program susu sekolah

5
Program Susu Sekolah (PSS) Program Susu Sekolah (PSS) Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi dua skim iaitu: Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela. Objektif Program: Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran

Upload: aazli7019

Post on 24-Dec-2015

133 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Program Susu Sekolah

Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan

(RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi

keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa

berada di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah

rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid

sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat

awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar

Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini

yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995

kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

 

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara

subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. 

Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di

bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau

pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

 

Objektif Program:

Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran

Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah

dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma

Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama

agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.

Page 2: Program Susu Sekolah

Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan

makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.

Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran,

pemprosesan dan bekalan susu.

******************************************************************************************

Susu 1 Malaysia

Susu mempunyai kalsium yang sangat tinggi untuk membantu memulihkan kekuatan tulang.

 

Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685

sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina

generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran

itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk

mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada

masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah

dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh

daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi.

Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah

memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita

dapat protien dan kalsium yang mencukupi.

 

Program Guru Penyayang

Tujuan   Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap

kasih sayang di sekolah.

Page 3: Program Susu Sekolah

 

Konsep   Guru Penyayang

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat

belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang

memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya

(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil

berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi

perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya

dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 

Objektif Guru Penyayang

Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

 

Aktiviti Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan

dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa

pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:

Mengalu-alukan kehadiran murid

Pelaksanaan Program Mentor Mentee

Memberi penghargaan kepada murid

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai

sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan

serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini

Page 4: Program Susu Sekolah

tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu

program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan

Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan

Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K

dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan

sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu

didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya

berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu

sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K

dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi

penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang

‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga

masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang

cemerlang dalam bidang akademik.

Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan

dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga

dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini

diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kebersihan Gigi

Kebersihan Gigi