muzik china

27
1 [MUZIK DUNIA] MZU 3120 MUZIK CHINA

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 11-Nov-2015

126 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

power

TRANSCRIPT

MUZIK DUNIA

[MUZIK DUNIA]MZU 3120

MUZIK CHINA

1.0 MUZIK CHINAMuzik China berkembang seiring dengan pembentukan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Sepanjang tempoh belasan tahun, pemuzik China mengadakan pertunjukan dalam dan juga luar negeri. Pertunjukan yang diadakan pula kebanyakannya dalam bentuk konsert dan solo. Terdapat juga pemuzik muda kreatif yang mengadakan pertunjukan dengan menggabungkan pelbagai jenis alat muzik dan hal tersebut berjaya menarik minat penonton.Pada sekitar tahun 1980-an, tarikan orang Cina tertumpu kepada piano dan violin. Namun kini, semakin ramai orang Cina yang lebih tertarik kepada alat muzik tradisional China. Menurut statistik pertama Persatuan Muzik Gesek Nasional Tiongkok, terdapat seramai satu juta orang yang belajar alat muzik Guzheng dan 800 orang lagi belajar alat Erhu.Selain itu, pemerintah China juga amat mementingkan pengayaan dan perlindungan terhadap muzik China. Sejak tahun 1980-an, pemerintah China mengeluarkan dana dalam jumlah yang cukup besar untuk menguruskan pemuzik dan seniman rakyat untuk membentuk beberapa kumpulan muzik. Antaranya ialah Kumpulan Muzik Nasional China, Kumpulan Muzik Opera dan Kumpulan Muzik Balada China.Alat muzik tradisional China boleh dimainkan sama ada secara solo ataupun beramai-ramai dalam sebuah orkestra (seperti zaman dahulu di istana kerajaan). Ia juga boleh dimainkan secara kumpulan muzik mandarin kecil. Pada zaman dahulu, tidak terdapat konduktor / pemimpin pada ensemble muzik China. Biasanya, muzik tersebut akan dihafal oleh semua pemuzik tanpa alat bantu. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan pemuzik adalah sangat penting. Akan tetapi, pada zaman kini, konduktor / pemimpin amat penting dalam sesebuah ensemble kerana jumlah pemuzik semakin ramai. Antara contoh alat-alat muzik tradisional China ( bertali ) ialah erhu, gaohu, gehu, yangqin, pipa dan lain-lain lagi. Manakala alat-alat muzik tradisional China bagi kumpulan erofon pula adalah seperti dizi, sheng, Xiao, paixiao, dan lain-lain lagi.

PIPA

2.0 PIPA

Alat muzik Pipa.

2.1 LATAR BELAKANG PIPAStanley Sadie (2000), berkata dalam bukunya Collins Classical Music Encyclopedia, Pipa merupakan sejenis instrumen solo yang popular. Selain itu, Pipa juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina, atau dimainkan untuk mengiringi nyanyian. Instrumen Pipa mempunyai sejarah sepanjang 2000 tahun. Pemuzik-pemuzik terdahulu telah banyak memperkembangkan Pipa, menghasilkan bentuk dan standardnya sekarang.Semasa zaman Dinasti Qin (222-207 BC), terdapat sebuah instrumen bertali yang dikenali sebagai Xiantao. Ia mempunyai leher yang lurus dan badan yang bulat, dimainkan secara menegak. Instrumen ini dianggap sebagai pendahulu kepada alat muzik Pipa.Pada zaman Dinasti Han (206 BC 220 AD), instrumen ini telah berkembang menjadi bentuknya dengan empat tali dan dua belas fret. Ianya dimainkan dengan cara memetik talinya menggunakan kuku dan dikenali sebagai Qin-Pipa. Kemudian, beberapa orang pemuzik telah pergi ke China melalui Jalan Sutera dan membawa bersama Persian Barbat atau juga dikenali sebagai Hu-Pipa. Hanya pada awal Dinasti Tang barulah instrumen Hu-Pipa ini menjadi popular dan menjadi kegemaran ramai. Segelintir pemuzik China mula mengubahsuai instrumen mereka menjadi lebih seperti Hu-Pipa, lalu terhasillah instrumen yang dipanggil Tang-Pipa.Pada mulanya, leher Tang-Pipa lurus, kemudian ianya bertukar menjadi bengkok, manakala badannya pula bertukar daripada berbentuk bulat menjadi bentuk seperti buah pir. Tang-Pipa adalah berbentuk lebih besar, mempunyai empat atau lima tali yang diperbuat daripada sutera, dan mempunyai fret yang sedikit berbanding Pipa moden. Tang-Pipa biasanya dimainkan dengan plektrum kayu. Selepas pertengahan Dinasti Tang, instrumen ini mula dimainkan menggunakan kuku asli pada jari kanan pemain, dan teknik permainan menggunakan plektrum terus dilupakan.Naguan/Nanyin-Pipa yang popular di provinsi Fujian dan Taiwan merupakan jenis Pipa yang masih mengekalkan teknik permainan menggunakan plektrum kayu.

2.2 BENTUK ALAT PIPA DAN PIC TALI

Bahagian-bahagian Pipa.

Pipa adalah sejenis alat bertali yang berbentuk seperti buah pir dan mempunyai leher yang pendek. Badannya diperbuat daripada kayu, dengan bahagian belakangnya cembung tetapi permukaan dadanya mendatar. Pipa dihasilkan dengan menyambungkan papan bunyi menggunakan kayu wutong kepada kayu jati yang dipahat menghasilkan lubang cetek dan dibentukkan seperti buah pir. Empat pegs dimasukkan, dua pegs disetiap sisi kepala Pipa dan biasanya dibentuk dan diukir menyamai bentuk-bentuk makhluk mitos seperti naga dan burung phoenix. Setiap talinya ditegangkan daripada bridge yang terletak berhampiran dasar perut Pipa menuju keatas kepada peg tiunan masing-masing. Di bawah tali-tali tersebut terdapat fret-fret yang diperbuat daripada bambu dan dilekatkan di bahagian atas badan Pipa. Jumlah fret adalah berbeza mengikut jenis Pipa.Menurut Stanley Sadie (2000), dalam bukunya Collins Classical Music Encyclopedia, Pipa merupakan alat yang mempunyai 4 tali dan berfret. Tali Pipa biasanya diperbuat daripada logam dengan pic talinya A, D, E, dan A. Pipa biasanya mempunyai 19 hingga 26 fret pada bahagian perutnya, ini membolehkan Pipa mampu mengeluarkan renj pic yang luas. Perkembangan pada Pipa moden telah menghasilkan pertambahan fret untuk menghasilkan skel kromatik yang lengkap sebagaimana yang disebut oleh John E. Myers (1951), dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music. John E. Myers (1951), menyebut lagi dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, perubahan yang penting dalam Pipa moden adalah penggunaan tali logam menggantikan tali sutera. Tali logam menambahkan kekuatan dan kejelasan bunyi, tetapi telah menyebabkan sesetengah timbre atau warna ton tali sutera telah hilang. 2.3 KONTEKS DAN TEKNIK PERMAINANPipa dipegang secara melintang atau menegak, diletakkan di atas riba dan dimainkan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tangan kiri memetik tali-tali dengan hujung jari atau kuku, manakala jari-jari pada tangan kanan diletakkan pada tali-tali di antara fretnya untuk mengeluarkan pelbagai pic apabila dipetik. Menurut John E. Myers (1951), dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, fret pada Pipa dinaikkan menyebabkan jari kiri pemain tidak bersentuhan dengan papan fret, sepertimana pada instrumen Sitar dan Veena.John E. Myers (1951), mengatakan dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, disebabkan permainan instrumen Pipa memerlukan penggunaan kuku yang berterusan, pemain Pipa dengan tali sutera atau tali nilon biasanya menyimpan kuku yang panjang pada jari tangan kanan mereka. Disebabkan tali logam membuatkan kuku pemain mudah rekah dan rosak, pemain Pipa bertali logam biasanya menggunakan kuku buatan plastik berpelekat dan dipakai pada jari tangan kanan mereka.Permainan alat muzik Pipa ini menggunakan pelbagai jenis teknik permainan yang rumit, termasuklah tremolos, fretted pitch-bends, various double and triple, tali distrum secara berterusan menggunakan keempat-empat jari tangan kanan, dan banyak lagi. Tangan pemain alat muzik ini bergerak dalam kelajuan yang pantas dan tangkas. Antara contoh teknik permainan instrumen Pipa:Teknik PermainanPenerangan

Tantiao ()Melibatkan hanya jari telunjuk dan ibu jari dimana tan ialah memetik tali menggunakan jari telunjuk dan tiao ialah dengan ibu jari. Jari biasanya memetik tali pada arah yang bertentangan dengan cara tali gitar dipetik.

Mo () dan Gou ()Cara memetik tali Pipa adalah bertentangan dengan arah pada teknik Tiantao ().

Fen ()Dua tali dipetik pada satu masa yang sama menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Sao ()Tali distrum menggunakan keempat-empat jari.

Fu ()Tali distrum dengan menggunakan keempat-empat jari pada arah yang bertentangan dengan Sao ().

Teknik permainan tangan kiri pula adalah penting untuk menunjukkan ekspresi dalam muzik Pipa. Teknik tangan kiri yang menghasilkan vibrato,portamento,glissando,pizzicato,harmonics seperti yang digunakan dalam permainan instrumen violin dan gitar juga digunapakai dalam permainan instrumen Pipa. Selain itu, terdapat juga teknik menghasilkan kesan bunyi selain daripada not muzik seperti mengetuk papan / badan Pipa untuk menghasilkan bunyi perkusif, atau memusingkan tali-tali Pipa semasa bermain untuk menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi cymbal.

2.4 REPERTOIRE ( KATEGORI WEN DAN WU ) John E. Myers (1951), mengatakan dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, repertoire klasikal di dalam muzik Pipa dan sesetengah muzik dramatik Cina boleh dibahagikan kepada dua kategori bertema; iaitu wen dan wu dimana istilah wen dan wu ini digunakan untuk memperihalkan tentang suasana politikal semasa pemerintahan maharaja-maharaja tertentu samada bersifat damai atau tenang ( wen ) ataupun warlike ( wu ). John E. Myers (1951), turut berkata dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, Wen dan wu tidak menggambarkan penentangan di antara kejahatan dan kebaikan, sebaliknya ia mencerminkan keseimbangan di antara keagresifan dan kepasifan di dalam kehidupan manusia dan alam semulajadi. Sebagai contoh, John E. Myers (1951), berkata dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, karya-karya wu boleh mengekspresikan tentang tangisan para tentera yang cedera ketika berjuang seperti dalam karya bertajuk Battle Cry, dan juga boleh menceritakan tentang keoptimisan seperti dalam karya bertajuk A Beautiful Day. Karya-karya dalam kategori Wen pula boleh memerihalkan tentang keindahan alam seperti dalam karya The Hundred Birds Pay Homage to their King, tetapi juga boleh menceritakan tentang kesedihan dan kesunyian seorang gadis yang cantik seperti dalam karya Zhaojuns Lament.Di dalam muzik opera, wen menekankan isyarat-isyarat yang lebih kecil dan muzik yang lebih perlahan, lebih bersifat lirikal, dinamiknya lebih lembut dan halus, serta karyanya selalunya memerihalkan tentang cinta, kesedihan, dan alam semulajadi. Manakala wu selalunya melibatkan akrobatik, tekstur yang perkusif, lebih beritma dan bertempo yang lebih laju, dimana ia selalunya memerihalkan tentang adegan di medan perang dan dimainkan dengan kuat menggunakan pelbagai jenis teknik dan kesan bunyi. Disebabkan Pipa mempunyai renj dinamik yang luas, kedua-dua mud atau kategori ini boleh diekspresikan dengan tepat. John E. Myers (1951), mengatakan dalam bukunya The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, di dalam persembahan, ritma dan renj dinamik akan membezakan karya-karya muzik wen dan wu ini. Karya-karya dalam kategori wen adalah lebih stabil dan terkawal, manakala karya-karya dalam kategori wu mempunyai tahap dinamik yang lebih tinggi melalui penggunaan teknik-teknik tangan kanan yang lebih teknikal dan perkusif. Antara contoh repertoire mengikut kategori Wen dan Wu :Kategori

WenWu

White Snow in Spring SunlightAmbushed From Ten Side

Moonlit River in SpringThe Warlord Takes Off His Armour

The Hundred Birds Pay Homage to their King,Battle Cry,

Zhaojuns Lament.A Beautiful Day.

Night Moon Over the IslandA Thousand Victories

2.5 CIRI MUZIK Alat muzik Pipa tergolong dalam kumpulan keluarga kordofon. Dalam hal ini, alat muzik Pipa merupakan alat muzik bertali. Pipa mempunyai 4 tali untuk dipetik iaitu terdiri daripada pic A, D, E dan A. Setiap tali ini boleh ditiun pada bahagian peg tiunannya. Fret Pipa yang luas iaitu 19 hingga 26 pada perutnya menjadikan renj pic yang dapat dihasilkan menjadi lebih luas. Alat muzik Pipa mempunyai fungsi tersendiri. Antaranya termasuklah mengiringi opera Cina dan nyanyian. Alat muzik ini juga merupakan alat muzik solo yang sangat terkenal. Seiring dengan, peredaran zaman, alat muzik ini juga telah mengalami banyak perkembangan dan antaranya menyebabkan pertambahan fret berlaku. Pertambahan fret ini pula telah menghasilkan pic-pic skel kromatik. Pelbagai teknik permainan pula menghasilkan kesan yang pelbagai. Konsep ekspresi yang luas dapat dihasilkan menerusi peranan tangan kiri semasa bermain. Antara kesan ekspresi yang dapat dihasilkan ialah vibrato, glissando, pizzicato dan harmonics. Menerusi penerokaan alat muzik Pipa juga, kesan bunyi perkusi turut dapat dihasilkan.Berikutan perkembangan alat muzik ini, tali Pipa telah ditukarkan daripada tali logam kepada tali sutera. Pertukaran ini menyebabkan warna ton yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan jelas.

SHENG

3.0 SHENG

Alat muzik Sheng.

3.1 LATAR BELAKANG SHENGSheng merupakan salah satu instrumen muzik Cina yang tertua, dimana menurut Robert Dearling (1996), dalam bukunya The Encyclopedia Of Musical Instruments, instrumen Sheng ini telah wujud seawal 2,500 tahun yang lalu. Sheng bermaksud suara yang luhur (mulia) dan nama alat muzik Sheng ini sama dengan sebutan perkataan Cina Sheng yang memberi makna timbul. Oleh itu alat muzik ini membayangkan atau dikaitkan dengan tuah dan harapan yang baik. Sheng merupakan alat muzik yang istimewa dan merupakan instrumen penting dalam muzik upacara adat istiadat istana. Alat ini juga dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu rakyat, selain boleh dimainkan secara solo atau di dalam opera Cina. Sheng juga dikatakan instrumen yang unik dalam muzik orkestra Cina kerana ia mampu memainkan sehingga enam not secara serentak. Ia biasanya dipanggil sebagai "organ mulut Cina" oleh orang-orang Barat. Sheng juga merupakan instrumen pertama muzik di dunia menggunakan "sistem akustik berpasangan".Selain dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, Sheng juga merupakan satu barang kraf yang bernilai. Bukan sahaja dari segi rupa bentuknya tetapi juga falsafah dan simbolik yang dibawa bersamanya. Sayangnya, Sheng kini makin dilupai oleh masyarakat Cina itu sendiri 3.2 BENTUK ALAT MUZIK SHENG Sheng terdiri daripada sekumpulan paip buluh dengan kepanjangan berbeza yang disambungkan kepada satu ruang angin / wind chamber yang diperbuat daripada logam dengan pemipitnya yang pendek. Setiap paip buluh tersebut mempunyai / ditambahkan sebatang paip yang diperbuat daripada tembaga yang bertujuan untuk menghasilkan gema. Setiap tiub paip juga mempunyai rid atau pelidah bebas. Menurut Jin Jie (2011), dalam bukunya Chinese Music, Sheng merupakan alat muzik pertama di dunia yang menggunakan rid bebas. Diatas setiap pelidah bebas / rid bebas tersebut terdapat sebuah lubang jari. Bunyi dihasilkan apabila pemain menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemimpit. Bunyi yang dihasilkan oleh alat ini adalah menyerupai bunyi instrumen organ. Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan bila paip ditiup atau disedut, alat ini boleh bermain melodi atau kord yang dipanjangkan.Terdapat beberapa komponen dalam instrumen Sheng ini, iaitu bahagian dasar / ruang angin ( wind chamber ), bahagian mouth-piece, bahagian paip, dan bahagian rid. Pada mulanya, bahagian dasar Sheng diperbuat daripada kayu yang telah dikilatkan dengan laker (lacquered wood), kini dasar Sheng diperbuat daripada logam. Sheng mempunyai 13 - 24 paip buluh ( 17 adalah piawaian norma ). Paip-paip buluh yang dimasukkan ke dalam ruang angin ini disusun secara sistematik dalam bentuk satu bulatan. Sheng dicipta dengan meniru bentuk burung Phoenix (feng-huang). Pada pertengahan abad ke 20, alat muzik Sheng ini mula diubahsuaikan. Bilangan paipnya ditambah menjadi 36 51 batang dan Sheng turut dimodifikasikan menjadi Alto Sheng, Bass Sheng dan Keybord Sheng. Juga terdapat Kromatik Sheng yang membolehkan pemuzik memodulasikan pelbagai nada dan memainkan kord yang susah dan struktur polofoni. Terdapat juga penggunaan tiub besi untuk mengantikan buluh.

Bahagian-bahagian Sheng.

3.3 CARA BERMAINJin Jie (2011), berkata dalam bukunya Chinese Music, alat muzik Sheng boleh dimainkan secara solo, sebagai pelengkap atau sebagai alat muzik iringan dalam opera atau nyanyian. Menurut Robert Dearling (1996), dalam bukunya The Encyclopedia Of Musical Instruments, melodi pada alat muzik Sheng ini dihasilkan dengan cara menutup lubang-lubang jari yang berkenaan sambil satu atau lebih paip menghasilkan dron. Alat ini dimainkan dengan cara meniup atau menghembus angin melalui pemimpit sambil menutup lubang-lubang jari pada paip buluh. Menurut Jin Jie (2011), dalam bukunya Chinese Music, Sheng menghasilkan bunyi daripada gabungan rid, paip dan juga getaran bebas oleh rid di dalam tiub. Terdapat beberapa teknik penglidahan dan teknik penjarian yang digunakan dalam permainan alat muzik Sheng ini untuk menghasilkan bunyi dan ton yang betul dan sedap.Antara teknik penglidahan dalam permainan alat muzik Sheng:Nama TeknikCara MemainkanKesan BunyiTahap Dinamik

Big FlowerTongue(Chu Huashe)Lidah dialunkan / digetarkan(lidah bergerak seperti dikibarkan).f sehingga fff

Small FlowerTongue(Xi Huashe)Lidah digetarkan dengan cepat(Tongue trill).pp sehingga ff

Erupt FlowerTongue(Bao Huashe)Hanya digunakan pada not-not tekanan.

f sehingga ff

Blowing Tongue(Hu She)Udara dimampatkan daripada mulut dan dihembus seperti mengeluarkan air daripada mulut.pp sehingga mf

She ChanyingSeperti menyebut su.Lembutpp, mp, p, f

Sawing wood(Qu qi)

Seperti menyebutsi sou.Hampir menyamai bunyi kayu dipotong.

f sehingga fff

Stamp Air(Duo qi)Seperti menyebutse ki.f sehingga ff

Quick Short Blowing(Shui Tu)1. (Double tongue marcato).2. Double tongue - Legato.Hampir menyamai bunyi pada teknik Blowing Tongue.mf sehingga fff

ReberatoHampir menyamai Reberato yang dibunyikan pada instrument bertali muzik Barat.

Antara teknik penjarian dalam permainan alat muzik Sheng:Teknik PenjarianCara MemainkanKesan Bunyi

Not-not digelongsorkan (sliding) (Mu ying)Seperti glissando di antara jeda minor ketiga hanya pada a2-g3.

Trill(Chan ying)Seperti bunyi trill, dimana terdapat variasi pic pada kelajuan yang pantas.

Striking the notes(Da ying)Not-not, interval atau kord distrike secara laju atau lambat.

Not-not digetarkan(Duo ying)Sheng digetarkan dengan dua tangan dalam kiraan 6 bit.Instrumen digoncangkan / digetarkan seperti memainkan accordion.

Li YingSeperti not-not hiasan pendek, hanya daripada not a2 hingga b2 #c3 dan d3 kemudian kembali semula, hanya lebih sesaat laju.

Meniup paip seperti memainkan panpipe, dan hanya pada not d2, g2, and c3.Tahap Dinamik:pp sehingga fff

Muzik tradisional kebanyakannya dipelajar dengan kaedah hafalan dan hanya apabila ada keperluan, notasi muzik ditulis dalam bentuk Gongche. Malangnya tidak ramai yang boleh membaca Gongche pada masa kini sekalipun pemain Sheng yang profesional. Kini pemain Sheng dilatih untuk membaca notasi moden, dan juga tablatur yang menggunakan nombor dan simbol lain untuk menunjukkan pic dan irama. Apabila alat muzik Sheng ditiup, proses kondensasi udara yang dihembus keluar menyebabkan gangguan intonasi dan kadang-kadang boleh menyebabkan bunyi tidak kedengaran. Keadaan ini boleh diatasi jika alat ini dipanaskan pada suhu melebihi suhu bilik sebelum ia digunakan. Pemain Sheng biasanya akan memanaskan Sheng pada api arang sebelum dan semasa pertunjukan. Pada zaman sekarang ini, ia dilakukan dengan menuang secawan air panas ke dasar Sheng, iaitu ruang dalam yang direka khas untuk mengatasi masalah tadi.

Cara memainkan Sheng.

Carta penjarian Sheng. 3.4 CIRI MUZIKAlat muzik Sheng tergolong dalam keluarga erofon. Hal ini kerana, alat muzik Sheng merupakan sebuah alat muzik bertiup. Dalam hal ini, Sheng menganduingi 13 hingga 17 paip buluh. Setiap paip buluh tersebut mempunyai kepnjangan yang berbeza. Bunyi akan terhasil apabila udara ditiup dan dihisap melalui tiub logam yang disambungkan dengan bahagian ruang angin ataupun Wind Chamber. Alat muzik Sheng ini berfungsi sebagai alat muzik solo yang terkenal, selain boleh mengiringi muzik nyanyian dan opera Cina. Ia boleh menghasilkan melodi, dron, dan juga kord dan boleh menghasilkan tekstur polifoni. Sehingga enam not boleh dimainkan secara serentak menjadikan alat ini sangat istimewa. Alat muzik Sheng ini juga mengaplikasikan pelbagai jenis teknik penglidahan dan penjarian untuk menghasilkan kesan bunyi dan warna ton yang sedap dan betul. Menurut Jin Jie (2011), dalam bukunya Chinese Music, Sheng menghasilkan warna ton yang lembut dan menggambarkan ketenangan.Alat muzik Sheng ini juga mampu menghasilkan renj dinamik yang luas dimana dinamik pp sehingga fff boleh dihasilkan.

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFIStanley Sadie (2000), Collins Classical Music Encyclopedia, HarperCollins, New York.John E. Myers, (1951), The Way Of The Pipa: Structure and Imagery in Chinese Lute Music, Kent State University Press, Ohio.Robert Dearling (1996), The Encyclopedia Of Musical Instruments, Carlton Books Limited, London.Jin Jie (2011), Chinese Music, Cambridge University Press, New York.http://pgh-net.com/pipa/pipa.pdf dirujuk pada dirujuk pada 14 Ogos 2012, pada jam 11.00 pagi.http://www.liufangmusic.net/English/pipa.html dirujuk pada 14 Ogos 2012, pada jam 11.30 pagi.http://www.paulnoll.com/China/Music/mus-sheng.html dirujuk pada 14 Ogos 2012, pada jam 11.30 pagi.http://www.ecai.org/silkroad/instruments/sheng.html dirujuk pada 14 Ogos 2012, pada jam 12.00 tengahari.

LAMPIRAN

22