pss 3107

28
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF 1.0 SINOPSIS Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan nilai alam sekitar. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif 2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kehidupan seharian 3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar 1.2 KERANGKA TAJUK DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF 5

Upload: albert-sia

Post on 01-Dec-2015

352 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP

POSITIF

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk

pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan

nilai alam sekitar.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif

2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam kehidupan seharian

3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan

kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar

1.2 KERANGKA TAJUK

DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF

5

Disiplin Pengajian Sosial untuk

pemupukan domain afektif

Nilai Murni Unsur Patriotisme Nilai Alam Sekitar

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

1.2.1 NILAI MURNI

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan

Tuhan. Wan Zaid (1968) menyatakan nilai murni merupakan tanggapan

berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga

menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya

diasaskan kepada agama. Menjadi tujuan semua agama untuk membentuk

kehidupan penganutnya bersikap baik dan berakhlak mulia.

Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam

membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan bermula

daripada pendidikan prasekolah hinggalah kepada proses pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan amalan murni.

Dalam Jadual berikut ialah contoh-contoh nilai murni dan subnilai yang

bukan sahaja boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran

malah boleh juga diterapkan secara sama ada secara langsung atau tidak

langsung melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

NILAI MURNI SUBNILAI

Baik HatiSikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.

Belas kasihanBertimbang rasa Murah hati

BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain

BertanggungjawabBerupaya bertindak sendiriYakin pada diri sendiri

6

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Hemah TinggiBudi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain.

KesopananMengakui kesalahan diri Ramah mesra

Hormat-menghormatiMenghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan.

Hormat kepada ibu bapa,guru, rakan dan pemimpinHormat kepada raja dan negaraPatuh kepada undang-undang

Kasih SayangPerasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu

Sayang kepada nyawaSayang kepada alam sekelilingCinta kepada negaraCinta kepada keamanan

KeadilanTingkah laku, pertuturan serta keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah

AdilSaksama

Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.

Kebebasan di sisi undang-undangKebebasan dalam sistem demokrasi

KeberanianKesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana

Berani dengan tidak membuta tuliBerani kerana benarBerani mempertahankan KeberanianBerani bertanggungjawab

KejujuranSikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Amanah Bercakap benar Ikhlas

7

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Kebersihan Fizikal dan MentalKebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap indvidu. Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Pandangan, cadangan, pendapat, dan pemikiran yang bernas harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Kebersihan diriKebersihan persekitaranPertuturan dan kelakuan yang sopanPemikiran yang sihat dan membina

KerajinanUsaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

CekalusahaDedikasiGigih Tekun

KerjasamaSemua pihak sedia bantu-membantu, berkongsi dan rela menjalankan tugas masing-masing. Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat dan negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

PersaudaraanTanggungjawab bersamaToleransiGotong royongKebaikan bersama

KesederhanaanSikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau tingkah laku supaya sesuai dengan norma dan nilai

Sederhana dalam menimbang kepentingan diri dan orang lainTidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

KesyukuranKesyukuran bermaksud kita harus berterima kasih dan bersyukur di atas kemudahan-kemudahan yang kita peroleh. Kesyukuran merujuk kepada perasaan dan perlakuan yang dilahirkan kerana nikmat dan kesenangan yang diperoleh seseorang itu.

Berterima kasih Mengenang budi Memberi penghargaan

Semangat BermasyarakatKesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan bagi kepentingan bersama untuk mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat.

BermuafakatKejirananPeka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat-isu sosial

8

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

RasionalRasional bererti boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh emosi. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan dan penaakulan serta berfikiran secara logik dan terbuka.

Sikap rasional asas pertimbangan yang wajar Kesudian memberi teguran membina dan bersedia menerima teguran orang lain. Pemikiran rasional penting dalam menangani konflik

Membuat Nota

1. Nyatakan tiga domain afektif dalam pembentukan sikap positif seseorang murid.

2. Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai murni dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.2 UNSUR PATRIOTISME

Pada umumnya, patriotisme ditakrifkan sebagai sikap-sikap positif dan

menolong terhadap negara oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.

Patriotisme juga berkaitan dengan bangsa dan negara itu sendiri. Patriotisme

juga merujuk sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa

melalui pemeliharaan ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, identifikasi dengan

ahli-ahli lain dalam bangsa itu. Patriotisme juga membayangkan bahawa

seseorang itu wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding

kepentingan diri dan kelompoknya.

Patriotisme boleh dikategorikan kepada patriotisme peribadi dan

patriotisme rasmi. Sebagai contoh, menghormati bendera adalah patriotisme

9

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

peribadi kerana seseorang itu berperasaan dan sukarela untuk mematuhi nilai-

nilai patriotik. Patriotisme rasmi biasanya penuh dengan simbolik dan istiadat

untuk kepentingan negara itu sendiri supaya memperoleh kesahan bersama

komuniti politik. Sebagai contoh, Hari Pahlawan dan Tugu Negara ialah

patriotisme rasmi yang diatur oleh protokol dengan tujuan tertentu.

Berikut ialah beberapa contoh unsur patriotisme yang boleh diterapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

CONTOH-CONTOH UNSUR PATRIOTISME

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang

selesa Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej tempat

sendiri Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai

kaum Bekerjasama dengan negara jiran untuk kepentingan bersama. Menghormati negara-negara lain untuk menjamin keamanan dunia. Menghargai jasa pengasas kerajaan Melaka Menyedari pentingnya menuntut ilmu Kesedaran bersama untuk mempertahankan negara Bersatu padu mempertahankan negara Memupuk semangat kekitaan serta perpaduan menentang

penjajahan Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama. Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum Menyemaikan semangat cinta akan negara Menyemaikan semangat integrasi nasional Bersama bertanggungjawab memelihara warisan sejarah. Menghargai kemajuan teknologi ke arah kemakmuran ekonomi

negara.

10

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang unsur patriotisme dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.3 NILAI ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang

kualiti alam sekitar supaya generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan

mereka dan memakmurkan masa hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai

betapa pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru khususnya guru

mata pelajaran Pengajian Sosial perlu menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar juga

boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti khidmat komuniti.

Berikut ialah beberapa contoh nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui

aktiviti-aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR

Prinsip bekerjasama Peranan kita adalah untuk memahami, bekerjasama seiring jalan serta hidup berharmoni dengan alam tabii dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya.

Prinsip menghormati alam / bumi

Semua spesis sama ada berguna atau tidak kepada manusia mempunyai hak untuk hidup / sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup

11

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Prinsip kehidupan seimbang

Kebahagiaan hidup diperolehi daripada kemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kemajuan alam sekitar.

Prinsip kerosakan minima

Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip rendah diri Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi / alam ini.

Prinsip mengiktiraf hak generasi akan datang

Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa yang kita temui pada mulanya

Prinsip tanggungjawab setiap individu

Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degrasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita racuni orang yang mendiami tempat itu.

Prinsip perlindungan dan pemuliharaan ekosistem

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak.

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilaialam sekitar dalam kehidupan seharian anda.

Rehat

Latihan 1

Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai-nilai berikut:

1.1 Nilai murni1.2 Unsur patriotisme 1.3 Nilai alam sekitar

TAJUK 2 PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,

12

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

MORAL DAN ETIKA

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada peranan guru dalam pemupukan nilai

moral dan etika serta pentaksiran penerapannya dalam pengajaran dan

pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Menggunakan kemahiran berfikir mengenai pemupukan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar seseorang guru.

2.1.2 Mensintesis dan mencadangkan cara-cara bagi pembentukan sikap positif

semasa pengajaran dan pembelajaran.

2.1.3 Menulis refleksi kendiri sejauh manakah amalan positif ini telah diterapkan

dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.1.4 Mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi

menerapkan nilai, moral dan etika semasa pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial.

2.1.5 Memperjelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh diserapkan dengan unsur

penerapan nilai.

2.1.6 Menghubungkaitkan aktiviti kurikulum dengan penerapan kokurikulum.

2.1.7 Menunjukkan cara bagaimana penerapan nilai boleh diaplikasikan di

dalam kokurikulum.

2.1.8 Menyusun strategi bagi memanfaatkan penerapan nilai dalam

kokutikulum.

2.1.9 Mengenal pasti beberapa langkah bagi tujuan penilaian nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kokurikulum.

2.1.10 Menganalisis cara membuat pentaksiran

2.1.11 Mengaplikasikan beberapa aktiviti yang boleh dinilai menggunakan

kaedah temubual dan pemerhatian

13

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.2 KERANGKA TAJUK

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan nilai

murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kalangan murid. Selain

daripada menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam

pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat

masyarakat guru juga perlu membuat pentaksiran terhadap keberkesanan

penerapan nilai-nilai tersebut.

14

Peranan Guru Dalam

Pemupukan Nilai, Moral dan

Etika

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam Pengajaran & Pembelajaran

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam Kegiatan

Kokurikulum

Pentaksiran Penerapan nilai

murni, unsur patriotisme dan

nilai alam sekitar

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam Aktiviti Khidmat

Masyarakat

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.2.1 PENERAPAN NILAI MURNI, UNSUR PATRIOTISME DAN NILAI ALAM SEKITAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Usaha membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri pelajar amat penting.

Nilai sosial adalah nilai yang dianuti oleh sesuatu masyarakat mengenai apa

yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk oleh masyarakat itu. Sebagai

contoh, seseorang yang menolong orang lain yang berada di dalam kesusahan

diterima sebagai nilai baik, manakala mencuri harta benda orang lain adalah nilai

buruk.

M.Z. Lawang menyatakan nilai adalah gambaran mengenai apa yang

diinginkan, yang pantas, berharga, dan dapat mempengaruhi perilaku sosial

daripada orang yang bernilai tersebut. Mengikut Woods, nilai sosial sebagai

petunjuk umum yang telah lama berlaku dan mengarahkan tingkah laku dan

kepuasan dalam kehidupan sehari-hari. W.A. Green pula mengatakan nilai sosial

adalah kesedaran yang secara relatif berlangsung disertai emosi terhadap objek.

Di samping itu, Menurut Hendropuspito nilai sosial ialah segala sesuatu yang

dihargai masyarakat kerana mempunyai daya guna fungsional bagi

perkembangan kehidupan manusia.

Guru boleh membentuk sikap positif dan menerapkan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Pengajian Sosial melalui cara-cara berikut.

Pembentukan sikap positif dan penerapan nilai boleh dilakukan melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang realistik. Isi pelajaran hendaklah

berupaya membangunkan pemikiran pelajar hasil daripda pemerolehan

pengetahuan. Sesuatu yang dipelajari itu hendaklah relevan dengan kehidupan

seharian. Di samping itu, bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

yang digunakan hendaklah berunsur stimulatif, iaitu dapat merangsang minat dan

respons pelajar.

15

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang dapat menggalakkan perlakuan yang bermatlamat.

Ini bererti strategi pengajaran dan pembelajaran itu berorientasikan aktiviti dan

berpusatkan pelajar serta mengambil kira aspek pencapaian matlamat selaras

dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga perlu melibatan pelajar

dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

supaya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, guru perlu menyediakan ruang untuk para pelajar

membuat refleksi kendiri terhadap amalan nilai selepas sesuatu langkah

pengajaran dan juga dalam penutup.

Seseorang guru hendaklah merancang bagaimana sesuatu nilai itu dapat

diterapkan dalam mana-nama langkah pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan

sesuatu aktiviti penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar

dalam prosedur pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial

boleh dibuat sama ada secara langsung atau tersirat.

Penerapan nilai-nilai tersebut hendaklah berpandukan hasil pembelajaran

berkaitan nilai yang ingin dicapai, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.

Penerapan nilai perlulah berbentuk aktiviti (activity-based), berpusatkan pelajar

(student-centered), berbentuk inkuiri dan aktiviti penyelesaian masalah.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, nyatakan empat cara untukmembentuk sikap positif semasa pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

2.2.2 PENERAPAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI

16

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

KHIDMAT KOMUNITI

Guru perlu menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar melalui kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan

permainan serta aktiviti khidmat komuniti dan projek khas sukarelawan. Sebagai

contoh, nilai menghormati sesuatu keputusan mesyuarat harus wujud dalam diri

murid bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran. Murid hendaklah diberi

tanggungjawab untuk mengurus kelab dan persatuan, badan beruniform dan

sukan dan permainan mengikut peranan murid-murid tersebut. Contohnya,

seseorang murid yang dipilih menjadi pengerusi sesuatu persatuan harus diberi

tanggungjawab untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat dan membuat

keputusan berdasarkan keputusan bersama.

Penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar juga perlu

diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti

berbentuk amali ke arah pemantapan nilai dan etika dalam diri murid.

Nilai murni seperti kerjasama, guru penasihat yang membuat pemantauan

terhadap aktiviti berbentuk amali hendaklah berupaya mengesan penerapan nilai

murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar menggunakan kaedah

pentaksiran yang sesuai.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, jelaskan bagaimana penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh diaplikasikan di dalam aktiviti-aktiviti berikut:

a) Aktiviti kokurikulumb) Aktiviti khidmat komuniti

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

2.2.3 PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN

17

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM.

Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dan

aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap

murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur patriotisme

dan nilai alam sekitar.

Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif dan menekankan

perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas

tentang tahap dan kesan penerapan nilai dalam kalangan murid.

Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang,

mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Pentaksiran ini

menggunakan pelbagai kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot,

pemerhatian, temu bual dan soalan subjektif.

Membuat Nota

Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

18

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

SENARAI SEMAK

Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi

membolehkan guru menilai tahap penerapan yang berlaku semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai

semak berdasarkan nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum. Senarai semak

boleh disediakan secara individu atau berkumpulan seperti contoh berikut.

Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran

Arahan : Tandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai.

Bil. Penyataan Ada Tiada

1. Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka

2. Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran

3. Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran.

4. Saya berkawan baik dengan anak jiran

5. Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Senarai Semak untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

19

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

REKOD ANEKDOT

Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang menunjukkan

tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian tingkah laku murid dalam

perkara tertentu. Rekod ini sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati

tahap perkembangan murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan.

Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot – Unsur Patriotisme

Aktiviti : Perhimpunan Sekolah Tarikh : .....................................

Bil. Nama Murid Menghormati Lagu Kebangsaan Catatan

1 Murid ABerdiri tegak semasa menyanyikan lagu Kebangsaan

2 Murid BBerbual-bual dengan kawan semasa menyanyikan lagu KebangsaanTidak berdiri tegak

3 Murid C Menyanyi dengan penuh semangatBerdiri tegak

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Rekod Anekdot untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas

Rehat

20

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TEMU BUAL

Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat tentang

pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau

perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat

pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar yang hendak dinilai.

Aktiviti : Perkhemahan Unit BeruniformTempat : ________________________ Tarikh : ________Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah sampah sarap diurus sepanjang tempoh perkhemahan?

2 Apakah peraturan berkaitan dengan alam sekitar yang harus diikuti semasa mendirikan khemah?

3 Nyatakan aktiviti yang dijalankan untuk memelihara alam sekitar sepanjang tempoh perkhemahan?

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Temu Bual untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

PEMERHATIAN

21

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh ditaksir

melalui Kaedah Pemerhatian sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Melalui

kaedah ini guru akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan

sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti

kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual WaktuNilai : Bertanggungjawab

Perkara Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB  

Murid menggunakan waktu belajar dengan bertanggungjawab.

 

Murid menggunakan waktu riadah dengan bermanfaat.

Murid memilih rancangan TV yang sesuai.

Murid membantu keluarga dengan bertanggungjawab.

ULASAN / KOMEN :

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Pemerhatian untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

SOALAN SUBJEKTIF

22

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak maklumat tentang

nilai yang ingin diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas

mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih

mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Tajuk : Semangat KejirananNilai : Hormat-menghormati

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah anda mengenali jiran?

2 Apakah aktiviti kejiranan yang pernah anda ikuti?

3 Berapa kerapkah anda mengunjungi rumah jiran dan apakah tujuan anda?

4 Pernahkah anda menziarahi rumah jiran semasa hari perayaan? Ceritakan pengalaman anda.

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Soalan Subjektif untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

23

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Latihan 2

Sediakan satu langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh guru bagi menerapkan nilai-nilai berikut semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

2.1 Nilai murni - Kerjasama2.2 Unsur patriotisme - Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum2.3. Nilai alam sekitar - Prinsip kerosakan minima

Format Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Sumber P&P

2.1. Nilai murni - Kerjasama

a.

b.

c.

Peringatan

Setelah anda menyiapkan segala tugasan di dalam modul ini anda hendaklah menyimpannya dalam portfolio untuk tujuan semakan oleh pensyarah dan juga digunakan untuk sesi interaksi di IPG.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dalam modul ini. Jumpa anda semasa sesi interaksi di IPG nanti.

Tamat

24