kerja kursus geografi 2010 amalan kitar semula

22
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG, TAMAN SERI SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2010 AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN SERI SERDANG, SELANGOR Nama Murid : Muhammad Ihsan Adfinda Tingkatan : 3 Elit 1

Upload: muhammad-ihsan

Post on 20-Jun-2015

12.881 views

Category:

Documents


368 download

DESCRIPTION

Kerja Kursusu Geografi 2010 : amalan kitar semula di Taman Seri Serdang, Seri Kembangan, selangor

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSERI SERDANG, TAMAN SERI SERDANG,

43300 SERI KEMBANGAN,SELANGOR DARUL EHSAN

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2010

AMALAN KITAR SEMULADI TAMAN SERI SERDANG,

SELANGOR

Nama Murid : Muhammad Ihsan Adfinda

Tingkatan : 3 Elit

Nama Guru : Encik Muskam bin Yusof

1

Page 2: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

2. Pendahuluan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

3. Objektif Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

4. Kawasan Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3

5. Kaedah Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4

6. Hasil Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4

6.1. Konsep Kitar Semula . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4

6.2. Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5-6

6.3. Kepentingan Kitar Semula . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7-8

6.4. Masalah/Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula . . . . . . . . . . 8

6.5. Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula . . . . . . . . 9

7. Rumusan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .11

8. Lampiran . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .12

2

Page 3: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

9. Rujukan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 20

1. Penghargaan

Sebagai pendahuluan, saya mahu mengucapkan puji syukur kehadirat Allah swt. Dengan rahmat dan nikmatnya, saya boleh menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna

Seterusnya, saya berikan penghargaan yang sebesar-besarnya kepada Guru Geografi saya, En. Muskam B. Yusof yang telah memimbing dan memberi banyak maklumat untuk pembuatan kerja kursus saya ini. Tanpa bimbingan beliau, mungkin saya tidak akan mapu untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Selain itu, saya juga mahu berterima kasih kepada kedua orang tua saya yang telah meberikan maklumat, kemudahan, semangat dan dukungan moral yang yang memberi saya semangat dan kemampuan untuk melakukan kerja kursus ini

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan saya yang telah bekerjasama.

2. Pendahuluan

Saya, sebagai murid SMK Seri Serdang telah memilih untuk mengkaji kawasan Taman Seri Serdang untuk melakukan kajian saya, iaitu Amalan Kitar Semula, Taman Seri Serdang terletak di kawasan Petaling.

Saya memilih kawasan tersebut kerana darjah ketersampaianya dari rumah yang memudahkan saya untuk membuat kajian. Di Taman Sri Serdang pula terdapat pusat kitar semula yang membolehkan saya mengadakan kajian secara langsung.

Tempoh masa kajian yang saya jalankan adalah daripada 1 April hingga 25 Mei 2010.

3. Objektif Kajian

Saya menjalankan kajian untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

1) Mentakrifkan konsep kitar semula serta menyatakan contohnya.2) Menyenaraikan Jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula4) Membincangkan masalah-masalah atau halangan dalam amalan kitar semula5) Mencadangka langkah-langkah utuk mengatasi masalah dalam amalan kitar semula6) Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian

3

Page 4: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

4. Kawasan Kajian

Taman Seri Serdang atau TSS terletak di wilayah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Pandang darat fizikal ialah sekolah, kedai, jalan raya, petempatan penduduk, dan lain-lain. Kawasan ini memanjang ke selatan sepanjang Lebuh Raya KL-Seremban . Kedudukan kawasan ini adalah ke arah selatan dari Bandar Raya Kuala Lumpur dengan Jarak kira-kira 12km. Jarak Taman Seri Serdang dan pekan terdekat Seri Kembangan kira-kira 5 kilometer atau lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan menaiki kereta ke sana. Jika menaiki bas awam, tambangnya hanya RM 1.00 untuk sehala.

Latar belakang kawasan kajian saya, Taman Seri Serdang berawal dari perlombongan bijih timah di seri kembangan yang bernama Mong Fatt Mines, lombong dedah yang sangat dalam pada abad ke-19 yang akhirnya berhenti dan berubah menjadi Mines Wonderland pada kawasan Seri Kembangan di Utara Taman Seri Serdang. Selain itu, ada sebuah kolej yang ditubuhkan pada tahun 1934 yang berkembang menjadi Universiti Putra Malaysia terletak pada selatan TSS. Perlombongan ini telah menarik banyak penduduk sejak dulu dan terus bertambah kerana ada UPM ini dan Jadilah petempatan Taman Seri Serdang.

Rajah 4.1.1: Lakaran lokasi Taman Seri Serdang

4

Page 5: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

5. Kaedah KajianKaedah yang saya gunakan dalam kajian untuk folio ini ialah sebagai berikut :

1). Kaedah Pemerhatian- Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Taman Seri Serdang untuk

mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat fizikal, pola petempatan, masalah petempatan yang ada disana.

2). Kaedah Rujukan-.Saya merujuk beberapa laman web dan buku untuk mendapatkan Beberapa

maklumat tambahan bagi kajian saya.-Saya juga merujuk buku yang berkaitan dengan tajuk kajian saya.

6. Hasil Kajian

Berikut ialah hasil kajian saya berdasarkan enam objektif kajian dengan tiga kaedah kajian yang ada di atas.

6.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula. Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi 3R : Reduce -- Kurangkan, Reuse -- gunakan semula, Recycle -- Kitar Semula

Contohnya, barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak, akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta yang baru. Selain itu, sisa makanan atau buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun keguanaan rumah tangga.

Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran, dan pencemaran air dari tapak perlupusan dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Maknanya, Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam, dan dapat menjaga warisan alam bangsa dan negara sehingga generasi yang akan datang di masa hadapan nanti.

5

Page 6: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

6.2 Jenis Bahan Kitar SemulaAntara Jenis bahan yang dapat dikitar semula ialah:

1) KertasSemua jenis kertas seperti akhbar, kertas print, dan lain-lain boleh dikitar semula.

Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna biru. Tetapi, harga jual kertas bekualiti tinggi seperti kertas putih komputer lebih mahal daripada kertas campuran seperti kertas akhbar, majalah, dan fail.

Langkah-langkah pengitaran semula kertas ialah:1. Kumpulkan kertas dan benda sejenisnya dari pusat kitar semula tempatan, dan

hantar kertas-kertas tersebut ke kilang / fasiliti kitar semula.2. Kertas, buku, akhbar dan kertas lainnya diasingkan mengikut kualiti dan gred.3. Kertas yang telah diasingkan akan dicampur dengan air bersabun untuk

menghilangkan tinta serta menaggalkan tip plastik, dawai stapel, serta benda lainnya, dan melarutkan kertas tersebut sehingga menjadi larutan

4. Larutan kertas tersebut kemudian dicampur dengan beberapa bahan untuk mehasilkan kulaiti larutan yang berbeza untuk menghasilkan kertas dalam pelbagai jenis dan kualiti.

5. Larutan tersebut dikeringkan dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kertas dalam bentuk helaian akan dihantar ke kedai sedangkan kertas dalam bentuk gulungan besar akan dihantar ke kilang percetakan seperti percetakan buku, akhbar, dan sebagainya.

2) KacaSegala jenis benda yang terbuat dari kaca seperti tingkap, botol minuman, dan botol

vitamin boleh dikitar semula, termasuk barangan yang sudah pecah atau rosak. Barangan kaca hendaklah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna coklat. Sesetengah pembeli mahu barangan kaca tersebut diasingkan menurut warna.

Kaedah untuk mengitar semula kaca ialah:1. Barangan kaca yang terkumpul di pusat kitar semula diangkut dan dibawa ke

tempat pemrosesan kaca.2. Kaca tersebut diasingkan mengikut warna, kemudian dicuci unutk

menanggalkan sebarang benda bukan kaca yang masih melekat.3. Kaca yang telah diproses dipecahkan dan dileburkan 4. Kemudian, kaca tersebut dibentuk dan dibekukan kepada pelbagai macam

bentuk dan kegunaan, seperti bekas minuman, pinggan serta cawan kaca, dan perhiasan serta aksesori.

Barangan kaca tidak berkurang kualitinya semasa dikitar semula. Jadi, kaca dan barangan sejenisnya boleh digunakan dan dikitar semula berkali-kali.

3) LogamSegala jenis barangan yang diperbuat daripada logam seperti tin minuman, kereta,

dan barangan keluli lainnya dapat dikitar semula. Barangan logam mestilah dimasukkan

Bersambung >>>

6

Page 7: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

ke dalam tong yang berwarna jingga. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Langkah-langkah untuk mengitar semula barangan logam ialah:1. Barangan logam seperti tin minuman dan computer case dikumpulkan dan

dihantar ke tempat pemrosesan keluli.2. Barangan tersebut diasingkan menuru jenis dan kualitinya, kemudian dicuci.3. Seterusnya, logam-logam tersebut dimasukkan ke dalam tungku peleburan

logam dan dibentuk menjadi jongkong.4. Kemudian jongkong-jongkong tersebut dibentuk menjadi pelbagai jenis

barangan baru seperti tin minuman, pembalut keluli, dan komponen elektronik.

Selain daripada itu, masih banyak barangan yang boleh dikitar semula, seperti yang disenaraikan di bawah.

4) Mineral : baranagn galian seperti kapur dan karbon5) Getah : pelbagai barangan getah seperti tayar kereta bekas6) Tekstil : pakaian bekas / yang sudah tidak terpakai seperti pakaian masa

kanak-kanak yang sudah tidak boleh dipakai7) Kayu : barangan yang terbuat dari kayu pokok seperti perabut. Kaca yang

terpakai dilarutkan dalam air untuk menghasilkan kadbod kayu.8) Sisa makanan : Makanan yang terbuang boleh direputkan dan dijadikan baja

organik untuk pertanian dan menghasilkan makanan semula.

Anatara amalan yang berkaitan dengan kitar semula ialah:

a) Menjual atau membeli barangan kitar semula untukmendapatkan wang tambahan serta mendapat sumber bahan daripada barangan bekas sehingga mengurangi penggunaan sumber daya alam yang baru. Contohnya, jika sebuah syarikat mengumpulkan akhbar lama dan mengitarnya semula menjadi kertas untuk percetakan sehingga menjimatkan penggunaan sumber baru.

b) Mengguna semula barangan yang sudah tidak berguna lagi dengan mengubahsuaikannya menjadi barangan yang berguna. Contohnya, menbuat kapal mainan daripada botol plastik yang tidak terpakai

c) Memberi sumbangan kepada charity atau badan kebajikan yang menerima segala jenis barangan yang boleh dikitar semula. Kemudian, hasil daripada bahan sumbangan tersebut akan digunakan untuk mendanai anak yatim yang miskin serta bantuan sosial lainnya

d) Menghasilkan bahan baru daripada barangan bekas dengan mengasingkannya serta mencairkannya supaya mudah untuk diproses, kemudian dibentuk menjadi pelbagai jenis dan bentuk danoleh diguna semula seperti bahan baru. Kaedah ini menjimatkan penggunaan sumber baru supaya generasi yang akan datang masih dapat menikmati kekayaan alam negara kita.

7

Page 8: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

6.3 Kepentingan Kitar Semula

Amalan kitar semula amatlah penting. Antara kepentingannya ialah:

1) Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersihDengan mengamalan kitar semula, sampah yang semestinya dibuang akan digunakan semula untuk dijadikan barang yang boleh disunakan semula. Sebab, jika sampah yang sebenarnya boleh di kitar semula seperti besi dan plastik merupakan bahan yang susah mereput dan menyebabkan pencemaran dalam jangka panjang. Selain itu, sampah yang dibuang akan menjadi tumpuan bagi haiwan seperti tikus, lipas dan burung gagak yang meyebarkan penyakit di persekitaran. Jadi, jumlah sampah berkurang dan mengurangi pencemaran serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan bersih.

2) Menjimatkan pengunaan sumber baruSumber-seumer mineral seperti besi, bijih timah, dan aluminium merupakan sumber yang tidakdapat diperbarui. Jadi, sumber-sumber mineral tersebut akan habis sekiranya diteroka terlalu banyak untuk digunakan. Jika barangan logam bekas yang digunakan semula, itu akan menjimatkan pengunaan sumber yang baru, selain dapat mengurangi jumlah buangan. Sekiranya sumber habis, mereka tidak dapat diterokai lagi. Selain harga pasaran rendah akibat penerokaan berlebihan semasa sumber masih ada, industri perlombongan juga akan terjejas nanti semasa sumber tersebut sudah habis seperti yang terjadi semasa penjajahan british dahulu. Kerana itu, ita juga mesti mengambil iktibar daripada kesilapan pada masa silam.

3) Mengurangi pengunaan tenagaMenurut penyelidikan, pengunaan energi untuk membuat barangan yang baru daripada barangan kitar semula adalah lebih rendah daripada membuat barangan daripada bahan baru. Sebab, energi yang diperlukan untuk membut barangan adalah sama, tetapi energi untuk mendapatkan bahan dari pusat kitar semula lebih rendah berbanding meneroka sumber baru. Selain itu, enegi untuk mengitar semula barangan lama lebih rendah daripada memproses barangan baru. Contohnya, kaca bekas membutuhkan suhu lebur yang lebih rendah berbanding suhu lebur kaca dari bahan baru. Maka, kitar semula dapat mengurangi pengunaan tenaga sehingga 32%. Pengunaan tenaga dikurangkan bermakna kita mengurangi pengunaan sumber tenaga seperti arang batu dan petroleum supaya generasi yang akan datang masih dapat menggunakan sumber tenaga tersebut.

4) Menjimatkan kos Melupuskan samapah membutuhkan kos seperti kos pengunaan jentera berat pelupusan serta caj pelupusan. Jika kita semua mengamalkan amalan kitar semula secara terus menerus maka sampah akan berkurangan supaya kerajaan dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah, sehingga wang yang selebihnya boleh digunakan untuk kegunaan sosial yang lain seperti pembangunan, pendidikan, dan kegunaan lainnya.

Bersambung >>>

8

Page 9: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

5) Mengurangi penebangan hutan17 pohon pokok ditebang untuk mendapatkan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan kertas sebanyak 1 tan. Kertas yang dihasilkan daripada kertas bekas akan menjimatkan sumber hutan serta menambah keluasan hutan supaya udara menjadi lebih bersih dan segar kerana hutan akan menyegarkan hawa sesak daripada bandar. Penjimatan sumber hutan juga dapat membantu hutan untuk mengurangi jumlah karbon dioksida di atmosfera dengan lebih cepat dan cekap bagi mengelakkan kesan pemanasan global yang lebih teruk di masa hadapan.

6.4 Masalah \ Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula

Antara sebab amalan kitar semula tidak mendapat sambutan / terkendala ialah:

a) Kekurangan kemudahanSetelah saya memerhatikan sekitar Taman Seri Serdang, saya dapati hanya terdapat satu pusat pengumpulan barangan kitar semula, itupun terletak di hujung selatan Taman Seri Serdang. Jadi, hanya segelintir yang duduk berhampiran dengan pusat pengumpulan tersebut yang dapat menghantar barangan utnuk dikitar semula dengan mudah. Jadi, orang yang duduk di tempat lain yang jauh menjadi susah untuk menghantar barangan ke pengumpulan tersebut. Menghantar barangan ke tempat pungumpulan kitar semula kurang praktikal, maka orang yang tidak begitu peduli dengan alam sekitar akan membuang apa saja buangan termasuk barangan yang boleh dikitar semula ke tempat sampah biasa yang terletak berhampiran, dan akhirnya dilupuskan.

b) Kekurangan GalakanSetelah duduk di Taman Seri Serang selama dua tahun, saya belum pernah melihat apa-apa tindakan kerajaan yang jelas untuk menggalakan amalan kitar semula. Walaupun banyak mesej di televisyen, internet dan akhbar tentang galakan 3R, hanya segelintir kalangan sahaja yang mahu mengamalkannya. Maka, para Penduduk tidak akan ada semangat untuk menjaga alam sekitar, salah satunya dengan cara mengitar semula buangan mereka. Walaupun kerajaan telah membina pusat kitar semula, jika tidak ada galakan maka tindakan tersebut akan kurang mendapat sambutan.

c) Harga telalu rendahHarga jual bagi barangan kitar semula sangatlah murah berbanding harga barangan tersebut yang baru. Contohnya, monitor yang berharga ratusan ringgit hanya akan bernilai 6 ringgit sahaja jika rosak dan dikitar semula. Selain itu, peti sejuk juga hanya bernilai 4 ringgit utnuk dikitar semula. Jadi, orang-orang akan merasa lebih baik jika mereka membuang barangan tersebut begitu sahaja ke tempat pembuangan terdekat daripada membawanya jauh-jauh ke pusat kitar semula untuk mendapat pulangan yang sangat sedikit.

9

Page 10: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

6.5 Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula

Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani masalah dalam mengamalkan amalan kitar semula.

a) Memperbanyak kemudahan kitar semulaDengan memperbanyak kemudahan kitar semula, ketersampaian tempat pengumpulan barangan kitar semula akan lebih mudah dan orang-orang tidak perlu bertungkus lumus untuk membawa barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula. Sekurang-kurangnya, ada pusat pengumpulan kitar semula dalam jarak 200 meter. Selain itu, mengganti semua tong sampah dengan tong kitar semula merupakan kaedah yang berkesan untuk memudahkan orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi, semua buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat kitar semula, dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun akan berkurang secara signifikan.

b) Membuat pusat kitar semula berjalanSeperti perpustakaan berjalan, pusat kitar semula berjalan dapat memudahkan orang untuk menghantar barangan kitar semula tanpa pergi ke luar rumah. Jadi, menyediakan lori pengumpul barangan kitar semula yang bergerak setiap hari utnuk mengumpulkan barangan kiar semula. Selain itu, lori tersebut juga mesti beroperasi semasa orang-orang berada di rumah. Sebab, jika tidak ada orang dan mereka tidak meletakkan buangannya di luar rumah, maka pengumpul barangan tidak akan mendapat apa-apa hasil.

c) Mengadakan kempen \ memberi galakan amalan kitar semulaSemangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada masyarakat dengan mengadakankempen cintai alam sekitar. Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk menjaga lama sekitar akan dibentangkan, termasuk amalan kitar semula, supaya orang-orang akan lebih faham dengan amalan kitar semula. Selain itu, galakan amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan samalan. Malah, jika galakan tersebut merupakan galakan kerajaan, semua orang pasti akan berduyun-duyun menghantar semua buangan mereka yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpul

d) Menaikkan Pulangan & Memberi GanjaranDengan menaikkan pulangan untuk penyumbangan barangan kitar semula, orang-orang akan lebih tertarik dan berasa berbaloi untuk mengamalkan kitar semula. Selain itu, sesiapa sahaja yang menyumbang paling banyak barangan kitar semula, akan diberikan pulangan yang lumayan. Jadi, orang-orang akan berlumba- lumba untuk menyumbang barangan kitar semula.

10

Page 11: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

KAUM –KAUM YANG TERLIBAT DALAM AMALAN KITAR SEMULA

Melayu Cina India Lain-lain02468

101214161820

Memupuk kesedaran pentingnya menjaga

kelestarian alam

Mengurangi pencemaraan

alam

Memberi pendapatan tambahan

Menyediakan peluang

pekerjaan

Menjimatkan pengunaan

sumber

Membuat persekitaran

ceria

Menjana daya kreatifiti dan

inovasi

KEPENTINGAN AMALAN KITAR

SEMULA

Memelihara sumber alam

negara

Bahan Grafik

11

Page 12: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

7. Rumusan

Dalam kajian ini, saya mendapati amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah buangan dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan yang berguna semula. Amalan tersebut juga mudah dan praktikal kerana kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat pengumpulan kitar semula yang terdekat, dan hampir semua barangan yang kita buang termasuk dalam barangan yang boleh dikitar semula. Selain itu kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk melakukanya. Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangi sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan bagi mencegah kerosakaan alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan dan mesti diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti kemudahan yan tidak memadai atau kurangnya galakan kepada masyarakat. Tetapi, dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan kitar semula dapat terus diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam dengan mengamalkan 3R. Jadi, saya memutuskan untuk membuat kertas kajian ini depan belakang supaya kertas dapat dijimatkan. Dengan menjimatkan kertas, bererti kita telah menyelamatkan hutan dan sumber pokoknya daripada itebang dan dijadikan kertas bagi memenuhi permintaan manusia terhadap kertas yang semakin meningkat pada zaman ini.

Kita mestilah menjaga kelestarian hutan, salah satunya dengan cara menjimatkan pengunaan kertas.

12

Page 13: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

8. Lampiran Gambar

Tin minuman yang sedia dihantar ke tempat pemrosesan logam untuk dikitar semula

Contoh poster kempen kitar semula

13

Page 14: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

Contoh tong kitar semula yang boleh menggatikan tong sampah biasa.

14

Page 15: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

Senarai harga barangan kitar semula

Pusat Kitar Semula yang saya jadikan tempat kajian saya

15

Page 16: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

Pusat Kitar semula yang terletak berhampiran dengan Tasik (gambar diambil dari sebelah SMK

Seri Serdang)

Pemandangan dari Pusat Kitar Semula : SMK Seri Serdang dan Dewan Seri (tengah)16

Page 17: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

SEMENANJUNG MALAYSIA

PETALING DAN SEKITARNYANYA

Peta

TAMAN SERI SERDANG

17

Page 18: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

TAMAN SERI SERDANG DAN SEKITARNYA

18

Page 19: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

Tentang Penulis

Nama :Muhammad Ihsan

Adfinda

Status dalam Keluarga : Anak pertama dari dua bersaudara

Tarikh dan tempat lahir :Bogor, 23 Jun 1995

Nama Orang Tua : Bapa : Yodfiatfinda

Piliang Ibu : Hanifah Nuryani

Lioe

Alamat e-mail :

[email protected]

Nombor Passport : [ S088824 ]

Riwayat Pendidikan :

Mulai mengikuti sesi persekolahan rendah darjah 1 pada Jun 2000 di Sekolah Rendah Insan Kamil, Bogor hingga akhir darjah 3 pada Mac 2003.

Berhijrah ke Jepun dan memulai semula darjah 3 di Sekolah Rendah Sakata, Okinawa pada April 2003 hingga tamat darjah 5 pada Mac 2006.

Balik ke Indonesia pada 29 Mac 2006 lalu melanjutkan darjah 6 dan menamatkan sekolah rendah pada 2 Jun 2007 di Sekolah Rendah Kebangsaan Polisi 1 Bogor.

Melanjutkan ke sekolah menengah pada Julai 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan 1 Bogor hingga pertengahan tingkatan 2 pada Disember 2008.

Melanjutkan tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang pada 23 Mac 2009 hingga tingatan 3 sekarang.

19

Page 20: Kerja Kursus Geografi 2010 amalan kitar semula

diperbaharui : 26 mei 20 10

9. Rujukan

Internet:

http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm http://maps.google.com/ http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-kitar-semula.html (PDF Document) Mohd Rashidi Mohd Nor, Recycle, Mei 2009

Buku Teks:

Geografi Tingkatan 3

20