buletin - polinilai.edu.my di malaysia memiliki kad hijau. ... lawatan di agensi nuklear malaysia....

14
1 BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI EDISI OKTOBER-DISEMBER 2014 BIOGENIUS INNOVATION COMPETITION 2014 5 Disember 2014 Pertandingan Biogenius Innovation Competition telah dianjurkan oleh Program Bioteknologi, Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri bertempat di Pusat Inovasi dan Keusahawanan. Pertandingan ini telah diadakan untuk memupuk kreativiti pelajar Diploma Bioteknologi dalam kajian saintifik. Sebanyak 12 kumpulan telah berentap dengan mempertaruhkan idea melalui poster masing-masing. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Mushroom Biodegradable Plastic, diikuti pemenang tempat kedua Tramella Facial Film dan tempat ketiga; Kumpulan Lemoeves Spray. Pemenang tempat pertama memenangi pingat emas, piala pusingan dan pembiayaan sebanyak RM 400, pemenang tempat ketiga memenangi pingat perak dan pembiyaan sebanyak RM 300 dan tempat ketiga memenangi pingat gangsa dan pembiayaan sebanyak RM 200. Kesemua pemenang telah menghadiri ‘boot camp’ untuk sesi brainstorming idea-idea mereka pada 6 Disember 2014. Penceramah jemputan adalah Prof Mohamad bin Osman, Pengerusi Persatuan Genetik Malaysia dan Dr. Wan Manshol bin W. Zin, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Inovasi Agensi Nuklear Malaysia. Pertandingan yang akan diadakan secara tahunan ini diharap akan dapat memugar inovasi dan penyelidikan dalam kalangan pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

Upload: tranthien

Post on 16-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

1

B U L E T I N JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO - INDUSTRI

EDISI OKTOBER-DISEMBER 2014

BIOGENIUS INNOVATION COMPETITION 2014 5 Disember 2014 — Pertandingan

Biogenius Innovation Competition telah

dianjurkan oleh Program Bioteknologi,

Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri

bertempat di Pusat Inovasi dan

Keusahawanan. Pertandingan ini telah

diadakan untuk memupuk kreativiti

pelajar Diploma Bioteknologi dalam

kajian saintifik.

Sebanyak 12 kumpulan telah

berentap dengan mempertaruhkan idea

melalui poster masing-masing. Tempat

pertama dimenangi oleh Kumpulan

Mushroom Biodegradable Plastic, diikuti

pemenang tempat kedua Tramella

Facial Film dan tempat ketiga; Kumpulan

Lemoeves Spray.

Pemenang tempat pertama

memenangi pingat emas, piala

pusingan dan pembiayaan sebanyak

RM 400, pemenang tempat ketiga

memenangi pingat perak dan

pembiyaan sebanyak RM 300 dan

tempat ketiga memenangi pingat

gangsa dan pembiayaan sebanyak RM

200.

Kesemua pemenang telah

menghadiri ‘boot camp’ untuk sesi

brainstorming idea-idea mereka pada 6

Disember 2014. Penceramah jemputan

adalah Prof Mohamad bin Osman,

Pengerusi Persatuan Genetik Malaysia

dan Dr. Wan Manshol bin W. Zin,

Pengarah Pusat Penyelidikan dan

Pengurusan Inovasi Agensi Nuklear

Malaysia.

Pertandingan yang akan

diadakan secara tahunan ini diharap

akan dapat memugar inovasi dan

penyelidikan dalam kalangan pelajar

Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

Page 2: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

2

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung.

Page 3: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

3

1 Oktober 2014 – Pada 1 Oktober bertempat Politeknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah (PSA) Majlis Anugerah CIDOS Inspiring Learning Awards 2014

telah diadakan buat julung-julung kalinya. Penyertaan dari Program Diplo-

ma Hortikultur Landskap telah berjaya memenangi tempat ke-2 SCROM King

(non-engineering). Pertandingan ini memberi tumpuan keupayaan pen-

syarah untuk rekabentuk, membangunkan dan menggunakan SCORM

TUJUAN PEMBELAJARAN untuk meningkatkan pengajaran mereka dan ama-

lan pembelajaran. Pendidik pada masa kini akan dapat memanipulasi dan

menggunakan teknologi digital sebagai sebahagian daripada amalan

pengajaran mereka. Pada Abad ke-21 pendidikan kini memerlukan pen-

didik mengaplikasikan dengan serius implikasi teknologi digital sebagai aset

kepada pembelajaran dan pengajaran.

PERTANDINGAN CIDOS SCORM KING 2014

Page 4: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

4

PERTANDINGAN TECH RURAL 2014 3 Disember 2014 – Satu pertandingan bertemakan “Green and Innovative

Solution for Rural Community” telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn pada 2-3 Disember

2014. Penyertaan dari Program Diploma Hortikultur Landskap (DLH),

Politeknik Nilai telah membuahkan hasil dengan kejayaan meraih gangsa

dari projek inovasi “portable garden” oleh Zarul Azham bin Mohd Nordin

dan Muhammad Aiddil bin Misran pelajar semester 5 DLH. Rekaan inovasi

yang unik ini adalah hasil bimbingan dan dokongan padu pensyarah DLH;

Cik Nurfadzlina binti Jamaluddin.

Pelajar dengan pingat kemenangan dan projek inovasi yang dipertandingkan.

Page 5: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

5

AKREDITASI PROGRAM DIPLOMA BIOTEKNOLOGI

8 Disember 2014 – Audit akreditasi program Diploma Bioteknologi telah

dijalankan pada 8-9 Disember 2014. Audit dalaman ini adalah persedi-

aan Program Diploma Bioteknologi ke arah MQA-02.

20 November 2014 – Jabatan Agrote-

knologi dan Bio-industri telah beker-

jasama dengan Unit Keusahawanan

PNS dengan menyertai MAHA 2014.

Pelbagai produk JAB telah dipamer-

kan seperti fertigasi, cendawan, spiral

garden, miniature garden dan tisu kul-

tur berangan serta nenas.

PAMERAN MAHA 2014

Page 6: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

6

‘’BUILDING DECORATIVE PAINTING’ 8 Disember 2014 – Satu Kursus Personel Binaan dalam Bidang ‘Building Dec-

orative Painting’ di Akademi Binaan Malaysia telah diadakan pada 8-12 Dis-

ember 2014. Modul latihan yang dijalankan menepati Standard Kemahiran

Pekerja Kebangsaan (NOSS) yang setaraf standard kemahiran antarabang-

sa. Antara teknik yang dipelajari adalah teknik marble, combing, ragging

dan banyak lagi teknik kemasan. Dalam kursus ini pelajar juga didedahkan

penggunaan alatan dan bahan secara betul dan juga langkah kesela-

matan diri di tempat kerja. Ini merupakan nilai tambah kepada para pelajar

yang terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung.

Page 7: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

7

Hasil projek pelajar demasa program berlangsung.

Page 8: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

8

21 November 2014 – Bengkel Aset MySPA telah dijalankan bertujuan mem-

beri pendedahan cara mendaftar aset ke dalam SPA. Selain itu melalui

bengkel ini para peserta mendapat input bagaimana hendak mendaftar

aset dengan betul dan mampu mempraktikkan untuk tujuan merekod aset

dari semasa ke semasa. Penganjuran Kursus ini adalah merupakan salah

satu usaha Unit Latihan dan Perkembangan Staf untuk memberi tunjuk ajar

kepada staf Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri bagi menjalankan pen-

gurusan aset dengan cekap.

BENGKEL ASET MYSPA

Para pensyarah khusyuk mempelajari MySPA.

Page 9: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

9

12 November 2014 – Satu taklimat dan pemantauan dari Jabatan Kesela-

matan dan Kesihatan Pekerja (JPKK) telah diadakan untuk menilai kesela-

matan makmal, bengkel, stor dan peralatan di Jabatan Agroteknologi dan

Bio-industri.

TAKLIMAT OSHA

14 November 2014 – Pada Kejohanan

Petanque Majlis Sukan Politeknik Pelajar Pro-

gram Diploma Hortikultur Landskap telah me-

menangi pertandingan dengan pingat emas

bagi kategori wanita.

KEJOHANAN PETANQUE

Page 10: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

10

7 November 2014 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) akan mewartakan Akta 520, dimana mewajibkan setiap pekerja

binaan di Malaysia memiliki Kad Hijau. Justeru, satu kursus CIDB telah di-

anjurkan bagi memastikan pelajar Diploma Hortikultur Landskap mempu-

nyai kelayakan dan memiliki Kad Hijau. Pelajar yang lulus ujian akreditasi ini

akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB. Sijil ini merupa-

kan kredit kepada pelajar DLH untuk menempah nama di arena pekerjaan

kelak di tapak bina.

PROGRAM AKREDITASI PEKERJA MAHIR

Projek menaiktaraf lanskap di Perpustakaan Politeknik Nilai.

Page 11: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

11

16 Disember 2014 – Satu bengkel berjudul Bengkel Pengendalian HPLC dan

GC telah dianjurkan oleh Jabatan Agroteknoogi dan Bio-industri. Bengkel

ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar Program Diploma Bio-

teknologi khususnya, menguasai pengendalian High Performance Liquid

Chormatography (HPLC) dalam analisis komponen-komponen kimia. Pen-

ceramah yang didatangkan dari Agensi Nuklear Malaysia; Pn. Salmah telah

membantu dalam penganalisisan asid vanilik. Pada 18 Disember 2014 pula,

seramai 3 orang pensyarah Program Diploma Bioteknologi telah berpelu-

ang untuk menyertai Taklimat Advanced Breeding Technology for Crop Im-

provement dari Prof. Shu Qinyao dari China yang berada dalam rangka

lawatan di Agensi Nuklear Malaysia.

PROGRAM BERSAMA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Page 12: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

12

11 Disember 2014 – Bengkel ke Arah Centre of Technology telah diadakan

pada 11-12 Disember 2014. Bengkel ini adalah persediaan ke arah COT

dengan menggunapakai projek akhir pelajar untuk bekerjasama dengan

pihak industri. Pelajar semester 5 Diploma Bioteknologi turut didedahkan

dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

pada semester 6 lagi. Sesi ini disampaikan oleh En Azhary dari Politeknik Sul-

tan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Sesi dialog dan ceramah dari industri mem-

bolehkan pelajar berkongsi idea dengan Dr. Fauziah dari MyEnzyme Sdn.

Bhd. dan Dr. Azhar dari Agensi Nuklear Malaysia.

BENGKEL KE ARAH CENTRE OF TECHNOLOGY (COT)

Antara aktiviti yang dijalankan

semasa program berlangsung.

Page 13: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

13

16 Oktober 2014 – Program Penilaian Portfolio oleh panel industri; MAZT Re-

sources Sdn. Bhd., V-VISION Sdn. Bhd. dan Nilai Landscape Sdn. Bhd., telah

diadakan dan program ini melibatkan pembentangan portfolio kursus YL201

BASIC LANDSCAPE DESIGN, YL301 PLANTING DESIGN dan YL501 LANDSCAPE

SITE DESIGN Program Diploma Hortikultur Landskap(DLH). Penilaian portfolio ini

dirancang bagi memenuhi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

bersama industri, di samping menambahkan pengetahuan kepada

pensyarah DLH supaya dapat menyampaikan pengajaran mengikut

kehendak pasaran semasa. Dengan adanya penglibatan pihak industri ini

maka diharapkan Program Diploma Hortikultur Landskap Politeknik Nilai

menjadi lebih mantap dan memenuhi kehendak industri.

PENILAIAN PORTFOLIO OLEH PANEL INDUSTRI

Page 14: BULETIN - polinilai.edu.my di Malaysia memiliki Kad Hijau. ... lawatan di Agensi Nuklear Malaysia. ... dengan cara menulis proposal dan laporan projek akhir yang akan diambil

14

15 Oktober 2014– Satu lawatan sambil belajar ke Putrajaya telah dil-

aksanakan dengan jayanya demi menggalakan pembelajaran aktif. Pros-

es pembelajaran yang efektif bukan hanya berlaku semasa pengajaran

dan pembelajaran secara teori sahaja tetapi boleh dipelbagaikan con-

tohnya membawa pelajar melakukan aktiviti luar seperti lawatan sambil

belajar. Pastinya program ini dapat menarik minat pelajar dalam men-

gaplikasikan pembelajaran dalam kelas dengan pengalaman sebenar

yang dialami. Program ini juga dilihat mampu menambah pengalaman

dan pengetahuan pelajar dalam mengaplikasikan pembelajaran kursus

yang terlibat iaitu YL305 Landscape Maintenance & Horticultural Practices.

Pelajar dapat melihat sendiri pengurusan dan penyelenggaraan di Putraja-

ya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung.