proposal bab 3

10
15 BAB 3 3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENDAHULUAN Tujuan cadangan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk menangani masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid kelas pemulihan khasnya dan amnya untuk untuk murid-murid di kelas perdana. Pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk murid pemulihan di samping itu membina alat bantu mengajar yang berkesan yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih. Oleh itu bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di sekolah pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid pemulihan yang lemah membaca. Aspek- aspek yang akan diberi penekanan adalah seperti reka bentuk kajian, pemilihan sampel, instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah

Upload: ayieda-eryna

Post on 08-Aug-2015

214 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal bab 3

15

BAB 3

3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENDAHULUAN

Tujuan cadangan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk menangani masalah

membaca yang dihadapi oleh murid-murid kelas pemulihan khasnya dan amnya untuk untuk

murid-murid di kelas perdana. Pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji kaedah dan teknik yang

sesuai digunakan untuk murid pemulihan di samping itu membina alat bantu mengajar yang

berkesan yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih.

Oleh itu bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di

sekolah pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid pemulihan yang lemah membaca.

Aspek-aspek yang akan diberi penekanan adalah seperti reka bentuk kajian, pemilihan sampel,

instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta

apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka

bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah

sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya.

Penyelidik memilih reka bentuk kajian kualitatif iaitu kajian yang menekankan kepada

penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Untuk mencapai tujuan ini, kajian

kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti

pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi

pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi

bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Reka bentuk

Page 2: Proposal bab 3

16

kajian juga ditentukan pada peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis

dalam kajian kuantitatif. Kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data

secara terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian.

Memandangkan sampel yang diambil oleh pengkaji hanya enam orang iaitu bilangan

sampel yang kecil maka pengkaji berpendapat kajian yang sesuai dijalankan adalah kajian

kualitatif.

3.3 PEMILIHAN SAMPEL

Pemilihan sampel boleh dijalankan dengan empat kaedah iaitu pemilihan sampel secara

persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan sistematik dan

persampelan kelompok.

Pengkaji telah memilih enam orang murid dari kelas pemulihan khas yang terdiri

daripada murid tahun dua dan tahun tiga sebagai sampel iaitu dengan menggunakan kaedah

persampelan kelompok. Pemilihan sampel secara kaedah persampelan kelompok boleh

dijalankan dengan dua cara iaitu pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua,

mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Pengkaji telah

memilih cara ke dua iaitu mengambil semua ahli daripada kumpulan sebagai sampel iaitu

mengambil semua murid pemulihan khas yang belajar dalam kelas bahasa Melayu iaitu seramai

enam orang.

Kelebihan persampelan kelompok berbanding persampelan rawak mudah, persampelan

rawak berstrata dan persampelan sistematik ialah ia lebih mudah dilaksanakan,

Walaupun sampel yang dipilih tidak ramai tetapi cukup untuk memberi input kepada

tajuk kajian yang dipilih. Pengkaji memilih sampel dari sekolah pengkaji sendiri kerana terdapat

kelas pemulihan di sekolah itu yang baru sahaja diwujudkan malahan pengkaji juga secara

sukarela akan mengajar kelas pemulihan tersebut sementara menunggu guru pemulihan yang

Page 3: Proposal bab 3

17

sebenar datang mendaftar. Pengkaji juga berasa selesa memilih murid-murid dari sekolah sendiri

kerana telah mengenali mereka dan juga telah mengenali ibu bapa mereka. Jarak tempat tinggal

pengkaji dengan sekolah juga berdekatan. Justeru, itu akan memudahkan kajian yang akan

dijalankan.

3.4 INSTRUMEN

Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan, oleh itu pengkaji

mememilih beberapa instrumen yang sesuai berdasarkan masalah pengkaji dan berdasarkan

sampel yang dipilih.

Pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini. Instrumen yang dipilih ialah

pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pre (membaca) dan ujian pasca (membaca) yang mana

pemilihan instrumen ini adalah bersesuaian dengan pemilihan reka bentuk kajian pengkaji iaitu

reka bentuk kualitatif.

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengkaji seharusnya mendapat kebenaran daripada EPRD untuk menjalankan kajian tetapi oleh

sebab pengkaji menjalankan kajian di sekolah sendiri, pengkaji telah diberi kebenaran untuk

menjalankan kajian tanpa menunggu surat kebenaran daripada EPRD ( Rujuk pekeliling-

lampiran)namun begitu pengkaji akan memaklumkan dan meminta kebenaran daripada guru

besar dan juga memaklumkan kepada guru penolong kanan (akademik) untuk menjalankan

kajian. Dijangkakan guru besar dan pihak pentadbir tidak akan menghadapi masalah atau

kesulitan membenarkan kajian dijalankan kerana sampel bukan terdiri daripada murid yang

menduduki peperiksaan iaitu murid tahun enam, malahan sampel adalah murid dari kelas

pemulihan yang mana adalah murid pengkaji sendiri.

Page 4: Proposal bab 3

18

Seperti yang dinyatakan, pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini,

iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pra membaca dan ujian pasca membaca.

Pengkaji akan mengumpul data mengikut instrumen yang digunakan dengan prosedur tertentu:

3.5.1 Data Pemerhatian

Sampel yang telah dipilih akan dibawa ke perpustakaan. Pengkaji sendiri akan menjadi

pemerhati untuk memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung dan mendokumenkan

perihal subjek kajian/sampel antaranya memerhati minat membaca subjek kajian/sampel dan

pergaulan dengan rakan-rakan yang lain.

Pemerhatian juga akan dijalankan ketika waktu rehat semasa sampel membeli makanan,

ketika makan dan selepas makan. Pemerhatian dijangkakan mudah kerana sampel tidak ramai.

3.5.2 Data Temu bual

Pengkaji akan menemu bual subjek kajian/sampel secara langsung. Temu bual akan dijalankan

sewaktu di kelas pemulihan. Perbualan akan berlaku secara tidak langsung iaitu ketika sampel

selesai membuat lembaran kerja dan diberi alat bermain. Temu bual akan berkisar tentang

penghidupan subjek kajian/sampel. Disebabkan bilangan sampel tidak ramai iaitu enam orang

dijangkakan temu bual tidak mengambil masa yang lama.

Temu bual juga diadakan dengan guru mata pelajaran yang lain. Temu bual dengan guru

berkenaan juga dijangkakan tidak lama kerana sampel adalah dari kelas yang sama ( sekolah

pengkaji adalah sekolah yang kecil, bilangan murid tidak ramai. Setiap kelas mempunyai satu

aliran sahaja) Temu bual adalah berkisar tentang tabiat/perangai sampel semasa di dalam kelas

sewaktu pembelajaran.

Page 5: Proposal bab 3

19

3.5.3 Data Soal Selidik

Soal selidik akan dibuat kepada sampel dengan cara pengkaji memberi borang soal selidik yang

mengandungi beberapa item soalan. Pengkaji akan bertanya soalan tertutup yang memerlukan

jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Pengkaji akan menandakan jawapan untuk sampel di dalam borang

item yang disediakan.( rujuk lampiran)

3.5.4 Ujian Pra Membaca

Pengkaji akan menyediakan 25 perkataan kv kvk. Sampel membaca perkataan yang ditunjukkan.

Pengkaji mencatat jawapan sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang

disediakan. Ujian pra membaca dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dijalankan.

3.5.5 Ujian Pasca Membaca

Pengkaji akan menunjukkan semula 25 perkataan kv kvk yang sama ( semasa pra membaca)

kepada sampel setelah melaksana kajian yang dirancang. Pengkaji mencatat semula jawapan

sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang disediakan.

3.6 ANALISIS DATA

Setelah melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian, temu bual, kaji selidik, ujian pra

membaca dan ujian pasca membaca terhadap sampel atau subjek kajian, pengkaji akan

mengumpul data-data seperti borang soal selidik, catatan pemerhatian, catatan temu bual dan

markah dari ujian pra membaca dan pasca membaca. Seterusnya membuat analisa dari data-data

yang dikumpul itu. Ini bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990) iaitu data-data

yang terkumpul daripada sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai

nilai kecuali di proses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah,

dianalisis, disimpan, dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.

Page 6: Proposal bab 3

20

Untuk soal selidik, pengkaji akan menganalisis setiap jawapan daripada sampel dan

analisis akan ditulis atau dipamerkan dalam bentuk data mengikut item soalan.Pengkaji juga

boleh menggunakan program SPSS iaitu program statiscal Package for Social Science Versi 70

(atau lain-lain versi) untuk memproses data yang dikumpul.

Begitu juga dengan ujian pra membaca dan pasca membaca. Perbandingan akan dapat

dilihat dari data sebelum kajian dilaksanakan dan selepas kajian dilaksanakan. Pemerhatian dan

temu duga pula boleh dianalisis dari catatan yang dilakukan oleh pengkaji.

3.7 RUMUSAN

Dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrumen, prosedur

pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut

permasaalahan yang ingin diselesaikah oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang dijalankan

menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis data antara pra membaca dan pasca

membaca akan menampakkan perubahan yang positif iaitu bilangan ‘betul’ sampel membaca

perkataan kv kvk bertambah peratusnya atau diharapkan semua sampel dapat membaca semua

perkataan kv kvk yang ditunjukkan dengan betul.

Kaedah dan teknik yang sama iaitu teknik bermain menggunakan bahan bantu mengajar

yang menarik diharap dapat dilaksanakan terhadap perkataan lain yang lebih sukar untuk murid

pemulihan membacanya seperti perkataan kv kvkk, kvk kvk, kv kv kvv dan lain-lain. Malahan

berguna juga diaplikasikan di kelas perdana khasnya murid tahun satu yang mengikuti program

KIA2M.

Pengkaji juga berharap hasil kajian ini nanti boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji

yang lain yang mempunyai permasalahan yang sama iaitu menekankan teknik bermain dengan

menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk mengatasi kelemahan murid

pemulihan dan juga murid di kelas perdana dalam masalah membaca khasnya perkataan kv kvk.

Page 7: Proposal bab 3

21

(BAB 3 NI KALAU BT KAJIAN/TESIS NNTI..BANYAK KENA UBAH/TAMBAH

TAU…NTI PENSYARAH AKAN AJAR LE TU..ATAU TENGOK MODUL NNTI SEM

SEPT 2011 )