prosedur peperiksaan

4
PROSEDUR PEPERIKSAAN PENGGUBAL SOALAN - Ditetapkan oleh panitia PENYEDIAAN KERTAS SOALAN 1. Kertas soalan perlu bertaip (Times New Roman, Font 11 @ 10 untuk dwibahasa, 1.5 spacing). 2. Kaedah ’cut and paste’ atau fotostat terus dari buku tidak dibenarkan sama sekali. 3. Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak dibenarkan diulang semula pada tahun-tahun berikutnya. 4. Soalan mestilah mengikut format soalan sebenar. 5. Setiap kertas soalan mestilah mengandungi : a. Muka depan i. Nama sekolah dan logo ii. Mata pelajaran iii. Tempoh dan masa iv. Nama dan tingkatan v. Ruangan pemarkahan vi. Ruangan ‘disediakan’, disemak’ dan ‘disahkan’ b. Arahan c. Formula (untuk sesetengah mata pelajaran) d. Bilangan muka surat 6. Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / guru kanan untuk disahkan. 7. Kertas soalan hendaklah dihantar untuk diriso sekurang – kurangnya dua minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut.

Upload: rafidah-ramli

Post on 11-Apr-2016

280 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pengurusan ujian dan peperiksaan

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR PEPERIKSAAN

PROSEDUR PEPERIKSAAN

PENGGUBAL SOALAN

- Ditetapkan oleh panitia

PENYEDIAAN KERTAS SOALAN

1. Kertas soalan perlu bertaip (Times New Roman, Font 11 @ 10 untuk dwibahasa, 1.5 spacing).

2. Kaedah ’cut and paste’ atau fotostat terus dari buku tidak dibenarkan sama sekali.

3. Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak dibenarkan diulang

semula pada tahun-tahun berikutnya.

4. Soalan mestilah mengikut format soalan sebenar.

5. Setiap kertas soalan mestilah mengandungi :

a. Muka depan

i. Nama sekolah dan logo

ii. Mata pelajaran

iii. Tempoh dan masa

iv. Nama dan tingkatan

v. Ruangan pemarkahan

vi. Ruangan ‘disediakan’, disemak’ dan ‘disahkan’

b. Arahan

c. Formula (untuk sesetengah mata pelajaran)

d. Bilangan muka surat

6. Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / guru kanan untuk disahkan.

7. Kertas soalan hendaklah dihantar untuk diriso sekurang – kurangnya dua minggu sebelum

tarikh peperiksaan tersebut.

8. Kertas soalan hendaklah disusun @ dibungkus mengikut kelas bersama borang kawalan yang

telah lengkap diisi.

9. Kertas soalan perlu berada di dalam almari peperiksaan selewat-lewatnya dua hari sebelum

tarikh peperiksaan / ujian.

SEMASA PEPERIKSAAN

1. Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak

diperlukan di luar atau di belakang kelas.

Page 2: PROSEDUR PEPERIKSAAN

3. Guru yang memulakan kertas hendaklah membaca dengan jelas arahan peperiksaan dan pastikan

tidak berlaku sebarang  penyelewengan semasa peperiksaan berlangsung.

4. Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku.

5. Lengkapkan  borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir,

meniru atau lain – lain yang berkaitan bagi memudahkan guru yang menanda.

6. Kertas soalan hendaklah dikutip semula apabila selesai ujian / peperiksaan.

7. Skrip jawapan pelajar hendaklah dikutip dan disimpan di bilik peperiksaan untuk direkod sebelum

diserahkan kepada guru yang bertanggung jawab untuk memeriksa.

8. Asingkan lebihan kertas jawapan dan lebihan soalan, letakkan ke dalam bekas yang disediakan.

PENYEDIAAN TEMPAT PEPERIKSAAN

1. Penyusunan bilik – bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat dengan

dinding.

3. Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalan jadual kedatangan.

4. Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk murid.

Penyemakan, Analisis dan Post Mortem

1. Penyemakan kertas jawapan hendaklah dilakukan oleh pemeriksa yang bertanggungjawab.

2. Bagi guru – guru yang cuti bersalin , berkursus ataupun yang akan berpindah adalah masih

bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan merekod markah pelajar.

3. Markah-markah hendaklah dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan Sistem Analisa

Peperiksaan (SAPS) ( kecuali Ting. 6 )

4. Semua Penyelaras Tingkatan hendaklah memastikan markah-markah dimasukkan ke dalam

komputer SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan. ( Penyelaras Tingkatan adalah

bertanggungjawab jika terdapat kelewatan guru-guru memasukkan markah ).

5. Sila tandakan ’TH’ untuk murid yang tidak hadir, ’01’ untuk murid yang mendapat ’0’.

6. Peperiksaan / ujian gantian hanya disediakan untuk murid wakil sekolah (disahkan oleh

guru penasihat)

7. Analisis akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan.

8. Ketua Panitia setiap mata pelajaran bertanggungjawab untuk memastikan setiap panitia/guru mata

pelajaran untuk membuat post mortem selepas analisis dikeluarkan.

9. Salinan post mortem hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk difailkan.

Page 3: PROSEDUR PEPERIKSAAN

CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIAN/PEPERIKSAAN

Menyediakan takwim peperiksaan dalaman, tarikh dan masa peperiksaan

Menyediakan jadual ujian/peperiksaan dalaman

Menyediakan soalan ujian/peperiksaan

Semakan/pengesahan soalan oleh Ketua Panitia dan Guru Kanan

Menyimpan kertas soalan ujian/peperiksaan di tempat selamat

Menghantar kertas soalan untuk percetakan

Menjalankan ujian/peperiksaan

Mula

Mengagih kertas soalan dan kertas OMR mengikut tarikh, masa, mata pelajaran dan kelas

Menyemak kertas jawapan dan pemarkahan

Mengisi markah dalam komputer (SAPS)

Menyediakan analisis ujian/peperiksaan

Analisis dan post mortem oleh Panitia dan guru mata pelajaran

Dokumentasi analisis dan post mortem

Tamat