pandangan pensyarah mengenai pengaruh...

17
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF 130 PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH MATLAMAT KURIKULUM PEMBELAJARAN TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA Khairatul Akmar Ab Latif Ahmad Redzaudin Ghazali Mohd Rofian Ismail ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah mengenai pengaruh matlamat pembelajaran (هداف ا) terhadap para pelajar bahasa Arab, Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 37 orang pensyarah yang mengajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) pada tahun akhir dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA. IPTA yang terlibat iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Datadata dihuraikan menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian mendapati para pensyarah bersetuju bahawa semua faktor dalaman atau sahsiah pelajar terhadap PSMBA di 5 IPTA di Malaysia adalah positif dengan kekerapan melebihi 50 peratus. Data pengaruh matlamat yang paling besar diperoleh pada soalan kajian yang mencapai 94.6 peratus pada item yang bernombor 2 dan 10. Kemudian diikiuti pula oleh 91.9 peratus pada 3 item iaitu yang bernombor3,4 dan 6. Manakala kemerosotan pengaruh matlamat berlaku pada 3 item yang bernombor 5,7 dan 8 dengan peratusan sebangyak 13.5 peratus. Secara keseluruhannya nilai positif yang terdapat pada matlamat pembelajaran adalah sebanyak 33 pensyarah

Upload: dinhnhi

Post on 12-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

130

PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH

MATLAMAT KURIKULUM PEMBELAJARAN

TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA

ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI

IPTA MALAYSIA

Khairatul Akmar Ab Latif

Ahmad Redzaudin Ghazali

Mohd Rofian Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para

pensyarah mengenai pengaruh matlamat pembelajaran

terhadap para pelajar bahasa Arab, Program (األهداف)

Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian

dijalankan ke atas 37 orang pensyarah yang mengajar

Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) pada

tahun akhir dengan menggunakan teknik persampelan

bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan

PSMBA. IPTA yang terlibat iaitu UKM, UPM, UM,

UIAM dan USIM. Kajian tinjauan dijalankan dengan

menggunakan soal selidik. Data–data dihuraikan

menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan,

peratusan, dan sisihan piawai menggunakan perisian

SPSS versi 19. Hasil kajian mendapati para pensyarah

bersetuju bahawa semua faktor dalaman atau sahsiah

pelajar terhadap PSMBA di 5 IPTA di Malaysia adalah

positif dengan kekerapan melebihi 50 peratus. Data

pengaruh matlamat yang paling besar diperoleh pada

soalan kajian yang mencapai 94.6 peratus pada item

yang bernombor 2 dan 10. Kemudian diikiuti pula oleh

91.9 peratus pada 3 item iaitu yang bernombor3,4 dan 6.

Manakala kemerosotan pengaruh matlamat berlaku

pada 3 item yang bernombor 5,7 dan 8 dengan

peratusan sebangyak 13.5 peratus. Secara

keseluruhannya nilai positif yang terdapat pada

matlamat pembelajaran adalah sebanyak 33 pensyarah

Page 2: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

131

(90.3 peratus) manakala pengaruh yang negatif pula

diwakili oleh 4 pensyarah (9.7 peratus). Beberapa

cadangan turut dikemukakan yang melibatkan

pencapaian objektif pelajar antaranya ialah

penambahbaikan silibus pembelajaran mestilah

berlandaskan objektif pembelajaran pelajar selain dari

skop silibus PSMBA itu sendiri. Oleh yang demikian,

para pelajar dengan kerjasama pensyarah mesti

memainkan peranan yang lebih aktif dalam berpadu

tenaga menentukan objektif pembelajaran di IPTA

masing-masing demi meningkatkan kemahiran

berbahasa di samping menguasai ilmu-ilmu asas bahasa

Arab dalam kurikulum program bahasa Arab di

peringkat Sarjana Muda.

Kata kunci: matlamat pembelajaran, program sarjana

muda bahasa Arab (PSMBA), Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA)

ABSTRACT

This study aimed to identifying the views of the lecturers

on the effect of learning goals (األهداف) to students of

Bachelor of Arabic (PSMBA) in Institutions of Higher

Learning (IPTA) in Malaysia. The study conducted on 37

lecturers who teach (PSMBA) in the final year by using

purposive sampling from five universities that offer

PSMBA. Universities involved, namely UKM, UPM,

UM, IIUM and USIM. Survey was conducted using

questionnaires. The data described using descriptive

statistics such as frequency, percentage, and standard

deviation using SPSS version 19. The study found that

the lecturers agree that all internal factors or the

personality of students to PSMBA in 5 universities in

Malaysia is positive with over 50 per cent frequency.

Data of the biggest goals was to study questions that

reached 94.6 percent in items numbered 2 and 10. Then

followed by 91.9 percent on an item that numbered 3,4 3

and 6. The effect of the decline occurred in 3 goal

numbered item 5 , 7 and 8 with a percentage of 13.5

Page 3: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

132

percent. Overall positive value on the learning goals are

a total of 33 lecturers (90.3 percent), while the negative

effect is represented by 4 lecturers (9.7 per cent).

Suggestions are made that involve student achievement

of the objective of which is the improvement of teaching

syllabus must be based on student learning objectives

apart from the scope of the syllabus PSMBA itself.

Therefore, students in collaboration with faculty must

play a more active role in determining the learning

objectives join forces in their respective universities to

improve language skills in addition to master the basic

knowledge of Arabic in the Arabic language curriculum

programs at Bachelor level..

Keywords: learning goals, the undergraduate program

in Arabic (PSMBA), Institution of Higher Learning

(IPTA)

PENDAHULUAN

Penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa dan ilmu-ilmu

bahasa Arab sangat penting bagi pelajar yang mengikuti program

pengkhususan bahasa Arab di IPTA. Ini kerana pelajar menghabiskan

tempoh masa yang lama iaitu hampir empat hingga lima tahun untuk

menyempurnakan pengajian mereka sehingga akhirnya dianugerahkan

sekeping sijil menandakan keupaya mereka yang khusus dalam bahasa

Arab. Dengan sijil ini juga pelajar berpeluang untuk melangkah lebih

jauh kehadapan bersesuaian dengan kemahiran yang mereka miliki.

Perancangan pembinaan matlamat pembelajaran PSMBA di

IPTA merupakan elemen yang penting di dalam pembinaan sesuatu

program pembelajaran. Ia merupakan asas pertama dalam pembinaan

sesuatu benda dengan dijadikan matlamat pembelajaran sebagai kayu

ukur bagi perancangan seterusnya dalam pembinaan kurikulum

pembelajaran.

Dari situlah juga akan dibangunkan pembangunan silibus atau

sukatan pembelajaran yang kemudiannya akan diikuti pula oleh

perancangan proses pengajaran dan akhirnya penilaian pembelajaran.

Semestinya institusi pengajian terutama IPTA di Malaysia mempunyai

perancangan perjalanan yang teliti dalam pembetukan matlamat

Page 4: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

133

pembelajara PSMBA di universiti masing-masing, akan tetapi terdapat

persoalan yang timbul mengenai ”adakah matlamat kurikulum atau

program tersebut menepati dengan apa matlamat yang dikehendaki oleh

para pelajar?”.

Terdapat beberapa pentakrifan yang dibuat oleh para pakar

dalam bidang pendidikan. Matlamat adalah menyampaikan sesuatu

kepada pelajar yang bertujuan agar pelajar mencapai apa yang

dirancangkan selepas tamat pengajian dalam tempoh tertentu (Majer

1962). Manakala Tu’aimah (1989) menambahkan bahawa tujuan atau

matlamat pengajian adalah untuk memperbaiki peribadi (السلوك) pelajar

melalui pengalaman yang didapatinya sepanjang tempoh pengajian.

Seorang penganalisis dalam bidang pendidikan pada tahun

1940an yang bernama Taylor telah menggariskan enam matlamat reka

bentuk kurikulum. Enam matlamat tersebut iaitu memperoleh

maklumat, membina sikap bekerja yang baik dan kemahiran

pembelajaran, membina daya pemikiran yang kreatif, keterbukaan

dalam sikap, keinginan dan sensitiviti, mengekalkan tahap kesihatan

fizikal dan mental. Manakala Goodlad (1979) dan Nowakoski et. al

(1985) telah memperbaiki matlamat terdahulu yang dibuat oleh Taylor.

Mereka memperkenalkan tujuh matlamat baru yang mengambil berat

terhadap tentang tujuh perkara iaitu intelektual, emosi, fizikal,

kebudayaan, moral, kemahiran dan kemasyarakatan.

Matlamat utama reka bentuk kurikulum mesti menekankan dua

aspek. Aspek tersebut iaitu logik (logical methods) dan metodologi

empirik (empirical methods). Metodologi logik merangkumi tiga

perkara iaitu kesesuaian, keberkesanan dan kesepakatan matlamat reka

bentuk dengan aspek kemasyarakatan dan undang-undang. Manakala

metodologi empirik pula merangkumi empat perkara. Empat-empat

perkara tersebut iaitu matlamat reka bentuk mesti memenuhi matlamat

kumpulan yang disasarkan, diterima oleh pakar pendidik dan

masyarakat, mesti diuji keberkesanannya pada khalayak ramai serta

mempunyai kesinambungan yang berterusan.

Page 5: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

134

KEPENTINGAN REKA BENTUK “MATLAMAT” SILIBUS

BAHASA ARAB

Tu’aimah (1989) iaitu seorang pakar reka bentuk silibus bahasa Arab,

telah mengkhususkan beberapa kepentingan reka bentuk matlamat

kurikulum bahasa Arab. Beliau menegaskan bahawa silibus mesti

menuju ke arah menyempurnakan lima konsep asas pendidikan bahasa

Arab. Konsep asas tersebut iaitu memenuhi matlamat yang

berorientasikan keislaman, memajukan masyarakat tempatan,

memenuhi matlamat silibus semasa, mempertingkatkan keupayaan

pelajar dan memenuhi matlamat subjek pengajian. Kesempurnaan reka

bentuk “matlamat” silibus bahasa Arab hanya dapat dilihat selepas

pelaksanaan silibus berakhir). Ia dapat dinilai apabila pelajar mencapai

matlamat. Bermakna bahawa matlamat yang digariskan dan dirancang

telah berjaya dan tidak sia-sia.

Pembahagian “Matlamat” Reka Bentuk Silibus Bahasa Arab

Habibi (1998) membahagikan matlamat reka bentuk silibus bahasa

Arab kepada dua bahagian iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.

Matlamat umum tidak dapat dicapai melalui mata pelajaran tertentu

sahaja. Ianya dapat dicapai selepas selesai mempelajari kesemua atau

sebahagian besar dari kurikulum yang dirancang. Matlamat umum juga

dikenali sebagai matlamat masa panjang. Ia meliputi kebaikan yang

didapati oleh individu dan masyarakat. Matlamat umum juga meliputi

matlamat umum pengajian yang digariskan oleh kerajaan. Ia nya

dijalankan dalam usaha untuk memajukan, memperbaiki kehidupan dan

meningkatkan tahap intelektual masyarakat .

Matlamat khusus ditumpukan dalam merealisasikan matlamat

yang ingin dicapai dalam subjek tertentu dalam bahasa Arab. Matlamat

ini biasanya dikenali sebagai matlamat peribadi ( yang (الهدف السلوكي

diperoleh pelajar selepas tamat tempoh pengajian. Hasil yang diperoleh

dalam matlamat khusus lebih tertumpu kepada perubahan pelajar dari

segi keperibadian, tingkah laku, peningkatan kemahiran dan

kemampuan menguasai beberapa kemahiran berbahasa Arab dengan

baik. Perbezaan ini dapat dilihat pada pelajar sama ada semasa proses

pembelajaran sesuatu mata pelajaran berlaku atau selepas proses

pembelajaran itu berakhir.

Page 6: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

135

Keberkesanan Reka Bentuk “Matlamat” Silibus Bahasa Arab

Keberkesanan reka bentuk “matlamat” silibus bahasa Arab dapat dilihat

dalam beberapa perkara. Antara perkara iaitu pelajar mampu

melaksanakan tugasnya yang berkaitan dengan bahasa Arab dengan

lebih baik. Ia juga harus mampu memberi khidmat yang terbaik kepada

masyarakat dan mampu menggambarkan perubahan yang berlaku

dengan berkesan. Keberkesanan dapat dilihat dalam tingkah laku

pelajar, peribadi dan sahsiahnya. Setiap matlamat reka bentuk silibus

mesti boleh diukur dan dibandingkan. Sebagai contoh keberkesanan

kaedah pembacaan pelajar. Ukuran keberkesanan ditunjukkan oleh

kemampuan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menguasai kaedah

pembacaan yang dipelajari.

Masalah pembelajaran untuk kriteria kognitif adalah disebabkan

oleh beberapa faktor antaranya kekurangan aspek kognitif, pencapaian

akademik yang rendah, masalah penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan.

Pemahaman terhadap sesuatu tajuk pelajaran gabungan peringkat

domain kognitif merupakan perkara penting. Ia dapat meningkatkan

keupayaan pelajar untuk menguasai tajuk dengan lebih mendalam.

Setiap pelajar harus memahami dengan jelas peringkat awal setiap topik

baru pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ianya menjadi

teras kepada pembelajaran yang lebih kompleks bagi setiap topik.

Keberkesanan reka bentuk “matlamat” silibus bahasa Arab dapat

dilihat melalui tindakan mempraktikkan pengalaman yang diperoleh

oleh seseorang individu termasuklah pelajar dianggap sebagai

perubahan tingkah laku. Ini mengambarkan suatu pembelajaran yang

sebenarnya telah berlaku. Terdapat beberapa pentakrifan yang dibuat

untuk menerangkan maksud perkataan keberkesanan antaranya iaitu

mencapai sasaran atau kesan yang dijangkakan serta berupaya

menghasilkan sesuatu keputusan yang dikehendaki. Beberapa tinjauan

literatur berkenaan dengan keberkesanan silibus kurikulum pernah

dilakukan. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Little et al. (2007).

Kajian berkaitan dengan kesan terhadap satu silibus khas yang

dinamakan sebagai silibus kurikulum “Javits”.

Silibus Little et al. (2007) direka khas untuk kegunaan pelajar-

pelajar berpotensi tinggi bagi peringkat rendah dan menegah. Ia

memberi penekanan terhadap semua aspek persekitaran dan faktor yang

merangsang pembelajaran pelajar. Keberkesanan silibus ditunjukkan

Page 7: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

136

melalui peningkatan prestasi dan pencapaian pelajar dalam

pembelajaran. Respon yang positif terhadap silibus dapat dikesan

melalui beberapa perkara. Antara perkara tersebut iaitu tindak balas

yang dilakukan seperti tindak balas dalam konsep pemikiran kritikal,

proses pembelajaran dan pengajaran dan reaksi guru semasa

mempersembahkan pengajaran.

Gallagher (1989) berpendapat bahawa keberkesanan silibus

berkait rapat dengan elemen-elemen yang terdapat di dalam silibus.

Penekanan ditumpukan kepada kepentingan dan peranan matlamat,

sukatan, kaedah penyampaian dan penilaian silibus. Ini bertujuan

supaya ianya digunakan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Manakala van Tassel-Baska et al. (2002) menekankan

bahawa keberkesanan silibus adalah berdasarkan signifikasi yang

diberikan oleh seseorang pelajar melalui hasil pembelajaran (learning

outcomes) yang dicapai. Beliau dan rakan-rakannya berpendapat

bahawa faktor jantina tidak memainkan peranan penting dalam

menentukan hasil yang baik dalam pembelajaran.

Melvin (1997) pula mengkaji keberkesanan silibus di dalam

pembangunan kemahiran pemikiran kritikal (critical thinking skills)

dalam program kejuruteraan di Institut Technology Wentworth,

Amerika. Beliau mendapati bahawa terdapat perbezaan yang nyata

antara pelajar program dari segi kemampuan pemikiran kritikal.

Walaupun pelajar mengikuti program yang sama di institut berkenaan,

perbezaan faktor latar belakang pelajar menjadi penyebab utama

kemahiran teknikal (skill of technical) dan kemampuan menghasilkan

reka bentuk yang menarik. Ia mempengaruhi cara dan corak

pembelajaran pelajar dan seterusnya memberi kesan kepada kemahiran

pemikiran.

Suhre et al. (2007) pernah membincangkan perkara berkaitan

dengan persepsi pelajar mengenai kepuasan mereka (student’s

satisfaction) dalam pembelajaran. Beliau mendapati bahawa terdapat

beberapa faktor memberi kesan kepada kepuasan tersebut yang mampu

diperoleh daripada pelbagai sudut dan aspek. Kesan yang paling ketara

iaitu adanya hubung kait antara kecergasan akademik serta peningkatan

dalam prestasi dan kemampuan belajar seseorang pelajar. Penurunan

tahap kepuasan pelajar memberi kesan yang jelas dalam kelakuan dan

motivasi pelajar. Faktor negatif ini turut memberi implikasi yang besar

terhadap perlaksanaan sistem pendidikan semasa. Setiap persepsi

Page 8: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

137

mereka terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran akan memberi

kesan terhadap kelakuan pelajar.

Manakala Joanne dan Lynn (2004) pula pernah melakukan satu

kajian berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap keberkesanan

perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sebuah

kawasan pedalaman. Mereka ingin membuktikan keberkesanan strategi

dan taktik yang digunakan bagi menarik perhatian pelajar dalam proses

pembelajaran. Dapatan kajian menyatakan bahawa perlunya satu ikatan

dibina antara pelajar dengan guru. Ia bertujuan untuk memupuk

kepercayaan antara mereka di samping untuk mewujudkan suasana

saling perlu memerlukan antara satu sama lain (guru dan pelajar).

Menurut Syed Hussein Al-Atas (Utusan Online 2005),

pensyarah yang ada sekarang adalah produk daripada sistem yang sama.

Sebelumnya mereka juga adalah pelajar yang didedahkan kepada sistem

pendidikan yang sama. Maka seelok-eloknya sebahagian daripada

pensyarah di universiti tempatan adalah dari luar negara. Mungkin

bilangan tenaga akademik asing ialah 15 peratus daripada keseluruhan

bilangan pensyarah.

Menurut Hassan Ali (1996), kecemerlangan boleh diertikan

sebagai puncak kegemilangan yang boleh dicapai oleh seseorang

pelajar. Kecemerlangan dilihat dari aspek kemampuan pelajar mendapat

kelulusan yang cemerlang dalam satu-satu peperiksaan. Kemampuan

dan kesanggupan pelajar mengatur dan mengambil berat mengenai

pelajaran bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi sistem

pembelajarannya. Ini adalah berkait rapat dengan kejayaan dan

kegagalan dalam kehidupannya.

Pembelajaran merupakan proses memperoleh pengetahuan,

kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Ia akan menghasilkan perubahan

tingkah laku yang dihajati yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran

menggunakan fakta dan mengubah nilai diri. Pembelajaran berlaku

apabila minda seseorang individu dirangsang untuk menjadi

pengalaman dan pengalaman ini pula digunakan untuk tingkah laku

atau tindakan. Pelajar yang sudah belajar iaitu pelajar yang sudah

mengetahui dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran nilai dan sikap

yang baru.

Page 9: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

138

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah:

1. Mengetahui pendapat para pensyarah tentang pengaruh

matlamat kurikulum pembelajaran PSMBA terhadap pelajar

PSMBA.

2. Mengetahui peratusan pengaruh matlamat kurikulum

pembelajaran PSMBA terhadap pelajar PSMBA mengikut

pandangan pensyarah.

3. Memberi cadangan ke arah penambahbaikan terhadap PSMBA.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini ingin menjelaskan lagi pandangan para pensyarah berkaitan

dengan perancangan pembinaan matlamat pembelajaran PSMBA.

Tumpuan kajian ini dapat dilihat dalam beberapa persoalan kajian yang

telah digariskan iaitu:

1. Apakah pendapat para pensyarah tentang pengaruh matlamat

kurikulum pembelajaran PSMBA terhadap pelajar PSMBA?

2. Bagaimanakah peratusan pengaruh matlamat kurikulum

pembelajaran PSMBA terhadap pelajar PSMBA?

3. Apakah cadangan ke arah penambahbaikan terhadap PSMBA?.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif yang melibatkan

kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai menggunakan perisian

SPSS versi 19. Para responden terdiri daripada para pensyarah yang

mengajar PSMBA di tahun akhir pengajian di 5 Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang menawarkan program bahasa

Arab iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya

(UM), Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Islam

Antarabangsa Malysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM).

Data-data diperoleh melalui kaedah kajian lapangan yang

melibatkan pengedaran set soalan soal selidik kepada para responden

terbabit seramai 40 orang tetapi hanya 37 pensyarah sahaja yang

memulangkan semula set soalan soal selidik terbabit dengan jawapan

yang sempurna. Pemilihan responden ini adalah menggunakan teknik

Page 10: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

139

persapelan bertujuan (perposive sampling) dengan hanya melibatkan

pensyarah yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(p&p) bahasa Arab yang berbentuk kemahiran bahasa (mendengar,

bercakap, membaca dan menulis) dan ilmu asas bahasa Arab (nahw,

sorf, adab dan balaghah).

Dalam kajian ini 5 skala Likert digunakan dengan

menganggarkan nilai purata kurang daripada 3 adalah menunjukkan

sikap yang positif manakala nilai yang melebihi 3 dianggap sebagai

negatif (1 = sangat setuju, 2 = setuju, 3 = tak pasti, 4 = tak setuju, 5 =

sangat tidak setuju). Skala ini sengaja diterbalikkan dan berlainan

daripada skala biasa yang digunakan iaitu daripada negatif kepada

positif. Skala ini dibentuk dengan tujuan supaya responden lebih

berhati-hati semasa menjawab soal selidik yang diperoleh. Maka

dapatan yang diperoleh akan menjadi lebih releven. Teknik ini

dinamakan sebagai reverse skill.

Dapatan daripada data-data dihuraikan bersama dengan

beberapa kajian lepas yang kemudiannya disempurnakan dengan

beberapa cadangan dan penambahbaikan bagi faedah kajian yang akan

datang.

Huraian Latar Belakang Pensyarah

Mengikut taburan data yang dikumpul daripada lima universiti yang

terlibat didapati bahawa secara keseluruhannya peratus responden

(pensyarah) yang tertinggi datang dari Universiti Sains Islam Malaysia

dengan 24.3 peratus. Kemudian diikuti oleh Universiti Kebangsaan

Malaysia 21.6 peratus. Pensyarah dari Universiti Malaya dan Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia iaitu sebanyak 18.9 peratus serta

Universiti Putera Malaysia sebanyak 16.2 peratus. Manakala

pembahagian dari segi jantina pula didapati sebanyak 56.8 peratus

adalah lelaki dan selebihnya iaitu 43.2 peratus adalah perempuan.

Dari segi umur pula, 13.5 peratus responden terdiri daripada

mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun. Terdapat 56.8 peratus pula

terdiri daripada mereka yang berumur 31 hingga 35 tahun. Sebanyak

29.7 peratus pensyarah umurnya 36 tahun ke atas. Mengenai

pengalaman mereka dalam mengajar bahasa Arab pula, peratusan

tertinggi adalah sebanyak 59.6 peratus iaitu mereka berpengalaman

Page 11: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

140

dalam mengajar bahasa Arab selama 9 hingga 11 tahun. Sebanyak 24.3

peratus yang berpengalaman mengajar selama 6 hingga 8 tahun.

Pensyarah yang paling sedikit iaitu sebanyak 10.4 peratus

merupakan mereka yang mengajar bahasa Arab 3 hingga 5 tahun dan

5.2 peratus pula mereka yang mengajar kurang dari 2 tahun. Dalam segi

bahasa pertuturan responden di rumah, didapati sebanyak 43.2 peratus

mereka berhubung dengan menggunakan bahasa Arab. Manakala 27

peratus menggunakan bahasa campuran antara Arab dan Melayu.

Sebanyak 16.2 peratus menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Terdapat 8.1 peratus pensyarah menggunakan bahasa campuran Arab,

Melayu dan Inggeris serta 2.7 peratus menggunakan lain-lain bahasa di

rumah.

Ditinjau dari penggunaan bahasa pertuturan di universiti pula,

sebanyak 45.9 peratus yang menggunakan bahasa Melayu. Seramai

18.9 peratus menggunakan bahasa campuran Melayu, Inggeris, Arab

dan Jawa. Selebihnya, pensyarah berbahasa campuran Arab, Inggeris,

Melayu peratus yang menggunakan bahasa Arab di universiti.

Mengenai latar belakang keluarga pula, sebanyak 70.3 peratus dari

kalangan keluarga yang bukan berpendidikan Arab. Selebihnya iaitu

sebanyak 29.7 peratus para responden datang daripada kalangan

keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan bahasa Arab.

Penemuan Kajian Dan Perbincangan

Data kekerapan dan peratus jawapan pensyarah pengaruh matlamat

kurikulum pembelajaran terhadap penguasaan kemahiran bahasa Arab

pelajar.

No

Pernyataan

PENSYARAH Kekerapan jawapan

bawah 50% /Peratus

Kekerapan jawapan

bawah 50% /Peratus

Bil.

responden

Peratus Bil.

responden

Peratus

a1 Matlamat umum yang

digariskan dalam

kurikulum adalah jelas

4 10.8

(2) 33 89.2

(3)

a2 Matlamat khusus

dalam setiap subjek

yang diajar adalah jelas

dan teratur

2 5.4 (4) 35 94.6

(1)

Page 12: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

141

a3 Setiap matlamat yang

digariskan adalah

bersesuaian dengan

tahap pembelajaran

pelajar

3 8.1 (3) 34 91.9

(2)

a4 Matlamat khusus yang

diigariskan mampu

dicapai oleh pelajar

selepas tamat

pembelajaran.

3 8.1 (3) 34

91.9

(2)

a5 Matlamat yang

digariskan mampu

diukur iaitu dengan

berlakunya perubahan

sikap dan kemahiran

para pelajar.

5/ 13.5

(1) 32 86.5

(4)

a6 Kaedah penyampaian

dan kandungan

kurikulum yang

digunakan membantu

para pelajar mencapai

matlamat umum dan

khusus yang

digariskan.

3 8.1 (3) 34 91.9

(2)

a7 Setiap matlamat yang

digariskan menekankan

perubahan samada

yang berkaitan mental,

fizikal dan spiritual.

5 13.5

(1) 32 86.5

(4)

a8 Penerangan berkaitan

dengan matlamat

kurikulum yang ingin

dicapai akan dijelaskan

oleh tenaga pengajar

sebelum memulakan

sesi pembelajaran pada

setiap awal semester.

5 13.5

(1)

33 89.2 (3)

a9 Pencapaian matlamat

pembelajaran

seseorang pelajar dapat

dilihat melalui markah

yang diperolehi.

4 10.8

(2) 33 89.2

(3)

a10 Matlamat pembelajaran

yang diinginkan dalam

2 5.4 (4) 35 94.6

(1)

Page 13: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

142

mengikuti program ini

tercapai

Purata keseluruhan 4 9.7 33 90.3

Nota: Nilai jawapan pensyarah diberi dalam bentuk peratusan (semakin

tinggi peratus yang diberi menunjukkan semakin positif jawapan

matlamat tersebut). Aras perbezaan adalah 50.

Keterangan/Analisa Data

Melalui data yang diperoleh daripada jawapan pensyarah dalam item

faktor luaran ”matlamat kurikulum”, secara umumnya menunjukkan

purata sebanyak 4 jawapan yang mempunyai kekerapan bawah 50%

dengan purata peratus sebanyak 9.7 peratus, manakala seramai 33

jawapan daripada para pensyarah yang mempunyai kekerapan lebih

50% dengan purata peratus sebanyak 90.3 peratus.

Jawapan para pensyarah yang mempunyai kekerapan lebih

daripada 50% terbanyak diperoleh daripada kenyataanMatlamat

pembelajaran yang diinginkan dalam mengikuti program ini tercapai

dan Matlamat khusus dalam setiap subjek yang diajar adalah jelas dan

teratur seramai 35 orang pensyarah dengan nilai sebanyak 94.6 peratus.

Kemudian diikuti pula oleh kenyataan Setiap matlamat yang digariskan

adalah bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar,Matlamat

khusus yang diigariskan mampu dicapai oleh pelajar selepas tamat

pembelajaran dan Kaedah penyampaian dan kandungan kurikulum

yang digunakan membantu para pelajar mencapai matlamat umum dan

khusus yang digariskan seramai 34 orang pensyarah yang mewakili

sebanyak 91.9 peratus. Matlamat umum yang digariskan dalam

kurikulum adalah jelas,Penerangan berkaitan dengan matlamat

kurikulum yang ingin dicapai akan dijelaskan oleh tenaga pengajar

sebelum memulakan sesi pembelajaran pada setiap awal semester dan

Pencapaian matlamat pembelajaran seseorang pelajar dapat dilihat

melalui markah yang diperolehi seramai 33 orang pensyarah yang

mewakili sebanyak 89.2 peratus. Matlamat yang digariskan mampu

diukur iaitu dengan berlakunya perubahan sikap dan kemahiran para

pelajar dan Setiap matlamat yang digariskan menekankan perubahan

samada yang berkaitan mental, fizikal dan spiritual seramai 32 orang

pensyarah yang mewakili sebanyak 86.5 peratus.

Page 14: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

143

Manakala jawapan para pensyarah yang mempunyai kekerapan

kurang daripada 50% terbanyak diperoleh daripada kenyataanMatlamat

yang digariskan mampu diukur iaitu dengan berlakunya perubahan

sikap dan kemahiran para pelajar, Setiap matlamat yang digariskan

menekankan perubahan samada yang berkaitan mental, fizikal dan

spiritual dan Penerangan berkaitan dengan matlamat kurikulum yang

ingin dicapai akan dijelaskan oleh tenaga pengajar sebelum

memulakan sesi pembelajaran pada setiap awal semester seramai 5

pensyarah telah menjawab jawapan yang sama dengan nilai sebanyak

13.5 peratus. Kemudian diikuti pula dengan kenyataan Matlamat umum

yang digariskan dalam kurikulum adalah jelas dan Pencapaian

matlamat pembelajaran seseorang pelajar dapat dilihat melalui

markah yang diperolehi dengan 4 orang pelajar yang mewakili

sebanyak 10.8 peratus. Setiap matlamat yang digariskan adalah

bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar,Matlamat khusus yang

diigariskan mampu dicapai oleh pelajar selepas tamat pembelajaran,

Kaedah penyampaian dan kandungan kurikulum yang digunakan

membantu para pelajar mencapai matlamat umum dan khusus yang

digariskan seramai 3 pensyarah telah menjawab jawapan yang sama

dengan nilai sebanyak 8.1 peratus.Matlamat khusus dalam setiap subjek

yang diajar adalah jelas dan teratur dan Matlamat pembelajaran yang

diinginkan dalam mengikuti program ini tercapaiseramai 3 pensyarah

telah menjawab jawapan yang sama dengan nilai sebanyak 8.1 peratus

seramai 2 pensyarah telah menjawab jawapan yang sama dengan nilai

sebanyak 5.4 peratus.

Oleh yang demikian, dapat dibuat kesimpulan daripada analisa

data yang diperoleh bahawa para pensyarah amat bersetuju dengan

semua matlamat kurikulum yang digariskan oleh setiap universiti

tempatan (IPTA) dalam PSMBA yang ditawarkan dengan nilaian

peratus positif bagi setiap item soalan melebihi dari 50 peratus.

KESIMPULAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sumbangan objektif

pembelajaran terhadap pembelajaran para pelajar dalam PSMBA di 5

IPTA di Malaysia yang menawarkan program tersebut mengikut

pandangan para pensyarah di 5 buah IPTA.

Jelas sekali sekiranya matlamat pembelajaran yang dirancang

dengan baik mengikut pendapat para pensyarah dapat memberi kesan

Page 15: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

144

dan sumbangan yang besar terhadap kemajuan dan kejayaan para

pelajar dalam setiap bidang pembelajaran. Melalui perancangan

matlamat yang baik sebagaimana yang dikehendaki pelajar menjadikan

mereka bersikap rajin serta mempunyai keazaman yang kuat untuk

mencapai sesuatu yang diusahainya.

Di samping itu, ia juga turut menggambarkan bahawa

kelemahan yang dihadapi oleh matlamat pembelajaran yang tidak

mampu untuk melakukan perubahan serta tidak jelas kesannya

menjadikan para pelajar turut lemah dan bersikap negatif di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan ini dapat disimpulkan

sebagai antara punca kepada kemerosotan mereka. Apabila objektif

pembelajaran para pelajar tidak memenuhi kehendak pembelajaran

mereka, ia menyebabkan para pelajar akan bersikap dengan sikap yang

pasif seperti malas, cuai, dan sebagainya serta mempunyai tahap

motivasi yang rendah dengan semangat yang lemah serta persepsi yang

negatif akan menjauhkan lagi mereka untuk turut serta dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh institusi pengajian.

Antara cadangan bagi kesimpulan kajian ini adalah berkaitan

dengan sikap, motivasi dan persepsi yang cemerlang perlu dibajai dan

disemai sentiasa di dalam hati para pelajar. Di samping itu, galakan

yang berterusan dengan menanam minat terhadap perkara yang mereka

ingin pelajari serta memahami matlamat pembelajaran mereka adalah

antara faktor utama kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran

(p&p).

Biasanya perancangan dalam pembinaan matlamat kurikulum

sesuatu sukatan pembelajaran adalah mengikut bagi keadaan kehendak

pelajar serta berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh institusi

pengajian. Ini adalah untuk memastikan supaya segala kehendak

pembelajaran daripada kedua-dua pihak tidak diabaikan, lebih-lebih lagi

para pelajar yang mengharungi PSMBA dalam tempoh pengajian

selama 3 atau 4 tahun.

Page 16: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

145

RUJUKAN

Abdul Halim Mohamed. 2009. Tahap komunikasi dalam bahasa Arab

dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA

Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1). 1-14.

UKM.

Ahmad Atory Hussain. 2002. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Crow, L.D. & Crow, A. 1983. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan

(terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husaini, Muhd Harun. 2007. Tahlil Kutub Ta’lim Al-Lughah Al-

Arabiah Bil Muassasat At-Ta’limiah Al-‘Ulya Al-Khassah. Tesis Dr

Falsafah, Universiti Malaya.

Ismail Suardi Wekke. 2008. Amalan pendidikan bahasa Arab

berasaskan kepelbagaian budaya di pesantren Sulawesi Selatan,

Indonesia. Tesis Dr Fal. UKM.

Jaseem, Ali Jaseem. 1992. Fi Turuq ta’lim Al-Arabiah Li Ghai An-

Natiqin biha. Kuala Lumpur: Jahabersa.

Rahimi, Nik Mohd. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam

kurikulum bahasa Arab komunikasi di Sekolah-sekolah Agama

kerajaan negeri. Tesis Dr Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozmi Ismail. 2011. Psikologi Sosial. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah & Ab. Halim. 2010. Persepsi guru terhadap penggunaan

bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimeda dalam

pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2)

2010 53 – 64.

Page 17: PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

KHAIRATUL AKMAR BIN AB. LATIF

146

BIOGRAFI

Khairatul Akmar bin Ab. Latif

Pensyarah

Jabatan pengajian bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA),

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

No. Tel:60139876880 ([email protected])