proses persaraan

Upload: ziema-hjali

Post on 12-Jul-2015

3.310 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

Setiap individu akan mengalami perubahan dalam hidup mereka serta melalui pusingan kehidupan. Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Samalah juga di dunia pekerjaan, setiap yang bekerja akan mengakhiri bidang pekerjaan mereka pada satu hari nanti. Sama ada secara wajib atau dengan sukarela. Saat-saat ini merupakan perubahan yang amat ketera yang dilalui oleh seseorang individu itu dalam kehidupan mereka. Setelah mereka bersara banyak perubahan yang akan dilalui dan banyak juga masa yang terluang yang selama ini banyak dipenuhi dengan kerja semata. Semasa bekerja, pekerjaan seseorang itu sering digunakan sebagai petunjuk kepada keupayaannya, status sosioekonomnya, tingkah laku dan tingkat kejayaannya dalam masyarakat. Namun selepas bersara, individu tersebut mengalami kedudukan kewangan yang berkurangan. Mereka tidak dapat lagi berbelanja mewah seperti dahulu. Secara langsung atau tidak, mereka mendapati dirinya kurang atau hilang peluang untuk berinteraksi dengan bekas rakan-rakan sekerja, status social, identiti diri, penghormatan dan penghargaan kendiri. Pada setiap tahun kita dapati beribu-ribu orang memulakan pesaraan mereka tidak kira secara wajib ataupun pilihan. Di Malaysia bermula 1 Julai 2008 umur persaraan wajib telah bertambah kepada umur 58 tahun. Sebelum ini umur 56 tahun sudah wajib bersara. Pengumuman ini telah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hal ini membolehkan bakal pesara memilih sama ada ingin bersara awal atau lewat. Selepas seseorang itu mula menjejakkan kaki kea lam pesaraan mereka akan mengalami pelbagai masalah atau perubahan pada diri mereka. Antara masalah yang akan mereka alami seperti penyesuaian psikologi, kewangan, kerjaya dan sebagainya. Sekiranya keadaan ini1

dibiarkan berterusan ia mungkin akan mengakibatkan perubahan dalam struktur masyarakat selain daripada masalah sosial yang lain. Tambahan itu, menurut George, Fillenbaum & Palmore, 1984, persaraan akan membawa banyak perubahan di antaranya ialah kekurangan pendapatan, kehilangan struktur dan amalan harian, kehilangan interaksi dengan rakan sekerja, kehilangan status sosial, penghormatan, identity dan rasa kejayaan. Menurut kajian persaraan itu sendiri mempunyai kesan yang kecil ke atas pesara tetapi sebaliknya perubahan seperti yang dinyatakan di atas banyak mempengaruhi kehidupan pesara, sama ada ke arah kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya. Persaraan membawa perspektif yang berbeza-beza bagi setiap individu. Sesetengah individu beranggapan bahawa persaraan merupakan masa yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka kerana setelah beberapa tahun mereka bekerja kini tiba masa untuk mereka berehat pula. Namun ada sesetengah pula beranggapan persaraan merupakan sesuatu yang mereka takuti kerana ini menunjukkan mereka sudah tua dan akan merasakan ada sesuatu yang hilang dalam kehidupan mereka. Individu-individu seperti inilah yang tidak dapat menerima dan menghadapi hakikat yang sebenar bahawa mereka sudah bersara dan tidak perlu bekerja lagi. Setiap yang bersara pasti ada sebab mereka yang tersendiri antaranya sebab kesihatan, sebab terpaksa, sebab peribadi ataupun sebab memang wajib bersara. Walau apa pun alasannya mereka tetap telah berkhidmat untuk negara pada masa dulu. Mereka ini memerlukan perkhidmatan kaunseling atau juru nasihat supaya mereka dapat menguruskan dan menyesuaikan diri mereka selepas mereka bersara. Hal inilah yang hendak disentuh dalam perbincangan kami nanti. Mengupas permasalahan pesara-pesara setelah mereka tidak terikat lagi dengan masalah dalam bidang pekerjaan.

2

2.0

DEFINISI PERSARAAN

Terdapat beberapa definisi mengenai persaraan ini. Menurut Atchley (1977), definisi persaraan perlu mengandungi dua keadaan, iaitu seseorang yang bekerja tidak sepenuh masa dan juga individu yang menerima wang pencen untuk persaraan mereka. Atchley menyatakan bahawa persaraan adalah satu situasi apabila seseorang individu atau pekerja dibenarkan atau dipaksa untuk meninggalkan kerjaya hidupnya dan layak menerima wang pencen. Setelah seseorang itu berada pada tahap separuh abad daripada umurnya maka mereka perlu bersedia ke arah persaraan. Namun begitu, umur persaraan tidak sama bagi setiap pekerjaan sebagai contoh tentera dengan guru beza had umur pencen mereka. Jika dilihat dari segi negara juga terdapat perbezaan yang ketara. Kalau kita lihat negara Singapura dan Thailand pekerja mereka wajib bersara pada umur 60 tahun dan Filipina pula pada umur 65 tahun. Menurut Andrus pula, persaraan adalah satu peluang atau kesempatan yang baik. Ini kerana individu bebas melakukan aktiviti yang mereka sukai tanpa terikat dengan apa-apa bidang. Mereka juga cuba mencari minat baru dalam mengisi kekosongan ini (Asmith 1984). Jika sebelum ini masa mereka dipenuhi dengan kesibukan di tempat kerja kini mereka mempunyai banyak masa yang boleh diluangkan bersama keluarga atau hobi mereka. Menurut Carp dan Praat (1966), mengemukakan tiga fenomena perbandingan yang menjelaskan mengenai persaraan iaitu persaraan sebagai satu peristiwa, tahap persaraan dan proses penyesuaian. Dari segi masa, sepatutnya seorang individu yang bersara boleh menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai serta yang selama ini mereka ingin sangat untuk melakukannya seperti melancong dan sebagainya. Namun ada juga aktiviti yang tidak dapat mereka lakukan disebabkan factor umur mereka yang telah meningkat dan factor3

kesihatan mereka. Oleh itu, mereka perlu menyusun aktiviti-aktiviti harian mereka dengan betul supaya mereka tidak akan berasa bosan apabila berada di rumah nanti. Antaranya berpersatuan adalah contoh yang terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang pesara. Dengan ini, mereka boleh bergaul dengan masyarakat dan bertukar-tukar idea untuk memajukan sesuatu perkara. Berdasarkan definisi yang nyatakan dapatlah disimpulkan bahawa persaraan adalah satu babak yang perlu dilalui oleh setiap individu yang bergelar pekerja. Seumpama juga dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian. Secara umumnya ia adalah pemberhentian daripada pekerjaan utama yang memberikan pendapatan kepada mereka.

4

3.0

PROSES PERSARAAN

Proses persaraan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat prapersaraan dan peringkat persaraan itu sendiri. Peringkat prapersaraan (preretirement) mengandungi 2 tahap, iaitu tahap jauh iaitu persaraan dilihat secara positif bahawa akan datang pada suatu masa nanti: dan tahap dekat iaitu apabila individu tersebut mengingatkan dirinya tentang hari persaraannya tidak lama lagi. Menurut Atchley, dua perkara penting berlaku semasa tahap dekat. Pertama, individu mula melatih dirinya untuk berpisah dengan pekerjaan dan situasi social mereka. Kedua, dia mula berkhayal atau memikirkan tentang persaraan mereka. Menurut Atchley lagi, sekiranya khayalan mereka itu adalah munasabah, ia akan membantu individu tersebut mengetahui isu dan masalah yang akan berlaku dan dengan itu ia boleh mengambil langkah-langkah yang seterusnya. Tambahan itu, langkah-langkah ini dapat membantu individu tersebut melalui masa peralihan yang akan berlaku pada dirinya. Namun jika khayalan yang dilakukan oleh individu tersebut tidak munasabah ia akan member satu masalah yang besar kepada individu itu. Ini kerana harapan yang palsu akan mempengaruhi proses penyesuaian mereka ke alam prapersaraan. Oleh itu proses prapersaraan amat penting untuk dilalui oleh setiap bakal persara ini kerana mereka dapat mengenali cara-cara yang betul yang perlu mereka lakukan. Menurut Richardson (1989) juga menyatakan peringkat prapersaraan atau apa yang dipanggil sebagai peringkat masa yang ditunggu-tunggu berlawanan dengan masa yang dielakkan. Ini merupakan satu daripada tiga tahap dalam proses persaraan yang boleh menjadi masalah kepada individu.5

Dalam tahap kedua, keputusan untuk bersara adalah merupakan peringkat genting dan tahap terakhir adalah peringkat penyesuaian untuk persaraan. Menurut Richardson, penyesuaian kepada persaraan adalah berkaitan dengan penglibatan dan persediaan untuk bersara. Bagaimanapun tidak ramai yang membuat persediaan atau merancang hari persaraan mereka. Mereka menganggap hal ini tidak penting dan tidak perlu dirisaukan. Ini semua berdasarkan faktor kerja mereka, terutama bagi pekerja professional. Alasan lain seperti faktor sumber ekonomi yang memerlukan mereka bekerja lebih masa. Manakala bagi pekerja yang berpendapatan rendah pula mereka tidak membuat sebarang persediaan bagi persaraan mereka dan hanya mengaitkan persaraan dengan usia yang semakin tua dan hamper kepada kematian. Menurut Jud (1981) Ramai yang tidak berfikir tentang persaraan. Mereka sebenarnya tidak mahu bersara, kerana itu adalah simbol berakhirnya kehidupan produktif mereka. Oleh itu, mereka tidak berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang persaraan. Tanpa memikirkan tentang persaraan membuatkan mereka lari daripada perasaan bimbang dan ketakutan dengan prospektif persaraan. Fretz et al., (1989) telah menunjukkan bahawa kerungsingan dan ketakutan mengenai persaraan adalah akibat daripada kurangnya perancangan yang baik serta kurangnya kecekapan dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persaraan. Menurut kajian Richardson perancangan untuk persaraan adalah penting bagi membolehkan individu mendapat idea yang baik tentang keperluan persaraan mereka. Apabila mereka mempunyai maklumat maka mereka dapat atau tahu untuk malakukan sebarang aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa-masa yang terluang yang mereka perolehi. Hal ini, membuatkan mereka cenderung ke arah positif tentang persaraan.Mereka juga akan mempunyai semangat yang tinggi dan tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan lama mereka. Dengan mengambil langkah yang betul maka dapat memberikan individu tersebut tentang gambaran6

yang sebenar apa yang akan berlaku apabila bersara nanti. Di sini dapat dijelaskan bahawa bakal pesara perlu merancang atau dibantu untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi perpisahan dengan pekerjaan mereka. Atchley (1977) telah menunjukkan hasil kajian yang menyatakan bahawa individu yang didedahkan kepada program perancangan persaraan akan membuat lebih banyak perancangan untuk persaraan dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pesara-pesara di Malaysia sekarang adalah dengan menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam cendawan dan membela ikan keli. Ini adalah salah satu cara untuk menambahkan punca pendapatan pesara setelah mereka berhenti daripada bekerja. Kregie et al., (1981) bersetuju bahawa perancangan semasa prapersaraan adalah peringkat yang paling penting untuk kejayaan semasa peralihan dari alam pekerjaan kepada alam persaraan.

7

4.0

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS MENGHADAPI PERSARAAN

DEFINISI PERSARAAN Satu peristiwa yang menyebabkan berlakunya satu proses peralihan dari alam pekerjaaan dalam perkhidmatan awam yang wajib meninggalkan atau melepaskan jawatan yang disandang sebaik mencapai umur persaraan (58 Tahun) ,sama ada secara rela atau tidak, mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan. Kerajaan sebagai majikan memberikan ganjaran dan bayaran pencen bulanan mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam peraturan pencen

PERSEDIAAN SEBELUM DAN MENGHADAPI PERSARAAN

Dalam

meniti hari-hari tempoh persaraan, pengurusan tabungan yang baik amat

diperlukan supaya kehidupan pada waktu itu tidak menjadi sempit. Perancangan seharusnya bermula seawal kita memasuki alam pekerjaan. Persaraan yang dilalui tanpa melengkapkan diri dengan persediaan yang sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada segelintir yang terpaksa bergantung harap kepada anak dewasa. Perancangan persaraan membabitkan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan sendiri dan ia termasuklah menentukan berapa banyak yang anda perlukan sewaktu persaraan, berapa banyak yang anda miliki sekarang serta apa yang boleh anda lakukan untuk membetulkan keadaan. Persediaan untuk menempuh hari-hari persaraan memerlukan perancangan rapi dan persiapan mental yang secukupnya. Ini kerana pada tahun-tahun akhir tempoh perkhidmatan, kebanyakan pekerja sudah8

mencapai tahap gaji maksimum dan mengecapi pelbagai kelebihan selaku pekerja senior. Selepas bersara, secara tiba-tiba semua kelebihan itu hilang dan hari-hari mendatang perlu ditempuh dengan sejumlah tabungan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun dengan wang pencen yang diperoleh. Antara perkara yang menjadi cabaran ialah perancangan kewangan, kesihatan, masa, mantel, dan sebagainya. Kita lihat dari sudut kewangan, sebelum parsaraan lagi kita harus melihatnya sebagai keperluan jangka panjang, Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menentukan berapa tahun lagi yang ada untuk mencapai perancangan bersara. Langkah selanjutnya ialah memastikan berapa banyak wang yang diperlukan apabila bersara. Sukar untuk diramalkan tetapi tidak mustahil untuk membuat anggaran. Anda boleh membuat anggaran dengan mengambil kira perubahan yang anda rancang dalam corak perbelanjaan dan bagaimana (dan di mana) anda bercadang untuk tinggal selepas bersara. Seterusnya kita lihat dari aspek kesihatan, pastikan anda tahu sumber mana yang boleh di cari, sama ada insuran dan sebagainya. Sekiranya anda seorang bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi kalau keluar masuk hospital. Seterusnya aspek masa, jika sebelum persaraan masa anda di penuhi dengan bekerja. Selepas bersara anda tidak lagi perlu memikirkan semua itu, cuba penuhi masa anda dengan keluarga, beribadat, hobi yang ingin di lakukan, penuhinya tanpa rasa tertekan. Buangkan perasaan tersisih, rasa tidak berguna dan sebagainya. Fikirkan selepas persaraan merupakan masa yang anda ternanti-nanti. Aspek

terakhir yang di tekankan ialah mantel, dimana ketika bekerja kita di kelilingi rakan-rakan yang ramai, mempunyai kuasa, sangat produktif. Walaubagaimanapun selepas bersara secara tiba-tiba semua kelebihan itu hilang, lumrah manusia ketika kita berkuasa di dekati, andai tidak berkuasa lagi di jauhi,janganlah memandangnya dari sudut negatif fikirkan ia sememangnya keperluan

9

hidup, rakan-rakan juga mempunyai hidup mereka sendiri yang perlu difikirkan. Persaraan bukan lah penamat untuk segalanya, jika anda masih lagi mampu dan aktif anda boleh ikut persatuanpersatuan yang di sediakan untuk memenuhi masa, Lantaran itu, persediaan yang secukupnya amat diperlukan bagi menempuh alam persaraan.Ini kerana golongan pesara mempunyai banyak pengalaman yang seharusnya dapat dicurahkan dan dikongsi bersama golongan generasi muda. Pokok pangkalnya, lagi awal anda merancang persaraan anda, lagi cerah masa depan persaraan anda.

5.0

PUNCA-PUNCA PERSARAAN

Umur persaraan wajib di kalangan rakyat Malaysia adalah pada usia 58 tahun, namun ada segelintir pekerja mengambil keputusan sama ada untuk berhenti awal iaitu sebelum 58 tahun dan ada juga menyimpan hasrat untuk menyambung kontrak bekerja selepas berusia 58 tahun. Terdapat beberapa punca dan sebab yang mempengaruhi tindakan dan pemikiran seseorang individu untuk membuat keputusan sama ada untuk berhenti bekerja sebelum tempoh persaraan wajib dan sebaliknya.

Menurut Cori E. Ucello (1998), pekerja yang mempunyai masalah kesihatan lebih cenderung untuk bersara lebih awal daripada umur persaraan wajib mereka. Selain itu, pekerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan anggota badan untuk menjalankan tugasan harian mereka juga lebih berpotensi mengambil keputusan untuk berhenti bekerja lebih awal daripada golongan pekerja yang tidak memerlukan kekuatan tersebut. Ini kerana, semakin meningkat usia seseorang manusia, kekuatan fizikal dan tubuh badan mereka semakin berkurangan dan menyebabkan10

pekerja tersebut tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan sehabis baik dan dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan diri sendiri jika ingin meneruskan kerjaya mereka. Oleh yang sedemikian, sebahagian daripada golongan tersebut mengambil keputusan untuk bersara awal daripada tempoh bersara wajib. Contoh pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal adalah seperti tentera, buruh kasar, mereka yang terlibat dalam aktiviti perlombongan dan sebagainya. Pekerjaan tersebut memerlukan ketangkasan dan stamina yang tinggi untuk menjalankan tanggungjawab harian mereka. Jika seseorang tentera tidak mempunyai kekuatan tubuh badan yang tinggi, individu tersebut mungkin tidak mampu mempertahankan negara dengan baik dan akan membahayakan kesihatan dan negara jika individu dihantar ke medan perang kerana stamina yang ada tidak mencukupi untuk melawan musuh-musuh yang jauh lebih tangkas.

Menurut So-Hyun Jooi dan Vanda W. Pauwels (2002), status perkahwinan seseorang pekerja juga mempengaruhi keputusan untuk berhenti bekerja. Hasil kajian yang dijalankan oleh Szinovacz and DeViney (2000), pasangan suami isteri yang kedua - duanya bekerja lebih cenderung untuk bersara dan tidak menyambung kontrak pekerjaan kerana mereka memandang persaraan itu mampu menampung ekonomi dan perbelanjaan harian selepas bersara. Contohnya, suami akan cenderung berhenti bersara jika isterinya mempunyai sejarah latar belakang pekerjaan yang lama kerana ia mengambarkan wang insentif yang bakal diterima oleh isterinya adalah banyak dan mampu untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara. Bagi wanita pula, mereka bergantung kepada pendapatan suami dalam membuat keputusan untuk bersara. Misalanya jika pendapatan suami agak lumayan dan mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, kaum wanita akan lebih cenderung untuk bersara awal untuk menjaga anakanak, menjaga saudara yang sakit dan komitmen keluarga yang lain. Namun bagi golongan kaum11

wanita yang tidak berkahwin, mereka lebih berminat untuk menyambung kontrak pekerjaan selepas tamat tempoh perkhidmatan. Ini kerana bagi sesetangah kaum wanita yang tidak berkahwin, mereka merasakan pekerjaan itu boleh mendatangkan kepuasan hidup dan mereka lebih komited terhadap karier daripada golongan wanita yang berkahwin. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga dan mereka lebih banyak meluangkan masa menjalankan tugasan harian. Jika golongan ini berhenti bekerja, mereka mungkin akan berasa bosan kerana tidak mempunyai suami dan anak- anak untuk berkongsi dan menjalani kehidupan harian selepas bersara. Oleh sebab itu, golongan tersebut lebih teruja untuk menyambung kontrak pekerjaan selepas bersara kerana mereka akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian, bertemu dengan rakan sejawat ditempat pekerjaan, berkongsi pengalaman dan tidak akan lagi berasa bosan dan sunyi.

Selain itu, menurut Salvatore Zappala` and Marco Depolo (2008) pekerja yang menjalankan tugasan harian yang sama dan tidak mempunyai kepelbagaian dalam pekerjaan harian lebih berpotensi untuk bersara awal daripada mereka yang mempunyai kepuasan yang tinggi terhadap pekerjaan mereka. Pekerja yang menjalankan tugasan harian yang sama mungkin mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah kerana mereka merasa bosan menjalankan kerja yang sama dan berulang setiap hari. Selain itu, pemikiran dan mentaliti mereka juga tidak berkembang, pengalaman kerja yang tidak merangkumi aspek yang luas berbanding dengan mereka yang mempunyai tugasan harian yang mencabar dan memerlukan keupayaan yang tinggi.

12

Kajian juga menunjukkan bahawa golongan professional dan berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk menyambung kontrak pekerjaan daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini disebabkan golongan yang berprofil tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan merasakan bahawa mereka mempunyai kepentingan dan pengaruh yang besar dalam organisasi dalam menentukan halatuju dan kejayaan organisasi tersebut. Selain itu, sebahagian golongan professional juga telah mencapai tangga gaji yang tertinggi sebelum bersara. Oleh sebab itu, jika mereka menyambung kontrak pekerjaan, mereka akan menikmati bayaran gaji yang tertinggi dan dapat menampung gaya hidup yang mewah. Sebahagian golongan profesional akan merasa tertekan apabila mereka kehilangan pekerjaan selepas bersara kerana wang pencen yang diterima tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup mewah sebelum mereka bersara. Maka, ramai diantara mereka mengambil keputusan untuk menyambung kontrak pekerjaan.

Selain itu, kebarangkalian golongan yang mendapat pencen lepas bersara untuk menyambung pekerjaan mereka adalah lebih rendah daripada golongan yang tidak mendapat gaji selepas bersara. Bagi kakitangan kerajaan mereka mempunyai skim pencen, manakala pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon. Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skim persaraan itu masih rendah. Golongan yang tidak mempunyai asset, wang simpanan yang banyak dan mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara juga lebih cenderung untuk menyambung kontrak pekerjaan. Ini disebabkan wang yang diperlukan untuk memenuhi keperluan harian khususnya makanan dan pakaian, selain membayar bil tidak

mencukupi. Pekerja yang ingin bersara awal perlu perancangan awal dengan melakukan13

tabungan simpanan supaya dapat menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan kerana mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh dan stabil. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kebanyakan pekerja mula bersiap untuk menabung bagi menghadapi dunia persaraan mereka pada purata usia 41 tahun, berbanding mereka yang bermula pada usia 47 tahun dan kebanyakan mereka adalah di kalangan berpendapatan tinggi. Situasi itu berbeza dengan pekerja di Britain yang sudah mula membuat persiapan persaraan seawal umur 28 tahun, Amerika Syarikat (30 tahun), Singapura (34 tahun) dan Thailand (43 tahun). Jika dilihat dari segi tabungan pula, di Malaysia, jumlah simpanan meningkat kira-kira RM478 kepada RM704 setiap bulan. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat pula pekerja memperuntukkan sejumlah RM2,207 setiap bulan untuk skim persaraan.

Faktor persekitaran di tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam pembuatan keputusan sama ada untuk bersara awal. Jarak perjalanan yang jauh dan kesesakan lalulintas di jalan raya untuk menuju ke tempat kerja juga turut menyumbang dalam pembuatan keputusan bersara. Contohnya jika seseorang pekerja terpaksa berulang alik ke tempat kerja yang jauh dan tidak dapat membuat pertukaran ke tempat kerja yang berhampiran dengan kediaman, mereka akan lebih cenderung untuk bersara awal. Ini disebabkan oleh kos pengangkutan yang mahal, keletihan semasa memandu kenderaan, tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan lain- lain lagi.

14

6.0

PERANAN DAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PESARA SEBELUM DAN SELEPAS BERSARA

Bagi pesara yang bakal bersara, mereka perlu peka dengan persediaan sebelum dan selepas bersara. Ini termasuklah dalam pemilihan aktiviti yang akan dilakukan selepas bersara. Tujuan ini adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan dan mungkin terjadi pada masa akan datang. Terdapat beberapa pilihan kewangan bagi pesara Jabatan Perkhidmatan Awam dan swasta dalam membela nasib pesara selepas tamat perkhidmatannya. Bagi pekerja sektor awam mahupun swasta, penyimpanan wang sedidit demi sedikit dari mula banyak dapat membantu mereka dalam mencapai apa yang di ingini selepas bersara.

Walaubagaimanapun,bantuan kewangan seperti KWSP dan skim pencen merupakan alternatif lain dalam tindakan kerajaan membantu pesara. Namun, kebanyakkan ianya dinikmati oleh pekerja sektor awam berbanding pekerja swasta yang hanya mendapat KWSP, pampasan atau pun tidak mendapat apa-apa selepas tamat perkhidmatan mereka. Pekerja sektor swasta ini tidak berhak dalam memilih sendiri apa jua bentuk kewangan selepas bersara kerana ianya tertakluk kepada sesebuah syarikat terbabit. Bagi pekerja sektor awam terdapat pilihan dari segi kewangan selepas bersar iaitu skim KWSP dan SkimPencen. Terdapat beberapa syarat yang perlu bakal pesara mengambil berat dalam memastikan kelancaran proses persaraan yang lebih teratur

15

Terdapat beberapa langkah dalam mendapatkan skim tersebut dengan cara yang betul. Antara langkah yang perlu bakal pesara ambil dalam mendapatkan bantuan kewangan selepas bersara adalah seperti menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah dikemaskini, buat opsyen bagi memilah tempoh perkhidmatan, sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah atau sijil cerai ( jika berkenaan ) dan surat beranak anak dibawah umur 21 tahun dan belum berkahwin ( bagi anak cacat tiada had umur ditetapkan) serta dapatkan laporan kesihatan bagi mengesahkan keadaan tersebut, pesara juga perlu, mengisi borang JPA/PEN/SPB1 dengan membuat rujukan kepada BPSM&P mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank, memastikan akaun cukai pendapatan atau perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang kerajaan yang lain, memberi kerjasama sepenuhnya kepada BPSM&P bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan, tidak memberi sebarang maklumat palsu dan pihak berkuasa berhak mengambil tindakan undang-undang.

Antara faedah yang dapat dinikmati oleh pesara dalam mendapatkan KWSP mahupun skim pencen wujudnya persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bentuan ini adalah berbeza kerana KWSP merupakan bantuan kewangan yang dapat sekali gus dalam satu masa berbeza dengan skim pencen yang dapat setiap bulan mengikut potongan gaji.

Antara faedah bagi skim pencen yang boleh dipilih oleh pesara dalam menentukan hala tuju sebenar selepas bersara ialah merupakan Skim Pencen Keluarga, pegawai yang bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang layak menerima ganjaran dan pencen perkhidmatan melalui kiraan gaji terakhir dan potongan cukai, ganjaran wang tunai gantian cuti rehat, faedah16

perubatan semasa dalam perkhidmatan untuk suami atau isteri, anak kurang upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan secara percuma dan potongan harga bagi pesakit yang dimasukkan wad dalam menampung kos penginapan, faedah kematian iaitu berbentuk tanggungan pegawai yang meninggal dunia mendapat pencen terbitan dan ganjaran terbitan, faedah hilang upaya akibat bencana, kemalangan dan penyakit semasa dalam tugasnya, layak menerima penyelarasan pencen berikutan semakan gaji kakitangan awam denga syarat bermastautin di Malaysia. Selain itu juga, pesara skim pencen ini juga dapat pelepasan daripada cukai termasuk ganjaran dan GCR dari cukai pendapatan.

Manakala bagi skim KWSP pula ialah dengan mendapat simpanan syer kerajaan atau majikan dan bahagian syer pekerja serta dividen, ganjaran wang tunai gantian cuti rehat, faedah kematian dengan kelayakn mendapat RM 2000 dan simpanan akan dibayar kepada waris terdekat atau penama waris, faedah hilang upaya dengan mendapat RM 2000, layak menerima KWSP walaupun meletak jawatan bila-bila masa, layak menerima dividen KWSP, pelepasan cukai pendapatan bagi caruman KWSP namun terhad kepada RM 5000 setahun atau mengikut peraturan semasa.

Adalah penting bagi pesara menimbang tara kedua-dua skim mana yang terbaik untuk mereka pada masa akan datang. Selain membuat persediaan sebelum bersara, bakal pesara juga perlu bersedia dalam menempuhi kehidupan selepas bersara selain daripada bantuan kewangan yang diberikan. Mereka perlulah mengambil kira segala kos kehidupan termasuk kos perbelanjaan anak-anak bagi yang masih belum tamat pembelajaran dan perancangan masa akan17

datang untuk keluarga dalam meniti usia emas. Terdapat keburukan dalam memilih skim KWSP dalam jangka masa panjang. Ini berikutan kesediaan duit di depan mata menyebabkan kadang kala pesara terburu-buru dalam melabur ke sesuatu projek mahupun pelaburan mahupun sebagai perbelanjaan. Ini berbanding dengan skim pencen yang lebih baik berbanding skim KWSP. Walaupun melalui skim pencen pesara tidak mendapat wang sekaligus, namun pesara mendapat sejumlah wang secara tetap setiap bulan. Ia sudah tentunya membantu pesara dalam merancang sebarang perbelanjaan mengikut keadaan semasa berikutan keadaan semasa yang sering berubah.

Bagi mereka yang sudah bersara tentunya berhasrat untuk memenuhi impian yang belum tercapai seperti mengerjakan haji bagi umat Islam ataupun melancong ke serata dunia bersama insan tersayang. Tidak kurang juga bagi mereka yang berhasrat untuk menubuhkan perniagaan sendiri sebagai aset dan warisan pada keluarga turun temurun agar terjamin pada masa kan datang. Disamping dapat menambatkan aset, ianya juga dapat menambah pendapatan sama ada perniagaannya dari segi pertanian, ternakan mahupun produk kesihatan. Dengan perancangan yang teliti dalam menguruskan kewangan impian tersebut dapat dicapai.

Terdapatnya pembaharuan yang merupakan berita baik kepada pesara yang memilih skim KWSP pada mulanya dibolehkan menukar kepada skim pencen. Ini sekaligus memberi peluang kepada pesara dalam memperbetulkan semula susunan perancangan perbelanjaan bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada keluarga berikutan faedah-faedah yang dapat dinikmati oleh pemilih skim pencen. Bantuan kewangan ini dapat membantu pesara dalam menampung perbelanjaan mereka selepas bersara termasuk bayaran perumahan, cukai, perubatan, kematian,18

hilang upaya, kemalangan dan lain-lain faedah yang dapat dinikmati mengikut pemilihan skim yang ditawarkan. Inin sekaligus sebagai ganjaran kepada mereka atas perkhidmatan yang telah mereka sumbangkan sepanjang tempoh sebelum bersara.

Kesimpulannya, pesara perlulah bijak dalam menilai tindakan yang perlu diambil dalam merancang semasa meniti usia emas dengan lebih tersusun, terancang dan teratur dalam memastikan mereka dapat menikmati kesemua faedah itu setelah sekian lama berkhidmat untuk sektor awam mahupun swata,

19

7.0

JENIS-JENIS PERSARAAN

Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Di bawah Seksyen 10(5) (b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239 Apabila Kerajaan memberi kelulusan maka, anggota berpencen boleh bersara apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan. Selain itu, terdapat beberapa pilihan yang boleh ditawarkan.Antaranya ialah: Bersara kerana jawatan yang dipegang telah dihapuskan di bawah Perenggan 10(5) (b) Akta 227 / 239, sekiranya menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat. Bersara di bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239, sekiranya memenuhi syarat seperti Perenggan 15 dan menerima untuk berkhidmat dengan syarikat. Bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dengan syarikat di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 dan sekiranya berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki pada tarikh kuatkuasa penswastaan dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat. Di samping itu, mereka juga diberi pilihan sama ada untuk memilih: I. II. Skim A (Subseksyen 12A (2) / 13(2) Akta 227). Skim B (Subseksyen 12A (3) Akta 227 atau Seksyen 13(3) Akta 239).

Persaraan Dibawah Seksyen 12 Akta 227 / 239 Persaraan jenis ini dibuka kepada penjawat berumur 40 tahun keatas. Melalui sistem ini, tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira tidak kurang daripada 10 tahun. Hal ini kerana, tempoh itu

20

dapat membolehkan faedah persaraan diberikan kepada anggota tersebut. Walau bagaimanapun, ganjaran perkhidmatan hanya layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar apabila sudah mencecah umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen.

Persaraan Diatas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di Bawah Seksyen 11 Akta 227 / 239 Persaraan jenis ini berlaku apabila pihak Kerajaan menghendaki dan pekerja atau pegawai tersebut bersetuju mengikut sebab-sebab berikut: Demi kepentingan negara [Seksyen 11(a) (i)]. Maksudnya ialah sekiranya pihak Kerajaan menghendaki seseorang pekerja atau pegawai yang berpencen untuk dilantik kepada jawatan lain dibawah kuasa yang berlainan serta perkara ini dipersetujui oleh pekerja atau pegawai tersebut.

Bersara kerana kepentingan perkhidmatan awam, perkhidmatan Badan Berkanun ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerja atau pegawai yang bersara disebabkan faktor ini adalah kerana keadaan prestasi kerja mereka yang rendah ataupun merosot bagi satu jangkamasa yang lama. Di samping itu, mereka yang bersara mengikut pilihan ini juga kerana disebabkan menghadapi masalah kesihatan yang berpanjangan.

21

Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227 / 239 Pekerja atau pegawai berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya: Mencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)]. Mengikut Seksyen ini, ianya adalah umur wajib untuk bersara. Selain itu, bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi pilihan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 sama ada untuk bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun. Di samping itu, bagi pekerjaatau pegawai berpencen yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin menyebabkan mereka disabitkan ataupun digantung kerja belum lagi selesai, maka mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatanya dilanjutkan dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi. Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit [Seksyen 10(5) (a)].Mengikut Seksyen ini pekerja atau pegawai berpencen yang didapati tidak berupaya untuk menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan kelemahan akal dan tubuh yang kekal, maka mereka hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bersara seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Jawatan yang sedang disandang dihapuskan [Seksyen 10(5) (b)]. Dalam Seksyen ini, sekiranya jawatan yang sedang disandang terpaksa dimansuhkan, maka pekerja tesebut terpaksa bersara walaupun sedang berada dalam tempoh perkhidmatan. Penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5) (c)]. Mengikut Seksyen ini, jika berlaku penstrukturan semula organisasi maka ianya mungkin menyebabkan terdapat beberapa

22

jawatan yang diluluskan kepada agensi awam tidak diperlukan lagi. Oleh itu, pekerja yang sedang menjawat jawatan ini hendaklah dibersarakan. Jawatan pekerja atau pegawai telah ditamatkan demi kepentingan awam [Seksyen 10(5) (d)]. Pekerja atau pegawai berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan yang berkelakuan buruk sehingga menjejaskan kepentingan awam tetapi tiada tindakan disiplin yang berkesudahan dengan membuang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5) (e)]. Pekerja atau pegawai berpencen yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986 hendaklah dibersarakan sekiranya mereka memperolehi kewarganegaraan asing (selain daripada perkahwinan) ataupun menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing serta telah mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia ataupun telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Oleh itu, mereka tidak layak diberi sebarang faedah persaraan. Memberi maklumat palsu bertujuan untuk pelantikan anggota ke dalam perkhidmatan Awam [Seksyen 10(5) (f)]. Pekerja atau pegawai berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 hendaklah dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu yang bertujuan untuk pelantikannya ke dalam perkhidmatan awam.

23

8.0

FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN

Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan). Kadar pembayaran adalah seperti berikut: 1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima. Tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai daripada berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira. Ganjaran Perkhidmatan. Ianya merupakan bayaran sekaligus kepada pegawai berpencen yang bersara atau dibersarakan daripada perkhidmatan kerajaan. Kadar ganjaran adalah seperti berikut: 7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima. Anugerah Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana yang berkenaan wang akan bayar secara sekaligus. Sementara bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam pula, Peraturan-Peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993, juga memperuntukkan pembayaran Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR), iaitu suatu faedah untuk menggantikan apa-apa cuti terkumpul yang tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dengan wang tunai serta mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan. Penghitungannya ialah: 1/30 x [gaji pokok + imbuhan tetap] x jumlah cuti rehat yang terkumpul sehingga 90 hari.

24

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993 membayar Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada pekerja-pekerjanya. Selain itu ialah Elaun Tanggungan. Ianya merupakan suatu faedah bulanan yang dibayar kepada pegawai bankrap apabila mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan. Selain itu, faedah ini juga diberikan kepada pesara yang diisytiharkan bankrap. Mengikut faedah ini,kadar Elaun Tanggungan adalah bersamaan dengan amaun pencen yang diterima oleh pesara sebelum diisytiharkan bankrap. Bayaran ini adalah tertakluk kepada potongan yang dibuat setiap bulan kepada Pejabat Pemegang Harta sehingga mendapat pelepasan kebankrapan. Selepas itu, pencen akan dipulihkan apabila mendapat pelepasan kebankrapan.

Di samping itu, faedah ini juga diberi kepada pesara yang dihukum penjara atau dihukum mati oleh Mahkamah, tertakluk kepada kadar susutan yang diputuskan dengan mengambil kira jenis kesalahan yang disabitkan. Pencen hanya akan dipulihkan apabila mendapat pengampunan bilamana ianya dipulihkan secara kebelakangan mulai tarikh diberhentikan.

25

Selain itu, Akta 227 atau Akta 239 juga membolehkan faedah-faedah persaraan lain yang dinyatakan di bawah ini diberikan kepada anggota atau orang-orang tanggungannya, di mana wajar: Pencen hilang upaya. Ianya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada: I. II. Kecederaan yang dialami semasa melakukan tugas-tugas rasmi. Penyakit yang dihadapi kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya. III. Kemalangan dalam perjalanan. Tetapi, dengan syarat kecederaan atau penyakit bukan disebabkan kecuaian atau salah laku anggota tersebut. Di samping itu, kadar hilang upaya yang boleh dibayar adalah mengikut darjah kecacatan seperti berikut

Darjah Kecacatan Tercacat sedikit Tercacat Tercacat pada matanya Musnah sama sekali

Kadar yang Dibayar 1/8 daripada gaji akhir hakiki 1/4 daripada gaji akhir hakiki 3/8 daripada gaji akhir hakiki 1/2 daripada gaji akhir hakiki

26

Pencen tanggungan. Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat: I. II. Anggota tersebut telah meninggal dunia dalam salah satu keadaan diatas. Kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ianya mula mendapat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut. Selain itu, kadar pencen tanggungan yang dibayar kepada tanggungan pekerja atau pegawai yang meninggal dunia akibat mendapat bencana atau penyakit semasa menjalankan tugas rasmi atau disebabkan kemalangan perjalanan adalah mengikut pecahan daripada gaji akhir hakiki seperti berikut: I. II. Kepada balu, selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik sebanyak 1/4. Jika pencen dibayar kepada balu, bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang anak adalah sebanyak 1/24. III. Jika tidak meninggalkan balu, bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang adalah sebanyak 1/2. IV. Mulai tarikh kematian balu yang telah dibayar pencen, bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang anak adalah sebanyak 1/12.

27

V.

Kepada ibu tanggungan, selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai nafkah yang mengcukupi iaitu jika tidak meninggalkan balu adalah sebanyak 1/4 dan jika meninggalkan balu dan telah dibayar adalah sebanyak 1/8.

VI.

Kepada bapa tanggungan, selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai nafkah yang mencukupi iaitu jika tidak meninggalkan balu manakala ibunya sudah meninggal dunia adalah sebanyak 1/4. Manakala, jika meninggalkan balu dan ibunya sudah meninggal dunia adalah sebanyak 1/8.

9.0

KESAN-KESAN PERSARAAN

Setiap orang melalui alam pekerjaan akan melalui proses persaraan sama ada secara sukarela atau tidak. Oleh itu, banyak perasaan yang bakal menghantui perasaan pesara. Justeru, ada yang mengambil sikap positif dan tidak kurangyang rasa bimbang mungkin mengenangkan dirinya yang belum bersedia dalam banyak hal. Hal ini kerana, persaraan membawa banyak implikasi kepada individu itu sendiri. Antaranya ialah, kekurangan pendapatan, kehilangan struktur dan amalan harian, kehilangan interaksi dengan rakan sekerja, kehilangan status sosial, penghormatan, identiti dan rasa kejayaan. Di samping itu, kajian lepas yang dilakukan juga menunjukkan bahawa persaraan itu sendiri mempunyai kesan yang kecil keatas pesara tetapi sebaliknya perubahan seperti yang dinyatakan diatas banyak mempengaruhi kehidupan pesara, sama ada kearah kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya (George, Fillenbaum & Palmore, 1984). Selain itu, Braithwaite, Gibson dan Bosly (1986) telah mengenal pasti empat pola persaraan yang lemah, iaitu kesihatan yang kurang baik, keadaan yang negatif termasuk pendapatan yang tidak mencukupi serta kepuasan hidup, kreativiti dan kurangnya penglibatan28

sosial. Di samping itu, persaraan juga akan menyebabkan beberapa masalah kewangan yang masih bergantung kepada pendapatan daripada ganjaran pekerjaan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Ekoran itu, masalah kekurangan pendapatan ini akan menyumbang kepada masalah kewangan dam masalah psikologi kepada para pesara. Manakala, menurut Chen Kok Eng (1982) menyatakan bahawa wang pencen adalah tidak mencukupi, terutamanya apabila kuasa membeli merosot ketika menghadapi inflasi. Hal ini secara tidak lansung akan mejejaskan kehidupan pesara yang tidak mampu mencari sumber pendapatan lain. Walau bagaimanapun, lama kelamaan, pesara ini dapat menyesuaikan diri walaupun telah bersara. Manakala, Peterson (Atchley 1969) menyatakan bahawa individu yang bersara ini menganggap bahawa pendapatan mereka tidak mencukupi, terutamanya selepas bersara iaitu bagi yang belum berkahwin (66%), yang berpendapatan rendah (88%), wanita (60%), kurang pendidikan (83%) dan bagi mereka yang bersara sepenuhnya (57%).Di samping itu, terdapat juga sesetengah pesara yang bekerja semula kerana pendapatan yang tidak tetap dan tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menyara hidup seperti yang dilaporkan oleh Abdullah Malim Baginda (1987). Malahan sesetengah daripada pesara ini ingin mengisi masa lapang ataupun untuk terus bergiat aktif dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, pesara ini juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja semula. Pesaraan juga turut memberikan

29

10.0

KESIMPULAN

Persaraan adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap orang yang bekerja sama ada secara sukarela atau tidak. Walau bagaimanapun, disini kami ingin memetik kata-kata daripada Allen Lagarbo mengenai persaraan Christmas, weddings, funerals, graduations, retirements, and births are like speed bumps in life; we slow down, look around, think about our lives, and then once over the bump, we speed up to our usual pace. Iaitu, sebagai satu peringkat yang perlu dilalui dalam perjalanan hidup kita. Menurut kata-kata ini kita akan terdorong untuk meneruskan kehidupan harian secara aktif, dan ini boleh menghilangkan pelbagai kegusaran termasuk, kerisauan tentang umur yang semakin meningkat. Di samping itu, walaupun ada sesetengah pesara yang bekerja semula, mereka harus menjaga kesihatan. Mereka juga harus sentiasa aktif sama ada dari segi fizikal dan mental. Justeru itu, ianya dapat mengekalkan kesihatan mereka. Oleh itu, persediaan sebelum persaraan dan selepas persaraan adalah penting. Hal ini kerana, ianya akan menentukan kejayaan mereka selepas bersara. Oleh itu, mereka hendaklah jadikan persaraan sebagai persaraan yang kreatif dengan melakukan sesuatu yang memberi kepuasan serta berfaedah kepada masyarakat dan negara. Melalui kursus-kursus yang dijalankan dapat memberi pendedahan kepada mereka untuk merancang hari persaraan mereka kelak.

30

RUJUKAN Noran Fauziah Yaakob, Wan Rafea Abd Rahman. (1993). Siri psikologi organisasi sumber manusia. Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Salina Ibrahim. (2009, Februari) . Kerjaya Selepas Kerjaya: Bersara: Takut atau tenang?. Nur, 76, 1675-3429. Penyampaian ceramah oleh Sadli bin Osman Tajuk: Persaraan dan Penyesuaian Gaya Hidup Selepas Bersara dari Perspektif Psikologi Penyampaian taklimat daripada Unit Kaunseling dan Keutuhan Bersama dengan Sektor Khidmat dan Pangurusan Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Tajuk: Taklimat Pra-Persaraan 2009 Warga Pelajaran Negeri Johor. Diakses melalui laman web pada Ogos 2009http://fifapg9.blogspot.com/2009/04/persediaan-persaraan-masih-rendah.html http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/kursus/persediaan_persaraan.pdf http://w63.blogspot.com/2008/08/menempuh-hari-persaraan.html http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pdf/mengumpul-wang-untuk-bersara.pdf http://learn2bsmart.blogspot.com/2009/02/smartseries-menabung-sebagai-persediaan.html http://jtksm.mohr.gov.my www.kwsp.gov.my www.hkl.gov.my http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=halimali&id=2662 http://www.jpapencen.gov.my/jenis_persaraan.html http://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html http://www.jpa.gov.my/maklumat-korporat/penerbitan/istilah/faedah-persaraan/ http://www.interactive.jpa.gov.my/psikologi/JURNAL%20REVIEW/Hubungan%20komitmen%20 dan%20kepuasan%20kerja.pdf http://www.kkk.org.my/melayu/images/3kpersaraanawal.pdf

31