2.0 PROSES PEMBANDARAN MENYEBABKAN WUJUDNYA MASALAH
HUBUNGAN SOSIAL (KONSEP KEJIRANAN YANG SEMAKIN LONGGAR)
Proses pembandaran menghilangkan rasa deria tempatan dan kejiranan/‘sense of place–
destroy the irreplaceable, sense of community/ neighbourhood’ (Talen, 2001). Banyak masalah
sosial yang berlaku disebabkan oleh pengasingan masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan
dan status sosial. Walaupun secara umumnya kawasan pinggir menjadi tumpuan golongan
berpendapatan rendah, namun kini banyak kawasan perumahan mewah dirancang secara terasing
tanpa diintegrasikan dengan kawasan kediaman setempat (Saloman, 2003). Jurang perbezaan
persekitaran kediaman dan pengasingan sosial (social segregation) semakin ketara di pinggir
bandar (Daniels & Daniels, 1998). Keadaan ini meninggalkan pelbagai kesan terhadap
masyarakat sekitar.
2.1 MASYARAKAT BERSIKAP INDIVIDUALISTIK
Proses pembandaran dikatakan telah menyebabkan masalah hubungan sosial kerana
proses pembandaran ini telah mengakibatkan perubahan sosial dan penstrukturan semula
masyarakan bandar. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat bandar
bersikap individualistik.
Masyarakat bandar bersikap individualistik kerana salah satu takrif proses pembandaran
adalah perubahan stuktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi
tradisional seperti pertanian kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan,
perkhidmatan, perniagaan, perniagaan dan lain-lain lagi. Disebabkan perubahan struktur ini
setiap individu di bandar mempunyai pengkhususan dan peranannya sendiri dan kebanyakan
2
mereka sebahagian besar menghabiskan masa di tempat kerja. Para pekerja berkumpul dan
lazimnya tinggal disatu kawasan. Mereka adalah kelas pekerja. Hubungan antara individu dalam
masyarakat tersebut dijalin melalui kontrak secara formal dan kurang interaksi tak formal.
Oleh hal yang demikian, setiap masyarakat sibuk dengan kerja dan tanggungjawab
masing-masing sehinggakan mereka tidak dapat meluangkan masa mereka dengan jiran-jiran dan
masing-masing tidak mempedulikan antara satu sama lain. Keadaan ini lebih parah lagi apabila
mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Jelas keadaan ini menunjukkan proses
pembandaran telah menyebabkan masyarakat bandar lebih bersikap individualistik dan secara
langsung keadaan ini telah menyebabkan wujudnya masalah hubungan sosial atau dengan kata
lain konsep kejiranan yang semakin longgar.
2.2 HILANGNYA SEMANGAT GOTONG ROYONG
Selain bersikap individualistik proses pembandaran juga telah menyebabkan hilangnya
semangat gotong royong yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Malaysia terutama
masyarakat desa. Sirnanya semangat gotong royong ini disebabkan oleh masyarakat bandar
yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Mereka tidak sempat beramah mesra dengan
jiran-jiran apatah lagi untuk melakukan kerja gotong-royong. Hilangnya semangat gotong-
royong jelas memperlihatkan kepada kita bahawa proses pembandaran telah mengakibatkan
wujudnya masalah hubungan sosial antara masyarakat atau dengan kata lain konsep kejiranan
antara masyarakat semakin longgar.
Apabila berlakunya proses pembandaran disesuatu kawasan contohnya kawasan yang
dahulunya luar bandar dan kemudiannya berubah menjadi bandar disebabkan faktor-faktor
tertentu seperti faktor rebakan dan perluasan sempadan bandar, potensi sumber alam yang
terdapat disesebuah desa, faktor ekonomi moden dan sebagainya. Proses pembandaran ini akan
3
mengakibatkan penduduk atau kejiranan akan semakin menjauhi antara satu sama lain. Mereka
akan lebih mementingkan kerja mereka tanpa mempedulikan jiran yang lain. Apabila diadakan
program gotong royong, program ini hanya akan dipandang sepi kerana mereka lebih gemar
untuk tidak menghadirkan diri atau lebih selesa berada bersama keluarga atau melakukan kerja
mereka tanpa perlu berhadapan dengan jiran tetangga.
Semangat gotong royong yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat bandar juga
disebabkan wujudnya jurang ekonomi antara penduduk. Kebanyakan penduduk di bandar
mempunyai tahap ekonomi yang berbeza. Terdapat golongan yang mempunyai tahap ekonomi
yang tinggi dan mereka boleh hidup mewah di bandar walaupun kos sara hidup di bandar adalah
tinggi. Terdapat juga golongan bawahan yang terpaksa hidup dalam serba sederhana kerana
pendapatan mereka yang rendah di samping kos sara hidup yang tinggi di bandar. Perbezaan
jurang ekonomi ini akan menyebabkan kebanyakan golongan kaya dan sederhana ini seakan-
akan ada dinding pemisah antara mereka. Mereka akan sering berprangsangka antara satu sama
lain. Mereka tidak pernah dapat duduk bersama antara satu sama lain apatah lagi ingin
mengadakan aktiviti gotong royong bersama. Jadi jelaslah kepada kita bahawa proses
pembandaran ini telah menyebabkan hubungan kejiranan antara masyarakat semakin longgar.
2.3 PUDARNYA SEMANGAT KEKITAAN
Semasa berlangsungnya proses pembandaran penduduk dikatakan akan mengalami
perubahan. Perubahan ini dikatakan sebagai pemodenan. Salah satu perubahan yang berlaku ke
atas masyarakat adalah sikap. Perubahan sikap ini telah menyebabkan masyarakat tidak lagi
menghiraukan keadaan persekitaran mereka. Mereka tidak lagi berkumpul bersama jiran-jiran
yang lain seperti suatu masa dahulu iaitu sebelum kawasan tempat tinggal mereka mengalami
4
proses pembandaran. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama
ini menebal dalam kalangan penduduk di kawasan desa. Hilangnya semangat kekitaan ini
menyebabkan masyarakat tidak ada lagi rasa mengambil berat antara satu sama lain, mereka
tidak lagi saling bertegur sapa antara satu sama lain, tidak ada lagi saling tolong menolong dan
masing-masing mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan antara satu sama lain.
Hilangnya semangat kekitaan antara masyarakat bukan sahaja merugikan penduduk di
bandar malahan juga boleh menyebabkan wujudnya pelbagai masalah sosial yang lain seperti
penagihan dadah, kecurian, vandalisme dan sebagainya. Apabila tiada semangat kekitaan dalam
kalangan masyarakat bandar mereka tidak kisah dengan gejala negatif yang berlaku terhadap
jiran tetangga mereka. Masing-masing mengambil langkah mendiamkan diri dengan alasan
“tidak mahu menjaga tepi kain orang lain”. Apabila ada yang menjadi mangsa pecah rumah
misalnya, jiran tetangga hanya menunjukkan riak simpati tanpa memikirkan bahawa sikap
mereka selama ini yang telah membawa kepada berlakunya kes-kes yang sebegitu. Mereka tidak
terfikir bahawa semangat kekitaan yang semakin hari semakin kurang dalam diri mereka telah
menyebabkan jiran mereka mendapat susah. Jika keadaan ini berterusan jadi tidak hairan lah
apabila gejala-gejala negatif semakin meningkat di kawasan-kawasan bandar.
Tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar, menjadikan masyarakat sentiasa
sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk keperluan diri dan keluarga, apatah lagi dewasa ini
kemewahan menjadi ukuran mutlak bagi kehidupan yang penuh berbagai. Sama ada bergaji
besar atau bergaji kecil akan keluar rumah seawal pagi dan pulang kerumah selewat mungkin,
sudah tentu tidak punya masa untuk bertentangan mata, bertegur sapa dan berbual mesra dengan
jiran tetangga. Hujung minggu adalah waktu untuk berehat dan bersantai dirumah sambil
menonton television, ada pula yang membawa keluarga keluar makan angin atau ke pekan dan
5
bandar. Waktu-waktu seperti ini sangat berharga dan cukup dijagai, seolah-olah sudah tiada
masa lagi untuk berkasih sayang dan sesapa jiran tetangga. Jadi jika keadaan seperti ini yang
dilalui setiap masa dan saat oleh masyarakat bandar menyebabkan semangat kekitaan menjadi
semakin sirna dan akhirnya hilang begitu sahaja. Oleh yang demikian, berdasarkan perbincangan
dia atas jelaslah kepada kita bahawa proses pembandaran yang giat dilaksanakan kini telah
menimbulkan masalah hubungan sosial iaitu telah menyebabkan konsep kejiranan menjadi
semakin longgar apabila semangat kekitaan semakin hilang dalam kalangan masyarakatnya.
2.3 KURANGNYA INTERAKSI ANTARA JIRAN
Selain wujudnya masalah kekitaan antara masyarakat di bandar. Proses pembandaran
telah mengakibatkan wujudnya masalah hubungan sosial juga disebabkan penduduk di bandar
kurang berinteraksi antara satu sama lain. Kelesuan semangat kejiranan ketara dengan jelas
apabila jiran dengan jiran sudah tidak ada interaksi (hubungan) lagi dengan alasan tidak mahu
menjaga tepi kain orang, jamuan sudah tidak tersaji dalam bentuk hidangan, orang-orang berada
lebih memilih hotel lima bintang untuk menjaga Prestej (taraf kedudukan) atau memilih dewan-
dewan mewah semata-mata beralasan mudah dan tidak cerewet. Manakala para undangan pula,
hadir sekadar memenuhi jemputan sahaja, kerana esok lusa dia pula akan membuat undangan,
nanti tiada siapa pula yang datang? Kemana hilangnya rasa mesra makan sehidangan? Kemana
pula tercicirnya roh tolong-menolong kepada kebaikan yang sangat digesa? Persoalan-persoalan
ini sering membelenggu masyarakat yang masih peka dengan semangat kejiranan yang utuh.
Proses pembandaran menyebabkan masyarakat tidak lagi memandang penting konsep kejiranan,
kebanyakan penduduk bandar hanya mengejar kebendaan semata-mata. Oleh itu mereka tidak
6
tahu peri pentingnya berinteraksi antara jiran tetangga apabila konsep kejiranan ini dipandang
sebagai sesuatu yang tidak penting.
Berinteraksi antara jiran hanya dianggap merugikan masa sahaja sedangkan banyak lagi
perkara penting yang mereka harus fikirkan. Oleh itu, berinteraksi antara jiran adalah sesuatu
yang agak mustahil untuk mereka lakukan. Jika dilihat dibandar-bandar besar, dengan
kesesakkan lalu lintasnya sangat ‘menggilakan’. Setiap orang ketempat kerja masing-masing
dengan kenderaan sendiri, meskipun jiran sebelah rumah juga bekerja di lokasi yang sama,
mereka tidak sanggup berkongsi kenderaan kerana segan atau silu sedangkan selama ini pun
mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi penghuni flat dan kondominium, walaupun
mereka bersesak-sesak di dalam lif, tetapi hanya terus ke rumah masing-masing tanpa bertegur
antara satu sama lain hatta megucapkan salam. Jika kitaran hidup masyarakat bandar ini
berterusan maka tidak mustahil lah berlakunya kurang interaksi antara masyarakat bandar.
Lebih malang lagi kes-kes jenayah yang berlaku di bandar disebabkan oleh kurang
interaksi antara jiran. Sebagai contohnya terdapat kes pecah rumah berlaku di hadapan mata jiran
tetangga. Tetapi jiran tetangga hanya mendiamkan diri kerana menyangka bahawa jiran mereka
ingin berpindah. Keadaan ini berlaku kerana jiran tersebut pergi ke luar negara atau balik ke
kampung tanpa memaklumkan kepada jiran tetangga. Berdasarkan kes yang pernah berlaku ini,
membuatkan kita sering tertanya-tanya apakah berinteraksi dengan jiran ini mendatangkan
masalah kepada kita? Rasanya tidak salah jika kita berinteraksi dan memaklumkan kepada jiran
bahawa kita akan meninggalakan rumah untuk beberapa hari. Tetapi itulah hakikatnya kehidupan
di bandar-bandar yang boleh kita lihat. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri sehingga
tidak dapat berinteraksi dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa proses pembandaran telah
7
membawa kepada permasalahan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat bandar apabila
masyarakatnya kurang berinteraksi antara satu sama lain.
2.5 KURANGNYA AKTIVITI ZIARAH MENZIARAHI
Masalah hubungan sosial timbul disebabkan proses pembandaran juga dapat dilihat
apabila kurangnya aktiviti ziarah-menziarahi antara penduduk bandar sekarang. Keadaan ini
berbeza pada suatu waktu dahulu. Di desa kebanyakan masyarakatnya masih lagi mengamalkan
aktiviti ziarah menziarahi jiran tetangga. Tetapi keadaan ini tidak berlaku di bandar apabila
masyarakatnya tidak lagi berkunjung atau menziarahi jiran tetangga. Di bandar pada hari ini jika
dilihat kebanyakan masyarakat tega membiarkan jiran tetangga mereka sakit atau lapar sendirian
dan mereka langsung tidak menunjukkan muka untuk menziarah jiran tetangga. Jika ada
kematian sekalipun mereka sekadar tampil seketika di rumah jiran dan yang lebih teruk terdapat
jiran yang tidak mengetahui bahawa jiran tetangga mereka sakit atau pun meninggal dunia.
Aktiviti ziarah menziarahi ini amat penting bagi memupuk semangat kejiranan. Namun
demikian, proses pembandaran yang dilaksanakan pada hari ini telah melenyapkan sikap ziarah
menziarahi dan secara tidak langsung proses pembandaran ini telah mengakibatkan wujudnya
masalah hubungan sosial masyarakat atau dengan kata lain konsep kejiranan yang selama ini
utuh dalam kalangan masyarakat semakin longgar dari hari ke hari.
8