percubaan stpm 2010 kedah - geografi fizikal (skema)

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 10-Apr-2018

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    1/24

    1

    1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]

    (b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi

    kesan kepada :-

    i. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia

    ii. Kejadian siang dan malam

    [8]

    [4]

    (c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan

    tropika lembap.

    [10]

    1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]

    Skema Pemarkahan

    (1) (2)

    Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang aktiviti atau

    kerja.

    [3m]

    (b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi

    kesan kepada :-

    iii. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia

    iv. Kejadian siang dan malam

    [8]

    [4]

    Skema Pemarkahan

    (b)i Kejadian empat musim.

    Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan pancaran matahari

    adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia

    menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya

    musim bunga di HU dan musim luruh di HS.

    Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan pancaran

    matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan didunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan

    berlakunya musim luruh di HU dan musim bunga di HS.

    Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan pancaran matahari

    adalah tegak di atas garisan Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak

    menerima tenaga suria. Ini menyebabkan berlakunya musim panas di HU

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    2/24

    2

    dan musim dingin di HS.

    Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan pancaran matahari

    adalah tegak di atas garisan Jadi. . Ini menyebabkan HU lebih sedikit

    menerima tenaga suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya musimdingin di HU dan musim panas di HS.

    Catatan: Rajah tanpa huraian = 0 markah 4 isi x 2m = [8m]

    (b)(i

    i)

    Kejadian siang dan malam

    Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada permukaan bumi

    menghadap matahari dan menerima pancaran tenaga matahari dan

    sebahagian lagi akan terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam.

    Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami siang .Bahagian yang lindung matahari akan membelakangi matahari dan

    mengalami malam[4m]

    (c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di Kawasan

    tropika lembap

    [10]

    Skema Pemarkahan

    C1- Aktiviti pertanian

    Dijalankan sepanjang tahun, kepelbagaian jenis tanaman , sumber air

    yang mencukupi melalui proses kitaran hidrologi.

    C2- Aktiviti pembalakan

    Dijalankan sepanjang tahun, tenaga matahari menggalakkan

    pertumbuhan hutan malar hijau/ kayu keras . Contoh cengal, meranti

    C3 - Penternakan

    Dijalankan sepanjang tahun. tenaga matahari menggalakkan

    pertumbuhan rumput sebagai sumber makanan dan proses kitaranhidrologi untuk sumber air.

    C4 -Pelancongan/ rekreasi

    Dijalankan sepanjang tahun, menggalakkan pembentukan bentuk muka

    bumi menarik seperti kawasan karst, pertumbuhan hutan malar

    hijau,penerimaan matahari untuk aktiviti di pinggir pantai .

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    3/24

    3

    C5- Perikanan

    Dijalankan sepanjang tahun .tenaga matahari mencukupi menggalakkan

    pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan,

    C6 -Perindustrian

    Kegunaan untuk proses pengeringan seperti hasil laut, batik dan

    sebagainya.

    Pemarkahan : Mana-mana 5 isi X 2m = 10m

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    4/24

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    5/24

    5

    ( c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti

    manusia.

    (12)

    Skema Pemarkahan

    Kesan kepada alam sekitar fizikal

    cf1 Kejadian tsunami

    Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan

    pergerakan ombak selaju 800 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi

    semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat

    pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak

    secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak

    yang berada di hadapan.Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan

    menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut

    untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam

    bentuk ombak pembinasa.

    cf2 Pergerakan jisim

    Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi.

    Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan

    cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti

    tanah runtuh.

    cf3 Kenaikan dan kejatuhan aras laut

    Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi.

    Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan

    daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut

    menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.

    cf4 Memusnahkan hutan pinggir pantai

    Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke

    dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai

    akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkankemusnahan hutan tersebut.

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    6/24

    6

    Kesan kepada aktiviti manusia

    cm1 Kesan kepada sistem pengangkutan

    Kemusnahan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang

    pengangkutan tergendala.

    cm2 Kesan kepada aktiviti ekonomi -

    Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian

    di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan

    penenggelaman kawasan pinggir pantai memusnahkan pertanian pinggir

    laut.

    cm3 Kesan kepada bekalan air dan elektrik

    Bekalan air dan elektrik terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu

    cm4 Kesan kepada petempatan penduduk

    Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan

    yang kuat, gangguan terhadap aktiviti harian.

    maksimum 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia dan

    sebaliknnya x 2 markah

    =12m

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    7/24

    7

    3 (a) ( i ) Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut. (5)

    (ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban

    sungai.

    (8)

    ( iii)Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil pemendapan sungaiterhadap aktiviti manusia. (12)

    (i) Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut. (5)

    Skema Pemarkahan

    ai1 - Cara apungan

    ai2 - Cara ampaian

    ai3 - Cara golekan

    ai4 - Cara loncatan/lompatan

    ai5 - Cara larutan

    a6- Cara seretan

    Mana-mana 5 cara X 1 markah = 5 markah

    (ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban

    sungai.

    (10m)

    Skema Pemarkahan

    aii1 Tenaga- Tenaga berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai dan

    kecerunan dasar sungai. Semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir )

    halaju aliran air sungai turut tinggi. Halaju aliran air sungai yang tinggi

    berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.

    aii2 Cerun - Pada peringkat hulu ,cerun dasar sungai sangat curam dan

    menghasil aliran air yang deras. Pada peringkat ini , diangkut secara

    maksimum. Pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai,

    menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan

    agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian

    daripada bahan yang diangkutnya. Pada peringkat hilir, cerun sungai

    sangat landai, proses pengangkutan minimum dan sungai mulai

    memendapkan bahan yang diangkutnya.

    aii3 Kekasaran alur- Kekasaran merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-

    lekuk ) sesuatu dasar alur sungai. Sekiranya dasar alur sungai licin, bahan-

    bahan diangkut dengan lebih cepat dan banyak terutama mengangkut cara

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    8/24

    8

    golekan dan seretan. Alur dasar sungai yang berlekuk akan menyebabkan

    bahan yang diangkut akan tersekat dan seterusnya menyebabkan

    pengangkutan bahan menjadi perlahan

    aii4 Halangan- Halangan merujuk kepada halangan semula jadi ataupunbuatan manusia yang terdapat di sepanjang sungai. Halangan berupaya

    untuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai. Sekiranya

    sepanjang sungai tersebut tidak terdapat halangan bahan akan diangkut

    dengan lebih mudah dan cepat. Tetapi sekiranya terdapat halangan di

    sepanjang aliran tersebut bahan-bahan yang dibawa akan tersangkut lalu

    termendap.

    aii5 Bentuk alur- Sekiranya alur sungai yang lurus,aliran air sungai menjadi

    deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum.

    Manakala alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai

    terganggu dan halaju pergerakan air menjadi perlahan. Kesannya bahan-bahan yang dibawa akan dimendapkan.

    aii6 Saiz bahan- Bahan yang bersaiz besar seperti batu tongkol diangkut

    secara perlahan melalui cara golekan atau seretan di dasar sungai. Bahan-

    bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, lempung, habuk dan

    debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.

    aii7 Jenis bahan- Bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi seperti

    sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut oleh aliran air sungai dengan

    cara apungan di permukaan air. Bahan yang berat seperti batu tongkol

    akan diangkut secara seretan atau golekan di dasar sungai.

    aii8 Bentuk bahan- Bahan yang berbentuk bulat atau hampir bulat akan

    diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.

    Bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan diangkut

    secara lompat / terloncat-loncat di dasar sungai.

    Mana-mana 5 faktor fizikal x 2 markah = 10 markah

    (ii) Jelaskan kepentingan bentuk bumi pemendapan sungai terhadap

    aktiviti manusia.

    (10)

    Skema Pemarkahan

    aiii1 - dataran banjir - pertanian

    aiii2 - dataran banjir perhubungan

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    9/24

    9

    aiii3 - dataran banjir akuakultur

    aiii4 - delta pertanian

    aiii5 - delta petempatan

    aiii6 - delta perhubungan

    aiii7 - delta - perindustrian

    aiii8 - tasik ladam perikanan

    aiii9 - tasik ladam rekreasi/ pelancongan

    aiii10 - tasik ladam akuakultur

    aiii11 - tetambak perhubungan

    aiii12 - tetambak petempatan

    aiii13 - pulau rekreasi

    aiii14 - pulau petempatan

    aiii15 - beting pasir perlombongan pasir

    aiii16 - beting pasir -rekreasi

    Mana mana 5 kepentingan X 2m = 10 markah

    Maksimun 2 kepentingan bagi setiap satu bentuk muka bumi.

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    10/24

    10

    . (b)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ? [5 ]

    ii) Huraikan bukti berlakunya perubahan aras laut . [10]

    iii) Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal. [10]

    Skema Jawapan

    (b)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ? [5m ]

    Skema Pemarkahan

    (1) (2)

    Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang

    (3) ( 4) (5)

    diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil

    (tempatan) atau skala besar (dunia).

    [5m]

    (ii) Huraikan bukti berlakunya perubahan aras laut . [10m]

    Skema Pemarkahan

    BX - Menyatakan kenaikan dan kejatuhan aras laut

    B1 Hutan-hutan pinggir pantai yang tenggelam. Apabila kawasan pinggir pantai

    tenggelam, muara-muara sungai yang luas akan menghasilkan kawasan paya-

    lapisan gambut seperti tunggul-tunggul kayu di antara takat air pasang dengan takat

    air surut.(Kenaikan)

    B2 Perubahan garis pantai dan jenis pantai- menghasilkan pinggir pantai yang tenggelam

    seperti pantai fiord , pantai ria dan pantai dalmatia.(Kenaikan)

    B3 Pembentukan pantai timbul- kejatuhan aras laut akan membentuk pantai timbul, tanah

    tinggi timbul dan tanah pamah timbul.(Penurunan)

    B4 Pembentukan dataran-dataran pinggir pantai. penurunan aras laut menyebabkan

    kawasan tanah pamah berada pada kedudukan yang lebih rendah akan timbul di

    kawasan pinggir pantai.(Penurunan)

    B5 Pembentukan teres, likuan dan pelbagai pola saliran proses rejuvenasi sungai

    menunjukkan berlakunya kejatuhan aras laut. Hakisan sungai berlaku di kawasan

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    11/24

    11

    berhampiran pantai untuk mendapatkan satu keseimbangan baru.(Penurunan)

    B6 Bukti fosil dan kerangan penurunan aras laut dapat dibuktikan melalui penemuan

    fosil hidupan laut dan kerangan di kawasan dataran berhampiran pantai.(Penurunan)

    Pemarkahan : mana-mana 4 isi X 2m + BX(2m) = 10 markah

    (iii) Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal [10m]

    Skema Pemarkahan

    C1 Peningkatan hakisan ke atas kawasan pinggir pantai peningkatan aras laut

    menyebabkan kekuatan ombak bertambah.

    C2 Banjir laut peningkatan aras laut menyebabkan berlakunya banjir laut di kawasan

    yang rendah.

    C3 Kawasan benua/daratan semakin berkurangan- pengangkatan aras laut

    menyebabkan sebahagian besar kawasan daratan rendah berhampiran pinggir

    pantai akan tenggelam.

    C4 Kemusnahan ekosistem hutan- penenggelaman kawasan hutan pinggir pantai

    menyebabkan kepupusan ekosistem hutan.

    C5 Kemusnahan karang peningkatan aras laut telah memusnahkan karang di laut-

    kawasan pembiakan ikan turut musnah.

    C6 Penurunan aras laut menyebabkan kawasan daratan semakin bertambah.

    C7 Penurunan aras laut menyebabkan berlakunya kepupusan hutan bakau - ekosistem

    pinggir laut musnah.

    Pemarkahan : Mana-mana 5 isi X 2m = 10 markah

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    12/24

    12

    4 (a) Takrifkan konsep perubahan iklim. (5)

    (b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. (10)

    (c) Huraikan kesan perubahan iklim kepada alam sekitar fizikal. (10)

    Skema jawapan

    (a) Takrifkan konsep perubahan iklim. [5m]

    Skema Pemarkahan

    ( 1 ) ( 2 )

    Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan

    ( 3 )

    unsur-unsur cuaca dan iklim (suhu,hujan,bahang matahari dan angin) di(4) (5)

    permukaan bumi disebabkan faktor fizikal dan aktiviti manusia.

    (b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. [10m]

    Skema Pemarkahan

    bi Kekurangan tumbuhan / hutan pertambahan gas-gas karbon dioksida.

    b2 Peningkatan gas-gas rumah hijau menghalang pengeluaran sinaran /

    bahang bumi ke angkasa.

    b3 Peningkatan gas-gas CFC berlaku penipisan lapizan ozon / pertambahan

    bahang matahari dan sinaran ultra ungu ke bumi.

    b4 Pertambahan bilangan penduduk dunia-pembebasan haba metabolisme.

    b5 Perbandaran-pertambahan bilangan bangunan pencakar langit-

    menghalang pergerakan mendatar angin.

    b6 Pembakaran-kebakaran hutan.

    b7 Letusan gunung berapi.

    b8 Pertanian-penggunaan bahan kimia organik-seperti semburan racun.

    b9 Pembakaran terbuka

    mana-mana 5 isi X 2m = 1

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    13/24

    13

    (c) Huraikan kesan peningkatan suhu dunia kepada alam sekitar fizikal. [10m]

    Skema Pemarkahan

    c1 Pencairan ais dan glasier-peningkatan aras laut,pengurangan kawasan

    daratan dan menambahkan luas kawasan lautan.

    c2 Kenaikan aras laut-menghasilkan ombak besar,meningkatkan kadar hakisan

    memperluaskan zon hakisan pinggir laut.

    c3 Peningkatan suhu dunia-mengurangkan kawasan daratan,kawasan lautan

    bertambah luas,perluasan kawasan gurun yang sedia ada.

    c4 Kemusnahan ekosistem-menjejaskan ekosistem daratan dan akuatik.

    Habitat daratan musnah kerana penenggelaman akibat kenaikan aras laut.Ekosistem akuatik musnah kerana penambahan kedalaman air laut

    mengurangkan penerimaan bahang matahari.

    c5 Peningkatan sejatan-kemarau.

    c6 Peningkatan pencemaran udara akibat kemarau yang panjang.

    c7 Peningkatan kadar luluhawa fizikal.

    c8 Peningkatan kejadian ribut-apabila suhu tinggi menghasilkan sel tekanan

    rendah.

    Mana-mana 5 isi X 2m = 10m

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    14/24

    14

    Jadual 1:

    Kekerapan dan kelajuan angin di Stesen Meteorologi M

    Kelajuan km/jam % kekerapan tiupan angin

    Selatan Barat Daya Barat

    0

    5 5 8 45 10 8 6 4

    10 15 3 4 2

    Angin tenang 6 %

    5. a) Berdasarkan Jadual 1, lukis rajah yang menunjukkan arah, halaju dan

    kekerapan angin di Stesen Cerap Cuaca M. Gunakan skala yang sesuai. [10]

    b) Jelaskan proses pembentukan siklon tropika. [5]

    c) Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan

    manusia. [10]

    Skema Pemarkahan

    5.

    a)

    a1 tajuk :1 m

    a2 Petunjuk dilukis :1 m

    a3 Skala betul :1 m

    a4 Plot angin tenang betul :1 m

    a5 Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah ) :6 m

    10 markah

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    15/24

    15

    Tajuk: Kekerapan kelajuan angin di Stesen Cerap Cuaca M

    6%barat

    Barat

    daya

    selatan

    Penunjuk

    10-15

    km/j

    5-10

    km/j

    0-5

    km/j Angin

    tenang

    SKALA:

    Skala angin tenang : 1 cm = 2%

    Skala kelajuan: 1cm=2%

    tajuk :1 m

    Petunjuk dilukis :1 m

    Skala betul :1 m

    Plot angin tenang betul :1 m

    Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah ) :6 m

    10 M

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    16/24

    16

    b) Jelaskan proses pembentukan siklon tropika

    Skema Pemarkahan

    b1 Pemanasan laut berlaku di garis lintang 8 - 35 U/ S/ sub-tropika [1m]

    b2 Mula di lautan ( lautan Pasifik ) suhu laut meningkat mendadak akibat haba

    matahari wujud sel TUR yang melampau [2m]

    b3 Angin dari Sel TUT di sekitar menyerbu masuk ke zon TUR tersebut

    [2m]

    b4 Angin berpusar dan bergerak disekelilingi sel TUR dan mengangkat wap air

    kelapisan atmosfera yang lebih tinggi. [2m]

    Maksima markah = 5m

    Skema Pemarkahan

    c) Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal danmanusia.

    c) Cf1 Kemusnahan flora pokok tumbang / tercabut

    Cf2 Ombak kuat / tinggi / besar akibat kelajuan angin tenaga ombak bertambah

    banjir laut/hakisan

    Cf3 Persekitaran kotor sebaran sampah dan sisa runtuhan bangunan

    Cf4 Perubahan pandang darat kerosakan alam sekitar fizikal akibat pusaran

    angin

    Cf5 Pencemaran air

    banjir mencemarkan air

    Cf6 Pencemaran udara habuk, debu dan sampah berterbangan

    Cm7 Kehilangan nyawa kematian akibat ditimpa runtuhan bangunan / pokok

    Cm8 Trauma ketakutan / kebimbangan taufan berulang / kehilangan saudara

    Cm9 Kerosakan harta benda rumah runtuh / kenderaan rosak / ditenggelami air

    Cm10 Kegiatan ekonomi terjejas perniagaan tak dapat dijalankan / pertanian

    musnah /pembinaan terhenti/perikanan/perlombongan

    minyak terjejas/pelancongan

    Cm11 Perhubungan terjejas pengangkutan udara terjejas ; jalan raya/k.api terputus

    oleh banjir kilat / pokok tumbang ;

    Cm12 Sistem telekomunikasi terganggu menara pemancar tumbang ; tiang talian

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    17/24

    17

    telefon tumbang/ talian putus ditimpa pokok

    Cm13 Sebaran wabak penyakit bawaan air taun, cirit-birit(diarea)

    Pemarkahan : Mana-mana 2 isi kesan fizikal + 3 kesan manusia atau sebaliknya(2m X 5 isi = 10m)

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    18/24

    18

    6 a) Nyatakan fasa air. [ 3 ]

    b)(i) Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi. [ 5 ]

    (ii) Berdasarkan rajah dalam (b)(i) , huraikan tiga proses yang

    terdapat dalam kitaran hidrologi. [ 9 ]

    c) Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti

    manusia?[ 8 ]

    Skema Pemarkahan

    6 (a) Nyatakan fasa air [ 3 m]

    - air dalam bentuk cecair

    - air dalam bentuk gas / wap

    - air dalam bentuk pepejal

    Catatan: Sekiranya diberi dalam bentuk gambarajah boleh diterima.

    (b)(i) Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi. [ 5m ]

    Catatan: Sekurang-kurangnya 5 proses. Rujuk rajah contoh.

    (ii) Berdasarkan rajah dalam b(i), huraikan tiga proses yang

    terdapat dalam kitaran hidrologi. [9m]

    Skema Pemarkahan

    Bii1 Sejatan Proses pertukaran cecair menjadi wap air daripada badan-badan air (

    sungai, kolam, tasik, laut) , sangat berkesan ketika pancaran matahari

    yang terik.

    Bii2 Pemeluwapan Proses pertukaran wap air menjadi bintik-bintik air yang terkandung

    dalam awan apabila mencapai takat tepu.

    Bii3 Alir lintang Pergerakan wap air secara mendatar di atmosfera yang dibantu oleh

    pergerakan angin.

    Bii4 Kerpasan Bungkusan awan yang tepu/ berat/ dan tidak mampu ditampung oleh

    awan tersebut menyebabkan bintik-bintik air jatuh ke permukaan dalam

    bentuk hujan, salji dan embun

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    19/24

    19

    Bii5 Resapan/peny

    usupan

    Proses penyerapan air hujan secara menegak ke dalam tanah.

    Bii6 Air larianpermukaan

    Air hujan yang mengalir di permukaan bumi apabila permukaan bumitepu dengan air/ kadar ketelapan air rendah.

    Bii7 Aliran batang Cegatan silara , aliran ranting, dahan, batang

    Bii8 Pepeluhan Pepeluhan oleh tumbuhan- melibatkan pembebasan wap air ke

    atmosfera melalui liang stoma.

    Bii9 Aliran air

    bawah tanah

    Pergerakan air dalam tanah ke badan-badan air utama.

    Mana-mana 3 isi x 3 markah = 9 markah

    c) Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia? [ 10 ]

    Skema Pemarkahan

    Proses Aktiviti manusia

    C1 Sejatan meningkat Aktiviti penyahhutanan menyebabkan tanah

    terdedah secara langsung

    C2 Pepeluhan berkurangan Penyahhutanan / pembalakan

    C3 Kerpasan meningkat

    Aktiviti manusia yang mencemarkan udara

    Menyumbangkan peningkatan nukleus

    higroskopik di udara.

    C4 Aliran batang kurang Penyahhutanan/pembalakan

    C5 Air larian permukaan

    meningkat

    Penyahhutanan/pembandaran ( penurapan

    permukaan tanah)

    C6 Resapan air kurang Penyahhutanan/penurapan permukaan tanah

    untuk membina jalan raya, tempat letak kereta,kaki lima bangunan.

    C7 Aliran bawah tanah kurang Pembandaran / Penurapan permukaan tanah

    untuk membina jalan raya, tempat letak kereta

    dan kaki lima bangunan.

    Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    20/24

    20

    7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [ 5 ]

    (b) Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal. [10]

    (c) Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber

    air di Malaysia. [10]

    7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [ 5m ]

    Skema Pemarkahan

    - Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari

    atmosfera bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera (R=ET)

    Catatan : ( jawapan dalam formula juga diterima)

    (b) Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal. [10m]

    B1 Air tanih berkurangan

    B2 Sejatan meningkat

    B3 Air permukaan berkurangan

    B4 Pencemaran udara / jerebu

    B5 Kerpasan berkurangan

    B6 Fauna kekurangan air dalam badan / mati

    B7 Flora kekeringan/ mati

    Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    21/24

    21

    (c) Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber air di Malaysia.

    [10]

    Skema Pemarkahan

    Langkah Perundangan

    C1 Menguatkuasa Akta Parit dan Saliran, denda, kompaun, sita peralatan, tarik

    balik lesen

    Langkah Bukan Perundangan

    C2 Mengekalkan kawasan tadahan/ hutan

    C3 Merawat semula air menggunakan teknologi reverse osmosis (RO)

    C4 Menggunakan sumber air bawah tanah.

    C5 Langkah pendidikan- formal dan tidak formal

    C6 Kempen Cintai Sungai Kita , jimatkan penggunaan air.

    C7 Penyahgaraman/ penyulingan air laut

    C8 Kitar semula air

    C9 Pembenihan awan

    Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    22/24

    22

    8. Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda jalankan di ekosistem tasik,

    (a) i) Nyatakan komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tersebut [ 2m ]

    ii) Berikan maksud rantaian makanan. [ 3m ]

    (b) Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku di

    dalam ekosistem tersebut. [10m ]

    (c) i) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik? [ 6 m]

    ii) Huraikan langkah pemeliharaan ekosistem tasik. [ 4m

    8(a)i) Komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tasik. [2m]

    Skema Pemarkahan

    Biotik-lumut,alga,teratai,kiambang,zooplankton,berudu,labah-labah air,

    ikan besar,ikan kecil,bakteria,protozoa.

    Pilih mana-mana 2 komponen.

    8(a)ii) Maksud rantai makanan [3m]

    Proses pemindahan tenaga dan sebatian kimia dari satu hidupan kepada

    yang lain dalam bentuk sehala.

    (b) Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga

    berlaku di

    dalam ekosistem tersebut.

    [10]

    Skema Pemarkahan

    bx Rajah 2m

    b1 Pengeluar

    Tumbuhan akuatik(tasik) mendapat tenaga dari matahari untuk membuat

    makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.

    2m

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    23/24

    23

    b2 Pengguna primer

    Tenaga kimia dari pengeluar berpindah ke pengguna primer seperti

    zooplakton,berudu dan labah-labah air apabila memakan pengeluar dan

    disimpan di dalam tisu badannya.Tenaga kimia yang dipindahkan digunakan

    untuk membesar,bergerak dan membiak.

    2m

    b3 Pengguna sekunder

    Tenaga kimia dari pengguna primer akan berpindah ke pengguna sekunder

    seperti ikan kecil(seluang,sepat dan puyu) apabila pengguna sekunder

    memakan pengguna primer.Tenaga kimia tersebut akan disimpan di dalam tisu

    badan pengguna sekunder.Tenaga tersebut digunakan untuk

    membesar,bergerak dan membiak.

    2m

    b4 Pengurai

    Akhirnya semua tenaga kimia akan kembali ke tanah dalam bentuk nutriendalam tasik tersebut apbila setiap peringkat pengguna dan pengeluar mati dan

    reput. Pengeluar dan pelbagai pengguna ini akan diuraikan oleh

    bakteria,protozoa. Nutrien dalam tasik tersebut akan digunakan kembali oleh

    tumbuhan hijau untuk membesar.

    2m

    (c)i) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik? [6m]

    Skema Pemarkahan

    ci1 Aktiviti penebus gunaan tasik / penambakan tasik / aktiviti pembinaan

    - Untuk dijadikan tapak bina kawasan perumahan,industri dan sebagainya

    ci2 Aktiviti perindustrian.

    - Penyaluran dan pembuangan sisa kimia ke dalam tasik daripada kilang

    memperoses getah,kelapa sawit dan sebagainya.

    - Kualiti air merosot,peningkatan BOD,perubahan warna dan bau,nilai

    pHmeningkat.Menyebabkan hidupan ekosistem tasik mati.

    ci3 Aktiviti pertanian.

    -Penggunaan racun serangga dan baja kimia seperti sebatian sulphur,fosfat dan

    racun DDT boleh larut resap atau dialirkan ke dalam tasik.

    ci4 Penternakan

    -Penyaliran najis ternakkan seperti najis khinzir dari ladang berdekatan akan

    mencemarkan air tasik dan memusnahkan hidupan serta menjejaskan rantain

  • 8/8/2019 Percubaan STPM 2010 Kedah - Geografi Fizikal (Skema)

    24/24

    24

    makanan dalam tasik.

    ci5 Pelancongan-pembuangan sisa domestik

    Ci6 Tumpahan minyak

    Mana-mana 3 isi ( 3 x 2m = 6m)

    C(ii) Langkah pemeliharaan ekosistem tasik [4]

    Skema Pemarkahan

    Langkah perundangan

    Penguatkuasaan undang-undang,pemantauan dan pelaksanaan hukuman

    seperti denda/kompaun,membatalkan lesen/permit operasi.

    Langkah bukan perundangan.

    -Pengurusan sisa buangan secara sistematik.

    -Kempen.

    -Pendidikan alam sekitar.

    Mana-mana 2 isi x 2 m