kertas kerja china (china '10)

Upload: cucu-mat-padang

Post on 14-Jul-2015

199 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CHINA 10

RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Nama Program Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA Aktiviti yang melibatkan: Lawatan akademik ke beberapa universiti sekitar Beijing Lawatan industri ke kilang-kilang Program pertukaran budaya

Jenis Program

Matlamat dan Objektif Program

Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university ) Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Anjuran Tarikh Tempat Jumlah Peserta Anggaran kos

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. 24 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010 China 25 orang mahasiswa FSKSM UTM. RM 76,650.00

KERTAS KERJA 1

CHINA 10

DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA 2010 ________________________________________________________________ 1.0 NAMA FAKULTI Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia. 2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. 2.2 Untuk mendapatkan peruntukan Global Outreach dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 2.3 Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program. 2.4 Untuk memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 3.0 PENGENALAN Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa, dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Mahasiswa perlulah bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang lebih berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, mahasiswa juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang

2

CHINA 10

melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor telah memikirkan dan merancang satu program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Di samping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat universiti ke arah pengiktirafan Universiti Bertaraf Antarabangsa (World Class University). Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China (CHINA 10) ini dirangka untuk mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia. 4.0 NAMA PROGRAM Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China / Delegation To China For Academic And Technology Review (CHINA10)

5.0 MATLAMAT PROGRAM Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan Graduan Universiti Teknologi Malaysia sebagai teknokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan.

3

CHINA 10

6.0 OBJEKTIF PROGRAM Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai : 6.1 Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university). 6.2 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. 6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual. 7.0 TEMA ILMU TANPA SEMPADAN

8.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Fakulti sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

4

CHINA 10

9.0 KERJASAMA Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut: 9.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 9.2 Kementerian Luar Negeri 9.3 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia 9.4 Kementerian Belia Dan Sukan 9.5 Kedutaan Malaysia di China 9.6 Kedutaan China di Malaysia 9.7 Kerajaan-Kerajaan Negeri 9.8 Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia 9.9 Syarikat-syarikat swasta

10.0

TARIKH PROGRAM 24 Mei 2010 30 Mei 2010

11.0

TEMPOH PROGRAM 7 hari

12.0

TEMPAT China

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN RM 76,650.00

14.0

PENYERTAAN 5

CHINA 10

25 orang mahasiswa jurusan Sains Komputer UTM 2 orang pegawai pengiring

15.0

BENTUK PROGRAM Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut: 15.1 Lawatan ke T. Tsinghua University, Beijing T.Tsinghua University , Beijing merupakan universiti terulung di negara China. Menyokong antara kombinasi Sains dan Teknologi , pengajaran dengan penyelidikan dan teori dengan latihan menjadi universiti China yang paling terulung ketika ini. Lawatan ke T.Tsinghua meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara perkara positf yang di laksanakan oleh T.Tsinghua. 15.2 Lawatan Industri ke Kingsoft Company Negara China merupakan negara yang paling pantas

membangunkan teknologi ICT mereka.Sebagai antara salah sebuah syarikat pembanggunan perisian yang terbesar di negara China. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang amat berguna kepada mahasiswa apabila dapat melihat sendiri production line penghasilan sesebuah perisian.

15.3 China

Lawatan Akademik ke University of Science and Technology of

6

CHINA 10

University of Science and Technology of China (USTC) merupakan salah satu universiti yang berprestij di China. Dengan pengkhususan yang serius dalam bidang sains dan teknologi, ini telah menjadikan USTC antara universiti di China yang paling banyak mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Lawatan ke USTC meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara perkara positf yang di laksanakan oleh USTC. 15.4 Lawatan ke Niujie Mosque Masjid Niujie merupakan yang tertua dan yang terbesar daripada semua masjid yang terdapat di Beijing. Masjid itu dibina dengan menggabungkan reka bentuk seni bina tradisional China dan seni bina bangunan timur tengah. Masjid ini terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu yang mempunyai penduduk Islam seramai 10,000 orang. Lawatan ke Masjid Nuijie adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana Masjid Nuijie merupakan salah sebuah daripada khazanah kebudayaan Islam di China. 15.5 Lawatan Akademik ke Beijing University of Technology Beijing University of Technology merupakan salah sebuah 100 universiti yang terbaik di dunia. Lawatan ke universiti ini bertujuan untuk mengadakan perrbincangan dua hala dengan pelajar dari fakulti Sains Komputer mereka mengenai isu pembangunan ICT di Asia.

15.6

Majlis Ramah Mesra bersama Duta Malaysia di China

7

CHINA 10

Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia ke China, Yang Berhormat Dato Abdul Majid Ahmad Khan diadakan sebagai memperkenalkan Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China, (CHINA 10). Ia akan disertai oleh semua peserta CHINA 10 dan pegawai pengiring serta pegawai-pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di China. 15.7 Lawatan Industri ke Kilang Sutera Negara China merupakan negara yang terkenal dengan

penghasilan sutera yang bermutu tinggi di dunia. Kain sutera banyak dihasilkan di daerah Suzhou iaitu di sebelah selatan China. Lawatan ke kilang sutera adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan melihat sendiri bagaimana kain sutera di proses dan dihasilkan. 16.0 AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1 17.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 2 18.0 19.0 BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran 3 PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Rujuk Lampiran 4

20.0

RUJUKAN 8

CHINA 10

Saudara Zulkarnain bin Azham Pengarah Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke Beijing (CHINA 09) Tel : 013 - 2224189 E-mail : [email protected]

21.0

PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas

mengenai matlamat Universiti Teknologi Malaysia dan kepimpinan pelajar Universiti Teknologi Malaysia di mata masyarakat antarabangsa, dan kami juga berharap program ini mendapat kerjasama yang erat dari semua pihak yang berkenaan bagi melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini dan bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan. Semoga nama Universiti Teknologi Malaysia dan negara Malaysia harum di persada antarabangsa dengan berjayanya program ini.

9

CHINA 10

LAMPIRAN 1 - AHLI JAWATANKUASA STRUKTUR ORGANISASI Penaung (JIKA HEP LETAK TNC HEP..JIKA GLOBAL OUTREACH LETAK TNCA) Penasihat Y.BHG. PROF. DR. ABDUL HANAN B. ABDULLAH Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

Koordinator 1 DR. MURTADHA BIN MOHAMAD Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

Koordinator 2 DR. SHUKOR B. ABDUL RAZAK Pensyarah / Penyelaras Program Pengantarabangsaan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM 10

CHINA 10

Pengarah ZULKARNAIN BIN AZHAM Timbalan Pengarah AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM Setiausaha NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH Timbalan Setiausaha FATIMAH BINTI ALI Bendahari NABILAH BINTI YUSOFF Timbalan Bendahari ASHANIRA BINTI MAT DERIS Biro Penajaan AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN Biro Pengangkutan & Aktiviti SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR RAFHANA BINTI ABD RASHID Biro Kebajikan dan Keselamatan MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN Biro Publisiti & Multimedia 11

CHINA 10

MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN NURDIANA BINTI RAZALI Biro Protokol WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA Biro Persembahan & Cenderamata NORSHAFARINA BINTI OMAR EZZATY BINTI HEDZIR

Peserta 1. ZULKARNAIN BIN AZHAM 2. AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM 3. NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH 4. FATIMAH BINTI ALI 5. NABILAH BINTI YUSOFF 6. ASHANIRA BINTI MAT DERIS 7. AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA 8. NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN 9. SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR 10. RAFHANA BINTI ABD RASHID 11. MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH 12. SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN 13. MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN 14. NURDIANA BINTI RAZALI 15. WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI 16. SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA 17. NORSHAFARINA BINTI OMAR 18. EZZATY BINTI HEDZIR 19. WONG LI HWA 12

CHINA 10

20. SIA BEE CHIN 21.NOOR SHIQIM BINTI MOHD SALLEH 22. NOORDIANA BINTI MHD GHAZALI 23. MARIAH HAZWANI BINTI FADINLAH 24. SARINADIA BINTI SAFRI 25. SHARIFFAH NORHAFIDA BINTI SAID HAMID

13

CHINA 10

LAMPIRAN 2 TENTATIF PROGRAM (Waktu Malaysia) HARI PERTAMA : 24 Mei 2010 ( Sabtu ) 08:30 10:30 15:30 16:00 21:00 : : : : : Check-in di KLIA. Berlepas dari KLIA. Tiba di Beijing Airport,China. Bertolak ke Jianguo Hotel Rehat 25 Mei 2010 (Ahad) Sarapan pagi Lawatan ke Perkampungan Islam Program silaturrahim antara penduduk Sukan Budaya : : Sutera Kasih (Persembahan Budaya) Rehat

HARI KEDUA: 07:00 09:00 21:00 23.00 : :

HARI KETIGA: 08:00 09:00 19:00 China) 22:00 : : : :

26 Mei 2010 ( Isnin ) Sarapan pagi Bertolak ke T. Tsinghua University, Beijing. Melawat makmal di sekitar universiti Melihat kepakaran ICT Sesi Dialog Singgah di Niujie Mosque.(Masjid terbesar dan tertua di Rehat

14

CHINA 10

HARI KEEMPAT: 27 Mei 2010 ( Selasa ) 08:00 09:00 15:00 19:00 22:00 : : : : : Sarapan pagi Lawatan ke Kingsoft Company Melawat ke sekitar syarikat Melawat production line Singgah di Haidian Mosque Lawatan ke Pusat Rawatan Kesihatan dan Perubatan Tradisional Rehat 28 Mei 2010 ( Rabu ) Sarapan pagi Lawatan Sehari di Beijing Universiti of Technology 22:00 : Rehat Melawat makmal dan Kepakaran ICT Sesi dialog dengan Pelajar Fakulti Sains Komputer Program sukan Makan malam

HARI KELIMA: 08:00 09:00 : :

HARI KEENAM: 29 Mei 2010 ( Khamis ) 08:00 09:00 16:00 22:00 : : : : Sarapan pagi Melawat ke University of Science and Technology of China. Melawat makmal di sekitar universiti Melihat kepakaran ICT Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia di Beijing. Rehat

15

CHINA 10

HARI KETUJUH : 30 Mei 2010 (Jumaat) 08:00 09:00 15:00 18:00 19:30 00:30 : : : : : : Sarapan pagi Lawatan ke kilang Sutera Balik ke hotel Rosedale Hotel and Suites,Beijing Check-out hotel Bertolak balik ke Malaysia Tiba di KLIA, Malaysia

16

CHINA 10

LAMPIRAN 3 - BELANJAWAN PROGRAM ANGGARAN PERBELANJAAN BIL SUBJEK HARGA SETIAP UNIT RM JUMLAH (RM)

1.

Pakej Pengangkutan Penginapan Makanan (RM 2500 x 25 orang) 62,500.00

2.

Publisiti - Banner - Pakaian Cenderamata - Buku Cenderamata - Industri - Universiti - VIP Dokumentasi - Fotografi - Kad nama Sektetariat - Telefon dan Faks - Insurans - Pasport Perbelanjaan Luar Jangka - Perubatan - Rencam JUMLAH ANGGARAN PERBELANJA AN

(50 x 25 orang)

200.00 1,250.00 250.00 100.00 300.00 200.00 200.00 50.00 500.00 2,500.00 7,500.00

1,450.00

3.

850.00

4.

250.00

5.

(100x25 orang) (300x25 orang)

10,500.00

6.

100.00 1,000.00

1,100.00 76,650.00

17

CHINA 10

ANGGARAN PENDAPATAN BIL SUBJEK 1. Peruntukan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM 2. Peruntukan Global Outreach UTM 3. 4. Wang Dibayar Peserta Penajaan Swasta 29,150.00 29,150.00 25,000.00 500 x 25 orang 25,000.00 12,500.00 RM 10,000.00 JUMLAH (RM) 10,000.00

JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN RM 76,650.00

LAMPIRAN 4 - PENAJAAN DAN PENGIKLANAN

18

CHINA 10

Melalui projek ini, kami memperkenalkan konsep baru dalam penajaan. Sebarang sumbangan kewangan dan barangan bukan hanya setakat terhad kepada publisiti terhadap syarikat anda. Kertas kerja ini telah direkabentuk dan diperkembangkan dari konsep meningkatkan imej dan perkembangan hubungan korporat. Kami yakin sumbangan anda akan menggalakkan hubungan yang rapat dan kukuh dengan pihak berwibawa di antara universiti dan badan berkanun berasaskan mutu dan kepentingan perniagaan. Dengan menaja kami, pihak anda sebenarnya menyokong usaha kerajaan mempromosikan hubungan antara negara khususnya China dan Malaysia, menjadikannya satu sumbangan sosial yang bermakna dan terus mara ke arah merapatkan hubungan antara universiti, sektor swasta dan kerajaan. Malahan, anda mempunyai peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan, UTM Skudai Johor, mahasiswa luar dan dalam negara serta teknokrat, meninggikan imej korporat dan sekaligus peluang-peluang promosi.

FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA 1. Pengecualian Cukai Pendapatan

19

CHINA 10

Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 2. Publisiti Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program. 3. Lot Pameran Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang. 4. Laman Web Program

Pihak Urusetia Program akan melancarkan Laman Web Program dan alamatnya akan disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini. 5. Iklan Buku Cenderamata

Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma dalam buku cenderamata Program. 6. Persembahan Multimedia akan dimasukkan dalam persembahan

Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak multimedia semasa upacara perasmian Program. 7. Jamuan Dengan VIP

Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa malam perasmian Program. 8. Penyampaian Cek Replika

Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan sumbangan. 9. Cenderamata dan Sijil Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan.

PENGKELASAN PENAJAAN

20

CHINA 10

PENAJA PLATINUMPAKEJ JUMLAH PENAJAAN KEISTIMEWAAN PENAJAAN

PENAJA EMAS RM 20, 000.00 1. Pengecualian cukai pendapatan 2. Publisiti 3. Lot pameran penaja 4. Iklan Dan Rencana Buku Cenderamata Satu Muka Surat Berwarna 5. Lawan Web (homepage) Program 6. Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan 7. Jamuan Dengan VIP 8. Cenderamata dan sijil.

PENAJA PERAK RM 10, 000.00 1.Pengecualian cukai pendapatan 2. Publisiti 3. Lot pameran penaja 4. Iklan Dan Rencana Buku Cenderamata Satu Per Dua Muka Surat Berwarna 5. Lawan Web (homepage) Program 6. Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan 7. Cenderamata dan sijil.

PENAJAAN AM RM 9, 000.00 1.Pengecualian cukai pendapatan 2. Publisiti 3. Iklan Dan Rencana Buku Cenderamata Satu Per Empat Muka Surat Berwarna 4. Lawan Web (homepage) Program 5. Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan 6. Cenderamata dan sijil.

RM 30, 000.00 1. Pengecualian cukai pendapatan 2. Publisiti 3. Lot pameran penaja 4. Iklan dan Rencana Buku Cenderamata Satu Muka Surat Berwarna 5. Lawan Web (homepage) Program 6. Persembahan Multimedia 7. Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan 8. Jamuan Dengan VIP 9. Cenderamata dan sijil.

21