proses pembandaran meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat sama ada kesan negative mahupun...

12
2.0 PROSES PEMBANDARAN MENYEBABKAN WUJUDNYA MASALAH HUBUNGAN SOSIAL (KONSEP KEJIRANAN YANG SEMAKIN LONGGAR) Proses pembandaran menghilangkan rasa deria tempatan dan kejiranan/‘sense of place– destroy the irreplaceable, sense of community/ neighbourhood’ (Talen, 2001). Banyak masalah sosial yang berlaku disebabkan oleh pengasingan masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan dan status sosial. Walaupun secara umumnya kawasan pinggir menjadi tumpuan golongan berpendapatan rendah, namun kini banyak kawasan perumahan mewah dirancang secara terasing tanpa diintegrasikan dengan kawasan kediaman setempat (Saloman, 2003). Jurang perbezaan persekitaran kediaman dan pengasingan sosial (social segregation) semakin ketara di pinggir bandar (Daniels & Daniels, 1998). Keadaan ini meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat sekitar. 2.1 MASYARAKAT BERSIKAP INDIVIDUALISTIK Proses pembandaran dikatakan telah menyebabkan masalah hubungan sosial kerana proses pembandaran ini telah mengakibatkan perubahan sosial dan penstrukturan semula masyarakan bandar. 2

Upload: syishi

Post on 27-Jul-2015

3.932 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

2.0 PROSES PEMBANDARAN MENYEBABKAN WUJUDNYA MASALAH

HUBUNGAN SOSIAL (KONSEP KEJIRANAN YANG SEMAKIN LONGGAR)

Proses pembandaran menghilangkan rasa deria tempatan dan kejiranan/‘sense of place–

destroy the irreplaceable, sense of community/ neighbourhood’ (Talen, 2001). Banyak masalah

sosial yang berlaku disebabkan oleh pengasingan masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan

dan status sosial. Walaupun secara umumnya kawasan pinggir menjadi tumpuan golongan

berpendapatan rendah, namun kini banyak kawasan perumahan mewah dirancang secara terasing

tanpa diintegrasikan dengan kawasan kediaman setempat (Saloman, 2003). Jurang perbezaan

persekitaran kediaman dan pengasingan sosial (social segregation) semakin ketara di pinggir

bandar (Daniels & Daniels, 1998). Keadaan ini meninggalkan pelbagai kesan terhadap

masyarakat sekitar.

2.1 MASYARAKAT BERSIKAP INDIVIDUALISTIK

Proses pembandaran dikatakan telah menyebabkan masalah hubungan sosial kerana

proses pembandaran ini telah mengakibatkan perubahan sosial dan penstrukturan semula

masyarakan bandar. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat bandar

bersikap individualistik.

Masyarakat bandar bersikap individualistik kerana salah satu takrif proses pembandaran

adalah perubahan stuktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi

tradisional seperti pertanian kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan,

perkhidmatan, perniagaan, perniagaan dan lain-lain lagi. Disebabkan perubahan struktur ini

setiap individu di bandar mempunyai pengkhususan dan peranannya sendiri dan kebanyakan

2

Page 2: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

mereka sebahagian besar menghabiskan masa di tempat kerja. Para pekerja berkumpul dan

lazimnya tinggal disatu kawasan. Mereka adalah kelas pekerja. Hubungan antara individu dalam

masyarakat tersebut dijalin melalui kontrak secara formal dan kurang interaksi tak formal.

Oleh hal yang demikian, setiap masyarakat sibuk dengan kerja dan tanggungjawab

masing-masing sehinggakan mereka tidak dapat meluangkan masa mereka dengan jiran-jiran dan

masing-masing tidak mempedulikan antara satu sama lain. Keadaan ini lebih parah lagi apabila

mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Jelas keadaan ini menunjukkan proses

pembandaran telah menyebabkan masyarakat bandar lebih bersikap individualistik dan secara

langsung keadaan ini telah menyebabkan wujudnya masalah hubungan sosial atau dengan kata

lain konsep kejiranan yang semakin longgar.

2.2 HILANGNYA SEMANGAT GOTONG ROYONG

Selain bersikap individualistik proses pembandaran juga telah menyebabkan hilangnya

semangat gotong royong yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Malaysia terutama

masyarakat desa. Sirnanya semangat gotong royong ini disebabkan oleh masyarakat bandar

yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Mereka tidak sempat beramah mesra dengan

jiran-jiran apatah lagi untuk melakukan kerja gotong-royong. Hilangnya semangat gotong-

royong jelas memperlihatkan kepada kita bahawa proses pembandaran telah mengakibatkan

wujudnya masalah hubungan sosial antara masyarakat atau dengan kata lain konsep kejiranan

antara masyarakat semakin longgar.

Apabila berlakunya proses pembandaran disesuatu kawasan contohnya kawasan yang

dahulunya luar bandar dan kemudiannya berubah menjadi bandar disebabkan faktor-faktor

tertentu seperti faktor rebakan dan perluasan sempadan bandar, potensi sumber alam yang

terdapat disesebuah desa, faktor ekonomi moden dan sebagainya. Proses pembandaran ini akan

3

Page 3: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

mengakibatkan penduduk atau kejiranan akan semakin menjauhi antara satu sama lain. Mereka

akan lebih mementingkan kerja mereka tanpa mempedulikan jiran yang lain. Apabila diadakan

program gotong royong, program ini hanya akan dipandang sepi kerana mereka lebih gemar

untuk tidak menghadirkan diri atau lebih selesa berada bersama keluarga atau melakukan kerja

mereka tanpa perlu berhadapan dengan jiran tetangga.

Semangat gotong royong yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat bandar juga

disebabkan wujudnya jurang ekonomi antara penduduk. Kebanyakan penduduk di bandar

mempunyai tahap ekonomi yang berbeza. Terdapat golongan yang mempunyai tahap ekonomi

yang tinggi dan mereka boleh hidup mewah di bandar walaupun kos sara hidup di bandar adalah

tinggi. Terdapat juga golongan bawahan yang terpaksa hidup dalam serba sederhana kerana

pendapatan mereka yang rendah di samping kos sara hidup yang tinggi di bandar. Perbezaan

jurang ekonomi ini akan menyebabkan kebanyakan golongan kaya dan sederhana ini seakan-

akan ada dinding pemisah antara mereka. Mereka akan sering berprangsangka antara satu sama

lain. Mereka tidak pernah dapat duduk bersama antara satu sama lain apatah lagi ingin

mengadakan aktiviti gotong royong bersama. Jadi jelaslah kepada kita bahawa proses

pembandaran ini telah menyebabkan hubungan kejiranan antara masyarakat semakin longgar.

2.3 PUDARNYA SEMANGAT KEKITAAN

Semasa berlangsungnya proses pembandaran penduduk dikatakan akan mengalami

perubahan. Perubahan ini dikatakan sebagai pemodenan. Salah satu perubahan yang berlaku ke

atas masyarakat adalah sikap. Perubahan sikap ini telah menyebabkan masyarakat tidak lagi

menghiraukan keadaan persekitaran mereka. Mereka tidak lagi berkumpul bersama jiran-jiran

yang lain seperti suatu masa dahulu iaitu sebelum kawasan tempat tinggal mereka mengalami

4

Page 4: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

proses pembandaran. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama

ini menebal dalam kalangan penduduk di kawasan desa. Hilangnya semangat kekitaan ini

menyebabkan masyarakat tidak ada lagi rasa mengambil berat antara satu sama lain, mereka

tidak lagi saling bertegur sapa antara satu sama lain, tidak ada lagi saling tolong menolong dan

masing-masing mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan antara satu sama lain.

Hilangnya semangat kekitaan antara masyarakat bukan sahaja merugikan penduduk di

bandar malahan juga boleh menyebabkan wujudnya pelbagai masalah sosial yang lain seperti

penagihan dadah, kecurian, vandalisme dan sebagainya. Apabila tiada semangat kekitaan dalam

kalangan masyarakat bandar mereka tidak kisah dengan gejala negatif yang berlaku terhadap

jiran tetangga mereka. Masing-masing mengambil langkah mendiamkan diri dengan alasan

“tidak mahu menjaga tepi kain orang lain”. Apabila ada yang menjadi mangsa pecah rumah

misalnya, jiran tetangga hanya menunjukkan riak simpati tanpa memikirkan bahawa sikap

mereka selama ini yang telah membawa kepada berlakunya kes-kes yang sebegitu. Mereka tidak

terfikir bahawa semangat kekitaan yang semakin hari semakin kurang dalam diri mereka telah

menyebabkan jiran mereka mendapat susah. Jika keadaan ini berterusan jadi tidak hairan lah

apabila gejala-gejala negatif semakin meningkat di kawasan-kawasan bandar.

Tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar, menjadikan masyarakat sentiasa

sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk keperluan diri dan keluarga, apatah lagi dewasa ini

kemewahan menjadi ukuran mutlak bagi kehidupan yang penuh berbagai. Sama ada bergaji

besar atau bergaji kecil akan keluar rumah seawal pagi dan pulang kerumah selewat mungkin,

sudah tentu tidak punya masa untuk bertentangan mata, bertegur sapa dan berbual mesra dengan

jiran tetangga. Hujung minggu adalah waktu untuk berehat dan bersantai dirumah sambil

menonton television, ada pula yang membawa keluarga keluar makan angin atau ke pekan dan

5

Page 5: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

bandar. Waktu-waktu seperti ini sangat berharga dan cukup dijagai, seolah-olah sudah tiada

masa lagi untuk berkasih sayang dan sesapa jiran tetangga. Jadi jika keadaan seperti ini yang

dilalui setiap masa dan saat oleh masyarakat bandar menyebabkan semangat kekitaan menjadi

semakin sirna dan akhirnya hilang begitu sahaja. Oleh yang demikian, berdasarkan perbincangan

dia atas jelaslah kepada kita bahawa proses pembandaran yang giat dilaksanakan kini telah

menimbulkan masalah hubungan sosial iaitu telah menyebabkan konsep kejiranan menjadi

semakin longgar apabila semangat kekitaan semakin hilang dalam kalangan masyarakatnya.

2.3 KURANGNYA INTERAKSI ANTARA JIRAN

Selain wujudnya masalah kekitaan antara masyarakat di bandar. Proses pembandaran

telah mengakibatkan wujudnya masalah hubungan sosial juga disebabkan penduduk di bandar

kurang berinteraksi antara satu sama lain. Kelesuan semangat kejiranan ketara dengan jelas

apabila jiran dengan jiran sudah tidak ada interaksi (hubungan) lagi dengan alasan tidak mahu

menjaga tepi kain orang, jamuan sudah tidak tersaji dalam bentuk hidangan, orang-orang berada

lebih memilih hotel lima bintang untuk menjaga Prestej (taraf kedudukan) atau memilih dewan-

dewan mewah semata-mata beralasan mudah dan tidak cerewet. Manakala para undangan pula,

hadir sekadar memenuhi jemputan sahaja, kerana esok lusa dia pula akan membuat undangan,

nanti tiada siapa pula yang datang? Kemana hilangnya rasa mesra makan sehidangan? Kemana

pula tercicirnya roh tolong-menolong kepada kebaikan yang sangat digesa? Persoalan-persoalan

ini sering membelenggu masyarakat yang masih peka dengan semangat kejiranan yang utuh.

Proses pembandaran menyebabkan masyarakat tidak lagi memandang penting konsep kejiranan,

kebanyakan penduduk bandar hanya mengejar kebendaan semata-mata. Oleh itu mereka tidak

6

Page 6: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

tahu peri pentingnya berinteraksi antara jiran tetangga apabila konsep kejiranan ini dipandang

sebagai sesuatu yang tidak penting.

Berinteraksi antara jiran hanya dianggap merugikan masa sahaja sedangkan banyak lagi

perkara penting yang mereka harus fikirkan. Oleh itu, berinteraksi antara jiran adalah sesuatu

yang agak mustahil untuk mereka lakukan. Jika dilihat dibandar-bandar besar, dengan

kesesakkan lalu lintasnya sangat ‘menggilakan’. Setiap orang ketempat kerja masing-masing

dengan kenderaan sendiri, meskipun jiran sebelah rumah juga bekerja di lokasi yang sama,

mereka tidak sanggup berkongsi kenderaan kerana segan atau silu sedangkan selama ini pun

mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi penghuni flat dan kondominium, walaupun

mereka bersesak-sesak di dalam lif, tetapi hanya terus ke rumah masing-masing tanpa bertegur

antara satu sama lain hatta megucapkan salam. Jika kitaran hidup masyarakat bandar ini

berterusan maka tidak mustahil lah berlakunya kurang interaksi antara masyarakat bandar.

Lebih malang lagi kes-kes jenayah yang berlaku di bandar disebabkan oleh kurang

interaksi antara jiran. Sebagai contohnya terdapat kes pecah rumah berlaku di hadapan mata jiran

tetangga. Tetapi jiran tetangga hanya mendiamkan diri kerana menyangka bahawa jiran mereka

ingin berpindah. Keadaan ini berlaku kerana jiran tersebut pergi ke luar negara atau balik ke

kampung tanpa memaklumkan kepada jiran tetangga. Berdasarkan kes yang pernah berlaku ini,

membuatkan kita sering tertanya-tanya apakah berinteraksi dengan jiran ini mendatangkan

masalah kepada kita? Rasanya tidak salah jika kita berinteraksi dan memaklumkan kepada jiran

bahawa kita akan meninggalakan rumah untuk beberapa hari. Tetapi itulah hakikatnya kehidupan

di bandar-bandar yang boleh kita lihat. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri sehingga

tidak dapat berinteraksi dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa proses pembandaran telah

7

Page 7: Proses Pembandaran Meninggalkan Pelbagai Kesan Terhadap Masyarakat Sama Ada Kesan Negative Mahupun Positif

membawa kepada permasalahan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat bandar apabila

masyarakatnya kurang berinteraksi antara satu sama lain.

2.5 KURANGNYA AKTIVITI ZIARAH MENZIARAHI

Masalah hubungan sosial timbul disebabkan proses pembandaran juga dapat dilihat

apabila kurangnya aktiviti ziarah-menziarahi antara penduduk bandar sekarang. Keadaan ini

berbeza pada suatu waktu dahulu. Di desa kebanyakan masyarakatnya masih lagi mengamalkan

aktiviti ziarah menziarahi jiran tetangga. Tetapi keadaan ini tidak berlaku di bandar apabila

masyarakatnya tidak lagi berkunjung atau menziarahi jiran tetangga. Di bandar pada hari ini jika

dilihat kebanyakan masyarakat tega membiarkan jiran tetangga mereka sakit atau lapar sendirian

dan mereka langsung tidak menunjukkan muka untuk menziarah jiran tetangga. Jika ada

kematian sekalipun mereka sekadar tampil seketika di rumah jiran dan yang lebih teruk terdapat

jiran yang tidak mengetahui bahawa jiran tetangga mereka sakit atau pun meninggal dunia.

Aktiviti ziarah menziarahi ini amat penting bagi memupuk semangat kejiranan. Namun

demikian, proses pembandaran yang dilaksanakan pada hari ini telah melenyapkan sikap ziarah

menziarahi dan secara tidak langsung proses pembandaran ini telah mengakibatkan wujudnya

masalah hubungan sosial masyarakat atau dengan kata lain konsep kejiranan yang selama ini

utuh dalam kalangan masyarakat semakin longgar dari hari ke hari.

8