proses ingesi

24
Aktiviti dalam sistem digestif

Upload: leonardo-deguitar

Post on 29-Jul-2015

429 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses ingesi

Aktiviti dalam sistem digestif

Page 2: Proses ingesi

Objektif umum:

Para pelatih dapat memahami aktiviti dalam sistem digestif.

Page 3: Proses ingesi

Objektif spesifikPada akhir sesi ini, para pelatih dapat

1. Terangkan aktiviti dalam sistem digestif.-ingestion, digestion, absorption, utilization

dan elimination.2. Terangkan proses pencernaan /

penghadaman CHO, protein, lemak, penyerapan air, garam galian dan vitamin.

3. Terangkan fisiologi kejadian asidosis metabolik.

4. Menyedari kepentingan memahami aktiviti dalam sistem digestif.

Page 4: Proses ingesi

Fungsi sistem alimentari1. Ingesi-proses pengambilan makanan ke dalam trek alimentari.2. Propulsi-pergerakan makanan / isi kandungan melalui trek

alimentari.3. Pencernaan/ pengunyahan -pemecahan makanan secara mekanikal ( mastication –

mastikasi ) – mengunyah makanan.-penghadaman makanan secara kimia oleh enzim yang

terdapat dalam sekresi yang dihasilkan oleh kelenjar & organ-organ eksesori sistem penghadaman.

Page 5: Proses ingesi

Fungsi sistem alimentari

4. Penyerapan

-penyerapan bahan makanan – makanan yang telah dicerna akan diserap ke dalam kapilari darah & limfa di bahagian usus kecil untuk diedar ke seluruh badan.

5. Eliminasi

-bahan makanan yang tidak boleh dicerna & diserap akan disingkirkan dari badan sebagai feses.

Page 6: Proses ingesi

Peringkat-peringkat pencernaan

1. Tindakan di mulut

-makanan dihancur secara mekanikal oleh gigi. Semasa mengunyah air liur bercampur dengan makanan. Ia melembutkan, mencairkan makanan.

-enzim air liur ( amilase ) bertindak ke atas kanji & menukarkan kanji ke polisakarida.

-bolus ditelan masuk melalui esofagus ke dalam gaster melalui pergerakan peristalsis.

Page 7: Proses ingesi

2. Tindakan di gaster-makanan bertakung seketika dan bercampur dengan

jus gaster ( pepsinogen & renin ).-penghasilan jus gastrik dikawal oleh saraf vagus &

rangsangan hormon gastrin.-asid hidroklorik bertindak merentikan tindakan enzim

amilase & menjadikan makanan lebih asidik.- asid hidroklorik bertindak menukar enzim

pepsinogen ( tidak aktif ) ke bentuk aktif pepsin. Pepsin bertindak ke atas protein menukarnya ke bentuk pepton.

- Enzim renin mendadihkan supaya protein susu & gula susu dapat diasingkan.

- Protein susu merupakan kasinogen yang mudah larut ditukar ke bentuk kasin yang tidak larut.

- Kasin ditukar ke bentuk pepton oleh pepsin.

Page 8: Proses ingesi

Semasa dalam gaster bahan-bahan makanan juga bertindak secara mekanikal iaitu pergerakan peristalsis di mana otot-otot dinding gaster mengocak & menghancurkan makanan.

Tindakan mekanikal dan kimia berterusan sehingga makanan menjadi campuran pekat dinamakan chyme.

Makanan dalam bentuk chyme masuk sedikit demi sedikit ke dalam duodenum melalui ofifis pilorus.

Sedikit penyerapan berlaku iaitu air, glukos, alkohol dan ubat-ubatan.

Page 9: Proses ingesi

3. Tindakan di intestin-di duodenum chyme bercampur dengan jus

pankreas dan hempedu.-jus pankreas mengandungi enzim ( tripsinogen

& kimotripsinogen, amilase pankreas, lipase ).

-ensim tripsinogen yang tidak aktif ditukarkan ke bentuk tripsin dan kimotripsinogen oleh enzim enterokinase dari jus intestin.

-tripsin dan kimotripsinogen menukar pepton ke polipeptida.

-amilase bertindak ke atas polisakarida --- disakarida.

Page 10: Proses ingesi

-enzim lipase bertindak ke atas lemak yang telah diemulsifi oleh hempedu ke bentuk asid lemak & gliserol.

-jus intestin melengkapkan pencernaan karbohidrat, protein & lemak. Contoh enzim-enzim:

i. Enzim enterokinase -- tripsinogen -- tripsin -- komotripsinogen.ii. Enzim peptidase -- melengkapkan pencernaan protein dengan

menukarkan peptida ke polipeptida -- amino asid.

iii. Enzim sukrase, maltase & laktase bertindak ke atas disakarida ke monosakarida -- sukrose

-- maltose -- laktose

Page 11: Proses ingesi

Penyerapan zat makanan yang telah dicernakan:

Zat-zat makanan diserap dalam bentuk glukos, asid amino dan asid lemak & gliserol melalui villi ke dalam kapilari darah & laktil.

Glukos & asid amino dibawa ke hati melalui vena portal.

Asid lemak & gliserol diserap masuk ke dalam laktil di villi ke cisterna chyli.

Eliminasi:

Hasil sisa-sisa makanan dikumuh melalui kolon.

Page 12: Proses ingesi

Proses Pencernaan / Penghadaman 1. Proses Pencernaan CHO

CHO- polisakarida ( polysaccharide ) akan ditukar kepada monosakarida ( monosaccharide ).

Pencernaan CHO bermula dalam mulut.

Mulut:

Enzim amilase air liur menukar CHO kepada dextrins & maltose & isomaltose.

Perut:

Makanan mengalir ke dalam perut. Keadaan keasidan menghentikan tindakan amilase air liur.

Page 13: Proses ingesi

1. Proses Pencernaan CHOUsus kecil:

Amilase pankreatik menukar semua CHO & dextrins kepada disakarida ( disaccharide ) – maltose, lactose & sucrose.

Di dalam usus kecil – jus intestinal mengandungi enzim maltase, lactase & sucrase.

-maltasa menukar maltose kepada glukos-isomaltasa menukar isomaltose kepada 2 molekul glukos-laktase menukar lactose kepada glukos + galaktosa-sukrosa menukar sukrosa kepada glukos + fruktosa

Glukos / galaktosa / fruktosa ialah monosakarida.Penyerapan monosakarida berlaku di usus kecil

( duodenum & jejunum ).Monosakarida diserap ke dalam kapilari darah di

bahagian villi pada usus kecil.

Page 14: Proses ingesi

Proses Pencernaan / Penghadaman

2. Proses Pencernaan ProteinProtein akan ditukar kepada asid amino. Pencernaan protein bermula di dalam

perut.PerutPepsinogen dalam jus gastrik ditukar kepada enzim pepsin. Pepsin

memecahkan protein kepada pepton & polipeptide.Renin akan mengentalkan susu supaya protein & gula dapat terasing.

Kasinogen ditukar menjadi kasein.PankreasEnzim trypsin & chymotrypsin menukar polipeptide kepada tripeptide &

dipeptide.Usus kecilEnterokinase ( enteropeptidase ) menukar precursor enzim kepada trypsinogen

& chymotrypsinogen kepada enzim yang aktif trypsin & chymotrypsin.Enzim peptidase yang dihasilkan oleh sel enterosit menukar tripeptide &

dipeptide kepada asid amino.Penyerapan asid amino berlaku dalam usus kecil ( jejunum ) melalui kapilari

darah villi.

Page 15: Proses ingesi

Proses Pencernaan / Penghadaman

3. Proses Pencernaan LemakLemak ( triglyceride ) akan ditukar kepada asid lemak & gliserol.

Pencernaan lemak bermula di usus kecil.Usus kecil

Enzim lipase dalam jus pankreatik akan tukar lemak larut (trigliseride ) kepada asid lemak ( fatty acid ) & gliserol ( monoglyceride ).

Di dalam duodenum garam hempedu ( bile salt ) akan emulsifikasikan lemak & tukar kepada lemak larut.

Di dalam usus kecil, enzim lipase akan tukar monoglyceride kepada gliserol & asid lemak.

Enzim esterase dalam jus pankreatik akan tukar kolesterol esters kepada kolesterol & asid lemak.

Penyerapan asid lemak & gliserol berlaku dalam usus kecil dan diserap ke dalam lacteal villi.

Page 16: Proses ingesi

Proses Pencernaan / Penghadaman

4. Penyerapan airPengambilan air secara oral setiap hari ~ 1500 ml.Sekresi yang dihasilkan oleh trek alimentari ~ 7000 ml.1500 ml + 7000 ml = 8500 mlSebanyak 8000 ml akan diserap ke dalam usus kecil. Sedikit air

akan diserap ke dalam dinding perut & kolon.5. Penyerapan garam galianDiserap ke dalam sel epithelial villi usus kecil.6. Penyerapan vitaminVitamin larut lemak A,D,E,K diserap ke dalam lacteal villi

manakala yang larut air diserap ke dalam kapilari darah villi.

Page 17: Proses ingesi

Asidosis Metabolik

• Dicirikan oleh pH yang rendah (< 7.35) & paras bikarbonat yang rendah ( < 22 mEq/ L). Ia disebabkan oleh:

1. Pengumpulan asid metabolik yang berlebihan dalam badan.

2. Kehilangan bikarbonate yang berlebihan ( buffer ).

3. Peningkatan paras korida ( chloride ).

Page 18: Proses ingesi

Fisiologi kejadian asidosis metabolik

1. Pengumpulan asid metabolikPengumpulan asid metabolik yang berlebihan menyebabkan

cecair menjadi lebih asidik.Berlaku dalam keadaan seperti:-hipoksia tisu-metabolisma anerobik berlaku – penghasilan asid

laktik.-glukos yang berkurangan akibat kebuluran – metabolisma

lemak berlaku- penghasilan asid lemak ( menukar kepada ketone ) – ketoasidosis.

-gangguan penyingkiran asid metabolik oleh kidney.Asid metabolik yang berlebihan meningkatkan kepekatan ion

hidrogen dalam cecair badan – pH menurun < 7.35.

Page 19: Proses ingesi

Fisiologi kejadian asidosis metabolik

2. Kehilangan bikarbonate yang berlebihan Kehilangan bikarbonate yang berlebihan

menyebabkan kurang bikarbonate untuk bertindak sebagai buffer. Keadaan di mana kehilangan cecair yang berlebihan akan menyebabkan kehilangan bikarbonate seperti:

-diarea, pengaliran ileostomi, fistula, sedutan gaster / intestinal.

Page 20: Proses ingesi

Fisiologi kejadian asidosis metabolik

3. Peningkatan paras klorida Peningkatan paras klorida menyebabkan

cecair menjadi asidik. Asidosis hiperkloremik berlaku dalam keadaan:

-jika terlalu banyak klorida diberi kepada pesakit seperti infusi cecair sodium klorida ( NACL ).

-penyakit renal di mana klorida tidak dapat disingkirkan.

Page 21: Proses ingesi

Manifestasi klinikal yang ditunjukkan oleh pesakit yang mengalami asidosis

metabolik

1. Anoreksia2. Loya & muntah3. Kesakitan abdomen4. Letih & lesu5. Paras kesedaran merosot6. Dispnoea / hiperventilasi7. Bradikardia / dysrhythmias

Page 22: Proses ingesi
Page 23: Proses ingesi

Rujukan• Carola R., Harley J. P. & Noback C. R. ( 1990 ).

Human Anatomy and Physiology. McGraw-Hill, Inc. : New York.

• Waugh A. & Grant A. ( 2004 ) (9th ed. ). Anatomy and Physiology in Health and illness. Churchill Livingstone : Edinburgh.

• Wilson K. J. W. & Waugh A. (1996 ) (8th ed. ). Anatomy and Physiology in Health and illness. Churchill Livingstone : New York .

• Tortora G. J. & Grabowski S. R. ( 2004 ) (6th ed. ). Introduction to the Human Body : The Essentials of Anatomy dan Physiology. John Wiley & Sons, Inc. : United States of America.

Page 24: Proses ingesi

Thank you!

You are… what you eat!