etnik,kali ini ia berlaku di Urumqi, bandar

    utama wilayah Xinjiang. Insiden melibatkan kaum Han yang merupakan penduduk majoriti

    China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti beragama Islam yang merupakan penduduk asal

    Xinjiang itu telah mengorbankan 192 nyawa, selain 1,680 mangsa cedera dalam konflik etnik

    terbesar sejak berdekad lamanya.

    Pemimpin aktivis Uighur, Zebiya Kadeer turut menyatakan kebimbangan dengan apa

    yang berlaku. Lapan juta daripada adalah Uighur yang beragama Islam dan menggunakan

    bahasa Turki sebagai bahasa pengantara sekali gus menjadikan mereka majoriti di Xinjiang.

    Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah pedalaman yang paling terpencil di dunia yang

    dikelilingi padang pasir dan bersempadan dengan Pakistan, Afghanistan, Kyrgyzstan,

    Kazakhstan, Rusia dan Mongolia dengan populasi seramai 20 juta orang.

    Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan kerana jumlah

    mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada 40 peratus sekarang,

    itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan ekonomi dan industri cari gali

    minyak yang pesat.

  • 7/30/2019 Punca Hubungan Etnik d China

    3/5

    Menurut sejarah, Xinjiang merupakan sebahagian daripada Jalan Sutera, laluan

    perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. Ia menjadi sebahagian

    daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Ekonomi secara tradisi di sini adalah

    perdagangan, penanaman gandum dan penternakan biri-biri ditambah dengan tanaman kapas,

    bit gula dan galian seperti minyak dan gas yang merupakan sebahagian besar daripada

    ekonomi China yang bernilai AS$61 bilion (RM218 bilion).

    Harapan menubuhkan negara Uighur berasingan, Republik Turkestan Timur, telah

    dipatahkan dalam dekad pertama pemerintahan komunis lagi. Walaupun Beijing memberi

    penekanan kepada semangat kebangsaan di bawah satu kerajaan, etnik-etnik minoriti terus

    dilayan secara tidak adil, tidak seperti etnik Han yang menduduki sebahagian besar China.

    Keadaan adalah lebih buruk di sebelah barat yang dulunya berada di bawah penaklukan

    dinasti Qing, terutamanya kawasan Tibet yang beragama Buddha, etnik Uighur yang

    beragama Islam di Xinjiang, puak Mongol yang hidup secara nomad dan satu lagi etnik

    beragama Islam, Hui. Ketegangan etnik bukan perkara baru di kawasan ini kerana pada

    Februari lalu, ratusan penduduk etnik Hui turut bertempur dengan kaum Han di wilayah

    Henan, tengah China yang bermula akibat pertengkaran kanak-kanak mengenai mercun.

    Malah pernah berlaku satu kemalangan jalan raya di wilayah itu pada 2004 yang kemudian

    bertukar kepada pergaduhan etnik yang menyebabkan tujuh orang terbunuh menurut berita

    rasmi, namun laporan luar menyatakan angka kematian setinggi 150 orang. Antara punca

    terjadinya ketegangan etnik di China adalah kerana layanan tidak sama rata dan lebih

    memihak kepada etnik Han dalam segala hal terutama melibatkan politik dan ekonomi.

    Malah polisi kerajaan yang mahu melupuskan penggunaan bahasa minoriti atas alasan

    perpaduan menyebabkan etnik Uighur berasa dipinggirkan, baik dari dalam sistem

    pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja.

    Kerajaan komunis juga mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan

  • 7/30/2019 Punca Hubungan Etnik d China

    4/5

    ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanak-

    kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya

    memupuk semangat kebangsaan. Ini dibuktikan apabila pihak berkuasa masih menutup

    masjid dan tidak membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat Jumaat atas alasan ia

    akan dijadikan tempat memulakan rusuhan dan kekecohan.

    Beijing mempertahankan polisi yang diamalkannya sejak 50 tahun lalu itu berjaya

    membawa kemajuan ekonomi dan infrastruktur ke kawasan minoriti. Apa yang dlihat tidak

    adil dan lebih mencetuskan ketegangan ialah rusuhan etnik di Xinjiang dipaparkan media

    negara sebagai berpunca dari etnik Uighur.

    Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah

    Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini

    telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi

    China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah. Namun, majoriti penduduk

    berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu

    perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan

    'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli,

    pertanian dan minyak di Xinjiang. Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad

    ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus

    daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han.

    Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus.

    Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang

    Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama

    Islam. Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah

    bebas, Turkestan Timur ditubuhkan. Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus

  • 7/30/2019 Punca Hubungan Etnik d China

    5/5

    menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri

    terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.

    Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang

    menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya. Menyifatkan diri mangsa

    keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai

    kumpulan al-Qaeda versi China.

    China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan

    Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan

    Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas

    oleh Washington. Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya

    Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem

    latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.