kesan-kesan perang dunia kedua ii

30
KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA Disediakan Oleh: Nur Adilla Suhaila Binti Ahmad Shahar Nur Shahuda Warset

Upload: nor-shahuda-warset

Post on 26-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kesan2 perang dunia kedua . Hasil daripada pelajar .

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA

Disediakan Oleh: Nur Adilla Suhaila Binti Ahmad ShaharNur Shahuda Warset

Page 2: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PENGENALAN

Perang Dunia Kedua berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945. Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis,dan Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.

Page 3: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

POLITIK

Page 4: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PENUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penubuhan sebuah badan antarabangsa yang berperanan memelihara keamanan dunia.Perang Dunia Kedua menunjukkan bahawa Liga Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama gagal memainkan peranan dengan berkesan bagi menghalang peperangan.Pada tahun 1945, penubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan dengan matlamat utamanya:oMengekalkan keamanan dunia oMenggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi.

Page 5: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Ia juga berperanan memberikan bantuan kemanusiaan serta mencegah wabak penyakit berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.

Page 6: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

DEKOLONISASI

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan bangkit menentang penjajah yang cuba mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika.Penduduk tanah jajahan ingin memperoleh kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan bangsa mereka sendiri.Kemusnahan di negara-negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara-negara tersebut dalam kalangan pendududuk di tanah jajahan.Kos peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan negara-negara eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan.

Page 7: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Ini menyebabkan negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka.Pada bulan ogos 1947, India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari Britain.Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan.Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda.Indochina mencapai kemerdekaan dari Perancis.

Page 8: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PERANG DINGIN

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Rusia dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa Persidangan Yalta yang diadakan pada tahun 1945.Hubungan menjadi semakin tegang apabila Rusia menolak tuntutan Amerika Syarikat dalam Persidangan Postdam agar diadakan pilihan raya bebas di negara-negara Eropah Timur. Ini menyebabkan Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan bercorak demokrasi di Eropah Barat.

Page 9: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Rusia pula mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur.Semasa Perang Dingin, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.

Page 10: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PERPECAHAN JERMAN

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman mengalami perpecahan iaitu terbahagi kepada empat zon.Zon-zon tersebut berada dibawah penguasaan Britain, Perancis, Amerika Syarikat,dan Soviet Union.Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk mengamalkan sistem ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.Pada disember 1946, Britain, Perancis,dan Amerika Syarikat bertindak menggabungkan zon-zon sebagai satu zon ekonomi.Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.

Page 11: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Rusia pula membangunkan Jerman Timur sebagai zon Komunis.Pada bulan jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan darat yang menghubungkan Jerman Timur dengan Jerman Barat.Tindakan Rusia menyebabkan penduduk di Jerman Barat menghadapi kebuluran.Amerika Syarikat menghantar bekalan ke Berlin melalui udara .Pada bulan mei 1949, Persekutuan Republik Jerman telah ditubuhkan dan ibu kotanya Bonn.Pada oktober 1949, Republik Demokratik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Berlin.

Page 12: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PERUBAHAN SEMPADAN NEGARA EROPAH

Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi wilayah-wilayah Jerman, Finland, Czechoslovakia, Romania dan JepunSoviet Union juga menguasai tiga negara iaitu Estonia, Latvia,dan Lithuania yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam Perang Dunia Kedua.Soviet Union juga berusaha menubuhkan kerajaan yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya semasa peperangan berlangsung.

Page 13: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Perancis telah bertindak menguasai Wilayah Saar dari Jerman. Wilayah tersebut diletakkan dibawah kawalan ekonomi PerancisPoland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman.Jerman telah kehilangan satu perempat daripada wilayahnya.

Page 14: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

EKONOMI

Page 15: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KEMUSNAHAN EKONOMI

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kawasan tanah pertanian yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertanian merosot.Peperangan ini turut menjejaskan pengeluaran dalam sektor perindustrian. Pada tahun 1948, pengeluaran hasil perindustrian hanya mencapai semula paras pengeluaran tahun 1938.Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat, negara-negara Eropah mengalami defisit sebanyak empat billion dollar Amerika.Kos Perang Dunia Kedua dianggarkan hampir US$ 500 billion keseluruhannya.

Page 16: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KEHILANGAN NYAWA

Peperangan ini mengorbankan banyak nyawa dalam sejarah manusia.Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan oleh wabak penyakit,pembunuhan dan masalah kekurangan makanan.Sekurang-kurangnya 600 000 rakyat Jerman terkorban dalam peperangan ini.Negara yang mengalami kehilangan nyawa yang paling tinggi ialah Rusia. Dianggarkan lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta anggota tentera dari Rusia terkorban dalam peperangan.

Page 17: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Britain dan negara-negara Komanwel mencatatkan kehilangan 445 000 tentera. Lebih kurang 60 000 orang awam Britain telah terkorban ekoran serangan bom dan roket.Perancis kehilangan hampir 500 000 orang.Amerika Syarikat telah mengorbankan 325 000 tentera.Dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban melebihi 17 juta orang manakala bilangan orang awam yang terkorban adalah sekurang-kurangnya 15 juta orang.

Page 18: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

GANTI RUGI PERANG

Negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada negara-negara yang kalah dalam Perang Dunia Kedua.Dalam Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland,dan Romania dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 300 000 kepada Soviet Union.Itali dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 360 000 000 kepada Greece, Yugoslavia,dan Soviet Union.Sebagai kos ganti rugi peperangan, Soviet Union telah memindahkan jentera-jentera dan mesin dari kilang-kilang perindustrian di wilayah Jerman.

Page 19: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Britain Dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara percuma sebagai ganti rugi dari Jerman.Amerika Syarikat mengambil semua aset milik syarikat-syarikat jerman sebagai ganti rugi.Amerika syarikat turut mendapatkan paten(hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis Jerman dianggarkan nilai paten adalah $10 billion.

Page 20: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

SOSIAL

Page 21: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PERUBAHAN PERANAN WANITA

Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja di sektor perindustrian dan perkilangan.Golongan wanita mula bekerja di sektor perindustrian. Ramai kaum kini menjadi pekerja dan buruh di kilang-kilang.

Page 22: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

MASALAH PELARIAN

Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara asal telah menjadi orang pelarian.

Page 23: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

PERBICARAAN JENAYAH PERANG

Perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang telah diadakan di nuremberg selepas tamat Perang Dunia Kedua.Antara tahun 1945 hingga tahun 1947, sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang.Perbicaraan ini dikendalikan oleh para hakim dari Amerika Syariakat, Britain, Perancis,dan Rusia.Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah.

Page 24: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KETENTERAAN

Page 25: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KEMAJUAN TEKNOLOGI PEPERANGAN

Perkembangan teknologi peperangan telah menyebabkan negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta kapal terbang menggunakan teknologi terkini.Persaingan ini menyebabkan muncul era peperangan udara,Menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, muncul peluru berpandu.

Page 26: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

TEKNOLOGI NUKLEAR

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggerakkan para saintis bagi menjalankan kajian dalam bidang persenjataan nuklear.Saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert Oppenheimer berjaya mencipta bom atom menerusi Projek Manhattan.

Page 27: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

TEKNOLOGI PERSENJATAAN

Kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam peperangan mula melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih selepas tamat Perang Korea.

Page 28: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

KESIMPULAN

Sesungguhnya Perang Dunia Kedua memberi kesan mendalam terhadap senario politik antarabangsa dalam dekad-dekad seterusnya. Dua kuasa besar muncul menjadi super powers, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang masing-masing menjadi pemimpin ideologi dunia. Amerika Syarikat menjadi jaguh ideologi demokrasi manakala Soviet Union menjadi jaguh ideologi komunis. Kedua-dua kuasa cuba melebarkan ideologi berkenaan keseluruh pelusuk dunia.

Page 29: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

Keadaan menjadi lebih parah apabila benua Eropah terbahagi kepada dua blok, iaitu blok komunis(Timur) dan blok demokrasi(Barat) setelah terdirinya Tembok Berlin. Di Asia, dua negara berpecah mengikut ideologi yang dianuti sehingga hari ini, iaitu Korea dan Vietnam.

Page 30: Kesan-kesan Perang Dunia Kedua II

tamat