proses kelompok kaunseling

54
KAUNSELING KELOMPOK Ahmad Saiful Anuar b Jamaludin Amira bt Ramli Fatin Hamimah bt Khalid 7 PISMP RBT 2

Upload: fatinmeima

Post on 15-Jun-2015

6.237 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

selamat beramal!!

TRANSCRIPT

Page 1: Proses kelompok kaunseling

KAUNSELING KELOMPOKAhmad Saiful Anuar b Jamaludin

Amira bt RamliFatin Hamimah bt Khalid

7 PISMP RBT 2

Page 2: Proses kelompok kaunseling
Page 3: Proses kelompok kaunseling

KAUNSELING KELOMPOK

Proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap pelajar di bawah keadaan terkawal. Merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan kebenyakan pelajar.

( C. A. Mahler & E. Caldwell )

Orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang pelajar mengikut kehendak kumpulannya.

( Carl Rogers, 1970 )

Kesimpulannya….Kaunseling kelompok ialah proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang sosial.

Page 4: Proses kelompok kaunseling

ASAS KAUNSELING KELOMPOK

Peringkat asas bimbingan secara kelompok : Mengenal pasti dan membentuk kumpulan secara objektif untuk Bimbingan Secara Kelompok Sesi sumbangsaran :

• Orientasi dan pendedahan diri• Konflik dan pertentangan• Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi• Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah• Membuat keputusan berdasarkan rumusan

Tindakan susulan

Page 5: Proses kelompok kaunseling

PEMILIHAN AHLI KELOMPOK ( screening )

Proses ini penting bagi mengumpulkan ahli yang boleh berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Perkara yang perlu diambil kira :

• Kriteria kelompok yang akan dibentuk• faktor demografi ahli• Jenis ahli ( faktor personaiti, dsb )• Kelompok yang homogenuous atau heterogenuos• Kenal pasti punca ketegangan dalam hidup• Kenal pasti punca sokongan dalam hidup• Pengalaman kini dan lampau ahli dengan

kaunseling• pengalaman kini dan lampau ahli dengan

kelompok

Page 6: Proses kelompok kaunseling

JENIS-JENIS KELOMPOK

Jenis kelompok dikategorikan berdasarkan

kadar saiznya, bentuk perhubungan monolog,

matlamat, konsep, kepimpinan, agenda, dan

sebagainya.

Page 7: Proses kelompok kaunseling

Cara Perhubungan Monolog

KELOMPOK BIMBINGAN

- Memberi bimbingan dan panduan maklumat untuk tujuan perkembangan dan pencegahan

KELOMPOK KAUNSELING

- Dijalankan mengikut prinsip psikologi dan kaunseling untuk perkembangan, pencegahan dan penyelesaian masalah klien.

KELOMPOK PSIKOTERAPI

- Berasaskan prinsip psikologi memulihkan individu yang dipercayai sakit dsb.

Page 8: Proses kelompok kaunseling

Arah atau Matlamat

KELOMPOK PERKEMBANGAN

- Dibentuk untuk membantu perkembangan personal ahli seperti kelompok kaunseling dan kelompok kesedaran .

KELOMPOK ORIENTASI TUGAS - Dibina untuk menjalankan atau menyelesaikan sesuatu tugasan seperti JK PIBG, JK Peralatan, dsb.

Page 9: Proses kelompok kaunseling

Konsep Kelompok

KELOMPOK ASAS

- Kelompok yang rapat hubungan seperti rakan sejiran, keluarga dsb.

KELOMPOK SEKUNDER - Ahli yang kurang rapat perhubungannya seperti jiran sekampung, kawan sekursus dsb.

KELOMPOK TERBUKA

- Terbuka kepada sebarang ahli pada bila-bila waktu

KELOMPOK TERTUTUP

- Terhad bilangan dan ketat dengan peraturan keluar masuk ahli. Biasanya ahli baru tidak diterima jika sesi sudah bermula.

Page 10: Proses kelompok kaunseling

Kepimpinan Kelompok

KELOMPOK DEMOKRATIK

-Dipimpin oleh kepimpinan yang terbuka kepada ahli untuk membuat keputusan.- Kelompok semi direktif kerana penglibatan kedua-dua pihak.

KELOMPOK AUTORITARIAN

- Dipimpin sepenuhnya oleh seorang pemimpin. Keputusan dan kuasa terletak kepada pemimpin.- Kelompok direktif atau berarah

KELOMPOK LAISSEZ-FAIRE

-Kepimpinan yang amat terbuka atau bebas. - Kelompok yang sangat tidak berstruktur atau tanpa arah.

Page 11: Proses kelompok kaunseling

Isu atau Agenda Kelompok

KELOMPOK ISI ( content )

- Penekanan kepada apayang harus dibincangkan di kalangan ahli.- Isi sebagai perkara asas kelompok.

KELOMPOK PROSES - Penekanan kepada bagaimana yang harus diperbincangkan atau dilakukan oleh ahli kelompok.- Berkaitan dengan proses, kaedah atau teknik yang akan dilalui oleh ahli.

Page 12: Proses kelompok kaunseling

Tuntutan Ahli

KELOMPOK SOSIAL

- Dianggotai oleh ahli yang tiada motif keperibadian atau emosi.- Kemasukan ahli hanya untuk memenuhi tuntutan luaran yang bersifat sosial.- Cth : Rukun Tetangga

KELOMPOK PSIKIK - Ahli yang berkumpul dalam satu kelompok yang berhajat untuk memenuhi keperluan peribadi seperti emosi dan psikologikal.

Page 13: Proses kelompok kaunseling

Memainkan Peranan dalam Kelompok

KELOMPOK PSIKODRAMA

- Teknik yang memerlukan ahli memainkan peranan secara aktif ke arah meneroka, memahami dan mengatasi permasalahan peribadi.

KELOMPOK SOSIODRAMA - Mempunyai tema atu senario di mana ahli akan memainkan peranan seara aktif untuk meneroka permasalahan sosial dan kedinamikannya dalam kehidupan.

Page 14: Proses kelompok kaunseling

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Page 15: Proses kelompok kaunseling

Dalam usaha untuk mempraktikkan/mengelolakan aktiviti kelompok kaunseling,maka kaunselor perlu memberi tumpuan yang serius kepada beberapa langkah seperti berikut:

Page 16: Proses kelompok kaunseling

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Persediaan

Kelompok

Tahap-tahap

Kelompok

Page 17: Proses kelompok kaunseling

PERSEDIAAN KELOMPOK

Page 18: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 1 : MEMILIH AHLI UNTUK BERKELOMPOK

• Proses pemilihan perlu dijalankan dengan baik.• Pemilihan ahli yang rela dan sesuai dengan

matlamat kelompok amat penting.• contoh :seorang guru kaunseling di sekolah

ingin mengadakan aktiviti kelompok pencegahan,pemulihan @ perkayaan perlu memberitahu semua warga sekolah agar mereka jelas.

Page 19: Proses kelompok kaunseling

•Aktiviti kelompok kaunseling bagi memulihkan masalah ponteng,maka guru kaunseling boleh membuat pemberitahuan awal kepada semua

•Ketua perlu memikirkan mengenai jenis ahli akan menyertai kelompok ponteng tersebut.Adakah ia dianggotai oleh satu jenis pelajar sahaja atau kelompok pelajar perempuan(kerana isu sensitif mungkin perlu kawalan jantina demi maruah)

Page 20: Proses kelompok kaunseling

Ahli yang lebih rela selalunya amat membantu dalam proses kelompok kaunseling berbanding ahli tidak rela.

contoh : kes kelompok ponteng yang akan dilaksanakan di sekolah

Page 21: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 2 : MENENTUKAN SAIZ KELOMPOK

Jumlah saiz sesuatu kelompok adalah berbeza. Ohlsen (1977) memberi pendapat 4-8 ahli adalah

satu jumlah yang unggul. Hansen (1976) pula mengutarakan bilangan yang

hampir serupa 7-8 orang Jumlah ahli kelompok yang kecil @ besar

mempengaruhi proses kelompok tersebut.

Page 22: Proses kelompok kaunseling

Bagi hansen (1976) ahli yang terlalu kecil (kurang dari lima), ia kurang berfungsi sebagai satu kelompok

Bagi ahli terlalu ramai,usaha untuk mewujudkan hubungan yang bermakna serta kesan di antara ahli akan menjadi lemah dan berkurangan.

Lazimnya,saiznya kelompok ini amat bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis permasalahan yang timbul,umur,pengalaman dan latar belakang kaunselor,tempat pertemuan,pendekatan atau kaedah matlamat kelompok

Page 23: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 3 : KEKERAPAN PERTEMUAN KELOMPOK

Kekerapan pertemuan itu seharusnya dinyatakan kepada ahli oleh ketua atau kaunselor kelompok kerana adalah menjadi tanggungjawab ketua untuk memberi senario ringkas mengenai kekerapan perjumpaan kelompok yang mereka anggotai.

Page 24: Proses kelompok kaunseling

Jumlah atau bilangan perjumpaan dalam kelompok sering dikaitkan dengan isu dan matlamat yang ingin dicapai.

Bagi kelompok yang hanya ditubuhkan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau perbincangkan isu yang mudah dan jelas maka jumlah pertemuan mungkin tidak banyak berbanding dengan kelompok yang membincangkan isu yang lebih serius dan berat.

Page 25: Proses kelompok kaunseling

Kekerapan pertemuan juga dipergaruhi oleh jenis dan bilangan ahli.

bagi kelompok ahli yang jelas matlamat seperti kelompok homogenuous dan bilangan ahli yang sedikit,kemungkinan mereka jarang berjumpa .

Page 26: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 4 : JANGKAMASA BERKELOMPOK

Bergantung kepada keadaan ,ada sesi kelompok yang dijalankan secara berterusan selama 10 hingga 20 jam,dan ada yang menjalankan selama 20 ke 30minit.

Jangkamasa sesi juga dipergaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis ahli,bilangan ahli,orentasi atau pendekatan kelompok

Page 27: Proses kelompok kaunseling

Kelompok yang dianggotai jenis ahli yang cepat bosan dan agak lembab,jangka masa yang dicadangkan adalah lebih pendek berbanding dengan kelompok yang dianggotai oleh ahli yang mampu untuk berbincang dengan lebih lama.

Jangkamasa yang pendek (30-40minit) juga dicadangkan kepada kelompok kanak-kanak dan remaja yang sememangnya agak kurang berupaya untuk membincangkan perkara yang berat.

Page 28: Proses kelompok kaunseling

Bilangan ahli yang ramai didalam kelompok juga akan mengheret kelompok untuk bersidang dengan lebih lama berbanding kelompok yang ahlinya sedikit.Kelompok yang mempunyai ramai ahli,masa yang dicadangkan 69-90minit.

Kelompok yang memerlukan beberapa pendekatan atau orentasi akan mengambil masa yang panjang.Masa yang dicadangkan 90-120minit dimana kaunseling yang dijalankan amat serius yang memerlukan mereka berinteraksi.

Page 29: Proses kelompok kaunseling

Corak kepimpinan ketua juga memainkan peranan menentukan sesi kaunseling berlangsung.Pemimpin yang berstruktur dan direktif kemungkinan jangkamasa yang diambil adalah pendek.

Jangkamasa sesi juga bergantung kepada

struktur organisasi atau setting tertentu.

Page 30: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 5 : TEMPAT PERTEMUAN KELOMPOK

Tidak semua tempat sesuai untuk proses kaunseling mahupun kelompok.

Tempat yang sebaiknya menepati ciri utama seperti privacy agar ahli berinteraksi dalam kelompok yang tertutup.Ahli mesti diyakinkan bahawa tiada sesiapa diluar kelompok yang mendengar segala perbualan.Jika ketua tidak mengambil berat hal ini kemungkinan terbantut atau perkembangan positif terhalang.

.

Page 31: Proses kelompok kaunseling

Penglibatan ahli tanpa penglibatan yang ikhlas dan serius ”menghadiri emosi,mental dan rohani”kelompok tidak akan bergerak lebih jauh @ maju,kerana tempat begitu memainkan peranan yang penting agar memberi keselesaan kepada semua ahli.

Page 32: Proses kelompok kaunseling

• Dalam suasana yang selesa,ahli akan mudah memberi kerjasama dan penglibatan yang sepenuhnya.

•Susunan dalam bulatan yang besar juga memberi peluang untuk sama-sama kongsi nisbah ruang.Ruang yang besar juga membolehkan ahli bergerak bebas sekiranya pendekatan berasaskan aktiviti.

Page 33: Proses kelompok kaunseling

Bilik yang jauh daripada bising seperti berhampiran jalan raya @ laluan utama akan mengganggu proses kaunseling.

Proses kelompok juga akan terhalang oleh bau-bauan yang tidak menyenangkan seperti kedudukan tempat kelompok di tepi tandas sekolah,serta tempat kelompok yang terdedah kepada panas terik serta sebagainya

Page 34: Proses kelompok kaunseling

LANGKAH 6 :MEMULAKAN PERTEMUAN KELOMPOK

Kemahiran,pengetahuan dan pengalaman dalam kaunseling yang tidak memadai jika seseorang itu ingin melaksanakan proses menolongkan individu.Maka pengalaman dalam kelompok juga amat penting untuk pastikan kejayaan dalam kelompok.

Pada peringkat pertemuan awal,ketua sebaiknya mengelakkan diri daripada menganggap bahawa semua telah dirancang.

Page 35: Proses kelompok kaunseling

Kemungkinan terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh ahli.Di sini ketua perlu bersikap terbuka dan peka kepada keperluan dan cadangan ahli.

Pada peringkat ini apa yang perlu dilakukan oleh ketua ialah lebih banyak mendengar dan cuba menyesuaikan segala keperluan dan kehendak ahli dengan matlamat yang ingin dicapai.

Page 36: Proses kelompok kaunseling

TAHAP-TAHAP KELOMPOK

Page 37: Proses kelompok kaunseling

a.TAHAP PERMULAAN(Tahap Perkembangan Sosial)

•Ia bermula dari sesi pertama sehingga ke sesi keenam (kurang/lebih)

•Ini bergantung kepada jenis kumpulan,jangka masa sesi dan ahlinya.

•Dalam tahap ini ahli-ahlinya hanya mementingkan kepada dirinya sahaja.Kebanyakkan ahli akan merasakan tertekan,kecewa dan penuh dengan konflik.

Page 38: Proses kelompok kaunseling

Pada tahap ini kebanyakkan ahli cuba menguji kebolehan dan keberanian.

Ada ahli akan cuba mengelak dari melibatkan diri dari konflik.

Page 39: Proses kelompok kaunseling

B. TAHAP PERTENGAHAN(TAHAP PENEROKAAN DAN PELAKSANAAN TUGASAN)

•Pada tahap ini matlamat akan cuba dicapai

•Ahli-ahli akan belajar perkara-perkara yang abru,membincangkan pelbagai isu dan tajuk/berkongsi perkara –perkara yang peribadi dalam suasana teraputik.

•Bermula dari orientasi tugas akan masuk kepada frasa rasional dan emosi.

Page 40: Proses kelompok kaunseling

•Ahli akan menggunakan maklumbalas emosi untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.

•Fasa yang berikutnya ialah fasa berkongsi idea tentang pilihan-pilihan ke arah penyelesaian masalah.

Page 41: Proses kelompok kaunseling

C. TAHAP PENAMATAN

•Tempoh dan jangka masa tahap ini bergantung kepada jenis kelompok dan juga perkembangan yang telah berlaku.

•Kebanyakkan kumpulan hanya memerlukan satu sesi sahaja untuk penamtan.

•Namun ada juga kumpulan yang memerlukan dua-tiga sesi .

•Akhir sekali ketua/fasilitator akan menutup kelompok.

Page 42: Proses kelompok kaunseling

KAUNSELOR SEBAGAI

PEMUDAH CARA

Page 43: Proses kelompok kaunseling

Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan.

Dalam dunia pendidikan pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar

Page 44: Proses kelompok kaunseling

Guru yang menguasai kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,teknik menyoal serta mempunyai bakat.

Page 45: Proses kelompok kaunseling

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN

PEMUDAHCARAAN UNTUK AKTIVITI PERBINCANGAN

Page 46: Proses kelompok kaunseling

1. Kemahiran menentukan struktur perbincangan

2. Teknik memulakan perbincangan.

3. Teknik mengawal proses perbincangan.

Page 47: Proses kelompok kaunseling

4. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan:

A. Teknik melibatkan klien-klien menyertai aktiviti perbincangan

B. Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan

C. Kemahiran menggunakan teknik menyoal

5. Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan

6. Kemahiran membimbing klien-klien merumus dan membuat cadangan

Page 48: Proses kelompok kaunseling

DINAMIKA DALAM

KELOMPOK

Page 49: Proses kelompok kaunseling

Definisi :

Dinamika :Kuasa @ daya fizikal yang menggerakkan sesuatu

Kelompok:Satu kumpulan sosial yang terkandung di dalamnya dua individu atau lebih yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Dinamika dalam kelompok:Kuasa @ daya yang terdapat dalam unit sosial yang dapat menggerakkan fizikal, sosial dan perasaan sedia ada dalam kumpulan dan biasanya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku.

Page 50: Proses kelompok kaunseling

Pembentukan Dinamika Kumpulan

Faktor penting dalam pembentukan sesebuah

dinamika kumplan

Jantina

Agama

Bangsa

Sahsiah Sosioekonomi

Page 51: Proses kelompok kaunseling

Keadaan – keadaan yang boleh

berlaku di dalam sesebuah dinamika kumpulan/kelompok

Individu diterima atau disingkirkan

Penularan

Penyesuaian dan penyimpangan

Page 52: Proses kelompok kaunseling

Peranan Guru Dalam DinamikaKumpulan

Memberi arahan, membimbing dan mengagihkan kerja yang bersesuaian

Bertindak balas secara seimbangseperti mendengar pandangan, idea atau

cadangan kumpulan – kumpulan serta menjaga kepentingan

dan perasaan murid - muridnya

Page 53: Proses kelompok kaunseling

Lily Mastura Harun Phd Ramlan Hamzah . (2006) . Panduan Ulangkaji Bimbingan Dan Kaunseling . Kuala Lumpur . Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mook Sok Sang. (2008). Bimbingan Dan Kauseling Kanak-kanak. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

RUJUKAN