proposal lawatan bil1-2011

6
KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR AHLI KELAB KOMPUTER SMK SULTAN MANSOR SHAH KE CYBERJAYA DAN KUALA LUMPUR TARIKH: 27 APRIL 2011 ANJURAN KELAB KOMPUTER SMK SULTAN MANSOR SHAH

Upload: zati-iwani

Post on 11-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh proposal lawatan sambil belajar SMK Sultan Mansor Shah

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Lawatan Bil1-2011

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

AHLI KELAB KOMPUTER

SMK SULTAN MANSOR SHAH

KE CYBERJAYA DAN KUALA LUMPUR

TARIKH: 27 APRIL 2011

ANJURAN

KELAB KOMPUTER

SMK SULTAN MANSOR SHAH

Page 2: Proposal Lawatan Bil1-2011

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PELAJAR-PELAJAR KELAB KOMPUTER SMK SULTAN MANSOR SHAH

KE PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR PADA 27 APRIL 2010

1. PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar SMK Sultan Mansor Shah – Kelab Komputer SMK Sultan

Mansor Shah, Melaka ke Cyberjaya dan Kuala Lumpur terdiri daripada 40 orang pelajar dan 4

orang guru. Matlamat Kelab Komputer SMK Sultan Mansor Shah diperkenalkan di sekolah

menengah ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang

perkomputeran, seterusnya dapat membekalkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan

berkemahiran tinggi dalam penggunaan komputer serta dapat melahirkan pelajar yang akan

mempunyai tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir semasa berada di alam pekerjaan

apabila dewasa kelak.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, Kelab Komputer SMK Sultan Mansor Shah mengambil

inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai

dengan bidang perkomputeran. Oleh yang demikian, Cyberjaya dan Kuala Lumpur menjadi

destinasi pilihan kerana terdapat beberapa tempat yang boleh memberikan pengetahuan serta

pengalaman baru dalam bidang perkomputeran sepanjang tempoh lawatan ini.

2. OBJEKTIF LAWATAN

2.1 Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang

komputer.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan

pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam

bidang ini.

2.3 Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang perkomputeran serta

mahir dalam pengunaan serta aplikasi teknologi maklumat.

Page 3: Proposal Lawatan Bil1-2011

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN

Tarikh : 27 April 2011

Masa : 7.30 am – 6.00 am

Tempat : Multimedia University, Multimedia Super Corridor, Petrosains dan Aquaria

4. SASARAN

Pelajar-pelajar SMK Sultan Mansor Shah (Tingkatan 1-5)

Pelajar = 40 orang

Guru Penasihat Kelab Komputer = 2 orang

Guru Pembantu = 2 orang

Jumlah Peserta = 44 orang

5. KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN

5.1 Peluang kerjaya dan melanjutkan pelajaran.

5.2 Menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.

6. AGENSI TERLIBAT

Sekolah, ibu bapa dan pelajar.

7. SUMBER KEWANGAN

7.1 Kutipan dari pelajar RM 20.00 X 40 orang = RM 800.00

7.2 Sekolah RM 5.00 X 40 orang = RM 200.00

Jumlah = RM 1,000.00

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Sewa bas (L/O) RM 800.00 X 1 bas = RM 800.00

Jumlah = RM 800.00 (L/O)

8.2 Anggaran tiket masuk RM 20.00 X 40 orang = RM 800.00

8.4 Makan dan minum pelajar RM 5.00 X 40 orang = RM 200.00

Jumlah = RM 1,000.00

Page 4: Proposal Lawatan Bil1-2011

9. PENUTUP

Oleh itu, Kelab Komputer SMK Sultan Mansor Shah berharap agar segala usaha dan

perancangan yang dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar ke Cyberjaya

dan Kuala Lumpur ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat

dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya

lawatan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di samping membuka ruang yang

lebih luas kepada pelajar dalam bidang komputer ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………. ……………………………………

( ZATI IWANI BT ABD RAZAK )

Guru Penasihat Kelab Komputer

SMK Sultan Mansor Shah,

Melaka

Bertarikh : 18 April 2011

Page 5: Proposal Lawatan Bil1-2011

KELAB KOMPUTER Kod Sekolah :MEE0074SMK SULTAN MANSOR SHAH, No Tel/Fax :06-4411386PULAU SEBANG, TAMPIN POS, E-mail :[email protected]

73000 MELAKA. Web :http://kelabkomputerssms.blogspot.com

Tarikh : 11 April 2011

MULTIMEDIA UNIVERSITY(Cyberjaya Campus)Persiaran Multimedia,63100, Cyberjaya,SelangorU.P : En Rafiel (Program Lawatan Sambil Belajar)

Melalui dan salinan,Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah,73000 Tampin, Pulau Sebang,Melaka

Tuan,Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Multimedia University(Kampus Cyberjaya)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya adalah selaku guru daripada Sekolah Menengah KebangsaanSultan Mansor Shah akan membawa pelajar seramai 40 orang untuk mengadakan lawatan sambil belajarpada ketetapan yang berikut:

-Nama Sekolah: SMK Sultan Mansor Shah, 73000 Tampin Pos, Pulau Sebang, Melaka.

-Nama Pengetua: Tuan Haji Yaman bin Ab Latib

-Nama Ketua Rombongan: Puan Zati Iwani binti Abd Razak.

-Pembantu Ketua Rombongan: En Abd Wahid bin Abd Razak

-Tarikh : 27 April 2011

-Jenis Kenaikan: Bas

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat meluluskanpermohonan bagi tujuan di atas.

Page 6: Proposal Lawatan Bil1-2011

4. Segala pertimbangan pihak tuan/puan berkenaan permohonan ini amat dihargai dan kerjasamadari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Zati Iwani bt Abd Razak)Guru Penasihat Kelab KomputerSMK Sultan Mansor Shah