prolog tarekat satariah

2
Prolog tarekat satariah Tarikat Syathariyah pertama kali diasaskan oleh Abdullah Syathar (w.1429 M). Tarikat Syaththariyah berkembang luas ke Tanah Suci (Mekah dan Medinah) dibawa oleh Syeikh Ahmad Al-Qusyasi (w.1661/1082) dan Syeikh Ibrahim al-Kurani (w.1689/1101). Dan dua ulama ini diteruskan oleh Syeikh ‘Abd al-Rauf al-Sinkili ke nusantara, kemudian dikembangkan oleh muridnya Syekh Burhan al- Din ke Minangkabau. Tarikat Syathariyah sesudah Syekh Burhan al-Din berkembang pada empat kelompok, iaitu; Pertama. Silsilah yang diterima dari Imam Maulana. Kedua, Silsilah yang dibuat oleh Tuan Kuning Syahril Lutan Tanjung Medan Ulakan. Ketiga, Silsilah yang diterima oleh Tuanku Ali Bakri di Sikabu Ulakan. Keempat; Silsilah oleh Tuanku Kuning Zubir yang ditulis dalam Kitabnya yang berjudul Syifa’ aI-Qulub. Berdasarkan silsilah seperti tersebut di atas, maka dapat disimpulkan bahwa tarikat Syaththariyah di Minangkabau masih terpelihara kukuh. Untuk mendukung keberadaan tarikat, kaum Syathariyah mengasaskan pertubuhan rasmi berupa organisasi sosial keagamaan Jamaah Syathariyah Sumatera Barat, dengan cabang dan ranting-ranting di seluruh alam Minangkabau, bahkan di wilayah berjiran iaitu Riau dan Jambi. Bukti kuat dan kukuhnya keberadaan tarekat Syaththariyah dapat dibuktikan dengan wujudnya kegiatan bersafar ke makam Syekh Burhan al-Din Ulakan. Adapaun ajaran tarikat Syaththariyah yang berkembang di Minangkabau sama seperti yang dikembangkan oleh ‘Abd al-Rauf al- Sinkili. Masalah pokoknya dapat dikelompokkan pada tiga; Bahagian Pertama, Ketuhanan dan hubungannya dengan alam. Faham ketuhanan dalam hubungannya dengan alam ini seolah-olah hampir sama dengan faham Wahdat al- Wujud, dengan pengertian bahawa Tuhan dan alam adalah satu kesatuan atau Tuhan itu immanent dengan alam, bezanya oleh al-Sinkili ini dijelaskannya dengan menekankan pada ‘transcendence’nya Tuhan dengan alam. la mengungkapkan wujud yang hakiki hanya Allah, sedangkan alam ciptaan-Nya bukan wujud yang hakiki. Bagaimana hubungan Tuhan dengan alam dalam ‘transcendence’nya, al-Sinkili menjelaskan bahwa sebelum Tuhan menciptakan alam raya (al- ‘alam), Dia selalu memikirkan (berta’akul) tentang diri-Nya, yang kemudian mengakibatkan terciptanya Nur Muhammad (cahaya Muhammad). Dari Nur Muhammad itu Tuhan menciptakan pola-pola dasar (al ‘ayan tsabitah), yaitu potensi dari semua alam raya, yang menjadi sumber dari pola dasar luar (al-‘ayan alkharijiyah) yaitu ciptaan dalam bentuk konkritnya. Ajaran tentang ketuhanan al- Sinkili di atas, disadur dan dikembangkan oleh Syekh Burhan al-

Upload: daswindra

Post on 30-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

satariah

TRANSCRIPT

Page 1: Prolog tarekat satariah

Prolog tarekat satariahTarikat Syathariyah pertama kali diasaskan oleh Abdullah Syathar (w.1429 M). Tarikat Syaththariyah berkembang luas ke Tanah Suci (Mekah dan Medinah) dibawa oleh Syeikh Ahmad Al-Qusyasi (w.1661/1082) dan Syeikh Ibrahim al-Kurani (w.1689/1101). Dan dua ulama ini diteruskan oleh Syeikh ‘Abd al-Rauf al-Sinkili ke nusantara, kemudian dikembangkan oleh muridnya Syekh Burhan al-Din ke Minangkabau.

Tarikat Syathariyah sesudah Syekh Burhan al-Din berkembang pada empat kelompok, iaitu; Pertama. Silsilah yang diterima dari Imam Maulana. Kedua, Silsilah yang dibuat oleh Tuan Kuning Syahril Lutan Tanjung Medan Ulakan. Ketiga, Silsilah yang diterima oleh Tuanku Ali Bakri di Sikabu Ulakan. Keempat; Silsilah oleh Tuanku Kuning Zubir yang ditulis dalam Kitabnya yang berjudul Syifa’ aI-Qulub.

Berdasarkan silsilah seperti tersebut di atas, maka dapat disimpulkan bahwa tarikat Syaththariyah di Minangkabau masih terpelihara kukuh. Untuk mendukung keberadaan tarikat, kaum Syathariyah mengasaskan pertubuhan rasmi berupa organisasi sosial keagamaan Jamaah Syathariyah Sumatera Barat, dengan cabang dan ranting-ranting di seluruh alam Minangkabau, bahkan di wilayah berjiran iaitu Riau dan Jambi. Bukti kuat dan kukuhnya keberadaan tarekat Syaththariyah dapat dibuktikan dengan wujudnya kegiatan bersafar ke makam Syekh Burhan al-Din Ulakan.

Adapaun ajaran tarikat Syaththariyah yang berkembang di Minangkabau sama seperti yang dikembangkan oleh ‘Abd al-Rauf al-Sinkili. Masalah pokoknya dapat dikelompokkan pada tiga;

Bahagian Pertama, Ketuhanan dan hubungannya dengan alam. Faham ketuhanan dalam hubungannya dengan alam ini seolah-olah hampir sama dengan faham Wahdat al- Wujud, dengan pengertian bahawa Tuhan dan alam adalah satu kesatuan atau Tuhan itu immanent dengan alam, bezanya oleh al-Sinkili ini dijelaskannya dengan menekankan pada ‘transcendence’nya Tuhan dengan alam. la mengungkapkan wujud yang hakiki hanya Allah, sedangkan alam ciptaan-Nya bukan wujud yang hakiki. Bagaimana hubungan Tuhan dengan alam dalam ‘transcendence’nya, al-Sinkili menjelaskan bahwa sebelum Tuhan menciptakan alam raya (al- ‘alam), Dia selalu memikirkan (berta’akul) tentang diri-Nya, yang kemudian mengakibatkan terciptanya Nur Muhammad (cahaya Muhammad). Dari Nur Muhammad itu Tuhan menciptakan pola-pola dasar (al ‘ayan tsabitah), yaitu potensi dari semua alam raya, yang menjadi sumber dari pola dasar luar (al-‘ayan alkharijiyah) yaitu ciptaan dalam bentuk konkritnya. Ajaran tentang ketuhanan al-Sinkili di atas, disadur dan dikembangkan oleh Syekh Burhan al-Din Ulakan seperti yang terdapat dalam kitab Tahqiq. Kajian mengenai ketuhanan yang dimuat dalam kitab Tahqiq dapat disimpulkan pada Iman dan Tauhid. Tauhid dalam pengertian Tauhid syari’at, Tauhid tarekat, dan Tauhid hakikat, iaitu tingkatan penghayatan tauhid yang tinggi.

Bahagian kedua, Insan Kamil atau manusia sempurna. Insan kamil lebih menjurus kepada hakikat manusia dan hubungannya dengan penciptanya (Tuhannya). Manusia adalah penampakan cinta Tuhan yang azali kepada esensi-Nya, yang sebenarnya manusia adalah esensi dari esensi-Nya yang tak mungkin disifatkan itu. Oleh kerananya, Adam diciptakan Tuhan dalam bentuk rupa-Nya, mencerminkan segala sifat dan nama-nama-Nya, sehingga “Ia adalah Dia.” Manusia adalah kutub yang diedari oleh seluruh alam wujud ini sampat akhirnya. Pada setiap zaman ini ia mempunyai nama yang sesuai dengan pakaiannya. Manusia yang merupakan perwujudannya pada zaman itu, itulah yang lahir dalam rupa-rupa para Nabi–dari Nabi Adam as sampat Nabi Muhammad SAW– dan para qutub (wali tertinggi pada satu zaman) yang datang sesudah mereka. Hubungan wujud Tuhan dengan insan kamil

Page 2: Prolog tarekat satariah

bagaikan cermin dengan bayangannya. Pembahasan tentang Insan KamiI ini meliputi tiga masalah pokok: Pertama; Masalah Hati. Kedua Kejadian manusia yang dikenal dengan a’yan kharijiyyah dan a’yan tsabitah. Ketiga; Akhlak, Takhalli, tahalli dan Tajalli.

Bahagian ketiga, jalan kepada Tuhan (Tarikat). Dalam hal ini Tarikat Syaththariyah menekankan pada rekonsiliasi syari’at dan tasawuf, iaitu memadukan tauhid dan zikir. Tauhid itu memiliki empat martabat, yaitu tauhid uluhiyah, tauhid sifat, tauhid zat dan tauhid af’al. Segala martabat itu terhimpun dalam kalimah la ilaha ilIa Allah. Oleh karena itu kita hendaklah memesrakan diri dengan La ilaha illa Allah. Begitu juga halnya dengan zikir yang tentunya diperlukan sebagai jalan untuk menemukan pencerahan intuitif (kasyf) guna bertemu dengan Tuhan. Zikir itu dimaksudkan untuk mendapatkan al-mawt al-ikhtiyari (kematian sukarela) atau disebut juga al-mawt al-ma’nawi (kematian ideasional) yang merupakan lawan dari al mawat al-tabi’i (kematian alamiah). Namun tentunya perlu diberikan catatan bahwa ma’rifat yang diperoleh seseorang tidaklah boleh menafikan jalan syari’at