prolog - jemariseni.com · rongga rasa. evan ikut bangkit ... kaedahnya; ubah topik. “nasi...

6
403 Prolog AYAM POP. Bau panas itu cukup menggoda. Dari tadi bunyi klung... klang... klung... klang di dapur menggamitnya. Tapi, tak boleh! Dia mesti menyiapkan kertas konsep yang sudah separuh hari tertangguh, Evan memujuk diri. Ah, selalunya pun dia tak diperlukan. Mak boleh masak sendiri. Mak memang pandai memasak. Cakap saja mahu makan apa, mak mesti tahu resipinya. Selalunya mak masak masakan Melayu. Lidah mak lidah Melayu. Meski dia sebenarnya lahir dan membesar di Denmark. Entahlah. Kadang-kadang Evan rasa yang mak lebih Melayu daripada dia. Dia sendiri pun bukanlah Melayu seratus peratus. Tapi Evan tak kisah. Paling penting, mak memang pandai memasak. Dan mak tak perlukan dia untuk menolong. Mak hanya perlukan dia untuk makan. Evan memang kuat makan. Kalau begitu, seekor ayam yang dibelah empat untuk ayam pop itu memang tak cukup.

Upload: tranlien

Post on 18-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

403

Prolog

AYAM POP. Bau panas itu cukup menggoda.Dari tadi bunyi klung... klang... klung... klang didapur menggamitnya. Tapi, tak boleh! Dia mestimenyiapkan kertas konsep yang sudah separuhhari tertangguh, Evan memujuk diri. Ah,selalunya pun dia tak diperlukan. Mak bolehmasak sendiri. Mak memang pandai memasak.Cakap saja mahu makan apa, mak mesti tahuresipinya. Selalunya mak masak masakan Melayu.Lidah mak lidah Melayu. Meski dia sebenarnyalahir dan membesar di Denmark. Entahlah.Kadang-kadang Evan rasa yang mak lebih Melayudaripada dia. Dia sendiri pun bukanlah Melayuseratus peratus. Tapi Evan tak kisah. Palingpenting, mak memang pandai memasak. Dan maktak perlukan dia untuk menolong. Mak hanyaperlukan dia untuk makan. Evan memang kuatmakan. Kalau begitu, seekor ayam yang dibelahempat untuk ayam pop itu memang tak cukup.

Page 2: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

404

Seekor ayam untuk dia seorang saja. Mak mestimasak lagi untuk abah nanti.

Lewat pagi tadi, waktu turun mengambil airsejuk di dapur, mak sudah sibuk-sibuk memerapayam dengan air limau kasturi bersamabumbunya – bawang putih, lada sulah dan halia.Sempat juga Evan menjenguk ke dalam periuk.Memang ada seekor ayam kampung, dipotongempat. Katanya, “Tak cukup ni, mak. Yang seekorni memang untuk Evan seorang aja.”

“Ayam tu memang ada seekor aja. Kuotaawak separuh. Separuh lagi mak terpaksalahkongsi dengan abah.”

“Nanti Evan SMS abah, suruh makan luar.”Dia selamba.

“Amboi! Bertuah punya anak!”Evan cepat-cepat memanjat dua puluh anak

tangga ke atas, masuk bilik dan kunci pintu,sebelum mak sempat baling senduk kepadanya.

Dua jam kemudiannya, dia turun semula kedapur. Sebaik dia menghabiskan sepingganpisang goreng sejuk baki sarapan, mak mulamerebus ayam tadi dalam air kelapa. Mak tambahgaram secukup rasa. Evan malas menunggu ayamitu empuk. Biar mak buat semuanya. LangsungEvan naik semula untuk melunaskan kerja. Jadi,dia pun tak pasti entah macam mana pula makbuat sambalnya. Yang dia tahu, semuanyasecukup rasa.

Sekarang, tahu-tahu saja ayam pop sudahsiap digoreng dan dihidang bersama sambalmerah menyala di atas meja makan. Bau yang

Ada & Evan

Page 3: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

405

terangkat dari ruang dapur menyelinap masuk kerongga rasa. Evan ikut bangkit dari kerusikerjanya dan melayang-layang turun ke ruangmakan.

Abah sudah menunggu di meja makan. Makmenyenduk nasi ke pinggan putih dengan corakbunga ungu. Tiga senduk sudah cukup untukabah. Abah tersengih sambil mengangkatbahagian kepak daripada pinggannya. Nampakkuning emas. Mesti rangup!

Evan tak mahu kalah. Dia angkat bahagianayam yang dia dapat. Di tangan kanan,tergenggam paha. Di kiri pula, bahagian kepak.

“Isy, tak senonoh makan pakai dua-duatangan! Adab!” Langsung mak menepuk tanganEvan. Paha ayam kampung bergolek masuk kepinggan semula.

Abah menyeringai, puas dalam diam. Evantarik muka tak puas hati. Jelingan mak menyucukkedua-dua beranak itu. Evan terus menadahtangan, sorok muka. Abah baca doa, sampai tutupmata. Khusyuk sangat, kononnya. Usaimengaminkan doa makan, mereka sekeluargamula menjamah nasi panas dengan lauk ayam popcecah sambal pedas. Oh, ada tempe goreng juga!

“Tiap-tiap hari macam ni, memang best!”kata Evan, selepas dua suap nasi habis dikunyahdan ditelan. Daging paha dicubitnya, lalu dicecahke dalam sambal.

“Tiap-tiap hari tu... sampai bila?” tanya makmenyambut.

Pingu Toha

Page 4: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

406

Diam sekejap. Evan melirik ke wajah makyang selamba. Kemudian, pandangannya jatuh keabah. Abah buat tak tahu saja. Ah, sudah! Salahtopik dah ni.... Evan suap ayam. Jadi dia tak perlujawab pertanyaan mak (untuk sementara waktu).

Tapi mak tanya lagi, “Bila lagi, Evan?”Senyap juga. Ayam yang dikunyah tadi entah

macam mana sudah bertukar jadi seketul kerikilyang menutup lubang kerongkong. Suara jawabtak keluar. Atau sememangnya Evan tak punyajawapannya.

Bila?Soalan wajib seorang mak kepada anaknya

yang sudah besar panjang, terlebih umur, terlebihmanja, terlebih makan (tapi tak juga gemuk-gemuk), terlebih malu dan terlebih kasih sayang,tentulah tak lain dan tak bukan; bila nak kahwin?

Maka memang wajib juga Evan jawabdengan senyap saja. Masakan dia tahu jodohnyabila? Dan padanya, bila itu soal kedua.

Paling penting; dengan siapa?Yang itu pun, jawabnya diam.Evan buat-buat biasa. Dia telan ayam-

bertukar-kerikil dengan sangat payah. Hilangnafasnya sekejap. Kemudian dia suap nasi lagi.Sekilas dia lihat mak juga terus makan. Abahsedang gigit tulang. Mereka sekeluarga terusmenghadap rezeki tengah hari itu.

Tak sampai lima suap, mak tolak pinggan ketepi. Mak letak baki ayam ke dalam pinggan Evan.“Saya dah jemu makan air tangan sendiri, bang,”kata mak seraya membasuh tangan di bekasnya.

Ada & Evan

Page 5: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

407

Mulutnya ke abah, tapi matanya tetap pada anakteruna yang duduk di sisi kanannya itu.

Aduh, mak.... Evan menjerit pedih dalamhati.

“Evan boleh masak untuk mak nanti malam.Mak nak makan apa?” sahut Evan, cubamenyelamatkan diri. Kaedahnya; ubah topik.

“Nasi minyak,” jawab mak, selamba.Terkedu sekejap Evan. Langsung dia

tertunduk dan menyambung suapan nasi danayam pop. Mak pulang paku buah keras.

“Dalam banyak-banyak, nasi minyak ajayang belum Evan masak untuk kami makan,”sambung mak.

“Evan tak reti....”“Mak pun tak reti.”“Habis tu... siapa lagi nak masakkan untuk

kita?” abah bertanya itu, tiba-tiba, dengan sangatdramatik. Atau memang abah sudah berlatihdengan mak untuk adegan ini?

Pandangan mak dan abah mencorongkepada kerusi kosong di sisi Evan. Evan ikut samamengerling ke kanannya. Tiada sesiapapun yangduduk di situ. Sebetulnya, BELUM ada sesiapayang duduk di sisinya.

Siapa?AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Begitu

jerit Evan dalam hati. Faham sangat dia denganbahasa isyarat mak dan abah itu.

Okey, Evan tak mahu berdrama lagi. Diaketuk jari ke pinggan untuk meluruhkan butir-butir nasi dan kemudian menghadap mak dan

Pingu Toha

Page 6: Prolog - jemariseni.com · rongga rasa. Evan ikut bangkit ... Kaedahnya; ubah topik. “Nasi minyak,” jawab mak, selamba. Terkedu sekejap Evan. Langsung dia ... bahasa isyarat mak

408

abah. Lalu katanya, “Evan tak tahu nak kahwinbila. Evan tak tahu nak kahwin dengan siapa.”

“Enam bulan lagi,” sahut abah.Dahi Evan berkerut dalam sepuluh lipatan.“Dengan anak sweetheart abah zaman

sekolah dulu,” kata abah lagi.Tambah lagi tiga puluh lipatan pada kerut

dahi Evan.Dan abah menjerit kecil sebab kena cubit

dengan mak.

Ada & Evan