proposal bab 1

14
KRL3033 – KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK KUMPULAN UPSI165 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON HAMDEN BIN ABU BAKAR D20112056232 011-15905871 1 PENYEDIAAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

Upload: radensue-raden-abd-muin

Post on 18-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

KRL3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

PENYEDIAAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

KUMPULAN UPSI165

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

HAMDEN BIN ABU BAKARD20112056232011-15905871

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZULKIFLI BIN OSMANTARIKH SERAH: 22 MAC 2015ISI KANDUNGANBAB 1 PENYEDIAAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

1. Pendahuluan

2. Pengenalan

3. Pernyataan Masalah

4. Soalan Kajian

5. Kerangka Konsep

6. Objektif Kajian

7. Kepentingan Kajian8. Batasan Kajian9. Kesignifikan Kajian10. Definisi Operasional11. Kesimpulan12. Senarai RujukanPendahuluanDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya Tahun 6 masalah atau kelemahan yang sering ditemui adalah kelemahan dalam kemahiran memindahkan maklumat. Murid murid tidak dapat membina ayat yang baik dan gramatis. Kadang kala ayat yang dibina terlalu pendek atau ringkas. Tidak berlaku pengembangan ayat atat perluasan ayat tersebut. Kelemahan ini jika dibiarkan akan menjejaskan pencapaian para pelajar untuk mendapat A dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR. Dalam Ujian Pencapian Sekolah Rendah (UPSR) kertas penulisan Bahagian A adalah soalan yang mengkehendaki para pelajar memindahkan maklumat dalam bentuk gambar dalam bentuk ayatyang baik dan gramatis.Bahagian A memperuntukkan 10 markah penuh. Pelajar dianggap telah menguasai dengan baik sekiranya mendapat markah tujuh persepuluh ke atas. Sekiranya mendapat markah di bawah tujuh pencapaian pelajar adalah masih lemah. Ini akan menjejaskan peluang mereka untuk mendapat Skor A dalam UPSR.

1. Pengenalan ( Latar Belakang Kajian )Memindahkan maklumat berdasarkan gambar atau dalam kata lain membina ayat berdasarkan gambar merupakan satu komponen yang amat penting dalam pengajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah. Menurut Maimunab Osman ( 2004 ) beliau telah membuat penekanan tentang proses berfikir berkait rapat dengan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar, di mana proses berfikir adalah tindakan yang kita jalankan adalah usaha kita untuk melihat corak dan menggunakan Latterning System dengan sebaik baiknya dalam membantu proses berfikir dengan baik. Dalam hal ini, penguasaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, merneroka pelbagai kemungkinasn dan seterusnya membuat refleksi pemikiran yang dilalui. Chomsky ( 1965) telah mengatakan proses memindah maklumat adalah proses membina ayat adalah asas dalam kemahiran penulisan pelahiran. Ayat terdiri daripada perkataan perkataan yang disusun dalam kelompok kelompok tertentu dengan susunan yang lengkap.Murid murid sudah mula didedahkan dan diperkenalkan sejak dari tahap 1 lagi dengan unsur unsur memindah maklumat terutamanya dalam kertas penulisan Bahasa Melayu Bahagian A. Dalam kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KSSR ) kemahiran ini juga sudah diperkenalkan mengikut aras atau tahap pelajar. Aras akan berbeza mengikut tahap pelajar. Pelajar Tahap 1 akan dilatih memindahkan maklumat dalam bentuk ayat majmuk yang ringkas manakala pada tahap 2 para pelajar akan menghasilkan ayat yang lebih baik dan lebih gramatis. Didapati dengan ketara beberapa kelemahan yang sering dilakukan oleh para pelajar iaitu :a. Ayat yang dibina tergantung.b. Ayat yang dibina tidak mempunyai keterangan.c. Kosa kata yang digunakan tidak tepat.d. Tiada penggabungan idea.e. Para pelajar tidak berminat.f. Sukar mendapat markah baik.Dengan menggunakan strategi mengenal pasti kata kunci, murid murid akan dapat menghubungkaitkan aktiviti dalam gambar serta menterjemahkan maklumat dalam bentuk ayat yang betul berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam gambar dengan menggunakan tata bahasa dan kata hubung yang bsesuaio bagi menghasilkan ayat yang lebih gramatis.2. Pernyataan MasalahTerdapat beberapa masalah dalam kemahiran memindahkan maklumat yang mana terdiri daripada pengembangan atau peluasan ayat. Murid murid hanya mampu memindahkan maklumat dalam bentuk ayat tunggal. Masalah murid murid adalah tidak dapat meluaskan lagi bih panjang lagi. Para pelajar hanya mampu menggunakan dua hingga tiga kata kunci sahaja. Tidak ada penggunaan kata hubung bagi menghasilkan ayat yang gramatis atau lebih gramatis penulisan.Di sini masalahnya terbahagi kepada dua iaitu dalam bentuk lisan dan tulisan. Murid murid perlu mengaplikasikan pemikiran yang kreatif dan kreatif dalam menguasai kemahiran memindahkan maklumat dalam bentuk ayat. Ini kerana masalah ini tidak sama kerana mengikut situasi dalam gambar.Oleh kerana itu, pelbagai strategi yang boleh diguna pakai dalam membantu murid murid bagi mengatasi dan menyelesaikan kelemahan mengikut tahap perkembangan kognitif, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh mereka. Penyelesaian kelemahan ini bukan sekadar menghasilkan ayat yang baik dan gramatis namun memerlukan kefahaman, kemahiran dan penguasaan langkah langkah yang bbetul dalam membina ayat yang baik dari segi penggunaan sistem bahasa dan pengembangan ayat.Di sini akan dibincangkan dan diselidik bagaimana keberkesanan penggunaan strategi mengenal kata kunci dapat diaplikasikan dalam pemindahan maklumat dalam bentuk ayat. Masalah ini memerlukan pelajar menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik sehingga mereka dapat menghasilkan ayat yang dikehendaki.

3. Soalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan akan ditimbulkan apabila ingin membuktikan keberkesanan penggunaan strategi mengenal dan menggunakan kata kunci dalam kelemahan memindahkan maklumat dalam bentuk ayat bagi pelajar Tahun Enam Amanah.

3.1 Solan Kajian1. Sejauh manakah strategi mengenalpasti kata kunci berkesan dalam membantu menyelesaikan kelemahan memindahkan maklumat ?2. Adakah terdapat perbezaan signifikan bagi prestasi pelajar yang berpencapaian tinggi dibandingkan dengan pelajar berpencapaian rendah menguasai dan mengenal pasti kata kunci yang digunakan untuk menghasilkan ayat yang baik dan gramatis.Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran memindahkan maklumat. Teori pengajaran yang sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah Teori Behaviorisme. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkahlaku. Teori ini juga percaya bahawa hubungan antara rangsangan dan tindakbalas yang menghasilkan tingkahlaku. Dengan menggunakan gambar sebagai bahan rangsangan dan murid murid akan bertindakbalas dengan enam kata kunci yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan membina ayat, maka kelemahan pelajar dapat dikawal. Ini dilakukan secara berulang ulang, dengan secara tidak langsung akan menjadi satu amalan. dalam rutin pelajar.Seterusnya Model Taba amat sesuai untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran kemahiran memindah maklumat. Ini kerana kemahiran memindah maklumat amat berseuaian dengan Model Taba. Ini kerana model ini menekankan penyusunan bahan bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai, di mana dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat adalah elemen yang penting dalam menghasilkan ayat yang baik, bermakna dan gramatis. Ayat yang baik mempunyai susunan atau struktur ayat yang betul. Dengan adanya kata kunci yang sudah dikuasai dan difahami para pelajar, para pelajar dapat menyusun maklumat dengan mengikut konsep dalam Model Taba iaitu :a. Menyusun data data.b. Pembentukan konsep.c. Peringkat pembentukan hukum.d. Peringkat aplikasi.Rata rata guru mengatakan prestasi pelajar dalam menjawab soalan memindahkan maklumat dalam bentuk ayat berdasrkan aktiviti dalam gambar adalah rendah. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiranb berfikir secara kritis dan merentasi keseluruhan kurikulum. Guru guru pelu mengambil langkah langkah yang perlu dijalankan oleh murid murid dalam pembelajaran.. Ini amat penting bagi menghasilkan pelajar yang dapat menghasilkan ayat yang baik. Kemahiran memindahkan maklumat memupuk kemahiran berfikir dan pelajar dapat menggunakan perolehan ilmu tersebut untuk kegunaan dalam kemahiran lain seperti penulisan karangan dan sebaginya. Ini telah dibuktikan oleh dalam keputusan UPSR 2014 Sekolah Kebangsaan Tui, di mana Kertas Penulisan Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat skor A dalam kertas penulisan, di mana ada 18 orang yang mendapat A. Kelemahan dalam kemahiran memindah maklumat sedikit sebanyak telah membantu peningkatan tersebut.Seterusnya bukti ini telah dikuatkan lagi berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama yang baru diadakan. Pelajar pelajar Tahun 6 Amanah sebelum ini hanya mampu membina ayat dengan hanya sedikit peluasan predikat. Mereka hanya mampu mendapat markah 4/10 hingga 6/10 sahaja. Selepas menggunakan kaedah kata kunci, ada peningkatan berlaku, tiada lagi para pelajar yang mendapat markah di bawah lima dan juga mampu melepasi markah 6/10.4. Kerangka KonsepDalam menjelaskan tentang teknik atau pun kemahiran memindahkan maklumat, murid lebih cenderung memindahkan maklumat berdasarkan perkara yang berlaku dalam gambar. Aktiviti dalam gambar digunakan sebagai kata kunci.Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konsep yang digunakan sebagai kata kunci dalam penyelesaian kemahiran memindahkan maklumat.

SIAPA / WATAK

AKTIVITI - AKTIVITI

LOKASI/ TEMPAT

PERALATAN

KATA HUBUNG

PELUASAN AYAT

Siapa atau pun watak boleh terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhan dan benda.Aktiviti adalah perkara yang dilakukan oleh watak dalam gambar. Lokasi pula ialah tempat aktiviti dijalankan, alat adalah benda yang digunakan dalam menjalankan aktiviti sekiranya ada, kata hubung adalah menerangkan tujuan aktiviti dijalankan untuk perluasan predikat.5. Objektif Kajian Di sini penyelidik ingin mengutarakan objektif yang ingin dicapai sepanjang kajian ini dijalankan dengan harapan akan dapat :1. Melihat dan mengukur sejauh manakah kebekesanan strategi mengenalpasti kata kunci dapat menunjukkan peningkatan pencapaian dan penguasaan murid murid Tahun 6 dalam menguasai kemahiran memindah dengan membina dan menulis ayat yang baik dan gramatis dengan menggunakan kata hubung bagi menghasilkan ayat majmuk yang gramatis.2. Mencari dan mengguna kata kunci dalam maklumat atau gambar yang boleh digunakan dalam membina ayat dan menggunakan kata kerja ( aktiviti ) dan kata hubung yang sesuai bagi peluasan ayat iaitu ayat yang gramatis iaitu sedap didengar dan dibaca.3. Menghasilkan murid murid yang dapat memindahkan maklumat dalam bentuk ayat dengan baik , di mana mereka yang berjaya mendapat markah yang baik iaitu 7/10 ke atas dalam mencapai sasaran untuk mendapat skor A dalam Kertas penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.4. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar terutamanya dalam UPSR.5. Untuk meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari kemahiran penulisan.

6. Kepentingan Kajian Kajian ini akan membantu membuka ruang serta peluang kepada guru atau bakal guru mengaplikasikan strategi mengenalpasti kata kunci dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam kemahiran memindah ini, murid murid akan didedahkan dengan kata kunci yang digunakan dalam proses memindahkan maklumat iaitu : SIAPA AKTIVITI LOKASIALATKATA HUBUNGTUJUAN (PELUASAN AYAT/PREDIKAT ) Contohnya seperti adalah seperti di bawah : Ali (Siapa) sedang bermain bola (aktiviti ) di padang ( lokasi ) dengan menggunakan kasut (alat ) untuk(kata hubung )menjaga keselamatan . Abu ( siapa ) memotong kuku ( aktiviti ) di beranda rumah ( lokasi ) dengan menggunakan pengetip kuku (alat )supaya (kata hubung )kukunya pendek dan bersih. Di sini dinyatakan kepentingan kajian ini iaitu kepada :A. Pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir sekolah terutamanya guru besar menggunakan hasil kajian dalam membantu meningkatkan lagi dan kebekesanan pengajaran dan pembelajaran.B. Rakan rakan guru juga boleh menggunakan hasil daripada kajian ini untuk digunakan dalam kelas lain.C. Jabatan Pelajaran Daerah juga boleh memenfaatkan kajian ini dengan mendedahkan hasil kajian kepada semua guru dalam daerah untuk dipraktikkan di sekolah masing, Sekiranya penggunaannya berkesan dijalankan bolehlah dikemukakan kepada kementerian Pelajaran Malaysia untuk peluasan penggunaannya. D. Para pelajar juga boleh menggunakan kajian ini untuk membuat latihan tambahan di rumah.

7. Batasan Kajian Kajian ini hanya terbatas kepada murid Tahun 6 Amanah di Sekolah Kebangsaan Tuie, Debak,Sarawak.Kajian ini dijalankan selama 3 minggu. Di samping itu juga, kajian ini hanya melibatkan kelemahan para pelajar dalam memindahkan maklumat yang melibatkan penggabungan kata kunci dengan kata hubung. Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan untuk satu kelas sahaja iaitu pelajar Tahun 6 Amanah yang mempunyai status pelajar lemah setelah disaringkan, maka ianya tidak boleh digunakan sebagai keputusan untuk menggambarkan keputusan semua murid lain dalam memilih strategi atau teknik dalam menyelesaikan masalah Di samping itu juga, penyelidik juga tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga dan persekitaran sekolah yang boleh atau pun yang ada kaitan dengan kelemahan pelajar dalamkemahiran memindahkan maklumat yang diberikan.

8. Kesignifikan Kajian Dapatan hasil daripada kajian ini akan dapat member maklum balas kepada guru malahan kepada murid murid dalam mengaplikasikan strategi menggunakan kata kunci yang telah diperkenalkan bagi menghasilkan ayat yang baik dan gramatis. Selain daripada itu, kajian ini kelak akan dapat digunakan guru sebagai panduan, rujukan dan amalan dalam membantu para guru Bahasa Melayu terutamanya pengajaran dan pembelajaran memindahkan maklumat. Diharapkan juga nanti, segala pandangan dan idea yang diperoleh daripada kajian ini akan dapat diperluaskan atau diperkembangkan lagi penggunaan untuk menjadikannya salah satu strategi yang berkesan dalam pengajaran dan penyelesaian bagi kelemahan pelajar dalam kemahiran memindahkan maklumat.

9. Definisi Operasional Beberapa istilah telah digunakan dalam menyiapkan kajian ini antaranya adalah memindahkan maklumatdan kata kunci.A. Memindahkan Maklumat. Memindahkan membawa maksud menterjemahkan dari satu bahasa kepada satu bahasa. Dalam hal ini menterjemahkan bahan bahan yang berbentuk gambar tunggal, gambar bersiri,carta, jadual dalam bentuk ayat yang dikembangkan menjadi ayat yang sempurna. Maksudnya di sini menukar bahan grafik dalam bentuk teks ( ayat ) dengan tepat.B. Kata Kunci Kata Kunci merupakan bahan dalam Bahasa Melayu yang dapat membantu murid untuk memindahkan maklumat dalam bentuk ayat. Kata Kunci digunakan untuk menggabungkan dan meluaskan lagi ayat agar lebih bermakna dan lebih gramatis.

10. Kesimpulan. Melalui is kandungan pernyataan masalah, kerangka konsep, matlamat kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional yang dibuat akan digunakan untuk membuktikan keberkesanan penggunaan kata kunci yang digunakan dalam membantu murid Tahun 6 Amanah mengatasi dan membaiki kelemahan dalam kemahiran memindah maklumat dalam bentuk ayat.Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Setelah mengetahui butir butir dalam masalah kajian yang telah dijalankan atau pun yang telah dikaji, ini akan memudahkan penyelidik mengetahui cara membuat tinjauan literature dan menentukan kaedah kajian yang akan digunakan kelak.

11. Rujukan

1. Model Pengajaran blogspot . com2. Pomizi Pedagogi . blogspot . com / / Pedagogi Dalam Pendidikan3. Rohaya Abdullah blogspot . com4. Roslighani . blogspot . com / / Pengajaran Kemahiran5. www . slideshare . net / mal / BGN 38 / 4 Model Pengajaran6. www . Sabah . edu . my / / Teori dan Model Pengajaran7. Xa . yimg . com / kq / group / 23429689 / / Kertas Cadangan Kajian Tindakan Institusi

1