projek geografi 2010

28
Tajuk : Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Upload: wang-qi-amy

Post on 19-Jun-2015

3.745 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Geography Project on Amalan Kitar Semula (year 2010)

TRANSCRIPT

Tajuk: Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian SS

20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Senarai Kandungan

Bil Perkara/Butiran Halaman

1 Penghargaan 1

2 Pendahuluan 2

3 Objektif Kajian 3

4 Kawasan Kajian 4

5 Kaedah Kajian 11

6 Dapatan Kajian 12

7 Rumusan 19

8 Lampiran 20

9 Rujukan 24

Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan saya terhadap

semua pihak yang telah banyak menolong saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Pertama

sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Phua

kerana telah banyak memberi tunjuk ajar ketika saya sedang melaksanakan projek ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada ahli keluarga

saya termasuklah bapa saya, Ng Ken Seng yang menolong saya dalam cetakan kajian ini, dan

ibu saya, Loh Fui Chin yang mendorong saya untuk meneruskan kajian ini dengan gigih

walaupun menghadapi masalah.

Akhirnya, saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada semua penduduk

di kawasan kajian ini, iaitu SS 20, Damansara Kim yang banyak memberi kerjasama dalam

soal selidik tentang kitar semula.

Pendahuluan

Tajuk kajian saya ialah tentang amalan kitar semula di kawasan SS 20, Damansara

Kim, Petaling Jaya, Selangor. Saya memilih kawasan kajian ini sebab sekolah saya terletak

di SS 20, ini akan menyenangkan kajian saya selepas sekolah. Tempoh masa kajian saya

mengambil masa satu bulan.

Objektif Kajian

Menghuraikan konsep kitar semula.

Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula di kawasan SS 20, Damansara

Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Menyatakan kepentingan amalan kitar semula di kawasan SS 20, Damansara Kim,

Petaling Jaya, Selangor.

Mengenalpastikan masalah/halangan amalan kitar semula di kawasan SS 20, Damansara

Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Mencadangkan langkah/cadangan mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar

semula di kawasan SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Menyedari kepentingan mencintai alam sekitar.

Kawasan Kajian

Latar Belakang

-Petaling Jaya

Kawasan kajian saya terletak di kawasan SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor.

Latar belakang atau sejarah kawasan kajian saya, Petaling Jaya atau PJ ialah asalnya sebuah

ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate.

Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China

yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan

Kuala Lumpur itu sendiri.

Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke

Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia

dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. Pada tahun 1965, Kawasan

Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan

perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah

dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di

Ipoh, Perak.

Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling

Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan

kemajuan yang mendadak pada tahun 1954. Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada

penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya

untuk memajukan bandar satelit itu melalui Ordinan 36. Pada 1 Januari 1964, sebuah

Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta

Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang

mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang. Pada 1 Januari 1977, Lembaga

Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan

penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada

kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan

pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.

Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian kawasan di

Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran

baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya

(MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya. 16 Mac 2006, Menteri Besar

Selangor Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo mengumumkan Petaling Jaya sebagai bandar

kedua di Selangor yang diberikan status bandaraya selepas Shah Alam. 20 Jun 2006, Petaling

Jaya diberi status Bandaraya dan mula ditadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Maka,

Petaling Jaya adalah bandaraya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandaraya ke-11 di

Malaysia.

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud

sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu

Jalan Templer. Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk.

Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan

sistem pengangkutan.

Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah

Alam dan Bandar Baru Bangi. Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala

200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu,

Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen

bas di Old Town.

Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang

beroperasi di Petaling Jaya. Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya

Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang

dibuka.

Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan

kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan

Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.

Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus

disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi

pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong

untuk dibangunkan.

New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk

setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama

dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat

pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.

16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan

oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini

menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

- SS20

SS20, juga dikenali sebagai Damansara Kim, merupakan sebuah kawasan perumahan dibatasi

oleh perniagaan/komersil/pemukiman SS2, SS20 dan Taman Tun Dr Ismail, KL. Ada

beberapa penjelasan tentang nama "Kim" dipasang selepas Damansara untuk SS20. Satu cerita

mengatakan bahawa skim itu dinamakan pengembang, Dato Tan Lai Kim. Lain mengatakan

berasal dari kata China untuk "emas" yang "Kim".

Perumahan terdiri daripada campuran unit link dan juga menetapkan bungalow di lingkungan

yang nyaman dan tenang. Pendukung fasilitasnya termasuk parade komersil di sepanjang

Jalan SS20/11 dan sebuah rumah sakit di dekat Jalan SS20/10 ke pusat gerai jajanan. Sekolah

Kluster Kecemerlangan Damansara Utama ditemui di pusat pada SS 20 pada SS20 Jalan / 1.

SS 20 mempunyai akses terus ke LDP, yang menjamin gerakan cepat dan selesa ke Bandar

Utama, Bangsar, Damansara dan KL. Ada akses yang baik kepada Federal Highway dan

pautan mudah untuk semua bahagian PJ menggunakan LDP dan jalan lain. Lebuh raya yang

berdekatan ialah Lebuh raya Utara - Selatan yang diakses melalui Jalan SS21/64 dan Jalan

Damansara.

Lokasi Kawasan Kajian

Lokasi kawasan kajian saya, iaitu SS 20, Damansara Kim terletak di bahagian timur daerah

Petaling (rujuk peta daerah) dan bertentangan dengan Taman Tun Dr. Ismail, Tropicana City,

SS2 serta Uptown.

Pandang darat fizikal

Pandang darat fizikal di kawasan SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya ialah tanah pamah

dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini ialah pokok-pokok yang ditanam oleh Majlis

Bandar raya Petaling Jaya.

Peta Daerah

Peta Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan kajian ini, iaitu soal selidik

dan rujukan.

Soal Selidik

Saya dan rakan-rakan saya juga telah menjalankan soal selidik dengan menyediakan 20 borang yang

perlu diisi oleh penduduk SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor tentang amalan kitar

semula.

Rujukan

Saya juga telah membuat rujukan daripada buku teks dan melayari Internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula.

Dapatan Kajian

Konsep Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan

yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan

mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari

pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran

gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah

komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi

"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Jenis bahan dan amalan kitar semula

- Jenis bahan

Saya dapati bahawa jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula di kawasan kajian saya,

SS 20, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor termasuklah: kertas, kaca, plastik, dan

air.

-Amalan kitar semula

Penduduk di kawasan SS20 mengamalkan kitar semula dengan menjual atau membeli.

Contohnya, penduduk di kawasan SS20 menjual surat khabar yang merupakan bahan

yang boleh dikitar semula kepada pembeli, iaitu orang yang membawa surat khabar ke

tempat berkenaan untuk dikitar semula.

Selain itu, penduduk di kawasan SS20, Petaling Jaya juga mengguna semula air

basuhan beras untuk mencuci tandas, menyiram bunga dan membersihkan longkang.

Di samping itu, penduduk SS20 turut memberi sumbangan dengan mendermakan

pakaian kepada orang yang memerlukannya seperti kanak-kanak yatim.

Akhirnya, penduduk SS20 menghasilkan bahan baru daripada angpau dengan melipat

and menguntingnya kepada pelbagai jenis corak untuk dijadikan perhiasan untuk

perayaan Tahun Baru Cina.

Nilai patriotisme: Saya berasa bangga dan bersyukur kerana ramai penduduk di sini

mengamalkan kitar semula.

Kepentingan kitar semula di kawasan SS 20, Petaling Jaya

Antara kepentingan kitar semula ialah menjimatkan penggunaan sumber. Di Malaysia,

rakyat menghasilkan sampah sebanyak 19,000 ton setiap hari. 17 pokok digunakan untuk

menghasilkan 1 ton kertas. Oleh itu, penduduk di kawasan SS 20 sedar bahawa amalan

kitar semula penting kerana ia dapat menjimatkan penggunaan sumber seperti kayu

daripada pokok. Contohnya, penduduk yang mengitar semula dengan menggunakan

semula kertas dapat mengurangkan pembalakan dan secara tidak langsungnya

menjimatkan penggunaan sumber.

Selain itu, dengan mengitar semula, kita dapat menambah pendapatan. Contohnya, kita

dapat wang dengan menjual surat khabar lama, tin-tin minuman, kotak-kotak lama dan

lain-lain.

Di samping itu, amalan kitar semula juga dapat mengurangkan pencemaran. Sampah

boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Sekiranya sampah

dibiarkan bersepah, ia akan mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Oleh itu,

melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah, mengawal penyakit daripada

merebak dan seterusnya mengurangkan pencemaran-pencemaran seperti pencemaran

udara, air dan darat.

Akhirnya, amalan kitar semula penting kerana amalan ini dapat menceriakan

persekitaran. Dengan amalan kitar semula, persekitaran akan kelihatan lebih bersih dan

secara langsungnya menceriakan persekitaran.

Nilai patriotisme: Saya berasa bangga dan bersyukur kerana penduduk di SS 20, Petaling

Jaya mengetahui kepentingan kitar semula.

Masalah/halangan amalan kitar semula yang dihadapi oleh penduduk kawasan SS 20,

Petaling Jaya

- Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak peduli untuk mengitar semula. Kebanyakan bahan

seperti plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan

kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja kerana sikap penduduk ini yang mementingkan diri

sendiri.

-Kurang pusat pengumpulan

Masalah yang dihadapi oleh penduduk SS 20 juga termasuklah kekurangan pusat

pengumpulan bahan kitar semula. Tong-tong atau kotak-kotak kitar semula tidak cukup

di kawasan SS 20. Contohnya, mula-mulanya tong-tong kitar semula di sekolah saya ada

dua, sekarang tinggal satu sahaja dan itu pun tidak cukup untuk pengumpulan bahan kitar

semula sekolah saya. Sekiranya satu tong tidak cukup untuk sekolah saya, bagaimanakah

tong-tong terdapat di kawasan SS 20 yang tidak melebihi tiga cukup untuk seluruh

kawasan ini?

-Kurang kerjasama

Masalah amalan kitar semula yang timbul ialah kekurangan kerjasama antara penduduk

di SS 20, Petaling Jaya. Penduduk kawasan ini yang kurang bekerjasama mengutip bahan

yang boleh dikitar semula menyebabkan amalan kitar semula timbul masalah.

Nilai patriotisme: Saya berasa bangga dan bersyukur kerana penduduk di sini dapat

mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi.

Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

-Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Penghutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari

Alam Sekitar Sedunia, dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif

utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan

masyarakat. Kempen dan program yang dilaksanakan dapat menyedarkan rakyat yang

tidak mengitar semula supaya insaf dan menjaga alam sekitar daripada mengalami

kemusnahan.

-Menyediakan kemudahan/pusat pengumpulan

Kekurangan pusat pengumpulan menyebabkan kitar semula sukar dijalankan, Oleh itu,

MBPJ menyediakan lebih banyak tong-tong kitar semula disediakan untuk

menyenangkan amalan kitar semula penduduk SS 20, Petaling Jaya.

-Gotong-royong

Dengan menggotong royong, lebih banyak bahan kitar semula seperti kertas, kaca, dan

plastik dapat dikitar semula. Kerjasama antara penduduk amat diperlukan dalam aktiviti

gotong- royong dan amalan kitar semula akan lebih efesien sekiranya penduduk

mengadakan gotong-royong.

Nilai patriotisme: Saya berasa bangga dan bersyukur kerana penduduk di sini dapat

mengurangkan masalah dalam melaksanakan kitar semula melalui

kerjasama semua lapisan masyarakat.

Bahan grafik

Jadual ini menunjukkan jenis-jenis bahan kitar semula di SS 20, Petaling Jaya.

Jenis-jenis bahan kitar semula Jumlah responden

Surat khabar lama 17

Kaca/botol 9

Tin minuman 12

Lain-lain kertas 16

Pakaian 9

Lain-lain 0

Sumber: 20 soal selidik

Rajah Aliran

Tajuk: Jenis-jenis bahan kitar semula di kawasan SS20, Petaling Jaya

Jenis-jenis bahan kitar semula

Surat khabar lama

Kaca/botol

Tin minuman

Lain-lain kertas

Pakaian

Lain-lain

Graf yang menunjukkan jenis-jenis bahan kitar semula

Rumusan

Daripada kajian ini, saya dapati konsep kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan

untuk menghasilkan barangan yang baru. Jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula termasuklah:

kertas, kaca, plastik, dan air. Antara amalan kitar semula ialah menjual/membeli, mengguna semula,

memberi sumbangan kepada pihak lain dan menghasilkan bahan baru. Saya juga mengetahui bahawa

kepentingan kitar semula di kawasan SS 20, Petaling Jaya ialah menjimatkan penggunaan sumber,

menambah pendapatan, mengurangkan pencemaran dan menceriakan persekitaran. Masalah/halangan

amalan kitar semula yang dihadapi oleh penduduk SS 20, Petaling Jaya ialah sikap, kurang pusat

pengumpulan dan kurang kerjasama. Antara langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam

melaksanakan kitar semula di kawasan SS 20, Petaling Jaya ialah melalui kempen, menyediakan

kemudahan/pusat pengumpulan dan melalui aktiviti gotong-royong. Saya juga dapati bahawa jenis

bahan kitar semula yang paling ramai responden mengitar semula ialah surat khabar lama yang

berjumlah responden seramai 17 orang dan yang paling sedikit pula ialah kaca/botol dan pakaian yang

berjumlah responden seramai 9 orang. Akhir sekali, saya berasa bangga dan bersyukur kerana

penduduk di sini sedar akan kepentingan mencintai alam sekitar di kawasan SS20, Petaling

Jaya.

Lampiran

Rujukan

- Buku Teks

Saya telah merujuk buku teks Geografi dari halaman 196 hingga 221 untuk mendapat

garisan panduan bagi menjalankan kajian ini.

- Internet

Saya juga telah melayari Internet untuk mendapat maklumat lanjut tentang amalan kitar

semula. Antara alamat laman Internet ialah:

1. www.google.com

2. www.wikipedia.com

- Orang sumber

Saya dan rakan-rakan juga telah menyediakan 20 borang soal selidik untuk diisikan oleh

penduduk SS 20 yang merupakan orang sumber yang membekalkan kami dengan amalan

kitar semula masing-masing.