proses transformasi.docx

33
4.0 PROSES TRANSFORMASI 4.1 Kerangka Generatif Chomsky Menurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam “Tatabahasa Dewan”, pada tahun 1957, seorang ahli bahasa Amerika iaitu Noam Choamsky telah mengemukakan suatu teori bahasa baharu yang dikenali sebagai teori bahasa baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif. Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini pula ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami berbagai-bagai ayat dalam bahasanya. Sebagaimana yang telah dinyatakan, teori tatabahasa transformasi- generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman, dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transformusi, yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa mi menjadi sebahagian daripada 18

Upload: muhammad-faizal-abin

Post on 13-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

4.0 PROSES TRANSFORMASI4.1 Kerangka Generatif ChomskyMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan, pada tahun 1957, seorang ahli bahasa Amerika iaitu Noam Choamsky telah mengemukakan suatu teori bahasa baharu yang dikenali sebagai teori bahasa baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif. Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini pula ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami berbagai-bagai ayat dalam bahasanya. Sebagaimana yang telah dinyatakan, teori tatabahasa transformasi- generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman, dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transformusi, yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa mi menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Peringkat-peringkat struktur ini dapat dilihat lebih jelas dalam Rajah 1 di bawah:

Representasi SemantikRepresentasi SemantikStruktur PermukaanRumus TransformasiRumus Strukutur FrasaLeksikonStruktur DalamanKomponen SemantikRepresentasi Semantik

Rajah 1: Tatabahasa Model Generatif

Berdasarkan rajah 1, pelaksanaan rumus transformasi terhadap sesuatu struktur pelaksanaan rumus transformasi terhadap sesuatu struktur dalaman akan menghasilkan ayat-ayat yang berbentuk struktur permukaan. Setiap ayat ini terdiri daripada rentetan bunyi bahasa. Oleh sebab itu setiap bahasa memerlukan satu set rumus yang akan menentukan cara penyebutan sesuatu ayat, dan ini terjadi pada bahagian atau komponen fonologi yang melahirkan representasi fonetik. Dalam tatabahasa generatif diandaikan juga bahawa kesemua bentuk kata, iaitu bentuk terkecil sintaksis yang disebut morfem ada tersimpan sebagai leksikon (data kamus) pada setiap penutur.Menurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan, Frasa dalam bahasa Mehayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut:1) A S + P

2) S FN

3) P FN FK FA FS

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan, Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah rajah pohon, seperti yang berikut:

4.2 PROSES PENERBITAN AYATPenerbitan sesuatu ayat di sini dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan sernula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Rajah 2: Proses Penerbitan Ayat

4.2.1 Proses PengguguranMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan, proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu:

4.2.1.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjeka) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan, contohnya:kamu keluar keluarProses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang terdiri daripada kata ganti nama din orang kedua boleh diterangkan secara kasar seperti yang berikut:Subjek + Predikat = + Predikat (kata ganti nama orang kedua) Berdasarkan kepada gambar rajah di atas, frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua, iaitu kamu.

b) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, yang diberi tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut. Contohnya:Dia sangat pandai + Dia rajin belajar~ Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.~ Dia sangat pandai kerana rajin belajar.Dalam hal ini dia dalam ayat di atas digugurkan oleh sebab dia dalam kedua-dua ayat merujuk orang yang sama. Rajah pohon untuk menunjukkan pengguguran itu adalah seperti yang berikut:

4.2.1.2 Pengguguran Frasa PredikatMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian danipadanya, boleh digugurkan.a) Pengguguran seluruh frasa predikatMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa predikat terdiri daripada salah satu yang berikut:(i) Frasa Kerja (iii) Frasa Adjektif(ii) Frasa Nama (iv) Frasa Sendi NamaJikalau tendapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang tenakhin boleh digugurkan. Perhatikan contoh- contoh yang berikut bagi keempat-empat jenis frasa predikat:(i) Frasa Kerja yang serupa. Contohnya:Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England= Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar diEngland.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

(ii) Frasa NamaBendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara= Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara.= Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.

Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

(iii) Frasa AdjektifAdik saya sangat rajin. Adik Ali sangat rajin.~ Adik saya sangat rajin dan adik Ali sangat rajin.~ Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

(iv) Frasa Sendi NamaDia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.~ Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.~ Dia dan isterinya masih di kampung.

Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

b) Pengguguran bahagian bahagian frasa predikatMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran. Antaranya: oleh + FN dalam ayat pasif Kata bantu yang serupa FN sebagai objek yang serupa sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.(i) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasifMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya:Dia dipukul Dia dipukul oleh bapanya

Rajah pohonnya ialah:

(ii) Pengguguran kata bantu (KB) yang serupaMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif, boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya:Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari.Dia boleh menyanyi dan dia boleh menariDia boleh menyanyi dan menari

(iii) Pengguguran frasa nama (FN) sebagai objek yang serupaMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat-ayat yang digabungkan, objek itu boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang terakhir, seperti dalam contoh-contoh berikut:Daud memukul pencuri itu. Daud menumbuk pencuri ituDaud memukul pencuri itu dan Daud menumbuk pencuri ituDaud memukul dan menumbuk pencuri itu

Rajah pohonnya ialah:

(iv) Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektifMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Objek frasa nama mi holeh digugurkan. Contohnya:Kejadian itu sungguh menakjubkanKejadian itu sungguh menakjubkan kami

Rajah pohonnya ialah:

4.2.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang mendahului frasa relatifMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa namayang serupa yang mendahului frasa relatif itu boieh digugurkan. Contohnya:Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban.Orang tua yang memakai seban itu bapa saya.Yang memakai serban itu bapa saya

Rajah pohonnya ialah:

4.2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa NamaMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN (inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya,Bersenam boleh menyihatkan badanKegiatan bersenam boleh menyihatkan badan

Rajah pohonnya ialah:

4.2.2 Proses Penyusunan SemulaMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ayat-ayat biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu, dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, pada umumnya, proses penyusunan semula ayat-ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

a) Penyusunan semula Frasa Nama sebagai subjekPenyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Contohnya:1) Ali menendang bola itu2) Bola itu ditendang oleh Ali

Ayat pertama ialah ayat aktif, subjek frasa nama ialah Ali dan objeknya bola itu. Sebaliknya, ayat kedua pula ialah ayat yang telah dipasifkan, yang menyebabkan frasa nama bola itu yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asal iaitu Ali, dalam ayat kedua telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja. Imbuhan kata kerja juga berubah, iaitu meN- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ali. Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

b) Penyusunan semula Frasa Nama sebagai objekPenyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:1) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku2) Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad

Dalam ayat di atas, frasa nama yang berkedudukan secara langsung selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi. Namun demikian ayat diatas boleh disusunsemula dengan menukar ganti kedudukan kedua-dua jenis objek tersebut melalui suatu proses transformasi. Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian akhir dengan didahului kata sendi kepada, dan meletakkan frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu. Kata kerja dalam ayat yang diterbitkan berubah juga bentuknya, iaitu imbuhan -i pada kata kerja, jika ada, digantikan dengan imbuhan -kan. Rajah pohonnya adalah sepeti berikut:

c) Penyusunan semula melalui ayat songsangProses penyusunan semula berlaku juga pada ayat-ayat songsang. Ayat-ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab, dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan. Contohnya:1) Orang tua itu pergi ke sungai2) Ke sungai orang tua itu pergi

Dalam ayat pertama di atas, keterangan tempat ke sungai hadir di akhirayat. Tetapi apabila keterangan-keterarangan tersebut hendak difokuskan, maka berlakulah proses penyusunan semula. Keterangan-keterangan dalam ayat-ayat tersebut diletakkan di hadapan seperti dalam ayat kedua di atas.

4.1.3 Proses PeluasanMenurut Nik Safiah Karim et.al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis peluasan, iaitu:

a) Peluasan Frasa Nama sebagai subjekFrasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relative yang. Contohnya:1) Budak itu adik saya2) Budak itu membaca bukuBudak yang membaca buku itu adik saya

Rajah pohonnya ialah:

b) Peluasan Frasa PredikatDalam peluasan yang melibatkan frasa predikat, frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan. Contohnya:1) Ali mengusik budak itu2) Budak itu cantikl(Relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu

Rajah pohonnya adalah seperti berikut:

c) Peluasan dengan kata hubungPeluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, fetapi, kerana, jika, walaupun, dan sebagainya. Tiap-tiap kata hubung mi boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan. Contohnya:1) Ali pergi ke sekolah2) Osman pergi ke sekolahAli dan Osman pergi ke sekolah

d) Peluasan melalui proses komplementasiPeluasan boleh juga terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut. Contohnya:1) Dia melaporkan sesuatu2) Ali sakit tenatDia melaporkan bahawa Ali sakit tenat

Ayat Ali sakit fenat berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan Dia melaporkan sesuatu .... Perkataan bahawa dimasukkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi. Proses ini dapat digambarkan melalui rajah pohon berikut:

43