mak yong.ppt

39
Mak Yong Nurul Nadiah binti Che Adnan Wan Nur Fadhlin Sakina binti Wan Razuli

Upload: fullhaus

Post on 29-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

gerko mak yong

TRANSCRIPT

Page 1: Mak Yong.ppt

Mak YongNurul Nadiah binti Che Adnan

Wan Nur Fadhlin Sakina binti Wan Razuli

Page 2: Mak Yong.ppt
Page 3: Mak Yong.ppt

Sejarah Mak Yong

• Sejenis tarian melayu tradisional

• Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

• Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Page 4: Mak Yong.ppt

• Mak Yong berasal dari negara Patani Darussalam.

• Negara ini sekarang dijajah Thailand sejak 1902 M, hingga saat ini.

• Sejarah Mak Yong adalah sejarah seni budaya melayu Patani yang sangat indah dan tersendiri cermelang yang masih hidup di sanubari masyarakat melayu Patani.

• Oleh kerana itu ia diwarisi secara tidak langsung oleh rakyat jelata pencinta seni budaya melayu Patani ini.

• Mak Yong tidak dapat dipastikan tarikh dan siapa pengasas Mak Yong.

Page 5: Mak Yong.ppt

• Tapi walau bagaimana pun, fakta menunjukkan ia berdiri lebih daripada 800 tahun dan mungkin lebih awal lagi.

• Menurut buku Hikayat Patani bahawa Mak Yong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) lebih 200 tahun yang lalu.

• Kemudian berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah Perlis) sampai ke negeri Sumudra Pasai dan hingga ke Pulauan Riau (Indonesia).

Page 6: Mak Yong.ppt

Tujuan

• Hiburan

• Cara perubatan (music therapy)

* Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

• Sembah guru

• Kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk tarian untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa.

Page 7: Mak Yong.ppt
Page 8: Mak Yong.ppt

7 JENIS PERSEMBAHAN MAK YONG

• Mak Yong Patani – ditemui di Patani, Yala, Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan kesultanan Melayu Patani

• Mak Yong Kelantan – ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu.

• Mak Yong Kedah – ditemui di negeri Kedah

• Mak Yong Laut – ditemui di negeri Perlis dan wilayah Satun, Thailand

• Mak Yong Riau – ditemui di wilayah Riau, Indonesia

• Mak Yong Medan.

• Mak Yong Kalimantan.

Page 9: Mak Yong.ppt

JENIS-JENIS CERITA MAK YONG

• Tema yang mendasari cerita-cerita Mak Yong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana.

• Mak Yong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib (alam kayangan Dewa-Dewi)

• Terbahagi kepada 5 kumpulan :

Page 10: Mak Yong.ppt
Page 11: Mak Yong.ppt
Page 12: Mak Yong.ppt
Page 13: Mak Yong.ppt
Page 14: Mak Yong.ppt
Page 15: Mak Yong.ppt

• Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan 3 – 5 malam.

• Ini menepati satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai penglipur lara.

• Kini, ada dikatakan sudah ada 30 buah cerita Mak Yong mungkin kerana cerita 12 itu dikembangkan setelah persembahan Mak Yong menjadi pendek iaitu selama 2 jam sahaja.

Page 16: Mak Yong.ppt

STRUKTUR CERITA MAK YONG

1. Bertabuh

2. Menghadap rebab

3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.

4. Pak Yong muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.

5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.

6. Nyanyian Pak Yong tua – sendayan Pak Yong

7. Dialog

8. Nyanyian Peran

Page 17: Mak Yong.ppt

9. Dialog antara Pak Yong dan Peran

10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.

11. Dialog.

12. Nyanyian Peran.

13. Dialog.

14. Nyanyian Peran.

15. Dialog.

16. Lagu barat cepat

17. Dialog Peran 1 dan 2

Page 18: Mak Yong.ppt

18. Lagu Tok Wak

19. Dialog Pak Yong

20. Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan dipersembahkan

• Pak Yong selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya, negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui lagu Ela.

Page 19: Mak Yong.ppt
Page 20: Mak Yong.ppt

WATAK-WATAK DALAM MAK YONG

Page 21: Mak Yong.ppt

MAK YONG

Page 22: Mak Yong.ppt

PERAN

Page 23: Mak Yong.ppt

RAJA SINUN SAKTI

Page 24: Mak Yong.ppt

MAK INANG

Page 25: Mak Yong.ppt

HULUBALANG TUA

Page 26: Mak Yong.ppt

DAYANG

Page 27: Mak Yong.ppt

ALAT MUZIK MAK YONG

• Rebab tiga tali

• Sepasang tetawak (gong)

• Gendang ibu dan gendang anak.

• Kesi

• Canang

• Serunai

Page 28: Mak Yong.ppt
Page 29: Mak Yong.ppt

NASIB SENI MAK YONG

• Di hari ini Mak Yong telah merosot kerana seni ini bakan buat persembahan sembarangan tapi harus berlatih dan menghayati jalan ceritanya memakan masa yang lama.

• Sekarang tidak ada ramai yang pengamalnya, kerana seni ini susah untuk perseorangan, pelakonnya memerlukan suara merdu dan nyaring, serta memerlukan ramai orang jumlahnya 15-20 orang termasuk pemain muziknya.

• Generasi yang tersohor pada tahun 60an ialah Mok Yong Che Ning dan pada 70an disambung anaknya Che Judah.

Page 30: Mak Yong.ppt

• Banyak sekali terdapat kisah-kisah sumbang di akhir-akhir tahun 70an dan 80an kerana pemuda di usia begini sangat ghairah dengan budaya hindustan yang menggilai di kalangan penari-penari joget (wanita) dari pertunjukan seni budaya kepada lebihkan hiburan semata-mata

• Pendek kata salah guna peranan seni itu tanpa mementingakan nilai-nilai luhur (akhlak, agama dan budaya melayu Patani) sehingga masyarakat Patani dilabel sebagai penari dikelab malam.

• Sejak itu masyarakat mula anggap seni budaya Mak Yong sebagai bukan pertunjukan kebudayaan lagi.

Page 31: Mak Yong.ppt

• Setelah pengaruh wayang gambar (filem hindustan) yang menjadi siulan anak muda sangat meluas, menggelapkan masa depan Mak Yong.

• Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa kini rata-rata persembahannya meniru gaya watak hero dan heroin Hindustan berkasih dan lagu-lagunya ala hindustan.

Page 32: Mak Yong.ppt

PENGAJARAN ATAU UNSUR-UNSUR MORAL

• Adab berhadapan dengan Raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau

• Bagi pihak Raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat walaupun ada kalanya mereka dungu.

• Kerja Raja (kerajaan) hendaklah diutamakan (dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri sesuai dengan etika perkhidmatan penjawat awam

• Keseluruhan cerita bertemakan berbuat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat musibah.

Page 33: Mak Yong.ppt

VIDEO MAK YONG=)

Page 34: Mak Yong.ppt

SINOPSIS CERITA MAK YONG PUTERI JERIJIT EMAS

• Mengisahkan Raja Muda Kesukma Jaya meminta izin dengan ayahandanya Raja Besar untuk pergi memburu bersama dengan kedua-dua pengasuhnya. Ketika di hutan beliau terdengar bunyi kemerduan kicauan sekumpulan burung yang mengasyikkan. Burung-burung yang sedang mandi di kolam itu adalah Tuan Puteri Jerijit Emas dan inang-inangnya yang telah ditukarkan oleh Nenek Pendita yang menjaga puteri tersebut menjadi sekumpulan burung demi menjaga keselamatan mereka.

Page 35: Mak Yong.ppt

• Raja Muda Kesukma Jaya dan pengasuhnya terus mencari dimana datang suara burung-burung itu. Lalu berjumpalah kumpulan burung-burung yang sedang mandi-manda dengan asyiknya di kolam itu. Dengan tidak melengahkan masa dicampakkan Jala kepada burung-burung tersebut lalu terkena pada tuan puteri Jerijit Emas. Burung-burung lain(Inang) terbang pulang dan mengadu kepada Nenek Pendita. Nenek Pendita menjelma menjadi seekor kucing hutan untuk pergi menyelamatkan Tuan Puteri Jerijit Emas.

Page 36: Mak Yong.ppt

• Ketika Raja Muda Kesukma Jaya sedang asyik bermain dengan burung yang ditangkapnya (Tuan Puteri Jerijit Emas) itu, tiba-tiba sepantas kilat Nenek Pendita yang menjelma menjadi kucing hutan telah menyambar Tuan Puteri Jerijit Emas lalu dibawa lari bersembunyi di dalam sebuah gua. Nenek Pendita menyihirkan pintu gua dengan beratus-ratus ekor ular berbisa.

Page 37: Mak Yong.ppt

• Raja Kesukma Jaya mencari burung yang dibawa lari itu dan beliau temui sebuah gua yang mengandungi beratus-ratus ekor ular berbisa. Dengan kuasa kesaktian yang ada pada Raja kesukma Jaya beliau telah Berjaya masuk ke dalam gua tersebut. Raja Kesukma Jaya berjaya menemui Tuan Puteri Jerijit Emas lalu mereka jatuh cinta dan berkahwin.

Page 38: Mak Yong.ppt

KESIMPULAN

• Seni Mak Yong perlu dikekalkan dan diwarisi serta dikembangkan oleh kita sebagai pewaris yang wujud di Tanah Melayu.

Page 39: Mak Yong.ppt

RUJUKANBudiey. (2012). Sinopsis cerita mak yong puteri jerijit emas. http://www.budiey.com/sinopsis- cerita-mak-yong-puteri-jerijit-emas/. Diakses pada 30 Jun 2013.

Evy. (2011). Tarian mak yong. http://evygurlz.blogspot.com/2011/09/tarian-mak-yong.html. Diakses pada 30 Jun 2013.

Kelab Pencinta Sejarah Kelantan. (2012). Seni budaya Kelantan: Mak Yong. http://sejarah- kelantan.com/tag/mak-yong/. Diakses pada 29 Jun 2013.

Mak Yong. (2011). https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/ms/warisan-tidak-ketara/program-kesedaran/persembahan-warisan-seni/mak-yong. Diakses pada 29 Jun 2013.

Mohd Hafiz Abd Mutalib. (2012). Pewaris seni tari mak yong. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0417&pub=Utusan_Malays

ia&sec=Timur&pg=wt_01.htm. Diakses pada 29 Jun 2013.

Wikipedia. (n. d.). Mak Yong. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong. Diakses pada 29 Jun 2013.

Zubin. (2012). Cerita mak yong Kelantan. http://makyong-dancetheatre.blogspot.com/2012/03/cerita-mak-yong-kelantan-cerita-cerita.html.

Diakses pada 29 Jun 2013.

Zumo. (2007). Mak Yong. http://makyong-malaysia.blogspot.com/. Diakses pada 29 Jun 2013.