kaunseling kelompok

Upload: ramlan-nordin

Post on 15-Jul-2015

609 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SHP 1323 KAUNSELING INDUSTRI SEKSYEN 02TAJUK: KAUNSELING KELOMPOK DALAM INDUSTRI NAMA PENSYARAH: ENCIK RAMLAN NORDINNAMATIEO SIEW PING TIO YEE CHING

NO.K/P870211-01-5181 870704-01-5868

NO.MATRIKAH070362 AH070365

2

ISI KANDUNGANNO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. PENDAHULUAN DEFINISI PERANAN AHLI DAN KETUA KELOMPOK FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK KEMAHIRAN PEMIMPIN CIRI-CIRI KELOMPOK JENIS-JENIS KELOMPOK PENUBUHAN SEBUAH KAUNSELING KELOMPOK FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL-KIRA DALAM PENUBUHAN KELOMPOK PROSES PENGELOLAAN KELOMPOK BIMBINGAN PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING KELOMPOK DENGAN KAUNSELING INDIVIDU PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK ISU DAN PEMASALAHAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MELALUI KAUNSELING KELOMPOK PENUTUP REFERENCE TAJUK MUKA SURAT 2 3 4-5 5 6 7 7-10 10-12 13-15 15-16 16-17 17-18 18-20 21-22 23 24

PENDAHULUAN

3

Kelompok memberi maksud kumpulan manusia yang mempunyai satu tujuan yang sama dikongsikan, ia mempunyai interaksi di antara satu sama lain dan mempunyai satu hubungan yang dinamik.Menurut Carl Rogers (1970) mendefinisikan kelompok sebagai satu pertolongan social dan psikologi seseorang individu yang bertujuan supaya ia berubah perlakuan. Selain itu, menurut Johnson and Johnson(1994) menyatakan kelompok sebagai satu koleksi dua atau lebih individu yang berjumpa secara muka ke muka untuk berinteraksi dengan kesedaran bahawa setiap individu bergantung kepada kumpulan dan dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang dipersetujui. Di samping itu, Hanson & Warner dalam Jacobs,Masson & Harvill (2002) juga mangatakan bahawa dinamik kelompok adalah apabila seorang memberi banyak tumpuan dan memerhatikan pengaliran pengaruh kelompok dalam mempengaruhi ahli lain. Menurut Muhd Mansur Abdullah (1996) mengatakan kelompok sebagai kumpulan manusia yang mempunyai hubungan interaksi sesama mereka dalam melahirkan satu unit pendapat dan sebulat suara. Oleh itu, hidup kita berorientasikan kelompok,siap dengan kawalannya manakala masyarakat itu pula berbentuk proses kelompok, maka mustahil bagi seseorang itu dapat berbangga dengan hidupnya yang menyendiri dan lari dari kelompoknya. Istilah kaunseling berasal dari perkataan Inggeris counseling.Good dalam Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002) mendefinisikan kaunseling bantuan dalam menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehingga seseorang itu boleh membuat keputusan sendiri dengan baik. Selain itu, menurut Pepinsky & Pepinsky (1954), kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Blocher mengatakan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang memberi makna kepada diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat serta nilai untuk tingkah laku masa depan. Di smping itu, bagi Corey (1977), kaunseling adalah satu proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.

DEFINISI

4

Menurut Gibson dan Mitchell dalam Zuraidah Abdul Rahman (1988), kelompok kaunseling merupkan proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalamanpengalaman dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli-ahli. Selain itu, Meador (1975) mengatakan kaunseling kelompok ini sebagai satu pertolongan sosial dan psikologi. Menurut Rogers (1967) pula mengatakan kaunseling kelompok berorientasikan permasalahan dan proses pemulihan apabila seseorang itu diorientasikan kembali mengikut kehendak ramai yang umum. Di samping itu, Gazda (1971) menganggapkan kaunseling kelompok ini hanya baik disarankan kepada mereka yang bermasalah secara terus-terusan,mahupun sebentar sahaja. Dengan ini, kaunseling kelompok adalah bersifat pencegahan,pertumbuhan dan pemulihan dan fokus utama kelompok kaunseling ialah untuk memahami tingkah laku,nilai,sikap dan perasaan individu juga perkembangan serta perubahan yang berlaku dalam kelompok. Bilangan ahli dalam kelompok adalah antara 5 hingga 10 individu. Antara fokus perbincangan di dalam kelompok ini berkaitan dengan masalah peribadi, pendidikan, sosial dan kerjaya. Melalui kelompok kaunseling ini, kebaikan yang diperolehi adalah melalui interaksi interpersonal, tindak balas dan sumbangan pengalaman ahli-ahli dari masa ke semasa sesi kelompok dijalankan. Sebagai rumusan, kaunseling kelompok bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu itu bagi mengubah sikap ,nilai, tanggapan dan apa-apa juga tingkah lakunya sendiri yang dianggap bercanggah dengan keperluan dan keinginan kelompoknya sendiri. Oleh itu, kaunseling kelompok dapat memberikan khidmat pertolongannya melalui beberapa orang ahli lain dalam kelompoknya itu.

PERANAN AHLI DAN KETUA KELOMPOK

5

Peranan ahli dalam kelompok adalah termasuklah bertanggungjawab untuk menjayakan proses bimbingan kelompok masing-masing. Oleh itu,sesebuah kelompok yang bermakna dan berkesan adalah bergantung kepada sejauh mana setiap ahli memainkan peranan dan berfungsi dengan berkesan dalam kelompoknya. Selain itu, ahli dalam kelompok juga berperanan menyediakan dirinya dari aspek jasmani,emosi dan mental. Dengan persediaan dari aspek tersebut mereka baru bolehlah mengambil bahagian secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam kelompok berkenaan. Peranan ahli juga merupakan menjadi seorang pendengar yang baik dan menanamkan rasa hormat terhadap ahli lan. Ini adalah untuk menyedarkan mereka supaya memahami setiap ahli mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Ahli juga berperanan untuk berkongsi masalah,pengalaman dan pandangan masing-masing dengan ahli lain. Dalam perkongsian ini, ahli tidak digalakkan menyentuh hal-hal peribadi atau sesuatu yang sensitive yang boleh menyinggung perasaan ahli lain. Di samping itu, ahli haruslah mengamalkan sikap terbuka,bertolak ansur antara satu sama lain. Dengan peranan yang begitu penting ini akan menyebabkan ahli menerima banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh daripada sendirinya. Setiap ahli dalam kelompok juga perlu komited dan berusaha untuk membantu diri sendiri dan rakan-rakan kelompok dengan bertindak sebagai ketua dari semasa ke semasa disamping menjadi pemangkin kepada kelompoknya. Sebaliknya, bagi peranan seorang ketua bukan sahaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelompok yang dikendalikannya bahkan juga mamainkan peranan untuk membantu mempercepatkan lagi proses pencapaian matlamat kelompok. Peranan ketua adalah untuk menjadi fasilitator atau pemudah cara untuk menggerak dan melicinkan arah perjalanan sesi kelompok. Dengan peranan yang begitu penting ini, ketua adalah orang yang menentukan kejayaan sesebuah kelompok. Sememangnya, ketua juga berperanan untuk memberi galakan kepada setiap ahli dalam kelompok supaya setiap ahli mengambil bahagian secara aktif dan melibatkan diri sepenuhnya hingga ke tahap yang optimum.

6 Peranan seseorang ketua juga termasuklah mengikut dan mengenalpasti setiap perkembangan serta kemajuan kelompok dan juga ahli-ahli untuk tujuan rekod dan dokumentasi. Dengan ini,ketua boleh tahu masalah yang dihadapi oleh ahlinya dengan secepat mungkinnya. Mengawal perjalanan kelompok agar bebas dari sebarang unsur ancaman, perlakuan yang negatif dan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan ahli juga merupakan salah satu peranan bagi seseorang ketua dalam kelompok.

FAEDAH KAUNSELING KELOMPOKKaunseling kelompok telah membawa banyak faedah kepada kita terutamanya klien. Melalui kaunseling kelompok klien boleh menerima bahawa orang lain pun bermasalah dan bukannya dia seorang yang bermasalah sahaja. Selain itu, klien juga akan berasa dirinya masih diterima oleh kumpulan jika melalui kaunseling kelompok yang berkenaan maka dia tidak akan berasa dia adalah seorang yang tidak disukai oleh orang lain. Klien akan berasa terdapat sekurang-kurangnya ada satu orang dewasa memahami dan menerimanya maka dia tidak akan menjadi orang yang suka menyalahkan diri sendiri dan dia juga tidak akan berasa dirinya adalah seorang manusia yang tidak berguna dalam dunia ini. Di samping itu, melalui kaunseling kelompok klien juga boleh memahami, menerima dan menolong rakan lain yang menghadapi masalah. Sebenarnya melalui kaunseling kelompok, klien akan menjadi lebih percaya orang lain dan juga boleh percaya diri sendiri dan terima diri sendiri. Dengan ini, klien akan dapat lebih berjaya dan lebih berkeyakinan semasa melakukan sesuatu hal yang penting maka hasil daripada keyakinan itu juga akan mengahasilkan sesuatu kejayaan yang cemerlang.

7

KEMAHIRAN KEPIMPINANDalam kaunseling kelompok, kemahiran kepimpinan seorang kaunselor adalah sangat penting. Terdapat beberapa kemahiran kepimpinan yang patut diperoleh oleh kaunselor ia termasuklah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini penting untuk ahli-ahli kelompok supaya mengenali diri antara satu sama lain. Ini juga dapat memberi perangsang kepada ahli kelompok agar sentiasa tenang dan memberi tanggapan yang positif terhadap ahli kelompok yang lain. Selain itu, salah satu kemahiran kepimpinan adalah kemahiran membalas. Tujuan kemahiran ini adalah untuk memupuk kemahiran ahli kelompok untuk berkomunikasi dengan baik dan tanpa segan silu dengan ahli kelompok yang lain. Melalui kemahiran ini juga dapat menggalakkan penglibatan ahli kelompok secara serius dalam kelompok tersebut. Kemahiran mendengar juga merupakan salah satu kemahiran kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Dengan kemahiran ini, kaunselor dan ahli kelompok perlu lebih banyak meluangkan masanya untuk mendengar percakapan ahli kelompok yang lain. Oleh itu, kaunselor perlulah memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam percakapan tersebut. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi juga adalah salah satu kemahiran kepimpinan seeorang ketua. Ia adalah penting untuk menggerakkan ahli kelompoknya berbicara atau bebas bercakap dalam kelompok tanpa diarah. Dengan ini, interaksi yang berkesan dapat dicapaikan. Kemahiran yang seterusnya adalah kemahiran penstrukturan. Kemahiran ini mestinya ada pada seseorang kaunselor. Ini adalah kerana kemahiran ini penting untuk kaunselor menerangkan tanggungjawabnya dan juga tanggungjawab ahli kelompok yang menyertainya. Selalunya kaunselor akan berperanan menerangkan tujuan atau matlamat kelompok, membincangkan etika kerahsiaan dan cara pelaksanaan kelompok kepada semua ahli kelompok.

8

CIRI-CIRI KELOMPOKCiri-ciri kelompok perlu dipenuhi oleh setiap kumpulan individu agar dapat terbentuknya sebuah kelompok yang ideal. Ciri yang pertama ialah interaksi. Ciri ini adalah untuk mewujudkan hubungan bersemuka antara ahli. Ia adalah penting untuk mewujudkan rasa kekitaan di kalangan ahli, setiap ahli dapat kenal antara satu sama lain, faham-memahami dan dapat melahirkan rasa empati terhadap satu sama lain. Selain ciri tersebut, ciri yang kedua adalah saiz kelompok. Saiz kelompok penting untuk menetukan jumlah minima untuk membentuk sebuah kelompok iaitu 2 atau 3 orang ahli dan kelompok ini boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu kelompok kecil dimana ahlinya 3-6 orang, kelompok sederhana yang ahlinya seramai 6-18 orang dan kelompok besar iaitu melebihi 18 orang. Matlamat merupakan ciri yang ketiga penting dalam sesebuah kelompok. Matlamat kelompok biasanya ditetapkan oleh setiap ahli kelompok dan matlamat yang telah dirangka perlulah juga dipersetujui oleh kesemua ahli kelompok. Oleh itu, ahli akan bergerak bersama-sama secara rela hati kea rah mencapai matlamat kelompok yang telah ditetapkan oleh ahli kelompok.

JENIS-JENIS KELOMPOKDalam kaunseling kelompok, kelompok dibahagikan kepada beberapa jenis. Pergerakan kelompok dibezakan mengikut proses dan kaedah kelompok itu dijalankan ataupun fungsi terhadap klien dan ahli-ahli sendiri.Antaranya termasuklah kelompok penyelesaikan masalah,kelompok pertemuan,kelompok psikoterapi,kelompok kaunseling kerjaya,kelompok latihan jaya diri, kelompok kaunseling,kelompok bimbingan,kelompok T dan juga kelompok kerja.

9 Bagi kelompok penyelesaikan masalah,merupakan kelompok dimana ahlinya mempunyai kesedaran untuk memperbetulkan kesilapan dengan lebih kerap dan juga motivasi individu dapat ditingkatkan.Oleh itu,keberkesanan kelompok penyelesaikan masalah amat bergantung kepada beberapa tahap ,iaitu mengenalpasti masalah,menganalisa masalah,membuat keputusan,menerima keputusan dan akhirnya memlaksanakan keputusan yang telah dibuat.Kelompok penyelesaikan masalah selalu digunakan untuk membuat sesuatu kesimpulan dan juga untuk meningkatkan kefahaman. Jenis kelompok pertemuan dikenali sebagai kelompok kepekaan atau pertumbuhan peribadi iaitu merupakan sebahagian daripada Pergerakan Potensi Manusia yang luas. Kelompok pertemuan lebih memusatkan kepada perluasan kesedaran diri secara peribadi serta perkembangan potensi individu.Dalam kelompok ini dapat memberi peluang kepada setiap ahli untuk memperbaiki hubungan individu lain melalui sikap berterus terang dan meluahkan perasaan.Selain itu,kelompok ini dapat mengalakkan interaksi lebih baik antara ahli kelompok.Individu yang terlibat agak senang meluahkan perasaan dan masalah diri disebabkan suasana yang teraputik. Menurut Rogers(1967)yang mengakui bahawa kelompok pertemuan mementingkan pada perkemgangan peribadi melalui perkembangan dan kejayaan ssama peribadi melalui proses berkelompok dan juga lebih bebas dan saiz bentuk yang kecil disebabkan ia akan lebih intensif sifat.Rogers juga menyatakan seseorang individu yang terlibat akan lebih senang mengubahkan tingkah laku diri serta lebih rela berhubungan dengan orang lain supaya dapat berfungsi dengan lebih baik,memperolehi kesejahteraan dan berpeluang meneroka dan mengenali potensi diri sendiri dan juga orang lain. Jenis kelompok yang seterusnya ialah kelompok psikoterapi yang dianggap mulamula sekali digunakaan untuk tujuan teraputik.Joseph Hershy Pratt merupakan bapa kelompok psikoterapi yang memulakan rawatan ini secara ramai-ramai dalam tahun 1905. Kelompok yang seperti ini akan menangani masalah kehidupan yang mempunyai masalah penyesuaian diri,emosi dan masalah-masalah perkembangan diri yang bersifat kronik.Oleh itu,pengalaman-pengalaman yang mendalam diperlukan untuk menangani individu yang menghadapi masalah tersebut.Masalah-masalah yang dihadapi oleh klien adalah lebih serius dan mendalami kebatinan serta melibatkan personaliti-personaliti yang tidak terurus. Seseorang pakar ilmu jiwa atau psikologi akan membantu bagi

10 membolehkan individu hidup seperti seperti orang biasa.Kelompok ini akan mengambil masa yang agak lama bagi tujuan pemulihan dan memerlukan dilakukan secara intensif. Seterusnya ialah kelompok kaunseling kerjaya. Kelompok kaunseling kerjaya akan diadakan bagi pelajar dan individu yang berminat terhadap maklumat kerjaya dan pekerjaan.Kaunselor akan membimbing serta menyakinkan kliannya agar mereka mudah mencari dan memilih perkerjaan yang sesuai.Kelompok ini bilangan ahli adalah lebih besar daripada kelompok lain. Kelompok yang kelima ialah kelompok latihan jaya diri.Kelompok ini bertujuan untuk membantu individu menjadi lebih sedar tentang tingkahlaku mereka dalam kehidupan bermasyarakat.Kelompok ini lebih berfokus kepada melatih individu supaya berani bercakap dan mengeluarkan pendapat di khalayak ramai.Manakala kaunselor bertanggungjawab untuk member galakan dan keyakinan tentang kebolehan diri mereka sendiri. Dalam perasaan kelompok juga kaunseling,ia perkembangan member bersifat serta pencegahan,pertumbuhan yang berlaku dan dalam pemulihan.Kelompok kaunsling berfokus kepada memahami tingkah laku,nilai,sikap dan individu perubahan kelompok.Keompok ini menekankan perhubungan yang berbentuk interpersonal dan juga memusatkan kepada bantuan bagi menambahkan pengetahuan kendiri.Kaunseling kelompok merupakan kelompok yang kecil jumlah ahlinya iaitu 5 hinggan 10 orang serta saiz yang kecil.Kelompok berfokus kepada masalah yang berkaitan masalah peribadi,pendidikan,sosial dan kerjaya.Kebaikan kelompok ini yang diperolehi adalah interaksi interpersonal,tindak balas dan sumbangan pengalaman ahliahli dari masa ke semasa sesi kelompok dijalankan. Yang seterusnya ialah kelompok bimbingan.Kelompok ini mempunyai peranan yang hampir sama dengan kelompok kaunseling iaitu membantu ahli-ahli kelompok ,tetapi berbeza dari persoalan masalah serta membina kemahiran-kemahiran untuk membuat pilihan dan pertimbangan dalam setiap perkembangan hidupnya.Menurut Gazda(1989), kelompok bimbingan diatur untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah dan lebih bersifat terarah,teraturdan terancang.Saiz kelompok ini adalah di antara 12 hingga 40 individu.Tujuan lebuh bersifatpendidikan ,vakasional,peribadi dan kerjaya serta pendekatanmemberi pertolongan.Secara umumnya boleh mengatakan

11 bahawa kelompok ini adalah satu aktiviti kumpulan yang terancang yang memberikan pertolongan kepada individu untuk menyelesaikan masalah. Kelompok T diambil sempena daripada awal perkataan latihan iaitutraining.Kelompok ini dikatakan kelompok latihan makmal yang mempunyai matlamat yang tersendiri.Antaranya ialah mendedahkan peserta-peserta kepada aspek perhubungan antara manusia serta mengkuhkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada.Dalam kelompok ini, ia lebih menekankan perbincangan dalam kumpulan dan bertujuan supaya mereka merasai beruntung apabila mendapat tindak balas berupa tentangan,cadangan serta pandangansecara iklas dari individu lain.Melalui kelompo ini ahli kelompok dapat melihat perkembangan yang dicapai dan dapat berubah secara positif.Ahli keompok juga dapat menerima sikap-sikap dan kelemahan diri atau orang lain. Yang terakhirnya ialah kelompok kerja Antara ialah kelompok sukarela,kelompok bekerja.ASGW(1991) The Association for Specialists in Group Work menjelaskan kumpulan kerja boleh dalam bentuk kumpulan merancang,kumpulan perbincangan dan kumpulan belajar.Kelompok ini tidak berfokus kepada kepada perubahan individu dan sebaliknya lebih memberatkan dinamika kelompok.Mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai bersama.Kelompok kerja menekankan pencapaian dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas.Ia akan dijalankan dengan lancer jika dapat kerjasama dan saling hormat menghormati dari semua ahli.

PENUBUHAN SEBUAH KAUNSELING KELOMPOKDalam sebuah kaunseling kelompok,khususnya di sekolah kaunseling harus menerima tugas secara bertanggungjawab dengan penuh kesedaran.Kaunselor patut dijelaskan tugas dan khidmat professional,terutama semasa dia hendak memperkenalkan cara-cara baru dalam rewatannya,ataupun kaedah-kaedah yang akan digunakannya dalam kelompok itu nanti.

12 Menurut Wattenburg(1953)mengatakan bahawa dengan berbuat ini dapat meningkatkan peluang kaunselor dalam mengenalpasti siapakah di antara mereka dalam kelompoknya itu yang Cuma mahukan faedah,atau hanya mencari kepentingan sematamata.Tujuan adalah kepentingan kaunselor itu sendiri bagi melihat siapakah di antara ahli-ahlinya yang benar-benar menunjukkan minat dan penglibatan mereka secara ikhlas terhadap kelompoknya dan dapat memudahkan kaunselor memberitahu atau melaporkan ke pihak yang berkenaan yang dapat dipercayainya demi khimat membantu klienkliennya. Dalam kaunseling kelompok,kien mempunyai beraneka gaya dan tingkah laku.Oleh itu, lebih baik kaunselor memberikan laporan yang berupa rujukan serta menerangkan segala kemungkinan dan potensi seseorang kiennya itu dan hendaklah emncadangkan cara-cara untuk membantu klien itu dengan lebih berkesan dan berjaya lagi. Tugas-tugas kaunselor adalah untuk seoarang kaunselor untuk mengemukakan apa juga cadangan yang berupakan penerangan.Contohnya memberi alternatif-alternatif bagi membantu klien dan memberikan peluang secara percubaan ataupun dicalonkan dalam simpanan. Sebagai kaunselor kaunselor lebih arif melihat dan menilai klien yang bagaimanakah yang layak dan sesuai dengan kelompok itu.Sekiranya klien tidak sesuai maka mungkin ada jalan lain selain dari menggangotai kelompok itu bagi membanunya mengatasi masalah dan sebagainya. Selain itu,kaunselor lebih arifmelihat dan menilai klien yang bagaimanakah yang layak dan sesuai dengan kelompok itu.Sekiranya klien tidak sesuai,tidak perlu kaunselor menganggotai kelompok tersebut.Mungkin ada jalan lain bagi membantunya mengatasi masalah. Kaunselor dalam kelompok mesti memperlihatkan profesionalisme sendiri.Seandainya kaunselor itu gagal berinteraksi atau berkomunikasi tentang hal-hal murid yang dapat dan tidak dapat ditolongnya,maka perlu merujukkan kepada sesiapa sahaja yang dapat dirujuk. Selain itu,tugas kaunselor ialah memperjelaskan dahulu kepada klien itu tentang letak perkara yang sebenar.Kaunselor hendak memastikan kenapa dia terpaksa

13 memanggil dan menemui mereka itu dan apa yang dapat diharapkan daripada klien itu nanti apabila berada dalam kelompok dan apa pula yang mereka harapkan daripada kelompok dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan serta member amaran kepada mereka bahawa jangan membuat jangkaan yang terlalu besar terhadap kelompok.Sebaiknya mereka sendiri yang harus menyumbangkan sesuatu kepada kelompok. Di samping itu,kaunselor dihendaki supaya menjelaskan kepada kliennya bahawa sekiranya mereka itu benar-benar bersedia dan secara sukarela untuk menyertai kaunseling,maka hendaklah mereka itu tahu apakah tugas dan khidmat kepada kelompoknya. Kaunselor juga perlu bertingkah laku dan berperasaan sebagaimana orang lain rasakan.Dengan ini,barulah klien dapat menikmati suasana yang kaunseling kelompok itu adalah sebagai tempat yang paling selamat.Mereka boleh bercakap tentang sesiapapun dalam masalah kelompok itu secara bebas dan terbuka. Kerjasama-kerjasama dapat menimbulkan rasa kesedaran berkelompok dalam diri itu.Lain kata,tujuan berkelompok adalah dapat merasakan,atau menyatakan secara jujur dan ikhlas tentang apa-apa yang dirasanya atau mendapat tahu betapa sesuatu itu patut danperlu diubah supaya menjadi lebih sekata dan rasional. Kaunselor akan mudah berinterasi dalam kelompok deng bertukar-tukar pendapat,berbincang tentang permasalahan banyak sekali membantu klien untuk mengetahui bahawa masalah itu hak semua orang yang hidup.Dengan ini,klien tidak sangat terhimpit dengan permasalahan apabila dia tahu bahawa ada orang lain yang ada sama bermaslah macamnya. Akhir kata, cara-cara dapat mengurangkan rasa kesedihan,kepiluan,kekecewaan pada diri individu itu dan akan banyak membantu klien-klien bersikap lebih membantu sesame sendiri,tidak ada rasa dengki-mendengki atau sesuatu bersaing sesama sendiri dalam kelompok kea rah yang negativif.

14

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL-KIRA DALAM PENUBUHAN KELOMPOKDalam penubuhan sesebuah kaunseling kelompok,faktor yang harus diambilkira dapat mempengaruhi keaktifan perjalanan sesebuah kelompoknya.Antara faktor ialah saiz atau jumlah ahli,umur ahli,dan kesediaan ahli-ahli itu sendiri. Didapati bahawa lebih ramai dan besar bilangan ahli sesuatu kelompok itu adalah lebih baik.Sebaliknya,jika bilangan ahli yang banyak ,sedangkan keakraban dan kejelekitan dalam kelompok tidak begitu berkesan akan bermakna kelompok itu tidak bergerak cergas.Saiz kelompok yang kecil sahaja tetapi bergarak maju dan aktif.Menurut Benjamin(1074)yang berkata bahawa lebih senang dan selesa bekerja dengan sesebuah kelompok yang hanya terdiri daripada 5 hingga 10 orang sahaja.Ini juga disokong oleh Driver(1958) berkata bahawa ahli yang kurang rasmi dalam sesebuah kelompok yang kecil itu akn memberikan peluang berinteraksi lebih dan membolehkan semua ahli merasa sama,pengalaman,melihat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diaturkan.Yalom(1975)berpendapat,saiz yang paling unggul untuk sesebuah kelompok itu ialah 7 orang,atau lebih elok dikatakan antara 5 hingga 10 orang sahaja.Kelompok yang sebanyak ini lebih nyata dan masing-masing berasa jelas tentang peranan mereka dalam kelompok itu daripada mereka itu hanya termangu-mangu menjadi tukang perhati dan dengar semata-mata.Sebaliknya,jumlah ahli kelompok yang terlalu kecil kaunselor akan berasa dirinya sedang berada dalam suasana kaunseling individu dan fungsi akan terbawa-bawa tentang masalah individu. Menurut George & Cristiani(1981) menyatakan bahawa saiz sebuah kaunseling kelompok bergantung kepada umur kliennya dan menganggap jumlah paling sesuai antara 6 hingga 8 orang sahaja.Jumlah kecil dapat membenarkan semua ahlinya turut melibatkan diri secara menyeluruh dalam pelbagai jenis personaliti.

15 Menurut Carter(1961)menyatakan perbezaan antara 5 orang ahli dengan 12 orang ahli sahaja dalam sebuah kelompok itu.Maka didapati kelompok yang besar lebih tidak memuaskan serta menunjukkan kurangnya pencapaian kata sepakat.Ternyata bahawa ahli yang banyak itu mengurangkan keberkesanan kelompok itu sebenarnya. Sekiraya ahli-ahli itu sendiri yang mahukan penumpuan ke arah permerhatian semata-mata.maka lebih baik menceburkan dalam kelompok yang kecil,sebaliknya pemusatan perhatian terhadap kelompok hanya secara keseluruhan dan umum sahaja,maka ahli-ahlinya elok menceburkan dalam kelompok yang besar saiznya. Selain itu, jangka masa sesi pertemuan dapat mempengaruhi keberkesanan kelompok kaunseling itu.Masa yang terlalu panjang akan menjemukan para ahli,masa yang terlalu singkat akan menyebabkan tidak sempat memberi peluang kepada mereka itu menerokai masalah secara meluas dan mendalam. Bilangan jantina dalam kelompok itu juga amat penting.Ia akan melibaykan corak interanksi dalam kelompook itu sendiri.Ia juga akan menybabkan faktor majoriti dan minoriti mewujudkan keadaan yang tidak seimbang.Contohnya 3 orang perempuan dalam kelompok 10 orang lelaki orang,tentulah masalah hubungan dan interaksi sesame peribadi sukar dicapai. Menurut Gross(1954)dalam kajian tentang keberkesanan dan kepuasan ahli berkaitan dengan kejelekitan kelompok,mendapati bahawa ahli-ahli yang terdiri daripada sama kerjayanya,iaitu tentera udara dengan kelompok adalah lebih aktif dan hubungan mereka juga lebih positif jika dibandingkan apabila tentera udara itu dicampurkan dalam kelompok pegawai yang lain. Exline(1957) mendpati hasil kajidik yang sama iaitu penglibatan ahli-ahli kelompok yang mempunyai minat serupa lebih berinterahsi bebas dan lebih ramah berinteraksi.Mereka dapat memberikan sokongan,serta dorongan kepada ahli-ahli lain jika dibandingkan pergaulan mereka itu denganahli-ahli lain yang baru dan asing baginya. Sesuatu hal yang menarik dalam kaunseling kelompok ini ialah tentang pengaruhmempengaruhi antara satu pihak dengan yang lain.Oleh sebab itulah kepercayaan,sikap,nilai dan sebagainya dapat diubah dengan mudah melalui kelompok ini apabila seseorang ahli itu terpaksa patuh kepada norma kelompoknya sendiri.Seorang

16 ahli itu rela tunduk dan sanggup menurut kezaliman yang telah dipersetujui oleh kelompok Pendeknya segala-gala keistimewaannya itu akan menarik minat ahli-ahli lain dalam kelompok sehingga menyebabkan mereka itu akhirnya sanggup menerima dan patuh sahaja kepada arahan ketuanya itu. Kesimpulannya,dapatlah katakana bahawa faktor-faktor jangkamasa,iaitu panjang atau pendek sesi kaunselig itu,frekuensi ataupun kekerapan pertemuan,di samping besarkecilnya saiz kelompok itu sendiri ada membawa makna yang besar bagi interaksi sesame ahlinya dalam mencapai matlamat kelompoknya.Justerus itu,sebelum menggerekkan sesebuah kaunseling kelompok itu,faktor-faktor hendak diambilkira terlebih dahulu.

PROSES PENGELOLAAN KELOMPOK BIMBINGANTerdapat lima langkah penting yang perlu diberi perhatian olh kaunselor dalam usaha mengelolakan sesuatu kelompok bimbingan. Langkah yang pertama adalah penetapan ahli. Dalam langkah ini, kaunselor menghebahkan kepada semua ahli tantang tujuan dan matlamat bimbingan kelompok. Pemilihan akan dibuat berdasarkan pemohon secara sukarela ataupun dipilih oleh ketua dengan syarat mengalami masalah sama. Aktiviti pemilihan haruslah berdasarkan aktiviti seperti kelompok pencegahan,pemulihan atau kea rah perkembangan diri. Langkah yang kedua ialah penentuan saiz kelompok. Saiz sesebuah kelompok bergantung kepada faktor umur, jantina, pengalaman, jenis masalah atau isu yang hendak dibincangkan. Keputusan yang tepat perlulah dibuat oleh kaunselor yang berkenaan kerana kecil atau besar sesebuah kelompok akan memberi kesan langsung terhadap proses dan perkembangan kelompok dan biasanya 8-10 ahli adalah sesuai utuk satu kelompok. Langkah yang seterusnya iaitu kekerapan perjumpaan kelompok. Dalam langkah ini, kaunselor perlu menentukan ia mengikut hari, minggu, dan sebagainya. Faktor

17 perjumpaan ini juga bergantung kepada sejauh mana penting dan perlunya pertemuan tersebut asalkan semangat, minat, dan kesungguhan ahli tidak menurun. Langkah yang keempat merupakan jangka masa sesi kelompok. Jangka masa sama ada pendek atau panjang setiap sesi bergantung kepada sikap, minat, serta kesungguhan ahli untuk bekerjasama dalam kelompok tersebut. Kaunselor juga bertanggungjawab menetapkan selama mana kelompok tersebut akan dijalankan sebulan, dua bulan atau seterusnya. Langkah yang terakhir adalah penetapan tempat perjumpaan. Dalam langkah ini, tempat untuk berjumpa dan menjalankan sesi hendaklah aman, selesa dan bersendirian. Keselesaan ini bertujuan agar ahli-ahli kelompok bebas daripada sebarang gangguan emosi dan persekitaran.

PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING KELOMPOK DENGAN KAUNSELING INDIVIDUDalam kaunseling individu, sokongan sosial yang diperoleh oleh individu adalah sedikit manakala dalam kaunseling kelompok sokongan sosial dapat diperoleh oleh ahlinya adalah daripada banyak arah. Dengan ini, ahli dalam kaunseling kelompok akan lebih bersemangat apabila menyertai sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh kelompoknya. Melalui aktiviti tersebut ahli-ahli akan mejadi lebih aktif dan sentiasa akan bersungguhsungguh menyertai apa sahaja aktiviti yang bermakna pada masa depan. Selain itu, kaunseling kelompok lebih menjimatkan kos jika berbanding dengan kaunseling individu. Ini adalah kerana perjumpaan yang ramai orang dalam masa yang singkat dapatlah menjimatkan kos yang dibelanjakan. Dengan ini, wang yang berlebihan boleh digunakan untuk membantu ahli-ahli dalam kelompok yang menghadapi masalah kekurangan wang. Dalam kaunseling kelompok, idea dan cadangan daripada semua ahli adalah banyak dan terdapat pelbagai jenis pandangan tetapi bagi kaunseling iindividu idea yang

18 disumbangkan adalah sedikit dan susah mendapat pandangan yang berbeza-beza jenis. Oleh itu, sekiranya menghadapi sesuatu masalah ahli-ahli dalam kaunseling kelompok pun menyumbangkan idea masing-masing supaya masalah dapat diselesaikan dengan secepat mungkinnya. Sebenarnya, dalam kaunseling kelompok terdapat banyak jenis tanggungjawab perlu dijalankan oleh ahli-ahlinya jika berbanding dengan kaunseling individu. Ini adalah kerana dalam kaunseling individu tidak ada kemampuan untuk menanggungkan banyak tugasan tetapi kaunseling kelompok yang terdiri daripada banyak ahli bolehlah bersamasama melakukan tugasan yang diagihkan. Sebaliknya dalam kaunseling individu, indivdu adalah lebih cepat dan lebih berkesan memahami perkara yang hendak disampaikan oleh kaunselor jika berbanding dengan kaunseling kelompok. Ini adalah kerana dalam kaunseling kelompok mungkinnya terdapat sesetengah ahli tidak memahami apa yang hendak disampaikan oleh kaunselor tersebut dan secara lansungnya menyebabkan aktivit yang dilancarkan tidak berkesan.

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KAUNSELING KELOMPOKDalam sesebuah kelompok, seseorang itu dikatakan terlibat dengan proses membuat keputusan jika dia perlu menentukan kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, membuat ramalan tentang masa depan atau membuat pilihan daripada dua alternatif atau lebih. Sebenarnya membuat keputusan adalah penting sebelum mengakhiri sesuatu sesi kelompok itu. Tahap pertama dalam proses membuat keputusan adalah peringkat kecerdasan. Tahap ini juga dikenali sebagai peringkat kemahiran kognitif. Setiap ahli dalam kelompok perlu mengenal pasti matlamat untuk dicapai daripada keputusan yang akan dibuat. Selain itu, pemilihan kepada matlamat membuat keputusan boleh juga berdasarkan kepada matlamat sebenar kelompok tersebut diadakan atau perkara yang

19 difokuskan sepanjang sesi kelompok. Sebenarnya, matlamat yang ditetapkan oleh ahli wajarnya realistic dengan keputusan yang diidamkan agar keputusan yang dibuat tidak sukar dicapikan. Tahap kedua dalam proses membuat keputusan adalah peringkat merekabentuk. Dalam tahap ini, individu mencipta dan menganalisis alternatif penyelesaian yang mungkin digunakan bagi menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Peringkat ini melibatkan proses memahami masalah dan mengenalpasti semua alternatif. Dengan ini, pendapat-pendapat yang bernas dapat dikumpulkan bersama melalui perbincangan antara sesama ahli kelompok. Seterusnya, ahli kelompok perlu menganalisis semua alternatif yang dicadangkan mengikut kriteria umum. Tahap yang terakhir iaitu tahap ketiga ialah peringkat pemilihan. Individu di dalam kelompok perlu memilih alternatif penyelesaian yang telah dikenal pasti pada peringkat merekabentuk. Dalam proses ini, ahli-ahli klompok perlu sepakat untuk memilih beberapa alternatif yang terbaik bagi menghasilkan keputusan yang ideal. Ahliahli kelompok perlu yakin terhadap pertimbangan yang mereka buat dalam memilih alternatif yang dipersetujui bersama. Seterusnya, ahli-ahli kelompok perlulah membuat keputusan dengan memilih satu alternatif yang terbaik.

ISU DAN PERMASALAHAN DALAM KAUNSELING KELOMPOKDalam sesebuah kelompok terdapat pelbagai isu yang perlu dibincangkan oleh ahli kelompok itu sendiri. Jika isu-isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya, maka perjalanan sesebuah kelompok itu akan terganggu. Antara isu-isu penting yang sering menjadi perbincangan ialah isu tentang etika, isu kepimpinan, isu kerahsiaan, isu jantina dan isu etnik. Bagi isu etika dalam kelompok, perkara yang pertama adalah mengelakkan berlakunya penyelewengan atau salah faham sesame ahli kelompok. Misalnya, ketua

20 haruslah menjalani latihan sebelum memikul tanggungjawab supaya mewujudkan hubungan yang baik sesame ahli kelompok, bersifat tulen dan sentiasa berusaha untuk menilai diri sendiri. Perkara yang kedua dalam isu ini adalah penapisan ahli yang berkelayakan. Sekiranya ahli yang dipilih adalah ahli yang tidak sukarela maka ini akan menyebabkan pemilihan tersebut menjadi semakin rumit. Perkara seterusnya adalah tentang hak ahli kelompok. Setiap ahli berhak untuk dihormati dan dilindungi jika mahu kelompok itu bergerak secara teratur. Mereka mestilah diberitahu bahawa keahlian mereka adalah secara sukarela maka mereka ingin meninggalkan kelompok itu adalah dibenarkan. Mereka juga boleh menolak cadangan ketua atau ahli kelompok yang lain. Dalam isu kepimpinan, perjalanan sebuah kelompok sebenarnya bergantung kepada kemahiran ketua dalam mengendalikan kelompok itu sendiri. Maka, untuk menjadi ketua bagi sesebuah kelompok, latihan dan pengalaman merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri individu itu. Dalam menjayakan sesebuah kelompok, ketua kelompok itu sendiri perlu mengalami kaunseling atau terapi individu. Ini membolehkan mereka memahami faktor pindahan timbal balas counter transference, mengenali prasangka dan menggunakan kekuatan dirinya untuk menambah keberkesanan proses kelompok. Bagi isu kerahsiaan, rahsia tentang sesuatu maklumat sukar dikawal kerana ahli yang terlibat dalam kelompok itu lebuh daripada seorang. Ini bermakna, ketua kelompok perlu bijak mengawal keadaan dengan memberikan penjelasan yang terbaik dalam menerangkan isu kerahsiaan kepada ahli kelompok. Perbincangan tentang isu kerahsiaan perlulah dilakukan dengan jujur. Oleh itu, setiap ahli kelompok itu bertanggungjawab dalam memastikan tiada pembocoran maklumat berlaku. Dalam isu jantina, ketua kelompok haruslah peka dan sensitive terhadap keadaan sekeliling serta nilai-nilai yang diamalkan oleh masyrakat setempat. Maka, seorang ketua kelompok perlu berpengetahuan dalam psikologi remaja dan perkembangan mereka dari segi emosi, fizikal, mental, serta seksual. Ini adalah kerana ada individu yang sedang berada dalam peringkat remaja akan menjadi pemalu dan tidak sanggup untuk beeterus terang jika bersama-samanya ada individu lain yang berlainan jantina. Isu yang terakhir iaitu isu etnik. Kepelbagaian etnik dalam sesebuah kelompok lazimnya sering menimbulkan masalah terutamanya kepada perjalanan sesebuah

21 kelompok. Ini adalah kerana ahli-ahli yang terdiri dalam pelbagai etnik ini akan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang sering mereka lakukan dalam seharian hidup mereka. Perlakuan tingkah laku ini dipengaruhi oleh budaya dan adat resam sesuatu etnik. Masalah dalam kelompok termasuklah masalah sikap monopoli. Mereka yang bersifat begini sangat bijak dalam menggunakan emosi dan tingkah laku supaya mereka dapat menguasai keadaan seperti yang mereka inginkan. Ini menyebabkan peluang ahli kelompok yang lain untuk mengeluarkan pendapat agak terbatas. Fungsi ketua bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyedarkan ahli kelompok tentang apa yang berlaku serta menyatakan kepada ahli yang gemar memonopoli ini bahawa tindaknya itu telah menyekat peluang ahli lain untuk bersuara. Sikap dingin juga merupakan salah satu masalah dalam kelompok. Usaha ketua dalam mewujudkan sebuah perhubungan yang rapat sesama ahli sering dihalang oleh sikap dingin sesetengah individu. Sikap seperti ini sebenarnya merupakan satu ancaman halus kepada ahli kelompok yang lain. Mereka akan berasa takut,tertekan dan berasa tidak selesa untuk meneruskan kelompok. Maka ini sudah menghalang satu perhubungan yang sihat di kalangan ahli. Selain itu, lempar salah (scapegoat) merupakan salah satu masalah dalam kelompok. Ia menunjukkan ahli dalam kelompok gemar mengalihkan perhatian kelompok kepada individu lain. Perkara ini berlaku supaya hal dirinya terlepas daripada menjadi perhatian ahli kelompok. Biasanya, perkara ini terjadi akibat sikap individu yang tidak mahu memikul tanggungjawab akibat perlakuannya sendiri dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain. Di samping itu, masalah ini terjadi juga akibat perbuatan agresif yang ditunjukan kepada ahli lain, akibat perasaan marah dan geram. Campur tangan daripada ketua kelompok adalah perlu untuk melindungi kebajikan ahli yang menjadi sasaran dan mendorong ahli-ahli lain bertanggungjawab ke atas tidaktandak dan perlakuan mereka. Masalah yang seterusnya adalah mengkritik. Sikap ahli yang gemar mengkritik akan membuat ahli lain bersikap lebih defensif. Ahli begini mengamalkan sikap autokratik, orang lain semuanya salah dan mereka akan membuat penilaian secara dasar sahaja, tanpa berusaha untuk mengenal dengan lebih lanjut. Ketua kelompok perlu mengawal keadaan dengan memberi penerangan terhadap kaedah memberi pandangan

22 serta cara menerima pandangan orang lain secara positif. Ini untuk mengajar mereka supaya bersikap lebih positif dan terbuka.

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MELALUI KAUNSELING KELOMPOKMatlamat utama dalam bimbingan kelompok ialah untuk menyelesaikan sesuatu tajuk atau isu yang timbul dalam perbincangan kelompok sama ada ia berbentuk akademik, kerjaya, perkahwinan, krisis dan sebagainya. Antaranya penyelesaian masalah termasuklah membincangkan alternatif. Pelbagai alternatif-alternatif dalam membuat keputusan akan diutarakan dan alternatif tersebut akan dibincangkan bersama-sama dengan ahli kelompok untuk mengkaji dan menganalisis kelemahan dan kekuatan yang ada pada setiap alternatif tersebut. Selepas itu, keputusan terbaik mesti diputuskan oleh ahli kelompok. Penglibatab yang menyeluruh perlu dilakukan oleh semua ahli kelompok bagi memastikan kelemahan dan kekuatan bagi setiap alternatif sebelum mendapat aternatif yang terbaik untuk dilaksanakan. Selain itu, mengambil tindakan juga adalah salah satu kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam kelompok. Beberapa kaedah perlu dijalankan bagi memastikan pelan tindakan bersifat relevan dan efektif. Antaranya ialah dengan menyediakan objektif yang dapat memenuhi matlamat dan menyediakan langkah-langkah yang patut dibuat secara tingkahlaku. Ahli kelompok juga perlu bekerjasama untuk menyatakan waktu mula langkah ingin dibuat dan jangka waktu tindakan itu dapat dibuat. Dalam menentukan masa untuk tindakan, hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu lewat untuk dimulakan kerana ini boleh menyebabkan ahli kelompok berasa kurang selesa dan boleh menurunkan motivasi. Di samping itu, kemahiran menyelesaikan masalah adalah pencarian asset positif. Dalam kelompok, pembimbing akan menghadapi pelbagai konflik kerana ahli kelompok mempunyai pelbagai pengalaman masing-masing yang berbeza. Ahli kelompok berkembang melalui kekuatan yang dimiliki dan tidak menggunakan kelemahan. Sikap

23 optimistic perlu ada pada semua ahli kelompok supaya setiap pandangan dan idea-idea ahli kelompok dapat digunakan bagi memastikan setiap isu atau masalah yang kompleks dapat dilaksanakan. Masalah dalam kelompok juga termasuklah proses komunikasi. Dalam kelompok proses interaksi adalah merupakan proses yang paling penting dalam menjana hubungan dalam kelompok. Setiap ahli dalam kelompok perlu bekerjasama atau aktif dalam kelompok yang dibina. Pemimpin kelompok perlu mengambil perhatian terhadapnya dengan membuat pelbagai soalan terbuka atau tertutup. Sebenarnya, pemimpin mestilah mengawal sesuatu isu dengan berorientasikan akademik atau intelektual dan tidak menggunakan emosi ketika kelompok dijalankan. Pengurusan masa juga merupakan salah satu masalahnya. Masa merupakan perkara yang amat penting dalam mengendalikan sesi kelompok. Persetujuan perlu dicapai oleh pemimpin dan ahli-ahli kelompok untuk menentukan pertemuan dan menepati waktu yang telah dijanjikan. Bagi menjalani sesi kelompok masa yang efektif adalah antara 1 jam hingga 2 jam. Ini adalah mengelakkan ahli-ahli hilang fokus dan tidak meleret-leret kepada perbincangan yang bukan daripada isu utama yang ingin diperbincangkan.

24

PENUTUPSecara kesimpulannya, melalui kaunseling kelompok dalam sesebuah industri, individu akan mendapat pelbagai faedah. Ia termasuklah faedah kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan ahli-ahli kelompok, memahami diri-sendiri dengan lebih mendalam, bertambah yakin dengan persepsi diri sendiri, mewujudkan tingkah laku yang positif hasil daripada rangsangan sesame ahli, melahirkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan juga memberi kesedaran dan pengetahuan baru kepada ahli-ahli kelompok dalam industri. Selain itu, kemahiran kepimpinan kelompok dalam industri juga brtujuan untuk membantu kumpulan berkembang dan bersifat organisasi. Proses membuat keputusan adalah satu langkah yang penting sebelum mengakhiri sesuatu sesi kelompok berkenaan dan jika keputusan yang diambil adalah rasional maka ia telah menunjukkan keberkesanan hasil daripadanya. Kemahiran yang digunakan oleh seseorang pemimpin kaunseling kelompok dalam industri adalah sangat penting. Ini adalah kerana isu atau masalah yang timbul dalam industri tersebut dapat diselesaikan jika dia mempunyai kemahiran yang pelbagai. Kejayaan sesebuah kelompok dalam industri banyak bergantung kepada interaksi sesama ahli. Dengan meluahkan pendapat, pandangan serta idea, maka kaunseling baru dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Kejayaan ini juga dapat membantu meningkatkan minat dan kesungguhan ahli-ahlinya dalam industri. Ini juga akan meningkatkan produktiviti industri berkenaan jika kaunseling kelompok dijalankan dengan betul dan berkesan.

25

REFERENCEMohamed Mansor bin Abd.,and Siti Nordinar binti Mohd.Tamin.(1989).Kaunseling kelompok.Malaysia:Unit penerbitan akademik UTM. Ohlsen,M.M.,Horne,A.M.,and Lawe,C.F.(1988).Group Counseling.(3rd ed.).United States of America:Holt,Rinehart and Winston,Inc. Posthuma,B.W.(2002).Small group in counseling and therapy.(4th ed.).United States of America:A Pearson Education Company. Riley,L.H.,Edward,E.J.,and Robert,L.M.(1988).Group counseling strategies and skills.United States of America:Brooks/Cole publishing company.