pengkosan proses

49
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 1 OBJEKTIF: PENGKOSAN PROSES OBJEKTIF AM: Memahami bagaimana kos pengeluaran seunit ditentukan dan tatacara perakauanan jika wujud kerugian proses. OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:- 1. Mengira kos pengeluaran seunit. 2. Mengira amaun kerugian dan keuntungan proses. 3. Menyediakan catatan perakaunan bagi pengkosan proses.

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

627 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 1

OBJEKTIF:

PENGKOSAN PROSES

OBJEKTIF AM:

Memahami bagaimana kos pengeluaran seunit ditentukan dan tatacara perakauanan jika wujud kerugian proses.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:-

1. Mengira kos pengeluaran seunit.2. Mengira amaun kerugian dan

keuntungan proses.3. Menyediakan catatan perakaunan bagi

pengkosan proses.

Page 2: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 2

12.0 PENGENALAN

Setelah anda memahami definisi dan ciri penting pengkosan proses, sekarang kita pelajari bagaimana akaun proses disediakan.

Dalam pengkosan, unit pengumpulan kos adalah jabatan atau bahagian. Dengan itu setiap jabatan menjadi pusat kos atau pusat keuntungan.

12.1 TATACARA MEREKODKAN UNSUR-UNSUR KOS : PENGKOSAN PROSES TANPA KERJA DALAM PROSES

Satu akaun proses akan dibuka untuk setiap proses. Mari kita rujuk dan teliti Rajah 12.1 di bawah.

Akaun proses A

Akaun proses B

Bahan mentah XX output ke input dari proses A XXX output keBuruh langsung XX proses B XXX bahan mentah X proses C XXXXOverhed XX buruh langsung XX.

Overhed X XXX XXX

XXXX XXXX

Akaun Barang siapAkaun proses C

Dari proses C XXXX kos barangDijual XXXX input dari proses B XXX output ke

bahan mentah X barang siap XXXXburuh langsung XXOverhed X

XXXX XXXXXXXX XXXX

Rajah 12.1: Aliran Kos Sistem Pengkosan Proses

INPUT

PENGKOSAN PROSES

Page 3: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 3

Bahan mentah dimasukkan ke dalam proses A, output di proses A akan menjadi input dalam proses B dan output di Proses B akan menjadi input bagi proses C. Akhirnya output proses C akan menjadi barang siap. Kos barang siap adalah penjumlahan kos bahan mentah, buruh dan overhed dari Proses A, B dan C.

aedah penyediaan akaun proses banyak bergantung kepada situasi yang wujud pada masa pemprosesan sedang berlaku, antaranya:-K

i. Pengkosan Proses Tanpa Kewujudan Kerugian Proses.

ii. Pengkosan Proses Dengan Kewujudan Kerugian Atau Keuntungan Proses (Normal Atau Abnormal)

iii. Pengkosan Proses Dengan Kewujudan Kerja Dalam Proses Pada Pelbagai Peringkat Penyiapan.

Situasi i dan ii akan dibincangkan dalam unit ini tetapi situasi iii akan dibincangkan dalam Unit 13.

Bagaimana menyediakan akaun

proses ?

Page 4: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 4

12.1.1 Pengkosan Proses Tanpa Kewujudan Kerugian Proses

Penyediaan akaun proses agak mudah jika tiada kerugian atau keuntungan proses semasa operasi pemprosesan keluaran. Semua kos bahan, buruh, belanja langsung dan overhed pengeluaran akan didebitkan ke dalam Akaun Proses. Jumlah output yang terhasil akan dipindahkan ke Akaun Proses berikutnya sebagai bahan mentah

elajar sekelian, perlu diingat, pengkosan proses melibatkan banyak jabatan memproses dengan proses pengeluaran yang berterusan. Dalam pengkosan ini, semua kos pengeluaran dikumpul untuk sesuatu tempoh, sama ada secara

mingguan atau bulanan bagi setiap jabatan memproses. Dokumen untuk mengumpul dan merekod maklumat-maklumat kos seperti borang permintaan bahan untuk kos bahan langsung dan tidak langsung, tiket masa untuk kos buruh langsung dan tidak langsung, invois, baucar dan jadual pelunasan untuk kos-kos overhed perkilangan yang lain masih digunakan seperti dalam pengkosan kerja. Proses pengumpulan kos dari satu jabatan memproses ke satu jabatan memproses yang berikutnya dapat digambarkan seperti dalam Rajah 12.2.

P

Jabatan 2 Jabatan 3 Barang siap Jabatan 1

Rajah 12.2: Pengumpulan Kos Dalam Pengkosan Proses

Kos perkilangan RM0.50 seunit

Tambah RM0.30 seunit

Kos dipindah masuk RM0.50 seunit

Tambah RM0.20 seunit

Kos dipindah masuk RM0.80 seunit

Dipindah masuk RM1.00

Bagaimana pengumpulan kos dan pengiraan kos purata dilakukan ?

Page 5: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 5

Rajah 12.2 menggambarkan bagaimana sesuatu produk dikeluarkan oleh jabatan-jabatan memproses. Output daripada satu jabatan menjadi input kepada jabatan yang berikutnya. Andaikan pengeluaran produk Q memerlukan proses dalam tiga jabatan, 1,2 dan 3. Jabatan 1 telah memulakan kos sebanyak RM0.50 seunit ke dalam proses dan apabila siap dipindahkan ke Jabatan 2 dengan kos tambahannya ialah RM0.30 seunit. Jadi, kos seunit di Jabatan 2 yang dipindah keluar ke Jabatan 3 menjadi RM0.80 seunit. Di Jabatan 3, kos tambahan RM0.20 seunit diperlukan lagi. Akhirnya, produk Q menjadi produk siap sepenuhnya dan akan dipindah keluar ke stok barang siap dengan membawa jumlah kos seunit RM1.00. Pengiraan kos seunit produk ialah seperti berikut:-

Kos seunit barang siap =

Contoh 12 – 1

Berikut adalah catatan jernal bagi Perniagaan Pemprosesan makanan.

1. Dt. Kerja dalam proses - memasak RM14Kt. Bahan mentah RM14

( merekod kos bahan mentah yang digunakan)

2. Dt. Kerja dalam proses – memasak RM4Kt. Upah terakru RM4

( merekod kos buruh langsung)

3. Dt. Kerja dalam proses – memasak RM8Kt. Overhed pengeluaran RM8

(merekod overhed pengeluaran yang diserap)

4. Dt. Kerja dalam proses – membeku RM24Kt. Kerja dalam proses – memasak RM24

(merekod kos-kos unit siap dipindah dari jabatan memasak ke jabatan membeku)

Kos pengeluaranoutput normal

Page 6: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 6

5. Dt. Kerja dalam proses – membeku RM3Kt. Upah terakru RM1Kt. Overhed pengeluaran RM2

( merekod upah dan overhed pengeluaran di jabatan membeku)

6. Dt. Barang siap RM26Kt. Kerja dalam proses – membeku RM26

(merekod pemindahan kos ke barang siap)

Sediakan Akaun Proses Memasak dan Membeku.

Jawapan 12-1

Akaun Proses - MemasakRM RM

Bahan mentah 14 Output ke Jabatan Membeku 24Buruh langsung 4 Baki h/b 2Overhed pengeluaran 8

26 26

Akaun Proses - MebekuRM RM

Dari Jabatan Memasak 24 Output ke Jabatan Membeku 26Buruh langsung 1 Baki h/b 1Overhed pengeluaran 2

27 27

Page 7: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 7

Contoh 12-2

Sebuah keluaran berjenama Tuah diperbuat melalui dua proses 1 dan 2. Sepanjang bulan Januari 2001, maklumat berikut telah diperolehi.

Proses 1 Proses 2Output 500 kilogram 1000 kilogramBahan mentah 500 kilogram 500 kilogram

Bahan mentah RM2000 RM3000Buruh langsung RM3000 RM4000Belanja langsung RM1000 RM2000

Overhed diserapkan kepada proses berdasarkan kadar peratusan kos buruh langsung sebanyak 100%.

Sediakan Akaun Proses 1 dan 2.

Jawapan 12-2

Akaun Proses 1Kuantiti Kos/unit Jumlah(RM) Kuantiti Kos/unit Jumlah(RM)

bahan 500 4 2000 Output dipindah

buruh 3000 Ke proses 2

500 *18 9000

Belanja langsung

1000

overhed 3000500 9000 500 9000

* kos/ unit = RM9000/500 = RM18

Page 8: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 8

Akaun Proses 2

Kuantiti Kos/unit Jumlah(RM) Kuantiti Kos/unit Jumlah(RM)Dari proses 1

500 18 9000 Barang siap

1000 *22 22000

bahan 500 6 3000buruh 4000Belanja langsung

2000

overhed 40001000 22000 1000 22000

* Kos /unit = RM22000/1000 = RM22

PENGKOSAN PROSES

Page 9: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 9

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 12a- 1

Sediakan Akaun Proses dengan menggunakan data berikut:

JENIS JUMLAH PROSES(RM) 1 2 3

Bahan mentah 4,400 3,600 600 200Buruh langsung 800 200 400 200Belanja langsung 1000 600 - 400

Overhed pengeluaran diserap berdasarkan 200% atas kos buruh langsung. Tiada kerja dalam proses awal dan akhir.

Soalan 12a – 2

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan keluaran Exe.Elemen kos Jumlah (RM) Proses

1 2 3 4Bahan 2600 1500 400 - 700Buruh 2650 250 300 900 1200Belanja langsung

800 100 - 200 500

overhed 7950

Overhed pengeluaran diserap berasaskan 300% atas upah buruh langsung. Tiada stok awal dan akhir.Sediakan Akaun Proses 1, 2 dan 3.

AKTIVITI 12A

Page 10: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 10

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyaJika anda dapat menjawab kesemua

soalan dalam aktiviti 12A

Jawapan 12a – 1 Akaun Proses 1

Amaun AmaunBahan mentah 3600 Output ke Proses

24800

Buruh langsung 200overhed 400Belanja langsung 600

4800 4800

Akaun Proses 2

Terima dari Proses 1 4800

Output ke proses 3 6600

Bahan mentah 600buruh 400overhed 800

6600 6600

MAKLUMBALAS 12A

PENGKOSAN PROSES

Page 11: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 11

Akaun Proses 3Jumlah Jumlah

Terima dari proses 2

6600 Output dipindah ke barang siap

7800

Bahan mentah 200Buruh langsung 200Belanja langsung 400overhed 400

7800 7800

Jawapan 12a- 2 Akaun Proses 1

Amaun AmaunBahan mentah 1500 Output ke Proses

22600

Buruh langsung 250overhed 750Belanja langsung 100

2600 2600Akaun Proses 2

Terima dari Proses 1

2600 Output ke proses 3

4200

Bahan mentah 400buruh 300overhed 900

4200 4200Akaun Proses 3

Terima dari Proses 2

4200 Output dipindah ke Proses 4

8000

Buruh langsung 900Belanja langsung 200overhed 2700

8000 8000

Page 12: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 12

Akaun Proses 4Amaun Amaun

Terima dari Proses 3

8000 Barang siap 14000

Bahan mentah 7000Buruh langsung 1200Belanja langsung 500Overhed 3600

14000 14000

Page 13: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 13

12.1.2 Pengkosan Proses Dengan Kewujudan Kerugian Atau Keuntungan Proses.

Mari kita fahami betul-betul . Secara teorinya, apabila 100% bahan mentah dimasukkan untuk diproses, ia akan menjadi 100% barang siap apabila dikeluarkan.Lazimnya, tidak semua bahan mentah yang diproses akan menjadi 100% barang siap. Di dalam industri-industri yang memproses keluaran secara besar-besaran , sedikit kerosakan, pembaziran dan lesapan mungkin berlaku.

Situasi ini dikenali sebagai kerugian proses yang disebabkan oleh:-

Penyejatan, pengurangan, debu Peristiwa luar jangka, pecah, rosak Persampelan bahan untuk ujikaji dan pemeriksaan

Kerugian proses termasuk skrap dan sisaan boleh dibahagikan kepada:-

1. Kerugian Normal2. Kerugian Abnormal

Kos seunit dikira seperti berikut;

Kos pengeluaran – nilai skrapOutput normal/ dijangka

Jom , kita pergi ke tahap yang lebih tinggi ..………

INPUT

PENGKOSAN PROSES

Page 14: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 14

12.1.2.1 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kerugian Normal ?

uatu kerugian yang tidak boleh dielakkan dan wujud kerana sifat bahan dan proses. Ia adalah kerugian yang diramalkan tetap akan berlaku untuk satu-satu proses pengeluaran . Penetapan kerugian ini adalah berdasarkan pengalaman yang lepas.

Ianya mungkin dalam bentuk skrap atau sisaan yang boleh dijual dengan harga yang murah atau tidak boleh dijual. Ia seringkali disebabkan oleh faktor-faktor:

S Penyejatan cecair Pecah Produk kurang bermutu Penolakan semasa pemeriksaan Kerugian semulajadi dalam pembuatan secara besar-besaran Perubahan bahan kimia dan sebagainya.

Di dalam penentuan kos proses, kos untuk kerugian normal dikira sebagai sebahagian dari kos pengeluaran dan diserap sebagai kos untuk unit-unit yang baik.

Contoh 12- 3

Jumlah kos pemprosesan 2000 barang ialah RM20,000. Jika kerugian proses ialah 20%.

i. Berapakah keluaran yang baik ?ii. Kirakan kos seunit untuk 2000 barangan iii. Kirakan kos seunit untuk keluaran yang baik.iv. Sediakan Akaun Proses.

Page 15: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 15

Jawapan 12 – 3

i. input 2000 ii. Kos/unit = RM20000/2000 – kerugian proses 20% 400 = RM10.00 keluaran baik 1600

iii. kos/ unit = RM20000/1600 = RM12.50

iv. Akaun Proseskuantiti Kos/unit Jumlah kuantiti Kos/unit Jumlah

input 2000 10 20000 Kerugian normal

400 - -

output 1600 12.50 200002000 20000 2000 20000

Contoh 12 – 4

Kilang pemprosesan makanan mempunyai kerugian normal 5% yang mana boleh dijual sebagai bahan makanan binatang pada harga RM5 setan. Berikut adalah maklumat yang berkaitan:-

Bahan mentah 160 tan pada harga RM23/tanBuruh dan overhed ialah RM2896

Kirakan kos per tan dan sediakan Akaun Proses dan Akaun Kerugian normal.

Page 16: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 16

Jawapan 12 – 4

Tan RMBahan mentah 160 3680.00Buruh dan overhed 2896.00

160 6576.00

(-) kerugian normal 8 40.00 (hasil)keluaran baik 152 6536.00

kos/tan = 6536/152 = RM43.00

Akaun Proseskuantiti Kos/

unitJumlah(RM)

kuantiti Kos/unit

Jumlah (RM)

Bahanmentah

160 23 3680 Kerugian normal

8 5 40

Buruh + overhed

2896 output 152 43 6536

160 6576 160 6576

Akaun Kerugian normalA.proses 8 5 40 tunai 8 5 40

Page 17: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 17

12.1.2.2 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kerugian Abnormal ?

erugian abnormal merupakan kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kurang kecekapan dan tidak seharusanya berlaku jika kerja mengeluarkan barang-barang dijalankan dengan cekap.K

Ia juga mungkin wujud disebabkan oleh keadaan luarbiasa seperti penggunaan bahan bermutu rendah, kecuaian, kesilapan, kemalangan dan sebagainya. Ianya merupakan kerugian yang melebihi kerugian normal.

Kos untuk kerugian abnormal diasingkan ke dalam Akaun Kerugian Abnormal dan dipindahkan ke Akaun Untung Rugi pada akhir tempoh perakaunan sebagai kerugian tempoh berkenaan.

Kerugian Abnormal = Kerugian sebenar > kerugian normal

Contoh 12 – 5

Syarikat Haqeem mengeluarkan sejenis keluaran X. Pengeluaran X akan melalui dua proses yang berlainan. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan Proses 1.

Bahan A 6000kg @ RM0.50 sekgBahan B 4000kg @ RM1.00 sekgBuruh langsung 430 jam @ RM2.00 sejamKerugian biasa 5% daripada inputNilai skrap RM0.16 sekgKeluaran sebenar 9200 kg

Syarikat tidak mempunyai kerja dalam proses awal dan akhir. Overhed pengeluaran berjumlah RM3200 telah dilibatkan dan diserap berasaskan jam buruh langsung. Jumlah jam buruh lansung untuk pengeluaran X ialah 800 jam.

Sediakan Akaun Proses 1 , Akaun Kerugian normal dan Akaun Kerugian abnormal.

Page 18: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 18

Jawapan 12 – 5

jumlah input = 4000 + 6000 = 10000kerugian normal 5% = 500output normal = 9500output sebenar = 9200kerugian abnormal = 300

Akaun proses 1kuantiti Kos/unit Jumlah

(RM)kuantiti Kos/unit Jumlah

(RM)Bahan A

6000 0.50 3000 Kerugian normal

500 0.16 80

Bahan B

4000 1.00 4000 Kerugian abnormal

300 **1.00 300

buruh 430 jam 2.00 860 output 9200 **1.00 9200overhed *1720

10000 9580 10000 9580

.Akaun kerugian normal

Proses 1

500 0.16 80 tunai 500 0.16 80

Akaun Kerugian abnormalProses 1

300 1.00 300 tunai 300 0.16 48

A. utg/rugi

252

300 300 300 300

*overhed = [430/800] RM3200 = RM1720 ** kos/unit = ( 9580-80)/9500 = RM1.00

Kau orang ingat tak ? Kerugian abnormal dipindahkan ke akaun untung rugi tau.

Page 19: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 19

Contoh 12 – 6

Syarikat Haqkiem mengeluarkan sejenis keluaran X. Pengeluaran X akan melalui dua proses yang berlainan. Output dari proses 1 (contoh 12 – 5) akan menjadi input Proses 2, manakala output proses 2 akan menjadi barang siap. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan Proses 2.

Terima dari proses 1 9200 kg @ RM1.00 sekgBahan C 6600kg @ RM0.50 sekgBahan D 4200kg @ RM0.75 sekgBuruh langsung 370 jam @ RM2.00 sejamBahab tak langsung RM300Kerugian biasa 5% daripada inputNilai skrap RM0.25 sekgKeluaran sebenar 18000 kg

Syarikat tidak mempunyai kerja dalam proses awal dan akhir. Overhed pengeluaran berjumlah RM3200 telah dilibatkan dan diserap berasaskan jam buruh langsung. Jumlah jam buruh lansung untuk pengeluaran X ialah 800 jam.

Sediakan Akaun Proses 2 , Akaun Kerugian normal dan Akaun Kerugian Abnormal.

Jawapan 12 – 6

jumlah input = 4200 + 6600 + 9200 = 20000kerugian normal 5% = 1000output normal = 19000output sebenar = 18000kerugian abnormal = 1000

Page 20: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 20

Akaun proses 2kuantiti Kos/unit Jumlah

(RM)kuantiti Kos/unit Jumlah

(RM)Dari Proses 1

9200 1.00 9200

Bahan C

6600 0.50 3300 Kerugian normal

1000 0.25 250

Bahan D 4200 0.75 3150 Kerugian abnormal

1000 **0.94 940

buruh 370 jam 2.00 740 Barang siap

18000 **0.94 16980

Belanja t. langsung

300

overhed *148020000 18170 20000 18170

.Akaun kerugian normal

Proses 1 1000 0.25 250 tunai 1000 0.25 250

Akaun Kerugian abnormalProses 1 1000 0.94 940 tunai 1000 0.25 250

A. utg/rugi

690

*overhed = [370/800] RM3200 = RM1480 ** kos/unit = ( 18170 -250)/ 19000 = RM0.94

Page 21: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 21

12.1.2.3 Bilakah Keuntungan Abnormal Berlaku ?

Jika kerugian sebenar di dalam proses kurang daripada kerugian normal, maka keuntungan abnormal telah diperolehi. Keuntungan yang direkod menunjukkan prsetasi yang lebih baik bagi sesebuah syarikat.

Keuntungan abnormal ini didebitkan kepada Akaun Proses dan dikreditkan ke Akaun Keuntungan Abnormal.

Keuntungan abnormal = Kerugian sebenar < Kerugian normal

Contoh 12 - 7

Maklumat berikut berkaitan dengan Proses H dan Proses S bagi tempoh sehingga 30 November 2000.

PROSES H PROSES SBahan mentah P 10,000kg @

RM3 sekgBahan tambahan Q akan dicampurkan dengan bahan diterima dari Proses H

2500kg @ RM1.40 sekg

Buruh dan overhed RM15,000 Buruh dan overhed RM19,450Kerugian normal 10% daripada

inputKerugian normal 15% daripada

inputOutput dipindah ke proses H

8,500 kg Output menjadi barang siap

9,500kg

Tiada kerja dalam proses Tiada kerja dalam prosesSkarp tidak dapat dijual Skrap tidak dapat dijual

Dikehendaki : Sediakan Akaun Proses H dan S serta Akaun Kerugian /keuntungan Abnoarmal.

Page 22: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 22

Jawapan 12 – 7

PROSES H PROSES S

Kos seunit = kos pengeluaran – nilai skrap Kos seunit = 65450 - 9350----------------------------------- = RM7 output normal

= 45000/9000 = RM5 output normal = 11000 x 85%= 9350

output normal = 10,000 x 90% = 9000

Akaun Proses Hkuantiti Kos/

unit Jumlah(RM)

kuantiti Kos/unit

Jumlah (RM)

Bahan mentah

10000 3 30000 Kerugian normal

1000 - -

Buruh & overhed

15000 Kerugian abnormal

*500 5 2500

Pindah ke Proses S

8500 5 42500

10000 45000 10000 45000

Akaun Proses SDari Proses H

8500 5 42500 Kerugian normal

1650 - -

Bahan mentah

2500 1.40 3500 Barang siap 9500 7 66500

Buruh & Overhed

19450

Keuntungan abnormal

**150 7 1050

11150 66500 11150 66500

Page 23: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 23

Akaun Kerugian/ Keuntungan AbnormalProses H 500 5 2500 Proses S 150 7 1050

A.untung rugi

1450

500 2500 150 2500

kerugian abnormal = output sebenar – output normal = 8500 –9000 = 500 ** keuntungan abnormal = 9500 – 9350 = 150

1. Kos purata seunit ialah jumlah kos pengeluaran dibahagikan dengan kuantiti yang dikeluarkan.

2. Di dalam industri pemprosesan , kerugian proses merupakan satu perkara biasa. Terdapat kerugian yang tidak dapat dielakkan (digelar kerugian normal) dan yang boleh dielakkan (digelar abnormal). Kerugian normal ditanggung oleh keluaran baik. Ini meningkatkan kos purata seunit. Kerugian abnormal ialah kerugian yang melebihi kerugian normal..

3. Kadangkala kerugian yang dialami kurang daripada kerugian sebenar. Ini akan menghasilkan keuntungan abnormal.

FAKTA KUNCI

Page 24: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 24

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 12b- 1

Kerugian Proses terdiri daripada:-

1. __________________________________________

2.__________________________________________

Soalan 12b – 2

Sila padan suaikan dengan tepat pernyataan-pernyataan di bawah.

Kerugiannormal

Ia adalah kerugian yang diramalkan tetap akan berlaku untuk satu- satu proses keluaran

Akhirnya….. saya faham

juga.

AKTIVITI 12B

PENGKOSAN PROSES

Page 25: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 25

Soalan 12b – 3

Qualityagro ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan baja pertanian dan menggunakan beberapa bahan kimis tertentu. Output dari proses A akan dipindahkan ke proses B dan seterusnya sebagai barang siap .

Kerugian normal Proses A ialah 25% daripada input dan bagi proses B pula ialah 10% daripada input bahan. Semua skrap dapat dijual pada harga RM0.15 sekg.

Kos yang diperuntukkan bagi pemprosesan di atas ialah:-

Proses A bahan x 40000kg @ RM0.20 sekgBuruh RM258Overhed RM742

Proses B bahan y 10000kg @ RM0.50 sekgBuruh RM128Overhed RM540

Output daripada Proses A adalah 29,600 kg dan dari Proses B sejumlah 36000 kg.

Dikehendaki:-a. mengira kos kerugian normal proses A dan Bb. mengira kos kerugian abnormal/keuntungan abnormal bagi kedua-dua prosesc. menyediakan akaun proses , akaun kerugian normal dan kerugian/keuntungan

abnormal untuk kedua-dua proses.

Kerugian Abnormal

Keuntungan Abnormal

Ia terjadi apabila kerugian sebenar kurang daripada kerugian normal.

Ia terjadi apabila kerugian sebenar melebihi kerugian normal.

Page 26: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 26

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyaJika anda dapat menjawab kesemua

soalan dalam aktiviti 12B

Jawapan 12b – 1

1. kerugian normal2. kerugian abnormal

Jawapan 12b – 2

Sila padan suaikan dengan tepat pernyataan-pernyataan di bawah.

Kerugiannormal

Ia adalah kerugian yang diramalkan tetap akan berlaku untuk satu- satu proses keluaran

MAKLUMBALAS 12B

PENGKOSAN PROSES

Page 27: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 27

Jawapan 12b – 3

PROSES A PROSES BInput 40000 39600Output 29600 36000Kerugian normal 10000 3960Kerugian sebenar 10400 3600Kerugian /Keuntungan abnormal

(400) 360

Kos kerugian normal RM1500 RM594Kos kerugian abnormal RM100Keuntungan abnormal RM126

Akaun Proses Akuantiti Kos/

unitJumlah (RM)

kuantiti Kos/unit Jumlah (RM)

Bahan 40000 0.20 8000 Output ke Proses B

29600 *0.25 7400

Buruh 258 Kerugian normal

10000 0.15 1500

Overhed 742 Kerugian abnormal

400 *0.25 100

40000 9000 40000 9000

Kerugian Abnormal

Keuntungan Abnormal

Ia terjadi apabila kerugian sebenar kurang daripada kerugian normal.

Ia terjadi apabila kerugian sebenar melebihi kerugian normal.

Page 28: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 28

Akaun Proses BDari Proses A

29000 0.25 7400 Kerugian normal

3960 0.15 594

Bahan 10000 0.50 5000Buruh 128 Barang siap 36000 **0.35 12600Overhed 540Untung abnormal

360 **0.35 126

39960 13194 39960 13194

Akaun kerugian normalProses A 10000 0.15 1500 Keuntungan

abnormal360 0.15 54

Proses B 3960 0.15 594 Tunai 13600 0.15 204013960 2094 13960 2094

Akaun kerugian abnormalProses A 400 0.25 100 Tunai 400 0.15 60

AUR 40400 100 400 100

Akaun Keuntungan abnormalKerugian normal

360 0.15 54 Proses B 360 0.35 126

AUR 72360 126 360 126

* kos/unit proses A =( 9000-1500) / (40000-10000) = RM 0.25

** kos/unit proses B =(13068 – 594) / (39600-3960) = RM0.35

Page 29: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 29

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak

jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 12-1.

Berikan definisi berikut :

i. pengkosan proses mengikut CIMAii. kerugian normaliii. kerugian abnormaliv. keuntungan abnormal

Soalan 12-2

PENILAIAN KENDIRI

PENGKOSAN PROSES

Page 30: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 30

Maklumat berikut berkaitan dengan proses X dan proses Y bagi tempoh sehingga 30 November 2000.

PROSES X- Input bahan mentah P: 10,000 kg pada RM3.00 perkg.- Kos buruh dan overhed ialah RM15,000- Kerugian normal : 10% dari input ke dalam proses- Output dipindah ke Proses Y: 8,500 kg- Tiada kerja dalam proses- Skrap tidak dapat dijual.

PROSES Y- Bahan tambahan Q telah diambil dari setor sebanyak 2,500 kg pada

RM1.40 sekilogram akan dicampurkan dengan bahan dipindah dari Proses X.

- Kos buruh dan overhed ialah RM19,450- Kerugian normal : 15% dari input ke dalam proses- Output dipindah ke Akaun Barang Siap: 9500 kilogram- Tiada kerja dalam proses

- Skrap tidak dapat dijual.

Anda dikehendaki menyediakan:-i. Akaun Proses X dan Yii. Akaun Kerugian / Keuntungan abnormal bagi setiap proses.

Soalan 12-3

Syarikat Mentari adalah sebuah syarikat pengeluar minyak masak berjenama Matahari. Pemprosesan minyak ini melalui tiga proses. Berikut adalah data yang berkaitan dengan keluaran ini..

BUTIRAN PROSES 1 PROSES 2 PROSES 3Bahan langsung (liter) 20000 4500 300Upah langsung (RM) 9600 12350 30540Belanja langsung (RM) 2700 3255 2775Output dari proses (liter) 18500 19500 18500Kerugian biasa 10% 5% 12%

Page 31: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 31

Nilai skrap seliter (RM) 0.25 0.90 1.40Overhed (% dari upah langsung) 50% 40% 50%

Harga bahan langsung bagi Proses 1 ialah RM0.70 seliter, Proses 2 ialah RM1.30 seliter dan Proses # ialah RM2.00 seliter. Tiada stok awal dan akhir di dalam mana-mana paroses.

Dikehendaki;Sediakan akaun proses 1,2 dan 3 serta akaun kerugian atau keuntungan abnormal.

Soalan 12-4

Keluaran Z dihasilkan melalui tiga (3) proses. Berikut adalah maklumat yang berkaitan bagi bulan Disember 2000.

Item Jumlah (RM) Proses 1 Proses 2 Proses 3Bahan mentah 7,542 2,600 1,980 2,962Buruh langsung 9,000 2,000 3,000 4,000Overhed pengeluaran 9,000 - - -

1,000 unit pada harga RM3.00 telah dimulakan di Proses 1. Tiada bahan mentah , kerja dalam proses awal dan akhir tahun. Output pada setiap proses akan menjadi input untuk proses berikutnya sehinggalah menjadi barang siap. Overhed pengeluaran diserap berasaskan 100% atas buruh langsung. Berikut adalah maklumat tambahan yang diperlukan:-

Proses Output Peratusan Nilai skrap seunityang dikeluarkan kerugian normal

atas input (RM)

Proses 1 950 5% 2.00Proses 2 840 10% 4.00Proses 3 750 15% 5.00

Sediakan akaun Proses / Kerugian dan Keuntungan Abnormal.

Page 32: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 32

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 12-1

i. definisi pengkosan proses menurut CIMA sebagai satu kaedah pengkosan asas yang boleh digunakan apabila barang atau perkhidmatan yang dihasilkan daripada satu jujukan @ proses yang b erterusan @ berulangan dan kos boleh dikenakan kepadanya sebelum dipuratakan kepada unit yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.

ii. Kerugian normal – adalah kerugian yang dianggarkan tetap akan berlaku untuk satu-satu proses pengeluaran. Penetapan kerugian ini adalah berdasarkan pengalama yang lepas. Ianya mungkin dalam bentuk skrap atau sisia yang boleh dijual dengan harga yang murah atau tidak boleh dijual.

iii. Kerugian abnormal adalah kerugian yang melebihi daripada kerugian normal. Ia berlaku disebabkan ketidakcekapan pengeluaran dalam proses dan ianya akan ditunjukkan di dalam Akaun untung rugi..

iv. Keuntungan abnormal – terjadi apabila kerugian sebenar kurang daripada kerugian normal . Keuntungan yang direkodkan menunjukkan prestasi yang lebih baik bagi sesebuah syarikat.

MAKLUMBALAS

PENGKOSAN PROSES

Page 33: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 33

Jawapan 12-2

Kos/unit Proses X Proses Y

= kos pengeluaran – nilai skrap 4500/9000 65450/9350RM5.00 RM7

Output normal 10000 x 0.90 11000 x 0.85= 9000 =9350

Akaun Proses Xunit Kos/unit jumlah unit Kos/unit jumlah

bahan 10000 3.00 30000 Kerugian normal

1000 -

Buruh & overhed

15000 Kerugian abnormal

500 5.00 2500

Output ke Proses y

8500 5.00 42500

10000 45000 10000 45000

Akaun Proses YTerima dari Proses X 8500 5.00 42500 Kerugian

normal1650 -

Bahan 2500 1.40 3500 Output 9500 7.00 66500Buruh & overhed 19450Keuntungan abnormal 150 7.00 1050

11150 66500 11150 66500

Akaun keuntungan/kerugian abnormalProses X 500 5.00 2500 Proses Y 150 7.00 1050

AUR 14502500 2500

Page 34: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 34

Jawapan 12-3

Penentuan kerugian/keuntungan abnormal

PROSES 1

PROSES 2

PROSES 3

Input 20000 23000 19800(-) kerugian normal 2000 1150 2376Output normal 18000 21850 17424Output sebenar 18500 19500 18500Kerugian abnormal 2350Keuntungan abnormal 500 1076

AKAUN PROSES 1Kuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

bahan 20000 0.70 14000 Kerrugian normal

2000 0.25 500

upah 9600 Pindah ke Proses 2

18500 *1.70 31450

Belanja langsung

2700

overhed 4800Keuntungan abnormal

500 *1.70 850

20500 31950 20500 31950

AKAUN PROSES 2Kuantiti (liter)

Kos/unit

Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit

Jumlah (RM)

Dari proses 1

18500 1.70 31450

Page 35: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 35

bahan 4500 1.30 5850 Kerugian normal

1150 0.90 1035

upah 12350 Pindah ke Proses 3

19500 2.60 50700

Belanja langsung

3255 Kerugian abnormal

2350 2.60 6110

overhed 4940

23000 57845 23000 57845

AKAUN PROSES 3Kuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Dari proses 2

19500 2.60 50700 Kerugian normal

2376 1.40 3326.40

bahan 300 2.00 600 Barang siap

18500 5.5417 102521.47

upah 30540Belanja langsung

2775

overhed 15270Keuntungan abnormal

1076 5.5417 5949.90

20876 105847.87 20876 105847.87

Akaun Kerugian AbnormalKuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Proses 2 2350 2.60 6110 tunai 2350 0.90 2115AUR 3995

2350 6110 2350 6110

Akaun Keuntungan AbnormalTunai 500 0.25 125 Proses 1 500 1.70 850Tunai 1076 1.40 1506.40 Proses 3 1076 5.5417 5949.90AUR 5168.50

Jawapan 12-4

AKAUN PROSES 1

Page 36: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 36

Kuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Unit mula 1000 3.00 3000bahan 2600 Kerugian

normal50 2.00 100

upah 2000 Pindah ke Proses 2 950 10 9500

overhed 20001000 9600 1000 9600

AKAUN PROSES 2Kuantiti (liter)

Kos/unit

Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit

Jumlah (RM)

Dari proses 1

950 10 9500 Kerugian normal 95 4 380

bahan 1980 Pindah ke Proses 3

840 20 16800

upah 3000 Kerugian abnormal

15 20 300

overhed 3000950 17480 950 17480

AKAUN PROSES 3Kuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Dari proses 2

840 20 16800 Kerugian normal

126 5 630

bahan 2962 Barang siap

750 38 28500

upah 4000overhed 4000Keuntungan abnormal

36 38 1368

876 29130 876 29130

Akaun Kerugian AbnormalKuantiti (liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Kuantiti(liter)

Kos/unit Jumlah (RM)

Proses 2 15 20 300 tunai 15 4 60AUR 240

Page 37: Pengkosan Proses

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 12 / 37

15 300 15 300

Akaun Keuntungan AbnormalKerugian normal

36 5 180 Proses 3 36 38 1368

AUR 118836 1368 36 1368