geografi 2010

29
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINT GABRIEL, JALAN PERWIRA, 55100 KUALA LUMPUR KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2010 AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR Nama Murid : SHAHUL HAMEED 1

Upload: shah770

Post on 20-Jun-2015

687 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSAINT GABRIEL, JALAN PERWIRA,

55100 KUALA LUMPUR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2010

AMALAN KITAR SEMULADI TAMAN MALURI,

KUALA LUMPUR

Nama Murid : SHAHUL HAMEED

Tingkatan : 3B

Nama Guru : Pn. Teoh Geok Choo

1

Page 2: Geografi 2010

Senarai KandunganBIL Tajuk Muka surat

1 Tajuk Kajian 1

2 Senarai Kandungan 2

3 Penghargaan3

4Pendahuluan

4

5Objektif kajian

5

6Kawasan kajian

6

7 PETA 7-8

8Kaedah kajian

9

9Hasil kajian

10-18

10 Bahan Grafik 19-20

11 Rajah Aliran 21

12Rumusan

22

13Lampiran

23-25

14Rujukan

26

2

Page 3: Geografi 2010

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn. Teoh

Geok Choo yang telah memberikan semangat, tunjuk ajar, dan bimbingan. Beliau telah

memberikan keyakinan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Terima kasih juga

kepada pengetua,Pn Mystrical Rose a/p Fernandez k e r a n a mengizinkan kami membuat kerja

kursus PMR.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu saya, Zaitun Beevi Bt Mohd

Hussein dan kakak saya Siti Khamilah Bt Abdul Kadir yang telah memberikan maklumat

yang diketahui oleh mereka dan memberi cadangan yang baik kepada saya semasa

menjalankan kerja kursus ini. Sokongan moral yang telah

diberikan amat bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Mereka telah

memberi kerjasama yang baik untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga kepada merka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

usaha mendapatkan maklumat bagi tujuan kerja kursus ini terutama sekali penduduk

Taman Maluri,

Kuala Lumpur

3

Page 4: Geografi 2010

PendahuluanSaya, sebagai murid SMK Saint Gabriel telah memilih untuk mengkaji kawasan Taman

Maluri untuk melakukan kajian saya, iaitu Amalan Kitar Semula, Taman Maluri terletak di kawasan berhampiran dengan kediaman saya

Saya memilih kawasan tersebut kerana darjah ketersampaianya dari rumah yang memudahkan saya untuk membuat kajian. Di Taman Maluri pula terdapat pusat kitar semula yang

membolehkan saya mengadakan kajian secara langsung.Oleh itu, ia memudahkan saya membuat kajian serta mendapat maklumat untuk melengkapkan kajian ini.

4

Page 5: Geografi 2010

Objektif KajianSaya menjalankan kajian untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

1) Mentakrifkan konsep kitar semula serta menyatakan contohnya.2) Menyenaraikan Jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula4) Membincangkan masalah-masalah atau halangan dalam amalan kitar semula5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam amalan kitar semula6) Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian

5

Page 6: Geografi 2010

Kawasan KajianTaman Maluri terletak di wilayah perseketuan,Pandang darat fizikal ialah sekolah, kedai, jalan

raya, petempatan penduduk, dan lain-lain. Kawasan ini juga termasuk kawasan daerah Pandan Jaya.Kedudukan kawasan ini adalah ke arah selatan dari Ampang dengan Jarak kira-kira 7km. Jarak Taman Maluri dan Pudu raya kira-kira 5 kilometer atau lebih kurang 10 hingga 15 minit

perjalanan menaiki kereta ke sana. Jika menaiki bas awam, tambangnya hanya RM 1.00.Latar belakang kawasan kajian saya, Taman Maluri mempunyai pusat pendidikan dan pusat

pentadbiran ia juga mudah di kunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

6

Page 7: Geografi 2010

PETA

i.PETA DAERAH

7

Page 8: Geografi 2010

ii.PETA KAWASAN KAJIAN

8

Page 9: Geografi 2010

Kaedah Kajian

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan

untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya

telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah

yang telah digunakan :

i)PEMERHATIAN

Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Taman Maluri untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat fizikal, pola petempatan, masalah petempatan

yang terdapat di kawasan kajian saya

ii)RUJUKAN

Selain itu , saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula.

9

Page 10: Geografi 2010

HASIL

KAJIAN

10

Page 11: Geografi 2010

Konsep Kitar Semula

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan

daripada sampah untuk di guna semula. Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi 3R :

Reduce -- Kurangkan, Reuse -- gunakan semula, Recycle -- Kitar SemulaContohnya, barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak, akan diambil

kelulinya dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta yang baru. Selain itu, sisa makanan atau buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk

pertanian mahupun keguanaan rumah tangga.Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,

menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran, dan pencemaran air dari tapak perlupusan dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Maknanya, Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam, dan dapat

menjaga warisan alam bangsa dan negara sehingga generasi yang akan datang di masa hadapan nanti.

11

Page 12: Geografi 2010

Jenis Bahan Kitar SemulaAntara Jenis bahan yang dapat dikitar semula ialah:

1) KertasSemua jenis kertas seperti akhbar, kertas print, dan lain-lain boleh dikitar semula. Semua

jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna biru. Tetapi, harga jual kertas bekualiti tinggi seperti kertas putih komputer lebih mahal daripada kertas campuran seperti

kertas akhbar, majalah, dan fail.Langkah-langkah pengitaran semula kertas ialah:

1. Kumpulkan kertas dan benda sejenisnya dari pusat kitar semula tempatan, dan hantar kertas-kertas tersebut ke kilang / fasiliti kitar semula.

2. Kertas, buku, akhbar dan kertas lainnya diasingkan mengikut kualiti dan gred.3. Kertas yang telah diasingkan akan dicampur dengan air bersabun untuk menghilangkan

tinta serta menaggalkan tip plastik, dawai stapel, serta benda lainnya, dan melarutkan kertas tersebut sehingga menjadi larutan

4. Larutan kertas tersebut kemudian dicampur dengan beberapa bahan untuk mehasilkan kulaiti larutan yang berbeza untuk menghasilkan kertas dalam pelbagai jenis dan

kualiti.5. Larutan tersebut dikeringkan dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kertas

dalam bentuk helaian akan dihantar ke kedai sedangkan kertas dalam bentuk gulungan besar akan dihantar ke kilang percetakan seperti percetakan buku, akhbar, dan

sebagainya.

2) KacaSegala jenis benda yang terbuat dari kaca seperti tingkap, botol minuman, dan botol vitamin

boleh dikitar semula, termasuk barangan yang sudah pecah atau rosak. Barangan kaca hendaklah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna coklat. Sesetengah pembeli mahu barangan kaca

tersebut diasingkan menurut warna.Kaedah untuk mengitar semula kaca ialah:

1. Barangan kaca yang terkumpul di pusat kitar semula diangkut dan dibawa ke tempat pemrosesan kaca.

2. Kaca tersebut diasingkan mengikut warna, kemudian dicuci unutk menanggalkan sebarang benda bukan kaca yang masih melekat.

3. Kaca yang telah diproses dipecahkan dan dileburkan4. Kemudian, kaca tersebut dibentuk dan dibekukan kepada pelbagai macam bentuk dan

kegunaan, seperti bekas minuman, pinggan serta cawan kaca, dan perhiasan serta aksesori.

Barangan kaca tidak berkurang kualitinya semasa dikitar semula. Jadi, kaca dan barangan sejenisnya boleh digunakan dan dikitar semula berkali-kali.

3) LogamSegala jenis barangan yang diperbuat daripada logam seperti tin minuman, kereta, dan

barangan keluli lainnya dapat dikitar semula. Barangan logam mestilah dimasukkan

ke dalam tong yang berwarna jingga. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.

12

Page 13: Geografi 2010

Langkah-langkah untuk mengitar semula barangan logam ialah:1. Barangan logam seperti tin minuman dan computer case dikumpulkan dan dihantar

ke tempat pemrosesan keluli.2. Barangan tersebut diasingkan menuru jenis dan kualitinya, kemudian dicuci.

3. Seterusnya, logam-logam tersebut dimasukkan ke dalam tungku peleburan logam dan dibentuk menjadi jongkong.

4. Kemudian jongkong-jongkong tersebut dibentuk menjadi pelbagai jenis barangan baru seperti tin minuman, pembalut keluli, dan komponen elektronik.

Selain daripada itu, masih banyak barangan yang boleh dikitar semula, seperti yang disenaraikan di bawah.

4) Mineral : baranagn galian seperti kapur dan karbon5) Getah : pelbagai barangan getah seperti tayar kereta bekas

6) Tekstil : pakaian bekas / yang sudah tidak terpakai seperti pakaian masa kanak-kanak yang sudah tidak boleh dipakai

7) Kayu : barangan yang terbuat dari kayu pokok seperti perabut. Kaca yang terpakai dilarutkan dalam air untuk menghasilkan kadbod kayu.

8) Sisa makanan : Makanan yang terbuang boleh direputkan dan dijadikan baja organik untuk pertanian dan menghasilkan makanan semula.

Anatara amalan yang berkaitan dengan kitar semula ialah:

a) Menjual atau membeli barangan kitar semula untukmendapatkan wang tambahan serta mendapat sumber bahan daripada barangan bekas sehingga mengurangi penggunaan

sumber daya alam yang baru. Contohnya, jika sebuah syarikat mengumpulkan akhbar lama dan mengitarnya semula menjadi kertas untuk percetakan sehingga menjimatkan

penggunaan sumber baru.b) Mengguna semula barangan yang sudah tidak berguna lagi dengan mengubahsuaikannya

menjadi barangan yang berguna. Contohnya, menbuat kapal mainan daripada botol plastik yang tidak terpakai

c) Memberi sumbangan kepada charity atau badan kebajikan yang menerima segala jenis barangan yang boleh dikitar semula. Kemudian, hasil daripada bahan sumbangan tersebut

akan digunakan untuk mendanai anak yatim yang miskin serta bantuan sosial lainnya

d) Menghasilkan bahan baru daripada barangan bekas dengan mengasingkannya serta mencairkannya supaya mudah untuk diproses, kemudian dibentuk menjadi pelbagai jenis

dan bentuk danoleh diguna semula seperti bahan baru. Kaedah ini menjimatkan penggunaan sumber baru supaya generasi yang akan datang masih dapat menikmati

kekayaan alam negara kita.

13

Page 14: Geografi 2010

Kepentingan Kitar Semula

Amalan kitar semula amatlah penting. Antara kepentingannya ialah:

1) Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersihDengan mengamalan kitar semula, sampah yang semestinya dibuang akan digunakan semula untuk dijadikan barang yang boleh disunakan semula. Sebab, jika sampah yang sebenarnya

boleh di kitar semula seperti besi dan plastik merupakan bahan yang susah mereput dan menyebabkan pencemaran dalam jangka panjang. Selain itu, sampah yang dibuang akan menjadi tumpuan bagi haiwan seperti tikus, lipas dan burung gagak yang meyebarkan

penyakit di persekitaran. Jadi, jumlah sampah berkurang dan mengurangi pencemaran serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan bersih.

2) Menjimatkan pengunaan sumber baruSumber-seumer mineral seperti besi, bijih timah, dan aluminium merupakan sumber yang tidakdapat diperbarui. Jadi, sumber-sumber mineral tersebut akan habis sekiranya diteroka

terlalu banyak untuk digunakan. Jika barangan logam bekas yang digunakan semula, itu akan menjimatkan pengunaan sumber yang baru, selain dapat mengurangi jumlah buangan.

Sekiranya sumber habis, mereka tidak dapat diterokai lagi. Selain harga pasaran rendah akibat penerokaan berlebihan semasa sumber masih ada, industri perlombongan juga akan terjejas nanti semasa sumber tersebut sudah habis seperti yang terjadi semasa penjajahan british dahulu. Kerana itu, ita juga mesti mengambil iktibar daripada kesilapan pada masa

silam.

3) Mengurangi pengunaan tenagaMenurut penyelidikan, pengunaan energi untuk membuat barangan yang baru daripada

barangan kitar semula adalah lebih rendah daripada membuat barangan daripada bahan baru. Sebab, energi yang diperlukan untuk membut barangan adalah sama, tetapi energi untuk

mendapatkan bahan dari pusat kitar semula lebih rendah berbanding meneroka sumber baru. Selain itu, enegi untuk mengitar semula barangan lama lebih rendah daripada memproses

barangan baru. Contohnya, kaca bekas membutuhkan suhu lebur yang lebih rendah berbanding suhu lebur kaca dari bahan baru. Maka, kitar semula dapat mengurangi

pengunaan tenaga sehingga 32%. Pengunaan tenaga dikurangkan bermakna kita mengurangi pengunaan sumber tenaga seperti arang batu dan petroleum supaya generasi yang akan

datang masih dapat menggunakan sumber tenaga tersebut.

4) Menjimatkan kosMelupuskan samapah membutuhkan kos seperti kos pengunaan jentera berat pelupusan serta caj pelupusan. Jika kita semua mengamalkan amalan kitar semula secara terus menerus maka sampah akan berkurangan supaya kerajaan dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah,

sehingga wang yang selebihnya boleh digunakan untuk kegunaan sosial yang lain seperti pembangunan, pendidikan, dan kegunaan lainnya.

5) Mengurangi penebangan hutan17 pohon pokok ditebang untuk mendapatkan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan kertas sebanyak 1 tan. Kertas yang dihasilkan daripada kertas bekas akan menjimatkan

14

Page 15: Geografi 2010

sumber hutan serta menambah keluasan hutan supaya udara menjadi lebih bersih dan segar kerana hutan akan menyegarkan hawa sesak daripada bandar. Penjimatan sumber hutan juga dapat membantu hutan untuk mengurangi jumlah karbon dioksida di atmosfera dengan lebih

cepat dan cekap bagi mengelakkan kesan pemanasan global yang lebih teruk di masa hadapan.

15

Page 16: Geografi 2010

Masalah \ Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula

Antara sebab amalan kitar semula tidak mendapat sambutan / terkendala ialah:

a) Kekurangan kemudahanSetelah saya memerhatikan sekitar Taman Seri Serdang, saya dapati hanya terdapat satu pusat pengumpulan barangan kitar semula, itupun terletak di hujung selatan Taman Seri

Serdang. Jadi, hanya segelintir yang duduk berhampiran dengan pusat pengumpulan tersebut yang dapat menghantar barangan utnuk dikitar semula dengan mudah. Jadi,

orang yang duduk di tempat lain yang jauh menjadi susah untuk menghantar barangan ke pengumpulan tersebut. Menghantar barangan ke tempat pungumpulan kitar semula

kurang praktikal, maka orang yang tidak begitu peduli dengan alam sekitar akan membuang apa saja buangan termasuk barangan yang boleh dikitar semula ke tempat

sampah biasa yang terletak berhampiran, dan akhirnya dilupuskan.

b) Kekurangan GalakanSetelah duduk di Taman Seri Serang selama dua tahun, saya belum pernah melihat apa-

apa tindakan kerajaan yang jelas untuk menggalakan amalan kitar semula. Walaupun banyak mesej di televisyen, internet dan akhbar tentang galakan 3R, hanya segelintir kalangan sahaja yang mahu mengamalkannya. Maka, para Penduduk tidak akan ada semangat untuk menjaga alam sekitar, salah satunya dengan cara mengitar semula

buangan mereka. Walaupun kerajaan telah membina pusat kitar semula, jika tidak ada galakan maka tindakan tersebut akan kurang mendapat sambutan.

c) Harga telalu rendahHarga jual bagi barangan kitar semula sangatlah murah berbanding harga barangan tersebut yang baru. Contohnya, monitor yang berharga ratusan ringgit hanya akan

bernilai 6 ringgit sahaja jika rosak dan dikitar semula. Selain itu, peti sejuk juga hanya bernilai 4 ringgit utnuk dikitar semula. Jadi, orang-orang akan merasa lebih baik jika mereka membuang barangan tersebut begitu sahaja ke tempat pembuangan terdekat

daripada membawanya jauh-jauh ke pusat kitar semula untuk mendapat pulangan yangsangat sedikit.

16

Page 17: Geografi 2010

17

MASALAH/HALANGAN AMALAN

KITAR SEMULA

Sikap

Kurang Kerjasama

Kekurangan Pusat

Pengumpulan Bahan Kitar

Semula

Kurang Pengetahuan

Harga Terlalu Rendah

Page 18: Geografi 2010

Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula

Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani masalah dalam mengamalkan amalan kitar semula.

a) Memperbanyak kemudahan kitar semulaDengan memperbanyak kemudahan kitar semula, ketersampaian tempat pengumpulan barangan kitar semula akan lebih mudah dan orang-orang tidak perlu bertungkus lumus untuk membawa barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula. Sekurang-kurangnya, ada pusat pengumpulan kitar semula dalam jarak 200 meter. Selain itu, mengganti semua tong sampah dengan tong kitar semula merupakan kaedah yang

berkesan untuk memudahkan orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi, semua buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat kitar semula, dan bilangan

sampah yang keluar setiap tahun akan berkurang secara signifikan.

b) Membuat pusat kitar semula berjalanSeperti perpustakaan berjalan, pusat kitar semula berjalan dapat memudahkan orang

untuk menghantar barangan kitar semula tanpa pergi ke luar rumah. Jadi, menyediakan lori pengumpul barangan kitar semula yang bergerak setiap hari utnuk mengumpulkan

barangan kiar semula. Selain itu, lori tersebut juga mesti beroperasi semasa orang-orang berada di rumah. Sebab, jika tidak ada orang dan mereka tidak meletakkan buangannya di

luar rumah, maka pengumpul barangan tidak akan mendapat apa-apa hasil.

c) Mengadakan kempen \ memberi galakan amalan kitar semulaSemangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada masyarakat dengan

mengadakankempen cintai alam sekitar. Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk menjaga lama sekitar akan dibentangkan, termasuk amalan kitar semula,

supaya orang-orang akan lebih faham dengan amalan kitar semula. Selain itu, galakan amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan samalan. Malah, jika galakan tersebut merupakan galakan kerajaan, semua orang pasti akan

berduyun-duyun menghantar semua buangan mereka yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpul

d) Menaikkan Pulangan & Memberi GanjaranDengan menaikkan pulangan untuk penyumbangan barangan kitar semula, orang-orang

akan lebih tertarik dan berasa berbaloi untuk mengamalkan kitar semula. Selain itu, sesiapa sahaja yang menyumbang paling banyak barangan kitar semula, akan diberikan pulangan yang lumayan. Jadi, orang-orang akan berlumba- lumba untuk menyumbang

barangan kitar semula.

18

Page 19: Geografi 2010

Bahan Grafik

19

Page 20: Geografi 2010

Bilangan Dan Jenis Bahan Yang Dikitar Semula Di Taman Maluri

JENIS BAHAN KACA KERTAS TEKSTIL ALUMINIUM

BILANGAN BAHAN 3 10 2 7

20

Bilangan Bahan0

2

4

6

8

10

12

BILANGAN DAN JENIS BAHAN YANG DIKITAR SEMULA DI KUNDASANG RANAU

kaca

kertas

tekstil

aluminium

JENIS BAHAN KITAR SEMULA

BIL

AN

GA

N

Page 21: Geografi 2010

Bakul yang siap boleh dikilatkan dengan varnis. Pelbagai bentuk bakul yang menarik boleh dihasilkan

Rajah AliranCARA MEMBUAT BAKUL DARIPADA SURAT KHABAR

21

Page 22: Geografi 2010

RUMUSANDalam kajian ini, saya mendapati amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah

buangan dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan yang berguna semula. Amalan tersebut juga mudah dan praktikal kerana kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat

pengumpulan kitar semula yang terdekat, dan hampir semua barangan yang kita buang termasuk dalam barangan yang boleh dikitar semula. Selain itu kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk melakukanya. Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangi sampah serta mencegah

penerokaan sumber baru yang berlebihan bagi mencegah kerosakaan alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan dan mesti diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti kemudahan yan tidak memadai atau kurangnya galakan kepada masyarakat. Tetapi, dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan kitar semula dapat terus

diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam dengan mengamalkan 3R. Jadi, saya memutuskan untuk

membuat kertas kajian ini depan belakang supaya kertas dapat dijimatkan. Dengan menjimatkan kertas, bererti kita telah menyelamatkan hutan dan sumber pokoknya daripada itebang dan dijadikan kertas

bagi memenuhi permintaan manusia terhadap kertas yang semakin meningkat pada zaman ini.

Kita mestilah menjaga kelestarian hutan, salah satunya dengan cara menjimatkan pengunaan kertas.

22

Page 23: Geografi 2010

LAMPIRAN

23

Page 24: Geografi 2010

Tin minuman yang sedia dihantar ke tempat pemrosesan logam untuk dikitar semula

Contoh poster kempen kitar semula

24

Page 25: Geografi 2010

Contoh tong kitar semula yang boleh menggatikan tong sampah biasa.

25

Page 26: Geografi 2010

RUJUKAN Internet:

http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm http://maps.google.com/ http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-kitar-semula.html http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/

Buku Teks:

Geografi Tingkatan 3

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

26