sayang mak saya

Click here to load reader

Post on 20-Mar-2017

227 views

Category:

Entertainment & Humor

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

20 hb April 2012 Bil 1/2012 18 Jamadil Awwal 1433H

Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi Akidah Anak SebaikDilahirkanAnak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran,zikir,melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan. Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Seperti kata pepatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka. (rujukan:"http://www.w3.org/1999/xhtml"Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan Definition ofMotherA mother (or mum/mom) is a woman who has raised a child, given birth to a child, and/or supplied the ovum that united with a sperm which grew into a child. Because of the complexity and differences of a mother's social, cultural, and religious definitions and roles, it is challenging to specify a universally acceptable definition for the term. The male equivalent is a father. (Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Mother. 19 April 2012)Sabda Rasullah Shallallahu alaihi wasallam:Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepasitu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmuSAYA SAYANG MAK.......!!!!

1

Cara Menghargai Ibu bapa

Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya. Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!(Sumber Rujukan: Ibu Sayangkan Kamu! | Pengorbanan Seorang Ibu ketika Gempa Bumi di China | Anastasyea Blog) IBU MITHALI"FATIMAH binti Asad ialah ibu kepada Ali bin Abu Talib. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas Aminah meninggal dunia, Abu Talib mengambil tanggungjawab menjaga Nabi Muhammad. Semasa Nabi Muhammad tinggal dengan Abu Talib, Fatimah menjaga anak saudaranya dengan baik. Segala makan minum, tempat tinggal dan pakaian Nabi Muhammad disediakan oleh pasangan suami isteri itu mengikut kemampuan mereka. Nabi Muhammad merupakan seorang yang baik, jujur, amanah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya kepada jirannya tentang Fatimah binti Asad. Lelaki tua itu berkata: Nampaknya keluarga Fatimah sangat rapat dengan Muhammad. Fatimah menjaga Muhammad dengan baik sekali. Lalu jiran itu berkata pula: Bukankah Fatimah itu isteri kepada Abu Talib? Abu Talib adalah bapa saudara Muhammad. Ya, jawab lelaki tua itu.Jiran itu menambah lagi: Sekarang ini Muhammad sudah berkahwin dengan Siti Khadijah. Saya dapat tahu bahawa Ali, anak Fatimah tinggal bersama Muhammad.Ya. Saya juga dengar berita itu, kata lelaki tua itu pula. Lelaki tua itu tersenyum mendengar cerita jirannya itu. Lelaki tua itu berkata lagi: Sejak kecil Fatimah mendidik dan menjaga Muhammad. Sudah tentu Fatimah mengetahui sifat-sifat yang ada pada Muhammad. Saya sendiri melihat Muhammad itu baik orangnya. Dia seorang yang amanah, jujur dan baik budi pekerti. Muhammad tidak pernah memungkiri janji. Patutlah Fatimah sanggup membiarkan Ali tinggal bersama Muhammad.Ibu bapa banyak berkorban untuk kita. Mereka telah membesarkan kita dengan bersusah payah. Sebagai anak, kita mestilah berusaha untuk meggembirakan ibubapa. Mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kita juga merupakan satu cara untuk menggembirakan mereka .Kita tidak seharusnya menganggap sepi akan nasihat mereka .Ini akan mengecawakan hati mereka.Sebagai anak, seharusnyalah kita mematuhi segala nasihat yang diberikan kerana ini semua untuk kebaikan kita juga. Di samping itu kita juga boleh menggembirakan hati mereka dengan belajar bersungguh-sungguh .Ibu bapa akan rasa seronok dan merasa segala pengorbanan mereka terbalas dengan kejayaan yang kita perolehi.KASIH IBUKisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China. Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya. Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

Sekiranya saya ada anak, sudah tentu saya juga ingin melihat anak saya tinggal bersama Muhammad. Pasti Muhammad dapat mendidik anak saya menjadi orang baik, kata jiran itu panjang lebar.Rata-rata orang yang mengenali Fatimah binti Asad akan memuji sifat keibuannya. Dia pandai mendidik anak sehingga anak-anaknya menjadi anak yang baik.Sejarah Islam mencatatkan bahawa anak Fatimah iaitu Ali bin Abi Talib telah dilantik menjadi Khalifah yang ketiga selepas Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir. Fatimah juga menyumbang usahanya kepada Islam. Dia adalah seorang wanita yang suka menghafal dan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Sepanjang hayat, dia telah melaporkan sebanyak 46 buah hadis. Ali bin Abi Talib iaitu anak Fatimah telah berkahwin dengan anak Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra. Semasa Fatimah az-Zahra menjadi menantunya, Fatimah menjaga menantunya dengan baik. Ada satu peristiwa yang berlaku semasa Fatimah di rumahnya. Ali meminta ibunya membantu isterinya di rumah. Ali berkata kepada ibunya: Wahai ibu, bolehkah ibu membantu isteri saya mengambil air dan membuat pekerjaan yang lain. Isteri saya akan membantu ibu membuat roti untuk kita makan pada hari ini. Boleh. Ibu sedia buat apa sahaja untuk anak dan menantu ibu yang disayangi itu, kata Fatimah kepada anak lelakinya.Semasa Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad datang menziarahi jenazah Fatimah. Nabi Muhammad berdoa kepada Allah, Semoga Allah menyayangi diri Fatimah. Dia merupakan ibu bagi diri saya. Walaupun dia lapar, dia tetap memberi saya makan sehingga kenyang. Apabila pakaian saya koyak dan kotor dia akan beri pakaian yang baik kepada saya. Dia akan menghidangkan saya makanan yang enak dan lazat. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan Fatimah di akhirat kelak. Kisah srikandi Fatimah merupakan kisah teladan yang boleh dijadikan contoh. Ibu mithali sangat dihormati dan disayangi oleh anak-anak.(Rujukan:www.hannan.com.my)

DARI MEJA PENGARANG(Rujukan: www.google.com.my/image) Penghargaan kepada ibu dan ayah seharusnya tiada batasan dan perlu dilaksanakan tanpa disuruh atau diminta oleh kedua-duanya. Anak-anak sepatutnya menyedari keperluan mereka terumatamanya ketika mereka sudah menjangkau usia emas. Penghargaan yang diharapkan adalah tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan usaha mereka mendidik kita sejak dari dalam rahim ibu lagi. Perhubungan dengan ibu lebih diutamakan berbanding ayah dan rasa hormat kepada ibu melebihi 3 kali hormat kepada ayah. Pengorbanan mereka menjaga dan mendidik kita dari kecil hingga dewasa tak terbalas dengan wang ringgit. Mereka hanya mahukan perhatian dari anak-anak semasa mereka tua kelak. Jadi, sayangilah mereka setulus hati sebeleum mereka tiada lagi didunia ini. SAJAK BUAT IBUOrang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibuBila lapar, yang suapkan aku..ibuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!Bila bangun tidur, aku cari.. ibuBila nangis, orang pertama yang datang ..ibuBila nak bermanja aku dekati ibuBila nak bergesel aku duduk sebelah ibuBila sedih, yang boleh memujukku hanya ibuBila nakal, yang memarahi aku ibuBila merajuk yang memujukku cuma..ibuBila melakukan kesalahan yang paling cepatmarah..ib