proses kelompok

32
KAUNSELING KELOMPOK Kuliah 2: PROSES DAN PERLAKSANAAN DISEDIAKAN OLEH: SUZILA ISMAIL

Upload: abdul-rahman-ramlan

Post on 22-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: proses kelompok

KAUNSELING KELOMPOKKuliah 2:

PROSES DAN PERLAKSANAAN

DISEDIAKAN OLEH:SUZILA ISMAIL

Page 2: proses kelompok

Permulaan kelompok melibatkan banyak langkah yang kompleks yang mungkin menyelubungi ketua kelompok jika dia tidak benar-benar bersedia.

2 faktor penting yang perlu ditangani oleh ketua kelompok ialah peranan yang dipegang setiap ahli dan struktur kelompok itu sendiri. Tahap ini sangat ditekankan dalam membentuk kelompok kerana kelompok yang bermula dengan baik akan melalui setiap tahap juga dengan baik.

Page 3: proses kelompok

Dengan memahami bagaimana memula dan mendidik sebuah kelompok, peluang bagi ahli dan kelompok untuk mencapai matlamat dan mengelakkan kacau-bilau dapat ditingkatkan (Zimpfer,1986).

Boleh dikatakan semua kelompok yang ‘sihat’ melalui tahap-tahap perkembangan. Tuckman dan Jensen (1977) mengenal pasti tahap-tahap tersebut sebagai forming, storming, norming, working dan termination.

Page 4: proses kelompok

Ward (1982) mengkategorikan tahap-tahap perkembangan sebagai kuasa, kejelekitan, bekerja dan menamatkan.

Kormanski dan Mozenter (1987) menyatakan kelompok berkembang melalui kesedaran dan kemudian berubah kepada konflik, kerjasama, produktiviti, dan akhirnya pemisahan.

Page 5: proses kelompok

Trotzer (1999) mengkonsepsikan kelompok sebagai bergerak melalui tahap-tahap keselamatan, penerimaan, tanggung jawab, kerja dan penutup.

Berkenaan perjumpaan permulaan kelompok, banyak proses yang telah hampir lengkap-contohnya, membentuk idea kepada kelompok, pemerhatian ahli-ahli, dan persediaan memilih individu dan matlamat-matlamat kelompok.

Page 6: proses kelompok

Pembentukan ialah proses yang melibatkan beberapa langkah. Walaupun langkah-langkah ini dapat dilakukan serentak, tiada satu boleh ditinggal jika kelompok hendak berkembang dengan baik dan maju.

Langkah 1: Membina rasional untuk kelompok.

Bagi setiap kejayaan sesebuah kelompok, terdapat rasional di atas kewujudannya, rasional yang jelas dan fokus adalah perkara terpenting dalam membuat perancangan

Page 7: proses kelompok

Langkah 2: Menentukan Format Teoretikal.

Ahli praktis kelompok mestilah menentukan format teoretikal yang mana yang hendak digunakan. Dalam memilih format teoretikal, limitasi dan kekuatan sesuatu pendekatan mestilah diambil kira.

Sesebuah format teoretikal mesti boleh berfungsi ke atas perkara intrapersonal, interpersonal, dan ekstrapersonal, tetapi pada tahap berbeza. Asas teoretikal sesuatu kelompok itu seboleh-bolehnya hendaklah memenuhi keperluan ahli-ahli dan juga kelompok itu sendiri.

Page 8: proses kelompok

Selain daripada pendekatan yang dipilih, perancangan untuk kelompok mestilah mengambil kira yang kelompok mengandungi pelbagai pembolehubah, yang terdiri daripada manusia, proses dan produk.

Langkah 3: Mengambil kira Pertimbangan Praktikal.

Cadangan kelompok patut menekankan spesifik, konkrit, serta objektif praktikal dan prosedur. Perkiraan seperti waktu perjumpaan, tempat, dan kekerapan tidak boleh diabaikan jika sesuatu kelompok hendak berjaya (Jacobs, Masson & Harvill,2002).

Ketua kelompok mestilah peka dengan isu politikal dan juga keadaan realiti.

Page 9: proses kelompok

Langkah 4: Mengumumkan Kelompok. Corey dan Corey (2002) mengatakan

sebagaimana sesuatu kelompok diumumkan akan mempengaruhi bagaimana ia diterima oleh ahli-ahli dan jenis orang yang akan menyertainya.

Langkah 5: Pralatihan dan Pemilihan Ahli-Ahli dan Pralatihan Seorang Ketua.

Kematangan, kesediaan, dan komposisi ahli-ahli memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan sesebuah kelompok (Riva, Lippert & Tackett,2000).

Page 10: proses kelompok

Ahli-ahli yang berpotensi menyertai kelompok patut ‘ditapis’ (ditemuduga sama ada secara individu atau dalam kumpulan sebelum perjumpaan kelompok yang pertama untuk menentukan kesesuaian menyertai kelompok) dan memilih dengan berhati-hati.

Semasa proses tapisan prakelompok, ketua mestilah mengutarakan kepada bakal-bakal ahli tentang kesediaan untuk berada dalam kelompok dan matlamat mereka (MacNair-Semands,1998) serta mitos dan konsep yang salah yang mungkin difikirkan mereka tentang kelompok (Childers &Couch, 1989).

Page 11: proses kelompok

Satu cara untuk memastikan ahli-ahli telah bersedia untuk kelompok selain daripada tapisan ialah melalui pralatihan (cth: mengorientasi mereka berkenaan jangkaan tentang kelompok sebelum memulakan perjumpaan).

Pralatihan kelompok adalah tidak diwajibkan, tetapi lebih banyak persediaan dilakukan oleh bakal ahli dan ketua, lebih rendah kadar yang tercicir, komunikasi lebih jelas, dan kesepaduan kelompok lebih baik (Yalom, 1995).

Page 12: proses kelompok

Fakta-fakta tentang bentuk dan prosedur kelompok adalah lebih baik dicatatkan.

Memilih Ahli-Ahli Kelompok. Pemilihan ahli-ahli kelompok selalunya

melibatkan proses dua hala. (Pengecualian bagi kelompok psiko-pendidikan dan kelompok kerja/tugasan tertentu).

Apabila bakal ahli dan ketua terlibat serentak dalam proses pemilihan, kedua-duanya mempunyai input untuk menentukan siapa yang ingin dimasukkan atau tidak.

Page 13: proses kelompok

Kebanyakan pakar dalam bidang kelompok menyokong sama ada prosedur tapisan prakelompok secara individu atau proses tapisan pra kelompok secara berkumpulan (Couch,1995; Riva, Lippert & Tackett, 2000).

Kedua-dua format adalah temuduga pengambilan yang penting di mana ia merupakan cara menentukan siapa yang patut dimasukkan dalam kelompok tersebut atau tidak.

Page 14: proses kelompok

Dalam sesi tapisan prakelompok, matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kelompok tertentu adalah tepat untuk seseorang individu pada masa tertentu.

Melalui tapisan ahli, penamatan sebelum selesai dapat dielakkan, matlamat dan proses yang terlibat dengan kelompok diperjelaskan, dan ahli-ahli digalakkan untuk aktif dalam kelompok.

Individu yang kurang menyumbang kepada perkembangan kelompok atau kurang matang adalah antara yang akan terkeluar daripada menjadi ahli.

Page 15: proses kelompok

Memilih Ketua Kelompok. Pemilihan ketua oleh bakal ahli,

sebahagiannya bergantung kepada kualiti-kualiti profesional dan sebahagiannya kualiti peribadi.

Jika bakal ahli mendapati dia tidak selesa bekerjasama dengan ketua tersebut maka lebih baik dia mencari kelompok yang lain.

Page 16: proses kelompok

TUGAS-TUGAS BAGI KELOMPOK YANG BARU BERMULA.

Ketua kelompok dan ahli-ahli mempunyai pelbagai tugas untuk dilaksanakan semasa sesi pertama kelompok termasuk: ◦ menangani kebimbangan◦ menyemak kontrak dan matlamat ahli-ahli◦ menjelaskan atau mengulangi peraturan-peraturan

kelompok◦ menetapkan had◦ menggalakkan pertukaran positif sesama ahli

supaya mereka mahu meneruskan (Weiner,1984).

Page 17: proses kelompok

MENYELESAIKAN MASALAH KELOMPOK YANG BARU DIBENTUK.

Satu cara terbaik menangani masalah dalam kelompok baru ialah menghalangnya daripada berlaku. Jika pencegahan dapat dilakukan, ketua dan ahli-ahli dapat bekerjasama mencari penyelesaian.

Masalah Manusia.

Page 18: proses kelompok

Walaupun tapisan teliti telah dibuat, sesetengah ahli kelompok mempamerkan tingkah laku kurang menyenangkan pada awal proses kelompok.

Dalam kaunseling kelompok, mereka yang selalu menimbulkan masalah ialah individu yang memonopoli, tarik diri, mengancam, terlalu fokus kepada orang lain, meluahkan perasaan sewenang-wenangnya, menggoda, atau tidak bertoleransi (Edelwich &Brodsky, 1992).

Page 19: proses kelompok

6 peranan keahlian yang biasa ditunjukkan semasa sesi pertama ialah: pemanipulasi, penentang, pemonopoli, ahli yang pendiam, selalu menyindir, dan terlalu fokus kepada orang lain.

Subkelompok ialah sekumpulan ahli yang berkumpul bersama. Mereka mungkin menyusahkan. Ketua kelompok boleh menghalang subkelompok terbentuk dengan memfokuskan kepada keunikan setiap individu dan perkaitannya dengan kelompok secara keseluruhan.

Page 20: proses kelompok

Ketua juga boleh menghalang pembentukan subkelompok dengan memberitahu sejak awal semasa temuduga tapisan, latihan prakelompok, dan permulaan sesi kelompok.

Masalah Prosedur Kelompok. Memulakan sesi pertama kelompok biasanya

agak sukar, terutama kepada ketua yang masih baru. Bagaimana ianya ditangani memberi perbezaan besar kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di dalam kelompok.

Keseluruhannya, tiada satu pun jenis pengenalan yang sesuai untuk setiap kelompok bagi setiap ketua. Gaya pengenalan kebanyakannya ditentukan oleh kemahiran interpersonal ketua dan sifat kelompok itu sendiri.

Page 21: proses kelompok

Struktur Pada tahap permulaan kelompok, ketua mesti

membuat keputusan tentang pengstrukturan kelompok (cth: menjalankan kelompok mengikut agenda atau pelan yang ditetapkan).

Kelebihan-kelebihan pengstrukturan kelompok ialah dapat menggalakkan kerjasama kelompok, mengurangkan kebimbangan, fokus persembahan individu, dan memudahkan penyertaan kesemua ahli dalam kelompok (Bach, 1954).

Page 22: proses kelompok

Kekurangan-kekurangan pengstrukturan ialah kurang menggalakkan tanggung jawab personal, dan menghalang kebebasan ekspresi.

Bagi kelompok tidak berstruktur, walaupun menyebabkan kebimbangan awal dan ketidakpuasan hati, namun juga mewujudkan semangat dan kesepaduan kelompok yang tinggi (Trotzer, 1999).

Page 23: proses kelompok

Penglibatan. Penglibatan ahli-ahli kelompok, di mana

mereka mengambil bahagian dengan aktif dalam kelompok sangat perlu terutama pada sesi pertama. Semasa sesi pertama, ketua kelompok perlu menggalakkan interaksi antara ahli. Penggunaan aktiviti berstruktur adalah satu cara untuk mencapai matlamat ini.

Page 24: proses kelompok

Kejelekitan Kelompok. “Perkembangan efektif bagi mana-mana

kelompok memerlukan ahli-ahli berkongsi imej kelompok itu sendiri” (Hansen et al., 1980p.492).

Satu cara untuk membina kesepaduan kelompok ialah perasaan ‘kekitaan’ – membenarkan individu meluahkan perasaan mereka seluruhnya dengan bebas.

Page 25: proses kelompok

Kejelekitan kelompok boleh dibantu dengan penggunaan aktiviti kesenian (cth: melukis, fotografi, dan kesusasteraan) dalam menolong ahli kelompok meluahkan perasaan dan pemikiran mereka dengan lebih jelas (Shechtman & Perl- Dekel, 2000).

Walaupun kejelekitan kelompok tidak dapat dilihat dengan jelas sehingga peringkat norma (atau identiti) kelompok, benih perkembangannya perlu ditanam lebih awal ke dalam kelompok.

Page 26: proses kelompok

Harapan dan Mengambil Risiko. Menyemai harapan ialah salah satu faktor

asas ‘teraputik’ menurut Yalom (1995). Ketua boleh menyemai harapan semasa sesi

pertama kelompok dengan menyampaikan maklumat, pengesahan ahli-ahli, menekankan perkara positif (Couch & Childers,1987) dan menggunakan jenaka (Gladding, 1994).

Page 27: proses kelompok

Jika ahli-ahli dapat mengalami rasa ‘kesejagatan’ (cth: membiasakan diri dengan kehadiran ahli lain) dalam kelompok, mereka akan merasa kesepaduan yang lebih kukuh (MacKenzie & Livesley, 1983).

Para ketua yang dapat memudahkan pendedahan ahli-ahli dengan maklumat yang tidak mengancam dan terhad pada tahap awal kelompok ialah mereka yang memandu kelompok ke arah kejayaan.

Page 28: proses kelompok

Penamatan Sesi. Menamatkan sesi kelompok dengan baik

sama pentingnya sebagaimana ia dimulakan. Demi mengelakkan ahli kelompok merasa

kecewa kerana gagal mendapat celik akal, Corey dan Corey (2002) mencadangkan sekurang-kurangnya 10 minit pada penghujung sesi untuk refleksi dan rumusan.

Page 29: proses kelompok

PROSEDUR BERGUNA BAGI KELOMPOK PADA TAHAP PERMULAAN.

Sesetengah prosedur kelompok sejagat berhasil digunakan bagi kebanyakan kelompok yang baru bermula;di antaranya: penyertaan, perkaitan, memutuskan, menarik diri, dan memperjelaskan tujuan.

Page 30: proses kelompok

Bilangan yg paling ideal ialah 8 org Terlalu ramai menyebabkan ahli kurang beri

perhatian Jika sedikit, ahli merasa terancam

Page 31: proses kelompok

Tidak terdedah kpd org yg lalu-lalang Selesa & menarik. Rakaman video & kaset perlu persetujuan

semua ahli terlebih dahulu.

Page 32: proses kelompok

Sukarela Bebas memilih untuk keluar Ahli boleh dikeluarkan oleh ketua jika bawa

keburukan kpd kelompok. Ahli yg jalani terapi dengan profesional lain

harus dpat kebenarannya sebelum menjadi ahli kelompok.

PERANAN Iktiraf diri sebagai ahli & tunjukkan

penglibatan Sedia terima tindakbalas daripada orang

lain & melakukan perubahan dari positif kepada negatif.