proses pembentukan kata di antara tatabahasa dewan dengan linguistik am

Upload: simon-achan

Post on 02-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

linguistik

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN LINGUISTIK AM.

OlehSakinah Othman, Norzalina Baharuddin, Rozita Hamid & Muhamad Nazri Hussin

1.0PENGENALAN

Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239).

Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.

Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya.

Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

2.0 DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

3.0.PERBANDINGAN

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagaipembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalamLinguistik Am(2007), menyebutnya sebagaimenerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

i) Bentuk kata tunggal.

ii) Bentuk kata terbitan.

iii) Bentuk kata majmuk

iv) Bentuk kata ganda.

Mengikut buku Linguisti Am (2007), pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

i) Pengimbuhan.

ii) Penggandaan

iii) Pemajmukan

3.1 Bentuk Kata Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:

i) Kata tunggal satu suku kata.

ii) Kata tunggal dua suku kata

iii) Kata tunggal tiga suku kata.

iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan sepertiini, itu, sinidansana.Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

3.1.1 Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnyakuuntukakudantuuntukitu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata.

3.1.2 Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah sepertiaku, aur, angka, indah,tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

3.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya,tuala, ziarah, idea, deria, azali, istana,sutera, jendela,akaun dangelombang.

3.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialahkeluarga,bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela.

Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:

i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata ABIM

ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata Mara

iii) Gabungan suku kata dengan suku kata tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

3.2 Bentuk Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

i) Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar).

- Awalan kata nama.

- Awalan kata kerja

- Awalan kata adjektif

ii) Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).

- Akhiran kata nama

- Akhiran kata kerja

iii) Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).

- Apitan kata nama

- Apitan kata kerja

- Apitan kata adjektif

iv) Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).

- Kata nama

- Kata adjektif

- Kata kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :

i) Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)

ii) Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)

iii) Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)

iv) Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

3.3 Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya,kerusi malasialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang. Sebaliknyapinggan mangkukbukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.

ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.

iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya,antarabangsa.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya,peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya,alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya,warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

i) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya,campur aduk - bercampur aduk.

ii) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya,satu padu menyatupadukan.

Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialahkaji cuacadansebar luas.Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialahbumiputeradanmahasiswa.Katabumiialah penerang danputeraialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa ialah:

i) Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii) Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii) Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah contohnyakereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnyaantarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialahkakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

3.4 Bentuk Kata Ganda / Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

i) Penggandaan penuh

ii) Penggandaan separa

iii) Penggandaan berentak

3.4.1 Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

i) Penggandaan penuh kata tunggal contohnya ialahayat- ayat.

ii) Penggandaan penuh kata berimbuhan.

- Dengan awalan contohnya ialahketua- ketua.

- Dengan akhiran contohnya ialahajaran- ajaran.

- Dengan apitan contohnyapersatuan- persatuan.

3.4.2 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i) Penggandaan separa kata tunggal contohnya ialahsesiku.

ii) Penggandaan separa kata berimbuhan .

- Dengan awalan kata kerja- contohnya ialahberlari- laridantolong- menolong.

- Dengan awalan kata adjektif contohnya ialahsepandai- pandai.

- Dengan akhiran kata nama contohnya ialahsayur- sayuran.

- Dengan akhiran kata kerja contohnya ialahdoa- doakan.

- Dengan akhiran kata adjektif contohnya ialahrindu- rinduan.

- Dengan apitan kata kerja contohnya ialahbersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangidandibayang- bayangi.

- Dengan apitan kata adjektif contohnya ialahkebodoh- bodohan.

3.4.3 Penggandaan berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal.

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

iii) Penggandaan berentak bebas.

Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:

i) Gandaan penuh.

ii) Gandaan separa.

iii) Gandaan rentak

iv) Gandaan bebas.

3.4.4 Gandaan Penuh.

Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

i) Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:

- meja- meja ( banyak meja).

- Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)

ii) Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:

- Makan- makan (makan berterusan)

- Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)

iii) Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:

- Putih- putih (putih belaka)

iv) Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan berlaku). Contohnya:

- Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)

v) Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:

- Pemain- pemain (ramai pemain)

3.4.5 Gandaan Separa

Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud yang sama dengan kata ganda penuh. Contohnya:

i) Kata Nama laki laki- laki lelaki (jantan, ramai laki- laki)

ii) Kata Kerja tulis tulis- tulis tetulis ( menulis berkali- kali)

iii) Kata Adjektif sedap sedap- sedap sesedap (sedap belaka)

iv) Kata Adverba laju laju- laju lelaju (dengan laju)

3.4.6 Gandaan Rentak

Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka. Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :

i) Rentak suku kata awal bukit bukit- bukau

ii) Rentak suku kata akhir lauk lauk- pauk

iii) Rentak bunyi vokal suku suku sakat

3.4.7 Gandaan Bebas

Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan penggandaan begini tidak banyak. Contohnya ialah:

- ipar ipar- duai (ramai ipar)

Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan. Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai contohcerdik pandai ialah rangkap kata. Bentuk perkataanpandaibukanlah pengganda kepadacerdik. Sebaliknyapandaiialah pasangan rangkap kepadacerdik.Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata bebas.

3.4.8 Kata Ganda dan Imbuhan

Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan mestilah berlaku di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata ganda nama boleh menerima imbuhan ber-, -an, me--kan dan di--kan. Contohnya:

i) Dengan awalan- ber + hari- hari berhari- hari

ii) Dengan akhiran ber + bunga- bunga berbunga- bunga.

iii) Dengan apitan dikepal- kepalkan

iv) Dengan awalan di tengah rayu- merayu

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, menurut Nik Safiah Karim (2010), terdapat empat jenis pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda seperti yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan (2010). Manakala menurut Abdullah Hassan (2007), pula terdapat tiga kaedah untuk menerbitkan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ini kerana di dalam buku Linguistik Am (2007), tidak ada cara menerbitkan perkataan melalui kaedah bentuk kata tunggal. Walaupun berbeza dari segi istilah tetapi kaedah pembentukannya adalah sama.

Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui proses perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri dengan berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Proses pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di antara kedua- dua buku ini hampir sama walaupun istilah yang digunakan berbeza. Contohnya, buku Tatabahasa Dewan (2010), menyebut kata terbitan manakala buku Linguistik Am (2007), menyebut perkataan pengimbuhan. Begitu juga dengan kata majmuk yang disebut sebagai pemajmukan manakala kata ganda disebut sebagai penggandaan di dalam buku Linguistik Am.

Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga bentuk yang dihasilkan melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim. MenurutAbdullah Hassan, ada tiga proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pemgimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

Menurut Abdullah Hassan (2007), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan ,akhiran, sisipan dan apitan. Abdullah Hassan menghuraikan pengimbuhan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakala Nik Safiah hanya menghuraikan awalan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, Nik Safiah membahagikan bentuk kata terbitan kepada empat iaitu kata terbitan awalan, kata terbitan akhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan. Abdullah Hassan pula membahagikan pengimbuhan kepada tiga sahaja iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.

Walau bagaimanapun, dalam proses pembentukan kata melalui kata majmuk atau pemajmukan terdapat perbezaan dari segi huraian. Nik Safiah membahagikan bentuk kata majmuk kepada tiga iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata, berbentuk istilah khusus dan yang mendukung maksud kiasan. Abdullah Hassan pula menghuraikan proses menerbitkan kata melalui pemajmukan dengan lebih terperinci dan membahagikannya kepada tiga iaitu kata majmuk yang mempunyai makna khusus, dari satu perkataan dan kumpulan kata majmuk tertutup.

Untuk pembentukan kata melalui kata ganda atau penggandaan, di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Manakala, di dalam buku Linguistik Am terdapat empat jenis penggandaan iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan rentak dan gandaan bebas. Huraian menerbitkan kata di dalam buku Linguistik Am adalah lebih terperinci.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua- dua buku ini ada banyak perbezaan pendapat dan huraian tentang pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit persamaan dalam sesetengah huraian dan penerangan untuk membentuk kata. Walau bagaimanapun, kedua- dua buku ini amat bermanfaat dan dapat membantu dalam mempelajari proses pembentukan kata bahasa Melayu. Selain itu, kedua- dua buku ini amat menarik dan boleh dijadikan pegangan dalam mempelajari dan mendalami tatabahasa bahasa Melayu khususnya dalam bidang morfologi.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1985).Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2003).Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2007).Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007).Pembentukan kata dalam bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Akmajian, Andrian, Aishah Mahdi, & Azizah Hussein. (1995).Linguistik: Pengantarbahasa dan komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Seman Salleh, & Munsyi Zainal Abidin Kasim. (2010).Morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Amat Juhari moain. (1985).Pembentukan kata dan istilah. Dewan Bahasa. 29:1, Januari, 1985, hlm. 18- 34.

Asraf. (2007).Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa. Jilid 44. Bil. 9. 9 September 2000, hlm. 937-949.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010).Tatabahasa Dewan(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011).Bahasa Melayu 1(Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar.

morfologi- proses pembentukan kata dlm bahasa melayu, pembentukan kata melalui proses pinjaman, proses pembentukan akronimas salam...enjoy cite tika k...........

1.0Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa melayu.2.0Konsep Pembentukan Kata

Dalam istilahlinguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataanbaru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya.(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

2.1Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata, terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :2.1.1AkronimPembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:i.JAIS Jabatan Agama Islam Selangorii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahimiii. IPG Institut Pendidikan Guru2.1.2AnalogiPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya, perkataantatabahasamemang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk sepertitatatertib, tatacaradantatahias. Contoh lain :i.Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversitiii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara

2.1.3Peleburan FonemProses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:i.[benda] +[alir] = [bendalir]Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.2.1.4Peluasan MaknaPembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.2.1.5Pemberian Makna KhususDalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu meniru atau melukis peta.

2.1.6Peminjaman KataPembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :i.Element elemenii.Magistrate majistretiii.Diplomat diplomat2.1.7PenambahanPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :i.[bu] + [kit] = [bukit]ii.[bu] + [lan[ = [bulan]iii.[bu] + [luh] = [buluh]2.1.8PenciptaanPembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, namakiwimerijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.2.1.9PenggemblenganPerkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataankumpulan gitar rancakmenjadikugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut :i.Bernama Berita Nasional Malaysiaii.Proton Perusahaan Otomobil Nasional2.1.10Penyempitan MaknaPembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataantuan puterimempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.2.1.11PenyingkatanMelalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :i.tv televisyenii.Dr. doktoriii.Prof profesorProses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan.Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut :a.Bentuk kata tunggalPerkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal(Pola suku kata beserta contoh perkataan)

Bil.Pola Kata Tunggal

Satu Suku KataDua Suku KataTiga suku kataEmpat suku kata dan lebih

1.KV yuV+K akuKV+V+KV-cuacaKV+KV+VK+KV-keluarga

2.VK amV+VK aibKV+V+KVK-biawakKV+KVK+KV+KV-sementara

3.KVK catV+KVK adikV+KV+V-usiaKVK+KV+V+KV-bendahari

4.KKVK storVK+KV undiKV+KV+V-deriaKV+KV+KV+KV-bidadari

5.KVKK teksVK+KVK ambilKVK+KV+V-mentuaKV+KV+KV+KVK-kapitalis

6.KKKV skruKV+V doaKV+KV+VK-seluarKVK+KV+KV+KVK-sentimeter

7.KKKVK skripKV+VK jauhV+KV+KV-ijazahKVK+KVK+KV+KV-dispensari

8.KV+KV pasuKV+KV+KV-keliruKV+KV+V+KVK-mesyuarat

9.KV+KVK telurVK+KV+VK-ikhtiarV+KV+KVK+KV+KV-universiti

10.KVK+KV lampuV+KV+VK-elaun

Jadual 1Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.

b.Bentuk kata terbitanKata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :Bentuk Kata Terbitan

Bil.Jenis imbuhan

AwalanAkhiranApitanSisipan

1.Kata namape-pelari, pem-pembuatKata nama-an-pakaian, -wati-seniwatiKata namape-..-an perasaanKata nama-el- telunjuk

2.Kata kerjame-melawan, di-diaturKata kerja-kan-buatkan, -di-dudukiKata kerjame--kan memainkanKata kerja-er- gerodak

3.Kata adjektifter-terbesar, se-secantik-Kata adjektifke--an keakrabanKata adjektif-el- gelegak

Jadual 2c.Bentuk kata majmukProses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk

Bil.Rangkaian kata bebasIstilah khususKiasan

1.gambar rajahPerdana Menterihak milik

2.alat tulisRaja Mudabatu kapur

3.air hujanMaib Canselordaerah panas

4.nasi minyakTimbalan Ketua Pustakawanatur cara

Jadual 3

d.Bentuk kata gandaanBentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :

Bentuk Kata Gandaan(berserta contoh perkataan)

Bil.Penggandaan PenuhPenggandaan SeparaPenggandaan Berentak

1.Kata tunggalMeja-meja, ayat-ayatKata tunggalLaki-lelaki, tikus-tetikusPengulangan vokalKuih-muih,cerai-berai

2.Kata berimbuhanAwalan-pelatih-pelatihAkhiran-amalan-amalanApitan-persatuan-persatuanKata berimbuhanAwalan-berlari-lariAkhiran-sayur-sayuranApitan-kekuning-kuninganPengulangan konsonanBatu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik

3.--BebasAnak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.

Jadual 4

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehinggaperkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. DalamPetikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajarterdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman imbuhan.Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

Bil.Aspek/unsur peminjamanContoh perkataan dalam petikan.

1.Peminjaman tulenBahasa Inggeris-auditorium-program-radio-serius-aspek-sesi-input-kreatif-kategori-unit-kokurikulum-aktiviti

2.Peminjaman bunyi-bunyi asingBahasa arab dan parsi-/sy/ ;syarikat

-/kh/ ;khusus

Peminjaman imbuhanBahasa Sanskrit-tata - ;tatabahasa

Jadual 5

3.0Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

3.1Jenis-jenis akronimBerdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)Antara jenisakronim tersebut ialah seperti berikut :i.Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya :ADUN Ahli Dewan Undangan NegeriIPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

ii.Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanNegaraMara Majlis Amanah Rakyatiii.Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Bernama Berita Nasional Malaysiatadika taman didikan kanak-kanakcerpen cerita pendek

iv.Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :asbut asap kabutdebunga debu bungapurata pukul rata4.0Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kataatau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

PROSES PEMBENTUKAN KATA

1)Definisi Pembentukan Kata:Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.2)Pembahagian:a)Pengimbuhanb)Pemajmukanc)Penggandaan3)Proses Pengimbuhan- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.- Terdapat empat jenis imbuhan iaituawalan,akhiran,apitan, dansisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnyaber-+ tapa (bertapa)danke-+tawa (ketawa).-Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan.- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi prosespengimbuhan kali kedua. Misalnya,ter-+libat (terlibat). Terlibat + kean (keterlibatan).-Imbuhan Awalan.Contoh:Pe.pelaripem. pembawapen.pendakwahPeng.penggubalpenge.pengebompel.pelajar- Imbuhan Akhiran.Contoh:-wan.angkasawan-man.budiman-wati.wirawati-in.hadirin-at.muslimat- ah.ustazah-Imbuhan ApitanContoh:Mekan= melaporkanmenkan= mendapatkanBerkan= bertemankandikan= dipamerkanKean= kemalasanmemperkan= memperbetulkan- Imbuhan SisipanContoh:Tunjuk.telunjukGilang.gemilangTulang.temulang4)Proses Pemajmukan-Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.- Terbahagi kepada tiga iaitupemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.

i.Pemajmukan Rangkai Kata Bebas-Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongankata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.-Contoh:Gambar + rajah = gambar rajahJalan + raya = jalan rayaRumah + tangga = rumah tanggaPerdana + menteri = perdana menteri

ii.Pemajmukan Istilah Khusus-Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.-Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang digunakan.-Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.iii.Pemajmukan Bentuk Kiasan-Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.-Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya.-Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah.- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.Penggandaan kata majmuk.-Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan.-Contoh:Alat tulisalat-alat tulisJalan raya..jalan-jalan rayaGaris pusat..garis-garis pusatPengimbuhan kata majmukAwalan-Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.-Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.

Akhiran-Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.-Contoh: daya serap.daya serapan, garis rintang....garis rintangan.

Apitan-Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.-Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.5. Proses Penggandaan

- Ada tiga bentuk kata iaitukata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan kata gandaan berentak.Kata Gandaan Seluruh- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.-Contoh:labah....labah-labahOrang....orang-orangJari....jari-jariKKata Gandaan Separa-Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata dasar.-Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.- Penggandaan kata dasar tunggal.contoh:kura....kekuralabi....lelabirambut....rerambut- Penggandaan kata dasar terbitantidak melibatkan pengulangan imbuhan sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian depan atau belakang.Contoh: berlari.berlari-lari, mencari.mencari-cari, kasih.kasih-mengasihi.KaKata Gandaan Berentak-Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami perubahan.- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan pengulangan bebas.Pengulangan vokal-Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua. Misalnya vokalui, au, ua, ia.-Contoh:Kuih.kuih-muihlauk.lauk-paukSukasuka-dukahina.hina-dinaPengulangan Konsonan-Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.-Contoh:Gunung.gunung-ganangbukit.bukit-bukauLintang.lintang-pukangmandimandi-mandaPengulangan Bebas-Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.-Contoh:Lemah.lemah longlaitinggi.tinggi lampaiGemukgemuk gedempolcerdikcerdik pandai

PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU3.0 PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami olehpenuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalambahasa Melayu iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu adalah melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarangproses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata ataubeberapa suku kata.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagaiperkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang hadirsebelum kata dasar, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan yang hadirsecara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan imbuhan sisipan, yang hadirdi celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan dan -i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, danpeR--an yang membentuk kata nama, dan meN--kan, beR-...-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindaksebagai satu unit.Contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atauberentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan kata gandanya terletak pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada laki laki dan kemudian kepada lelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, serta berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagianbelakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus. Melaluipengulangan konsonan pula misalnya simpang-siur dan mandi-manda.

3 .1 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk-bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.

BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan pada katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal empat suku kata dan lebih.Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan membentuk kata terbitan setelah kata tunggal menerima proses pengimbuhan, proses penggandaan dan proses pemajmukan.Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) disertai satu konsonan (K), satu vokal (V) sahaja atau satu vokal (V) dengan beberapa konsonan (K). Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan dan di belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

BENTUK KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini jumlahnya adalah besar. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat pecahkan kepada tiga kelompok, iaitu seperti yang berikut:a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas Contohnya:

gambar rajahbiru lautair hujanjalan rayanasi minyakterima kasihluar biasamerah mudaalat tulisbandar rayatengah harijam tanganmeja tulisbom tangankapal terbangkuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

Contohnya:Perdana MenteriDuta BesarRaja MudaSetiausaha PolitikPenolong PendaftarKetua MenteriNaib CenselorProfesor MadyaTimbalan Ketua PustakawanKetua Setiausaha Negara

b) kata majmuk yang berbentuk istilah khususdalam bidang ilmiah

Contohnya:

model lineragaris pusatlelefon dail teruslesung sendikanta tanganmata pelajaranpita suaradarah panaskertas kerjabatu kapur

c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa Contohnya:

kaki ayambuah hatiduit kopimakan anginpilih kasihanak emasbulan madumanis muluttumbuk rusukberat tangan

morfologi- proses pembentukan kata dlm bahasa melayu, pembentukan kata melalui proses pinjaman, proses pembentukan akronim

1.0Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa melayu.2.0Konsep Pembentukan Kata

Dalam istilahlinguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataanbaru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya.(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

2.1Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata, terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :2.1.1AkronimPembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:i.JAIS Jabatan Agama Islam Selangorii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahimiii. IPG Institut Pendidikan Guru2.1.2AnalogiPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya, perkataantatabahasamemang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk sepertitatatertib, tatacaradantatahias. Contoh lain :i.Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversitiii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara

2.1.3Peleburan FonemProses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:i.[benda] +[alir] = [bendalir]Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.2.1.4Peluasan MaknaPembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.2.1.5Pemberian Makna KhususDalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu meniru atau melukis peta.

2.1.6Peminjaman KataPembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :i.Element elemenii.Magistrate majistretiii.Diplomat diplomat2.1.7PenambahanPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :i.[bu] + [kit] = [bukit]ii.[bu] + [lan[ = [bulan]iii.[bu] + [luh] = [buluh]2.1.8PenciptaanPembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, namakiwimerijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.2.1.9PenggemblenganPerkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataankumpulan gitar rancakmenjadikugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut :i.Bernama Berita Nasional Malaysiaii.Proton Perusahaan Otomobil Nasional2.1.10Penyempitan MaknaPembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataantuan puterimempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.2.1.11PenyingkatanMelalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :i.tv televisyenii.Dr. doktoriii.Prof profesorProses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan.Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut :a.Bentuk kata tunggalPerkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal(Pola suku kata beserta contoh perkataan)

Bil.Pola Kata Tunggal

Satu Suku KataDua Suku KataTiga suku kataEmpat suku kata dan lebih

1.KV yuV+K akuKV+V+KV-cuacaKV+KV+VK+KV-keluarga

2.VK amV+VK aibKV+V+KVK-biawakKV+KVK+KV+KV-sementara

3.KVK catV+KVK adikV+KV+V-usiaKVK+KV+V+KV-bendahari

4.KKVK storVK+KV undiKV+KV+V-deriaKV+KV+KV+KV-bidadari

5.KVKK teksVK+KVK ambilKVK+KV+V-mentuaKV+KV+KV+KVK-kapitalis

6.KKKV skruKV+V doaKV+KV+VK-seluarKVK+KV+KV+KVK-sentimeter

7.KKKVK skripKV+VK jauhV+KV+KV-ijazahKVK+KVK+KV+KV-dispensari

8.KV+KV pasuKV+KV+KV-keliruKV+KV+V+KVK-mesyuarat

9.KV+KVK telurVK+KV+VK-ikhtiarV+KV+KVK+KV+KV-universiti

10.KVK+KV lampuV+KV+VK-elaun

Jadual 1Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.

b.Bentuk kata terbitanKata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :Bentuk Kata Terbitan

Bil.Jenis imbuhan

AwalanAkhiranApitanSisipan

1.Kata namape-pelari, pem-pembuatKata nama-an-pakaian, -wati-seniwatiKata namape-..-an perasaanKata nama-el- telunjuk

2.Kata kerjame-melawan, di-diaturKata kerja-kan-buatkan, -di-dudukiKata kerjame--kan memainkanKata kerja-er- gerodak

3.Kata adjektifter-terbesar, se-secantik-Kata adjektifke--an keakrabanKata adjektif-el- gelegak

Jadual 2c.Bentuk kata majmukProses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk

Bil.Rangkaian kata bebasIstilah khususKiasan

1.gambar rajahPerdana Menterihak milik

2.alat tulisRaja Mudabatu kapur

3.air hujanMaib Canselordaerah panas

4.nasi minyakTimbalan Ketua Pustakawanatur cara

Jadual 3

d.Bentuk kata gandaanBentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :

Bentuk Kata Gandaan(berserta contoh perkataan)

Bil.Penggandaan PenuhPenggandaan SeparaPenggandaan Berentak

1.Kata tunggalMeja-meja, ayat-ayatKata tunggalLaki-lelaki, tikus-tetikusPengulangan vokalKuih-muih,cerai-berai

2.Kata berimbuhanAwalan-pelatih-pelatihAkhiran-amalan-amalanApitan-persatuan-persatuanKata berimbuhanAwalan-berlari-lariAkhiran-sayur-sayuranApitan-kekuning-kuninganPengulangan konsonanBatu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik

3.--BebasAnak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.

Jadual 4

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehinggaperkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. DalamPetikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajarterdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman imbuhan.Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

Bil.Aspek/unsur peminjamanContoh perkataan dalam petikan.

1.Peminjaman tulenBahasa Inggeris-auditorium-program-radio-serius-aspek-sesi-input-kreatif-kategori-unit-kokurikulum-aktiviti

2.Peminjaman bunyi-bunyi asingBahasa arab dan parsi-/sy/ ;syarikat

-/kh/ ;khusus

Peminjaman imbuhanBahasa Sanskrit-tata - ;tatabahasa

Jadual 5

3.0Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

3.1Jenis-jenis akronimBerdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)Antara jenisakronim tersebut ialah seperti berikut :i.Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya :ADUN Ahli Dewan Undangan NegeriIPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

ii.Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanNegaraMara Majlis Amanah Rakyatiii.Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataanKata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :Bernama Berita Nasional Malaysiatadika taman didikan kanak-kanakcerpen cerita pendek

iv.Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :asbut asap kabutdebunga debu bungapurata pukul rata4.0Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kataatau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

p/s : sekadar perkongsian ilmiah, segala kesilapan adalah datang dari diri saya sendiri. harap membantu kalian..=)PERBANDINGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN LINGUISTIK AM.

OlehSakinah Othman, Norzalina Baharuddin, Rozita Hamid & Muhamad Nazri Hussin

1.0PENGENALAN

Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239).

Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.

Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya.

Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

2.0 DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

3.0.PERBANDINGAN

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagaipembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalamLinguistik Am(2007), menyebutnya sebagaimenerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

i) Bentuk kata tunggal.

ii) Bentuk kata terbitan.

iii) Bentuk kata majmuk

iv) Bentuk kata ganda.

Mengikut buku Linguisti Am (2007), pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

i) Pengimbuhan.

ii) Penggandaan

iii) Pemajmukan

3.1 Bentuk Kata Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:

i) Kata tunggal satu suku kata.

ii) Kata tunggal dua suku kata

iii) Kata tunggal tiga suku kata.

iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan sepertiini, itu, sinidansana.Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

3.1.1 Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnyakuuntukakudantuuntukitu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata.

3.1.2 Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah sepertiaku, aur, angka, indah,tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

3.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya,tuala, ziarah, idea, deria, azali, istana,sutera, jendela,akaun dangelombang.

3.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialahkeluarga,bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela.

Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:

i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata ABIM

ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata Mara

iii) Gabungan suku kata dengan suku kata tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

3.2 Bentuk Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

i) Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar).

- Awalan kata nama.

- Awalan kata kerja

- Awalan kata adjektif

ii) Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).

- Akhiran kata nama

- Akhiran kata kerja

iii) Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).

- Apitan kata nama

- Apitan kata kerja

- Apitan kata adjektif

iv) Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).

- Kata nama

- Kata adjektif

- Kata kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :

i) Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)

ii) Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)

iii) Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)

iv) Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

3.3 Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya,kerusi malasialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang. Sebaliknyapinggan mangkukbukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.

ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.

iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya,antarabangsa.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya,peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya,alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya,warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

i) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya,campur aduk - bercampur aduk.

ii) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya,satu padu menyatupadukan.

Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialahkaji cuacadansebar luas.Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialahbumiputeradanmahasiswa.Katabumiialah penerang danputeraialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa ialah:

i) Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii) Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii) Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah contohnyakereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnyaantarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialahkakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

3.4 Bentuk Kata Ganda / Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

i) Penggandaan penuh

ii) Penggandaan separa

iii) Penggandaan berentak

3.4.1 Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

i) Penggandaan penuh kata tunggal contohnya ialahayat- ayat.

ii) Penggandaan penuh kata berimbuhan.

- Dengan awalan contohnya ialahketua- ketua.

- Dengan akhiran contohnya ialahajaran- ajaran.

- Dengan apitan contohnyapersatuan- persatuan.

3.4.2 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i) Penggandaan separa kata tunggal contohnya ialahsesiku.

ii) Penggandaan separa kata berimbuhan .

- Dengan awalan kata kerja- contohnya ialahberlari- laridantolong- menolong.

- Dengan awalan kata adjektif contohnya ialahsepandai- pandai.

- Dengan akhiran kata nama contohnya ialahsayur- sayuran.

- Dengan akhiran kata kerja contohnya ialahdoa- doakan.

- Dengan akhiran kata adjektif contohnya ialahrindu- rinduan.

- Dengan apitan kata kerja contohnya ialahbersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangidandibayang- bayangi.

- Dengan apitan kata adjektif contohnya ialahkebodoh- bodohan.

3.4.3 Penggandaan berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal.

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

iii) Penggandaan berentak bebas.

Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:

i) Gandaan penuh.

ii) Gandaan separa.

iii) Gandaan rentak

iv) Gandaan bebas.

3.4.4 Gandaan Penuh.

Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata