psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status · pdf filesaya akui karya ini adalah hasil...

27
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PENGENDALI – PENGENDALI MAKANAN TERHADAP AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN SERI PULAI, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2007 / 008 Saya : MAZILAH BINTI IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 276, Blok 18, (f) Raja Alias 1 PM. DR. HJ ABDUL WAHID B MUKHARI 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008 (NAMA PENYELIA) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: buitram

Post on 04-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PENGENDALI – PENGENDALI MAKANAN TERHADAP AMALAN

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN SERI PULAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2007 / 008

Saya : MAZILAH BINTI IBRAHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 276, Blok 18, (f) Raja Alias 1 PM. DR. HJ ABDUL WAHID B MUKHARI 72120 Bandar Seri Jempol

Negeri Sembilan

Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008

(NAMA PENYELIA)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha
Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

i

PERSEPSI PENGENDALI-PENGENDALI MAKANAN TERHADAP AMALAN

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN SERI PULAI, JOHOR

MAZILAH BINTI IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : MAZILAH BINTI IBRAHIM

Tarikh : 21 APRIL 2008

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

iii

DEDIKASI

Buat ibuku yang tersayang, Jamnah bt Mohamad:

Harapan dan cita-citamu telah ku tunaikan.

Buat bapaku yang aku hormati, Ibrahim b Sulaiman:

Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan sangat aku hargai.

Istimewa buat suamiku yang tercinta, Saiful Adli b Jamil:

Sesungguhnya doa restu, kesabaran, pengorbanan dan pengertianmu akan tersemat di

dalam ingatanku selagi hayat di kandung badan.

Buat anakku tersayang, Amsyar b Saiful Adli:

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buatmu.

Buat Penyelia, PM. Dr. Haji Abdul Wahid B Mukhari:

Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat PM. Dr. Hj. Abdul Wahid bin Mukhari selaku penyelia Projek Sarjana

Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang

membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan

dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan

kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk suami, pengorbanan serta dorongan yang diberikan

amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi pengendali-

pengendali makanan terhadap amalan kebersihan dan keselamatan di Taman Seri Pulai,

Johor Bahru. Ianya bertujuan untuk mengetahui persepsi para pengendali makanan

terhadap amalan kebersihan diri, kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan

memasak dan mengidang, kebersihan tempat-tempat penyediaan makanan dan

penggunaan bahan pembungkusan yang selamat. Seramai 66 orang pengendali makanan

dari Taman Seri Pulai dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini di jalankan dengan

mengedarkan satu set soal selidik kepada responden. Data telah di analisis secara

statistik diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences

( SPSS ) 15.0 For Windows. Hasil kajian mendapati pengendali-pengendali makanan

berpendapat bahawa amalan kebersihan dan keselamatan perlu diamalkan semasa

mengendalikan makanan.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the perception of the food-sellers towards

the hygiene and safety practice at Taman Seri Pulai, Johor Bahru. This study was

conducted in order to identify the perception of the food-sellers toward self-hygiene, the

cleanliness and safety of cooking and serving utensils, the food preparation area and

food packaging. 66 food-sellers from Taman Seri Pulai were selected to participate in

the study. A set of questionnaire was distributed to respondents. The data gathered were

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 For Windows. The

findings showed that the food-sellers believed that safety hygiene must be practiced in

handling food.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTARCT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

viii

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengetahuan 17

2.3 Kebersihan Diri 18

2.4 Kebersihan Dan Keselamatan Peralatan 22

2.5 Kebersihan Dan Keselamatan Tempat

Penyediaan Makanan 24

2.6 Pembungkusan Makanan Yang Selamat 26

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Analisis Data 36

3.9 Kesimpulan 37

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

ix

BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Soalan Bahagian A 39

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.4 Purata Min Berdasarkan Soalan Kajian 52

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan 58

5.4 Cadangan 62

RUJUKAN 65

LAMPIRAN A 68

LAMPIRAN B 69

LAMPIRAN C 70

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item bagi setiap persoalan kajian 32

3.2 Skala lima mata 33

3.3 Nilai koefisyen mengikut persoalan kajian 35

3.4 Skor min 37

4.1 Taburan responden keseluruhan mengikut jantina 39

4.2 Taburan keseluruhan responden berdasarkan kaum 40

4.3 Taburan responden mengikut umur 41

4.4 Taburan responden mengikut pengalaman dalam perniagaan

makanan 41

4.5 Taburan item bagi setiap persoalan kajian 43

4.6 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali

makanan terhadap amalan kebersihan diri semasa penyediaan

makanan. 44

4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali

makanan terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan dan

menghidang makanan semasa penyediaan makanan. 46

4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali

makanan terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan dan

keselamatan tempat penyediaan makanan. 48

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

xi

4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali

makanan terhadap amalan menggunakan bahan pembungkusan

makanan dengan selamat. 51

4.10 Purata min berdasarkan persoalan kajian 52

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

UNIPEQ Unit Penyelidikan Kualiti Makanan

MPJBT Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

SPSS Statistical Package of Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

B Pengesahan Soal Selidik C Soal Selidik

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Makanan merupakan suatu keperluan hidup kepada manusia. Manusia

memerlukan makanan untuk membesar, bekerja dan melaksanakan kehidupan

seharian. Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi.

Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia

tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak dan

melaksanakan segala proses kelangsungan hidup.

Menurut Zainab, Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri

Sarawak (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting

dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan

menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang

mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Makanan yang baik

bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini

bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam

kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan.

Menurut Abu Hassan, (Eksiklopedia Pendidikan Sains dalam Al-Quran jilid 9,

2003) nutrisi ialah pembekalan makanan yang seimbang bagi seseorang manusia untuk

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

2

mengekalkan kesihatannya. Kebanyakan makanan mengandungi pelbagai jenis nutrien

yang dibebaskan sepanjang proses pencernaan. Makronutrien, seperti makanan

karbohidrat, protein dan lemak, diperlukan banyak pada setiap hari.

Makanan dan minuman mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan,

kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya juga membentuk keperibadian dan

perwatakan manusia. (Ensiklopedia Islam Edisi 4, 2003).

Menurut Abu Bakar, (Ensiklopedia Islam Edisi 4, 2003) dalam Al-Hirraliy (m.d

1232), seseorang musafir mengatakan bahawa orang yang suka memakan makanan

yang kotor biasanya bertabiat kasar, keras dan sukar menerima kebenaran. Ini

bermakna, manusia perlu memakan makanan yang bersih dan bebas dari kekotoran.

Keperluan manusia terhadap makanan adalah berterusan, dan perasaan lapar

akan mengingatkan mereka untuk makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Bekalan

makanan yang cukup tidak menjamin seseorang itu boleh hidup kecuali jikalau

makanan itu lengkap dengan zat-zat makanan serta tidak mengandungi bahan-bahan

merbahaya.

Pendapatan sesebuah keluarga juga akan mempengaruhi pemilihan makanan

sesebuah keluarga. Keluarga yang lebih senang akan berupaya untuk membeli

makanan segar dan berkualiti. Sesetengah manusia akan memilih makanan demi

kesihatan mereka. Ini kerana sesetengah makanan akan menyebabkan mereka di

serang penyakit seperti lebihnya kandungan lemak dan kolestrol di dalam badan akan

menyebabkan seseorang itu akan mendapat penyakit jantung.

Telah menjadi gaya hidup masa kini, sesebuah keluarga lebih suka menikmati

makanan di luar daripada memasak di rumah. Ini kerana mereka terlalu sibuk sehingga

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

3

mengabaikan kesihatan mereka. Contohnya, di gerai-gerai atau di restoran-restoran

tanpa memikirkan samada makanan yang dimasak tersebut bersih dan bebas dari

keracunan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Kempen Cara Hidup Sihat, 1993)

bahawa masyarakat digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlu bagi

menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat. Objektif

kempen memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengetahuan sikap dan amalan

pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

premis mahupun pengguna.

Namun begitu, makanan juga boleh menjadi racun kepada manusia dan

membawa maut. Keracunan makanan boleh disebabkan oleh pengambilan makanan

yang tercemar. Makanan yang telah tercemar tidak sepatutnya dihidangkan untuk

santapan ahli keluarga ataupun untuk jualan. Pencemaran makanan boleh berlaku tidak

kira tempat ataupun masa. Ini kerana kita pernah diberitakan tentang kes - kes

keracunan yang berlaku di kantin sekolah, di gerai makan dan di tempat awam lain.

Terdapat satu akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan bertujuan untuk

mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna antaranya

memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan. (Akta Makanan 1983).

Dalam Akta Makanan 1983 (Pind. Akta 281) iaitu suatu akta bagi melindungi

orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,

penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara-perkara yang

bersampingan atau berkaitan dengannya. Dengan wujudnya akta ini, pengguna yang

menggunakan perkhidmatan gerai atau restoran boleh membuat aduan perkhidmatan

makanan sekiranya tidak menepati peraturan yang di tetapkan.

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

4

Pencemaran makanan boleh dielakkan sekiranya pengendali-pengendali

makanan menitikberatkan soal kebersihan makanan yang disediakan, kebersihan

kawasan dan lain-lain lagi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, kebanyakan rakyat Malaysia sangat suka menikmati hidangan di

luar rumah seperti di gerai-gerai dan di restoran. Ini akan menyebabkan pelanggan

terdedah kepada risiko keracunan makanan. Kebanyakan kes yang berhubung dengan

keracunan makanan adalah disebabkan oleh kelalaian manusia.

Telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang lebih suka memilih tempat-

tempat makan mahupun restoran yang mempunyai ramai pengunjungnya tanpa

mengambil kira kebersihan premis tersebut. Mereka hanya membuat kesimpulan

bahawa sekiranya terdapat ramai pengunjung maka sedap makanan di situ tetapi

sekiranya tiada pengunjung mereka menganggap sebaliknya.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian

Kesihatan, Dr. Abdul Rahim Mohamad, keracunan makanan adalah sejenis penyakit

yang berlaku akibat memakan bahan tercemar. ( Utusan Malaysia, 23 Januari 2005).

Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau

bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid,

keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

5

Keracunan makanan tidak hanya mengakibatkan pencemaran makanan berisiko

tinggi yang disebabkan oleh bakteria, fizikal dan kimia tetapi turut dipengaruhi oleh

jenis makanan serta persekitaran termasuklah masa, suhu dan manusia pengendali

makanan itu sendiri. Menurut Ketua Unit Penyelidikan Kualiti Makanan ( UNIPEQ),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Nik Ismail Nik Daud, “Pencemaran

makanan yang tinggi ini disebabkan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan

ini bukanlah daripada profesion sebenar”. ( Utusan Malaysia, 6 Mac 1998).

Satu kes telah berlaku di Batu Maung, Pulau Pinang, seorang wanita

warganegara Vietnam meninggal dunia setelah mengalami keracunan makanan selepas

memakan burger yang dibelinya di pasar malam. ( Utusan Malaysia, 14 Jun 2007).

Kes keracunan makanan juga berlaku di Rembau apabila sepuluh pelatih

Program Latihan Khidmat Negara Kem Titian Bintangor dikejarkan ke Hospital

Tampin. ( Utusan Malaysia, 28 Mac 2007).

Satu kes berlaku di Ipoh, seorang kanak-kanak maut manakala empat ahli

keluarganya terpaksa dirawat di Hospital Ipoh dipercayai keracunan makanan selepas

makan sup ayam dua hari yang lalu. ( Utusan Malaysia, 25 Disember 2005).

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin,”Enam

puluh Sembilan peratus daripada sampel bahan makanan dan minuman yang dijual

kepada orang ramai di gerai dan kedai kopi di sekitar bandar ini didapati mengandungi

bakteria yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pengguna”.

( Utusan Malaysia, 2 Oktober 2005)

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

6

Kes-kes yang berada didada akhbar hanyalah kes yang dilaporkan sahaja. Angka

sebenar kes keracunan makanan tidak diketahui kerana banyak kes yang tidak

dilaporkan oleh individu terlibat.

Menurut Dr. Abdul Rahim, “Kebanyakan kes-kes keracunan berlaku disebabkan

oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika

menyedia, menghidang mahupun menjual makanan”. ( Utusan Malaysia, 23 Januari

2005).

Oleh itu, cara untuk mencegah keracunan makanan yang boleh dikatakan

dilaporkan terjadi dari semasa ke semasa adalah dengan melindunginya daripada

tercemar.

Walaupun kita mempunyai agensi berperaturan, kita masih menghadapi kejadian

penyakit bawaan makanan yang agak banyak. Banyak kejadian keracunan yang

berlaku disebabkan makanan yang dimakan di restoran, institusi dan di dalam kapal

terbang boleh dielakkan jika orang yang sesuai dan mahir dalam sains makanan

mengendalikan makanan tersebut.

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengetahui

persepsi pengendali-pengendali makanan terhadap amalan kebersihan dan keselamatan

di Taman Seri Pulai, Johor.

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

7

1.4 Persoalan kajian

1. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap

amalan kebersihan diri semasa penyediaan makanan?

2. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap

amalan menjaga kebersihan peralatan memasak dan menghidang makanan?

3. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap

amalan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat penyediaan makanan?

4. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap

amalan menggunakan bahan pembungkusan makanan dengan selamat?

1.5 Objektif kajian

1. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai

terhadap amalan kebersihan diri semasa penyediaan makanan.

2. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai

terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan memasak dan menghidang

makanan.

3. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai

terhadap amalan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat penyediaan

makanan.

4. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai

terhadap amalan menggunakan bahan pembungkusan makanan dengan selamat.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

8

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pengendali-pengendali makanan

terhadap amalan kebersihan dan keselamatan di Taman Seri Pulai. Hasil kajian dan

maklumat-maklumat yang di kumpulkan adalah penting dan berguna sebagai garis

panduan dan bahan rujukan kepada beberapa pihak tertentu seperti pengusaha restoran

dan pihak berkuasa.

1.6.1 Pengusaha restoran

Kajian yang di jalankan ini dapat memberi motivasi kepada pengendali-

pengendali makanan supaya boleh memperbaiki perkhidmatan mereka dari pelbagai

aspek mengikut keperluan dan keutamaan. Pengendali-pengendali makanan perlu

memperoleh maklum balas tentang perilaku pekerja dan kesannya terhadap pelanggan.

Kajian seperti ini merupakan salah satu sumber fakta dan rujukan yang baik kepada

pengusaha ini.

Selain itu, ianya juga dapat menimbulkan kesedaran kepada pengendali-

pengendali makanan akan kepentingan penjagaan kebersihan dan keselamatan dalam

penyediaan makanan supaya dapat menjamin kebersihan dan keselamatan makanan

yang dihidangkan kepada pengguna.

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

9

1.6.2 Pelanggan

Menyedarkan pelanggan dalam menyuarakan hak mereka sebagai pengguna

untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan makanan yang berkualiti.

Pengguna berhak menyuarakan segala ketidakpuasan yang dilakukan oleh pengusaha

restoran dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Ini juga akan membantu pihak

berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

1.6.3 Pihak Berkuasa

Membantu pihak berkuasa seperti MPJBT memantau masalah yang ada di

restoran. Dengan ini pihak berkuasa boleh menjalankan pemeriksaan berdasarkan

kelemahan yang didapati daripada hasil kajian dan memberi khidmat nasihat untuk

meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Hasil kajian juga dapat menyediakan maklumat-maklumat yang lebih terperinci

dan terkini agar dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam merangka program

untuk memastikan kebersihan yang perlu di aplikasikan oleh para pengendali

makanan.

1.6.4 Kementerian Kesihatan

Membantu agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Kesihatan supaya dapat

mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa yang melanggar peraturan

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

10

kebersihan dan keselamatan sewaktu penyediaan, penyajian dan pembungkusan

makanan.

1.7 Batasan kajian

Kajian ini terbatas kepada pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai.

Penyelidik memfokuskan kajian hanya dari aspek persepsi terhadap amalan kebersihan

diri, peralatan-peralatan, tempat penyediaan makanan dan penggunaan bahan

pembungkusan. Ini disebabkan oleh faktor kekangan masa dan tenaga yang dihadapi

oleh penyelidik. Di samping itu penyelidik juga mendapat kesukaran untuk

mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada kalangan responden yang terdiri

daripada pengendali makanan.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan

lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini

nanti.

1.8.1 Amalan

Menurut Kamus Komprehensif (2005), kebajikan atau perbuatan yang diterapkan

tentang perlakuan seseorang. Dalam kajian ini, amalan merujuk kepada perbuatan atau

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

11

sikap seseorang pengendali makanan dalam menjalankan atau mengendalikan

perniagaan mereka.

1.8.2 Makanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), bermaksud apa jua yang boleh di

makan samada pepejal atau cecair. Dalam kajian ini, makanan bermaksud segala jenis

makanan termasuk minuman yang dijual di restoran.

1.8.3 Premis makanan

Menurut Akta Makanan 1983, premis makanan bermaksud premis yang

digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan,

penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan

semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan. Dalam kajian

ini, premis makanan merujuk kepada tempat di mana pengendali restoran menjalankan

perniagaan.

1.8.4 Kebersihan

Menurut Kamus Komprehensif (2005) bermaksud keadaan yang bersih atau

kejernihan. Dalam kajian ini, kebersihan merujuk kepada penyediaan makanan yang

dihidangkan kepada pengguna adalah bebas dari sebarang kekotoran.

Page 27: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS · PDF fileSaya akui karya ini adalah hasil kerja ... pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha

12

1.8.5 Keselamatan

Menurut Kamus Komprehensif (2005) bermaksud keadaan yang selamat. Dalam

kajian ini, keselamatan merujuk kepada keselamatan sewaktu menyediakan makanan

dan selamat untuk dimakan oleh pengguna.

1.8.6 Keracunan Makanan

Menurut Kamus Dewan (2005), bermaksud termakan makanan yang

mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan

kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan

yang menyebabkan penyakit. Dalam konteks kajian, penyelidik mendefinisikan

keracunan makanan sebagai masalah yang dihadapi oleh pengguna yang dialami dalam

beberapa ketika akibat memakan makanan yang tidak dijaga kebersihannya dan dicemari

oleh kuman atau bakteria.

1.8.6 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), gambaran atau bayangan dalam hati

atau fikiran tentang perkhidmatan makanan, pandangan dan tanggapan menerusi

pancaindera. Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan dalam

hati atau fikiran terhadap perkhidmatan makanan dan minuman di restoran.