proses-pengajaran-mikro

11
PROSES PENGAJARAN MIKRO

Upload: razeen-adam-rafik

Post on 21-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kssr

TRANSCRIPT

Page 1: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

PROSES PENGAJARAN MIKRO

Page 2: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

DEFINISI• Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran

praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya.

• Istilah “mikro” menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave.

• Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. 

Page 3: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

• Mengikut Wallace dalam Rahil (1997), pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan.

• Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

Page 4: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

FOKUS PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGAJAR

• Set induksi • Tunjuk cara • Variasi rangsangan • Peneguhan • Penyoalan • Mengilustrasi dengan

menggunakan contoh

• Penerangan • Apresiasi • Penggunaan Bahan

Sumber Pengajaran & Pembelajaran

• Penutup

Page 5: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO
Page 6: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN

• Sebelum memulakan pengajaran mikro, kuliah tentang konsep-konsep pengajaran mikro, kemahiran-kemahiran pedagogi, sesi rakaman video, cara pemerhatian dan maklum balas sebaya dan penggunaan borang maklum balas akan dilakukan oleh pensyarah.

• Pensyarah mungkin menggunakan contoh rakaman video yang menunjukkan satu contoh sesi pengajaran mikro untuk sesi perbincangan kemahiran pedagogi yang dijadikan fokus serta latihan mengisi borang maklum balas rakan sebaya.

Page 7: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

• Pensyarah dan guru pelatih berbincang tentang kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan daripada pemerhatian tersebut.

• Selepas itu, pensyarah mengenal pasti guru pelatih dan menentukan kemahiran-kemahiran pedagogi yang perlu dijadikan fokus untuk mengendalikan satu sesi pengajaran mikro. Setiap pelatih akan dibimbing untuk membuat persediaan perancangan pengajaran.

Page 8: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

• Perancangan:• a) Bidang kegiatan• b) Aktiviti• c) Tajuk• d) Konsep dan isi• e) Pemeringkatan isi• f) Aras pembelajaran• g) Kesesuaian alat dan bahan• h) Prosedur• i) Strategi pengajaran dan pembelajaran• ii) Persediaan:• a) Objektif pengajaran guru• b) Hasil pembelajaran-eksplisit

Page 9: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

PERLAKSANAAN

• Pengajaran mikro ini biasanya dilaksanakan di dalam makmal atau bilik mikro dan mengambil masa 5 hingga 15 minit.

• Ia melibatkan kelas kecil (5 - 8 orang murid)• Memulakan sesi pengajaran mikro dengan

menyatakan objektif pengajaran yang hendak diajar.

Page 10: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

• Persembahan pengajaran dengan berfokus pada satu kemahiran yang telah dikenal pasti.

• Cuba pastikan murid-murid anda mengambil bahagian yang aktif sepanjang sesi pengajaran.

• Sewaktu seorang guru pelatih mengajar, gangguan luar tidak seharusnya berlaku.

• Guru pelatih yang menjadi pemerhati harus peka kepada komponen-komponen kemahiran pedagogi yang dijadikan fokus di samping mencari kekuatan dan kelemahan untuk dibincangkan kemudian.

Page 11: PROSES-PENGAJARAN-MIKRO

MAKLUM BALAS• Dilakukan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran. • Semua guru pelatih yang terlibat dalam

pengajaran mikro dikehendaki membuat analisis tafsiran dan rumusan terhadap hasil penilaian yang diperolehi daripada pemerhatian mereka yang direkodkan dalam borang bimbingan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.

• Rakaman video perlu diulang tayang untuk rujukan.