mak yong muzk3193

Click here to load reader

Post on 08-Feb-2017

60 views

Category:

Education

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Slide 1

WARISAN MAK YONG

DISEDIAKAN OLEH:AIEN FARHA FILZAH AMIRA

SEJARAHAsal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong.

Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.

SEJARAHMak Yong adalah seni teater tradisional masyarakat Melayu yang sampai sekarang masih digemari dan sering dipertunjukkan sebagai dramatari dalam forum internasional. Di zaman dulu, pertunjukan mak yong diadakan orang desa di pematang sawah selesai panen padi.

Dramatari mak yong dipertunjukkan di Terengganu, Pattani, Kelantan dan Kedah. Selain itu, mak yong juga dipentaskan di Kepulauan Riau, Indonesia. Di kepulauan Riau, mak yong dibawakan penari yang memakai topeng, berbeda dengan di Malaysia yang tanpa topeng.

KEJATUHAN MAK YONGIstana kerajaan menjadi pelindung seni tari mak yong sejak paruh kedua abad ke-19 sampai tahun 1930-an. Jika raja mendengar ada penari yang pandai apalagi cantik sedang bermain di kampung-kampung, raja Mmemerintahkan penari tersebut untuk menari di dalam lingkungan istana. Penari yang menari di istana akan ditanggung semua akomodasi serta keperluan hidup, dan bahkan menerima pinjaman tanah sawah milik raja untuk dikerjakan.Kemunduran ekonomi kesultanan akibat kedatangan penjajah Inggris di Kelantan menyebabkan pihak kesultanan tidak lagi menjadi pelindung kelompok pertunjukan mak yong. Akibatnya di awal abad ke-20, tari mak yong mulai berkembang bebas di desa-desa. Pertunjukan Mak yong tanpa pengawalan pihak kerajaan menyebabkan mutu pertunjukan semakin merosot, terutama setelah terjadi bencana banjir besar di Kelantan yang terkenal sebagai Banjir Merah tahun 1926 hingga tahun 1950-an.

KEJATUHAN MAK YONGSelain itu, nilai estetika tradisional mak yong mulai luntur akibat komersialiasi pertunjukan. Selesai pertunjukan mak yong akan diadakan acara joget bersama. Penonton naik ke atas panggung untuk menari bersama penari mak yong. Alat musik untuk mak yong juga diganti dengan biola dan akordion untuk memainkan lagu untuk berjoget. Di pihak kelompok mak yong, nilai moral penari juga mulai merosot. Tidak jarang terdengar kisah-kisah sumbang yang terjadi antara kalangan penari dengan penonton selepas pertunjukan. Keluarga penari mak yong juga menjadi berpecah, perceraian menyebabkan anak-anak menjadi terbiar. Penari mak yong malah banyak yang bangga dengan jumlah suami yang dimiliki. Masyarakat mempertanyakan nilai moral di kalangan penari sehingga prestasi penari mak yong makin merosot. Keadaan ini membuat nilai kesenian mak yong semakin hancur.

TUJUANRitualPersembahan dan hiburanBerpisah atau bersurai

Makyong Kelantan ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.Makyong Riau ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.Makyong Kalimantan ditemui di Kalimantan, Indonesia.JENIS MAKYONGMakyong Kedah ditemui di negeri Kedah, Malaysia.Makyong Medan ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.Makyong Patani ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat.Makyong Laut ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).

GERAKAN CERITA Selepas dengan persembahan REBAB, segmen memperkenalkan diri disembahkan sebelum pecah cerita.

Pak Yong selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya, negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui Lagu Ela.

Tawak atau Gong

Tawak ibu, yang lebih besar daripada tawak anak, diperbuat daripada tembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian tawak anak. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah

ALAT MUZIK MAKYONG

2. Gendang Ibu dan Gendang Anak

Kedua -duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.

3. Canang

Canang anak dan ibu diperbuat daripada tembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

4. Kesi

Kesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.

5. Serunai

Serunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.

6. Rebab

Rebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada dada (muka) di penjuru kiri terdapat satu lubang seluas satu inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan 'susu. Fungsinya ialah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Balangnya diperbuat daripada kayu nangka atau sira. Pada masa dahulu tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang digunakan tali gitar, gambus atau biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi.

Alat-alat muzik yang digunakan semasa persembahan makyung.

Pemain rebab dikenali sebagai tok minduk

1. Lagu Menghadap Rebab - terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab.2. Lagu Kijang Mas - dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong3. Lagu Sindung - dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan.4. Lagu Sedayung - lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @watak lain.5. Lagu Mengambul - dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih.6. Lagu Saudara - dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang.7. Lagu Pak Yong Muda - dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih.

REPERTOIRE LAGU

PERGERAKAN ASAS TARIAN1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru (Rajah a)2. Tangan susun sirih3. Tangan gajah lambung belalai (Rajah b)4. Tangan burung terbang (Rajah c)5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran (Rajah d)6. Tangan seludang menolak mayang (Rajah e)7. Tangan sulur memain angi (Rajah f)8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan (Rajah g)9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga10. Tangan sirih layer11. Kirat penghabisan (Rajah h)12. Langkah turun dari kayangan13. Langkah naik ke kayangan14. Pak Yung berjalan

a - Duduk atas tumit, tangan sembah guru

b - Tangan Gajah lambung belalai

c - Tangan burung terbang

d - Tangan ular sawa mengorak lingkaran

e - Tangan Seludang menolak mayang

f - Tangan sulur memain angin

g - Tangan liuk kiri longlai ke kanan

h - Kirat penghabisan

Pak Yung Muda Memakai setanjak atau mahkota diperbuat daripada baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur juga digantung pada alas telinga kiri.

(2) Pak Yung memakai baju sutera berwarna kuning, kemas, tidak berkolar, berlengan pendek.'Lai' atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hingga hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar Pak Yung juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera atau pemiat Kain lepas (benang) juga digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah

PAKAIAN

(3) Makyung Puteri memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik daripada pending Puteri Mak Yung. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, diselitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas. Mereka kedua memakai pemeles, tali tangan emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.

(4) Watak Tambahan watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Merekajuga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu lain boleh juga diikatkan ke pinggang.

Pakaian dan Perhiasan Puteri dan Pakyung

Pelakon lengkap berpakaian mengikut watak

Aksi Pakyung memegang rotan bera bersama peran

1. Pak Yung Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita makyung

2. Pak Yung Muda Walak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.

3. Mak Yung Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

WATAK WATAK

4. Puteri Mak Yung Sebagai heroin dalam cerita makyung

5. Peran Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.

6. Dayang-dayang Terdiri daripada gadis-gadis ma