geografi tingkatan 2:bab 13 pembandaran

Click here to load reader

Post on 25-Nov-2015

403 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota geografi f2 bab 13

TRANSCRIPT

Bab 13 Pembandaran

1. Proses pembandaran atau urbanisasi ialah proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, infrastruktur, perubahan ekonomi, sosial, dan lingkungan pengaruh terhadap kawasan sekelilingnya.

2. Proses pembandaran akan menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat.

Pembandaran di Malaysia

1. Pembandaran di Malaysia berlaku dengan pesat sejak kemerdekaan.

2. Ciri-ciri pembandaran di Malaysia dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan asas.

3. Jumlah penduduk bandar bertambah berbanding dengan jumlah penduduk di kawasan luar bandar.

4. Dari segi ekonorni, perubahan guna tanah telah berlaku di kawasan bandar. Kawasan pertanian bertukar menjadi kawasan petempatan, perniagaan, perindustrian, dan perkhidmatan. Selain itu, fungsi bandar juga semakin bertambah.

5. Pelbagai jenis kemudahan sosial dan infrastruktur telah bertambah untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah. Contohnya, sekolah, hospital, bank, kawasan hiburan, jaringan pengangkutan dan perhubungan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perbandaran

Peluang Pekerjaan

1. Di Malaysia, perkembangan sesebuah bandar biasanya dipengaruhi oleh sumber semula jadi dan kegiatan ekonomi yang menyediakan banyak peluang pekerjaan.

2. Penanaman padi yang dijalankan di Dataran Perlis-Kedah dan Delta Kelantan telah membangunkan bandar Alor Setar dan Kota Bharu.

3. Pembukaan ladang-ladang getah yang luas di Malaysia pula menggalakkan pembandaran di Kulim, Alor Gajah, Kluang, Segamat, dan Kota Tinggi.

Dasar Kerajaan

1. Proses pembandaran di Malaysia adalah dirancang oleh kerajaan melalui program perancangan luar bandar dan wilayah dan dasar urbanisasi negara.

2. Tujuan bandar baru diwujudkan:

(a) mengelakkan tumpuan penduduk di bandar utama

(b) mewujudkan kawasan perindustrian di kawasan luar bandar

(c) membangunkan wilayah dan bandar tertentu

Migrasi

1. Bandar-bandar utama mempunyai banyak peluang pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan migrasi penduduk dari luar bandar berlaku dengan pesat.

2. Selain itu, pelbagai kemudahan sosial dan infrastruktur juga mendorong migrasi penduduk desa ke bandar.

3. Migrasi penduduk desa ke bandar merupakan faktor utama yang mempengaruhi proses pembandaran di Petaling Jaya, Nilai, Subang Jaya, Tampoi, dan Larkin.

Fungsi Bandar

1. Sesebuah bandar dapat dikelaskan berdasarkan fungsi-fungsi tertentu.

2. Bandar-bandar di Malaysia berfungsi sebagai:

(a) pusat pentadbiran

(b) pusat pembekal

(c) pusat perdagangan dan perniagaan

(d) pusat perkilangan

(e) pusat pendidikan

(f) pusat kebudayaan dan pelancongan

3. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran adalah bandar yang merujuk kepada ibu negeri, pusat pentadbiran wilayah, daerah, dan bahagian-bahagian. Bandar-bandar ini terdapat pejabat-pejabat kerajaan dan jabatan-jabatan lain. Contohnya, Seremban, Ipoh, Alor Setar, Kota Kinabalu, dan Kuching.

4. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pembekal merujuk kepada bandar yang mengumpul hasil pertanian yang dibekalkan dari luar bandar. Contohnya, Dungun, Alor Setar, Kota Bharu, Kangar, dan Kluang.

5. Sesebuah bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan lain. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Johor Bahru.

6. Bandar-bandar seperti Bandar Baru Nilai, Petaling Jaya, dan Kerteh merupakan bandar yang berfungsi sebagai pusat perkilangan. Bandarbandar ini mempunyai banyak kilang.

7. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pendidikan mempunyai banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Selain itu, terdapat juga bandar yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan. Bandar-bandar ini biasanya mempunyai balai seni lukis, pusat kraf tangan, muzium , dan pusat pelbagai kegiatan kebudayaan.Kesan Pembandaran

- Kesan Positif

(a) Pertambahan Peluang Pekerjaan

1. Kegiatan ekonomi di kawasan bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

2. Peluang pekerjaan boleh didapati dalam pelbagai sektor seperti sektor perkilangan, perniagaan, perdagangan, perkhidmatan perbankan dan kewangan serta pentadbiran.

(b) Peningkatan Kemudahan Infrastruktur

1. Proses pembandaran telah menambahkan kemudahan infrastruktur di kawasan bandar.

2. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur dilengkapi dengan Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel.

3. Taraf kemudahan sosial seperti hospital, klinik, pejabat pos, balai polis, dan lampu jalan turut dipertingkatkan.

(c) Peningkatan Taraf Hidup

1. Kegiatan ekonomi yang berlaku di bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan.

2. Kadar pendapatan yang tinggi di kawasan bandar telah meningkatkan taraf hidup penduduk bandar.

3. Kemudahan sosial dan infrastruktur yang lengkap di kawasan bandar turut memberikan pelbagai kemudahan kepada penduduk bandar.

- Kesan Negatif

(a) Kesesakan Lalu Lintas

1. Pertambahan kenderaan yang pesat di atas jalan raya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan bandar.

2. Selain itu, jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku

(b) Pencemaran

1. Pertambahan jumlah kenderaan telah menyebabkan gas-gas bertoksid seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, dan oksida nitrogen dibebaskan di udara.

2. Gas-gas ini akan mencemarkan udara.

(c) Kekurangan Tenaga Kerja di Luar Bandar

1. Taraf hidup dan pendapatan yang lebih tinggi di kawasan bandar telah menyebabkan migrasi penduduk berlaku.

2. Migrasi penduduk desa ke kawasan bandar telah menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga kerja di desa.

5. Pembuangan sisa domestik dan sisa desa. kilang ke dalam sungai juga mencemarkan sungai.

3. Keadaan sedemikian menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar tidak dimajukan.

(d) Banjir Kilat

1. Bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap merupakan punca utama banjir kilat berlaku di kawasan bandar.

2. Apabila hujan turun, air hujan terus sampai di permukaan bumi kerana tiada halangan pokok-pokok. Air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam bumi kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku.

3. Banjir kilat akan bertambah buruk sekiranya sistem perparitan bandar kurang sempurna.

(e) Kawasan Setinggan Bertambah

1. Kawasan setinggan merupakan kesan negatif terhadap proses pembandaran yang paling ketara

2. Masalah setinggan wujud di bandar kerana:

(a) perumahan tidak mencukupi

(b) kadar sewa rumah yang tinggi

(c) harga tanah yang tinggi

Kesan Pembandaran di Bangkok, Thailand

1. Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Thailand.

2. Bangkok mempunyai 5 juta orang penduduk dan merupakan bandar primat di Thailand.

3. Bangkok berfungsi sebagai pusat dalam pentadbiran, pusat pengumpulan hasil, pusat pengangkutan, pusat perdagangan dan perniagaan serta pusat pelancongan.

4. Kesan-kesan positif pembandaran di Bangkok:

(a) Pembukaan kawasan perkilangan menyediakan peluang pekerjaan.

(b) Mempunyai lebuh raya bertingkat dan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT).Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran

1. Kesesakan

(a) Mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan awam.

(b) Melebarkan jalan raya dan membina lebih banyak jejantas.

(c) Pembinaan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT) dan monorel

(d) Memperkenalkan pengangkutan bersepadu di kawasan bandar.

2. Pembuangan

(a) Mengadakan tapak pelupusan sampah dan sisa-sisa buangan kilang

(b) Mengadakan sistem insinerator untuk menggantikan sistem pembuangan sampah secara terbuka.

3. Banjir kilat

(a) Menaik- taraf sistem perparitan dan saliran.

(b) Membina sistem saliran dan perparitan yang baru.

(c) Mendalamkan sungai.

4. Kekurangan tempat tinggal

(a) Membina lebih banyak rumah kos rendah dan pangsapuri.

(b) Menempatkan semula kawasan setinggan di petempatan terancang.

(c) Pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar untuk mengurangkan

penghijrahan penduduk ke bandar.

5. Pencemaran

(a) Menguatkuasakan undang-undang dan Akta Alam Sekitar, supaya kilang-- kilang memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.

(b) Mengenakan denda yang tinggi terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara dan sungai.

(c) Menanamkan pelbagai jenis pokok di kawasan bandar di bawah konsep penghijauan bandar.

BAB 14 Pengangkutan dan Perhubungan awal

Pengangkutan Awal

1. Pengangkutan awal di Malaysia terbahagi kepada pengangkutan darat dan pengangkutan air.

2. Pengangkutan darat pada peringkat awal termasuklah denai, lorong kaki, dan jalan tidak berturap.

3. Alat pengangkutan yang digunakan ialah kereta lembu, kereta kerbau, kereta kuda, dan beca.

4. Pengangkutan air termasuklah pengangkut