proposal school 2015

18
PENGGUNAAN MODEL GAMBAR RAJAH SEGI EMPAT TEPAT DALAM PENAMBAHAN PECAHAN BERBEZA PENYEBUT BAGI MURID TAHUN 4 NAMA PENYELIDIK : GOMALA A/P MOOKAN PREMA A/P VIJAYAKUMAR SJK (TAMIL) GHANDIJI PARIT 4, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR.

Upload: gomala-mookan

Post on 25-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN MODEL GAMBAR RAJAH SEGI EMPAT TEPAT DALAM PENAMBAHAN PECAHAN BERBEZA PENYEBUT BAGI MURID TAHUN 4

NAMA PENYELIDIK :

GOMALA A/P MOOKANPREMA A/P VIJAYAKUMARSJK (TAMIL) GHANDIJI

PARIT 4, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR.1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya mengajar murid tahun 5 kemahiran menambah dua nombor bercampur dengan penyebut yang tak sama, saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dicadangan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 dan buku panduan guru. Saya telah mengajar murid melakukan operasi tambah melibatkan dua nombor bercampur dengan penyebut yang tak sama dengan bantuan jalur kertas dan gambar rajah untuk memodelkan operasi penambahan pecahan. Menurut Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., Smith, N. L. and Suydam, M. N.. (2004) penggunaan model rantau melalui lipatan kertas membantu murid mencari pecahan setara secara simbolik dan membawa kepada kefahaman dalam penambahan pecahan. Walaupun murid-murid diberi bimbingan dengan menggunakan beberapa contoh, saya mendapati segelintir murid tidak dapat memberi jawapan dalam bentuk yang paling ringkas. Pada akhir pelajaran, saya memberi latihan kepada murid sebagai kerja rumah. Pada keesokan hari saya telah menyemak hasil kerja mereka. Saya berasa sangat kecewa bila mendapati ramai murid gagal menjawab soalan dalam latihan dengan betul. Saya berasa terkilan kerana saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan dalam buku panduan guru. Namun, masih terdapat murid yang tidak berjaya menguasai kemahiran menambah dua nombor bercampur dengan penyebut tak sama.

Saya rasa tertekan dan risau memikirkan situasi tersebut kerana saya tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membimbing murid saya supaya mereka semua dapat menguasai kemahiran menambah dua nombor bercampur dengan penyebut tak sama. Ini adalah kerana saya perlu menghabiskan sukatan pelajaran. Pelbagai persoalan telah wujud dalam fikiran saya, Mengapakah murid sukar untuk memahami konsep berkaitan dengan pecahan?, Adakah penyampaian saya kurang berkesan?, Mungkinkah mereka tidak memahami konsep nombor bercampur?, Adakah murid menghadapi masalah dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur? Justeru, saya meneliti jawapan yang diberi oleh murid saya dalam latihan agar dapat mencari jawapan kepada kemusykilan saya. Selepas saya menyemak jawapan yang diberi oleh murid dalam latihan tersebut, saya mendapati bahawa mereka bukannya tidak memahami bagaimana hendak menambah dua nombor bercampur tetapi mereka menghadapi kesukaran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang tak sama di mana hasil tambah kedua-dua pecahan itu lebih daripada satu. Masalah ini berpunca dari kegagalan murid memahami konsep pecahan setara. Isu ini menjadi cabaran kepada saya kerana saya sedar murid harus mempunyai fahaman yang kukuh tentang konsep pecahan dan pecahan setara supaya mereka boleh melakukan operasi tambah dan tolak ke atas pecahan.

Ini selaras dengan pendapat Cramer, K., Wyberg, T., & Leavitt, S. (2009) yang menyatakan bahawa kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam penambahan dan penolakan pecahan berpunca dari meminta murid melakukan operasi-operasi ini ke atas pecahan sebelum mereka mempunyai fahaman yang kukuh bagi konsep yang berkaitan dengan pecahan. Saya percaya jika saya mengajar murid untuk kefahaman konseptual dan bukan setakat penghafalan algoritma mungkin saya dapat membantu murid menguasai kemahiran melakukan operasi tambah ke atas pecahan.

2.0 Fokus Kajian Kajian tindakan ini memberi fokus kepada bagaimana pengkaji boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menambah dua pecahan dengan penyebut yang tak sama dengan menggunakan model gambar rajah. Saya bertekad untuk membantu murid saya yang menghadapi masalah dalam menambah dua pecahan dengan penyebut yang tak sama dengan menggunakan kaedah yang memudahkan murid menguasai kemahiran menambah dua pecahan yang penyebut yang tak sama. Ini adalah kerana bahan konkrit seperti jalur kertas serta model gambar rajah yang saya gunakan dalam pengajaran saya kurang berkesan dalam membantu murid menukar dua pecahan yang penyebutnya tak sama kepada pecahan setara sepunya.

Saya sedar selagi murid belum menguasai konsep pecahan setara sepunya dengan baik, murid akan menghadapi masalah untuk menambah atau menolak dua pecahan dengan penyebut yang tak sama. Murid-murid juga menghadapi masalah dalam meringkaskan pecahan. Oleh yang demikian saya bercadang untuk menggunakan model gambar rajah untuk meningkatkan kemahiran murid saya dalam menambah dua pecahan dengan penyebut yang tak sama. Saya akan menggunakan gambar rajah segi empat tepat untuk membantu murid saya melakar model bagi pecahan setara dan menyatakan pecahan setara dalam bentuk paling ringkas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

(a) Mendapatkan pecahan setara:

(b) Meringkaskan pecahan:

Rajah 2.1Saya sering menggunakan gambar rajah palang pecahan untuk mewakili pecahan setara dan saya dapati ianya kurang berkesan dalam membantu murid saya mendapatkan pecahan setara. Oleh itu, saya akan menggunakan gambar rajah segi empat tepat sebagai penambahbaikan kepada model gambar rajah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran menambah dua pecahan dengan penyebut yang tak sama. Saya akan melaksanakan langkah-langkah pengajaran seperti berikut.

Contoh:

Langkah 1: Mewakilkan kedua-dua pecahan dengan menggunakan model gambar rajah

Langkah 2: Mendapatkan pecahan setara sepunya

Langkah 3: Menambah kedua-dua pecahan dan mewakilkan hasil tambah dengan menggunakan model gambar rajah

Fokus kajian ini dipilih dengan mengambil kira beberapa faktor. Pertama, perbelanjaan untuk menjalankan kajian. Kajian tindakan ini tidak melibatkan kewangan yang banyak. Perbelanjaan untuk melaksanakan kajian ini melibatkan pembelian kertas dan bayaran perkhidmatan fotostat untuk lembaran kerja.

Kedua ialah kepentingan kajian. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran murid dalam menambah dua pecahan wajar dengan penyebut tak sama. Jika murid dapat menguasai kemahiran untuk menggunakan model ini, mereka boleh aplikasikan dalam penyelesaian masalah. Contohnya, kemahiran mengguna model atau kemahiran menambah pecahan ini boleh diaplikasikan dalam soalan penyelesaian masalah. Seterusnya, mereka dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat dan tepat. Ketiga, kebolehgunaan kajian ini. Kajian tindakan ini adalah praktikal dan boleh dikendalikan dengan mudah. Saiz kumpulan sasaran yang kecil memudahkan saya menggendalikan kajian ini.

Keempat, kawalan kumpulan sasaran kajian. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada murid saya. Oleh itu, saya dapat mengawal sepenuhnya penglibatan responden semasa kajian dilaksanakan. Saya juga dapat mengawal pembolehubah bersandar dalam kajian ini iaitu prencapaian murid dalam menambah dua pecahan wajar yang penyebut tak sama. Pencapaian murid dapat diukur secara kuantitatif melalui pentaksiran bertulis sepanjang kajian ini.

Kelima, kerelevanan kajian kepada sekolah. Kajian ini bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran murid dalam menambah dua pecahan yang penyebutnya tak sama. Kaedah model gambar rajah yang akan digunakan bertujuan membantu murid memhami konsep matematik dengan lebih baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian matematik mereka. Di samping itu, dapatan kajian ini mungkin boleh membantu guru permulaan dalam pengajaran mereka bagi tajuk ini. Guru permulaan biasanya mengajar kemahiran menambah dua pecahan yang penyebut tak sama dengan menggunakan algoritma yang menjurus kepada hafalan dan bukan kepada fahaman konseptual.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menambah dua pecahan yang penyebutnya tak sama dengan menggunakan model gambar rajah segiempat tepat.3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan minat murid terhadap topik pecahan Memudahkan guru mengatur pelbagai aktiviti proses P&P di dalam bilik darjah mengikut tahap kecerdasan murid pada sesuatu masa.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran untuk kajian ini terdiri daripada 6 orang murid dari Tahun 4 di SJKT Ghandiji. Mereka terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang mempunyai purata umur 10 tahun. Murid-murid yang menjadi kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada golongan murid yang pencapaian matematik mereka sederhana dan lemah. Terdapat beberapa orang murid yang kurang berminat untuk melibatkan diri dalam sesi soal jawab semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kelas. Semua murid dalam kumpulan sasaran ini boleh membaca dan mengira.

5.0 Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Perancangan TindakanBeberapa langkah akan saya ambil untuk memastikan bahawa kajian tindakan saya dilaksanakan dengan lancar. Pertama, saya akan berjumpa dengan pihak sekolah dan mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian dan akan menjelaskan cadangan jadual pelaksanaan kajian. Selepas itu, saya akan mendapatkan bukti-bukti daripada pelbagai sumber bahawa masalah dalam menambah dua pecahan yang penyebutnya tak sama memang wujud dalam kalangan murid di sekolah ini. Berdasarkan bukti-bukti tersebut, saya akan menentukan kumpulan sasaran kajian saya dan melaksanakan kaedah alternatif untuk menyelesaikan soalan tambah dua pecahan yang penyebutnya tak sama dengan menggunakan model gambar rajah segiempat tepat. Akhirnya saya akan mengumpulkan data bagi menentukan keberkesanan kaedah alternatif saya. 5.2 Cara Pengumpulan Data

Data-data akan dikumpul sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini secara kuantitatif dan kualitatif untuk mendapakan maklumat yang terperinci. Data akan dikumpulkan dengan melalui pemerhatian, rakaman video, pentaksiran bertulis (ujian pra dan ujian pos) dan temu bual secara tak formal dengan murid. 5.3 Cara Menganalisis DataPenganalisisan data ini dibuat selepas pengumpulan data. Bahagian pertama analisis data adalah melihat nota pemerhatian dan rakaman video untuk mengenal pasti tindakan dan reaksi murid dalam tempoh kajian ini dijalankan. Hasil kerja murid dalam buku latihan akan dinilai untuk melihat keberkesanan penggunaan model gambar rajah dalam menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang tak sama.Bahagian kedua analisis data melibatkan pemprosesan skor yang diperolehi oleh murid dalam ujian pra, ujian pos dan kuiz. Pencapaian murid dalam pentaksiran bertulis akan dipersembahkan dalam jadual kekerapan dan carta palang. Semua skor dari ujian pra, ujian pos dan kuiz akan dianalisiskan dengan menggunakan statistik diskriptif untuk membandingkan prestasi murid. Bahagian ketiga adalah analisis data melibatkan tinjauan transkripsi daripada temu bual dengan murid. Temu bual selepas tindakan dilaksanakan bertujuan mendapatkan pandangan murid terhadap keberkesanan penggunaan model gambar rajah dalam meningkatkan kemahiran murid menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang tak sama. 6.0 Bahan KajianTindakan yang Dicadangkan

6.1 BAHAN AKTIVITI :

Kertas A4

Kad manilaMarker pen7.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

BIL.AKTIVITITARIKH

01.Mengenal pasti masalah murid dan pengumpulan data.10 Mac 2015

02.Menulis proposal kajian25Mac 2015

03.Melaksanakan Aktiviti 131 Mac 2015

04.Menganalisis data berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan.8 April 2015

05.Melaksanakan Aktiviti 215 April 2015

06.Membuat pemerhatian berdasarkan aktiviti 220 April 2015

07.Melaksanakan Aktiviti 328 April 2015

08.Membuat pemerhatian aktiviti 36 Mei 2015

09.Menjalankan ujian bagi mengesan pencapaian murid14 Mei 2015

10.Membuat refleksi25 Mei 2015

11.Menulis laporan kajian30 Mei 2015

8.0 Kos Kajian NoItemKuantiti Harga SeunitJumlah Kos (RM)

1Kertas A41 X RM 9.50RM 9.50

2Marker Pen1 Kotak x RM 6.00RM 6.00

3Perkhidmatan Photosat50 X RM 0.10RM 5.00

4Kad Manila6 X RM 0.60RM 3.60

5VCD2 X RM 1.50RM 3.00

JumlahRM 27.10

9.0 Rujukan

Cathcart, George/ Pothier, Yvonne M./ Vance, James H./ Bezuk, Nadine S. (2006). Learning Mathematics in Elementary and Middle Schools. A learner Centered Approach (4th edition). Pearson Education diperoleh Jan 31, 2011 dari www.prenhall.com/cathcart.

Corwin, R. B., Russell, S. J., & Tierney, C. C. (1990). Seeing fractions: A unit for the upper elementary grades. Sacramento, CA: California Dept. of Education. (ED 348 211).Cramer, K., Behr, M., Post T., & Lesh, R., (1997) Rational number project: Fraction lessons for the middle grades - level 1. Dubuque Iowa: Kendall/Hunt Publishing Co.

Cramer, K., Wyberg, T., & Leavitt, S. (2009). Fraction operations and initial decimal ideas. Dubuque Iowa: Kendall/Hunt Publishing Co. Curcio, F. R., & Bezuk, N. S. (1994). Understanding rational numbers and proportions. Reston, VA: NCTM. (ED 373 991)Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., Smith, N. L. and Suydam, M. N.. (2004). Helping children Learn Mathematics. (7th edition). USA: John Wiley VA: NCTM. (ED 373 991)

EMBED Equation.3

EMBED Equation.3

_1492377648.unknown

_1492377649.unknown

_1492377647.unknown