prosedur pelaksanaan ujian dan peperiksaan dalam … · prosedur pelaksanaan ujian dan peperiksaan...

15
PROSEDUR PELAKSANAAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAM TALIAN UNIT KUALITI & STRATEGI FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI TEKNOLGI MALAYSIA 1

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PROSEDUR PELAKSANAAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAM TALIAN

    UNIT KUALITI & STRATEGIFAKULTI KEJURUTERAANUNIVERSITI TEKNOLGI MALAYSIA

    1

  • OBJEKTIF

    § Memperkenalkan garis panduan pelaksanaan ujian dan peperiksaan secara jarakjauh dan dalam talian;

    § Memastikan bahawa pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian memenuhi CLOdan PLO; dan

    § Menjamin integriti di sepanjang pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian.

    2

  • PENGENALAN

    § Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 - 31 Mac 2020 dandilanjutkan hingga 14 April dan seterusnya sehingga 28 April 2020;

    § UTM telah memutuskan bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan secara jarak jauhdan dalam talian (Online Learning) bermula 1 April 2020 hingga 25 Jun 2020. (Pindaan KalendarAkademik Sesi 2019/2020: kelulusan Senat UTM 25 Mac 2020; Edisi 3 Senat lulus 2 April 2020);

    § Selaras dengan keputusan UTM, maka pelaksanaan ujian juga mengambil kira pelaksanaan secara jarakjauh dan dalam talian.

    § Rujukan:i. MQA,ii. Guiding Principles on Teaching-Learning and Assessment Implementation During COVID19

    Pandemic by EAC-ETAC,iii. Garis Panduan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID19 oleh UGS; daniv. Garis Panduan Akademik Fakulti Kejuruteraan

    3

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    1. Sekiranya platform ujian/peperiksaan dalam talian tidak dinyatakan di Course Information (CI), kenalpastiplatform dalam talian yang akan digunakan sebelum pengumuman jadual ujian kepada pelajar. UTMLEADmencadangkan, platform ujian/peperiksaan dalam talian ialah UTM eLearning, Quizizz dan Socrative (Rujukan:olc.utm.my) atau mana-mana aplikasi dalam talian yang bersesuaian;

    2. Bagi pelaksanaan ujian/peperiksaan yang tidak dijalankan secara serentak, set soalan berbeza hendaklahdisediakan. Penyelaras dan pensyarah perlu bertanggungjawab memastikan set-set soalan tersebut memenuhiPLO, tahap kognitif yang sama aras dan juga agihan markah;

    3. Penyelaras dikehendaki memastikan soalan-soalan ujian/peperiksaan diselaraskan dan dinilai oleh penilai-penilaikertas soalan ujian/peperiksaan yang dilantik;

    4. Terdapat 2 kaedah yang boleh diguna pakai untuk membuat ujian/peperiksaan secara dalam talian dan jarak jauhiaitu:

    a. Kaedah Timed/Open-bookb. Kaedah Timed/Closed-book

    4

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    a. Kaedah Timed/Open-booki. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mestilah kurang dari masa sebenar ketika

    ujian/peperiksaan bertulis diadakan bagi soalan multiple choice dan true/false;ii. Masa yang diperuntukkan sama seperti masa yang diperuntukkan untuk ujian/peperiksaan bertulis bagi

    soalan pengiraan, jawapan pendek dan karangan;iii. Bagi soalan pengiraan yang berkait antara satu soalan dengan yang lain, kaedah muat turun soalan-jawab-

    muat naik jawapan boleh digunakan;iv. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk membenarkan muat naik jawapan semua

    soalan setelah selesai sesi ujian/peperiksaan dalam talian berlangsung atau memilih untuk meminta pelajarmemuat naik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi ujian/peperiksaanberlangsung;

    v. Kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi level kognitif aras sederhana dan tinggi iaitu minimum level ialah C3bagi kursus peringkat pra-siswazah dan minimum level C4 bagi kursus peringkat pasca-siswazah; dan

    vi. Bagi kaedah take home test/exam, tempoh maksimum yang dibenarkan pelajar menjawab soalanujian/peperiksaan adalah 3 hari dengan minimum level kognitif ialah C4 bagi kedua-dua peringkat pra-siswazah dan pasca-siswazah.

    5

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    b. Kaedah Timed/Closed-booki. Kaedah shuffle perlu digunakan bagi soalan yang berbentuk pelbagai pilihan (multiple choice), jawapan

    pendek (short answer) dan benar/salah (true/false);ii. Bagi soalan pengiraan yang berkait antara satu soalan dengan yang lain, kaedah muat turun soalan-

    jawab-muat naik jawapan boleh digunakan;iii. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk membenarkan muat naik jawapan

    semua soalan setelah selesai sesi ujian/peperiksaan dalam talian berlangsung atau memilih untukmeminta pelajar memuat naik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesiujian/peperiksaan berlangsung;

    iv. Bagi item (iii), pelajar perlu disediakan dengan tempoh rehat yang bersesuaian antara setiap sesi muatturun soalan-jawab-muat naik jawapan; dan

    v. Bagi item (iii) dan (iv), masa muat naik jawapan dan tempoh rehat tidak di ambil kira sebagai masa yangdiperuntukkan sebagai masa ujian dalam talian.

    6

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    5. Setiap kertas soalan yang akan dimuat turun mestilah dilindungi dengan kata laluan (password protected).Pelajar dibenarkan untuk memuat turun soalan seawal 2 jam sebelum ujian/peperiksaan dalam taliandijalankan; dan

    6. Kenyataan akujanji plagiarism and academic dishonesty dan arahan berkaitan ujian/peperiksaan sertapelaksanaannya adalah WAJIB dimaklumkan kepada pelajar secara dalam talian. Pelajar WAJIB memuat turundokumen tersebut dan membaca isi kandungannya sebelum bermulanya sesi ujian/peperiksaan dalam talian.

    7

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    Persediaan 30-40 minit sebelum ujian/peperiksaan dalam talian dijalankan:i. Bagi kursus yang mempunyai beberapa seksyen dan ujian/peperiksaan dijalankan serentak, penyelarasan peringkat

    akhir di antara pensyarah yang terlibat adalah diwajibkan bagi memastikan semua seksyen telah bersedia;ii. Pensyarah perlu mengumpul maklumat dan capaian internet setiap pelajar iaitu tempoh ping, jitter, kelajuan download

    dan upload menggunakan TM Speed Test di speedtest.tm.com.my;iii. Bagi pelajar yang tidak dapat melayari platform ujian dalam talian, pensyarah boleh menggunakan aplikasi whatsapp,

    applikasi telegram atau e-mel;iv. Kertas soalan yang wajib dimuat turun, pelajar dibenarkan berbuat demikian di dalam tempoh ini atau 2 jam sebelum

    ujian/peperiksaan bermula. Kata laluan hanya akan diberikan 10 minit sebelum ujian/peperiksaan bermula;v. Sekiranya mempunyai lebih dari satu soalan ujian/peperiksaan, soalan-soalan tersebut boleh dipisahkan di fail yang

    berbeza dengan kata laluan yang berbeza dan boleh di muat-turun oleh pelajar secara serentak. Kata laluan bolehdiberi secara berasingan mengikut kesesuaian masa di sepanjang sesi ujian/peperiksaan berlangsung;

    vi. Pensyarah DIGALAKKAN memberi arahan secara bersemuka dalam talian;vii. Arahan lisan menggunakan rakaman audio dibolehkan bagi aplikasi WhatsApp dan Telegram serta cara lain yang

    difikirkan bersesuaian. Namun, arahan ujian/peperiksaan perlu diberikan secara bertulis terlebih dahulu kepadapelajar;

    viii. Kehadiran pelajar adalah WAJIB direkodkan;8

  • Prosedur I (Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

    ix. Pensyarah perlu mendapatkan perakuan semua pelajar bagi plagiarism and academic dishonesty. Forum diUTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau Google Form boleh digunakan untuk tujuan ini atau platform lain yangbersesuaian;

    x. Pelajar wajib membaca dokumen plagiarism and academic dishonesty dan memberi perakuan “Faham danPatuh” (Understand and Adhere) di dalam dokumen tersebut; dan

    xi. Pelajar yang tidak mendapat akses ke UTM eLearning/Blackboard (SPACE)/Google Form boleh menggunakanaplikasi WhatsApp dan Telegram atau yang bersesuaian untuk memberi perakuan “Faham dan Patuh”.

    9

  • Prosedur II (semasa sesi ujian/peperiksaan berlangsung)

    1. Pensyarah perlu memastikan terdapat komunikasi dua-hala antara pensyarah dan pelajar sewaktu sesiujian/peperiksaan berlangsung menggunakan aplikasi yang bersesuaian secara masa nyata (real-time);

    2. Bagi pelajar yang terputus capaian internet ketika sesi ujian berlangsung dan tidak dapat meneruskan ujian,maklumkan kepada pensyarah bersama bahan bukti samada melalui aplikasi whatsapp, telegram atau e-melatau cara lain yang bersesuaian. Bahan bukti yang perlu dimaklumkan adalah tempoh ping, jitter, kelajuandownload dan upload.;

    3. Hanya pelajar yang mempunyai masalah teknikal/capaian internet sahaja dibenarkan menduduki ujiangantian (dengan bukti);

    4. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan juga dibenarkan menduduki ujian gantian dengan mengemukasurat akuan doktor perubatan/sijil sakit; dan

    5. Pelajar perlu mematuhi akuan plagiarism and academic dishonesty di sepanjang sesi ujian/peperiksaanberlangsung dan sebarang bentuk perlanggaran boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Akademik UTM.

    10

  • Prosedur III (selepas sesi ujian berlangsung)

    1. Pensyarah perlu memaklumkan kepada pelajar sesi ujian/peperiksaan telah tamat. Pelajar dikehendaki memuat naikjawapan di UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau platform lain yang bersesuaian, dalam tempoh 10 minit selepastamat sesi menjawab soalan ujian/peperiksaan;

    2. Bagi kaedah enhanced timed/open book pula, pelajar perlu memuat naik jawapan mereka mengikut bilangan hari(maksimum 3 hari) yang diperuntukan kepada pelajar;

    3. Pensyarah perlu memastikan semua pelajar telah menghantar jawapan beserta bukti penghantaran sebelum sesi ujianditamatkan secara rasmi;

    4. Pensyarah perlu memastikan jawapan ujian semua pelajar dapat disimpan di UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atauplatform lain yang bersesuaian;

    5. Bagi jawapan yang telah dibuat auto-marking oleh sistem komputer, pensyarah perlu menyemak semula kesahihanjawapan pelajar dan memberi penilaian markah yang bersesuaian sekiranya terdapat kesilapan yang dibuat oleh sistemauto-marking. Perkara ini perlu direkodkan di dalam UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau platform lain yangbersesuaian;

    6. Pensyarah hendaklah memberi kepada pelajar salinan jawapan pelajar yang telah dibuat semakan dan pemarkahan; dan7. Pelajar boleh memohon kepada pensyarah untuk semakan semula sekiranya terdapat kesilapan dari segi penandaan dan

    pemarkahan dan pensyarah perlu membuat semakan semula dan memaklumkan kepada pelajar berkaitan hasil semakan.11

  • Contoh

    Statement on Plagiarism and Academic Dishonesty

    12

  • 13

    Statement on Plagiarism and Academic Dishonesty

    I have heard either the teacher's discussion of plagiarism and academic dishonesty or read the assigned materialscovering these topics. I understand that plagiarism is an act of intellectual dishonesty as is cheating.I understand it is academically unethical and unacceptable to do any of the following acts during EXAMINATION:1. To ask a family member, another student, or any other writer to take EXAMINATION on my behalf;2. To cheat on tests through the use of crib sheets, hidden notes or signals, viewing another student's paper,

    revealing the answers on my own paper to another student, through verbal or textual communication, signlanguage, or other means of storing and communicating information, including electronic devices, recordingdevices, cellular telephones, headsets, and portable computers;

    3. To photograph an examination and pass it on to a student who will be taking that examination later;

    4. To copy another student's test answers and submit the work as if it were the product of my own labor; dan5. To allow another student to "borrow" my test answers and reproduce it as his or her own.

    I understand that the consequences for committing any of the previous acts of academic dishonesty can include afailing grade for the test, failure in the class as a whole, and even expulsion from the university as listed in the“UTM Academic Regulations".

    I will not plagiarize or cheat.

    Name: _______________________________ Date:_________________________

  • TATACARA PELAKSANAAN UJIAN DALAM TALIAN* SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (SESI 20192020-II)

    SEBELUM UJIAN

    Penyelaras/ Pensyarah

    Pastikan CI di kemaskini dengan tambahan elemen pembelajarandalam talian. Platform ujian dalam talian: UTM eLearning, Quizizzdan Socrative.

    Tentukan berapa set soalan ujian diperlukan dan dibuat pelarasan(minimum 1 set sekiranya dijalankan secara serentak utk semuaseksyen).

    Pastikan set soalan ujian yang berbeza (sekiranya ada) memenuhiPLO dan tahap kognitif yang sama aras dan agihan markah.

    Pastikan set-set soalan ujian telah dibuat penilaian (UG shj) - rujukprosedur penilaian soalan ujian dalam talian SKE.

    Pastikan kertas soalan yang dimuat naik untuk pelajar muat turunmempunyai kata laluan yang dilindungi (password protected)

    Pastikan pelajar dibenar memuat turun soalan ujian dengan katalaluan yang dilindungi seawal 2 jam dari masa ujian sebenar.

    Pastikan dokumen-dokumen berikut dimuat naik dan pelajarmembacanya sebelum ujian berlangsung.i. Kenyataan Plagiarism and Academic Dishonestyii. Arahan kepada Pelajar (berkaitan soalan ujian dan arahan

    menjawab, masa, tindakan pelajar dll)

    KAEDAH UJIAN DALAM TALIAN

    Kaedah Timed/Open-book

    Kaedah Timed/Closed-book

    i. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mestilah kurang darimasa sebenar ketika ujian bertulis diadakan bagi soalan multiple choicedan true/false.

    ii. Masa yang diperuntukkan sama seperti masa yang diperuntukkan untukujian bertulis bagi soalan pengiraan, jawapan pendek dan karangan.

    iii. Kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi level kognitif aras sederhana dantinggi iaitu minimum level ialah C3 bagi kursus peringkat pra-siswazahdan minimum level C4 bagi kursus peringkat pasca-siswazah.

    iv. Bagi kaedah enhanced timed/open-book, iaitu take home test, tempohmaximum yang dibenarkan pelajar menjawab soalan ujian adalah 3 haridengan minimum level kognitif ialah C4 bagi kedua-dua peringkat pra-siswazah dan pasca-siswazah.

    i. Ujian hendaklah menggunakan kaedah shuffle bagi soalan-soalan yangterdiri daripada multiple choice (boleh juga shuffle jawapan jika platformmembenarkan), short answer dan true/false.

    ii. Bagi soalan-soalan yang tidak boleh menggunakan kaedah shuffle keranasebab tertentu seperti soalan pengiraan yang berkait antara satu soalandengan yang lain, maka kaedah muat turun soalan-jawab-muat naikjawapan hendaklah diguna pakai.

    iii. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untukmembenarkan muat naik jawapan semua soalan setelah selesai sesi ujiandalam talian berlangsung atau memilih untuk meminta pelajar memuatnaik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesiujian berlangsung.

    iv. Bagi item (iii), pelajar perlu disediakan dengan tempoh rehat antara satusesi muat turun soalan-jawab-muat naik jawapan. Tempoh rehat inimestilah selaras untuk kursus yang banyak seksyen dan menjalankanujian secara serentak di platformmasing-masing.

    v. Bagi item (iii) dan (iv), masa muat naik jawapan dan tempoh rehat tidakdi ambil kira sebagai masa yang diperuntukkan sebagai masa ujian dalamtalian.

    Pastikan semua seksyen telah bersedia melaksanakaan ujian secaraserentak (kes yang banyak sekyen dan ujian diadakan serentak).

    SEMASA UJIAN

    Pastikan terdapat komunikasi dua-hala sewaktu sesi ujian berlangsung. Peringatanperlu diberi kepada pelajar sebelum sesi ujian berlangsung berkaitan perkara ini.

    Pastikan pelajar yang mempunyai masalah teknikal semasa sesi ujian dalam taliandiadakan menghantar maklumat masalah teknikal dan capaian internet tersebut.

    Pelajar dibenarkan untuk menduduki ujian gantian untuk 2 perkara berikut(dengan bukti):i. Masalah kesihatanii. Masalah teknikal/capaian internet semasa sesi ujian berlangsung

    Pelajar perlu mematuhi akuan plagiarism and academic dishonesty pelajarsepanjang sesi ujian berlangsung agar tidak melanggar peraturan Akademik UTM.

    30-40 MINIT SEBELUM UJIAN

    Pens

    yara

    h

    Penyelaras

    Pastikan semua pelajar bersedia menduduki ujian dalam talian dandiambil kedatangan.

    Pastikan pelajar menghantar maklumat capaian internet (ping, jitter,kelajuan download dan upload). Boleh layari speedtest.tm.com.my.

    Pastikan pelajar yang tidak dapat melayari platform ujian dalam taliandiberi semua dokumen berkaitan termasuk soalan ujian melaluiaplikasi whatsapp/telegram/e-mel.

    Pastikan pelajar menghantar perakuan plagiarism and AcademicDishonesty.

    Pastikan pelajar diberi kata laluan kepada kertas soalan seawal 10minit sebelum ujian dalam talian diadakan.

    Pastikan setiap soalan mempunyai kata laluan berbeza dan diberisecara berasingan mengikut kesesuaian masa semasa sesi ujianberlangsung (sekiranya setiap soalan di fail berbeza).

    Pelajar

    SELEPAS UJIANMaklumkan kepada pelajar sesi menjawab soalan ujian telah tamat. Tempoh masa yangdibenarkan adalah selama 10 minit selepas tamat sesi untuk muat naik jawapan. Bagikaedah enhanced timed/open book pula, pelajar boleh memuat naik jawapan merekamengikut bilangan hari (maksimum 3 hari) yang diperuntukan kepada pelajar.

    Pastikan semua pelajar telah menghantar jawapan beserta bukti penghantaran sebelumsesi ujian ditamatkan secara rasmi.

    Bagi jawapan yang telah dibuat auto-marking oleh sistem komputer, pensyarah perlumenyemak semula kesahihan jawapan pelajar dan memberi penilaian markah yangbersesuaian.

    Pensyarah hendaklah memberi kepada pelajar salinan jawapan pelajar yang telah dibuatsemakan dan pemarkahan. Pelajar boleh memohon kepada pensyarah untuk semakansemula sekiranya terdapat kesilapan dari segi penandaan dan pemarkahan dan pensyarahperlu membuat semakan semula dan memaklumkan kepada pelajar berkaitan hasilsemakan.

    *Sila rujuk Prosedur Pelaksananan Ujian Dalam Talian untuk lebih perincian (diluluskan JKP SKE pada 5 April 2020 di mesyuarat JKPS Bil. 3/2020)

  • UNIT KUALITI DAN STRATEGIFAKULTI KEJURUTERAAN

    P e n g h a r g a a n k e p a d a :Sekolah Kejuruteraan Elektrik

    THANK YOU