proposal bola sepak

14
1.0 PENDAHULUAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Senior, SMK Kapit No. 2. Pertandingan ini disertai oleh pelajar sesi pagi SMK Kapit No. 2 iaitu dari Tingkatan 3 hingga 6 Atas berdasarkan rumah sukan masing-masing. Setiap rumah sukan iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara diwajib menghantar sekurang-kurangnya dua buah wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SMK Kapit No. 2. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka Strategi Perlaksanaan Pembangunan Sukan Sekolah yang berkesan untuk mengerakkan aktiviti sukan hingga ke akar umbi. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pelajar dan guru-guru di SMK Kapit No. 2 secara langsung membudayakan sukan bola sepak di sekolah ini. Aktiviti diadakan dalam program ini bertujuan menyemai sifat kerjasama dan toleransi dalam setiap peserta agar dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang, di samping mengenalpasti bakat-bakat yang masih terpendam dalam diri peserta untuk diserap masuk dalam pasukan bola sepak sekolah terutamanya untuk Program Pembangunan Bola Sepak 5 Tahun. Pertandingan ini juga adalah satu kaedah untuk mendedahkan pelajar kepada sebanyak mungkin pertandingan samaada di peringkat sekolah, daerah atau bahagian seperti yang diamanatkan oleh MSNS untuk pembangunan bola sepak sepanjang tahun. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membudayakan sukan bola sepak sebagai sukan utama di sekolah ini. 3.2 Mengenalpasti para peserta yang berbakat untuk diserap dalam pasukan sekolah.

Upload: daryl-david

Post on 05-Dec-2014

169 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Bola Sepak

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak

Senior, SMK Kapit No. 2. Pertandingan ini disertai oleh pelajar sesi pagi SMK Kapit No.

2 iaitu dari Tingkatan 3 hingga 6 Atas berdasarkan rumah sukan masing-masing. Setiap

rumah sukan iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara diwajib menghantar sekurang-

kurangnya dua buah wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola

sepak SMK Kapit No. 2. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam merangka Strategi Perlaksanaan Pembangunan Sukan

Sekolah yang berkesan untuk mengerakkan aktiviti sukan hingga ke akar umbi.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan

disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pelajar dan guru-guru di SMK Kapit

No. 2 secara langsung membudayakan sukan bola sepak di sekolah ini. Aktiviti

diadakan dalam program ini bertujuan menyemai sifat kerjasama dan toleransi dalam

setiap peserta agar dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang, di

samping mengenalpasti bakat-bakat yang masih terpendam dalam diri peserta untuk

diserap masuk dalam pasukan bola sepak sekolah terutamanya untuk Program

Pembangunan Bola Sepak 5 Tahun. Pertandingan ini juga adalah satu kaedah untuk

mendedahkan pelajar kepada sebanyak mungkin pertandingan samaada di peringkat

sekolah, daerah atau bahagian seperti yang diamanatkan oleh MSNS untuk

pembangunan bola sepak sepanjang tahun.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membudayakan sukan bola sepak sebagai sukan utama di sekolah ini.

3.2 Mengenalpasti para peserta yang berbakat untuk diserap dalam pasukan

sekolah.

3.3 Mencari dana untuk tabung Kelab Bola Sepak Senior SMK Kapit No. 2

Page 2: Proposal Bola Sepak

3.4 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah pertandingan.

3.5 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan

diri dalam sesebuah kumpulan.

3.6 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dalam sesebuah pasukan.

3.7 Memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur antara kumpulan serta

mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 23 hingga 26 Mei iaitu pada hari Isnin sehingga

hari Khamis.

4.2 Dilaksanakan selama 4 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang iaitu dari pukul 2.30 – 5.30

petang.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang bola sepak SMK Kapit No. 2;

5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan sekolah.

5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.

5.3 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya

pada peserta dalam aktiviti mereka.

5.4 Walaubagaimanapun perlunya ada pembaikan kawasan padang terutamanya

untuk bahagian garisan, serta kawasan padang yang masih becak.

Page 3: Proposal Bola Sepak

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta : 120 orang pelajar atau lebih

6.2 Pengurus pasukan : 8 orang guru atau lebih

6.3 Jumlah ajk pertandingan : 20 orang (termasuk AJK Kelab Bola Sepak Senior

SMKK2)

Sila rujuk Lampiran 2 untuk Borang Penyertaan dan Lampiran 3 untuk Undang-undang

dan Peraturan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Rumah (Bwh 17 Thn) SMK

Kapit No. 2 Tahun 2011.

Page 4: Proposal Bola Sepak

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN / PELAKSANA

PenasihatEn. Douglas @ Jegelah ak Jaga

Pengerusi En. Mikal Luat

Pengarah/PenyelarasEn. Andrew John

SetiausahaEn. Antau Sageng

BendahariEn. Daryl Peter

Ahli-ahli Jawatankuasa

AJK Peralatan / Penyediaan PadangEn. Daryl Peter

Clifford Unggam (U6A1)Jimmy Kap (U6A2)

AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2

UrusetiaEn. Antau SagengWilton Jugo (U6A2)

Mohd Sabaruddin (5A1)

AJK Teknik & Kepengadilan En. Saiful Azmi (K)

En. IkramCollin (U6A2)

Mohd Hisyam Afifi (4SN1)AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2

AJK PertandinganEn. Mohd Ridzuan (Mutiara)

En. Daryl Peter (Nilam)En. Zamri Hermanden (Zamrud)

En. Micheal Borro (Delima)Baysil Stanley (U6A2)

AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2

AJK Hadiah dan CenderamataEn. Andrew John

AJK Kelab Bola Sepak (Senior) SMKK2

Page 5: Proposal Bola Sepak

8.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Hamper 1 X RM50

1 X RM30

1 X RM25

105.00

2 Pingat ( Emas) 12 org X RM4.00

(Perak) 12 org X RM4.00

(Gangsa) 12 org X RM4.00

144.00

3 Piala/Trofi (Piala) 1 buah X RM70 70

3 Peralatan Cat / Minyak 20.00

4 Rencam (belanja tak terduga) - 50.00

Jumlah 389.00

Page 6: Proposal Bola Sepak

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan dan semoga pertandingan ini mendapat sokongan semua pihak agar objektif

dan matlamat penganjuran pertandingan ini dapat dicapai. Kerjasama pelbagai pihak

dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

..................................... ...................................

(ANDREW ANAK JOHN)

Page 7: Proposal Bola Sepak

Ketua Guru Penasihat

Kelab Bola Sepak Senior SMK

LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH

SUKAN (BWH 17 THN) SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011

Tempat: Padang Bola Sepak SMKK2

HARI/MASA 2.40- 3.15 3.20-3.55 4.00-4.35 4.40-5.15

ISNIN A1 VS A2 B1 VS B2 A3 VS A4 B3 VS B4

SELASA B1 VS B3 A2 VS A4 B2 VS B4 A1 VS A3

RABU B2 VS B3 A2 VS A3 A1 VS A4 B1 VS B4

KHAMIS JOHAN A VS N. JOHAN B

JOHAN B VS N. JOHAN A

TEMPAT 34.40- 4.25

FINAL

# Tentatif program akan diselaraskan mengikut jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Page 8: Proposal Bola Sepak

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH (17 TKB)

SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN : -------------------------------------------------

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

KETUA PASUKAN : -------------------------------------------------

BilNama Pemain

No. Kad Pengenalan Tahun Posisi

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

PENGAKUAN DIRI Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan ahli jawatankuasanya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

17 Mei 2011 (Selasa)12.00 tgh hari

Page 9: Proposal Bola Sepak

Tandatangan :_________________________ Tarikh :_________________________ (Pengurus pasukan)

UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA

RUMAH SUKAN (BWH 18 THN) SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011

1. PENGELOLA

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Senior dengan kerjasama bahagian

Pembangunan Bola Sepak 5 Tahun MSNS/FAS/JPNS serta Unit Kokurikulum SMK Kapit No. 2.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-

undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola

Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

2.2 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam pertauran berkenaan akan

diputuskan seperti berikut:

2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan serta persoalan teknikal akan diputuskan

berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak,

undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak

Antarabangsa (FIFA)

2.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad

dan pihak pengelola berhak untuk meminda mana-mana peraturan yang dirasakan

bersesuaian dengan keadaan semasa pertandingan.

3. PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terhad kepada pelajar SMK Kapit No. 2 sahaja dan mereka layak

menyertai mana-mana pasukan berdasarkan Rumah Sukan masing-masing.

3.2 Setiap Rumah Sukan iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara wajib menghantar

sekurang-kurangnya dua pasukan yang terdiri 12 orang pemain. 9 orang pemain

utama dan 3 orang lagi simpanan.

3.3 Setiap pasukan dalam setiap rumah dibenarkan mendaftarkan maksimum 1 orang

sahaja pemain diatas 17 tahun iaitu pelajar Tingkatan 6 dan hanya seorang sahaja

yang dibenarkan bermain diatas padang untuk setiap perlawanan.

3.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM35

4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Seorang pemain mestilah pelajar yang mengikuti kursus penuh di SMK Kapit No 2 dan

telah menjadi ahli kepada Rumah Sukan masing-masing.

Page 10: Proposal Bola Sepak

4.2 Pelajar yang telah didaftarkan namanya menjadi ahli sesebuah rumah sukan adalah

dilarang sama sekali menyertai pasukan rumah sukan lain.

4.3 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas

1994. Walaubagaimanapun, maksimum hanya seorang pemain yang dilahirkan

sebelum 1994 dibenarkan mendaftar dalam pertandingan ini.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN

5.1 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

5.1.1 Setiap pasukan dikalangan rumah sukan hendaklah mendaftar 12 orang pemain

dan dua orang pegawai dalam pertandingan ini.

5.1.2 Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 9 pemain utama dan

selebihnya pemain simpanan.

5.1.3 Warna jersi cadangan untuk setiap rumah sukan adalah seperti berikut iaitu

Zamrud (Hijau), Delima (Merah), Nilam (Biru), Mutiara (Kuning).

5.1.4 Walaubagaimanapun, setiap pasukan digalakkan menyediakan jersi mengikut

kehendak masing-masing asalkan tidak sama warna dengan jersi pasukan

lawan.

5.1.5 Oleh itu, setiap pasukan digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya dua

set jersi yang berlainan warna dan seboleh-bolehnya mempunyai nombor

jersi.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pusingan pertama pertandingan ini dijalankan secara LIGA DUA KUMPULAN

seperti berikut:

Bil Kumpulan A Kumpulan B

1 A1 B1

2 A2 B2

3 A3 B3

4 A4 B4

6.2 Setiap pasukan dari rumah yang sama akan diasingkan mengikut kumpulan

yang berlainan, contohnya Zamrud menghantar dua pasukan dan satu pasukan

akan dimasukkan dalam kumpulan A dan satu lagi pasukan akan dimasukkan

dalam Kumpulan B. Sekiranya sesebuah rumah menghantar lebih daripada 2

pasukan, maka seboleh-bolehnya pasukan tersebut akan dipecahkan mengikut

kumpulan yang berlainan.

Page 11: Proposal Bola Sepak

6.3 Tempat pertama dan kedua kumpulan akan ditentukan secara berikut :-

a. jumlah mata (menang (3) Tiga mata, seri (1) Satu mata)

b. perbezaan jaringan gol

c. jumlah jaringan gol tertinggi

d. keputusan perlawanan liga (pasukan yang memenangi banyak perlawanan

akan diambil kira)

e. undian

6.4 Perlawanan Separuh Akhir

Tempat pertama dan kedua dari setiap kumpulan layak bermain di separuh akhir

secara kalah mati seperti berikut:

Separuh Akhir Pertama (S1): Johan A mln N. Johan B

Separuh Akhir Ke-2 (S2) : Johan B mln N. Johan A

6.5 Pemenang akhir dan tempat ketiga secara kalah mati seperti berikut:

Tempat Ke-3: Kalah S1 mln Kalah S2

Akhir : Pemenang S1 mln Pemenang S2

7.0 MASA PERLAWANAN

7.1 Masa perlawanan akan dimainkan selama 34 minit terbahagi kepada dua

bahagian dimana setiap bahagian adalah 17 minit seperti yang diperuntukkan dalam

undang - undang permainan. Masa rehat yang dibenarkan semasa perlawanan 3 minit

dari wisel ke wisel.

7.2 Masa perlawanan akhir pula akan dimainkan selama 40 minit dan terbahagi kepada dua

bahagian iaitu setiap bahagian 20 minit dengan masa rehat selama 5 minit.

7.3 Dalam perlawanan separuh akhir dan tempat ketiga, jika keputusan sepenuh masa

adalah seri maka masa perlawanan akan ditentukan melalui sepakan penalti.

7.4 Dalam perlawanan akhir, jika keputusan sepenuh masa masih seri maka masa tambahan

diberi selama 10 minit iaitu 5 minit setiap bahagian tanpa rehat.Semasa masa tambahan

ini peraturan jaringan gol keemasan (golden goal) akan dikuatkuasakan. Jika tiada

keputusan semasa masa tambahan, sistem tendangan penalti seperti yang

diperuntukkan dalam peraturan FIFA akan diambil.

8.0 TINDAKAN TATATERTIB

Tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pemain atau pegawai yang melanggar

mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mana-mana peraturan

yang telah ditetapkan oleh FAS, FAM, FIFA.

Page 12: Proposal Bola Sepak

9.0 BANTAHAN

9.1 Hanya bantahan berkaitan kelayakan pemain boleh dilakukan seperti berikut :-

a. Menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pengelola melalui

Pengarah/Penyelaras Pertandingan (general Coordinator) tiga puluh (30)

minit selepas perlawanan.

b. Wang tunai RM 100.00 sebagai desopit bantahan dan akan dikembalikan

jika bantahan itu berjaya.

9.2 Bantahan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan adalah muktamad.

10.0 KEPENGADILAN

Pengadil yang mengadili setiap perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.

Keputusan pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI/ MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

11.1 Sekiranya Pengadil membuat keputusan untuk menunda perlawanan disebabkan oleh

keadaan padang atau cuaca maka perlawanan semula akan diadakan pada

keesokannya hari disebelah petang atau masa akan ditetapkan oleh Pengarah

Pertandingan.

11.2 Hal-hal disiplin atau mana-mana perkara yang tidak diperuntukan disini adalah

bergantung kepada budi bicara Pengarah Pertandingan selepas perbincangan dengan

mana-mana individu atau pasukan yang terlibat.

12.0 HADIAH

JOHAN : Piala Pusingan / Hamper/ Medal

N. JOHAN : Hamper/ Medal

TEMPAT KE-3 : Hamper/ Medal

13.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan - peraturan ini atau soal

perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan berdasarkan

peraturan FAM, FIFA dan keputusan ini adalah muktamad.

Page 13: Proposal Bola Sepak